........... Apakah Merupakan Satu Kesalahan Berjumpa Dengan Justo ? Apa Pandangan Anda .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apakah Merupakan Satu Kesalahan Berjumpa Dengan Justo ? Apa Pandangan Anda ....

Saturday, December 19, 201526comments


Artikel kali ini lebih bersifat perbincangan di mana kita kongsi pendapat dan pandangan dalam satu isu yang dah lama saya terfikir tapi malas nak tulis. Malas sebab terasa bodoh melayan hujah cai Najib dalam isu ini tapi tepanggil juga nak komen sebab tidak lama lagi isu ini akan timbul semula.

Persoalan - Apakah menjadi satu kesalahan berjumpa dengan Xavier Justo ?

PDRM sudah bertemu Justo 3 hari lalu dan bakal menerima dokumen2 berkaitan kes Justo yang didapati bersalah mencuri maklumat dan cuba memeras ugut Petrosaudi. Bulan Julai lalu mamat ini menjadi idola cai2 Najib ekoran temuramah dengan NST Singapura di mana beliau dilaporkan berkata (KLiK) -

"Saya beri dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau. "Saya boleh mengatakan bahawa saya beri dokumen kepada dua kumpulan," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown dan "lelaki IT beliau" dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia dan rakannya. 



Jelas akhbar harian Singapura itu mereka tidak menamakan ahli perniagaan dan juga rakan sekerja sementara menunggu jawapan mereka kepada dakwaan tersebut.  



Justo mendakwa bahawa orang-orang yang ditemuinya bercakap mahu menggunakan dokumen tersebut "untuk cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk "mengubah suai dokumen"

Beberapa nama dikaitkan  dan dikritik hebat kerana bertemu dengan Justo untuk mendapatkan dokumen Petrosaudi yang dicurinya. Tony Phua dan Khairuddin pula bersungguh2 menafikan ada bertemu Justo.

Yang saya duk fikirkan - Apakah merupakan satu kesalahan bertemu dengan Justo untuk mendapatkan maklumat mengenai Petrosaudi ( atau yang berkaitan dengan 1MDB ) ?

Dakwaan komplot untuk menjatuhkan kerajaan itu masih bersifat satu dakwaan dari seorang penjenayah ( Justo ). 

Adakah berjumpa dengan seseorang yang kemudiannya disabitkan dengan jenayah merupakan satu kesalahan ?

Katakanlah Jho Low didapati bersalah kemudian hari atas dakwaan menipu dalam isu 1MDB, apakah sesiapa yang pernah berjumpa dengan Jho Low berkaitan 1MDB sebelum ini juga akan didapati bersalah atau bersyubahat ?

Tidak kan ...... so, apa masalahnya berjumpa dengan Justo untuk mendapatkan maklumat ?

Maklumat itu palsu atau maklumat itu ori dan kemudian dipalsukan .... itu adalah isu lain. Pertamanya, haruslah dibuktikan terlebih dahulu maklumat mana yang palsu. Apa yang sering kita dengar dari cai2 Najib adalah dakwaan 'maklumat palsu' dari Sarawak Report, The Edge dan WSJ tapi langsung tidak disebut atau dibuktikan maklumat mana yang dikatakan palsu itu ! Bukankah itu fitnah namanya ?

Serius .... kita nak sangat tahu maklumat mana yang palsu itu. Pihak 1MDB langsung tidak membantu dalam membuktikan perbuatan menfitnah oleh media2 tersebut sebagaimana yang didakwa oleh cai2 Najib.

Balik kepada persoalan utama, apa pandangan anda ..... apakah merupakan satu kesalahan bertemu dengan Justo untuk mendapatkan maklumat mengenai Petrosaudi dan/atau 1MDB ?

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2015 at 3:42 PM

Tak salah rasanya.. tapi yang peliknya kenapa isu justo ni yang diperbesar-besarkan sangat? Sedangkan WSJ & SR ada keluarkan banyak kenyataan beserta bukti-bukti yang tampak ada kredibiliti berkaitan dakwaan mereka tapi kenapa PM & kerajaan Malaysia langsung tak berani nak menyanggah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 3:44 PM

Yg menjadi kesalahan bukan berjumpa dgn justo. Cuma takut perjumpaan dgn justo itu ada membuktikan perlakuan salah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 4:20 PM

assalamualaikum che din
penjual maklumat biasa nye mmpunyai fakta document yg betul ttg penyelewengan... jd pihak yg kne tuduh pasti cuba mnutup pendedahan si penjual maklumat... mcm cite james bond tue... mmg x slh utk jumpa si penjual...dlm dunia skunk harga diri pon mereka jual...ni kn plk maklumat...pk pk kn lahh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 4:48 PM

banyak dakwaan kata dokumen justo diubahsuai tapi takde satu pun yg betul-betul spesifik part mana yg diubahsuai tu. nama ke, tarikh ke, amaun ke. takde langsung setakat ni. nanti pdrm dah balik dari thailand pun cakap benda sama jugak. dokumen dah diubahsuai. part mana? diam.

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2015 at 5:37 PM

Bro Din buat2 tanya plak.Justo ni kan proksi Yahudi yang nak menjatuhkan UMNO. :D

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2015 at 5:41 PM

Saya tak hairan apa yang si malaon justo ini nak cakap kerana najib dah sahkan RM 2.6 billion masuk dalam akaun pribadi najib dan di sahkan oleh SPRM , kemudian SRC RM 42 juta juga dibuktikan masuk akaun najib , sebenarnya apa saja yang justo nak beri dan PDRM barua najib nak buktikan melalui Justo dah tak relevan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 5:44 PM

Makin hari rakyat makin menyampah dengan perbuatan tidak beretika dan keterlaluan Najib dan kuncu-kuncunya yang sibuk menjahanamkan negara ini.

Tetapi kasihan ahli-ahli UMNO masih tidak sedar kebanyakkannya, semuanya masih tidur dibuai mimpi kononnya Najib sebagai berjiwa besar, pahlawan bugis, perdana menteri terhebat dan entah jadah apa entah lagi itu.

Berdasarkan bukti-bukti yang ada, apa lagi yang boleh disangkal oleh Najib dan kuncu-kuncunya, kini Najib hanya berpaut kepada UMNO sebagai tulang belakang Barisan Nasional kerana dengan jawatannya di dalam UMNO sebagai Presiden maka melayakkan dia jadi Perdana Menteri mengikut tradisi permuafakatan Barisan Nasional, tetapi sayangnya ahli-ahli UMNO, ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional masih tidak sedar diri bahawa kini UMNO dan Barisan Nasional hanya dipergunakan oleh Najib dalam tempoh yang ada sebelum PRU 14 untuk mengaut sebanyak mungkin apa yang boleh dikaut dari perbendaharaan negara ini.

Bersambung............

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 5:44 PM

Sambungan..............

Sudah tidak tahu hendak dikatakan apa lagi, kini harapan kepada Gabungan Ketua Cawangan Malaysia untuk menggerakkan kempen kesedaran kepada ahli-ahli UMNO supaya bangkit menentang pengkhianatan Najib dan kuncu-kuncunya ini, kerana tahap pengkhianatan Najib dan kuncu-kuncunya terhadap negara ini terutama kepada UMNO adalah sangat keterlaluan, sangat tragis dan menyedihkan.

Sedarlah 1MDB, TPPA, wang berbilion ringgit dalam akaun Najib, wang berjuta ringgit dalam akaun bini Najib Rosmah, wang berjuta ringgit dalam akaun kuncu Najib seperti Ahmad Maslan dan Shahrir, ini semua hanya akan menjahanamkan negara ini, ditambah lagi dengan dasar bodoh yang berterusan dibuat oleh Najib hanya akan melingkupkan negara, harapan untuk melihat sebuah negara maju yang mengikut acuan ketimuran berteraskan nilai-nilai Islam pada pagi hari 01 Januari 2020 adalah kini merupakan angan-angan sahajalah, semuanya berpunca dari pengkhianatan Najib dan kuncu-kuncunya, impian rakyat Malaysia sejak tahun 1993 untuk melihat sebuah negara maju yang holistik, yang berteraskan ketimuran yang berteraskan nilai-nilai Islam kini hanya impian, impian yang dihancurkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

Saya tidak dapat membayangkan kita dapat mencapai status negara maju menjelang pagi hari 01 Januari 2020 dengan keadaan yang berlaku kini, impian itu kini telah musnah, Najib menjadikan Wawasan 2020 sebagai tahun di mana Kadar Pendapatan Perkapita Rakyat Malaysia adalah USD 15,000.00, suatu dasar yang tak ada pun dalam Wawasan 2020 yang dirancang dan diusahakan dengan gigih oleh Tun Dr. Mahathir dan rakan-rakan seperjuangan sebelum ini.

Negara ini boleh mencapai pendapatan perkapitan USD 15,000.00 dengan menaikkan gaji minimun, meningkatkan kos sara hidup hingga rakyat terkial-kial, tetapi sedarlah bahawa pihak industri akan sangat terkesan dengan kesan negatif berhubung dengan perkara ini.

Peningkatan gaji akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat, kos pengeluaran meningkat akan menyebabkan harga sesuatu keluaran itu akan turut meningkat, peningkatan harga sesuatu keluaran itu akan menyebabkan kuasa membeli rakyat dan pengguna menjadi kurang, maka permintaan akan menyusut, maka pengeluaran perlu dikurangkan, pekerja perlu diberhentikan atau untuk meningkatkan pengeluaran, maka operasi perlu dibuat di tempat yang kos pengeluaran rendah, maka pelaburan di dalam negara ini telah dikeluarkan, kilang-kilang ditutup dan operasi kilang dipindahkan ke negara lain seperti Thailand dan Vietnam yang kos operasinya rendah, maka selepas ini, bilangan pekerja asing dari Vietnam akan menurun di negara ini, malahan pendatang haram Vietnam pun tak ingin datang ke Malaysia kerana kilang-kilang yang sebelum ini beroperasi di Malaysia telah berpindah ke Vietnam.

Tun Dr. Mahathir telah menasihatkan Najib selama bertahun-tahun mengenai dasar ekonomi negara berdasarkan pengalaman beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, nasihat yang diberikan bukannya untuk merampas jawatan dari Najib, tetapi kerana tidak mahu negara ini hancur, tetapi Najib tidak pedulikan semua itu, perasaan syok sendiri dan berlagak menguasai dirinya, dan kesannya negara telah menghadapi kesan seperti yang telah diterangkan oleh Tun Dr. Mahathir kepada Najib sebelum ini, tetapi Najib masih tidak sedar diri dan terus syok sendiri serta berterusan berlagak dengan penuh kebodohan.

Sedarlah semua.

Salam Perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 5:45 PM

Najib pun bersalam dgn pemimpin yahudi. Justo ni apalah sgt ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 5:49 PM

Bro din buat2 tak tau. Justo dipenjara kerana mengugut umno ?
Hari selasa siap nak kena saman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 6:02 PM

najib jumpa PM israel .. jumpa obama.. ni dua ekor lagi penjenyah besar. OK pulak kan... kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 6:46 PM

Putar punya putar dah nak habis setahun, pertanyaan belum terjawab hanya auta yang banyak.Salah-salah TDM pula yang masuk dalam.....Inilah anak didikan britis menyogok Melayu maka mereka akan tutup mulut apabila kenyang.Yang melawan dikira pemberontak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 7:08 PM

Nak dapatkan kebenaran, maka kita perlu berjumpa kedua pihak yang menuduh dan dituduh agar cerita dari berbagai pihak dan versi boleh kita dengar dan seterusnya buat kesimpulan sebelum membuat apa apa keputusan lanjut. Jadi bukanlah satu kesalahan kalau pihak oposisi mau pun pihak pemerintah bertemu penyalur maklumat kerana hanya dengan cara ini kebenaran dapat dicari. Kalau hanya kerana datang bertemu untuk mendengar maklumat pun boleh dianggap salah, macam mana kebenaran boleh ditegakkan. Polis sendiri pun dalam siasatan satu2 kes jenayah akan bertemu siapa saja yang difikir terbabit atau mempunyai maklumat utk sumber pengadilan sesuatu kes. Jadi bodohlah kalau mereka yang telah bertemu Justo sebelum ini dianggap sebagai mempunyai komplot menjatuhkan kerajaan melainkan ianya dibuktikan secara jelas dan nyata. Apa yang pasti Najib sendiri pun telah berbohong puluhan kali tentang wang !MDB dan kisah penderma yang pemurah itu malah sampai hari ini terus jadi persoalan. Kalau Najib ni memang disiasat oleh polis dalam lokap, menjawab bohong berkali kali dan sentiasan berubah ini pasti mengundang penampar atau terajang dari pegawai yang menyiasat. Kalau aku ditugaskan siasat Najib di dalam lokap, rasanya Najib ni dah berkali makan penyepak dan penendang aku kerana berbohong hidup2. Macam ni ker pemimpin yang nak kita percaya. Memang manusia jenis pembelit dan munafik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 7:23 PM

Che Din

Ini video tentang whistle-blower act. Sesiapa sahaja boleh mengadu jika ada kesalahan undang undang berlaku.

Justo boleh digelar whisltle blower, cuma dia mahu mendapatkan wang menjual maklumat.

http://study.com/academy/lesson/what-is-the-whistleblower-act-definition-rights-protection.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 7:48 PM

Cai najib hanya mahu menang persepsi?
Mahu disorok bangkai besar...
Rakyat x pedulik ape pon,sape pon jumpe sape...
Tp harga brg tetap naik,tol naik,semua naik...salah siapa? Tun jugak ke?
Jika ini langkah utk menang persepsi & utk tutup mulut dgn cara akn gunakn undang2 dgn cara menangkap oleh polis
Adekah ia akn mengubah apa2 persepsi rakyat? Harga brg akan turun??
Pdrm telah terbukti mmg berat sebelah pd mata rakyat. Persepsi pd polis pon kekal negatif semua gara2 ketua twitter negara...
Makin ditangkap,makin rakyat terasa sesuatu x kena. Rakyat hidup dgn realiti bukan persepsi...jika ditangkap mmglah itu namanya perjuangan..percayalah rakyat bersama kamu. Sy pasti 2016 adelah thn2 terakhir hayat umno bodoh dgn mesyuarat agung bodohnya sombongnya angkuhnya terhadap sengsara rakyat skrang.
Ya sy pon dulu undi umno..skrang nyesal betol...x kisahlah najib jatuh sblm pru pon sy rs tetap umno makin bodoh skrang..tangkaplah sebanyak mana yg najib mahu
Semua org tahu nasib umno pru nnti

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 8:16 PM

Dakwaan jumpa justo untuk dapatkan dokumen maklumat milik petro saudi berujuan untuk jatuhkan kerajaan malaysia tang tu tak bleh blah, dokumen maklumat tentang urusniaga syarikat pertro saudi yang dibawa keluar oleh justo dikatakan mengancam keselamatan negara yang ini menteri dalam negeri atau kpn kena explain dengan jelas apa kena mengena syarikat petro saudi dengan kerajaan malaysia sampai boleh membahayakan kerajaan.

Lainlah halnya jika justo disabitkan kerana mencuri & menjual maklumat keselamatan negara malaysia yang mana dia boleh dikategorikan sebagai pengganas nampaknya pentadbiran najib ni sudah terlalu bengap dan bengong justo tak ada kena mengena dengan kedudukan keselamatan negara dan bukan satu ancaman kepada negara bermakna tidak menjadi satu kesalahan kepada mana2 rakyat malaysia untuk bertemu dengan nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 10:17 PM

salahkah jumpa orang? rasanya tak salah kalu tak melanggar undang2. eerrrr ada ustaz pi jumpa bakal isterinya , salah rasanya sebab agama, tapi ustaz tu kata tak salah dan berdosa sebab nak kasi bungkusan makanan. tengok la kat mana cara kita lihat. kalu geng ahjibgor kata, memang salah besar la, pasal pi ambil buat apa dokumen yang boleh burukkan ahjibgor. tapi yang boleh berfikir kata, apa salahnya. kalu maklumat tu betul, alhamdulillah, selamat kita. tapi kalu maklumat tu tak betul, tak ada masalah untuk pihak yang dituduh menjawab, tak perlu tunggu berbulan sehingga dah berkudis bernanah berulat baru nak menjawab. keluar busuk ajer la, tak ada yang wangipun. kalu maklumat tu betul, mesti ada yang nak jumpa kerana berita panas. tak pasti la pulak kau pemberita malaysia tak suka berita panas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 11:08 PM

spot on
justo adalah pesalah kepada syarikat petro saudi dari abu dhabi yakni polimik diantara bekas pekerja dengan majikan nya yang biasa terjadi pada berpuloh mungkin beratus buah syarikat dan ianya tiada kena mengena dengan kerajaan abu dhabi langsung takda kena mengena dengan kerajaan malaysia, kenapa pentadbiran najib nak menyibuk?.

Apa yang pentadbiran najib risau hingga melibatkan pdrm dalam permasalahan bekas pekerja dengan majikan nya sebuah syarikat asing yang terletak beribu batu di negara asing, jangankan perjumpaan sebelum disabitkan kesalahan malah setelah disabitkan kesalahan pun bukan menjadi satu kesalahan untuk sesiapa berjumpa dengan justo, apa masalah najib ni sampai dihantui perasaan takut yang melampau najib ada buat kesalahan besar melibatkan syarikat petro saudi ker?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2015 at 11:26 PM

Bila lah rakyat nak sedar bahawa era pemerintahan Ah Jib Gor, dia terlalu sibuk doing 'DAMAGE CONTROL' atas perbuatan dia yang 'makan'duit dan dia dan pembesar pembesar nya tak ada masa untuk mentakbir negara ini 100%. Setiap saat yang mereka ada, adalah untuk prep up dan mencuci kesalahan reputasi Ah Jib Gor. Itu aje focus mereka. In the meantime BLAME everything on Dr M.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
December 20, 2015 at 12:23 AM

Seperti kera mendapat bunga! Hancur negara ini dibuatnya!

Hairan sungguh, kenapa KPN sibuk sangat dengan pemberi maklumat sedangkan penjenayah sebenar bebas sebebasnya ?

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2015 at 8:07 AM

Persoalan yang timbul perlukah pihak berkuasa kita bertemu dengan Justo atas apa juga alasan perundangan sedangkan dia kini dipenjarakan di Tahiland atas kesalahan yang dia sendiri lakukan atas tujuan mencari keuntungan peribadi walaupun dari segi moral merupakan satu kesalahan.

Berdasarkan cakap-cakap semasa perbicaraan bukti dan fakta beliau mengaitkan nama-nama besar yang berkaitan dengan malaysia namun apa pula alasan pihak pdrm berjumpoa, mencari bukti ? untuk apa?

Jika dikatakan bukti2 yang diperolehi menjuruskan kepada kesalahan memberikan maklumat palsu boleh kah seseorang yang dikaitkan dituduh berdasarkan maklumat palsu walaupun dikutip dan dicatit hasil perbualan diantara pesalah yang dipenjarakan. Boleh kah terpakai segala bukti yang ada kerana sebagai pesalah adalah kredibiliti prcakapan nya boleh diambil kira dan digunakapaki dalam sistem perundangan negara kita.

Jadi , kita lebih berpendapat , segala percakapan yang dirakamkan tidak lebih untuk menyelamatkan riwayat politik seseorang yang terkait dengan salah laku yang memberikan impak kepada keseluruhan proses sistem ekonomi negara.

Mana lebih penting , mencari bukti untuk menyalahkan orang lain atau mencari bukti untuk memperbetulkan persepsi rakyat yang hilang kepercayaan terhadap pemimpin.

Jadi tinak pihak pdrm boleh dianggap kurang bijak amalh perkara sebegini akan menunjukkan secara jelas peranan pdrm yang cuma mahu melidungi seseorang dengan balsan keuntungan peribadi bagi orang yang berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2015 at 10:43 AM

Sdra Din,

1. Malas dah nak komen pasal 1MDB, RM2.6 bil, Justo and the premeditated criminal act on the SRC payment to abu dhabi account.

2. Barangkali sdra dan rakan2 seperjuangan (seperti OTSB, APANAMA, JMD, AKJ, ZAM, CG dan lain2) boleh lift the spirit of the rakyat dengan meyakinkan TDM, TSMY, DSSA, DSSJ dan lain untuk menubuhkan sebuah parti baru. Saya berkeyakinan ramai ahli akar umbi umno akan berubah selera.

3. We have about 24 mths before pru14 and a lot of things can change. I have given up hope on KBUs, Branch Heads who are on najib's payroll to change. Allah akan mengubah nasib kita jika kita bersedia dan berkorban untuk berubah ke jalan kebaikan.

4. Saya sangat yakin anda pro rakyat bloggers akan menggerakkan sesuatu sebelum nasi jadi bubur.

GO GO PRO RAKYAT BLOGGERS

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2015 at 11:30 AM

Kepada pencacai2 ternakan najib yang makan duit haram tu....jangan takut dan berani kerana benar!

Lakukan dua perkara mudah ini;

1.Dakwa sesiapa sahaja atas tuduhan "ingin jatuhkan kerajaan", ingat chai jangan ugut sahaja, kami cabar, hanya si bacul berani mengugut!!!

2.Dedahkan segala kandungan dokumen yang terdapat dalam simpanan justo, biar undang2 dan rakyat menilai dan meneliti isi kandungan dokumen
tersebut!!!

Ada berani pencacai ternakan semua?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2015 at 12:01 PM

Pdrm berjumpa dan interview justo untuk apa? justo ada buka rangkaian isis di malaysia? jika persoalan tentang skandal 1mdb & petro saudi pihak yang sepatut interview justo adalah pihak sprm bukan pdrm, ini dah jadi bahan lawak seluruh dunia sedang perhatikan kita kpn tak sedar ker imej & reputasi pdrm menjunam teruk di mata dunia sampai rakyat malaysia sendiri sudah tidak menaruh kepercayaan lagi pada pdrm, bandingkan dengan rekod pencapaian cemerlang pdrm dibawah kpn kpn sebelum ini sehingga mengharumkan nama negara dihormati disegani, tiada rasa malu ker kpn?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2015 at 3:40 PM

Bro din, masih ingat tentang julian asange, pengasas wikileaks..walaupun maklumat yg beliau keluarkan adalah betul dan sahih tetapi usaha2 dibuat utk menjatuhkan kredibiliti beliau termasuk mengaitkan beliau dgn kes rogol..begitu jugalah justo, kredibiliti dihatuhkn dulu, betul x betul janji dah berjaya beri persepsi negatif

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2015 at 9:00 PM

Tepat sekali bro

Post a Comment