........... Analisa Surat Terbuka Tun Kepada Ahli Umo Supaya Menolak Najib - Kekalahan Umno PRU14 TIDAK MUSTAHIL. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Analisa Surat Terbuka Tun Kepada Ahli Umo Supaya Menolak Najib - Kekalahan Umno PRU14 TIDAK MUSTAHIL.

Tuesday, December 1, 201512comments


Surat Terbuka Tun Mahathir kepada ahli dan pemimpin Umno akar umbi ( KLiK ) bukanlah satu kejutan kepada kita yang sudah lama terbuka minda akan kemungkinan besar Umno bakal tewas dalam PRU14 dan bakal menjadi pembangkang sekiranya team Najib- Rosmah terus kekal di atas. Peringatan Tun itu sudah lama disuarakan bermula dari artikel MENEGUR chedet # 1438 bertarikh 18 Ogos 2014.

Ingatkah lagi waktu itu Tun Mahathir memberikan analogi Najib sebagai Raja Bogel yang perasan sedang berpakaian indah sambil dipuji2 oleh dato2 istana sedangkan hakikatnya beliau tidak berpakaian langsung ?

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

Tun menegur dengan keras para pemimpin disekeliling Najib yang tidak pernah menegur Najib. Itu sebelum Tun Mahathir bercakap mengenai isu 1MDB ! Juga sebelum terbongkar rupa2nya Najib seorang billionair !

Setahun kemudian ....... ternyata tidak banyak berubah sikap dan mentaliti pemimpin2 di sekeliling Najib. Masih diam dan penakut .... cuma mungkin sekarang ramai dari kita sudah tidak hairan kenapa.

Ternyata graf penolakan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Najib semakin meningkat dan mendadak naik selepas GST diperkenalkan. 

Ramai yang mempertikai angka2 peratusan sokongan terhadap Umno di bawah Najib yang disebut oleh Muhyiddin baru ni padahal angka2 peratusan itu sudah 2 bulan dihebahkan oleh Merdeka Center ( KLiK ) di mana bancian mendapati sokongan rakyat kepada kerajaan sekadar 23% dan sokongan pengundi Melayu kepada kerajaan cuma 31% !

Sebenarnya tak perlu nak diperdebatkan kesahihan bancian atau angka2 peratusan itu kerana kita sendiri boleh dapatkan gambaran sebenarnya melalui orang2 di sekeliling kita. Rata2 bila ditanya pandangan rakyat tentang Najib, hampir semua mencebek bibir tanda penolakan ..... lebih teruk lagi jika disambut soalan itu disambut dengan ketawa... sepertinya isu Najib ini sudah menjadi bahan lawak rakyat.

Pendek kata - Rakyat sudah tolak Najib ! Sekali gus rakyat juga telah tolak Umno BN selagi Najib terus jadi pemimpin. Faktor Najib bakal menjadi punca utama kekalahan Umno BN.

Kalau adapun sokongan kepada Umno ketika ini, ia lebih kerana adanya faktor DAP. Umno seharusnya terhutang budi kepada Dap kerana kewujudan Dap memberi nyawa kepada Umno. 

Makanya kita selalu dihiburkan dengan nyanyian lagu - Takkan nak undi Dap ? Umno masih berdiri bukan kerana kekuatan Umno sendiri tapi lebih kerana ketakutan orang Melayu terhadap Dap.

Tapi selama mana status ini mampu bertahan ? Lama kelamaan rakyat terutama orang Melayu akan fed-up juga. Seperti sudah tidak ada bezanya kalau Dap menang pun kalau Najib terus memimpin kerajaan.  ( 1Malaysia, 1MDB, RM2.6 bil, Yapeim, TPPA, Rosmah ..... ) 

Susah sangat, orang Melayu pakat ramai2 boikot PRU14...... Apa nak jadi, jadilah... 

Malangnya semua itu seperti tidak masuk dalam kepala ahli2 dan kepimpinan Umno !

5. Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU 14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan UMNO akan menjadi parti pembangkang. Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh UMNO untuk bangsa, negara dan agama.

Kerana tidak pernah kalah dalam sejarah demokrasi negara, ahli2 Umno seperti tidak dapat menerima hakikat Umno berkemungkinan besar bakal menjadi pembangkang selepas PRU14. Mereka menolak terus sebarang kemungkinan itu. TIDAK MUNGKIN ! kata mereka. 

Cara paling senang adalah dengan menolak hujah sedemikian tanpa mahu memikirkan secara serius dalil2nya. Mereka sudah terlalu selesa dengan ketuanan Melayu, dengan stigma Melayu menguasai politik. 

Rata2 ahli Umno mengakui kesalahan2 Najib namun mereka beranggapan Umno masih mampu terus kekal memerintah. Seterusnya mereka menutup minda dari memikirkan lebih lanjut isu ini. Itulah mentaliti kebanyakan orang Umno yang dapat kita lihat ketika ini.

7. Sebaliknya jika Najib berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, besar kemungkinan UMNO akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14. Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.


Terlalu berat minda mereka untuk menerima usul menolak Najib jika mahu melihat Umno menang. Inilah halangan (barrier) utamanya. Menolak Najib diumpamakan sebagai derhaka kepada pemimpin. Melayu begitu sinonim dengan ketaatan membabi buta kepada pemimpin.

Makanya kita dapat baca betapa Tun Mahathir merayu kepada ahli2 dan kepimpinan Umno supaya buka minda untuk menerima kenyataan pahit yang sedang melanda parti dan bangsa ketika ini.

8. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan UMNO. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak keatas kesalahan mereka semasa memerintah.

Fikirkan perkara yang selama ini dirasakan sebagai sesuatu yang mustahil untuk berlaku. Lihat sekeliling . Lihat diri dan keluarga  sendiri. Berbincang dan sesekali cuba berdebat dengan rakan2 yang bukan ahli Umno. Cuba sangkal hujah2 mereka bukannya menolak begitu saja dan menyedapkan hati dengan alasan, aaaah, tidak mungkin Umno akan kalah PRU14.


11. Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN sebelum PRU14.

12. Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya UMNO selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.


Niatnya tidak lain tidak bukan semata2 untuk memastikan Umno terus kekal memerintah demi mempertahankan agama bangsa dan tanahair !

PS - Baca kembali artikel yang saya tulis bulan Mei lalu - Mereka yang pertahankan Najib lah yang sekapal dengan Pembangkang ! kerana dengan adanya Najib selaku Presiden Umno ketika berdepan PRU14, lebih mudah Pembangkang akan menang dan mengambilalih kerajaan dari tangan Umno.

Baca juga kupasan dari SyedsOSTB yang menjelaskan perihal keperitan rakyat dek sebab GST yang kini mencengkam SETIAP rakyat dari bayi sehingga tua, tidak ada pengecualian ! - KLiK

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 4:16 PM

lepas pru 14 conan akan bertukar menjadi kunang-kunang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 4:18 PM

Assalamualaikum che din...slmt ptg
sy percaya menteri2, ahli mt dn perdana menteri aka presiden umno tahu yg bn akn kalah dlm pru 14.... mereka skrg tgh mngaut duit dr krajaan seberapa byk yg blh...utk kepentingan peribadi di msa akn dtg....mereka tahu umno akn tumbang...mustahil mereka tidak tahu...mereka sudah kaya raya kalah hantu raya.... mereka tidak lg peduli pd rakyat dn parti umno...lihatlah di selangor ape jd pd umno....mcm singa sarkis dlm kandang...mngaum bila lapar...jinak bila diberi mkn....wallahua'alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 4:29 PM

Kalau tak salah saya, Najib pun kuat menderma. Fees yang dibayar kat konsultan Yahudi Goldman Sachs kalau tak salah US500 juta pun patut dikira derma juga kan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 4:33 PM

Jangan susah abang Din,kita nanti akan naikan brim lebeh tinggi lagi.Nelayan ,petani dan pekebun kecil akan terima lagi elaun.Bekas-bekas tentera mungkin diberi sagu hati 2-3 ribu .Tak ada duit kita hutang,lepas itu kita gadai apa yang boleh,Dapat untung kita lari duduk luar negara.Inilah yang terjadi pada kebelakang ini.Rakyaat tolak ka apa pun buat tak faham saja.

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2015 at 4:48 PM

Komen alih isu seperti menyerang Tun Mahathir tidak dilayan sebab ini masalah Najib dan Umno KETIKA INI. Yang berdepan dengan kemungkinan kalah PRU14. Mengungkit dakwaan salahlaku lama Tun dan berdebat mengenainya tidak mengubah apapun situasi yang sedang kita berdepan sekarang.

Lagipun yang bersuara bukan Tun seorang tapi rakyat !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 5:43 PM

Jika sokong Ah Jib Gor bermaksud anda sokong 1Malaysia. 1Malaysia merupakan slogan yang mirip kepada Malaysian Malaysia tajaan DAP. Apa tidaknya, jika matlamat utama konsep Malaysian Malaysia adalah untuk menghapuskan hakmilik bumi. 1Malaysia pun sama jer, cuma dilakukan secara sedikit demi sedikit. Apa jua yang menjurus kepada hak melayu, akan dihapuskan atau dimansuhkan demi mendokong kesamarataan. Dah banyak yang telah dihapuskan. Antaranya ialah DEB, ISA, kuota bumi, MECD dan lain-lain yang berkaitrapat dengan melayu. Lalu akhirnya apakah yang tinggal untuk melayu ? BR1M ? Satu konsep pemberian yang ingin menjadikan orang melayu supaya terus mengemis dan mengharapkan bantuan kerajaan. Orang melayu diajar supaya menjadi pengemis di tanah air sendiri dengan harapan mereka akan berterusan menyokong kerajaan kerana terhutang budi. Selagi kita menyokong UMNO dengan kepimpinan sedia ada, percayalah yang melayu akan kekal merempat di bumi sendiri dan generasi muda melayu pula akan terus ketinggalan dari menikmati arus pembangunan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 5:52 PM

Kalau pemimpin nak dapatkan sokongan rakyat, mudah jer. JANGAN SESEKALI KACAU POKET RAKYAT. Bila poket rakyat tidak terjejas, percayalah rakyat akan semakin sayang kepada pemimpin. Tapi, jika apa yang pemimpin laksanakan, hanya membuatkan poket rakyat semakin bocor, apa alasan yang rakyat tak patut marah pada pemimpin ? Kerana idea merapu seorang pemimpin, poket rakyat yang pada asalnya tebal menjadi nipis. Lalu tanpa malunya, masih nak mengharapkan rakyat sokong ? Kenapa suka-suka hati jer nak kacau poket rakyat ? Idea-idea merepek seperti GST, penghapusan subsidi adalah antara contoh yang kerajaan telah kacau poket rakyat. Rakyat dipaksa menyerap segala macam kos yang tak masuk akal, walaupun telah berada dalam keadaan yang sempit dan terpaksa menanggung bermacam2 bebanan. Macam ni ke masih nak menang dalam PRU14 ? Mimpi ajerlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 6:38 PM

Din kita tunggu hari khamis 3 Dec 2015 Najib kata nak buat penerangan di parlimen pasal 2.6 billion itu.

Kita tengok apa lagi alasan si putar alam ini.

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2015 at 7:34 PM

Salam DT
Sebenarnya para mt umno dan ketua2 bahagian ini berfikiran yg org melayu di Malaysia ini tetap akan sokong umno walaupun dlm keadaan yg tenat skrg ni kerana dlm otak mereka2 ini org melayu tiada pilihan kerana mrk telah lihat bagaimana pd zaman Tun walaupun ada krisis didlm umno org melayu masih memilih Tun sbg presiden dan mereka menganggap bahwa krisis skrg ini akan luput bila menjelang PRU nanti tetapi mereka2 ini silap bahawa skrg ini zaman teknologi bahawa apa yg terjadi skrg tak sama mcm dulu dan harus diingat isu yg melanda skrg berkenaan rakyat dan rasuah yg secara terang telah di akui oleh pemimpin sendiri walaupun dgn alasan derma lah itu lah ini tetapi rakyat skrg dah bijak walaupun org kampung dimana kebanyakan mereka ada akses internet utk mengetahui keadaan semasa jadi jika para mt umno ini masih dibuai mimpi maka kesudahannya mereka2 ini juga akan hilang jawatan bila umno tewas di PRU nanti malah mereka2 ini tidak fikir bahawa mereka2 akan dihina dan dicaci oleh org2 sekeliling dan kemungkinan ada yg lari keluar negara kerana malu atas tindakan sendiri dan saya yakin senario begini akan terjadi jika BN tewas dlm PRU 14 nanti oleh itu kita juga harus berdoa utk pemimpin2 ini supaya Allah Taala menyedarkan mereka2 ini supaya menjalankan amanah utk agama bangsa dan negara sebelum ianya terlambat kerana ajal dan maut tak kenal pemimpin tetapi kenal jika pemimpin itu amanah dan berjasa utk rakyat dan generasi akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 7:50 PM

Bro Din,UMMO gerenti tewas PRU14.Org melayu bukan setakat 3 juta tu jer.Cina dan India dah sure 99% tak sokong. Silent majority Melayu ramai dah meluat dah ni. Tak payah nak damage control dah.Kita terus kempen tangkap dan sumbat penjara jer la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 10:09 PM

Penjilat tegar najib, Saleh keruak dgn pantas 'menjawab' semua bukti2 kelemahan najib selama mentadbir negara sebagai fitnah,pembohongan,berniat jahat, tuduhan separuh masak dsb tanpa memberikan sebarang fakta yg meyakinkan dn tuntas kepada setiap persoalan yg dibangkitkn oleh tun M.
Saleh begitu konsisten menyatakan bahawa jika UMNO dn BN kalah dlm PRU14 nnt ia adalah disebabkn oleh serangan tun terhadap pm najib. Itulah tahap pemikiran saleh keruak.. hanya pandai alih isu kemudian cuba jdkn oleh lain sebagai sebab kegagalan..
Buat apa bayaq bilion2 kt konsultan luar kalau pakar dlm negara boleh beri lebih baik tnpa apa2 bayaran?? Tun sanggup bg nasihat percuma pd kerajaan tp sbb najib lebih percaya org luar yg xtau asal usul..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 11:24 PM

Tun tak kata pun pada para menteri wakil2 rakyat ketua2 bahagian ketua2 cawangan pengerusi jkkk ketua kampung imam bilal termasuk semua ahli2 UMNO, Tun cuma kata kat najib sebab yang bersalah adalah najib, kenapa pembodek2 najib dan pemakan dedak sekalian sampai nak marah.

Post a Comment