........... Alasan Subjudis Kalau Najib Terangkan Isu RM2.6 Bil Kantoi .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Alasan Subjudis Kalau Najib Terangkan Isu RM2.6 Bil Kantoi ....

Friday, December 4, 201516comments

Kenyataan dua bekas hakim ini yang tidak bersetuju dengan hujah SUBJUDIS yang disebut oleh Zahid di Parlimen semalam ( yang menggantikan tempat Najib yang lari ) sememangnya perlu diberi perhatian.

Zahid cakap antara lain -  Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung dengan perkara yang dibangkitkan boleh dianggap sebagai sub judice yang boleh menjejaskan penjalanan sesuatu siasatan dan juga menimbulkan prejudis oleh orang awam terhadap pihak-pihak dalam siasatan berkenaan.


Mkini

Dua bekas hakim ini pula berkata -

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini berkata perkara subjudis tidak timbul sama sekali, kerana isu itu tidak didengar di mana-mana prosiding mahkamah.

- Menurutnya, apabila sesuatu isu telah memasuki domain awam dan terdapat minat kepentingan awam yang mendalam untuk mencari kebenaran terhadap perkara itu, maka tidak ada isu subjudis jika tidak ada prosiding kehakiman mengenai perkara itu yang sedang berjalan.

Isu sebenar dalam kes ini, kata Mohamad Ariff ialah kebebasan dan akses kepada maklumat mengenai perkara yang mempunyai kepentingan awam.

- Subjudis adalah istilah latin yang bermaksud "dalam pertimbangan kehakiman", yang bermakna sesuatu kes atau perkara yang sedang dalam perbicaraan atau sedang dipertimbangkan oleh hakim atau mahkamah.

- Mahkamah bekas Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus (gambar) memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak bersetuju dengan pandangan Apandi itu.

- Sebaliknya, tegas Hishamudin, perdana menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan kepada Parlimen dan kepada negara mengenai RM2.6 bilion itu," kata Hishamudin.


So, jangan ikut suka jer nak guna ayat2 bombastik bagi mengaburi mata rakyat atau cuba mengelirukan rakyat hanya kerana mahu mempertahankan Najib.

Trend Najib dalam isu 1MDB dan RM2.6 bil adalah sama iaitu - Menyorok dibelakang siasatan.

Tidak salah untuk beri penjelasan dan waktu sama kes disiasat. 

Contoh kes 1MDB, dalam rakyat diminta TUNGGU AUDIT! sehingga selesai, habis harta2 1MDB telah dijual. Apa barang ? ? Siasat pun siasatlah tapi waktu sama, tampil beri penjelasan.

Dalam kes RM2.6 bil pula, dalam kita diminta tunggu siasatan, wang itu .... errr.... hilang entah ke mana.

Kalau tak mahu beritahu siapa pemberi atau status pemberian, tak salah kalau diberitahu di mana wang itu dan berapa baki yang ada, kan ? Atau ke mana dan kepada siapa telah dibelanjakan .....

Apa yang rakyat nampak, kesemua maklumat itu mahu dirahsiakan oleh Najib ! Si Anina yang menanyakan perkara yang sama melalui mahkamah pula mahu di batalkan samannya melalui sudut teknikal padahal apa yang dituntut oleh Anina cuma maklumat mengenai RM2.6 bil itu saja. 

Sebab itu saya katakan, CARA Najib menangani isu RM2.6 bil ini tidak jauh bezanya kalau nak dibandingkan dengan CARA orang yang bersalah.

Mengelak dan LARI .......

PS - Kepada pro Najib yang tidak ada idea selain dari menuduh apa saja kritikan terhadap bos mereka sebagai fitnah, ini bukan fitnah ok. Ini BERTANYA . Jawapan yang diberi hanya layak untuk macai, bukan untuk rakyat yang tahu menggunakan akal. Selagi tidak ada jawapan yang memuaskan, kita akan terus BERTANYA. Lebih baik anda beritahu bos anda, Tolonglah jangan Lari ! Berdepanlah dengan rakyat.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 4:29 PM

Actually there were 3 ex judges who clearly stated that there was no subjudice, the third being Ram Gopal. Which law school did Apandi graduate from?

Unless zahid ( not legally trained) and azalina (doubting her legal qualification) were TOO STUPID or trying to make Apandi looked Stupid...hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 4:30 PM

Itu semua ketentuan Allah.
Bersyukurlah kita kerana dapat menggunakan perkataan ' subjudice'' untuk mengelak dari menjawab persoalan sebenar yg tidak terjawab.
Itu semua ketentuan Allah. Saya bersyukur sgt.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 4:43 PM

Kerana Allah ke kita manusia boleh guna perkataan subjudice?

Jangan salahgunakan Allah untuk membersih kotoran manusia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 4:43 PM

Kan draft pertuduhan dah ada sbb tu subjudis.. eh biar bona..

RAG (rohani a ghani)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 5:04 PM

Peguam negara bias kenyataan dia hanya memihak pada satu pihak yakni kerajaan najib saja berlawanan dengan hakim yang menentukan perjalanan sesuatu perbicaraan kenyataan peguam negara nampak sangat dangkal dalam bidang kehakiman, ada lebih baik peguam negara diam dari menunjukkan tahap kebodohan dia yang melampau hingga memalukan sejarah badan kehakiman negara.

Habis semua sudah jadi bodoh semata nak pertahankan najib, manusia ada juga sifat malu bila di herdik & di ejek ramai kerana pamirkan tahap kebodohan nya hingga memalukan seluruh kaum keturunan yang ini pula seperti tiada sifat malu dia ini manusia atau alien.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 5:37 PM

Derma; ia merupakan kenyataan yg digunapakai sejak isu wang monopoly 2.6 terbongkar. Manakala Subjudice pula digunapakai setelah penjelasan dituntut bg 'Derma' yg meragukan itu.

Kedua2 kenyataan itu berbeza bunyinya, tetapi mempunyai maksud yg serupa iaitu 'Menyorok'..

Cth ayat;
-Pekan (bkn nama sebenar) dilihat 'menDerma' dibelakang rumah kecik Kassim Baba apabila dikejar oleh 2.6 juta rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 6:57 PM

Perkataan SUBJUDICE digunakan konon2 Najib betul.

Sampai hendak jawab pun mulut Najib bisu.

Sekarang Zahid pula ambil SUBCON.

NAJIB DAN APANDI sama2 macam Pak Pandir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 7:10 PM

Alhamdulilah! ada juga rakyaat Malaysia yang bagitu berpengalaman dengan undang-undang tampil membuat pembetulan bagi pengtahuan rakyaat Malaysia yang lain.Terima kaseh diatas petunjuk jalan yang lurus ini.Janganlah pula nanti menteri-menteri UMNO yang nak menjadi jurucakap diumpama seperti tikus membaiki labu, malu yang menanti dan orang hilang keyakinan dengan jawatan tuan&puan.

....................
Reply To This Comment ...................
melayu dilembukan
December 4, 2015 at 7:51 PM

Semakin hari semakin teserlah kebodohan dan kehinaan najib dan penjilat kanannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 9:47 PM

Saya guna ayat sinis lagi sarkastik je tuan...salah juga ke....betul apa....smuanya telah termaktub...x boleh patah balik...jho low..jho low...jho low dgn arul juga yg senang lenang...duit banyak...makan steak n fish n chip slalu...cucuk bank keluar duit...xda pening kpala pasal harga brg naik...tgk gaji arul...tgk rumah dia...besar tu...gaji besar tu....jho low lg best...sejukkkk je duduk kat amerika nun...smlm dia pi hong kong sat setel urusan payment hotel dia....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 11:22 PM

hahahahahahahahaha...
good one bro

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2015 at 11:29 PM

entah2 masa azalina studi law dulu masa nak masuk bab subjudice je...tiba2 lecturer dia meninggal...
sebab tu dia begitu confident masa awal sesi parlimen ari tu umumkan Ajib sindri akan jawab 2.6 tu....
alih2 Ajib total sub keja tu pada Ahid Midi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2015 at 11:13 AM

Betul.. jawapan yg diberikan oleh tpm dan azalina hanya layak untuk macai yang sedang ternganga2 memerhatikan dedak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2015 at 11:29 AM

"sub judice yang boleh menjejaskan penjalanan sesuatu siasatan dan juga menimbulkan prejudis oleh orang awam terhadap pihak-pihak dalam siasatan berkenaan."

Maksudnya;

Jika mana2 pihak atau rakyat yang mengkritik rejim Najib sebagai contoh;

1.kenaikan pelbagai cukai
2.meminta Najib letak jawatan
3.skandal 1mdb

Rakyat boleh dikenakan tindakan Dan dihukum seterusnya di sumbat ke dalam penjara.

Yang terbaru, Najib telah diberi kuasa yang lebih besar, lebih luas, dan mutlak dengan kelulusan parliman, dimana kuasa Najib boleh menangkap dan mengheret mana2 pihak mahupun individu ke penjara (melalui sosma) tanpa perlu di bicara di mahkamah.

Najib juga mempunyai budi bicara dan kuasa untuk membekukan pilihanraya jika terdapat ancaman sekiranya Najib atau umno dan BN akan tewas pada pilihanraya akan datang!

Yang dibenarkan adalah Rakyat malaysia harus bersyukur Dan berterimakasih dengan segala nikmat yang telah diberi oleh pentadbiran rejim Najib!

Bersyukur lah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2015 at 7:25 PM

Apa masaalah ni. Bagii la jawapan yang orang boleh faham. Ni pi Mai pi Mai Cuba nak kelentong. Ingat semua orang bodoh ka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2015 at 3:52 PM

tapi ....

dia boleh pulak bagi penerangan TERPERINCI pada perwakilan PAU..

err .. tak subjudice ke tu?

Post a Comment