........... 9 Ketua Cawangan Mengadap Lembaga Disiplin .... DOUBLE STANDARD ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

9 Ketua Cawangan Mengadap Lembaga Disiplin .... DOUBLE STANDARD ?

Wednesday, December 2, 201513comments


Petang tadi sembilan ketua cawangan Umno dari bahagian Teluk Kemang yang mencetuskan gelombang kebangkitan ketua2 cawangan lain untuk tampil bersuara meminta Presiden Umno mengundurkan diri, telah hadir mengadap Lembaga Disiplin di PWTC.

Keputusan akan diketahui dalam masa dua minggu.

Baca Mkini.

Timbul dua persoalan yang menjadi tandatanya ahli2 Umno -



KLiK untuk ke Youtube 

Kalau bercakap kepada media meminta Presiden mengundurkan diri merupakan satu kesalahan sehingga dipanggil oleh Lembaga Disiplin, bagaimana pula jika bercakap kepada media menuntut Timbalan dan Naib Presiden dipecat ?




Dan persoalan kedua, bagaimana dengan kes Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Dato Hamidah yang dipecat keahlian dan jawatan dari parti Umno .... kenapa tidak dipanggil mengadap Lembaga Disiplin terlebih dahulu ?

Apakah berlaku Double Standard dalam Umno ?

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
melayu dilembukan
December 2, 2015 at 10:34 PM

Najib..ku nan..buat undang2 sdiri. Undang2 nyayok umno.
seluruh dunia tahu, pimpinan umno dh nyanyok @ gila khinzir.

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2015 at 10:41 PM

Kenapa dr. M tak dipanggil? Dr m terang2 suruh najib brenti dr awal tahun..triple standard la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 10:55 PM

senyum je lah... parti UMNO ni macam Tun M cakap dah jadi parti Najib. Najib perasan dialah orang yang paling disukai rakyat. Tanpa Najib UMNO tak ada apa apa useless.

KAH KAH KAH

HarkKKK TtuihHHH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2015 at 10:57 PM

UMNO dah hilang arah. Tindakan diambil ikut perasaan bukan mengikut peraturan yg tertulis sekian lama. Apa yg penting bg pemimpin tertinggi UMNO ialah untuk melindungi dan menunjukkan kesetiaan kepada presiden yg terlalu banyak masalah yg membebankan UMNO. Bilakah agaknya kesedaran akan timbul di kalangan mereka atau adakah mereka akan tersedar menyelamatkan UMNO lebih penting dari menyelamatkan presiden UMNO? Kepada Allah kita berserah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 1:14 AM

It's all waste of time.. Waiting for 3rd December . Explaining 2.6b

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 2:24 AM

Pengampu dan pemakan dedak mati matian nak menangkan perbuatan najib tu yang tak bleh blah, mereka duk ulang2 umno masih lagi kuat dengan najib sebagai presiden chek punya check rupanya mereka bersembang sesama mereka saja samada dalam fb twitter grup whatsapp telegram juga di warung kopi mereka berdiskusi sesama mereka & tak bercampur dengan golongan masyarat keseluruhan tak hairanlah mereka merasa najib kuat kerana selama ini mereka hanya berada dalam dunia khayalan mereka sendiri serta takut nak keluar ke dunia nyata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 5:20 AM

UMNO
United Mohd Najib Organisation
Untuk Macai Najib Only

Inilah UMNO baru pemimpinan Ah Jib Gor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 7:10 AM

Dua orang atas umno ini akan dipertanggungjawabkan atas tindakan khianat dan keji mereka terhadap keputusan tindakan. Adakah mereka fikir orang lain tidak dapat mentafsir motif dan maksud tindakan mereka? Orang2 yang mengikut telunjuk mereka dahulu dalam kabinet dan mkt serta ramai kb2 sudah mula bosan dan meluat dengan mereka skrng. Memang benar kata Tun Mahathir Dan TSMY, mereka ini sudah kepercayaan orang melayu dan rakyat serta ini adalah jenis yang tidak tahu malu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 7:18 AM

Anon 5.20 am,

1. Saya amat bersetuju sekali acronym for UMNO is UNTUK MACAI NAJIB ONLY.

2. Rasionalnya ialah semua kesalahan najib dapat ditaichi oleh UMNO

3. Sapa kutuk najib, UMNO "bunuh" mereka

4. UMNO bukan double standard but quadruple standard. Untuk hamidah lain, untuk yang suruh najib letak jawatan lain, untuk muhyiddin dan mahathir lain, untuk UMNO suruh muhyiddin letak jawatan lain.......

5. Anything keluar mulut najib Pembohongan. Anything keluar mulut zahid penipuan. Anything keluar mulut teuku denan Kebodohan. Anything keluar mulut salleh keruak Standard Mr Bean, anything keluar mulut Rahman Dahlan Kebongokan.

6. Selamat tinggal UMNO....semoga semua anda walking with your tails in between your legs come pru14

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 10:32 AM

Lembaga Disiplin dapat bahagian......macam md maslan. Sebab tu double standard. Lembaga Disiplin UMNO tak boleh dipercayai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 10:59 AM

Semakin parah UMNO ni. Semakin terserlah kebodohan dan ketamakan ahli-ahlinya. Hanya segelintir aje yang berani bersuara. Masa ni lah jika ada pemimpin yg macam Tun M, silalah tampil ke hadapan. Muhyiddin terlalu play safe. Tak nampak dia punya leadership quality yang boleh rally Malaysians to a better future.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2015 at 11:23 AM

"Apakah berlaku Double Standard dalam Umno ?"

Itulah najib, dari sudut pentadbiran dan pemerintahan pula,

Ghani patail pula dibuang kerja semata mata atas "sebab kesihatan" dimana rakyat telah mengetahui beliau ditamatkan perkhidmatan kerana sebab menerima rawatan dialisis.

Didalam menteri kabinet najib pun ada yang menerima rawatan dialisis, kenapa tidak diambil tindakan?

Memang benar, terang dan nyata pemimpin bernama najib adalah pemerintahan berbentuk rejim, diktator dan kuku besi!

Rakyat sudah pasti akan menunjuk najib, rosmah, pengampu, punahsihat dan pencacai yang dibayar berbillion billion duit rakyat jalan keluar apabila tiba PRU14...itu adalah pasti!

Yang jadi mangsa adalah parti umno yang banyak berjasa!!!

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 3, 2015 at 1:48 PM

@saloiAssalammualaikum Bro!
Berani ker Ku Nan panggil Tun M? Tak malu ker dia dgn Tun M tu?
Sedarkah kalian bahawa tanpa Tun Dr M, siapalah Teuku Adnan tu? Tak ada siapa yg kenal dgnnya. Waima kekayaan melalui perniagaan yg dinikmatinya sekarang takkan tercapai tanpa sokongan Tun M semasa Tun jadi PM dulu.
Dulu mamat ni bukan main lagi sokong Tun M, kini sokong Najib pulak bagai nak gila.... sanggup buat apa saja walaupun apa apa yg dibuatnya menampakkan kelemahan dan betapa tak cerdiknya dia sebagai SUA.
Mungkin kerana itulah di zaman Tun dia hanya layak jadi SUK saja.....
Wallahhua'lam.

Post a Comment