........... 8 Hari Lagi Isu 1MDB Akan Selesai !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

8 Hari Lagi Isu 1MDB Akan Selesai !!

Tuesday, December 22, 201533comments

Ada lagi 2-3 perkara mengenai 1MDB yang mahu saya komen tapi memandangkan kita sudah menghampiri hujung tahun, atau lebih tepat lagi, kita sudah menghampiri DATELINE atau TARIKH AKHIR  janji Najib bahawa isu 1MDB akan selesai ketika meminta tempoh 6 bulan pada pertengahan tahun, maka saya fikir ada baiknya kita tunggu dulu apakah janji bakal ditepati ....

Untuk menguatkan lagi janji Najib itu, pada bulan Oktober Wahid Omar turut memperingatkan kita akan tempoh 6 bulan yang dipinta Najib itu bakal berakhir hujung tahun.




Ayat 'Isu 1MDB akan selesai' itu sudah kita pertikaikan sebelum ini. Ia bukan hanya merujuk kepada pelangsaian hutang semata2 atau mengurangkan beban hutang yang menggunung. Namun bagi Najib, isu 1MDB adalah berkaitan hutang semata2. Selesai hutang makna selesailah isu.

Soal Kerugian Berbilion Ringgit 1MDB bukan satu masalah kepada Najib. Makanya menurut Najib, tidak ada keperluan untuk beliau memikul sebarang tanggungjawab atas kehilangan berbilion ringgit negara yang hangus kerana 1MDB.

Begitu juga dengan siasatan SPRM berkaitan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib dan ini termasuk RM42 juta yang berpindah dari akaun SRC ke dalam akaun Najib yang dikatakan bakal selesai hujung tahun.

Kita sama-sama mengira hari dan waktu nya ..... apakah Najib akan mengotakan janjinya ala slogan Janji DiTepati yang selalu dilaungkannya dulu ? 

Kecuali kerajaan dan 1MDB buat lawak bodoh lagi macam semalam dengan kenyataan bahawa Jho Low adalah wakil kepada keluarga diraja Arab Saudi.... yang itu kita layanla.

PS - Rakyat Malaysia boleh rai kan Tahun Baru 2016 dengan pengumuman penjualan Tanah Negara kepada negara luar kerana nak bayar hutang 1MDB.

RM2.6 bilion pula ? Kalau takde jawapan juga hujung tahun ni, bagus kalau slogan atau sasaran Tahun Baru 2016 rakyat Malaysia pakai - Di Mana RM2.6 Bilion ?

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2015 at 9:59 PM

rasanya ia bermaksud selesai jawab untuk tahun ni. tahun depan sambung balik lagi 6 bulan. setiap bulan kata 6 bulan. masuk bulan ke6, 6 bulan lagi. tunggu punya tunggu, 2018 mungkin selesai selepas pru14.

....................
Reply To This Comment ...................
December 22, 2015 at 10:18 PM

Lebih baik apa apa pengumuman dibuat selepas raya cina..

Hujung februari sesuai, kalau march lebih baik.

Alang2 lebih baik april dan kalau nak meriah mei 2016.

Jun pun cantik juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2015 at 10:28 PM

Tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan ambil tahu. Ramai yang excited kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2015 at 10:28 PM

dh mcm cukai pintu pulak!

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 22, 2015 at 10:33 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Perasaan hati saya yakin apa yg dijaji itu tak akan tertunai. Kalaulah isu 1MDB dianggap selesai setelah langsaikan hutang pun rasanya tak akan tercapai pada hujung tahun ini.

Tapi kalau isu 1MDB dianggap selesai setalah PM Najib LETAK JAWATAN, itu mungkin boleh dicapai.

Mudah saja.... cukup tahun nanti Najib pun umumkanlah dia undur diri drpd kepimpinan negara, Umno dan BN. Baru boleh dikira tamat isu 1MDB dihujung tahun. Tak gitu?

Walau bagaimanapun kebanyakan rakyat kini dah tak kisah sangat dgn isu 1MDB ni. Yg mereka faham 1MDB membawa bala kpd negara dan Najib sendiri. Bila ianya dianggap BALA, maka hanya Allah swt sahaja diharap membantu dgn ketentuanNya.

Apa yg meresahkan rakyat masa ini ialah masalah dividen ASN yg hingga hari ini masih belum diumumkan oleh TS Ahmad Sarji. Dulu kalau waktu ini rakyat dah tahu berapa peratus dividen ASB untuk tahun berkenaan. Sekarang masih sunyi sepi.

Maka berbersepsilah rakyat dgn pelbagai andaian yg menjurus kpd isu 1MDB dan permasalahan ekonomi yg menimpa negara bertuan ini.
Harga barangan menaik hari demi hari. Kos sara hidup rakyat makin tertekan.....
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
December 22, 2015 at 10:34 PM

PM jgn plak buat² lupa..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2015 at 11:25 PM

alaa bro lg senang december 2016...huhuhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 12:22 AM

Melalak suruh Najib letak jawatan? Puiiiii....Dulu p.menteri 22 tahun letak jawatan tak masa krisis tahun 97, 98, 99 hhahahaha.......untunglah ms tu takde viral mengviral.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 12:33 AM

Lebih ramai rakyat yg sibuk ambik tau sgt baik utk negara. Lebih baik drpd jd lembu hanya tunggu ditipu idup idup dgn alasan rugi dan kemuduan dicekik dgn cukai cukai baru. Kasik taruk sampai Allah beri kita seorg pemimpin yg sejati. Selagi belum ketemu pemimpin dinanti kita teruskan perjuangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 1:44 AM

Pulau je sambutan tahun baharu kat dataran merdeka nanti kalau pak najib dan koncu-koncu ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 1:49 AM

aalah asb xumum lg.maybe umum lps cuti kot. Harap2 dividen tinggi or sama mc tahun lps.tolong jgn rendah sudah hangin rakyat. Pnb bkn syarikat ong kn?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 2:25 AM

Kalau pasai tabur janji najib dengan anwar sbijik cuma berlainan parti saja dua2 kaki kencing rakyat dua2 munapik, tunggulah kalau korang nak tunggu aku tak letak dalam kepala kalau dah penipu tu sampai bila2 pun tetap menipu.

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2015 at 2:36 AM

Najib dan penipuan dah jadi mcm isi dgn kuku.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 23, 2015 at 3:38 AM

@AnonymousHallo Bro!
1. PM dulu tu tak tubuh 1MDB dan tak pinjam duit dgn jaminan kerajaan sampai 42 bilion.

2. PM 22 tahun tu tak terima derma dari entah sapa-sapa berbilion ringgit untuk dimasuk ke akaun sendiri.

3. PM dulu tak cekik rakyat dgn GST.

4. PM 22 n tu banyak buat pembangunan utk kemudahan rakyat yg tak payah nak diceritakan. Budak darjah enam pun tahu apa yg dia telah buat. Kamalu kamu jenis bengap, cuba bayangkan kalau negara ni tak ada lebuhraya Utara-Selatan? Bagaimana agaknya pergerakan kita ketika cuti perayaan yer?

5. PM dulu tu seluruh dunia pakai cakap dia. Dari dulu sampai sekarang. Pm sekarang adoooo?

6. Keluarga PM 22 tahun tu tak hidup mewah macam PM sekarang, walaupun dah berkuasa lama. Bukan macam PM sekarang, baru lima tahun dapat kuasa dah tunjuk belang.

7. PM dulu tu dapat sokongan rakyat sampai lima kali PRU menang majoriti 2/3. PM la ni macam mana? Baru sekali PRU dah merosot, gagal menang 2/3.

8. PM dulu pulihkan kemelesetan ekonomi kerana serangan matawang Zionis dgn sangat rah berkesan dan jadi sejarah dunia. Bukan macam PM sekarang yg asyik dok beri dalasan kerana harga minyak jatuh. Banyak sangat ke minyak di Malaysia ni? Macam negara Arab Saudi ker?

9. PM 22 tahun tu tak takut bini. Tak pernah isteri PM 22 tahu sikukan suaminya dikhalayak ramai - dihadapan ribuan kamera. Isteri durhaka.....

10. Pendek kata antara PM 22 tahun dgn PM sekarang jauh beza bagaikan langit dgn bumi. Terlalu banyak perbezaan. Kalaulah kamu panggilkan dua orang tu berucap dikhalayak umum, siapa yg ramai didengari ucapannya? Pm 22 tahun atau PM sekarang.

Fikir-fikirkanlah. Jangan mengampu 'mengkhinzir buta' kerana dapat sedikit duit. Duit tak boleh dibawa mati. Tapi kerana duit boleh bawa mati. Lebih-lebih lagi bila prinsip hidup 'cash is king'.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 7:16 AM

Macai umno ada sedikit grey matter atau lansung kosong.

1. Zaman tdm memang ada misadventure in terms of business investment namun MEMANG DIKETAHUI

2. Semasa tdm memang ada krisis dan suruh beliau letak jawatan....namun isu2 jauh berbeza. Tiada berbilion masuk akaun peribadi, tiada kes tangguh2 pac, task force, tiada sacking dsbnya.

3. Sekarang najib disuruh letak jawatan dengan menyusahkan rakyat. Rakyat ditipu bulat2. Salahguna kuasa, rasuah, kes pembunuhan implicating najib...PERNAHKAH BERLAKU ZAMAN TUN MAHATHIR?????

Cuba pikiq sikit kata pak kadir......unless otak kosong, mulut dibisu, telinga dipekak dan mata dibuta...

Allahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 8:37 AM

Assalam Bro,aku masih menyokong UMNO TETAPI Najib mesti disingkirkan kerana rakyat Malaysia dah meluat dengan sikapnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 9:04 AM

apa pasal la dikaitkan selesai 1mdb dengan tdm. tak relevan langsung. fokus kepada usaha selesai masalah 1mdb hingga akhir tahun. cuma dipertikaikan tahun bila? tapi penyokong ahjibgor pi burukkan tdm kenapa? memang patut la mereka terima apa sahaja yang dikatakan oleh 1mdb dan pemimpin umno tanpa menggunakan kepala atas. banyak guna kepala lutut agaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2015 at 11:15 AM

Harap2 abg Najib akan menjawab sekali glc2 yang berkait dengan 1mdb.latest utusan yang untung sbanyak 47,900% .

Sumber: http://www.kinibiz.com/story/tigertalk/206982/utusan%E2%80%99s-wet-dream-deal-%E2%80%93-genius-luck-or%E2%80%A6.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 11:55 AM

Kepada anom yang kaitkan Tun 22 tahun dan zaman maklumat di viralkan.

Perlu muhasabah diri dan lihatlah kenyataan sejarah jangan sampai pengikut najib di cop buta sejarah Malaysia, pilihanraya pertama buat Tun Abdul Razak pada tahun 1974 beliau mencipta rekod kemenangan terbesar dalam sejarah pilihanraya selepas kemerdekaan, pilihanraya pertama Tun Hussein Onn pada tahun 1978 walaupun sedikit merosot dari pencapaian terakhir Tun Razak berikutan parti Pas yang keluar dari perikatan tapi beliau tetap menang dengan majoriti 2/3, pilihanraya pertama buat Tun Mahathir pada tahun 1982 beliau mencipta rekod kemenangan kedua terbesar pilihanraya selepas kemerdekaan, pilihanraya 2004 pilihanraya pertama Tun Abdullah Badawi beliau turut mencipta sejarah dengan kemenangan pilihanraya terbesar sejak 1978.

Pilihanraya 2013 pilihanraya pertama Najib Razak beliau mencipta sejarah dengan kemenangan paling tipis yang pertama dalam sejarah pilihanraya di Malaysia dan gagal perolehi majoriti 2/3 malah pencapaian pilihanraya yang lebih teruk dari pilihanraya terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi itu adalah fakta sejarah yang tidak boleh di tipu, pilihanraya pertama Najib Razak terbukti sudah begitu burok bagaimana pula dengan pilihanraya yang akan datang ini jika Najib masih PM? masih nak menipu diri sendiri?.

Berkenaan dengan zaman maklumat yang di viralkan, setiap pemimpin mempunyai kelebihan dan kekuatan di zaman masing2, sebagai pemimpin mereka mesti bijak menggunakan ruang dan peluang yang terdapat dizaman mereka agar diyakini serta tampak hebat bukan dengan membandingkan kaedah di zaman2 sebelumnya, jika soal zaman it dengan maklumat yang diviralkan menjadi suatu alasan kepada penyokong najib bagaimana pula di zaman kegemilangan Rasulullah dan para2 sahabat adakah nak dikatakan pihak kafir korais kalah kepada Rasulullah dan para sahabat kerana mereka tak dapat nak viralkan maklumat sehingga agama Allah dapat dikembangkan sehingga kini?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 1:16 PM

pru 13 najib berbelanja besar untuk praya tapi kalah undi popular lebih 50% walaupun spanduk 'I Love PM' di julang tinggi di stiap program kali ini datang lagi gila spanduk dengan perkataan lain tapi maksud sama 'Kami Sokong Najib' menang spanduk tapi kalah pru pun tak guna pengundi sekarang terlalu bijak untuk di tipu lebih2 lagi kalau sudah terlampau kerap najib menipu siapa lagi nak percaya pada najib hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 1:54 PM

Dalam isu 1MDB, RM 2.63 bilion wang kononnya derma untuk UMNO dan kemudiannya derma untuk kerajaan dalam akaun peribadi Najib, RM 2 juta dalam akaun Rosmah, isu kenaikan kos sara hidup yang sangat melampau, isu pelabur asing mengeluarkan pelaburan mereka dari negara ini hinggakan ramai kilang dan pusat perniagaan dah tutup, maka ramailah yang kehilangan kerja, pelaburan ekuiti asing pula tahun 2014 pengeluaran sebanyak RM 6 bilion, tetapi dalam tahun 2015 ini, hingga bulan November sahaja pun dah pengeluaran pelaburan ekuiti sebanyak RM 18 bilion dah dikeluarkan oleh pelabur asing, 3 kali ganda.

Saya berpendapat bahawa kerajaan yang ada sekarang ni hanya syok sendiri, begitu juga dengan kepimpinan parti politik dalam Barisan Nasional serta para ahli mereka hanya syok sendiri menganggap parti mereka kuat sedangkan dalam sejarah politik negara ini, dan dalam sejarah perikatan dan Barisan Nasional, keadaan sekarang ini adalah menunjukkan bahawa sokongan rakyat yang sangat rendah, lagi rendah dari tahun 1969, malahan lebih rendah dari tahun 2013.

Jika perkara ini berterusan sehingga 2018 iaitu pada PRU 14, harapnya ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional terutamanya ahli-ahli UMNO tak payahlah nak terkejut dan menangis tersedu sedan terutama Wanita UMNO, kerana di saat kamu semua masih ada peluang untuk membaiki kerosakkan yang ada, kamu semua tak ambil peluang itu, malahan kamu menyokong kepimpinan keparat yang menjahanamkan parti, bila dah kalah tu tak payahlah nak terkejut dan menangis tersedu sedan pula, kerana kamu semua yang menyebabkan kekalahan tersebut, perbuatan kamu semua menyokong perbuatan mungkar, perbuatan mengkhianati parti, perbuatan menjahanamkan negara, perbuatan menyusahkan rakyat, maka bila rakyat tolak parti kamu, itu adalah kerana perbuatan kamu semua sendiri juga, tak payah terkejut dan sedih sangatlah, kerana kamu semua adalah penyebab semua ini.

Kini sedarlah wahai parti komponen Barisan Nasional terutama UMNO, orang ramai dah meluat, dah menyampah, dan dah benci dengan Barisan Nasional, bukannya disebabkan Barisan Nasional itu teruk, tetapi kepimpinan atasan Barisan Nasional itu yang teruk, ditambah dengan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional yang syok sendiri menyokong segala perbuatan pengkhianatan oleh pemimpin mereka.

Kini orang ramai dah tak bising sangat dah, bukannya kerana terima apa yang dibuat oleh kerajaan, tetapi dah benci, dah meluat, nanti dalam PRU 14 pengundi tak akan tengok langsung calon dan lambang Barisan Nasional pada kertas undi, mereka hanya nampak calon pembangkang sahajalah, kerana disebabkan terlalu marah, dan benci, maka beginilah jadinya.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
December 23, 2015 at 2:24 PM

@AnonymousAssalammualaikum Bro!
Kepimpinan Najib ni tak habis-habis nak bergantung dgn orang lain.

Kalau dlm isu 1MDBnya dia asyik bergantung pada para menteri barunya dan TPM baru yg konon sahabat setianya.

Maka kini untuk menghadapi PRU 14 yg dia sendiri yakin Umno/BN akan kalah teruk, Najib nak bergayut pulak dgn PAS, kalau-kalau boleh dapat sokongan orang Melayu atas pagar yg selama ini menyokong Umno/BN.

Tak tahulah berapa banyak pulak duit yg dia dah lambakkan kpd pemimpin-pemimpin PAS yg setuju dgnnya masa ini.

Kalau KB Umno Johor Baru pun boleh dapat RM 1Juta, agaknya untuk pemimpin-pemimpin atau parti Pas berapa yer? Buatlah apa saja dgn duit derma Pak Arab yg masih banyak bakinya itu. Kalau tak cukup mungkin akan ada Pak Arab lain akan bantu lagi PM Najib.

Semoga PAS tidak terjebak dgn Najib yg sedang 'kelemasan' dlm politik peribadinya sebagaimana yg pernah dianggap oleh Tim. Presiden PAS sebagai 'BIAWAK HISUP'.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 3:46 PM

Pelik jugalah bila Najib menyatakan bahawa nilai ringgit jatuh disebakan kejatuhan harga petroleum, tetapi kalau dilihat nilai ringgit bukan setakat jatuh berbanding nilai Dollar, tetapi kebanyakkan matawang lain, termasuklah riyal Arab Saudi.

Arab Saudi yang mana 90% hasil eksportnya adalah bersumberkan petroleum, pasal apa Malaysia yang hanya 14% hasil eksport bersumberkan petroleum boleh merosot nilai matawangnya akibat kejatuhan petroleum tetapi Arab Saudi yang 90% hasil eksportnya adalah petroleum pula nilai matawangnya meningkat lebih tinggi dari Malaysia pula?

Sedarlah bahawa 25 Disember 2014, nilai 1.00 riyal Arab Saudi bersamaan RM 0.92, tetapi pada 23 Disember 2015, nilai 1.00 riyal Arab Saudi bersamaan RM 1.14 dan pernah mencecah 1.00 riyal bersamaan RM 1.18 pada 29 September 2015. Kalau diikutkan logik akal, ketika ini harga petroleum menjunam dengan begitu teruk, di bawah paras USD 35.00 satu tong, pasal apa nilai riyal Arab Saudi yang negara itu bergantung sebanyak 90% ekport kepada petroleum lebih tinggi nilainya dan nilai matawangnya naik lebih tinggi berbanding nilai ringgit yang mana Malaysia hanya 14% bergantung kepada hasil petroleum?

Lihat ini: http://finance.yahoo.com/echarts?s=SARMYR=X&t=5d&l=on&z=m&q=l&c=#{"allowChartStacking":true}


Ini menunjukkan bahawa kerajaan pentadbiran Najib menipu rakyat Malaysia, mereka menipu rakyat Malaysia seolah-oleh rakyat Malaysia ini tidak berpelajaran, tak ada pengetahuan, sedangkan hakikatnya rakyat Malaysia punya internet, punya komputer, boleh akses maklumat sepanjang masa. Tindakan menipu sedemikian adalah tindakan yang sangat memalukan, dan sangat jijik bagi seorang perdana menteri yang berkelakuan buruk sebegitu rupa.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 6:20 PM

Mengungkit kisah Tun Mahathir dengan satu lori keburukan sekalipun hanyalah kerja sia2 kerana imej najib sudah rosak teruk kerana kuat sangat menipu bertaraf munafik lagipun Nabi sendiri melarang kita mendengar kabar berita dari golongan munafik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 7:37 PM

@kluangman apa ni encik keluang.. jangan bagi persepsi yang bukan bukan

walaupun dah banyak kali terjadi bila pro najib selalu salah tarikh atau cubaan menipu (baca: mmg nak menipu) .. kali ni mungkin dia cakap betul.

negetif sangat lah encik keluang ni.

kemonlah bagi najib peluang.. walaupun setiap peluang tu akan disia-siakan oleh najib.

tak pe kita kena BERJIWA BESAR rela memaafkan kesilapan najib berkali kali .. atau setiap kali kena kencing

biarlah hancing pering pon.

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 8:19 PM

Setuju dgn Bro Din, ibarat sakit hatinya rakyat kpd pemimpin BN yg ada skg terutama UMNO versi Najib,PRU14 nanti letak lambang parti Kayu pun mungkin boleh menang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 10:10 PM

Dalam.bulan july lepas Najib janji 6 bulan lagi... maksud dia 6 bulan july atau 6 kali bulan july .... media yg salah faham maksud dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 24, 2015 at 2:01 AM

hahahaha...aku suka yg no 9

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 24, 2015 at 3:26 AM

salah tu bro din mana ada 8 hari lagi mamat najib bilang dalam bahasa mantik 6 bulan sampai sekarang masih ada 1 bulan tak caya tengok langit, bila agak2 bulan tu nak branak kalau bulan branak kembar siam 6 skaligus cepatlah sikit

....................
Reply To This Comment ...................
December 24, 2015 at 6:53 AM

sebb pm 22 tahun tak dak krisis seteruk ini, tak dak bukti pm 22 tahun 2.6 b masuk akaun pribadi. pm 22 tahun tubuh proton tak hutang menggunung, banyak rskyat boleh tumpang kesenangan. pendekata tak sengsara nak berbelanja dan sekolah anak2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 24, 2015 at 9:36 AM

Sarkasm 1.
Reporter : Kenapa harga getah Malaysia rendah dari Thailand?
Menteri : Tapi harga kita lebih tinggi dari getah arab, amerika dan jepun.
Reporter : ???.. terdapat kes penyeludupan getah malaysia ke Thailad,apa pendapat tuan?
Menteri : SAPA CKP? TIADA PENYELUDUPAN.SAPA CKP MCM TU AKAN DIKENAKAN SOSMA!!!
Reporter : err.. Jadi boleh ulas pasaran getah skrg?
Menteri : harga getah rendah disebabkan oleh subsidi kerajaan yg tinggi dan sikap penoreh yg menyeludup ke Thai?
Reporter : ??? Err..tp tadi..
Reporter : klu mcm tu boleh bg penyelesaian masalah ini tuan.
Menteri : Kita akan tarik balik subsidi dan kita akan kenakan GST !
Reporter : huh?.. ada penyelesaian yg lain yg lebih bernas tuan?
Menteri : Kita akan sain TPPA! kita akan import getah sintetik dari amerika yg murah utk tingkatkan saingan.
Reporter : !?!? Alternatif lain?
Menteri : klu mcm tu jgn tanam getah! Tanam kangkung saja. Harga kangkung lebih stabil!
Reporter : tuan menteri ! Itu akan membunuh industri getah malaysia.
Menteri : awak ckp mcm ni mcm menteri goyang kaki. Klu rasa tak suka PENOREH boleh keluar dari Malaysia.
Reporter : @#?!@?
Sarkasm ini tiada kaitan dgn kehidupan lampau,tapi ada kaitan dgn kematian akal fikiran menteri malaysia skrg ini.
Tunggu sarkasm episode ll

....................
Reply To This Comment ...................
rakyat dilembukan
December 24, 2015 at 10:23 AM

Terbaek punya satira. Dh terbayang dikepala otak aku muka menteri tersebut.
dh kena dh..mmg itu pun taraf mental menteri kita skrg. Bodo dan bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 24, 2015 at 11:51 AM

Xperlu compare dgn arab. Compare dgn brunei dolla brunei brpe skrang?

Post a Comment