........... Walaupun TNB Beli Ipp Dari 1MDB Tapi Kerajaan Tetap Rugi Berbillion Ringgit ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Walaupun TNB Beli Ipp Dari 1MDB Tapi Kerajaan Tetap Rugi Berbillion Ringgit !

Monday, November 2, 201538comments




Saya percaya ramai yang teruja bila mendengar Arul bercakap tentang Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB, kan ? Peeeeergh .... jual, jual jual lepas tu kasi settle hutang. YES ! Hutang settle. Takde masalah dah. Kes 1MDB selesai .....

Sekarang itulah yang menjadi target 1MDB, bukan nak buat untung atau nak bawa pelaburan strategik ke dalam negara tapi bagaimana nak settle hutang ! Jauh sekali larinya agenda 1MDB waktu mula ditubuhkan dulu. 

Dari kononnya nak bawa masuk duit ke dalam negara, kini mencurah2 duit keluar negara. Apa yang rakyat dapat hasil dari pelan strategik 1MDB selama 6 tahun ini yang menelan belanja berpuluh billion ringgit ? Anda sendiri boleh jawab ....

Tanpa ramai sedari, sebenarnya Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB adalah BUKTI bagaimana 1MDB telah rugi berbillion2 ringgit duit kerajaan ! Kita tidak sedar sebab terpaku dengan ayat2 gempak yang digunakan oleh Arul. 

Memang kelas ayat2 yang digunakan. Berbaloi kerajaan bayar gaji Arul .... 

TAPI kalau kita buang semua ayat2 hiasan itu dan melihat kepada FAKTA ASASnya saja, baru kita akan sedar bahawa tidak ada apapun yang patut dibanggakan dengan 1MDB. Kita cuma perlu melihat isu dari sudut pandangan lain, yang mudah tanpa dipesongkan pemikiran kita dek penggunaan ayat2 yang bombastik.

Jom kita lihat Pelang Rasionalisasi Hutang 1MDB berkaitan dengan IPP.

1 - 1MDB beli kesemua IPPnya dengan harga RM18 bilion. Diletakkan dibawah syarikat bernama Edra.

( Kita tolak ketepi dulu soal beli dengan harga mahal dan hal2 berkaitan lain. Mudahkan isu supaya jelas pandangan kita )

2 - Hutang dah bertimbun dan 1MDB tak mampu bayar. Jadi sekarang 1MDB nak jual balik IPP itu secara borong. Maknanya nak jual Edra.

( Sebab apa 1MDB tak mampu bayar hutang ? Itu kena tanya pro 1MDB yang begitu bangga dengan ketidakupayaan 1MDB nak bayar hutang hingga terpaksa jual aset. Pelik dah sekarang kayu ukur yang mereka gunakan untuk tentukan samada sebuah syarikat itu berjaya atau tidak atau perlu dibanggakan atau tidak )

3 - Kemungkinan besar TNB yang akan beli Edra dengan harga RM15 bilion. Hasil jualan itu 1MDB akan bayar hutang. 

Nah, di sini yang ramai tidak nampak akan satu perkara paling penting.  1MDB adalah kerajaan dan TNB juga adalah kerajaan ..... bermakna kerajaan akan buat dua kali hutang untuk benda yang sama !

Huh ? Nampak tak ? Cuba baca balik perlahan2 ..... Berhutang kali kedua untuk bayar hutang pertama.

Kerajaan beli IPP ( melalui 1MDB ) dengan harga RM18 bilion hutang. Kemudian kerajaan ( melalui TNB ) akan berhutang sekali lagi untuk bayar hutang RM15 bilion untuk IPP yang sama.

Di mana ruginya ?

Saja2 je bayar Bunga atau interest untuk pinjaman RM18 bilion ! Kalau 5% dah jadi RM900 juta setahun. Kalau selama 3 tahun, jumlah interest yang terpaksa kerajaan bayar ( melalui 1MDB ) adalah hampir RM3 bilion !

Untuk baki pinjaman pokok yang mahu disettlekan itu pun pasti ada caj interest juga. Umpama kita nak settlekan baki pinjaman kereta kita sekali gus, bank takkan terima pokok je, interest tetap dikira. Mungkin diberi sedikit diskaun je sebab bayar awal.

So ..... berapa billion kerugian dalam bentuk interest yang terpaksa kerajaan bayar kerana 1MDB gatal nak beli IPP secara hutang ?

TNB pula terpaksa berhutang juga kalau nak ambilalih Edra. TERPAKSA sebab kalau tidak IPP akan terlepas ke tangan orang luar.

Yang untung siapa angkara 1MDB ini ? Tauke IPP asal yang dapat jual IPP yang nak tamat tempoh dengan harga mahal dan bank2 yang dapat interest yang jumlahnya berbillion ringgit !

BAYANGKAN kalau 1MDB ini tidak wujud pun ..... semua bilion2 itu tidak perlu pun ditanggung oleh kerajaan. Itu adalah keRUGIan !

Siapa yang kena bertanggungjawab ? 

Adakah Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat yang buat semua keputusan bodoh itu dikenakan sebarang tindakan atas kerugian berbilion2 ringgit itu ? Bagaimana dengan ahli lembaga pengarah 1MDB ? Atau CEO atau mana2 pegawai 1MDB lain ?

Taaaaak .... semua elok jer. 

Yang bertanya dan yang menyiasat pula dikenakan tindakan !


PS - Saya ambil fakta2 asas saja. Banyak lagi perkiraannya termasuk opportunity cost. Pendek kata - 1MDB atau kerajaan telah rugi berbilion ringgit dalam projek Edra ini.

Fakta RUGI BERBILLION RINGGIT ini jangan dilupakan setiap kali kita dengar Arul atau Najib bercerita tentang Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB.

Kalau boleh kita minta Arul atau Najib nyatakan berapa sebenarnya jumlah kerugian berbilion itu .

Baca juga JMD - 

1MDB, EDRA Global Energy and TNB; the case of buying the same asset twice

Share this article :

+ comments + 38 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 12:17 AM

Najib kata isu 1MDB umpama jerubu, ia akan hilang!
Zahid kata kita jgn nostalgik, kena pandang kehadapan!
Jenyah tetap jenayah, rasuah tetap rasuah, moral adalah nyata....Najib & jemaah nya pesalah kpd kesemuanya. Dan ini tiada keraguan & bukan jerubu & nostalgik!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 12:24 AM

Simple analysis..yer bro din..
Sy nak tujukan khas lagu buat najib and the gang..yg dipopularkan ole "Abg Jem"..
GALI LUBANG TUTUP LUBANG.
Moga terhibur dan lena tidur anda kalian.
Dgn pesanan..tidur tu jgn letak lengan at as dahi..Slmt mlm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 12:30 AM

Adui bro.....setiap kali baca kebodohan 1mdb ni....naik darah aku. Sampai cucu cicit kita tak habis bayar. Lepas ni tarif letrik pulak naik.

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 12:45 AM

Kesimpulannya bro..
Missi 1MDB untuk berhutang sebanyak mungkin...
Dan Membayar Hutang Segala Mungkin...
Untung pada komisyen....

Tak cukup berjaya lagi ke bro...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 12:55 AM

Lazimnya apabila sebuah syarikat gagal melaksanakan projek yang dimenanginya melalui tender akan menyerah kembali projek tersebut tak kira apa alasan yang diberikan syarikat tersebut kebiasaan nya akan dii black list kerana gagal melaksanakan projek dan pihak pengeluar tender lazimnya akan menganugerahkan projek tersebut kepada penender kedua @ ketiga dalam senarai pilihan mereka.

Berlainan pula dengan kes 1mdb yang telah memenangi tender bagi pembinaan loji janakuasa jimah timur tapi gagal untuk melaksanakan projek tersebut boleh pula bertindak menjual projek tersebut kepada tnb dan tnb dipaksa membayar sebanyak RM47 juta kepada 1mdb, kegilaan apa kah ini untung atas angin hanya perlu menang tender kemudian jual projek, sah lah 1mdb ni syarikat broker ipp & broker tanah.

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 12:56 AM

Apa masalah blogger ni..nmpak sangat mcm nk jtuhkn PM..sedarlah kalau Allah x izin kan najib jd PM...maka x jd la walau sekuat mane kita cube lakukan...

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 1:21 AM

@Nizam ZaidHuh ? Maksud saudara .... jika ada kerugian berbillion2 ringgit, kita patut tutup mata sebab ia melibatkan Najib ? Tak nak tahu lebih lanjut atau tidak perlu sesiapa bertanggungjawap ?

Kalau jadi lagi ? dan lagi ? dan lagi ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 1:22 AM

Tarif letrik naik, letrik percuma ditarik.
Banyak tu bro, 150 juta setahun nak tanggung.
Tu belum kira projek Wifi kg. Tanpa wayar.

Yg pasti akan naik.
Harga barang binaan, dijangka naik 20%, ni dah keluar dlm media kerajaan.
Harga rumah pun naik. Nampaknya rumah mampu milik tinggal mimpi je la.

Insuran kenderaan, alasan, harga alat ganti impot, kenderaan impot. Kejatuhan nilai ringgit dikatakan penyebab utama.

minyak masak, susu, beras, tepung, tayar kenderaan, bateri, makanan ternakan, baja kimia, ni semua contoh barangan yg pasti akan naik jika ringgit tidak menokok di pasaran.

Apa yg pasti bajet JPM terus menokok kpd 20.3b utk tahun depan.

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 1:45 AM

hancur Melayu.........KENA TIPU dik PEMIMPIN sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 6:14 AM

Kipidap din turtle

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 6:17 AM

En Nizam mangkuk, kurniaan Allah tu perlu diguna dgn baik klu x wat per g skolah blajar? Kan Allah da kurniakan otak waktu lahir...biar je lar kosong camtu...

Allah bg kaki tangan utk bergerak je ke? Mulut utk makan jet ke? Kalau itu je yg hang blh pikirkan mmg hang ni seorang 'looser'

Nak bengap cari lain tpt la nizam ooi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 6:58 AM

"Anjing dengan bayang-bayang",melepaslah semua rakyaat Malaysia dengan ketamakan dankeborosan pemimpin sekarang.Jadi mangsa seluruh rakyaat Malaysia termasuk juga binatang peliharaan,GST!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 7:21 AM

Apa pasal la Najib tak nampak kebolehan aku mengurus 1mdb... kenapalah Najib bagi kat Pengarah yg dulu utk mengurus... bila Arul dah masuk target dia utk settle hutang bukan buat keuntungan sbb itu dia punya skills nanti dah selesai hutang Arul akan di anta ke glc lain utk settle hutang glc pulak.. inilah luahan rakyat malaysia. ...

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 7:25 AM

ALLAH juga izinkan kita berfikir samaada perbuatan atau tindakan dilakukan itu betul atau salah. Jika betul kita terima dan bersyukur. Jika salah wajib kita tegur dan ambil tindakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 7:26 AM

"Business model" zaman Najib ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 7:35 AM

Cuba kita tanya 150 Ketua Bahagian UMNO yg dah terima cek peribadi Najib dan terus masuk ke dalam akaun Ketua Bahagian, ketua Wanita Bahagian, agak-agak mereka berani ke kata "Najib beri donation tu utk parti", kenapa pula tidak masuk ke akaun Bahagian? Berapa yg di belanjakan utk ahli parti UMNO? Yg dah pasti mereka mengumpul ketua cawangan yg menyokong sahaja utk diberi imbuhan agar mereka tetap akan jadi Ketua Bahagian/Ketua Wanita. Beranikah mereka bersumpah mereka tidak menerima "Donatian" dari Najib utk menutup mulut mereka sendiri?

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 7:39 AM

Bro kita dua org saje yg gi buat soal jawap dgn Kandar sami tu,,
Kita just tanya soalan soalan yg mudah org kampung dan rakyat faham,,
Tak perlu putar belit dgn sistem akaunt yg org ramai tidk mahir,,
Kalau kita di beri perluang kita lanyak dia cukup cukup
Kita cuma tanya mana pergi duit, mana untung berniaga, kenapa ada hutang,
Yg akhir sekali patot ke tak patot 1MDB berniaga atau tutup kedai ,,
Bru lu atur kan gua pergi sekali,,,,
Meehhh kita sama sama terlanjang kan mereka,,
Klu mereka telanjang kan kita ,, kita tak rugi apa kerana takde papa yg kita tipu
Tapi kalau kita telanjang kan mereka nanti kita akan jumpa mcm mcm jenis kemaluan yg ada dla satu seluar,,,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 7:44 AM

allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya.

komen nizam tu macam najib ini pilihan allah yang segala salah silapnya wajib didiamkan tanpa usaha mengubahnya.

mentaliti orang sakit...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 7:56 AM

Senangnya ckp "kalau Allah tak izinkan bla bla bla..."
Cuba anda duduk di rumah tak payah usaha ke pejabat, kalau Allah izinkan, dgn sekelip mata anda berada di pejabat.....tak gitu maksud En. Nizam? Concept "surrender yourself to Allah SWT"telah di salah ertikan oleh mereka2 yg menganggap diri teramat lah alim sampai sel2 otak tak mampu utk berhubung.....

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 8:03 AM

bro dinturtle boleh tulis satu artikel bagaimana jhlow boleh kenal dan rapat dgn jib PM...beri nasihat tubuh 1mdb .dan berhutang berbillon kepada sandikit banker2 yahudi.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 3, 2015 at 8:10 AM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Tun M pernah kata bahawa dasar kepimpinan Najib ialah 'Tunai adalah Raja'. Maksudnya dia mentadbir dan mencari sokongan duit. Sogok dgn BRIM, kemudian tarik balik dgn GST. Antara BRIM dgn GST mana yg lebih banyak? Maknanya beri seringgit, kemudian tarik balik dua ringgit. Pandaiiiiiii....

Kata Tun M lagi, apabila duit tak ada untuk dijadikan 'umpan' kuasa tunainya, maka terpaksalah Najib 'curi duit'. Dan alat untuk dapatkan duit berbilion ialah melalui projek syarikat kerajaan - 1MDB. Maka terjadilah apa yg telah terjadi itu. Pi mai, pi mai, tang tu...

Diharap segalanya terjawab dgn kata-kata yg pernah beberapa kali Tun M luahkan itu.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 8:24 AM

pak din dik kerana hang je yang pandai cakap dan banyak bukti mengapa tidak hang aje cabar si arul tu untuk berdebat. tony tu takut dia tak pandai cakap melayu, masa debat hang mintak lah bukti yang hang nak mintak. jangan pandai cakap dalam blog je. dari dulu lagi hang antara yang paling vokal tentang 1mdb, bila si arul buat PC hang tak nak pergi, dia cakap dia buat secara terbuka. pi tanya lah jgn dok melalak dalam blog je. ajak tun m. si fizi dan lain lain sekali inilah peluang yang terhidang. kemon pak din kalau tidak hang jadi macam penyu je, bergerak pelan pelan, telok orang ambil buat makan, lepas tu jadi binatang tersenarai dalam binatang yang pupus, setiap tahun menangis bila sampai ke pantai, kemon din. ini satu cabaran.

....................
Reply To This Comment ...................
kandokondi
November 3, 2015 at 9:19 AM

senang aje din. dia ckp sbb Dr M bising maka tak sempat nak IPO habis plan dia lari.

itu je alasan dia. sbb takdapat nak listing.

kalau stakat nk bayar hutang pun nak harap listing, lebih baik takpayah. nampak sngt problem sbb tak generate income. memalukan

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 9:21 AM

apa kata ko jer ganti Tony Puaka yg dah hilang telor tu berdebat dgn arul kanda???
ko boleh guna fakta yg ada dlm blog ni tanya direct ...

jgn hanya berani query dlm blog telor penyu ko ni jer...??

ada berani ka si telor penyu...???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 9:23 AM

Ni bukan berniaga namanya,....ni nak bagi rakyat mati!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 10:22 AM

bukan broker saja tapi syarikat ali baba diberi projek untuk jual diberi tanah murah2 juga untuk jual cuba tgok apa pengalaman & kepakaran 1mdb takda apa pun semua yang duk dalam 1mdb pakar penipu & pembelit saja najib ni ingat rakyat malaysia bodoh boleh di tipu bulat2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 10:39 AM

@Nizam Zaid
Salam Tuan DT & Tuan Nizam Zaid..
- fuuuhhh..guna nama Allah SWT untuk menghalalkan isu & masalah dalam Cik WanEmDiBee?
- Hebat, hebat...teruskan perjuangan ya Tuan Nizam, semoga jadi macam sebuah parti tuh (ehh..dah ada 2 buah parti, satu yg baru ditubuhkan)...
- Kalau TNB yang beli IPP tu, maknanya kerajaan beli Asset dua kali..
- jadi hutang RM 18B + RM 15B = RM 33Biliyon, tak termasuk interest...hmmm
(rujukan: https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/11/02/1mdb-edra-global-energy-and-tnb-the-case-of-buying-the-same-asset-twice-updated/)
- Cuba Tuan Nizam ulas sikit...

Wallahu'Alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 10:43 AM

Lapuran Tan Sri Ani Arope

IPP ditubuhkan pada 1993 dimana TNB diminta menyerahkan tanah milik TNB di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang ,Johor pada pihak ke 3 untuk pembinaan IPP (pada YTL)

TNB boleh menjana tenaga elektrik pada kadar 8 sen seunit tetapi dipaksa membeli dari IPP dengan harga 23 sen seunit.

Setiap tenaga elektrik yang dijana oleh IPP mesti dibeli oleh TNB walaupun melebihi keperluan dan TNB tidak mempunyai teknologi untuk menyimpan tenaga yang berlebihan.

Setiap IPP diberi subsidi (harga gas dan minyak tetap) oleh Petronas. Ini bermakna IPP tetap untung manakala Petronas terpaksa menanggung kerugian. Manakala TNB pula terpaksa menaggung kerugian akibat harga tenaga yang tinggi dan pembaziran tenaga yang telah dibeli.

Untuk menampung kerugian TNB perlu menaikan tariff elektrik tetapi TNB tidak boleh berbuat demikian tanpa persetujuan kerajaan.

Perjanjian dengan IPP yang ditandatangani sejak 1993 itu tidak boleh diubah/dibatal sehingga tamat tempoh perjanjian atau satu perjanjian dicapai untuk mengambilalih IPP tersebut.

Perkara diatas telah berlaku sejak 21 tahun yang lalu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 10:44 AM

@adzzam adzzam
"Apa yg pasti bajet JPM terus menokok kpd 20.3b utk tahun depan"
yup..nak bayor blogang2 prepaid, takkan nak pakai duit 2.6 tu kot..
yg 2.6 tu kan akaun peribadi, yg 20.3 nih baru ofisial...hehe

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 11:51 AM

@Anonymoussaya ketepikan hujah berkaitan penubuhan IPP sebab tidak relevan dlm artikel ini, saya nak tanya yang ini je berkaitan 1mdb - kenapa perlu 1mdb ygberhutang utk beli, kenapa tidak TNB yg sememangnya pakar dlm hal letrik je yang beli ipp itu ?

Satu lagi, dah alang2 kontrek nak tamat, kenapa tidak tunggu saja sampai habis baru tnb ambilalih dgn harga beberapa ratus ringgit saja bukannya bilion2 ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 12:38 PM

RM 18 billions paid by the 1MDB because the company has also taken over or agreed to pay the debts of the IPPs which amounted to billions of ringgit!

And now TNB is supposed to pay quite a large amount to gain Edra. The truth is that TNB should pay less than half of what the 1MDB/Finance Ministry wants it to pay - just look at the book value of the fixed assets of Edra. Lower than RM8 billion!

Also, that Indian guy plus the 1MDB chairman Wok something are fond of saying that the company is currently facing cashflow problem due to their inability to list Edra at Bursa Malaysia. So, it is the Mahathir's fault and that of others like you Din and I who continue to attack 1MDB. But the truth is that no one in his or her right mind would want to buy Edra shares with the kind of company (1MDB) and the people associated with it. So, do not blame others - it is you in 1MDB who has brought problems to 1MDB and for that matter Malaysia.

You are nothing but embarrassment to all. May Allah swt deal with you and your kind (who are involved in similar activities taking place in 1MDB - consider MARA the Australian venture and Pembinaan PFI) sooner rather than later.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 12:57 PM

@Anonymous
Salam Tuan Dt & Anon 10.43 AM,
1. Tuan Anon 10.43 AM, hmmm..sila jwb soklan2 Tuan DT 11.51 AM dulu...
2. Kalau dah pass soklan Tuan DT tu, baru nak tambah sikit..nak tanya pasal IPP & Cik WanEmDiBee nih, mmg banyak, takut tak terjawab plak..
3. Jangan bawak isu yg tak releven ke sini, agar forumner2 terpesong dari Artikel asal..jadilah pengkomen yang matang & berfakta..
Wallahu'Alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 1:17 PM

Mana ada ruang soal jawab?

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 1:28 PM

@Anonymoushahahaha .... ada orang sudah panas ! :))

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 2:17 PM

as salam bro, mohon terbitkan artikel berkenaan jho low.. siapa sebenarnya dia & apa fungsi jho low? bagaimana permulaan penglibatan & sejauh mana dia terbabit dalam kemelut 1MDB ni? sebab dalam & luar negara ada menyebut penglibatan jho low dalam skandal 1MDB tapi baru-baru ni pengerusi PAC yang baru mennyatakan tiada keperluan untuk memanggil & menyiasat jho low..? benarkah jho low tidak terlibat langsung? kenapa isu 1MDB ni bau hanyirnya kuat sangat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 3:47 PM

My question to pro is why rationalisition plan at the first place? Sila jawab if u hv balls.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 4:42 PM

debat tu nak dibuat tanpa penonton..camne Din nak soal?

....................
Reply To This Comment ...................
November 4, 2015 at 4:23 PM

Yang untungnya Najib dan kroni2 nya

Post a Comment