........... Tun Mahathir VS Najib - Selesaikan Secara ANAK JANTAN ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir VS Najib - Selesaikan Secara ANAK JANTAN !

Monday, November 9, 201518comments


Kali ini saya ingin berkongsi pandangan Zaid Ibrahim ( KLiK ) susulan soal siasat Polis dengan Tun Mahathir. Kemungkinan besar siasatan Polis adalah berkaitan apa yang diucap oleh Tun semasa Bersih baru ni.

Saya setuju dengan pandangan Zaid -

From what I recall, Tun Mahathir did say something that could well be grounds for a civil claim, but why drag in the police? Najib Razak should just sue Tun Mahathir for slander, or civil defamation—that, at least, is how a man should behave. After all the issue is a simple straightforward one; did Najib take the money from 1MDB / SRC or not. Then did he pay off all those UMNO / BN leaders to keep them quiet , and continue to support him in power?
.
( terjemahan saya ) Apa yang saya ingat, Tun Mahathir ada berkata sesuatu yang boleh dijadikan asas untuk satu kes sivil, tapi kenapa perlu diheret pihak Polis ? Najib sepatutnya saman saja Tun Mahathir atas tuduhan fitnah, sebagaimana seorang JANTAN harus bertindak.

Isunya mudah saja, adakah Najib terima wang dari 1MDB/SRC atau tidak. Adakah Najib bayar pemimpin2 Umno/BN untuk menutup mulut mereka dan supaya mereka terus menyokong beliau kekal berkuasa ? 

Pendek kata - Isu adalah isu PERIBADI antara Najib dengan Tun Mahathir. Tidak perlu dilibatkan pihak Polis atau mana2 pihak berkuasa atau parti atau kerajaan ... 

Saya sering mengikuti program2 Tun Mahathir dalam sejak akhir2 ni bermula dari program pertemuan Tun dengan bloggers diikuti siri Bicara Negarawan dan saya kongsikan pengalaman itu bersama anda melalui video2 yang saya rakamkan. 

Masalah Tun Mahathir adalah dengan Najib yang beliau sifatkan sebagai sudah tidak layak lagi untuk terus memegang jawatan PM. Dan isu besar yang dijadikan sandaran Tun adalah isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Pada saya, motif Tun Mahathir yang paling utama adalah beliau tidak mahu lihat Umno BN tewas pada PRU14 jika Najib terus di atas. Tun Mahathir tidak menyerang pun parti Umno maupun kerajaan.

Yes, very the straightforward one ! Tun Mahathir VS Najib. 

Tun Mahathir sudah jual ..... berkali2 beliau jual ....Makanya jalan terbaik dan GENTLEMAN / JANTAN adalah dengan Najib pula beli. Berdepan dengan orang tua nyanyuk berumur 90 tahun itu !

Dari awal lagi itulah pantun yang dijual oleh Tun Mahathir. Kalau dari awal lagi disambut oleh Najib, kemungkinan besar segala kemelut yang berlaku kini dapat dielakkan.

Isu 1MDB dibangkitkan kerana Najib bertanggungjawab sepenuhnya diatas 1MDB. 1MDB ada PM, Menteri Kewangan, Lembaga Penasihat dan Lembaga Pengarah ..... iaitu 4 tapisan sebelum sebarang keputusan besar diluluskan. Itu tujuannya diwujudkan lapisan2 itu supaya setiap keputusan akan dikaji dan setelah melepasi kesemua peringkat itu, barulah ia dilaksanakan.Umpama menapis air dari sungai ..... kalau sudah beberapa kali ditapis, hasilnya pasti air yang bersih.

Dan Najib dengan rela mahu memikul 3 tapisan tertinggi itu secara peribadi melalui jawatan2 yang beliau sandang.

Don't tell me yang Najib tidak boleh jawab apapun isu mengenai 1MDB ! Najib adalah orang yang paling layak untuk menjawab isu 1MDB dan Najib jugalah orang yang paling tepat jika perlu diajak berdebat mengenai isu 1MDB kerana Najib terlibat dari awal hingga kini dalam 1MDB.

Jawatan dan kuasa  .... NAK, tapi tanggungjawab ...... TAK NAK ? Apa barang ? ? ?

1MDB adalah baby Najib, makanya Tun Mahathir kaitkan tanggungjawab isu2 1MDB kepada Najib. 

Bermula dengan pertanyaan secara tertutup tapi bila tidak dilayan, makanya Tun Mahathir bawa persoalan2 itu kepada umum. Persoalan2 itu pula bukannya rahsia pun, sememangnya sudah dimainkan oleh pembangkang lebih awal lagi dan didedahkan oleh media.

Bila ditanya, Najib tak mahu jawab secara jelas malah dialihkan tumpuan rakyat kepada masalah2 lain yang dikaitkan dengan Tun Mahathir sepertimana yang disaksikan melalui rancangan Soal Jawab.

Bila Tun menjengah program Nothing To Hide yang kononnya Najib mahu mendedahkan segalanya mengenai 1MDB dan menjawab apajua soalan hadirin, Najib pula lari ...... siapa tak geram !

RM2.6 bilion - Salahkah kalau ada orang yang tidak dapat menerima alasan Derma Dari Pak Arab seperti yang diberikan oleh Najib ? Bukan Tun Mahathir sorang jer yang tidak dapat terima alasan sedangkal itu, ramai lagi rakyat yang berasa payah untuk menelannya malahan majoriti rakyat dunia juga tidak dapat terima!

Isu RM2.6 bilion ini 100% adalah isu peribadi Najib dan hanya Najib saja yang mampu jawab. Ada Najib tampil menjawap ?


Nah .... kedua2 isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir ditujukan kepada Najib. Sebarang dakwaan dari Tun Mahathir juga ditujukan kepada Najib.

Makanya, Najiblah yang seharusnya berdepan dengan Tun Mahathir bukannya menyorok di belakang Umno atau kerajaan atau pihak berkuasa. 

Jika Najib merasakan dakwaan Tun Mahathir itu adalah berupa fitnah, jalan bermaruah adalah dengan menyaman Tun ! Buktikan apa yang didakwa oleh Tun itu semuanya tidak benar dan saman Tun setimpal dengan kemaluan besar yang ditanggung ekoran dakwaan itu.

Ini dalam Malaysia. Semua orang kenal Najib. Semua orang kenal Tun Mahathir, Katanya Tun KAYA !  So samanlah Tun Mahathir. ( merujuk kepada alasan untuk tidak menyaman WSJ, kononnya tidak berbaloi sebab wang pampasan saman malu sedikit kerana Najib tidak dikenali di Amerika )

Selesaikan secara ANAK JANTAN !

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 9, 2015 at 6:58 PM

Dah naik menyampah dengar cerita 1MALAYSIA DEBTLADEN BUSINESS = 1MDB.

DIN, Saya cadang awak kempen semua ahli UMNO benci Najib dan kempen semia rakyat Malaysia jangan undi Barisan Nasional jika Najib masih lagi PM.

BARU TAU NAJIB PANAS BONTOT KE TIDAK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 9, 2015 at 7:05 PM

Siapa kata najib anak jantan? ...dia takde telor.bro .dia menyorok belakang rosmah bila dengar nama tun

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 9, 2015 at 7:45 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Saya setuju sangat dgn pendapat Zaid Ibrahim bahawa isu antara Tun M dgn Najib adalah isu peribadi antara mereka berdua. Dan ianya kalau mahu diselesaikan di mahkamah hendaklah dlm kes sivil. Bahasa mudahnya, Najib saman Tun M kerana memfitnahnya secara terbuka dikhalayak umum.

Hakikatnya, itu tidak terjadi. Najib memang bukan anak jantan. Dia takut dgn Tun M kerana dia banyak buat salah. Atau dia mahu melindungi orang tertentu yg buat salah atas nama dia sebagai Menteri Kewangan yg menguasai 1MDB. Najib bukan saja kecut dgn Tun M tapi dia juga lebih kecut dgn seseorang yg menguasai dirinya.

Kerana itulah Najib tak akan berani berdepan dgn sesiapapun kerana dia bertindak atas nama saja. Segalanya diurus dan dikontrol oleh seseorang yg sangat ditakutinya.

Selain Najib, individu yg Maha Berkuasa itu juga turut menguasai sekelian menteri dan Ketua Bahagian UMNO dgn kuasa tertentu - kecuali beberpa orang yg tak mampan dgn duit dan ugutan serta pangkat.

Kerana Najib bukan anak jantanlah maka dia terpaksa gunakan Polis dan lain-lain agensi kerajaan demi mempertahankan dirinya.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 9, 2015 at 7:52 PM

Dah tau pun ini kes isu peribadi depa berdua, jadi biaq depa pi setelkan sendiri. Jangan babitkan Umno , BN , rakyat , IMDB , SRC , petronas , KPB , etc.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 9, 2015 at 8:17 PM

Apakah maseh ada keyakinan kerpercayaan terhadap ungkapan yang keluar dari mulut DSN oleh rakyaat Malaysia buat masa kini?.!.....

....................
Reply To This Comment ...................
November 9, 2015 at 8:39 PM

Bro...

Rasa sudah sampai masanya bro lancarkan kempen tolak BN atau Najib di PRU 14 nanti.....mcm blog Kadir Jasin pun berpendapat rakyat Malaysia perlu membuat keputusan yg bijak utk menolak Najib sbb kerajaan skrg bukan berpaksikan kpd kehendak rakyat.....

UMNO atau BN merasakan bahawa mereka telah terlalu lama berkuasa dan berpendapat rakyat tidak akan tukarkan kerajaan yg lama.......sbb mgkn rakyat takut ambil risiko dgn kerajaan baru....

Skrg tiba masanya kita bagi peluang parti lain utk ambil alih kerajaan....Jika tak OK ..mereka juga akan ditolak masa PRU ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 9, 2015 at 8:45 PM

Bro Din soalan kenapa Najib tidak saman saja Tun sudah banyak kali di utarakan dan pro najib akan berikan 2 jawapan popular mereka:-

1. Saman menyaman bukan tradisi UMNO hanya pihak pembangkang terutama anwar saja yang suka menyaman.

2. Semasa Tun menjadi PM anwar dan pembangkang banyak menfitnah Tun tapi Tun tidak pernah sekali pun saman anwar.

Lihatlah betapa bengapnya mereka membandingkan di zaman Tun sewaktu PM yang mendapat mandat 2/3 marjoriti kerusi parlimen dan menerima sokongan padu ahli UMNO berbanding dengan Najib yang mendapat tentangan dan kritikan hebat bukan saja dari pembangkang malah dari ahli2 termasuk timbalan presiden, naib presiden, kalangan MP, MB ketua bahagian & cawangan UMNO malah kritikan dari ajensi2 Kerajaan seperti SPRM. BNN dll hingga ada ahli UMNO sanggup buat report polis keatas Najib tidak berlaku di zaman Tun atau dizaman sebelum Tun.

Tun tidak menyalah gunakan kuasa keatas pemimpin & ahli2 UMNO seperti anwar sewaktu menjawat jawatan dalam kabinet apabila siasatan kesnya sedang dibuat hanya Najib saja yang mengikut cara anwar dengan tindakan menyalah gunakan kuasa.

Najib dan pengikutnya hanya pandai berdalih dengan bermacam2 alasan yang tidak masuk akal tujuan menghalalkan cara.


....................
Reply To This Comment ...................
eri
November 9, 2015 at 8:51 PM

abih tu selama ni hg ngat dia dok watpa???tapi nak wat camna byk sgt bodoh tegar dlm umno ni....

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 9, 2015 at 9:21 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Sudahlah tak berani berdepan dgn masalah, dengan masalah pengurusan negara pun tak mampu diatasinya. Pentadbiran negara ini dah jadi haru-biru. Kelam-kabut dan tak dapat dipastikan siapakah sebenarnya yg berkuasa dan yg jadi pemimpin utama.

Lihat saja apa yg terjadi sekarang dlm isu vape. Para menteri sama menteri berbeza pendapat dan masing-masing tunjuk kuasa. Maka yg ada kuasa pun menang. Menteri yg tak ada kaitan dgn apa yg diisukan - vape, terkantoi dan mengendur nada suaranya. Vape dan nikotin ada kaitan dgn Kesihatan.

Sekarang ni rakyat tak tahu jenis apa kerajaan yg ada dibawah kepimpinan Najib ni. Semua masalah yg timbul tidak diselesaikan oleh PM selaku ketua kerajaan tapi dibuat keputusan oleh 'JAWATANKUASA' yg entah berapa banyak dah ditubuhkan Najib. Najibnya tak buat apa pun. Jawatankuasa sana jawatankuasa sini. Ada masalah jer, maka akan ditubuhlah sebuat jawatankuasa. Mesyuarat Kabinet setiap minggu tak tahu apa fungsinya. Tak ada satu yg diputuskan kabinet. Semuanya memerlukan jawatankuasa khas itu dan ini.

Kesemua ini membuktikan memang Najib tak tahu tadbir negara dan asyik dok berharap kpd 'orang lain' yg buat. Dia dok tunggu 'oarng lain' yg beri tunjukajar apa yg kerajaan patut buat.

Maka jadi kelam-kabutlah segala matlamat negara. Kepentingan tertentu mengelirukan. Maka bertimbunlah masalah pentadbiran di bawah kepimpinan PM Najib Tun Razak.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 9, 2015 at 10:03 PM

Memanglah sekali pandang isu peribadi... Tetapi Najib tu pm malaysia.... Ini. Secara tak langsung membabitkan negara...wajib Najib saman tun bagaimana dia saman mantan presiden mcm...Yg terbabit juga dengan baju kuning...


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 9, 2015 at 10:29 PM

Kalau najib sendiri x mahu berdebat dgn Tun..pass la pada rosmah,umum dah mengetahui bahawa beliau la yang mencorak pentadbiran negara!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 10, 2015 at 12:13 AM

sekarang time serang siapa sahaja yang buat kritikan terhadap pm, ahjibgor. mana mari orang g25 pun kita tak tahu, baru sekarang cakap hal yang berlaku lebih 14 tahun dahulu, orang tu dah tak ada kuasa dah. baru sekarang berani kritik. dulu telur tak ada. tdm kata, semua dah dibincangkan dalam kabinet, masa dalam kabinet, semua yang sekarang dok defend ahjibgor tak ada telur belaka, baru sekarang berani bersuara kononnya sekarang lebih bebas. dulu tak bebas kerana bila bersuara kena tanya, tapi tak boleh jawab. bila menentang kena ada sebab, bila tanya sebab tak boleh jawab. maka semua telur masuk dalam. sekarang bebas cakap kerana tak ada yang tanya balik, sampai ada menteri langgar menteri lain. rampas kuasa kementerian lain. contohnya isu vape sekarang.
sekarang bila isu 1mdb dan src kecoh, patutnya jawab la isu tu. jawab la berfakta, fakta yang diberi biar mampu mendiamkan orang yang bertanya, tak ramai pun yang tanya kerana bukan semuanya faham pun, pm sendiri pun tak faham, buat secara tertutup dan buar orang yang kritik tu terdiam dengar jawapan. macam dato akj cakap, biar jawapan tu memalukan tdm dan hilang terus suara tdm, ahjibgor akan dapat kembali kekuatan dan musuh dimusnahkan, tapi rasanya suara dan telur para menteri hilang bila jumpa tdm, berani cakap belakang ajer

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 10, 2015 at 7:40 AM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Bro!
Kalau tak silap saya, semasa Nuor mengata macam-macam kpd Tun M ketika beliau jadi PM yg tuan anggap sebagai fitnah memangnya ada dan benar. Tak ada siapa boleh nafikan.

Tapi ketika itu Nuor dah kena pecat dan sedang berdepan dgn kes mahkamah atas meliwat. Takkan Tun nak saman orang yg sedang bergelut dgn kes mahkamahnya?

Sedangkan dlm kes Najib-Tun kini tak sama walau nampak macam serupa. Najib belum lagi didakwa di mahkamah malah pihak berkuasa Polis pun belum membuat siasatan terhadap Najib walaupun ada banyak laporan polis dibuat terhadapnya.

Najib masih PM sedangkan Nuor dah tak ada jawatan ketika dia menyerang Tun M dulu.

Laporan polis individu atau NGO terhadap Najib tak diambil perhatian. Ditong sampahkan. Tapi apa yg tegas sangat tindakannya ialah tindakan Polis kerana pihak Polis anggap seseorang telah memfitnah 'boss' yg Maha Kebal dan tak mampu digugat
oleh sesiapa kecuali Allah swt.
Tindakan berpilih..... Adil ke?
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
November 10, 2015 at 7:43 AM

Najib2, ekonomi rakyat pun x naik2,duit jatuh,projek sume mega2,barang2 semua naik,skandal 1mdb dan mcm2 lagi..Ni dok sibuk nak sign tppa,last2 negara lingkop,Umno dan Bn pun lingkop.

....................
Reply To This Comment ...................
November 10, 2015 at 8:52 AM

Tun tidak disaman secara peribadi kerana jika menangpun ia tidak akan sampai Tun dipenjarakan atau dianggap penjenayah !!!

Saman dari pihak kerajaan selalu membawa kepada hukuman pemenjaraan atau kedua duanya berbanding dengan saman sivil.

Sekurang kurangnya mereka cuba memberi tekanan kepada Tun, menjejaskan imejnya sebagai negarawan dan memberi ingatan kepada sesiapapun bahawa jika Tun pun disiasat, MUNGKIN ditangkap, didakwa, didapati bersalah, didenda, dipenjarakan maka awak semua akan menerima padahnya nanti.

Do or die ... mereka terpaksa lakukan dan mereka tahu risiko besar yang akan.menimpa selepas satu saat jika mereka berundur.

Tetapi masa itu tetap akan sampai walau seribu tahun lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
November 10, 2015 at 12:03 PM

Tun sangat gentleman. TIDAK sebut nama2 yang mengadu kpd beliau. AMBIL risiko sepenuhnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 10, 2015 at 12:06 PM

Saya berasa, tiada perlu Najib cuba atau menjawab. Hakikatnya perkara ini adalah merupakan jenayah & kesalahan yg nyata.

Sbg rakyat biasa. Saya mahukan Najib & sekutunya dihukum. Yg ada tempias derma pun sama.

Ia bukan lg soal perbadi. Ini jenayah besar2an!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 12:00 PM

Najib jantan kaa aku confius ni sebab bro din tanya tu aku confius byak gambar2 prog senam robik segala apa prog luar dia sertai cuba tgok aksi berjalan melompat bergolf berkepit slamba derk tu aksi jantan kaa jangan plak ada yg marah aku cuma tanya saja

Post a Comment