........... Tun Mahathir - Kenapa Saya Tidak Jawab SoalSiasat Polis ( @ Chedet # 1913 ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Kenapa Saya Tidak Jawab SoalSiasat Polis ( @ Chedet # 1913 )

Friday, November 13, 201519comments

Melalui artikel terbaru Chedet #1913, Tun Mahathir menjelaskan mengenai isu soalsiasat pihak Polis minggu lepas. 

Antara lain, Tun menjelaskan kenapa beliau mengambil pendirian untuk tidak menjawab -

4. This time it is not about making me a witness. They wanted answers to questions. My lawyers advised me not to answer most of those questions. So I did not.

5. Thinking it over afterwards I concluded that they were trying to make what I did or said in public before were some kind of wrong-doings, to even be some kind of criminal act. Although they did not say I would be charged, but there was just a hint that I might be charged.  

Terpulang anda untuk menafsir kenyataan di atas tapi apa yang saya fahamkan adalah, Tun mengesyaki soalsiasat itu berupa satu usaha Memancing di pihak polis untuk mencari salah di pihak Tun., dan para peguam Tun juga menasihati supaya tidak jawap.

Jika anda berdepan dengan situasi memancing sebegitu, apakah tindakan anda ? Tun bukan dijadikan saksi tapi mahu dijadikan suspek ! Lebih baik diam jer .... kalau ada kes, maka saman sajalah.

Kata Tun lagi -

Bukannya menjadi kesalahan menghadiri satu perhimpunan untuk menuntut PM meletak jawatan. Dan jika menghadiri Bersih 4 adalah satu kesalahan, kenapa hanya beliau saja yang mahu dipersalahkan ? Bagaimana dengan lebih 50 ribu rakyat lain yang turut hadir sama dalam perhimpunan itu ?


7. I did attend a rally that had not been permitted by police. There were more than 50,000 people at that rally. If I did something wrong then 50,000 people at that rally also did something wrong. 

8. To be just, the law must apply to everyone equally. To single me out for the offense of attending the illegal rally would be unjust. It would be a kind of victimisation. Unless the Government wishes to be unjust, it cannot take action against me alone.

12. So what is wrong with my attending a demonstration to demand that Najib be overthrown as PM. Even supporting a vote of no confidence in his leadership is not wrong except in a dictatorship.

Juga bukan satu kesalahan jika Tun menyokong usaha Undi Tidak Percaya kepada PM Najib melainkan kerajaan Najib adalah kerajaan diktator ! Hmmm.... apa komen Zahid, ek ?

Seterusnya, jika yang jadi masalah adalah kerana Tun tanpa segan silu menyatakan beliau tidak percaya RM2.6 bilion itu adalah Derma kepada Najib, adakah itu satu kesalahan ? Jutaan lagi rakyat Malaysia juga tidak percaya duit itu adalah Derma !

When you take something that does not belong to you, it is a kind of stealing.

Kalau bukan derma ...... apa lagi kalau bukan duit curi ? Mengambil sesuatu yang bukan hak kita, namanya mencuri. 

Pro Najib duk sibuk menyalak meminta bukti ..... padahal bukti sebesar gajah ada di depan mata. Kenyataannya, duit RM2.6 bilion itu ADA dalam akaun Najib. Itulah BUKTInya. Sepatutnya Najib lah yang tampil beri penjelasan mengenai BUKTI yang ada itu. Bukannya rakyat pula yang terpaksa bersusah payah mencari bukti tambahan bagi menunjukkan yang duit itu bukan milik Najib.

Alasan yang diberikan oleh cai-cai Najib adalah duit itu derma. Kalau rakyat tidak percaya kepada alasan Derma itu, janganlah marahkan rakyat pula.

Jika dibiarkan rakyat dengan perasaan tidak puashati kepada alasan Derma itu, mereka mungkin tidak banyak bercakap tapi percayalah, ketidakpuasanhati itu akan diterjemahkan dalam peti undi kelak. Pengundi tidak akan percaya kepada BN yang dipimpin oleh Najib dan BN akan kalah. Dan itulah yang kita ( dan Tun ) mahu elakkan ! 

"Keutamaan saya adalah untuk memastikan Najib berundur. Umno tidak rasuah, hanya orang dalam Umno yang rasuah,"

 "Setakat yang saya tahu, melainkan jika kepimpinan itu diubah, jangan harap akan ada perubahan," - Mkini 11/11.

Tindak tanduk Najib dalam menangani persoalan RM2.6 bilion bukannya menyelesaikan masalah malah menambahkan lagi skeptikal rakyat.  Dahlah lambat menjawab, kemudian menganggu pula siasatan.  Nak tunggu apa lama2 baru nak jawab ? 

Besok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan pun .... apakah jawapan itu akan berubah ? Tidak kan .... jawapannya tetap sama ( jika jawapan itu yang benar dan konsisten ). Sepatutnya jawapan itu diberikan sebaik saja WSJ kantoikan isu RM2.6 bilion ! 

Apakah ada perbezaan pada jawapan itu kalau diberi 4 bulan lepas dengan sekarang ? Atau jika diberi pada hari terakhir sidang Parlimen ? Anda fikir sendiri lah ......

18. Defamation is only defamation if you say something that is false about a person. Prove that what I said is false then sue me for defamation. That is the way to go.

Jika tuduhan itu salah atau ia berupa fitnah, maka SAMAN sajalah. Apa yang jadi masalahnya ? Sama seperti yang saya tulis minggu lepas dalam artikel Tun Mahathir VS Najib - Selesaikan Secara ANAK JANTAN !

Akhir sekali Tun tegaskan, kecuali didapati bersalah dalam tindakannya ini, beliau akan terus bercakap dan terus menuntut Najib meletak jawatan PM.

Seperti yang Tun katakan dua hari lepas -


Mkini 11/11
Rakyat Bersama Tun Mahathir !!!

PS - Yang sepatutnya menjadi suspek dan disiasat dan diambil keterangan adalah Najib ! Duit itu ada dalam akaun Najib bukannya akaun Tun Mahathir atau akaun siapapun. Sudahkah pihak Polis menyoalsiasat Najib dalam isu RM2.6 bilion ? 

Ini tidak .... orang yang persoalkan pula yang disoalsiasat. Apakah perkara sama jika berlaku kepada orang lain, pihak berkuasa akan siasat mereka yang menyoal kewujudan pelik sejumlah wang dalam akaun orang itu ?

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2015 at 8:30 PM

Ini kes Polis siasat mangsa samun bukan penyamun ..
Polis Malaysia boleh ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2015 at 8:41 PM

SRC International iaitu salah satu syarikat yang menderma sebanyak rm42juta ke akaun najib adalah syarikat berkait 1MDB. RM42juta ini adalah sebahagian daripada RM2.6b yang didepositkan ke akaun najib di AmPrivate bank.

1. Pada keratan mana najib menafikan dia tidak menggunakan duit 1mdb utk kepentingan dirinya sendiri?

2. Pada status apa anak syarikat 1mdb iaiutu SRC International yg ditubuhkan di Malaysia dibwh SSM boleh dikategorikan sebagai syarikat penderma yang berasal dari timur tengah?

Mengharapkan jawaban yg tidak kunjung tiba dari najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2015 at 9:13 PM

SPRM kata itu wang derma. Ada menteri kata sumber dari timur tengah, Pak Arab yang bagi. Scenario 1MDB.... UMNO ingat drag kasi ribu-ribu bulan dengan harapan kemarahan orangramai akan reda. Dah tak minat dengar PAU semua 'kaki' palsu.Protes PRU 14.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2015 at 9:36 PM

katanya sabtu esok nak jawab. mungkin jawapannya sama ajer dengan jawapan sekarang. pak arab kasi derma. duit derma jangan tanya. masuk akaun peribadi pasal tak mahu kecoh dan hanya presiden umno sahaja yang amanah walaupun ada parti amanah. orang kasi derma yang penting, bukannya penderma. 1mdb dah jawab, nak jawab apa lagi. tak boleh lancar ipo edra pasal tdm gi buat kritikan. orang tak mau beli. apa kait dengan tdm?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2015 at 9:38 PM

Najib cakap dia tidak ambil duit daripada 1mdb TETAPI duit 'derma' RM2.6 Bilion tu masuk ke dalam akaun Najib secara berperingkat-peringkat (bersimpang-siur perjalanan wang tu) sebab Najib cakap si tok Arab yg derma tu amat pemalu dan tidak mahu dikenali makanya duit tu juga dia tak masukkan direct ke dalam akaun Najib tapi di hala ke hulu ke hilir sebelum masuk akaun Najib di AmBank.

Nota kaki: Kenapa Tok Arab tu malu sangat? sedangkan bukannya Najib hebohkan kpd sesapapun pasal duit derma tu. Duit tu diberi tahun 2013. Kita semua dapat tahun tahun ni 2015. Dua tahun kisah duit tu berjaya disembunyikan oleh Najib, Ku nan, Zahid dan Abd Raof. So, kenapa Tok Arab tu risau sangat?


Salah satu syarikat yang digunakan sebagai 'jambatan' utk salurkan duit tu ke akaun Najib ialah SRC International (anak syarikat 1mdb). Ni lah yg menyebabkan timbul persepsi bahawa duit derma tu ialah duit 1mdb!

Lucu sungguh! bayangkan kalau kat Malaysia ni ada penderma yg pemalu gitu. Dia nak derma RM10,000 kpd masjid tapi RM500 dia bagi pada Minah suruh bagi pada Halim. Halim simpan dalam bantal dua minggu baru keluarkan dan masukkan ke dalam akaun masjid. Duit selebihnya pun si penderma ni buat macam tu jugak. RM1000 kut sini... RM3000 kut situ... hinggalah habis semua RM10,000 selesai didermakan.

Bukan ke lebih mudah klu dia masukkan aje RM10,000 tu dalam beberapa sampul, tok sah letak nama atau apa2 info pasal dia, senyap2 masukkan ke dalam tong derma kat masjid tu. Abis cerita.

Kenapa Tok Arab tu gunakan SRC Int. sebagai 'jambatan' ....wallahua'llam.
Kita duk tunggu penjelasan dari Najib sejak bulan Julai lagi tapi yang kita dapat hanyalah kilasan-kilasan....tepis sana...tepis sini...

Awat susah sangat nak explain kat rakyat ni?

Azalina cakap Najib janji akan explain hal 'derma' tu di Parlimen pada 3 Disember. Tahun bila, tak dinyatakan.

Apandi (AG) cakap dia dah 'nasihatkan' Najib supaya beri keterangan ttg 'derma' tu kpd SPRM sebelum hujung tahun. Najib dah cakap dia setuju beri kerjasama. SPRM juga dah beri surat 'minta kerjasama' Najib TAPI setakat ni Najib masih belum beri tarikh bila dia boleh 'beri kerjasama' tu.

Tunggu lagi....! Adussss.........

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 13, 2015 at 10:11 PM

1. Kes2 ini begitu mudah. Satu mengenai penyelewengan yang dilaporkan berlaku dalam syarikat sarat hutang yang disahkan oleh BNM. Satu lagi mengenai laporan wang dalam akaun peribadi seseorang yang amat jauh melebihi pendapatannya.

2. Dalam skandal ini, orang2 yang melapor, pemberi maklumat, orang2 yang bertanya, orang2 yang menyiasat sama ada ditahan, dibuang jawatan, disoal-siasat, dipindahkan atau diganggu. Tetapi orang2 yang terlibat secara langsung dengan skandal tersebut tidak disoal-siasat dan dibiarkan ke luar masuk negara ini secara bebas malah tidak melepaskan jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara.

3. Hanya tinggal seorang pemimpin yang benar2 berani bawa suara rakyat yang ingin tahu mengenai skandal ini iaitu Tun Dr Mahathir. Saya percaya jika beliau ditahan atau dituduh maka akan berlaku perkara yang tidak diingini dalam negara ini.

4. Walau bagaimanapun saya setuju dengan Tun Dr Mahathir supaya Najib menyaman beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 12:33 AM

Mungkin mulai sekarang, mangsa ragut atau sesiapa yang rumahnya dirompak dinasihatkan jgn buat report polis kalau tak mahu kena lokap atau disoal siasat.... ingatkan aljubb je yang luar tabii, kdn pun dah jadi luar tabii!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 12:46 AM

Ya..btul tu..btul sgt2..rakyat skrg tidak bodoh.. klau btul org arab derma, org arab tu teramat bodoh.. mana ada org snggup buang duit berbillion hnya utk derma.. tk masuk akal yg waras..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 1:39 AM

Tik tok, tik tok, tiba 3 Disember, 2015, jawapan masih tidak boleh diberi dengan alasan tidak sempat jawab kat SPRM terlebih dahulu, nanti takut ganggu siasatan pula kerana terpaksa dedahkan parlimen dahulu. Sama je dengan alasan tak jadi debat Toy Pua Ngan Aru Kandu tempoh hari. BAnyak main wayang tamil jee Malaysia hari ini. Itu yang Nuar JUb boleh terus main mayang tahap gaban pasal sakit dalam penjara kerana PM Malaysia sendiri pun sibuk dengan wayang produksi sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 1:40 AM

Duit 2.6 biliyun dalam akaun najib itu fakta tak boleh dinafikan, tapi kenapa org lain pula nak dipersalahkan bukan ada dalam akaun org lain tapi ada dalam akaun najib siasat najib lah tuan polis oii ramai dah org report minta siasat kenapa tuan polis tak siasat tuan polis kerja untuk najib kaa kerja untuk negara, polis diraja malaysia kaa polis di raja najib? kalau camtu jangan cemarkan imej negara baik tukar saja dari pdrm kepada pdn polis diraja najib kan senang crita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 6:48 AM

Kesian anggota2 Polis.. rmi yg jujur dlm menjalankan tugas. Tp disebabkan kepipmpinan Menteri Gangster, maruah polis tercemar... celakalah Menteri Gangster berkenaan..
Perangainya lebih pada menjatuhkan dan menjahanamkan rakyat serta negara ini. Dasar Pendatang Haram !!

Dia patut pulang ke tempat asalnya d seberang sana !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 11:47 AM

hebat betul tun serius hebat. depan polis masa soal siasat, tak mahu langsung jawab. dekat luar, dekat blog bukan main bagi sebab kenapa tak mau jawab soal siasat. wahai tun, kami mahu pemimpin yang yang sanggup berdepan dengan agen2 penipu rakyat ni!!! bukan main silap mata. apa guna beritahu rakyat kt belakang tun bahawa soal siasat itu nanti akan menyebabkan tun jadi suspek, bukan saksi. bukan untuk kami tun, untuk tun sendiri. berani di belakang dan berani juga di hadapan. katakan sahaja kepada si penyoal siasat itu apa sebenarnya. ini berdentum diluar bilik, semasa dalam bilik macam tikus takut kucing. HABIS juga harapan terakhir kami untuk melihat cerahnya masa depan rakyat daripada cengkaman rejim yang ada. ingatkan tun mahathir hebat sangat. bila diberi peluang dan berhadapan dengan peluang, tak lebih tak kurang dengan najib juga. lebih fikirkan nasib bontot sendiri daripada nasib rakyat terbanyak. percayalah, isu 2.6 bilion akan lenyap begitu sahaja. tak tahu pangkal tak tahu hujung. hebat dalam blog che det ajelah nampaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2015 at 12:00 PM

PRU14 akan bakal menyaksikan sekali lagi undi protes secara besar2an terhadap Umno dan BN.

Tsunami undi protes ini amat menakutkan kerana, jika tidak dibendung, ia akan menghanyutkan batang tubuh Umno dan BN sekaligus.

Yang paling menyedihkan, undi protes ini dilakukan oleh ahli Umno dan penyokong2 BN sendiri, yg semakin gelisah, risau, marah dan benci kepada Regim Najib.

Nampaknya, Regim Najib tidak menganalisa secara penuh, PRU12 dan PRU13.

Undi protes terhadap Pak Lah dan Si KJ dlm PRU12 telah menyebabkan 4 negeri selain Kelantan tumbang kpd PR.

Adakah kita mahu melihat nasib agama Islam dan generasi akan datang terumbang ambing hanya kerana seorang MOHD.NAJIB ABD.RAZAK?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 1:03 PM

Prime Minister Of Malaysia now was transform as Crime Minister Of Malaysia, the most biggest donotion receiver in the word form a single donor. Please Ahmad Maslan call for Guinness World Book of Record to confirm Najib as a most biggest donotion receiver in the word form a single donor, ask Jamil Khir to use YaPEIM as a sponsor for the program.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 14, 2015 at 1:28 PM

@Anonymous

Anon November 14, 2015 at 11:47 AM,

Apa kata anda sahaja yang menjawab bagi pihak Tun Dr Mahathir kerana anda nampaknya lebih arif mengenai isu ini ?

Jika anda perhatikan betul2, ini merupakan peluang untuk "tutup mulut" Tun Dr Mahathir.

Kalau benar2 mahu, boleh sahaja Najib saman Tun Dr Mahathir dari mula lagi. Tetapi kenapa sehingga sekarang tidak dilakukan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 1:31 PM

Panas nampak pemakan dedak bila Tun tak jawab soal siasat polis kenapa nak marah jika Tun bagi jawapan sekalipun apa ingat polis akan dedahkan segala butiran soal jawab segala butiran hanya akan didedahkan di mahkamah lah wahai si pemakan dedak itupun jika ada asas kes untuk dihadapkan Tun kemahkamah.

Nak sangat mintalah tuan dedak agar saman saja Tun baru lah ada asas kes untuk di bawa kemahkamah dan rakyat boleh ikuti sama dari A sampai Z, persoalan nya ada berani kaa si tuan dedak nak saman Tun?.

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2015 at 2:29 PM

Hahaha

Usahlah nak beretorik wahai sipemakan dedak.
Panas nampak.

Itu beza org yg berpengalaman dan faham taktik serta strategi musuh.

Aku sokong apa yg DT kata, tentang situasi memancing oleh pihak polis utk menjadikan Tun M suspek, bukan lagi saksi kejadian.

Tun pun mmg sengaja' bakar ' Najib dan pengampu2 sprt ko, supaya beliau disaman oleh Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 8:31 PM

Thats bullshit!!!

It is a clear money laundering activity.

Who the hell will be so dumb to deposit billions to a, b & c when the final recepient is d? What if along the way, a or b or c decided to run away with the money.

Not even DUMB ANIMALS will do that

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2015 at 10:33 AM

Peem kesayangan ini punya bermacam saluran untuk mempethankan diri. Dari saluran media elektronik... Surat khabar... Blog.. Web site.. Berbnding dgn kita rakyat marhaen, Mungkin punya satu dua saluran atau hampir tiada saluran langsung. Tp apa peem kesayangan kita buat??? Diam dan hanya soldier2 beliau aje mnjwb merapu raban

Post a Comment