........... Tidak Ada Live Penuh Masa PAU .... Tak Dapatlah Rakyat Nak Tengok Perwakilan Jerit HIDUP 1MDB ! HIDUP JHO LOW !!! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tidak Ada Live Penuh Masa PAU .... Tak Dapatlah Rakyat Nak Tengok Perwakilan Jerit HIDUP 1MDB ! HIDUP JHO LOW !!!

Wednesday, November 25, 201545comments

Umno di bawah Najib ketika ini dalam keadaan yang amat memalukan. Itulah pandangan rakyat yang memerhati dari luar. Pemimpin2 Umno masih boleh terus perasan gah dan boleh terus menipu diri sendiri dengan alasan2 yang budak sekolah pun akan ketawa, tapi hakikatnya, pada mata rakyat - Umno ketika ini memalukan !

Tengok jerlah apa yang berlaku semalam ....... tak pernah dibuat sebelum ini mesyuarat MKT Umno dibuat diperkarangan Parlimen ...... macamlah PWTC dah kena lelong - MEMALUKAN !

Bagilah apapun alasan nak menyedapkan hati, tapi semua orang pun dah tahu kenapa sampai begitu sekali terdesaknya Najib .... 

Ni satu lagi berita yang MEMALUKAN Umno berkaitan PAU tidak lama lagi -


astroawani

Timbalan Presiden tidak lagi merasmikan mesyuarat sayap, media di hadkan ..... hadooooi ..... semuanya tanda2 takut ! Takut kepada apa ? - MEMALUKAN !!


SEMUAnya sebab apa ?

Tidak lain dan tidak bukan kerana isu 1MDB, Najib ( 2.6 bil ) dan Jho Low !

Disebabkan isu 1MDB, Najib dan Jho Low.... habis semua jadi kacau bilau. Keutamaan perjuangan Umno kini adalah bukan lagi berpaksikan perjuangan bangsa tapi lebih kepada mempertahankan isu2 peribadi Najib dan Jho Low. Masih mahu menafikan hakikat ini ?

Mungkin ada bagusnya ditiadakan siaran langsung media ketika PAU ..... mungkin saja teriakan para perwakilan kali ini berbunyi -  

HIDUP  NAJIB ! ! !

HIDUP  1MDB ! ! ! 

HIDUP  JHO  LOW  ! ! !

                                   *****************

Oya, ada satu ayat dari artikel astroawani di atas yang agak pelik bunyinya -

Kata Teuku Adnan - 
 
"Kedua-dua Naib Presiden akan memberikan maklumat harian. Setiap hari kami akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat kami, di bilik media," 


Umno ada 2 orang Naib Presiden sajakah ?  Bukan ke ada tiga - Zahid, Shafie dan H2O ? 

Shafie dah ditiadakan ATAU Zahid dah diangkat jadi Timbalan maknanya tinggal dua saja Naib ? ( Secara tak resmi lah )

                              ******************

Kenyataan Teuku Adnan di atas buat saya teringat artikel chedet #1919 yang disiarkan dua hari lalu di mana antara lain Tun Mahathir menulis -


11.​Tidak akan ada apa-apa pertandingan. Tetapi entah kenapa usaha sedang dibuat oleh UMNO supaya perbahasan berkenaan perkara tertentu, khususnya 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Dato Sri Najib tidak boleh dibangkit.

12.​Persidangan pula akan tertutup kepada orang ramai. Tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiar. Hanya ucapan presiden sahaja akan disiar.


Hebat Tun boleh tahu lebih awal ! Padahal Najib boleh saja memalukan Tun di mata rakyat dengan mengumumkan bahawa tidak akan ada sebarang perubahan kepada cara PAU tahun ini. Semua berjalan seperti biasa, siaran langsung sepenuhnya seperti biasa, Timbalan Presiden berucap seperti biasa dan perwakilan bebas bercakap isu apapun termasuk isu 1MDB, RM2.6 bil dan Jho Low.

Nah.... pasti malu Tun Mahathir .... kan, kan ?

Tapi seperti yang dijangkakan..... seperti yang kita semua sudah lihat semasa majlis Nothing To Hide, atau semasa persidangan IACC, Najib tetap konsisten dengan ketakutannya.

Kali ini bukan lagi takut berdepan dengan ahli Umno saja tapi takut berdepan dengan seluruh rakyat Malaysia !

Pemimpin2 Umno ni tidak sedarkah pandangan rakyat terhadap parti Umno ketika ini sangat sangatlah .....menyedihkan ?

Masih dalam Denial Syndrome / Sindrom Penafian kah anda semua ? 

Jeritlah puas2 masa PAU nanti - HIDUP NAJIB ! HIDUP 1MDB ! HIDUP JHO LOW ! ! !

Share this article :

+ comments + 45 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 1:55 PM

tertinggal satu lagi.... HIDUP ROSMAAAAAAHHHH!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
November 25, 2015 at 2:22 PM

Saya sarankan kepada perwakilan2 boikot saja PAU kali ni. Sudah terang lagi bersuluh kepimpinan2 UMNO kini sudah tidak lagi mementingkan ahli2 UMNO khususnya, rakyat Malaysia amnya apabila keputusan terdesak sebegini dibuat oleh MT UMNO. Keputusan sebegini menampakkan lagi kekusutan dan kelemahan kepimpinan UMNO kini yang masih lagi berdegil dan tak tahu malu untuk meneruskan agenda masing2 dalam politik walhal agenda rakyat sudah pun diketepikan. Rata2 rakyat marhaen seperti saya hanya mahukan:

1) DS Najib meletakkan dan menyerahkan jawatan beliau kepada pimpinan baharu. Langkah ini adalah yg TERBAIK kepada parti UMNO khasnya, negara Malaysia amnya kerana dapat memulihkan kembali persepsi buruk bukan saja di dalam malah di luar negara terhadap sistem kepimpinan Malaysia. Langkah ini juga dijangka dpt membantu proses siasatan serta menyelesaikan kemelut 1MDB dgn lebih cepat kerana selagi orang yg terpalit dgn skandal masih lagi berkuasa, bagaimana siasatan dan langkah penyelesaian dpt berjalan dgn lancar sungguhpun orang itu "memberikan kerjasama" sekalipun? Note: DS Najib mesti letak jawatan

2) Kepimpinan baharu yg mempunyai kekuatan utk membangunkan kembali ekonomi Malaysia. Gantikan saja menteri2 kabinet "pemakan dedak" yg tiada nilai dan integriti yg hanya tahu menuruti saja arahan atau keputusan kepimpinan atasan dgn mengeluarkan kenyataan2 bodoh hingga menyakiti hati rakyat. Perkasakan kembali sistem kehakiman dan undang2 supaya tiada lg pemimpin pembangkang yg kurang ajar mempersoalkan apa saja yg sudahpun termaktub dlm perlembagaan. Sudah sampai masanya dikenakan tindakan terhadap pelampau2 yg mempersoalkan perlembagaan negara. Note: ISA dikembalikan dan "pegging" ringgit sekiranya perlu

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 25, 2015 at 2:28 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Pada saya, jelaslah Najib kini berada dlm KETAKUTAN. Sangat takuttttttttttt!
Kerana takut bayang-bayang sendiri disangkanya HANTU. Sebab itu dia sangat takut berdepan dgn media. Dia bagaikan ternampak hantu disana-sini.

Kepada rakyat umum, Najib kini sedang mecipta MUSUH dlm kepimpinannya, sama ada diperingkat negara lebih-lebih lagi Umno.

Tak pasal-pasal, kerana 1MDB, TSMY selaku Timbalan Presiden jasi MUSUH Najib, semata-mata kerana TSMY minta beliau pecat sesiapa yg menguruskan 1MDB yg jelas menyeleweng. TSMY minta Najib bertindak selaku Menteri Kewangan yg menaungi 1MDB. Rakyat nampak jelas Najib kini sedang berusaha meminggirkan TSMY secara perlahan-lahan dlm kepimpinan Umno.

Selain itu rakyat juga nampak jelas kepimpinan Najib 'mengunci' kemas ahli dan pemimpin Umno supaya memihak kpdnya. Macam-macam tindakan akan dikenakan kpd ahli dan pemimpin bawahan Umno yg menentangnya.

Sebagaimana biasa, untuk itu bukan Najib yg bersuara, tapi Ketua-ketua Bahagian macam MB Terengganu yg akan ambil tindakan kpd ahli Umno yg kutuk PM Najib atau Presiden Umno.

Hebat sungguh 1MDB dgn peribadi Najib. Bagaikan 1MDN itu Najib dan Najib itu 1MDB.

Apa yg Najib lakukan sekarang dlm Umno, khasnya mengenai PAU kali ini jelas membuktikan bahawa Najib sangat terdesak dan sentiasa berada dlm KETAKUTANNNNN!
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2015 at 2:33 PM

Rasa dah tiba masanya UMNO akan di kafankan...skrg berada di dalam ICU....

najib skrg lebih takutkan Muhyidinn dari Pembangkang itu sendiri....

Dgn keputusan MKT....Ia menyekat ahli2 UMNO utk mengikuti PAU iaitu parti yg mereka naungi......

APA2 pun...ia tidak dpt disembunyikan...skrg zaman teknologi...maklumat dihujung jari....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 2:41 PM

Habislah be end.

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2015 at 2:46 PM

Takut kerana salah....Najib lebih suka hidup bersendirian dan dah x percaya pada kawan kawan dan ahli umno sendiri.Teuku nan...tolong bawa najib berubat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 2:52 PM

-luv tun m .

Najib memalukan orang melayu pada pandangan kaum lain .

majoriti- Melayu itu islam di tanah air kita ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 2:54 PM

Hebat, hebat ,hebat.... Benarkah Umno sekarang payung orang Melayu atau pemayung orang-orang Melayu yang berkepentingan saja? Zaman Tun M beliau adalah pemayung sebenar seluruh orang Melayu.1MDB dan kaitannya adalah berhantu dan berpuaka.Mana-mana pawang dukun yang cuba menghalau akan terkena badinya dan sukar untuk disembuhkan.Warga masih ternanti-nanti supaya munculnya seorang pawang dukun keramat untuk menghalau dan memusnahkan HANTU 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 3:13 PM

Siapa yg boleh pergi perhimpunan ini ye? Klau sy nk g leh ke? Ke yg di invite je leh gi? How bout tun?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 3:46 PM

Msaalah nya kesuluruhan ahli umno termasuk KBU dan ketua cawangan tidak memahami apa yg terjadi dgn negara sekarang angkara kejahatan najib anak toh puan rahah(yg masih hidup).Mereka ini bukan gulungan yg menghayati perjuangan umno tetapi lebeh pada mengguna umno sebagai batu loncatan untuk mengumpul kekayaan.Mereka adalah golongan melayu2 pemalas kurang membaca rendah itelek tapi kalau hal2 agama mereka lah yg akan cuba menonjol berlebihan.Jika kebanyakan ahli umno mempunyai daya pemikiran tinggi serta hayati ajaran all Quran keadaan tidak akan jadi seburuk sekarang.Najib anak Toh Puan Rahah sudah lama di singkirkan sebagai PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 4:06 PM

Tiada lagi usahawan melayu bolih cari makan 'celah' gigi macam puluhan tahun dulu
tun razak if hidup dia akan kata 'i hate u njibbbbbbbbbbbb
aku bersyukur masih hidup dpt juga lihat umno berkubor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 4:23 PM

ya allah selamatkanlah tanah air ku...kami sudah tiada pemimpin yg boleh dipercayai lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 4:50 PM

UMNO Perak kehilangan seorang srikandi yang banyak memberikan jasa kepada perjuangan UMNO. Beliau ialah Hamidah Osman yang telah dipecat oleh pemimpin tertinggi UMNO hanya gara-gara menjemput negarawan negara dalam membicarakan soal 1MDB. Inikah wajah UMNO yang amat dibangga-banggakan selama ini ? Inikah wajah UMNO yang dahulunya memikul amanah orang melayu, tetapi kini telah lembik dan lesu ? UMNO kini seolah-olah memekakkan telinga terhadap tuntutan dan rungutan orang melayu. Ambang kemusnahan UMNO telah semakin hampir. PRU14 adalah kiamat bagi UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 5:16 PM

Nampak gayanya tiori RAHMAN akan menjadi kenyataan pd Umno...
U... Umno
M...Mati disebabkan
N... Najib punya
O... Otak gila

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 5:18 PM

Oh ya, Ali Tinju boleh gantikan Muhyidin merasmikan pembukaan sayap ketua pemuda & puteri..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 5:38 PM

najib and the gang almost checkmate ,
sdh nak game over.
majlis raja2 masih bleh berdiam dlm suasana begini ? heran juga yer..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 5:51 PM

engkau maha berkuasa, tapi tuhan lebih maha berkuasa, & mengetahui segalanya, sampai masanya nanti engkau akan tersungkur olehnya....insyallah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 7:53 PM

ahli umno yang nak berontak dah kena ugut oleh ali tinju yang akan merusuh kepada sesiapa yang cuba buat gangguan ke atas presiden ahjibgor. pewakilan boleh dapat wang besar jika pi pau kali ini. wang besar itu mampu untuk tutup mulut dan tukar perjuangan umno daripada agama, bangsa dan negara kepada perjuangan demi poket sendiri, mulut sendiri, presiden ahjibgor, 1mdb, 2.6b, dan juga jhlow.. perjuangan kini ke arah mengukuhkan presiden, bukan untuk parti, kukuhkan 1mdb, bukan untuk negara, selamatkan akaun derma 2,6b, bukan agama dan bangsa, jhlow bukannya bangsa.
sekarang mereka sesama sendiri spin cerita. sorang kata tertutup, sorang kata belum bincang, kemudian kata baru nak bincang. mesyuarat kat perarangan parlimen tu sah atau tidak? sambil berdiri atau keliling meja presiden ahjibgor sambil menjilat.
kita tengok apa pewakian yang akan dapat bila pi pau nanti. mesti dapat hadiah best gila.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 8:00 PM

Ingat Jib .. jangan nanti .. semut memohon @ meminta .. berdoa ..Jasad mu dicabut awal awal .. untuk dijadi kan makanan dia ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 8:22 PM

Bukankah nakhoda mengistiharkan layar dikembang sauh dilabuh akan belayar terus,maka apabila angin bertiup kencang kapal tak dapat bergerak maka kerosakan akan mengambil tempat-robeklah semua layar,patah tiang layar kemungkinan juga rosak juga pada dinding kapal,kapada krew bersiap sedialah dengan pelampong bagi menyelamatkan diri.Kehancuran yang diundang oleh nakhoda sendiri.Bersedialah kita semua untuk membaca talqin untuk UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 25, 2015 at 9:02 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Kata kawan saya ketika berbual selepas Isyaak tadi: "Yang bertindak mentadbir negara dan Umno bagaikan DEKTATOR adalah Mohd Najib Bin Tun Andul Razak, tapi apa yang terlihat untuk PRU kali ini, UMNO pulak yang bersikap dektator.

Hebat sunguh anak Tun Razak ini. Kerana salah dan silapnya menubuhkan 1MDB yg terlalu menurutkan kehendak dan nafsu serakah bininya, UMNO jadi mangsa dan pemimpin Umno (ahli MT dan Ketua Bahagian) yg bagaikan 'burung kaak tua' itupun turut terpalit sama dibenci bukan saja oleh ahli Umno peringkat bawahan, malah majoriti rakyat yg ambil tahu masalah kepimpinan negara. Dan Umno kini dipandang serong serta mudah diperlekeh. Semuanya gara-gara Najib dgn 1MDBnya".
Fikir-fikirkanlah......
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 10:43 PM

daripada sebuah parti yang besar, kuat, berpengaruh dan berkuasa, UMNO kini telah di reduce kan lebih teruk daripada parti tupperware....hahahaha

selamat jalan UMNO...

kalau masih ada yang tinggal dan in denial...lantak korang la...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 10:46 PM

rasanye ko ni yg perasan syok sendiri...
najib cool jer....muka cahaya lagi....
lagi ramai kondem dia lagi tenang pulak...
yg tak nmpak tenang ialah tun m ...hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 10:46 PM

zahid midi kata ada 21,000 cawangan UMNO. tak ada hal kalau 11 ketua cawangan yang minta presiden letak jawatan.

tapi belum apa2 lagi macam2 sekatan dah dibuat untuk PAU. hai zahid...tak kan lah 11 orang boleh overpower 21,000.

lucu lah kau zahid....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 10:50 PM

Kite saksikan drama seterusnye. Lambat sgt climax..huhu..pendapat saya ramai lg yg sokong najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 1:32 AM

Pau yang lepas semua kertas perbahasan perwakilan perlu di tapis lebih dulu oleh hishamudin membuatkan persidangan pau tidak bermaya hingga ramai bising tidak puashati dengan syarat tersebut, pau kali ini ditambah lagi syarat dibuat secara tertutup tak ada skrin besar dipancarkan ke luar dewan dengan bermacam lagi sekatan yang tak masuk akal dan akan membuatkan ahli menyampah tahap maksima kepada umno, apa najib sudah gila ker?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 3:51 AM

Kalau kita ingat balik kembali selepas peristiwa di Lahat Datu di mana kerajaan Ah Jib Gor sampai sanggup memberi pingat2 kepada wartawan Malaysiakini kerana membuat laporan insiden tu dan sekarang pulak a 180 degree change of direction dimana kali ini wartawan2 tidak pulak di beri access kepada PAU, something is very STRANGE about his principle!!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 26, 2015 at 5:46 AM

@AnonymousAssalammualaikum Bro!
MasyaAllah! Mata kamu ada masalah penglihatan ker?

Macam mana kamu boleh kata Najib kool, kalau takut bertemu wakil meddia dan asyik buat kenyataan hanya melalui media sosial?
Mana ada PM didunia ini yg mentadbir negaranya hanya melalui media sosial.

Lihat gambar Najib yg terpampang dio akhbar Utusam Malaysia semalam - ketika dia mendengar penerangan Teuku Nan dan didengar sama oleh Zahid dan SUK Umno,nampak cemas dan wajahnya kusut masai. Macam orang takut jer. Tak ceria dan mesra khalayak.

Itu yg kamu dikatakan kool dan muka bersih?

Kalau nak sokong pun biarlah beralasan, bukan dgn ayat syok sendiri yg menjengkelkan pembaca. Kamu diketawakan umum....
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 26, 2015 at 8:55 AM

Assalammualaikum Bro Din!
Apa dah jadi dgn kepimpinan Umno sekarang ini?
SUA kata lain, Naib Presiden merangkap TPM, kata lain.Tak ada laporan media dan tak ada skrin besar diluar dewan sebagaimana biasa. Alasannya kerana takut diputar belit pihak tertentu.

Didalam akhbar hari ini pulak terpampang berita TPM Zahid kata keputusan itu belum muktamad dan MT tak bincang mengenainya. TPM Zahid minta wakil media tanya SUA mengenainya. Semuanya nampak macam ada yg tak kena. Mengelabah dan merapu.

Apa ni? Macam Umno kini ada pihak lain yang kawal dan tentukan keputusannya. MT yg ada sekadar rubber stamp saja ker?

Semua urusan penting negara dan Umno mesti melalui keputusan 'kuasa tertentu' atau 'kuasa luar' yg tak mampu disanggah oleh waima Najib atau mana-mana pemimpin yg ada. Semuanya tunduk dan terpaksa patuh dgn pihak ketiga itu.

Mungkin kerana itulah apa jua keputusan penting bertangguh-tangguh kerana menunggu arahan pihak ketiga yg SANGAT BERKUASA itu? Tanpa arahannya apa pun tak boleh buat. Dia kata jangan jumpa wakil media, maka Najib pun lari dari jumpa wakil media selepas sesuatu majlis.
Hancurrrrrrrrrrrrrrrrr!
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 9:05 AM

hasnul rahman, benar bijan sudah naik takut dgn bayang2nya sendiri. Bila dia toleh kebelakang muka dia jadi pucat melihat bayang2 yg mengekorinya. Tiba2 kedengaran suara dibelakangnya berkata " jangan takutlah ayang, ini rosie " Muka bijan terus bertukar jadi pucat lesi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 9:11 AM

Ramai. Terutama anak watan. Sudah cukup untuk majib menang pru 14.Tak perlu ketua cawangan kampongan pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 9:13 AM

Statement kamu tentang melayu kurang membaca adalah salah. Melayu banyak membaca Utusan, Kosmo, Metro, URTV, Mangga dan Mastika. Statement rendah intelek memang benar disebabkan oleh bahan bacaan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 11:59 AM

-luv tun m.

-kalau tun tak tenang sudah lama ia duduk luar negara kerana ketakutan jika umno bn kalah nanti . hamba lihat, tun m tenang sahaja bila berbicara berbanding najib, berucap berapi-rapi tapi habuk pun tiada. yang pasti, najib yang ketakutan kerana pau diadakan di parlimen .

....................
Reply To This Comment ...................
Tok Perak
November 26, 2015 at 1:54 PM

Apakah nak heran.. UMNO masih ada lagi yang kaki ampu seperti ketua bahagiàn gopeng tu. Mangkuk ayun, pemakan dedak macam inilah yang akan hancurkan UMNO. ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 2:16 PM

Zaid hanya naib.... Yg patut berkata timbalan.... Zaid dah tak dpt bezakan tpm malaysia dgn hanya naib president umno... Tolonglah beri contoh Yg baik ikut ranking....Jgn perasan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 3:18 PM

Dalam cerita Arul Kanda sebelum ini, 1MDB belanja RM 18 bilion, RM 12 bilion beli stesen janakuasa, RM 6 bilion pula adalah untuk bayar hutang warisan stesen janakuasa itu.

Sekarang ni 1MDB hanya terima bayaran tunai RM 9.83 bilion dari jualan Edra dan segala asetnya kepada syarikat dari China itu, malahan dikatakan syarikat dari China itu akan menanggung hutang Edra sebanyak RM 7.43 bilion pula.

Timbul persoalan kepada saya sekarang ini adalah apakah hutang yang masih ditanggung oleh Edra itu? Bukankah 1MDB dah bayarkan RM 6 bilion hutang warisan yang ditanggung oleh stesen janakuasa yang dibeli dari Genting Sanyen, Jimah, Powertek, dan Tanjong itu? Jadi dari mana datangnya hutang RM 7.43 bilion yang ditanggung oleh syarikat dari China yang beli Edra itu? RM 7.43 bilion itu hutang Edra sepanjang menguruskan stesen-stesen janakuasa itukah?

Kalau RM 7.43 bilion itu adalah hutang warisan dari RM 6 bilion yang dikatakan oleh Arul Kanda sebelum ini, hutang itu naik kerana faedah hutang makin naik hingga jadi RM 7.43 bilion, maka mana perginya RM 6 bilion yang kononnya membiayai tanggungan hutang warisan yang dinyatakan oleh Arul Kanda sebelum ini?

Kini dari jualan Edra, 1MDB hanya dapat RM 9.83 sahaja, kerana hutang RM 7.43 bilion Edra yang ditanggung oleh CGN sekarang ini bukannya boleh digunakan untuk bayar hutang 1MDB berjumlah RM 42 bilion itu pun.

Ini perlu ditanya oleh para perwakilan UMNO di dalam Perhimpunan Agung UMNO kelak, kerana RM 6 bilion pula yang dipercayai lesap.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2015 at 3:44 PM

Yes... Persoalan 'maut' dari tuan.

6 billion dulu ini apa cerita?

7.43 billion yang terbaru ini apa cerita?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 3:49 PM

Arul Kanda telah buat carta mengenai perbelanjaan RM 42 bilion hutang yang dibuat oleh 1MDB sebelum ini. Di dalam carta itu dinyatakan 1MDB beli stesen-stesen janakuasa dari Genting, Tanjong serta Powertek dengan harga RM 12 bilion, kemudian 1MDB menanggung hutang warisan stesen-stesen janakuasa berkenaan dengan kos RM 6 bilion, maka jadinya RM 18 bilion.

Maka berdasarkan apa yang diceritakan oleh Arul Kanda itu, RM 6 bilion telah digunakan untuk membayar hutang-hutang warisan stesen-stesen janakuasa yang dibeli oleh 1MDB.

Akan tetapi, sekarang ini, apabila Edra dijual kepada syarikat milik kerajaan China itu, dikatakan penjualan Edra itu dengan harta tunai RM 9.83 bilion serta syarikat milik kerajaan China itu akan menanggung hutang Edra sebanyak RM 7.43 bilion.

Persoalan saya, RM 7.43 bilion itu adakah hutang Edra selepas mendapatkan stesen-stesen janakuasa berkenaan atau hutang warisan yang dinyatakan oleh Arul Kanda itu yang mana jumlah hutang itu makin meningkat kerana kos faedah hutang yang naik?

Saya tanya ni bukan apa, ada yang kata dengan penjualan Edra tu kepada syarikat dari China itu, 1MDB dah dapat kurangkan hutang sebanyak RM 17.26 bilion, sedangkan RM 7.43 bilion itu adalah hutang Edra, apakah hutang Edra itu hutang daripada RM 6 bilion hutang warisan yang diceritakan oleh Arul Kanda itu? Kalau masih ada hutang itu, dari mana hutang itu, dari RM 6 bilion itukah atau hutang baharu yang dibuat oleh Edra? Kalau itu hutang baharu Edra, maka hutang 1MDB sebelum ini dari RM 42 bilion jadi RM 49.43 bilionlah.

Selama ini Arul Kanda dan Najib serta kuncu-kuncu mereka menipu mengenai ke mana perginya wang RM 42 bilion itu, dalam isu hutang Edra yang kini ditanggung oleh syarikat milik kerajaan China sebanyak RM 7.43 bilion itu telah membongkar satu lagi pekung yang disorokkan oleh Najib dan kuncu-kuncu selama.

Isunya kini kita mahu penjelasan RM 7.43 bilion itu hutang yang berasal dari RM 6 bilion hutang warisan stesen janakuasa yang kononnya dah dibayar menggunakan wang dari hutang RM 42 bilion oleh 1MDB itu ataupun hutang baharu pula.

Sekarang ini kemungkinannya adalah samada RM 6 bilion itu dah lesap sebab tak bayar pun hutang warisan itu, ataupun sepanjang 1MDB beli stesen janakuasa yang diuruskan oleh Edra itu, telah menyebabkan hutang baharu sebanyak RM 7.43 bilion pula.

Harapnya juak-juak Najib termasuklah Raof Yusoh, Ahmad Maslan, Shahrir atau Arul Kanda yang masuk ke laman sesawang ini agar dapat menjawablah perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2015 at 3:54 PM

Satu lagi persoalan 'maut'...

Dalam kerajaan, Dato Sri Zahid memang punyai kuasa segala as Timbalan Perdana Menteri.

Dalam UMNO, sabar la Dato... Kan Dato sekadar Naib President. Jika nak cepat naik to Timbalan President UMNO kan lebih baik Dato sendiri mulalan jagoan agar pemilihan diadakan pada PAU ini.

"maut" yang saya maksudkan adalah = persoalan dasyat.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 2:04 AM

Nak suruh perwakilan boikot PAU?

Kirim salamla..

Itulah peluang perwakilan2 ni nak mematuk dedak yang galak ditaburkan di PWTC tu..

Kurr..kurr..kurr..

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 2:14 AM

Anak watan? Kampongan?

Mabuk dedak dah kau ni.

Jangan lupa 70-80% yg mengundi di kampongan tu sebenarnya anak2 yg tinggal di bandar tapi balik ke kampung untuk mengundi.

Setakat saluran 1-2 tu bolehla kau bohong2kan. Saluran2 lain sorrylah ya lepas ni.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 2:16 AM

Bukan gila, tapi tak cukup dedak nak tabur kat luar banyak sangat yang nak disuap temboloknya

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 2:18 AM

Dia nampak muka najip ali pengacara juara parodi tu agaknya.

Kalau muka najip razak skg memang muka cina kalah judi.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 2:21 AM

Nak suruh perwakilan tanya soalan tu?

Kalau depa tanya "Berapa aku dapat datang sini ni?" tu aku percayala.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 2:24 AM

Tak payahla suruh depa tu jawab.

Dah nama pun pematuk dedak

Level dedak jugakla jawapannya nanti

Lagi sakit hati kita baca

Post a Comment