........... Sudahkah Pihak Berkuasa Siasat Kekayaan Melampau Keluarga Najib ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sudahkah Pihak Berkuasa Siasat Kekayaan Melampau Keluarga Najib ?

Wednesday, November 11, 201523comments

Video kinitv

Apa agaknya komen pro Najib bila membaca kenyataan Tun Mahathir ini -

Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, seseorang yang mengamalkan rasuah tidak akan mampu mengawal dirinya daripada membelanjakan wang itu.

Ini kerana katanya, "tidak seronok jika kumpulkan wang berkotak-kotak dan kemudiannya mati"


Kita sudah boleh bayangkan reaksi mereka, contohnya .... Habis tu, semua orang yang kaya itu makan rasuah lah !? atau .... sukahati dioranglah nak belanja mewah ke apa ke, duit diorang  !


Jadi rasanya perlu sedikit tambahan ayat supaya maksud Tun Mahathir di atas tidak dialihkan tumpuan iaitu -  Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah yang melangkaui pendapatan sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.

Sebelum ini pun Tun Mahathir pernah berkata perkara yang sama seperti masa perjumpaan dengan satu NGO sebelum bulan puasa baru ni ( KLiK ) . Antara lain Tun berkata -

Sepatutnya bila kita lihat seorang yang bekerja bergaji, tiba2 dia duduk dalam mahligai., Income Tax patut pergi periksa dia. Macamana dia buat duit ? Tapi Income Tax tak buat apa. Kita kena desak ... supaya Income Tax tanya pasala apa dia duit banyak sangat ?!

Daripada mana dapat duit itu ? Apakah dia bayar cukai ataupun tidak ? Ini kita kena tanya.. cara hidupnya tak macam cara hidup Perdana Menteri yang lalu.

Rakyat tertanya2 apakah ada sebarang perhatian serius dan tindakan susulan selepas kenyataan Tun itu ? Ada Income Tax buat siasatan ? Ada SPRM pergi soal Najib dalam hal ini ?

Malahan dalam lamanweb SPRM sendiri ada poster yang menarik ini -


PM Najib seorang penjawat awam yang gajinya dibayar oleh kerajaan kan ?

PM Najib memiliki lebihan harta kan ? 

Gaya hidup mewah keluarga PM Najib melebihi pendapatan kan ?

So, apa yang disebut oleh Tun Mahathir itu bukanlah sesuatu yang baru pun, dah memang menjadi SOP pihak berkuasa kita. Cuma rakyat tertanya2 apakah sudah ada pihak yang menyiasat ?

Jika belum, KENAPA ? Adakah sebagai seorang PM maka Najib diberi layanan istimewa berbanding rakyat biasa ? Pastinya tidak ...... makanya, buktikanlah !

Takkan alasan Najib berasal dari keluarga bangsawan sudah cukup untuk menjustifikasikan gaya hidup mewah keluarganya ? ( KLiK ) Kena siasat juga tuh .... apalagi kenyataan tentang harta pusaka yang diberikan oleh Pejabat PM sebelum ini telah disangkalkan, bukan oleh orang lain tapi kesemua adik beradik Najib sendiri.



Mkini

Oya, satu lagi cubaan alih isu favoret pro Najib - Tun Mahathir sendiri macamana ? Anak2 nya juga kaya raya ! Well, siasat sama lah, ada aku kisah. Tapi siasat orang yang SEDANG BERKUASA terlebih dahulu. Lepas itu baru siasat yang dah pencen.

PS -Kepada para pengomen yang tidak puashati kenapa komen anda tidak siarkan, sila baca - Khas Buat Para Pengomen - Contoh2 Komen Yang Tidak Di Siarkan

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 2:55 PM

Kenapa X cdgkan semak dulu gaya hidup anak-anak die, yang jelas menjadi jutawan,X lama selepas Tun M jadi PM.... Jwb tu dulu lah.... Ikut turn....

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2015 at 2:55 PM

Point last sekali tu menarik. Siasat Tun M. Ni aku sokong nak siasat Tun M siasat la memang Tun M dah suruh siasat pun, lagi pun sekarang ni Najib berkuasa lagi mudah nak siasat Tun M dan lagi mudah nak cari salah Tun M dan jatuhkan Tun M sebab kuasa geng2 Najib pegang....jadi lagi mudah siasat Tun M! Macai Najib tunggu apa lagi? Siasat la! Puihhhhh kt muka nek tempoyak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 2:55 PM

bro kena faham, penjawat awam kat putrajaya glam abis bila bekerja di sana. nama putrajaya buat penjawat awam di sana untuk berada dalam glam berbanding dengan penjawat awam yang tinggal kat bandar kecil. susah nak siasat tu. baru kemukakan cadangan nak siasat, dah kena tukar. gila bro, mana mau cari rumah kat bandar kecil? kat putrajaya semua ada. rumah kerajaan pun besar. kalu kena tukar, alahai putrajaya. susah nak masuk balik. daripada kena tukar, biar ajer la bss kat atas tu buat keputusan. biar ajer ksu, kkp, tkkp yang buat semua keputusan. kp kecil ikut arahan ajer. itu bahagian lembaga hasil, polis, sprm dan seangkatan la. kerani, guru,tak boleh menyiasat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 3:15 PM

pelik betul statement ko ni din. baca tajukpun aku dh nak tergelak. pihak berkuasa tu siapa? poliskah? imigresenkah? jpjkah? atau lhdnkah? kan ke semua tu tak cukup kuasa, bila2 masa boleh arah tukar @ lucut. yang paling berkuasa buat masa ni ialah orang yang ko mintak pihak berkuasa tu siasat! lawak la ko din, kalau marah pd najibpun, jangan la buat dalam bentuk lawak, kelakar la. ada juga ko upload statement tun mahathir yang minta pihak berkuasa siasat jika emolumen seseorang itu tidak seimbang dengan gaya hidup mewahnya. tun mahathirpun buat lawak jugak? bukan sikit orang kaya raya, jutawan dan bilioneer kat negara kita. anak tun mahathir sendiri adalah top 10 bilioneer! itu belum lagi berpuluh ribu jutawan. nak siasat semua elok juga. tun mahathir sendiri bukan orang susah juga, ye tak. pencen dia, jadi penasihat proton dsb, berapa juta sebulan beliau raih? cukupkah income dia nak tampung gaya banyak jalan dan banyak cakap dia tu? jangan marah din. aku rasa dah sampai peringkat MUAK dengan cara orang politik bercakaran. A tuduh B rasuah, B tuduh A rasuah juga. aku cemuih dg tulisan mengarut sokong najib, dalam masa sama, meluat juga dengan tuduhan2 yang dilemparkan secara lisan tanpa berani buat aduan rasmi kpd pihak yang sepatutnya. oh! pihak tempat mengadu itu dikuasa oleh pihak yang diadukan ye. soalnya sudah ke belum? aduan2 hanya selesai didepan mikrofon dan tempat ceramah sahajakah? baik la pegi mancing, ada juga ikan buat lauk malam ini daripada memikirkan kemelut serabut najib-mahathir ni. najib menang harga rokok naik juga, mahathir menang, harga tol tetap naik juga...puihhh!!!

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2015 at 3:19 PM

@Anonymousmuak tapi tetap juga klik , baca dan hantar komen ya ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 3:25 PM

@Anonymous
dah lamaaa dah suruh siasat, siap suruh saman lagi..
ada bran...??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 3:38 PM

tak tahu nak dok sebelah mana tetapi lebih elok duduk kat tengah-tengah. bagi pihak tengah, isunya ialah apakah benar dakwaan bahawa 'derma' yang masuk akaun peribadi itu sesuatu yang diterima seadanya sejak dari sedari dulu, yakni sebelum inipun macam tu juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 3:40 PM

Najib turunkan tol ke...tun ke Yg memerintah sekarang? Turunkan tol barulah Najib menang bergaya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 4:19 PM

Pemimpin jadi terlalu dajjal disebabkan
1. orang melayu dimomok momokkan dengan ketuanan melayu supaya pemimpin UMNO boleh terus bermaharajalela .. walhal yang menjadi tuan itulah yang menjahanamkan melayu ..
2. apabila dah dimomok momokkan dengan ketuanan melayu .. maka mudahlah bagi pemimpin jadikan melayu keldai (ada yang kata lembu tidak bodoh).....untuk buat apa sahaja sebab konon melayu takut hilang kuasa...
3. Benarlah Tun M kata ... dalam UMNO tak boleh ada ramai yang pandai ..jadi ahli mesti bodoh (saya tambah : mesti miskin sebab mudah dibeli) .. Diperingkat bahagian hanya Ketua Bahagian sahaja yang perlu ada degre.. orang keliling jika boleh tak sekolah pun ..sebab itu ada su bahagian yang cuma lulus darjah 6 sahaja sampai hari ini ... jk bahagian seboleh bolehnya yang tak cukup duit , tak cukup makan supaya senag KB hulur ..
4. Perjuangan demi bangsa , negara , dan agama sebenarnya dah lama berakhir dan dah pupus .. .seiring dengan bersaranya Tun M .. Slogan tinggal slogan .. yang tinggal hanyalah perjuangan demi tembolok, keluarga dan kroni .. jadi ketua bahagian sehari dah buat rumah baharu, kereta baharu, segala gala baharu , kemewahan terserlah ..selepas pilihan raya dan pemilihan lagilah jelas kemewahan yang sebenar ..
4. pemimpin sebenarnya dah tak peduli pun tentang bangsanya .. selagi ada tanah yang boleh buat untung ..akan disapunya , selagi ada dan boleh wujudkan projek akan diwujudkan , projek 500j muck up jadi 8b .. tanah Airport Sungai Besi , TRX , dll tunggu masa je untuk difarait ... akibat dah terlalu lama berkuasa ..negara dah dibuatnya macam mak bapak mereka punya .... suka suka ugut rakyat ..apa ingat rakyat ni bodoh sangat ka ..
Kalau UMNO nak terus relevan ..Najib mesti berambus ..selagi Najib berkuasa ..UMNO akan terus jadi bahan lawak, dan bahan momokan .. sehingga orang mUMNO sendiri sudah lemas nak pertahankan UMNO ... Najib sudah menambah parah pada UMNO ... Najib sendiri sudah jadi bahan lawak, bahan sindiran, bahan lelucon, sudah jadi ikon korupsi , sehingga nak hadir majlis pun malu .. Najib mesti berambus ..
Kepada penjilat najib ,,jilatlah selagi mampu .. kezaliman pasti akan berakhir ..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 11, 2015 at 4:50 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Apa yg anda muskilkan itu tak akan berlaku. Atau tak akan ada tindakan pihak berkuasa, khasnya pihak LHDN. Pada fahaman saya kalau pasal cukai mencukai ni, pihak yg sepatutnya bertanggungjawab ialah LHDN. Tapi kalau ada syak berlaku penyelewengan kuasa atau rasuah oleh penjawat awam, maka yg sepatutnya berkuasa membuat siasatan ialah SPRM.

Malangnya, kedua-dua jabatan itu - bukan dua tapi semua, adalah tertakluk dibawah kuasa PM dan Sang Maha Berkuasa. Kalau dia tak suruh siasat tak akan ada pihak yg berani jalankan tugas.

Lihat saja apa yg berlaku terhadap Sirul Azhar yg telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah kerana membunuh (meletopkan) wanita Mongolia - Altantuya. Selepas mahkamah jatuhkan hukuman, dia (Sirul) boleh melarikan diri ke Australia tanpa dipedulikan oleh pihak berkuasa yg terbabit. Diam dan tak berdetik pun. Macam tak ada apa-apa jer......

Oleh itu, janganlah diharapkan satu tindakan siasatan akan dilakukan terhadao keluarga PM Najib yg diketahui umum hidup 'terlajak mewah' melebihi jangkaan pendapatan sebagai PM dan sebelumnya sebagai menteri. Siapa yg berani laksanakan kuatkuasa Undang-undang terhadap mereka? Nak mamposssssssssssss?

Bro Din!
Selagi Najib masih PM dan Sang Maha Berkuasa masih tercongok di Sri Perana dan PMO, selagi itu PM Najib dan keluarganya akan selamat dan bebas melakukan apa yg terdeik dihati mereka. Macam, mana melalak pun rakyat bawahan tak akan jadi apa-apa pada mereka. Macam anjing menyalak bukit jerrrr.... Tak akan ada kesan, Kehidupan mereka didunia ni sangat kebal.

Yang pasti, hari demi hari rakyat akan dapat mendengar komen-komen pemimpin 'senak' yg sebelum ini tak pernah bersuara, tetiba bersuara mengecam dan mengkritik Tun M dgn pelbagai gelaran. Seperti kelmarin, ada pemimpin 'senak' yg panggil Tun M 'badut'. Pemimpin 'senak' yg berpuluh tahun tak kedengaran pun tetiba bersuara menyebelahi Najib dan keluarganya. Nak hidup semula. Nak cari peluang kalau-kalau ada nasib.....

Itulah senario politik dan kekuasaan PM Najib sejak isu 1MDB meletop. Mereka dah tak ada kerja lain selain membela Najib dan menolongnya mengecam dan menjatuhkan maruah Tun M. Selagi ada Tun M, Najib berasa sangat tergugat.

Sekarang ada pihak yg cuba 'masuk daun' untuk gugurkan anak Tun M - Mukhris, dari kerusi MB Kedah. Mereka lupa akan jasa dan khidmat Mukhris yg berjaya rampas semula Kedah dari tangan Pas pada PRU lalu setelah beliau diamanahkan jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah sebelum PRU berkenaan.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2015 at 4:51 PM

Kalau org tua ni salah, dia tak cabar org lain buat siasatan ke atas diri dia sendiri atau org lain.

Persoalannya sekarang, dia cabar pihak berkuasa siasat Najib.

Bermakna dia pun tak takut utk disiasat.

Ko yg pongpang2 dari dulu tak faham2.

Kalau ko buat salah, berani ke ko suruh org lain siasat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 5:11 PM

anon tu tulis panjang2 tapi dia tak paham pon apa bro din tulis dan highlight kan.. puihhhhhhh muak konon.. apa ko muak pon ko tak paham...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 5:17 PM

Andai kata anak2 Tun M bilionaire sekalipon aku tak kesah. Sebab Tun M tak pernah menyusahkan rakyat. Tun M buat KLCC, Cyberjaya, Putrajaya, KLIA, SIC yang mungkin bernilai billion ringgit, tapi rakyat tak terkesan langsung biarpun kerajaan berbelanja besar ketika itu. Pada zaman Tun M, poket rakyat selamat. Masa tu kerajaan tak usik pon duit rakyat. Gaji kecik pon rileks jer tanpa perlu risau kenaikan kos harga barang.

Masa tu, rakyat menikmati subsidi. Walaupun tanpa BR1M, rakyat tak merungut langsung tentang kenaikan kos sara hidup. Senang citer, zaman Tun M rakyat hidup senang selesa tanpa tertekan tanpa rasa tersepit.

Rindu zaman Tun M....

....................
Reply To This Comment ...................
KJ
November 11, 2015 at 5:41 PM

Tak mungkin LHDN akan menyiasat mana mana datuk, tan sri, apa seri lagi. Seperti MACC, LHDN ini hanya mengaum kuat pada ikan bilis. Jerung besar tu dia orang takut. Bila dapat tangkap ikan bilis, LHDN dan MACC bersorak bagaimnak rak.."chest thumping" (macam gorilla) dalam bahasa Inggeris. Percaya lah, Najib tidak akan disiasat LHDN, sebab si Serigar tu dulu KP LHDN.

Penyakit anjing gila sudah menular....dah berbuih mulut cakap...depa tak buat apa apa pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 5:54 PM

Masaalahnya penjilat pm Yg memberi komen n mencari salah tun samada masa tu dia hingusan lg atau belum lahir lg...mana dia org tau bertapa bertuahnya menjadi rakyat malaysia semasa pemerintahan tun...tp sekarang faham sendiri lah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 6:19 PM

dalam satu ceramah ada kait dengan perkara di atas, boss aku kasi tahu pegawai bawah memang dicegah dan dilarang keras untuk ikut vvip menerima derma masuk akaun. ini kerana ikan bilis banyak, hancur negara kalu ikan bilis banyak terima derma masuk akaun peribadi. orang besar vvip tak ramai yang terima derma masuk akaun. mereka ikan jerung, ikan paus. sekali masuk derma sama banyak dengan berkilo-kilo ikan bilis dapat derma masuk akaun. so, nak tangkap ikan besar susah pasal yang ada cuma pukat ikan bilis dan tali ikat kambing dihitamkan. mau kena tukar bro. kena tukar. sampai sekarang boss yang kena tukar tu tak puas hati, tapi tak boleh buat apa pun, cakap jer banyak. boss yang satu lagi nak cari sampai lubang cacing, sampai sekarang lubang cacing pun tak jumpa. tapi mereka dah kasi tahu awal, ambil masa bro, 2 3 tahun dan siasatan tak berhenti bro. tunggu orang baru berkuasa ajer itu aku cakap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 6:47 PM

@Anonymous

SETUJUUUU!!!

Aku rasa kalau tanya kat 10 orang sekarang ni
nak cari seorang suka najib pun payah.

hihihi....

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2015 at 7:02 PM

Din dah tengok komen Menteri Pembodek Najib nomber Wahid yang mengatakan secara tak lansung Tun juga boleh didakwa kerana mempunyai kenderaan dan rumah mewah. Bukan nya dia nak jawab untuk cover bos dia tapi dia spin cerita pasal Tun pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 9:21 PM

Jangan gaduh siasat dua2 sekali Tun & Najib dan siasat biar secara telus jangan plak n antu tukang siasat plak yang kena siasat macam task force kena, amcam ada brani ?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 11, 2015 at 11:18 PM

1) Kenyataan Tun Dr Mahathir iaitu "Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah" sebenarnya TIDAK perlu diubah.

2) Jika kita tahu daripada mana hasil wang yang kita belanjakan untuk gaya hidup mewah kita, siapa hendak siasat kita pun tidak jadi masalah kerana semua bukti ada dan wang tersebut diperolehi secara halal.

3) Apa yang ditakuti oleh mereka yang mengamalkan gaya hidup mewah ialah apabila mereka menggunakan wang haram untuk tujuan tersebut.

4) Saya percaya Tun Dr Mahathir berani mengeluarkan kenyataan tersebut dan tidak mempunyai masalah untuk pihak berkuasa menyiasat gaya hidup beliau dan keluarga kerana beliau dan keluarga beliau tahu daripada mana sumber wang diperolehi dan mempunyai bukti.

5) Jadi saya kira ini bukanlah isu besar kepada yang menggunakan "wang halal" dalam membiayai kehidupan mewah mereka termasuklah Najib dan isterinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Razlan
November 12, 2015 at 8:20 AM

Maka jelaslah sekarang bahawa Wahid Satay Omar, sebagai kononnya Menteri Unit Perancangan Ekonomi (yang sepatutnya merancang ekonomi untuk kejayaan negara dan rakyat), adalah merancang untuk Jibby sahaja. Ekonomi tetap merudum, hanya berpegangkan kejayaan teras ekonomi yang dibina 30 tahun dahulu...masa Wahid Satay masih sekolah menengah. Eh, bukan ke Wahid Satay ni ke orang kuat PLUS dulu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2015 at 9:15 AM

Pakcik rasalah pasti si PM Najib nie akan jatuh jua akhirnya, pertama, beliau tidak pernah berani berkata benar dan mengeluarkan segala fakta yang boleh menyokong segala perbuatan beliau tidak bersifat salahguna kuasa juga melibatkan jenayah fraud. Kedua, adik beradik beliau juga tidak mampu nak pertahankan kelakuan beliau yang telah jauh menyimpang daripada ajaran mak ayah mereka juga semestinya ajaran agama Islam. Ketiga, begitu ramai orang yang punya intergriti, sejarah, jati diri,sifat kenegaraan dan ampuh berpegang kepada ajaran Islam, drpd bekas PM, pemimpin politik, Raja-raja Melayu, pesara jawatan tertinggi kerajaan, alim ulama, pendakwah, pejuang hak asasi peringkat global. Semua mereka ini menentang segala kebatilan yang telah dilakukan oleh PM Najib ini walaupun sentiasa disorokkan dengan gaya lemah-lemah lembut tapi penuh racun dusta. Yang tinggl kini hanyalah mereka yang tidak punya jati diri serta keupayaan untuk berdikari dalam hidup berpolitik contohnya si Zahid Midi yang hanya tahu berlakon jadi dedalu menumpang di dahan tanpa mengira pokok itu bermanfaat atau tidak. Salleh Keruak lagilah memalukan bangsa bajau SAbah dengan lagak bodoh sombong takat berpengetahuan katak bawah tempurung. Moga akan cepatlah si Najib ini jatuh atau beliau sendiri sedarkan diri sendiri yang makin dibenci rakyat Malaysia lalu turun membawa diri. Jika ini terjadi maka kami ahli2 Umno akan mudah untuk menunaikan tanggungjawab dengan terus mengundi BN pada PRU 14 nanti. Jika tidak kami sendiri tidak tahu nak buat apa, selain daripada memulaukan proses PRU 14 yang tidak membawa apa2 makna buat kami lagi. Undi BN maka undi untuk penyangak, undi bukan BN pula hanyalah sia2 kerana mereka semua pun sama penyangak juga, hanya berbeza sifat dan tahap kejahatan sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2015 at 9:23 AM

Setuju sangat dengan Pak Kaduk, dari dulu lagi sifat menonjol Tun Mahathir ialah berani kerana benar, takut kerana salah. Itu sebab beliau berani mengambil segala tindakan yang ada kala dikatakan sebagai kejam atau salah guna kuasa. Namun sejarah membuktikan segala tindakan beliau pertahankan agama Islam hingga peringkat global, kaum bumiputra, keadilan sejagat sentisa mendapat pujian dan sanjungan malah dijadikan bahan rujukan untuk kehidupan dunia yang makin baik dan harmoni. Najib pula ::apo ado:: melainkan akulah pahlawan bugis yang maha berani, tapi pengecut untuk berkata benar dan membiarkan diri serta para krooni disiasat secara bebas tanpa sebarang tekanan juga sentiasa telus..

Post a Comment