........... SRC DiTempelak SPRM Lagi ! ( Macam Nak Ulang Episod AG vs Bank Negara jer .... ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SRC DiTempelak SPRM Lagi ! ( Macam Nak Ulang Episod AG vs Bank Negara jer .... )

Thursday, November 5, 201520comments


Ingat lagi pada 22 Oktober lalu SRC memecah kesunyian dengan mengeluarkan kenyataan kononnya diagram yang dipaparkan oleh WSJ mengenai transaksi dana yang dimasukkan ke dalam akaun Najib telah disahkan oleh SPRM sebagai palsu ( KLiK ) ? Kemudian pihak SPRM segera keluarkan kenyataan yang menafikan ada berkata begitu dan beri amaran kepada SRC supaya jangan kaitkan nama SPRM .... 

Hari ini SRC sekali lagi buat hal dengan satu lagi kenyataan dengan menimbulkan isu kebocoran maklumat serta meminta pihak Peguam Negara supaya siasat perkara itu, diakhiri dengan satu ayat akhir yang bernada bodoh sombong -

"Setelah selesai penyiasatan oleh Peguam Negara, kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM atau mana-mana pihak berkuasa lain bagi sebarang pertanyaan,"

Mkini

Cuba baca balik ayat di atas ...... setelah selesai siasatan oleh AG, baru SRC akan beri kerjasama kepada SPRM pula .......

Peeeergh ..... SRC siap beri arahan pula kepada SPRM, bila SPRM boleh teruskan siasatan !  Kalau selepas AG selesai siasat dan KATAKANLAH AG keluarkan kenyataan macam ketika AG membebaskan 1MDB dari pertuduhan Bank Negara, contohnya - Pihak AG dah siasat dan kami dapati tidak ada bukti untuk mendakwa SRC bla bla bla .....  apa agaknya reaksi pihak SRC dan mereka yang pro Najib ?

Pastinya mereka akan desak SPRM tutup saja kes SRC ! 

Well, sekali lagi SPRM segera mengeluarkan kenyataan balas petang tadi  -

SPRM Tetap Teruskan Siasatan Membabitkan SRC International


MERUJUK kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh SRC International Sdn Bhd hari ini, bertarikh 5 November 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa SPRM menyiasat kes SRC International berlandaskan undang-undang yang telah digubal oleh Parlimen.
 
Oleh itu, siasatan SPRM ke atas SRC International tetap akan diteruskan walaupun terdapat siasatan yang khusus berkaitan dengan isu kebocoran maklumat yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini. Isu kebocoran maklumat tiada kaitan dengan siasatan ke atas SRC International. Isu kebocoran maklumat adalah perkara yang berbeza.
 
Sesungguhnya siasatan SPRM tidak boleh diganggu atau ditangguhkan atas alasan perlu menunggu sehingga siasatan yang berkaitan dengan kebocoran maklumat yang dilaporkan sebelum ini selesai terlebih dahulu. Terpulang kepada SRC International jika pihaknya mahu membuat laporan polis agar menyiasat isu kebocoran maklumat dimaksudkan.
 
SPRM hanya bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak mahu ada sebarang gangguan yang boleh melewat dan menjejaskan siasatan SPRM.
 
Kenyataan SRC International berkaitan perkara ini sekiranya benar, ia seolah-olah pihak berkenaan tidak mahu SPRM menjalankan siasatan terhadap SRC International. Mengikut Akta SPRM 2009, mana-mana pihak yang menghalang siasatan SPRM boleh diambil tindakan di bawah Akta SPRM 2009.
 
 
DATO' AZAM BAKI
PENGARAH SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
 
 5 NOVEMBER 2015




...   seolah-olah pihak berkenaan tidak mahu SPRM menjalankan siasatan terhadap SRC International


Hehehe ..... bukan begitu lah  Dato' Azam, kenyataan SRC itu seolah2 mahu ikut jejak kes AG dalam melepaskan 1MDB dari pertuduhan Bank Negara la.......

Oya, masih tidak diberitahu SIAPA yang mengeluarkan kenyataan akhbar bagi pihak SRC.

Alang2 sebut balik kenyataan SRC bulan lepas itu, suka saya peringatkan Najib akan jawapan bertulisnya di Parlimen waktu sama -

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin sedang membuat perancangan untuk ditemu ramah oleh SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,"


Sudah 20 hari berlalu ..... masa terdekat itu berapa hari ? Sudahkah SPRM bertemu Nik Faisal dan Suboh ?



Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 10:31 PM

najib nak jawab isu derma 3 disember

http://www.umno-online.my/2015/11/05/dakwaan-rm2-6-bilion-dalam-akaun-najib-akan-dijawab-pada-3-disember/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 10:48 PM

tengoklah nanti..ada gangguan makhluk halus pada SPRM nanti....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 10:50 PM

tahu ke SPRM dimana 2 ekor mamat ni sembunyi...cakap macam ye ye...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 1:44 AM

Kena tunggu suboh bila pulak lah kita...faisal pulak mmg tak nak cari fasal lah dia...x pasal pasal ke dalam pulak nanti...bestnya jadi dorang ni...kambing coklat kot...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 2:22 AM

Betul ke arahan src? bunyi macam arahan najib aje..hhh

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2015 at 6:40 AM

Dah dah ler. Doh pusing keliling jer ni. Kali ni mmg cet det buat silap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 8:21 AM

Cukuplah negarawan dan pemimpin melayu bergaduh krn nak kayakan bangsa asing!!!

Jangan dibatuapikan lagi!!!
Bnyk lagi cara kita gunakan blog dan internet dlm membantu bangsa sendiri tanpa mengira ideologi politik.
Klu diteruskan sebegini hanya menguntungkan bangsa asing dan kita jadi bodoh melayan sesuatu tanpa kesudahan.Rasa2nya kita telah bnyk buat dosa kering dan ditambah bnyknya lagi dgn sebaran oleh pengikut2 kita.Perrghhh...bnyknya dosa kita!!!
Baik buat amal dgn mencari bahan2 yg dpt membantu bangsa dgn menghebahkannya dlm blog agar tindakan segera dpt diambil.Yang itu sukati lah nak kenakan mana2 wakil rakyat yg malas...
Sekian, harap maklum....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 9:08 AM

menyerang paling bagus cara pusing keliling la(kepong)....
skrg ni timbul mcm2 isu bukan ape..najib takut kene serang pusing keliling...kata org nak ilangkan fokus penyerang....hahahaha

cet det silap....erm...silap bertanyaaa rasenya......tapi kalo silap bertanyaaa....knp x jawap sampai skrg.....
nasib baik tersilap bertanya...kalo x sampai skrg...jib buat bodo je 2.6b.....
che det silap bertanya pun...jib buat bodo gak.....lagikan lau che det diam.....adoiiii..

kt ni kalo bodoh pun....jgn laa bodoh tAHAP.......

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2015 at 9:27 AM

@Anonymousitu pada pandangan saudara..... :)
Pandangan saya pula, dosa sudah berlaku dan tanggungjawab kita betulkannya. Kalau dibiarkan akan merugikan bangsa dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 9:41 AM

puii orang lain yang dapat duit berjuta berbillion beli rumah handbag mahal2 Tun negarawan pulak yang silap. sungguh tak masuk akal manusia. kalau otak kambing ok kot bole diterima

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2015 at 10:53 AM

Salam Jumaat brother Din...

Kebocoran maklumat SRC ini perkara berbeza dengan siasatan SPRM keatas SRC. Emmm, tak kan la sebagai seorang suami tak tau nak bezakan mana isteri mana his own anak dara...!

Saya sokong jika kebocoran maklumat ini disiasat, pesalah dihukum. Begitu juga kepada pesalah dalam isu SRC, perlu juga disiasat dan dihukum jika ada kesalahan.

Jika kebocoran maklumat itu adalah palsu dan diubah fakta then tak perlu la Faisal & Suboh dok celah ketiak. Pergi jelaskan dan buktikan pada SPRM & rakyat Malaysia yang maklumat bocor itu adalah palsu. Kenapa nak rumitkan keadaan...?

Teruskan laa Agama disendikan dari Adat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 11:14 AM

Persoalannya mudah, betul atau tidak wang dari src masuk ke akaun xxx. Kalau ya explain why and kalau tidak no furter question..... Apa nak pusing pusing isu lain

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
November 6, 2015 at 11:22 AM

Wahai anony November 6, 2015 at 8:21 AM,

IPP dibeli oleh 1MDB di atas harga pasaran. Maksudnya ia dibeli dengan harga yang lebih mahal drp harga yang sepatutnya dibayar. Contohnya, mcm saudara beli ayam di pasar. Harga pasaran ayam pada waktu tu adalah RM4 sekilo tapi saudara bayar RM10 sekilo. Saudara rasa logik ke buat camtu?

Berbalik kpd IPP td, ianya melibatkan ratusan juta malahan mencecah billion ringgit, bukannya setakat rm10 mcm saya bg contoh td. Itulah yg dipersoalkan oleh Tun M kpd Najib yg sampai skang ni Najib buat bodoh diam seribu bahasa. Ini bukan soal nak kayakan bangsa asing ke apa ke, ini soal nak selamatkan duit kerajaan, soal integriti!!!

Rasa2nya Najib layak ke pegang Menteri Kewangan dengan buat bisnes deal mcm tu?!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 11:32 AM

Bro din. . .
Bukan sekadar merugikan bangsa dan negara sahaja. Malah terpalit dgn dosa2 kerana bersubahat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 11:41 AM

PM yg menipu & melakukan jenayah! Kita nak buat senyap aje? Oh kalau bercakap/bertanya salah atau kamu kata dpt dosa kering!
Yg buat pasal bukan kah mereka (PM & sekutunya)? Mereka engkar perlembagaan & ikrar!
Jika kamu fikir blog ini cuba melaga2kan, maka matlamat mereka tercapai!
Pilihan pada kamu, tetapi saya masih menyokong persoalan2 yg dinyatakan disini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 11:42 AM

Kalu nak saman pun dah byk selasa, ini masa terdekat mungkin bulan atau tahun kot. Kalu hari dah 20 hari, minggu dah 3 minggu, memang masa terdekat tu bulan atau tahun. Sabar yer, bila pakai kondom safe banyak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 2:10 PM

Najib akan menjawab isu derma pada 3 dec akan datang...tapi...kepada kabinet kambing2 laaa...mmmbeeekkkkkkk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 2:35 PM

Nak tunggu AG selesai siasat makin bodoh dengan AG pun bodoh sama sejak bila AG ada badan penyiasat sendiri, semak balik fungsi badan kehakiman negara apa fungsi seorang AG mengikut perlembagaan persekutuan, itu sebab rakyat bertambah meluat pada kerajaan terang2 najib sudah terlampau menyalah guna kuasa

....................
Reply To This Comment ...................
Mamat umno
November 6, 2015 at 2:59 PM

Saya sangat bersetuju dgn sdr. Jgn tambah dosa kering... Tak ada faedahnya.
Tapi masihkah kita boleh berdiam membisu kalau rakyat dibelenggu dgn pelbagai isu yang menyusahkan. Apakah dengàn sikap membisu, dapat menjamin kesejahteraan rakyat khususnya orang melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2015 at 3:50 PM

Citernye cenggini......
Modus operandi nye mudah aje.......
Suatu ketike kengkawan gua nak buat pinjaman bank l/k RM2 juta nak mule bines.
Dgn penuh kegembiraan diberi tahu loan akan mudah lulus kalau gune 'kebel' yg dieorang syorkan ........ehem ehem komisen 10% .....gedebuk gedebak 2%.........amacam lu orang setuju ka......tag line dieorang......
INI SUDAH BIASA MAAAAAA !!!!!!!!

Post a Comment