........... SOLIDARITI Ketua2 Cawangan Bangkit Ganti Ketua2 Bahagian Yang GAGAL Wakili Suara Akar Umbi ! TAHNIAH !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SOLIDARITI Ketua2 Cawangan Bangkit Ganti Ketua2 Bahagian Yang GAGAL Wakili Suara Akar Umbi ! TAHNIAH !!

Sunday, November 22, 201520comments

Sinar


PORT DICKSON - Seramai 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri mendesak secara terbuka agar Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Presiden Umno.

Kenyataan dibuat di hadapan media oleh ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin selepas kesemua 34 orang dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah menghadiri sesi suai kenal serta mengadakan mesyuarat yang berlangsung kira-kira satu jam bermula kira-kira 3 petang di sini, hari ini.

Menurut Mohd Isa, mereka sebulat suara mendesak Presiden Umno meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu dalam memimpin parti nombor satu Melayu itu.

Menurutnya, semasa peralihan jawatan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan yang begitu tinggi.

“Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan Umno.

“Melalui mesyuarat ini juga, kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap timbalan presiden, naib presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli Umno yang tampil membuat kritikan kepada parti,” katanya pada sidang media berkenaan, hari ini.

Mohd Isa juga mendakwa mereka sudah mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain dari seluruh negara dan bercadang mengadakan himpunan besar-besaran akhir bulan depan berhubung perkara berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, lokasi penganjuran masih belum ditetapkan.

“Kita yakin akan mendapat sokongan lebih satu perempat daripada cawangan Umno di seluruh negara.

“Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam Umno kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua Umno cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan,” katanya.

Pertengahan bulan lalu, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar Telok Kemang mengadakan sidang media mendesak Najib meletak jawatan.

Ia disusuli dengan tindakan 10 cawangan Umno di bahagian Sepang yang turut membuat kenyataan sama, Rabu lalu.

                                ********************
Ini pula mesej yang saya terima dari watsapp -

Menurut rakan yang berada di sana tadi, seramai 50 orang yang hadir terdiri daripada Ketua-Ketua Cawangan dan penyokong-penyokong mereka.

Ketua Cawangan yang terbabit termasuk dari Bahagian Tebrau, Gelang Patah, Pasir Gudang, Puchong, Teluk Kemang, Sepang, Serdang, Rasah dan Kimanis.

Antara menarik kenyataan yang disampaikan Tim. Ketua Cawangan PD Utama, Mohd Isa Yassin dalam PC tersebut:-

- Ketua-Ketua Cawangan yang ada ini berkumpul sebagai langkah memulihkan keadaan politik negara yang tidak stabil khasnya UMNO.

- Perjuangan UMNO kini tersasar dari perjuangan sebenar dan perlu diperbetulkan.

- Pada awal pelantikan Najib, beliau mendapat sokongan tetapi setelah terpalit pelbagai kontroversi, maka beliau kini ditolak.

- Jangan anggap GKCM sebagai pengacau sebaliknya GKCM berkorban untuk UMNO.

- Banyak isu yang timbul membabitkan Presiden tetapi kurang penjelasan selain mengambil tempoh yang lama untuk diselesaikan, menyebabkan rakyat semakin sangsi.

- Rakyat mengharapkan satu jawapan yang tepat mengenai setiap isu yang berlaku membabitkan Presiden, tetapi sebaliknya mereka yang bersuara dikenakan tindakan hingga menyebabkan masalah semakin rumit. Ini menyebabkan UMNO kini dilihat tidak lagi demokratik.

- Mengambil ketetapan supaya Najib harus meletak jawatan demi memastikan "survival" parti pada PRU akan datang.

- Majlis Tertinggi UMNO digesa agar tidak memecat atau mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap TSMY dan DSSA.

- Jangan memandang rendah kemampuan Ketua-Ketua Cawangan kerana mereka yang mengawal ahli akar umbi.

- Kumpulan ini tidak didalangi mana-mana pemimpin dan bertindak atas inisiatif sendiri demi kebaikan parti.

- Jika permintaan gabungan itu gagal dipenuhi, mereka akan berusaha menarik lebih ramai Ketua Cawangan dari Bahagian lain untuk bersama menolak kepemimpinan Presiden.

PS - Dengar cerita tak lama lagi, akan ada lagi ketua2 cawangan dari beberapa kawasan lain akan turut bangkit sama. TAHNIAH !

Bila Ketua2 Bahagian gagal berfungsi, sudah tiba masanya Ketua2 Cawangan pula berSOLIDARITI bangkit menyuarakan hasrat sebenar akar umbi dan rintihan rakyat.

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2015 at 2:19 PM

assalamualaikum che din...slmt tghari
alhmdlh ada kesedaran dlm ketua2 cawangan dan tak mcm ketua2 bahgian yg x sedar diri....
smoga ketua2 cawangan istiqomah dlm perjuangan...jgn nt bila diangkat jd ketua bahgian akn bersikap sama seperti yg ada... alhmdlh dn tahniah kepada ketua2 caw. yg bgkit melawan kemungkaran...

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2015 at 2:32 PM

Teruskan perjuangan.
Biarkan ketua2 bahagian, wakil2 rakyat angkuh dan sombong dgn kedudukkan mereka.

Cawangan2 adalah asas kpd Umno Bahagian, Umno Negeri dan seterusnya pusat.

Minta disegerakan perhimpunan semua ketua2 cawangan seluruh negara utk mendesak Najib dan pengampu2 bodeknya meletak jawatan.

Satu demi satu kemelut, isu2 busuk membelit pemimpin Umno.

Ini bukan lagi persepsi, semuanya telah terbentang di depan mata, kenyataan2 serta ucapan2 mereka juga bersepah2 di dalam media kerajaan /pembangkang.

Rakyat Malaysia bukan bodoh.

Jangan biar ahli Umno dan penyokong2 BN membuat undi protes dlm PRU14 kerana marah dan benci kpd regim Najib.

Akibatnya nanti, seluruh batang tubuh Umno dan BN akan dibungkus oleh pembangkang.

Semuanya kerana melayan kerenah manusia bernama Najib.

Cukuplah Pak Lah dan KJ yg jadi punca 4 negeri jatuh ke tangan pembangkang dulu, juga kerana undi protes dlm PRU12.

Negara dan rantau Asia Tenggara sekarang berada di dlm keadaan ekonomi sgt genting.

Rebutan kuasa antara China, Taiwan, Russia, USA sedang berlaku di kawasan Laut Cina Selatan.

Najib telah menyatakan sokongan kpd TPPA buatan USA dan sekutu.

Di Asia Barat, ISIS diguna utk sebar doktrin kebencian terhadap Islam dan alat propaganda utk menghalalkan penjajahan barat dan Kristian ke atas umat Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2015 at 2:46 PM

Ketua bahagian kenyang beb,semua perut buncit,muka sembab belaka.otak dah beku tak dpt fikir dgn baik...cer tengok muka teuku adnan tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Mamat umno
November 22, 2015 at 3:07 PM

Tahniah !
Tahniah!
Tahniah!
Mabrook!

Rakyat Malaysia tabik kepada mereka.!


Semuga ramai lagi ketua-ketua cawangan yang ada keberanian sprti mereka. Tak boleh harapkan ketua bahagiàn. Kata kekawan, "ada kote, tapi dah kena genggam", nak cakap pun tak boleh.

Sampai masa kita tolak kepimpinan sekaràng dari majlis tertinggi hingga ketua bahagiàn sekali. Hampeh belaka.

Bagi saja pelapis yang mampu meneruskan perjuangan parti keramat ini. Kalau dibiarkan UMNO akan tinggal nama sahaja..tak ada keramatnya dah...


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2015 at 3:53 PM

Alhamdullillah! Alhamdullillah! Alhamdullillah!

Tahniah kepada ketua cawangan ! Jika suruh pilih, diantara najib dan umno, kami rakyat marhaen memilih umno! Lakukan sesuatu dengan segera sebelum terlambat! Jangan dah terhantuk baru nak menadah! Dah terlewat jika ingin lakukan perubahan HANYA menjelang PRU14!

Hari ini Sokongan rakyat terhadap pentadbiran rejim najib jatuh merundum ...tak percaya?

Buat kajian pendapat umum tentang rejim najib oleh badan bebas yang tidak disogok rejim ini!

Tak percaya lagi?

Buat PRU umum mengejut seperti di singapura!

Ada berani chai2, pengampu dan punahsihat rejim najib? Najib tak perlu tanya sebab dia blur, beri je keputusan punahsihat korang pada najib blur tu dia setuju aje.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2015 at 4:15 PM

Ketua2 Bahagian????? Cash is King kata Najib. Semua Ketua Bahagian sudah disumbat dng cash olih Najib. Merreka tak bolih bersuara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2015 at 4:53 PM

Saudara din .. ada tak info untuk join mereka atau dapatkan mana mana no ketua cawangan ..sebab saya nak join mereka ...

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2015 at 5:22 PM

Ketua bahagian pun akan menggelupur jika cawangan2 mereka sepakat mendesak Najib letak jawatan.

Wakil2 rakyat tanpa sokongan cawangan, lagi menggelabah puyuh.

Undi tak percaya dan undi di PAU memang tak akan berjaya kerana cash is king.

Mesyuarat Agung cawangan tahun depan jangan lupa ahli2 baca betul2 penyata kewangan Umno cawangan.

Jangan lupa, juga buat usul/ ketetapan tolak kepimpinan Najib.



....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2015 at 5:24 PM

Satu perkembangan yang amat 'menyegarkan'.
Tahniah kepada Ketua-Ketua Cawangan.

Ketua Bahagian, kebanyakannya, mungkin sudah tidak boleh diharap lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2015 at 5:34 PM

Ruangan tahukah anda?

Tahukah anda pembaca2 sekalian bahawasanya najib menghabiskan berbillion billion hanya mendapatkan khidmat Perunding, Punahsihat, Pengampu dan memberi dedak kepada pencacai2nya?

Tahukah anda pembaca2 sekalian bahawa wang berbillion billion yang digunakan ini adalah hak milik rakyat yang diambil tanpa izin rakyat?

Tahukah anda juga bahawa wang berbillion billion ini boleh digunakan untuk meningkat taraf hidup rakyat marhaen?

Tahukah anda wang berbillion billion ini mengalir keluar dan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung hutang ini dengan membayar balik selama berpuluh puluh tahun lamanya!

Dengan pelbagai persoalan yang tidak dijawab ini , kenapa rakyat marhaen harus menyokong rejim zalim menindas rakyat bernama najib ini?

Rakyat masih menyokong umno tetapi bukan pemimpin zalim menindas rakyat bernama najib ini!

Tepok dada tanyalah selera wahai pembaca2 sekalian...dan jika tidak bersetuju dan tidak mahu bersekutu dengan pemimpin zalim menindas rakyat bernama najib ini, tibalah masanya kita perlu berbisik, berbincang dan menyeru kepada adik beradik saudara mara dan rakan taulan agar najib wajib letak jawatan!

Kita lakukan ini demi alif ba ta , masa depan anak cucu kita dan masa depan umno itu sendiri!

Lakukan sesuatu! Lakukan hari ini! Jika kita ada rasa tanggungjawab!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2015 at 5:52 PM

Let the movement through and the people will rise in support of these ketua-ketua cawangan, syabas! Get more to come onboard and make it fast and quick before cash is splashed for the taking and kill-off the momentum, cheers!

Najib cannot say no more that he's got 3 million members behind his back.....Zahid Hamidi? His ONLY 13 Cawangan bla bla bla statements has all the hallmark of arrogance hence, along with Najib these goons need to be put in place or rather boxed so that they must realise that belittling people will not get you nowhere no matter how powerful you are or how much money you have to buy allegiance!

The great Roman Empire collapsed, so did the Golden Age of Islam (same goes to dynasties in China & Japan) only because arrogance crept into their heads! So, UMNO with less than 100 years of existence, don't be fooled by a fake leader made worst for such an arrogant attitude to beefed their presence and hold onto power yet without an inch of brilliance to really make the country great.

No need to rebutt if anyone intend to, but the writings and arguments are there for everybody to see and read.

Luah Rasa Jer

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2015 at 5:57 PM

Ketua-ketua Cawangan merupakan akar umbi kepada pokok manakala Ketua-ketua Bahagian adalah ranting kepada pokok. Ranting boleh dipangkas dan boleh bertunas semula sedangkan akar adalah terletak segala kekuatan.

Buangkanlah sebiji epal yang busuk dalam sebuah raga untuk menyelamatkan epal-epal yang lain dari menjadi busuk.

Tak rugi dikorbankan seorang daripada semuanya terkorban.

....................
Reply To This Comment ...................
jawipekan
November 22, 2015 at 7:18 PM

TPM telah menyarankan supaya orang Melayu bersatu,jika tidak mereka mungkin akan jadi macam "Red Indian" diAmerika.Orang Melayu hanya mampu bersatu jika qmereka mempunyai pemimpin yang berkaliber yang dapat memberi kepercayaan dan mempunyai kebolehan untuk mentadbir negara dan bersifat jujur dan ikhlas.Malangnya pemimpin pemimpin yang ada sekarang tidak mempunyai ciri ciri tersebut dan sebaliknya membuat orang Melayu malu kepada bangsa lain dengan sikap kurang amanah berserta kebolehan mentadbir yang tidak cekap mereka.Sebelum menyuruh orang Melayu membuat perubahan,pemimmpin pemimpin ini sepatutnya memperbaiki diri sendiri atau meletak jawatan supaya orang tang lebih berkeboldhan menggantikan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
rakyat dilembukan
November 22, 2015 at 8:15 PM

Aku, kalau jumpa ular dan najib depan mata..aku hentam najib dulu. Ular pun kekadang ada otak takut pd manusia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2015 at 8:18 PM

Sdra Jawipekan,

Saya sangat bersetuju dengan komen anda.

1. Zahid mahu melayu bersetuju akan tetapi mengapa saranan ini hanya ditujukan kepada melayu biasa........mengapa tidak pada pemimpin2 melayu yang ada sekarang?

2. Najib bukan pemimpin yang boleh dijadikan faktor penyatuan bangsa melayu islam. Beliau "kotor" dengan isu 1MDB dan RM2.6 bil!!!!!!!!

3. Zahid sendiri langsung tidak dapat dijadikan contoh untuk umat melayu islam bersatu. Suka beretorik. Beliau sememangya lemah tapi berlagak berkuasa dan sombong. Lihat kembali bila dia minta maaf dengan LKY, TDM, janji ini itu pasal syiah mat sabu, lahad datu, berbohong pasal derma pak arab, salahguna kuasa kes khairuddin dan matthias chang dan banyak lagi.

4. Hishamuddin lembik tak layak memimpin. Nazri kurang ajar tiada ciri2 pemimpin contoh etc etc etc.

5. Sejujurnya pemimpin2 diatas patut berubah dan bersatu demi bangsa, agama dan negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2015 at 8:26 PM

Tahniah! Perkembangan yg baik! Cawangan dari Melaka takde? Atau semua dah ikut idris haron....ikut waktu pejabat aje..:)

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2015 at 9:17 PM

Ni dah sama lah macam orang yang dituduh memecah belah masyarakat hanya kerana menyeru supaya kembali berpegang teguh pada kitab Allah mdan Rasulnya dan
kefahaman kitabullah dan Hadis Rasulnya.

Selagi orang Melayu Islam tidak membetulkan kefahaman addeen mereka kepada yang asal dan buang segala taghut yang telah ditambah kepada agama yang telah lengkap lebih 1400 tahun, walaupun semua ahli UMNO atau rakyat MAlaysia tidak kembali kepada agama ALLAH, maka selagi itulah orang Melayu Islam akan dihina ditanah air mereka. Ini janji Allah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2015 at 9:27 PM

Alhamdulillah....Syabas!!! Harap dpt disegerakan usaha murni ini sebelum terlambat. Rakyat majoriti dah muak dan bosan dgn lakonan puak2 yg perasan kunun2nya masih mdpt sokongan. Kebnyakannya lebih kpd nak mjaga piok nasi masing2...TSMY dan Shafie Afdal mesti diselamatkan. Klu boleh disingkirkan semua pembodek2 dan puak hanya nak cari makan....Rakyat mahu pemimpin yg bertelor bukan yg digenggam telornya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 10:45 AM

Tahniah ketua2 cawangan yang telah menyuarakan hak mereka sebagai pengerak utama peringkat akar umbi umno, Insyaallah akan menyusul lagi lebih ramai ketua2 cawangan menyuarakan perkara yang sama.

Lepasni pemakan dedak akan berkata alaa hanya brapa persen saja ketua2 cawangan berbanding 23000 lebih cawangan di malaysia, benar bermula dengan tak brapavpersen tapi hakikatnya gelombang bermula dengan kecil akan menjadi lebih besar kita sama2 saksikanlah.

Hal sebegini tak pernah berlaku dalam pentadbiran pm sebelum2 ini tak pernah muncul ketua2 cawangan berani tampil membuat sidang akbar terbuka hatta di zaman abdullah badawi menjadi pm sekalipun, adakah pemakan2 dedak pekak & buta?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 23, 2015 at 11:07 PM

Tahniah dan terima kasih kerana prihatin dengan kegelisahan rakyat! Harap lebih ramai lagi ahli UMNO tampil mendesak supaya Najib berundur.

Kegilaan apakah pemimpin kita ahjibgor menjual harta dan maruah negara kepada pihak asing sejak akhir2 ini ? Hanya kerana mahu bayar faedah hutang ? Gila!

Post a Comment