........... Respon Shafie Apdal Bila Dinafikan Peluang Berucap Dalam PAU | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Respon Shafie Apdal Bila Dinafikan Peluang Berucap Dalam PAU

Friday, November 27, 20159comments



KENYATAAN MEDIA

1. Dalam menghormati keputusan Majlis Tertinggi yang diadakan baru-baru ini, saya berpandangan adalah tidak wajar ketetapan yang telah dilakukan oleh barisan Majlis Tertinggi yang secara terang menidakkan tradisi yang telah menjadi amalan UMNO selama ini di mana ucapan Timbalan Presiden di dalam Perasmian Sayap-sayap itu ditiadakan.

2. Saban tahun Mesyuarat Agong UMNO yang diadakan setahun sekali ini biasanya akan menghimpunkan ahli-ahli UMNO dari semua peringkat akar umbi dari seluruh pelusuk negara. Adalah menjadi kebiasaan juga bagi ahli-ahli UMNO ini untuk mendengar ucapan, pandangan, dan harapan bukan hanya dari Presiden parti, bahkan suara akar umbi, termasuk Timbalan Presiden parti, Naib-naib Presiden dan juga para perwakilan.

3. Sebagai parti terbesar negara, kita tidak mahukan hanya ahli UMNO sahaja yang terkesan dengan segala inisiatif dan juga agenda yang bakal dilakukan, sebaliknya kita juga mahu supaya apa yang dilontarkan boleh didengari tidak hanya oleh ahli UMNO bahkan kita juga mahu jutaan rakyat Malaysia yang berada di luar dewan mendengar dan seterusnya menyokong kita.

4. Saya masih ingat semasa pertama kali saya mengikut ayahanda saya Tun Sakaran ke Perhimpunan Agong UMNO pada tahun 1970-an di Hotel Hilton, tempat persidangan pada ketika itu bukan sahaja dipenuhi dengan asap rokok, malahan halwa telinga kita disajikan dengan ucapan-ucapan yang bernas, walaupun ada juga teguran-teguran lantang yang dibuat, tetapi saya dapat lihat setiap ahli UMNO yang hadir termasuk barisan pemimpin tertinggi parti menerima setiap bait ucapan dan teguran itu dengan berlapang dada.

5. Setiap teguran yang dibuat pasti ianya untuk penambahbaikan dan juga asas kepada kekuatan parti terbesar negara ketika ini. UMNO yang menjangkau usia 70 tahun sepatutnya lebih terbuka dan tidak hanya inklusif untuk kepentingan individu-individu tertentu. UMNO bukan dimiliki oleh seorang ahli, UMNO adalah hak kepada lebih 3 juta ahli yang telah bersama-sama mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya.

6. Walaubagaimanapun, kalau itulah kehendak ketua-ketua sayap yang lebih arif tentang perjuangan dan memahami perjuangan UMNO lebih daripada pemimpin yang lebih berpengalaman, saya hormati keputusan kolektif tersebut, tetapi sekurang-kurangnya takkanlah Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden tidak boleh berucap di dalam penggulungan?

7. Saya yakin dan pasti ahli UMNO peringkat akar umbi mahu mendengar, meniliti, dan menilai setiap apa yang ingin disampaikan oleh barisan pimpinan ketua-ketua sayap, Naib-naib Presiden, Timbalan Presiden dan seterusnya Presiden parti sendiri. Saya percaya ahli UMNO mampu membezakan mana yang baik untuk kekuatan serta penambaikan kepada parti dan sebaliknya.

8. Tidak lama dulu Presiden parti pernah menyuarakan dan mahukan supaya UMNO perlu reform, setiap ahli parti di peringkat akar umbi perlu lakukan perubahan demi perubahan, bagi memastikan UMNO ini kekal sebagai sebuah parti yang sentiasa relevan dengan peredaran masa, mampu menarik minat orang-orang muda dan sebagainya.

9. Tetapi sayangnya proses pembaharuan ini tidak lengkap dan tidak berlaku di peringkat bawahan sahaja, sebaliknya ia perlukan komitmen dan juga sokongan di setiap peringkat, terutama di peringkat atasan yang mempunyai kemampuan menentukan hala tuju parti keramat ini.

Sekian,

Copy dari FB DS Shafie Apdal


26 NOVEMBER 2015

Komen DT - saya harap Shafie pun baca artikel saya sebelum ini yang ditujukan kepada Muhyiddin ( KLiK ) Sama saja mesej saya kepada Shafie iaitu - SAMPAI BILA NAK PLAYSAFE daaaa ....

                             ************************

Ini pula respon TS Muhyiddin yang saya percaya ramai dah baca -
 
Mesyuarat MT UMNO semalam memutuskan perasmian serentak persidangan sayap-sayap tidak akan dibuat sebagaimana lazimnya. 


Sebaliknya, ketua-ketua sayap akan merasmikan persidangan masing-masing. Sejak 6 tahun yang lalu sebagai Timbalan Presiden, menyampaikan amanat kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang datang dari segenap pelusuk negara sentiasa saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab. Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar UMNO terus gagah meredah cabaran zaman. 

Nampaknya, saya tidak berpeluang lagi untuk menyampaikan amanat saya dalam satu majlis yang amat bermakna buat saya sebagai Timbalan Presiden. Saya diberitahu ada pihak-pihak tertentu yang mahu menghalang saya daripada berucap. Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap Timbalan Presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini? 


Atau apakah ada mereka yg cukup takut dengan apa yang akan saya ungkapkan di hadapan anak-anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seseorang pemimpin. 

Sementara saya menghormati keputusan MT, tetapi saya juga ingin mengingatkan mereka bahawa dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkan saya. Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan saya di dalam UMNO bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta. 

InsyaAllah, saya akan terus istiqamah di atas landasan perjuangan suci ini. "Faidza 'Azamta Fatawakkal 'Alallah". ("Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah"- Ali-Imran:159). 

Allahuakbar!

Dari FB TS Muhyiddin

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2015 at 12:57 AM

Saya dah menyampah dgn Umno ni,tegur sikit kena buang dan kena gantung.Ckp ya2 aje Umno mesti diperbetulkan diremajakan la,mcm2 lagi lah.Mcm ni punya parti melayu lama2 dgn parti dan melayu lingkup.Menyusahkan shj.X sedar2 lagi..Dah suam2 dah.Tggu masa nak gugur je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2015 at 1:03 AM

Kiranya menentang secara terang terangan dan dipecat keahlian umno adakah boleh banglit dari luaran ada jaminan?.

Jika sudah bukan ahli maka suara akan di dinilai sebagai suara pembangkang juga sebagai orang yang kecewa, sekarang masih bergelar ahli pun dikenakan sekatan sekiranya dipecat jangan harap lagi dapat bertemu dan berbincang dengan ahli2 umno, kalau sudah dipecat bagaimana mau buat perancangan dikalangan ahli2?.

Pemakan2 dedak jasa & pmo berikhtiar habis habisan mencari jalan untuk kenakan tindakan pecat keahlian keatas tsmy, safie, tun & mukhriz tapi gagal kerana sandaran tak cukup kuat, kenapa orang2 najib beriya2 nak mereka di pecat & kenapa pula kita membakar supaya jalan kearah pemecatan mereka lebih terbuka?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2015 at 1:51 AM

Bro Din,
Big2 boss umno ni sebenarnya dah htrkan jemputan kpd seseorang tetamu vvvvip, kita tunggu dan tengok lah apa yg tetamu ni nak buat. Beliau ada lagu popularnya sendiri yg mana seorg tpm di zaman tun m pernah haramkan lagu ni - lagu 'selimut putih'...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2015 at 2:24 AM

Last PAU yg sy tgk ialah thn tdm letak jawatan.msh segar dlm ingatan.time tue my mum pun tgk skali. Sebak my mum bila tdm kta akan melepaskan semua jawatannye. Epic moment. N time tue sy form 4.lps tu sy mula perasaan malaysia ku xde pemimpin yg berwibawa...dgn najib lg menyampah.. Tertunggu2 bila kj,mukriz n seangkatanye akan take laed tp kecewa mereka tak ada taring esp kj.huhu maaf lari topic.firasat sy mereka akn beru

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2015 at 3:14 AM

Bro... I am an umno member but my support and my vote is not for this umno. It sickened me. It pained me when they started to run down Tun M. It riled me when the umno leaders, the menteris, the ketua bahagian defended daylight robberies in the name of ketuanan melayu. I am not going to be part of it. I want to see them pay for their pengkhianatan even if it means that I have to vote a cow in the next pru. I know I am not alone. So to all the bongkak umno warlords, pick your choice now. UMNO or Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2015 at 7:12 AM

yang jadi hantu ni ialah punahsihat2 kpd najib. mereka bukan pedulipun apa nasi umno dan nasib najib selepas ini. yang penting imbuhan yang mereka terima selama ini kekal berterusan. presiden pulak jenis kurang berfikir, mungkin kurang akal, asal ada sikit nasihat si dajal, terus terima. aku masih belum kecewa 100% dengan umno, cuma berharap akan ada transform bagi mengubah nama presiden. orang lemah lembut dan nampak lembut tak layak jadi presiden parti. sebabnya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2015 at 9:34 AM

Bro 3:14am .. I'm an UMNO member too .but I have lost faith ever since Najib took over the party , coz I had the feeling that Najib will become UMNO liability, I even supported Ku li in 2008 coz TSMY refused to contest, but unfortunately Ku Li not only lost in the contest but early exit due to lack of nomination itself .. I too will not be part of this rotting party even if I had to vote a snake in the next election ....

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
November 27, 2015 at 12:10 PM

UMNO di bawah pimpinan Najib takde bezanya dgn DAPigs pimpinan Lim Family.

Bila kena tegur, dilarang bersuara.
Bila kena kritik, dipecat/dilucutkan jawatan.
Bila kena persoal, dihalang berucap.

Ahli2 UMNO perlu sedar bahawa parti keramat ni sudah diperalatkan oleh kepimpinan2 mereka utk mempertahankan dan meneruskan agenda masing2. To be honest la, 1MDB isu kesilapan pentadbiran syarikat atau isu UMNO? Hanya disebabkan pentadbiran syarikat tersebut diketuai oleh presiden UMNO, ahli2 UMNO seramai lebih 3 juta perlu turut serta mempertahankan kesilapan yg telah dibuat?

Masa 1MDB diwujudkan adakah presiden UMNO tu bentangkan kpd ahli2 UMNO? Sepatutnya jika sekiranya kerajaan mahu mewujudkan satu syarikat konglomerat, satu pembentangan harus dibuat di parlimen utk menerangkan segala aspek tentang tujuan syarikat tersebut diwujudkan. Ini amat penting utk mengelakkan persepsi negatif terhadap kerajaan dan menampakkan ketelusan kerajaan dlm membuat sesuatu keputusan. Tp malangnya 1MDB langsung tak dibentangkan di parlimen dan sbb itulah mengapa majoriti ahli parlimen khususnya, rakyat Malaysia amnya tidak faham apa yg berlaku ke atas syarikat tersebut. Cuma setelah dibongkar oleh beberapa pihak barulah terhegeh2 Menteri Kewangan mengambil tindakan tapi malangnya tindakan yg diambil lebih menjurus kpd menutup kelemahan yg ada, bukannya menjelaskan keadaan yg sebenar. Kini, rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban hidup sehari2 utk membayar kembali kesilapan yg telah dilakukan oleh pemimpin yg tidak bertanggungjawab ini. Sudah2lah tu Ah Jib Gor, letak saja jawatan dan beri peluang kpd pimpinan yg baharu.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 27, 2015 at 1:13 PM

Kalau Najib pecat atau gantung keahlian nama2 besar dalam UMNO seperti Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir, Ahmad Said dan yang kononnya dalam senarai hendak dipecat maka Najib memang mencari nahas!

Najib hanya berani pecat/gantung keahlian wanita sahaja iaitu Anina dan Hamidah.

Paling utama ialah jika Najib gantung keahlian Tun Dr Mahathir. Memang sah nak terjun gaung!

Hanya kerana nak selamatkan seorang bugis bernama Ah Jib, orang lain perlu dikorbankan. Malah parti pun mahu dimusnahkan.

Jadi, sudah jelas dan terang lagi bersuluh Najib salahguna kuasa. Tak kan itupun pemimpin2 UMNO tak nampak? Muhyiddin dan Shafie Apdal pun tak nampak lagi ? Sudah dipecat dari jawatan penting pun masih nak pilih jalan selamat "play safe" lagi ?

Entahlah....



Post a Comment