........... Penjualan Edra Kepada Negara China - Hasil Pelaburan Strategik 1MDB ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Penjualan Edra Kepada Negara China - Hasil Pelaburan Strategik 1MDB !

Tuesday, November 24, 201539comments


Akhirnya 1MDB dah jual kesemua harta IPPnya dalam Edra kepada syarikat China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion dan juga akan menanggung semua hutang kasar dan tunai syarikat operasi Edra berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

WOW ! Sememangnya amat STRATEGIK PADA NEGARA ! Tahniah 1MDB dan Najib ! Cuci tangan habis dalam IPP.

Soal harga jualan RM9.83 bil + hutang itu saya malas nak komen buat masa ini sehingga jelas kedudukannya. Hanya di 1MDB, setiap apa yang diumumkan akan ada kejutan kemudian hari berkaitan apa yang tidak disebut dalam kenyataan awal.

Dan ayat - RM9.83 bilion dan juga akan menanggung semua hutang kasar dan tunai syarikat operasi Edra berdasarkan tarikh penilaian pada 31 atau omputihnya CGN Group will pay, in cash, an equity value of RM9.83 billion and will assume all the relevant gross debt and cash of the Edra Operating Companies, based on a valuation date as at 31 March 2015.

bagi saya tergolong dalam kategori perlu penjelasan lanjut.

Sebab point utama yang rakyat nak tahu adalah - berapakah untung atau rugi transaksi ini yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Apakah kos penglibatan 1MDB dalam sektor IPP dari awal sehingga kini berbaloi dengan harga jualan itu. 

Kos IPP kepada 1MDB ini bukan saja RM12 bil + RM6 bil Pusaka Hutang tapi juga termasuk segala kos berkaitan seperti komisen dan bunga pinjaman juga bayaran Option.  Pendek kata, apasaja kos yang berkaitan dengan cerita 1MDB @ IPP harus diambilkira jika kita mahu menilai untung atau ruginya.

Kalau diketepikan dulu soal RM, maka kita akan berbicara soal apakah Collateral Cost atau Kos Sampingan yang terbabit. 

Saya tidak nampak tang mana yang kita sebagai rakyat perlu bersorak gembira dengan penjualan aset Edra kepada syarikat asing ini. 

Adakah keadaan SEBELUM 1MDB menggatal beli IPP dulu lebih baik atau lebih buruk berbanding sekarang selepas semuanya dijual kepada China ?

Apa dah jadi kepada semua alasan2 PELABURAN STRATEGIK yang diberikan oleh 1MDB bagi menjustifikasikan pembelian IPP dulu jika semuanya kini menjadi milik asing ?

Disebalik ayat2 indah memuji penjualan aset strategik negara kepada negara asing itu, kenyataan pahit yang terpaksa kita terima adalah - kini sebahagian IPP kita milik negara asing ! Semuanya sebab 1MDB, Najib dan Jho Low.

Demi mengejar pulangan maksimum untuk bayar hutang, syarat2 yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan strategik negara dilanggar begitu saja.

Ya, untuk bayar hutang ! RM9.83 bilion itu 1MDB atau kerajaan atau rakyat tidak akan merasa satu sen pun sebab semuanya akan digunakan untuk bayar hutang 1MDB.

Kembali pada persoalan utama yang sering menjadi tandatanya rakyat - Untuk apa sebenarnya diwujudkan 1MDB ini ?

Untuk memindahkan hakmilik negara kepada pihak asing ? Lepas ni tanah2 di prime area pula akan digadaikan untuk bayar hutang ......

NEGARA DAN RAKYAT DAPAT APA HASIL KEWUJUDAN 1MDB ? ? ?

PS - Rujuk Mkini - 1MDB jual Edra RM9.83 bilion kepada syarikat China

1MDB.com -  Edra : Successful Execution of share & Purchase Agreement


PS2 - Pro 1MDB mungkin akan komen,  jual pada TNB pun DT akan kritik, buat apa pun akan dikritik !

YES ! Memang pun sebab segalanya tentang 1MDB tidak ada satupun yang menguntungkan rakyat. Itu adalah kenyataan. 1MDB ini adalah satu malapetaka kepada rakyat dan negara. Pelan Rasionalisasi adalah lebih kepada Pelan Bayar Hutang atau pelan menyelamatkan 1MDB. 

Buatlah yang terbaik ! Tapi masalah 1MDB perlu akauntabiliti. Setakat ini tidak ada satu orang pun yang mahu bertanggungjawab. Yang mengkritik pula diserang dan dihukum. Habis tunggang terbalik dibuatnya negara. Semuanya kerana Najib, 1MDB dan Jho Low .....

Share this article :

+ comments + 39 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Perantau.
November 24, 2015 at 12:38 PM

I am just a Broker,saya beli IPP guna duit Negara dan saya jual murah dari harga pembelian awal pun bukan hal saya.As a broker I make money.What do I care..Itu lah kata mereka 'Managers'di 1mdb dan manager bagi Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 24, 2015 at 1:37 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Pada fahaman saya, kalaulah 1MDB tak wujud kepentingan negara ke atas syarikat IPP tidak akan tergadai. Saya sangat setuju dgn pendapat tuan bahawa kewujudan 1MDB adalah bertujuan menjual harta milik negara ini kpd negara asing. Hampehhhhhhhh!

Terdetik dihati saya bahawa ada kemungkinan syarikat negara China itu tidak akan lama memegang 100% kepentingan dlm Edra. Tak mustahil setelah segalanya selesai nanti, sebahagian sahamnya akan dijual pulak kpd syarikat negara lain sebagai rakan kongsi syarikat China itu.
Firasat saya yakin negara yg bakal jadi sekutu atau rakan kongsi syarikat China itu ialah syarikat milik kerajaan negara seberang Tambak Johor.
Memanglah apa yg saya katakan ini sebagai 'persepsi jahat', tapi kemungkinannya tetap ada. Tunggu masa sesuai.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 1:40 PM

wow, hutang 1mdb dah susut hampir 10 billion. wow, ipp milik negara dahulu dah jadi milik asing. wow hebatnya ahli umno jual aset negara, wow apa kaitan umno dengan agama, bangsa dan negara? patutpun jual belaka dan jatuhkan maruah negara. sebab ahli umno dah tak kisah akan negara. wow memang hebat ahli umno yang sokong 1mdb. sekarang jual aset negara, nanti abis dengan negara mereka jual kerana ahli umno sokong 1mdb. apa kaitan umno dengan 1mdb. hanya presiden sahaja yang ada kait. itu pun melalui kementerian kewangan sebagai menteri. wow menteri kewangan dah jual negara la gamaknya. wow memang hebat sekarang ahli umno dapat imbuhan melalui kbu yang sudah dibeli. memang ada wow dalam 1mdb ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 1:41 PM

Ni kira jual negara atau inovasi ekonomi syarikat 1mdb tuan penyu??....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 1:45 PM

Saya nak buka 1 lagi sykt mcm 1mdb blh ke? Best nya dpt untung atas angin..Rugi je jual semua.Bisnes mcm ni membuatkan Malaysia terkenal dgn cara korporat nya yg tersendiri di seantero dunia.Mempunyai Pm dan menteri kwgn yg paling bijak dan unik dlm dunia.Najib2 bijak hang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 1:55 PM

Negara mendapat malu hasil kepimpinan Najib yang gagal dan memporak perandakan ekonomi negara ini, rakyat pula mendapat pelbagai beban hasil peninggalan 1MDB dan Najib serta kuncu-kuncu.

Sedar

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2015 at 1:59 PM

@hasnul rahmanBila dah jadi hakmilik penuh China, trserah kepada mereka nak jual kepada siapapun hakmilik itu.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 24, 2015 at 2:11 PM

@dinturtleYa! Begitulah kira-kiraaaaa......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 3:16 PM

@hasnul rahman

Lepas ni kalau syarikat milik China tu nak jualkan sebahagian sahamnya kepada syarikat Yahudi dari Amerika yang merupakan anak syarikat kepada sebuah syarikat Yahudi di Israel pun apa yang Najib boleh buat? Najib buat bodo sahaja, yang penting dia dah jual, apa punya teruk Perdana Menteri sebegini, kerana masalah peribadi kau, habis negara pun kau nak lelong.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 3:46 PM

Tahniah 1mdb

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2015 at 3:48 PM

huhuhu untung.. FDI.. kalau boleh guna duit tu utk rakyat ok jugak, ni utk bayar hutang, mmg hampeh.
apa yg tinggal bila semua asset dijual kepada org luar, silap silap spender pun akan bakal dilelong, ala ala cerita pak kaduk, menang sorak..
moga ada yg akan membetulkan keadaan dan persepsi rakyat pada kerajaan akan bertambah baik.
ameen

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2015 at 4:03 PM

Din,

Peluang kerajaan mengambil alih IPP dan menjadikannya milik rakyat punah kerana sabotaj dari rakyat sendiri.

Jika kita tak gairah mengkritik, kerajaan boleh menjadikan 1MDB satu aset tenaga terbesar di dunia beroperasi di Malaysia dan luar negara.

Rakyat tak perlu bimbang kerana kita ada mekanism mengawal tarif melalui Energy Commission. Penjualan ini saya percaya ada klaus yg melarang 'cost passing bahanapi' seperti yg terdapat dalam konsesi IPP terdahulu.

Safety yang kedua ialah distribution adalah sole ownership TNB. Jika TNB tak nak beli maka penjana tak boleh buat apa2.

Safety yg ketiga ialah aset2 penjana ini bukan boleh diangkut keluar macam kita bawa wang tunai keluar negara. Jadi pelaburan dari Syarikat Cina ini menjadi FDI bagi Malaysia.

Saya percaya kakitangan syarikat tidak akan diberhentikan kerana mengurus penjana memerlukan kakitangan yg mahir. Tidak ada sebab tuan punya syarikat akan membawa masuk pekerja luar yg tentunya perlu dibayar gaji yg tinggi. Pengurus sudah tentu akan mengambil kira kos operasi yang minimum kerana untung ruginya operasi penjana ialah mengurangkan kos kerana harga jualan/unit sudah terikat.

Yang boleh dikata merugikan negara ialah keuntungan syarikat akan dibawa keluar negara. Tapi apa bezanya dgn syarikat2 lain yg beroperasi di Malaysia. Keuntungan Western Digital, Matshushita, ABB, Siemen semuanya akan dibawa keluar. Kenapa kita tidak bising. Mungkin ada yg kata Ohh ini aset strategik. Tapi Edra ni hanya supply kurang 50% penjana elektrik. Ada beberapa lagi syarikat penjana seperti Malakoff dan TNB.

Pokoknya kerajaan telah dapat mengurangkan hutang 1MDB dan kita patut bershukur. Janganlah kita menambah masaalah negara. Biarkan 1MDB menguruskan hartanah yg ada seperti Bandar Malaysia dan TRX. 1MDB adalah syarikat 100% milik Khazanah iaitu rakyat Malaysia. Penjualan sebahagian aset tanah kepada pelabur luar tetap akan berlaku kerana harga aset yg premium. Ia memerlukan modal yg besar untu membangun kawasan yg luas untuk menjadikan satu tarikan pelabur. Syarikat2 besar luar negara tak akan dtg melabur jika kita tidak menyediakan infrastructure bertaraf dunia. Syarikat Multinational tidak akan membuka ofisnya di Balakong misalnya atau Jinjang atau Kampung Baru. Ini rakyat Malaysia mesti faham dan terbuka minda. Jangan fikir kita menjual 10,000 kaki persegi tanah sebagai menjual negara. Fikiran kuno ni msti dihapuskan dalam minda orang Melayu. Kita mesti menjual idea / vision kepada pelabur2 luar. Why they must invest in Malaysia. Fikirkan masa depan anak2 kita. Dimana mereka boleh bekerja.

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2015 at 4:28 PM

Jual ....jual....jual ..dah tinggal spender,itu yg umno bangga.Perjuangan umno untuk bangsa agama dan negara.PM terbaik di abab ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 5:14 PM

Perniagaan buluh kasap. Untung entah ke mana modalnya pun lesap!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 5:21 PM

1mdb ini seperti angsa bertelur emas.
Apabila telurnya keluar nanti setiap rakyat malaysia akan menekmati sedapnya telur itu bila di masak.
Pada masa itu petrol tak payah beli. Sesiapa saja boleh isi petrol dlm tangki kereta di belskang rumah saja. Tak payah pergi petrol pum. Masa itu juga kenderaan tidak perlu bayar tol lagi. Beras boleh amek di kedai satu malaysia di mana2. Takrif letrik tidaj perlu bayar. Kaki tangan TNB akan tetap dibayar gaji duduk di pejabat sahaja. Pasa masa itu harga barang sangat murah seperti zaman duit daun pisang ? Pernah tengok duit daun pisang ? Cuma kita perlu bersabar dan bersyukur.
Lihat betapa hebatnya pemimpin kita ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2015 at 5:42 PM

@Esa Adamsalahkan pengkritik pulak dah ...... dah baca ni - https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/11/20/reasons-why-1mdbs-edra-energy-ipo-failed-to-be-listed/

Persoalan utama disini adalah - apa untungnya 1MDB ni kepada rakyat ? Kalau tidak ada 1MDB dan kalau terpaksa jual pun aset2 yang sama kepada pihak luar sekalipun, sekurang2nya hasil jualan dapat ke kerajaan. Ini ?

Mengaku sajalah yang 1MDB ini HAMPEH !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 5:56 PM

Bukan hampeh lagi. Dah jadi racun. Hampeh ayam boleh makan lagi. Racun makan mati !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 6:00 PM

Kita pasang pelita minyak tanah ajer yer tak isa.
Lari lintang pukang syarikat cina yg beli tu balik tongsan. Masa tu kita amek free jer.
Bagi masa. Bagi masa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 6:20 PM

Bila 1mdb gagal salahkan rakyat ?
Dulu mada dr m nak bukak proton pun afa jugak rakyat yg menentang. Siap kata nk buat basikal pun tak pandai inikan pulak nak buat kereta. Kenapa dia berjaya. 1mdb apa kejayaannya ? Berjayakah 1mdb melonjakkan ekonomi negara ? Berapa banyak peluang pekerjaan dah diujudkan oleh 1mdb ? Hampeh !

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2015 at 7:15 PM

Budak Esa Adam ni penjilat tegar Najib jadi tak menghairankan semua komen komen nya menghina dan mengutuk mana mana pihak yang mengkritik Najib. Lain kali Din komen budak cam ni ko bakul sampahkan saja tak perlu nak published.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 7:27 PM

urusniaga yang dari awal lagi tak membawa sebarang faedah. taik@najis lebih baik, sekurang-kurangnya boleh dibuat baja. itulah kesimpulan yang paling baik aku boleh buat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 7:27 PM

Boleh makan besarlah kita dah jual banyak untung?.

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2015 at 8:05 PM

Baru sekarang ko nak kata 1MDB milik rakyat Malaysia.

Sebelum2 ni, 1MDB ni seolah2 milik regim Najib yg tak boleh dikritik atau disentuh oleh sesiapa pun.

Tapi kenapa ko salahkan rakyat yg kritik cara kerajaan handle pengurusan 1MDB.

Aku nak pencerahan ttg dakwaan rakyat negara ni yg dikatakan disabotaj oleh rakyat sendiri.

Yg menyebabkan 1MDB berlilit berbilion2 hutang ni, Najib dgn pengurusan syarikat ke, atau rakyat?

Kemudian ko main agak2 pulak tarif letrik boleh dikontrol.
Hello bro, harga ayam pun regim Najib tak boleh nak kawal, inikan pulak tarif tenaga yg dah 100% milik China.

Kenapa kita perlu kurangkan hutang, sedangkan hutang tu sepatutnya tak ada dan tak wujud pun, hanya kerana kelemahan dan kebodohan pengurusan 1MDB.

Ko boleh confirm ke, syarikat China takkan bawak masuk pekerjanya sendiri utk EDRA.
Ko boleh confirm ke, pekerja rakyat negara ni takkan ditendang keluar.
Ada tak terdapat dlm klausa2 perjanjian, kedudukan pekerja rakyat negara ini dlm EDRA tidak akan terjejas?

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2015 at 8:14 PM

Salam to all
Malaysians is being manipulated by malaysians..globalization cant be ignored but there are millions of other ways in developing the country rather than 1MDB business model

To Esa Adam, it is good to be good..it is not good to be looking good

Other debaters, please take ease on esa adam point of view, mungkin dia hanya cuba untuk bersangka baik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 10:17 PM

Zaman Tun M, beliau bersusah payah membawa balik Sime Darby dari milik British kepada milik Malaysia. Zaman Ahjib dengan senang-senangnya jual asset negara (Edra) kepada China!. Najib memang 'hebat!'

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 24, 2015 at 11:33 PM

Kisah mengenai aku dulu2 tak dijadikan ikhtibar.
Bukan sahaja malu aku dapat, tanah pun tergadai sekali !

Terlalu ramai yang bertaraf pemimpin yang memegang watak Si Kitul !

Sedih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 12:16 AM

Banyak rakyat dapat Din ..DAPAT BALA .. memang wajarlah kalau semua ketua cawangan seluruh negara desak najib berambos ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 3:04 AM

esa adam nak termuntah baca komen ko, orang seperti anda ni yg menjadi perosak bangsa menyokong membawa rebah. 1MDB yang buat hutang beli dengan harga tinggi untuk kepentingan broker2 tapi yang membayar hutang depa rakyat di perah. orang yang tak tahu berniaga tak pandai matematik pun tahu secara logik 1MDB adalah syarikat bermasalaah di sebabkan broker yg buat duit simple as that. bukan rakyat disini sahaja yg kata 1MDB ni penuh dengan penyelewengan tapi satu dunia pun tahu yg perniagaan ni banyak hanky panky. kalau cara tu betul ahli lembaga SRC tak lari sembunyi keluar negara wahai esa adam, berani kerana benar kalau dah lari sembunyi tu apa makna nya tu.

Ni wa nak bagi tahu lu jika berniaga jual aset perniagaan untuk bayar hutang makcik jual nasi lemak tepi jalan, peniaga pasar tani, mamak jual vadey pun boleh jadi CEO kat 1MDB tu, tak payah ko nak ampu jilat Najib ..memualkan lah ko ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 4:31 AM

mesti banyak komisyen jual ipp tu??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 5:12 AM

I still see lots of fitnah that 1MDB bought power plants for RM18b and sold for RM9,83b.
That's certainly not true. 1MDB bought all the plants for RM12b and assumed RM6b debt giving a total value of RM18b.
When 1MDB sold it to CGB for RM9.83b, CGN also assumed debt of RM8b - giving a value of RM17,83b.
And the reason why RM12b became RM9.83b is this: IPPs, like any concession business has a life - and when the life-span is shorter, the value is lower - but money and profits came out to pay for interest and also profits to the holding company.
Meaning - while 1MDB also had to pay for the interest costs for acquiring the power plants, people forget that these power plants were all profitable and generating positive cash-flow which paid for the interests with some profits too.
Huh? What you mean you forgot that the Power Plants were also giving profits and positive cashflow? Of course they were.
Thus, at the end of the day, 1MDB broke even on the Edra deal and any losses are minimal.
Certainly not the scrap metal or zero cost or "for a song" that Mahathir and Tony Pua said the IPPs were worth. China company not stupid.
The following quote was from today's Mkini article:
---
Apart from the cash payment of RM9.83 billion, CGN will also take over Edra’s associated debt of roughly RM8 billion, said 1MDB previously.
http://www.kinibiz.com/…/cgn-says-may-list-1mdb-power-asset…
Therefore, please stop the fitnah of 1MDB buying at RM18b and selling for RM9.83b and losing RM8.17 Bilion.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 6:58 AM

Kpd tuan yg comment kt ats mtk penjelasaan
Which part did the rakyat sabotaj??

It was 1mdb who was screwing the rakyat from the beginning in expenses of rakyat. Please open your eyes

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2015 at 8:27 AM

@adzzam adzzam

adzzam,

Cuba minda tu berfikir secara logic dan common sense dan bukan emosi.

1. Sebagai pelabur tentu dia tak mahu rugi. Kalau kita ada bisnes sense tentu kita akan kawal kos kita. Kalau kita bawa masuk pekerja luar kos kita akan bertambah. harga jualan tarif ipp kpd tnb sudah ditetap maka pengurus ipp perlu kawal kosnya sebagai key target.
2. Tarif memang dikawal oleh energy commission. yang ni pun hang tak tahu ke.
3. Berita hari ini CGN ada berkata ada kemungkinan CGN akan disenaraikan. Bila CGN mendapat keuntungan besar bila IPO nanti kau dan seumpama dengan kau boleh hantuk kepala kat dinding.

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2015 at 8:48 AM

@dinturtle

Din,

Soalan apa untungnya 1MDB kepada rakyat.

1. Apa untungnya Jimah, Malakoff, TNB kepada rakyat? Syarikat2 ini adalah syarikat swasta yg keuntungnya hanya dirasai oleh pemegang2 sahamnya sahaja. Jika 1MDB mangambil alih IPP tentunya keuntungan pergi ke Khazanah. Ini bermakna menjadi hasil kepada negara dan boleh buat perbelanjaan operasi dan pembangunan kepada negara.
2. Pembangunan hartanah. Kerajaan boleh saja menjual tanah kosong Sungai Besi dan TRX. Tak perlu ada 1MDB. Ini tanah strategik. Macam juga kita jual minyak mentah kelapa sawit. Kalau kita jual majerin kita boleh dapat hasil yg berganda. Itu sebab ditubuhkan 1MDB. 1MDB jadi master developer yg menjual tanah siap dengan konsep pembangunan. Baru kita boleh naikkan nilai tanah.

Din. Yang hampehnya ialah minda kita yang sentiasa cari kesalahan dan tidak membantu kerajaan dengan idea2 yang bernas.

Assalammualikum.
Esa Adam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 9:33 AM

@Esa Adam
Salam TnDT & Tn Esa Adam
Saya komen yg ini je lah..
"Jika kita tak gairah mengkritik, kerajaan boleh menjadikan 1MDB satu aset tenaga terbesar di dunia beroperasi di Malaysia dan luar negara"
- kenapa tidak tunjukkan dan buktikan aje keuntungan & "benefits" IPP ni kepada rakyat..?
- IPP dimiliki tahun 2012, tarif elektrik dinaikkan 15% tahun 2014, mana rasionalnya yg dikatakan akan turun tarif?
- penjualan ni dgn tarif harga letrik sekarang, adakah kerajaan masih tanggung subsidi? kalau masih ditanggung subsidi, bermakna owner baru masih mendapat keuntungan sptmana owner2 sebelom IPP dibeli oleh Cik WanEmDiBee..betul? jadi, back to square one..!
- cuba Tn Esa baca sikit pasal Operasi tenaga ni & apa kepentingannya utk negara2 di seluruh dunia..
- saya ada terbaca blog megat panji alam kot yg mengulas jual kat CGN 10B (tunai) + 8B (6B+2B = hutang "inherited" + interest) untuk justifikasikan penjualan ni...
Cantik jek, ngam2 18B harga asal..bermakna interest utk 18B adalah 2B selama 3 tahun??
hmmm..10B-9.83B = 170juta nak ditutup gitu je ke..? hehe
meh tengok sini.
BELI dulu 12B jual 9.83B..rugi 123B-9.83B = 2.17B (2,170 juta) Rakyat Rugi..
kalau ikut analisa blog tu,
a. harga terkini campur hutang = 10B (asal 12B) + 6B (inherited) + 2B (interest) = 18B..
b. sepatutunya 12B + 6B +2B = 20B, rakyat tetap rugi 2B..
- errr..pasal pelaburan2 asing tu malas nak komen daa, sbb ianya memberi peluang pekerjaan utk rakyat, IPP..??? Cik Wan...????

- pokoknya, harta rakyat dijual (berpindah tangan) tanpa rakyat mendapat faedahnya
- kalau kata Cik Wan untung, dah 6 tahun bang, takkan takde untung langsung, ROInya macamana, bila?
PS: satu lagi nak sentuh pasal phasa 3A, 3B dll tu, kalau kerajaan nak kluarkan tender IPP, lebih baik terus award kat TNB je..dari kerajaan utk rakyat..
wallahu'alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 10:12 AM

@dinturtle
Tuan DT & Tn Esa,
1. Saya lebih suka kalau EDRA tu dipindah milik terus ke TNB tanpa bayar satu sen pun Cik Wan, drp TNB kluarkan (hutang) lagi 15B utk bayar Cik Wan (kalau TNB menang)
- lebih baik TNB drp CGN (totally negara asing), walaupun hutang 18B mmg tetap kena bayar, sekurang2nya rakyat boleh dpt tarif yg lebih baik.

2. "Pokoknya kerajaan telah dapat mengurangkan hutang 1MDB dan kita patut bershukur. Janganlah kita menambah masaalah negara"
- yup bersyukur...harta rakyat berpindah tangan dan rakyat tak dpt apa2 faedah, kecuali hutang dikurangkan..hmmm sapa yg untung di sini Tuan Esa?

3. "1MDB adalah syarikat 100% milik Khazanah iaitu rakyat Malaysia."
- hmmm..bukan ke bawah MOF, ie, Menteri Kewangan..?

4. "Jangan fikir kita menjual 10,000 kaki persegi tanah sebagai menjual negara"
- menjual utk kurangkan hutang, macamana plak?
- dibeli dgn harga murah (okay, takde masalah), dijual mahal (okay, diterima), tapi dapat duit buat bayar hutang (harta tetap bertukar tangan, tapi apa rakyat dapat? jawapan: rakyat dapat keseronokan membayar hutang..dok gitu?)
- apakah tujuan asal Bandar Malaysia & TRX?
- dah lama dimiliki, kan? kenapa baru sekarang teringat nak jual?

maaf..sampai sini dululah...penat..hehe
wallahu'alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 6:02 PM

Ini 1MDB punya mata kail dah mengena..lg banyak ikan ikan gred 1 masuk perairan negara lg baik untuk para nelayan. Bawa bertenang k.

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2015 at 9:11 PM

@Anonymouspiiiiiiiiraaah..... ahlong bawa cat merah sudah ketjk pintu lagi mau cerita pi pancing.

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2015 at 9:59 PM

Kahkahkah

Aku positif, CGN akan bawa masuk pekerja luar( China) bersama teknologi baru.

Dulu pun bukan main berkokok bila 1MDB beli IPP konon2 tarif akan turun.
Bukan main kembang regim Najib melompat2 sbb dah berjaya cantas kroni mantan, kononnya.
Sejak tu, ada ko tgk tarif turun?
Mcm cerita dulu2 , tak boleh turun sebab Petronas gagal salur gas ikut jadual la, etc.

Kita tengok sape hantuk kepala dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 1:46 PM

Itu Arul Nasi Kandar sudah goreng sama itu WAMMNO punya worang , 1MDB sudah bili itu WAI PI PI (IPP) kalu, itu letrik punya bil apa ka mesti turun punya. Tapi sekarang itu WAI PI PI sudah kasi jual sama itu China punya company lagi libeh mahal harga dari itu TNB mau kasi, apa jadi sama itu Arul Nasi Kandar punya cerita? Ini semua torak punya cerita ! Apa TNB punya business analysts bodoh punya ka compare dengan itu company China punya analysts? Najib mesti ada kasi janji sama itu China punya company , don't worry towkay, saya boleh kasi kontra sama lu punya tarak untung beli itu IPP! Kita ada banyak lagi projek boleh offer sama lu. Jadi lu boleh cover balekla. Tapi lu jangan lupa aaa, saya tolong lu, lu pun tolong gua maa! Saya punya akaun sudah buka sama itu Ambank. Lu jangan lupa itu donation mesti kona sana kona sini dulu jadi macam itu Tok Sheikh Alab yang donate sama saya aaa? Itu la saya punya cerita.

Post a Comment