........... Penerangan Perdana 1MDB - DiTanya Kenapa Beli IPP Lama Harga Mahal, Arul Konar Cerita IPP Baru ! Belit betul la... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Penerangan Perdana 1MDB - DiTanya Kenapa Beli IPP Lama Harga Mahal, Arul Konar Cerita IPP Baru ! Belit betul la...

Saturday, November 14, 201532comments


Dah dengar/tonton Arul Kanda bercakap mengenai isu Harga Belian IPP yang jauh melebihi harga pasaran ? 

Macam bagus jer ...... sekali dengar rasa macam nak tepuk tangan macam penonton dalam dewan jer ....tapi terasa macam ada yang tak kena lah. Dengar dua kali ..... baru perasan !




min 2:50 - Goodwill atau perbezaan harga asset dengan harga yang telah dibayar adalah RM2 bil

Jawapannya ialah, apabila 1MDB mengambilalih stesen tersebut, kami telah membida untuk stesen janakuasa yang baru... projek 3A, 3B, 4A dan 4B. Apabila 1MDB membida ... pembida yang lain adalah syarikat swasta TNB dan sebagainya. 

Apabila 1MDB masuk, tarif yang kami minta adalah rendah disebabkan kami syarikat milik kerajaan. Jadi apabila kami membida dengan tarif yang rendah, syarikat lain semua  pun perlu membida dengan tarif yang rendah. Bla Bla Bla ......

Ooooopsss.... STOP ! 

Kita bertanya kenapa 1MDB beli IPP lama tu dengan harga mahal. Arul pula bercakap tentang IPP BARU ! Cuba dengar balik betul2 ....

Apa kaitannya harga mahal IPP lama dengan bidaan tarif 1MDB dalam projek IPP yangBARU ? ?

Penonton pulak boleh tepuk tangan .... ? ?  Diorang sedar tak yang Arul jawab benda yangtidak ada kaitan dengan soalan ?


Masa beli IPP dengan harga mahal, ia adalah urusniaga antara 1MDB dengan pemilik IPP lama itu, maknanya tidak ada kaitan dengan TNB atau dengan tarif.

Duit yang terlebih mahal itu dibayar kepada PEMILIK IPP LAMA bukannya kepada TNB, dan kita tanya kenapa bayar mahal ? Apa kaitan harga mahal IPP LAMA  dengan tarif bidaan projek IPP BARU ? ?

Kita tanya kenapa tidak tunggu saja kontrek IPP lama itu dengan TNB tamat baru beli ? Atau kenapa 1MDB sibuk nak masuk campur dalam perniagaan yang mereka langsung tidak tahu apa2, dan serahkan saja kepada TNB yang sememangnya punya kemahiran dalam hal tenaga letrik ini ?

Kita juga nak tahu apakebendanya Inherited Debt sebanyak RM6 bilion seperti yang disebut oleh Arul bulan Jun lalu ?

Ke saya yang tak faham ? Mohon pro Najib perjelaskan persoalan2 yang saya kemukakan di atas.... sebab bagi saya, Arul langsung tak jawab tapi Arul dah konar ke lain !

PS - Apapun, KINI apa yang bakal terjadi adalah, kesemua IPP akan terlepas ke tangan orang lain dan hasil jualan nya pula HANGUS buat bayar hutang. Habuk pun tarak ...... 

Pendek kata - Apapun alasan, ternyata projek Edra 1MDB ini tidak ada faedah langsung malahan menyusahkan rakyat !

 Ini pula laporan dari TMI -



Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 1:27 PM

Mudah saja.. harga terlebih bayar tu akan masuk kocek yg berkuasa, akaun peribadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 2:27 PM

Kaki putar belit mcm bosnya jugak... lain yg ditanya, lain yg dijawab..
Strategi mengupah pasukan sorak mcm af dan mentor yg menjerit dan bertepuk sorak tu gamaknya berjaya?? Sekali lg rakyat diperbodohkan...

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2015 at 2:58 PM

Sama juga kesnya dengan Peguam Negara yang baru. Di tanya apakah alasan digunakan SOSMA dengan pertuduhan mensabotaj ekonomi dan sistem kewangan serta perbankan negara terhadap Datuk Khairudin dan peguamnya. Dijawapnya itu adalah persepsi yang salah dan kemudian dikisahkan pula pengalamannya dalam kes Altantuya dan sejarah panjang kariernya lalu dia katakan dia telah pun menjelaskan satu persatu mengenai kes tersebut...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 3:12 PM

din turtle tak faham ekonomi. cuba buka minda atau tanya orang/rujukan

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2015 at 3:14 PM

Benda kalau telus...
Pagi ditanya....petang dah jawab

Benda tak telus, pembohong, penipu, h**** s*** b***..
Pagi tanya...
Odit
PAC
Tunggu...

Dan sekarang kenapa baru jawab, sudah jawab sebelum.semua perkara di atas selesai...

Kenapa perkara masih dalam siasatan...
Arul boleh bercakap.... (baca berauta)
Tony dilarang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 3:24 PM

Saya ada disitu pagi ini.. yang tepuk tangan tu makcik2 pakcik2 dari kampung.. semua sibuk bergambar dgan pakcik maselan di hujung acara.. kesimpulannya mmg x menjawab soklan.. malah membuka kepada lebih banyak soklan..

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2015 at 3:32 PM

@Anonymoussaudara faham ekonomi ?

Ini bukan soal ekonomi sangat pun. Harga jual RM10, saudara beli harga RM100. Jawab jerlah kenapa beli mahal ?

Kalau beli ikut harga pasaran pun, apa kaitannya dengan tarif ? Malah harga rendah akan kurangkan kos kewangan 1MDB dan itu baru membantu 1MDB untuk bida tarif yg rendah ( sebab kos rendah )

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 14, 2015 at 3:42 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Sebagai 'Tukang Jawab' atau 'Tukang Bela Najib', Arul sudah tentu akan konar sana sini untuk tak menjawab soalan yg sebenar. Itulah kebolehan manusia bernama Arul yg lidahnya mempu membelit. Sebab itu dia terpilih menjadi CEO 1MDB sejak 11 bulan lalu.
Orang lain tak ada klebolehan macam dia. Ternyata pilihan Najib tepat, tapi belum tentu apa yg dikatakannya boleh menutup pekong yg sangat busuk itu.

Sebagaimana kita semua faham, keyakinan berulang Tun M mendakwa duit RM2.6b itu adalah duit 1MDB tentulah ada asasnya. Masakan Tun berani tuduh terang-terangan bahawa PM Najib 'curi duit' untuk melestarikan falsafah 'cash is king' yg terbukti mampu mendiamkan banyak orang terutamanya Pak-pak Menteri dan kebanyakan KB UMNO.

Ramai antara kita yakin, belian IPP Lama dgn harga mahal itu adalah asas kuat Tun M tuduh duit yg didakwa derma Pak Arab itu sebenarnya sebahagian duit urusniaga 1MDB.

Maka makin cuba dijawab oleh konco Najib, semakin terserlah apa yg didedahkan ASWJ, SR dan Tun Mahathir. Rakyat umum mula faham dan dunia dah lama tahu dgn 'kongkalikong' 1MDB dan PM Najib.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2015 at 3:54 PM

Memang berbelit Arul menjawab. Sebenarnya dia cuma perlu cakap, bayar lebih sebagai goodwill itu adalah gantirugi kenaikan tariff yg boleh didapati oleh syarikat lama dalam ipp. Bila 1MDB beli, tariff fixed tak boleh naik sesuka hati lagi termasuk TNB. Bidaan lain pun akan ikut pattern sama. Sekian. Kan senang! Apa pun din turtle tetap tak puashati..kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 4:03 PM

Sebab tu dia dilantik, sebab pandai pusing...
Yang pandai pusing, pandai tipu, pandai temberang, itulah kriteria utama utk dilantik pegang jawatan2 utama...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 5:22 PM

Aku pun tak faham. Tapi nak tumpang tanya , yg hadir tu kalau tak faham kenapa tanya?

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2015 at 6:50 PM

kira Najib da dapat derma keuntungan penurunan 1 sen sebyk 2 billion lebih la ni, walaupun usia 20 thn, kira untung da dapat la yer.huhuhuhu arul arul, org tanya soalan lain ko jawab soalan lain TNB pun membida ... TNB tu bukan mcm 1MDB ker ??? Bukan ke TNB lagi byk pakar dan pekerja berpengalaman dari org 1 MDB ??? Bukankah TNB juga yang pertama di Msia berbanding dgn 1MDB ???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 6:53 PM

Saolan sudah disusun...

Mudah untuk temberang "sudah dijawab oleh arul secara live di pentas"

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2015 at 7:29 PM

2.9B x 4stesen...
Lebih 12B...?

Lebih ka...
Kurang ka..
...????

#lebihkurang

Tepuk..! Tepuk..! Tepuk..!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 7:33 PM

u2 pun pening juga dibelit arul kanda antara ipp nak tamat tempoh dengan ipp baru nak di bina, mana datang pulak tarif dan bidaan kalau ipp dah nak tamat tempoh bermaksud ipp yang akan tamat segala perjanjian perbekalan termasuk segala taraf tarifnya bersekali dengan kontraknya, manakala bidaan juga status tarif tertakluk pada ipp baru yang hendak di bina, tarif juga akan ditentukan jika ada keperluan ipp hendak disambung semula melalui ikatan kontrak baru tapi jika tiada keperluan seperti ipp ytl kerajaan fikir tak perlu sambung tak perlulah sambung kontrak.

Tak heranlah mokcik pokcik tepuk tangan lagikan pemakan dedak pun pening sama kena belit hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 8:27 PM

assalamualaikum che din....
adoiiiii klakoooo nyerr laa penerangan si arul....mcm promote jual nasi kandar jerr nie...hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 10:16 PM

yang jadi persoalan pasal edra ni, ialah ipp buruk campur ipp yang baru dalam perancangan nak dibina hendak dijual kepada tnb dengan harga mahal. dikatakan akan jadi 2x jual kerana kerajaan 2x keluar duit untuk beli. 1mdb syarikat kerajaan, tnb glc kerajaan. kalu dari awal lagi tnb memang layak, kasi ajer la kat tnb. hasilnya kepada kerajaan juga sebagai pemegang syer. atau khazanah dah jual abis syer tnb ? apa kaitan harga tarif letrik kalu kerajaan yang tentukan keperluan kenaikan tarif. pasal 1mdb lebih besar daripada kerajaan maka mereka dapat kawal tarif letrik? itu ikut cakap yang belum terjadi. bidaan terendah ? awat tnb pi bida tinggi sangat? tak reti atau nak untung lebih? 1mdb yang tak apa pasal letrik dan baru beli ipp buruk pun pandai membida dengan harga murah. buang ajer la ceo tnb yang nak makan untung atas angin tu. nampak tak cerdik pasal tak fikir untuk kurangkan tarif letrik macam 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 10:28 PM

Goodwill menda kalau setakat memberi keuntungan buta kepada penjual yg dah tau lesen nak expired dan asset dah berlapuk. Si pembeli kena la pandai merunding harga yg serendah yg boleh drp harga pasaran...bukan topup atas harga pasaran. Lepas tu nak turun kadar harga utk pengguna baru la nampak realistik sikit. Tak paham jugak model bisnes 1MDB nie...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 11:46 PM

adoi...bangangnya...

1MDB tak ada kuasa menetapkan kadar tariff even TNB sendiri tak ada kuasa.

Kadar tariff ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Sekian lama TNB minta kadar tariff dinaikkan tapi tidak diluluskan oleh Suruhanjaya. Lagi pun 1MDB hanya boleh jual janaan elektriknya kepada TNB. Ia tidak boleh jual secara terus kepada pengguna.

jadi tak ada kaitan langsung antara beli IPP mahal dengan tujuan beri tariff murah.. adoi.. karam di laut Arul ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2015 at 1:08 AM

kalau orang melayu tulin memang susah nak temberang selamba badak , kena fikir 2-3x juga nak menipu dan sebab itu juga najib kena pilih orang macam arul kandasamyyy..dia boleh putar 360 depan belakang..najib mmmg bijak m.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2015 at 2:35 AM

Generator lama aku kat belakang umah kalau servis tukau plug masih boleh jalan lagi 1mdb tak nak beli ker kalau arul kanda suruh 1mdb beli dengan harga tinggi aku akan bagi komisen tinggi sikit invois tu takda hal kita boleh ejas bukan tak biasa buat pun harap arul kanda deal lah generator aku ni dengan najib boleh kita sama sama cari makan apa macam.

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2015 at 10:27 AM

Kalo nak sahih.. Tanya lagi soklan. Lain lak keluar jawapan. Manusia yg telus... Akan stick pada satu jawapan walaupun soalan nye bermacam bentuk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2015 at 11:31 AM

Tanniah pd Presiden 1MDB krn berusaha memberi penerangan ttg kemelut yg sdg berlaku dlm sykt 1MDB, walaupun kurang jelas. Utk mencerita ttg IPP ni, kita kena balik pd zaman ia diujudkn. Tujuan utama IPP diujudkn ialah membekal tenaga elektrik tmbhan kpd TNB bg menampung permintaan yg tinggi. IPP ni adalah idea PM ( Tun M) pd masa tu. Sebnrnya Pengerusi TNB pd masa tu iaitu arwah Tan Sri Ani Arope tidak bersetuju dgn perjanjian pembekalan tersebut, ni adalah krn perjanjian tersebut menyebabkn TNB akan mengalami kerugian, so apa yg berlaku ialah Pengerusi meletak jwtn atas tindak tanduk dan kata dua Tun M. Setlh lantikkn Pengerusi baru selesai dan perjanjian tlh ditandatangan, maka bermulalah era sykt TNB terus mengalami kerugian tp sykt IPP terus mencatat keuntungan, pelik knp blh berlaku demikian. Sebnrnya tak pelik sb harga yg dibekalkn oleh IPP tinggi berbanding harga yg dijual oleh TNB pd rakyat, ayat mudah beli mahal jual murah. Sykt IPP ni mendapat kemudahan dr kerajaan spt menikmati subsidi gas dan minyak, sepanjang operasi sykt IPP ni, telah mengaut berbillion RM hasil dr subsidi dan hasil dr jualan tenaga ni. Knp 1MDB memainkn peranan dlm pembidaan tersebut? Klu TNB yg nak beli IPP ni, pastinya pemilik IPP ni tidak akan menjualkannya, klu sykt yg dimiliki K'jaan maka IPP ni tidak ada pilihan lg, sb k'jaan tak akan melanjutkn masa bg konsesi tersebut. Knp 1MDB beli mahal? 1MDB bkn aje beli aset IPP tersebut tp termsklah perniagaannya sekali, maksudnya 1MDB membyr hasil dan keuntungan sykt IPP utk satu tempoh sehingga tarikh akhir konsesi, begitu baiknya k'jaan dan 1MDB. Knp Tun M dan lain2 marah? Semua IPP ni dipunyai oleh kroni Tun M. Apa faedahnya hasil dr pembelian IPP tersebut? 1- TNB tlh pun mencatat keuntungan sykt sebyk RM 2.3b, selama ni mengalami kerugian.
2- K'jaan dpt menjimat duit subsidi yg diperuntukkn utk sykt IPP tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2015 at 12:06 PM

Tq sharing... Sekiranya ipp jatuh ke tangan asing, mereka akan buat satu perjanjian baru penjualan tenaga letrik yg mana akan memaksa tnb utk membeli dgn harga yg tinggi secara pukal walaupun Malaysia tak. Perlu pakai banyak.. Selebih Power yg dibeli akan di ground kan ke tanah... Pembaziran dan dek akibat itu, TNB akan mengalami kerugian. Selepas dari itu kerajaan akan mengumumkan bahawa tiada subsidi letrik dr kerajaan dan secara automatik ipp akan mengaut keuntungan yg tinggi.

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2015 at 3:10 PM

@Anonymousbukan soal ipp tapi CARA urusniaga 1mdb yg melibatkan ipp

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2015 at 7:55 PM

ipp yang 1mdb beli tu nak tamat tempoh. dalam dok kecoh pasal hutang 1mdb, ipp tu akan tamat kontrak dengan tnb pada awal tahun hadapan. maknanya ipp tu tak guna dah la. tnb boleh guna dia punya sendiri tak perlupun ipp 1mdb punya. kalu idak tnb boleh beli tak sampai sejuta pun ipp tu. itu ikut dalam kontrak, kata orang la. aku tak tengok dan tak baca pun. sekarang ni, adakah tnb nak beli ipp buruk tu daripada 1mdb dengan harga mahal? sebab kontrak dah nak tamat awal tahun 2016. atau kena paksa sambung kontrak baru? jadi logik la kalu ipp tu orang luar beli merugikan kerajaan dan rakyat. tapi kalu tnb tak sambung kontrak, ikut pasal la sapa nak beli pun. harap penyokong 1mdb faham la tajuk perbincangan ni. kita tak cerdik, tapi masih ingat banyak perkara lama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 1:21 AM

Arul pun macam boss dia ........

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2015 at 1:44 AM

@dinturtle

Komen Dinturtle tepat dari segi perakuanan. Goodwill itu terhasil dari pembeliaan IPP Ananda, Genting dan Jimah. Penyusutan nilai goodwill disebabkan aliran tunai yang diperolehi oleh IPP yang dibeli itu kurang dari harga yang dibeli. Auta Kekanda Arul dipatahkan dengan tangkisan smash oleh bro Dinturtle.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 9:02 AM

@Cyleo Blue

TNB tu walau pun salah satu GLC adalah syarikat swasta yg di senarai di Bursa. Siapa2 boleh beli saham TNB. Jadi bukan syarikat kerajaan 100% macam 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2015 at 10:34 AM

Sbb 2 din minta penjelasan. Kalau anda faham, jelaskan lah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2015 at 9:48 AM

Anda tak puashati sbb kami tak faham ke ?
Atau bila pembohongan & jenayah masih kekal pembohongan & jenayah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 9:38 AM

so ni kita projek consessionlah...rugi dulu untung kemudian...org bukan bidang akaun memag tak phm psl bisnes...konsesi adalh berbeza dgn sykt trading...so diorg kat sini hanya phm bila beli hanya nak untung time tu bukan kira masa depan...

Post a Comment