........... Najib - Model 1MDB Terlalu Idealistik ! Banyaklah Dia Punya Idealistik ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib - Model 1MDB Terlalu Idealistik ! Banyaklah Dia Punya Idealistik .....

Thursday, November 5, 201514comments

Najib kata model perniagaan 1MDB terlalu idealistik ...... sebab itu ia gagal ? Kegagalan model idealistik itu disebabkan Edra Energy tidak dapat disenaraikan IPO. Sebab tak dapat diIPOkan, maka 1MDB takde duit nak bayar hutang. Sebab hutang tak terbayar maka 1MDB terpaksa jual hartanya.

Pendek kata - salahkan mereka yang tidak luluskan IPO 1MDB !


Perkara sama juga disebut oleh Najib bulan lepas semasa di NewYork -


"Semasa jamuan tengah hari dengan ahli perniagaan sehari sebelumnya, Najib menyentuh tentang kelemahan model perniagaan 1MDB yang disifatkan beliau terlalu idealistik.

"Najib jelaskan bahawa hanya RM1 bilion dilabur bagi melaksanakan pembangunan hartanah dan RM18 bilion bagi membeli loji jana kuasa, menyebabkan syarikat menanggung hutang pembiayaan yang besar,"-
Sinar 5 Okt 2015.



OK..... sebelum kita komen, rasanya baik kita baca dulu apa maksud idealistik. Secara mudahnya Idealistik ini lebih kepada Teori atau Falsafah yang sempurna. Ia sering dibandingkan dengan Realistik iaitu apa yang berlaku di dunia sebenar. Orang yang terlalu idealistik sering juga kita katakan sebagai orang yang tidak berpijak di dunia nyata, kerana walaupun falsafahnya tampak sempurna, namun ia tidak semestinya sempurna dilaksanakan didunia nyata. Antara Teori dan Nyata.

Jadi bila 1MDB dikatakan sebagai terlalu idealistik, kita boleh beranggapan bahawa, pada pandangan Najib 1MDB ini tampak sempurna dalam bentuk teorinya tapi ternyata bila teori itu diaplikasikan di dunia nyata, ia gagal.

Dalam kepalanya, adalah sesuatu yang begitu sempurna jika sebuah syarikat bermodalkan RM1 juta boleh meminjam sehingga 42 000 kali amaun itu..... WOW ! Banyaknya modal untuk dibelanjakan !

Tapi itu mustahil dilakukan oleh mana2 syarikat pun didunia ini melainkan terdapat satu bentuk gerenti dari pihak ketiga yang mana pihak bank boleh tuntut gantirugi sekiranya syarikat itu gagal bayar hutangnya.

Pihak ketiga itu adalah kerajaan Malaysia. Tanpa gerenti atau jaminan dari kerajaan Malaysia, 1MDB tidak mungkin dapat meraih hutang sebanyak 42 000 kali modalnya. Adakah itu sesuatu idea yang bernas dan unik ? 

Hmmmm .... kalau modal RM2 jer tapi masih boleh pinjam sehingga RM42 billion, saya rasa lebih gempak ! Dengan cara 1MDB pinjam menggunakan nama kerajaan, saya rasa tidak ada masalah bank nak bagi pun walaupun modal 1MDB cuma 2 ringgit.

Yalah, kalau bank pun dah tak percaya, kita boleh saja minta pihak lain pula yang tolong jaminkan .... contohnya IPIC ke. Kalau bank ada pihak ketiga sebagai tempat untuk kutip hutang, berapa saja 1MDB nak pinjam pun boleh diberikan !

Tapi harga yang terpaksa dibayar untuk jaminan itu apa pula ?

Semuanya tampak terlalu mudah ... kan ? Bila dah dapat duit secara mudah maka belanja pun fikir mudah jugalah.Beli IPP dengan harga jauh terlalu mahal dari harga pasaran pun tidak apa ..... sebab nanti bila disenaraikan melalui IPO boleh dapat duit banyak dari pelabur, bolehlah bayar balik hutang beli IPP itu.

Kenapa IPP ? Sebab bisness IPP ni tak payah fikir banyak. Gerenti untung punya kalau guna nama kerajaan. Pendapatan di jamin, untung gerenti. Sebab sebagai kerajaan, Najib boleh saja arahkan untuk sain penyambungan kontrek IPP. 


Kenapa tak tunggu jer kontrek IPP itu tamat lagi 3 tahun baru beli ? Jauh bezanya harga kalau boleh bersabar.  Aaaaah .... tidak idealistik la kalau kena tunggu 3 tahun !

Susah apa bayar mahal pun, kalau kantoi, kerajaan yang tanggung..... barulah idealistik.

Tang mana idealistiknya Usahasama dengan Petrosaudi ?  Haaaaa..... yang itu Najib tak sebut, so kita tak bolehlah komen dari segi idealismanya. Najib cuma sebut hal IPP jer.

Ooookaaaay balik pada IPP ...... kalau benar projek IPP itu merupakan satu pelaburan strategik kerajaan, dan memerlukan komitmen kerajan terhadap hutang sehingga RM18 bilion, kenapa kabinet langsung tidak diberitahu ?

Sebab ...... errr.... sebab projek IPP itu terlalu idealistik la maka kabinet tidak perlu dimaklumkan pun. Oooooooh ... gitu....

Sebahagian dari perkara utama yang menjadikan projek 1MDB ini begitu idealistik adalah kedudukan Najib sendiri sebagai penggerak/perancang utamanya. Najib juga adalah Menteri Kewangan yang boleh meluluskan pelbagai transaksi yang memerlukan komitmen kerajaaan waima sehingga RM42 bilion sekalipun. Sememangnya terlalu Idealistik !

Tapi ..... kalau IPO Edra itu begitu penting dalam perancangan idealistik 1MDB ini, kenapa pula diberikan kepada IPIC option 49% dalam Edra ? Bagaimana mungkin Edra dibenarkan untuk penyenaraian Awam kalau ada pihak lain punya tuntutan ke atas hakmilik Edra ?

Aiseyman ..... bab itu Najib terlepas pandang la pulak.

Haaa.... sebab itulah 1MDB sain kontrek pembatalan Option Edra itu, supaya Edra boleh di IPOkan selepas bebas dari sebarang ikatan tuntutan dari IPIC.

OK, tapi kalau dah dari awal merancang untuk di IPO kan Edra, kenapa berikan Option itu kepada IPIC ?

Well .... kalau tak diberikan Option itu, tak dapatlah 1MDB pinjaman dari Goldman Sachs untuk beli IPP itu. Pulaaaak....

Pendek kata - kita tidak nampak di mana yang dikatakan model perniagaan 1MDB itu sebagai terlalu idealistik. 1MDB bergantung sepenuhnya kepada nama kerajaan dibelakangnya. Tanpa backing dari kerajaan, 1MDB tidak mampu ke mana pun. 

Ia adalah satu model syarikat yang tidak boleh diguna pakai oleh mana2 syarikat pun di dunia kecuali syarikat itu mendapat sokongan sepenuhnya dari kerajaan negaranya dan kepala syarikat itu harus juga merupakan Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri negara itu. Jika tidak, idealisma syarikat seperti 1MDB akan gagal.

Kerana jika dari awal lagi projek 1MDB ini dibawa kepada pengetahuan kabinet dan setiap komitmen berbilion2 ringgit itu perlu mendapat kelulusan kabinet, kemungkinan besar kemelut 1MDB ini tidak akan sampai ke tahap ini.

Jadi ayat Najib yang mengatakan konsep 1MDB itu terlalu idealistik itu BUKAN dari sudut pandangan sebuah syarikat milik kerajaan sepenuhnya. Tapi dari sudut pandangan ..... Jho Low mungkin.

Bila dah kantoi tak boleh bayar hutang baru nak libatkan kabinet dan kerajaan  ..... yang ini memang tersangatlah idealistik !

PS - Oya, kerana terlebih idealistiklah juga maka Najib dan ahli lembaga pengarah 1MDB tidak perlu digantung tugas sementara siasatan dijalankan walaupun secara idealistiknya, dalam mana2 juga syarikat lain jika perkara sama berlaku, orang yang bertanggungjawab akan digantung tugasnya. Mereka yang menyiasat dan mempersoalkan 1MDB tapi tidak faham maksud TERLALU idealistik itu akan digantung atau ditukarkan tugas, malah ada yang ditahan.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2015 at 9:59 AM

Yang idealistiknya sebab dapat memperodohkan rakyat Malaysia...
Ada yang sanggup menyusahkan mak bapak hantar dia belajar ke luar negara, lepas score 3.8 sanggup pula mati kerana Najib...
Ada Menteri Blogger yang sanggup lidah bercabang, sekejap boleh debat, sekejap tak ada siaran langsung, sekejap undur PAC...
Idealistik sebab dari tunai boleh jadi unit...
Banyak lagi wo...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 10:07 AM

Respons yg bernas en DT. Bg saya secara pragmatiknya, Najib telah melakukan jenayah berdasarkan kes 1MDB!

Komen beliau cuba menjustifikasikan kesalahan, kini rakyat Malaysia diheret secara tragis & sadistik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 10:57 AM

Memang betul model 1MDB idealistik.... dan memang sudah dibuktikan dan terbukti keidealistikanya.... model 1MDB sangat-sangat idealistik bagi tujuan untuk songlapkan duit berbilion ringgit. Dengan menjawab soalan secara tak terjawab dah menyatakan secara terang keidealistikan model 1MDB itu.... jadi apa lagi yg boleh ditakwilkan lagi.... hehehe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 11:21 AM

Memang idealistic sangat!!!!aku tunggu idea korang untuk bayar hutang syarikat sampah tu pakai Wang zakat je!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 12:36 PM

kita hanya brharap masih ada sisa-sisa nurani untuk menjaga nama baik bapanya dlm diri najib, agar rakyat tidak menyesal lahir seorang anak Tun Razak yang akhirnya merosakkan legasinya sebagai pejuang dan pembela rakyat yang dikagumi dan dihormati

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 1:23 PM

Do replace what he says in talking about the 1MDB's business model as idealistic with stupid. And what is lembu is not them (the 1MDB, etc.) but us - as far as they are concerned. But what do they know... some of us are not at all lembu especially when we have various parties from outside the country to do the necessary... As a result, they are trapped. All in all, their endless possibilities of a company has led them to be viewed as nothing but stupid and corrupt to the core. Idealistic? Only those with excuses would use such term to describe the company. And these people plus those directors and top managers in the company are hardly fit to be where they are now.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 1:27 PM

Apa najib kata 1mdb model yang idealistic? membawa makna penuh kesempurnaan, intelektual & bermoral tinggi? hahahaha jangan buat rakyat gelak lah najib 1mdb adalah a bombastic penuh tipu muslihat dan rhetorik dalam bahasa pasar 1mdb sembang saja cantik tahi penuh kat punggung hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 2:31 PM

Sebab tu jugak lah bila layar dah dikembangkan sauh mesti dilabuhkan sebab dunia si najib nie terlalu idealistik...songlap RM2.6 billion di dunia si najib adalah derma...semua hukum alam manusia boleh dilanggar mcm lembu laga langgar kain merah...semua jalaaaannnn...agaknya najib nie species bunian kut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 4:17 PM

Gaya penulisan imagine reflection en din mmg terbaik...mudah difahami...padat..ringkas...mengena dgn tajuknya....apapun...saya percaya...ini smua adalah kerja JHO LOW...JHO LOW....JHO LOW...
KAlau di thailand ni...dah kena halau depa ni mcm thaksin...kipidap en din..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 4:39 PM

assalamualaikum che din
selamat ptg.... td che din ckp pendek yg kata(pendek yg rmbut kembang ke che din huhuhu)
panjang pulak ape citer che din....hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 5:08 PM

Menyalak bukit lah semua,Maharaja Bugis bukan senang di jatuhkan selagi semua jentera kerajaan di bawah perintahnya. Kite tengoklah di PRU14 nanti samaada boleh bertahan atau tidak dgn sokongan yang semakin menurun sekarang ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 5:41 PM

There is too much loophole in our governing system which was designed by the british..this is the prime reason why DSNR is still in premiership

I do keen to believe that writing in blog etc, debating in live forum etc would just take our time away without any favoring decision

Its about time to act the necessary aggresive step for the sake of the nation itself

Your friend,

HH

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2015 at 6:58 PM

Biasalah tu, PM kabinet dapur.
Trademark nya, buat bodo dan muka selamba.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2015 at 8:19 PM

Dari fiasco 1MDB ini apa yang idealistic ialah bini PM punya anak si Riza Aziz is living an ideal life style similiar macam anak anak peminpin dari Afrika di mana negara mereka jadi miskin tapi anak anak mereka yang hidup di negara Barat dengan gaya hidup opulent dan lavish!!!

alfie

Post a Comment