........... Muhyiddin - Sampai Bila Nak Playsafe Daaa ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muhyiddin - Sampai Bila Nak Playsafe Daaa .....

Thursday, November 26, 201527comments

Saya tertarik dengan artikel terbaru rakan blogger Shahbudin - Muhyiddin, sekarang bukan masanya untuk merintih, kerana sedikit sebanyak beliau menyuarakan apa yang banyak diperkatakan dalam dunia watsapp sejak akhir2 ini.



Sekarang adalah masa untuk Muhyiddin bertindak, berjuang dan menyerang.  Kegagalannya hadir dalam mesyuarat MT 24 November lalu memang dikesali oleh sesetengah pihak kerana ia seolah-olah menunjukkan ketidakseriusannya dalam perjuangan

Kalau pun beliau berada di penjuru dunia mana sekali pun, apakah tidak boleh mengambil penerbangan balik dengan segera untuk menghadiri mesyuarat itu?

Meskipun tarikhnya diawalkan daripada 27 kepada 24 November, tetapi perubahan tarikh itu sudah pun diketahui tiga atau empat hari sebelum itu.

Itu bab ketidakhadiran Muhyiddin dalam mesyuarat MT di Parlimen baru2 ini.  Kemudian Muhyiddin merintih pula kenapa dinafikan haknya untuk berucap merasmikan sayap Umno.

Di ketika ini, Muhyiddin juga perlu sedar sudah beratus-ratus pemimpin UMNO cawangan mulai bangun untuk menyelamatkan parti dan mendesak Najib yang dianggap sebagai liabaliti agar berundur dengan segera.

Perjuangan pemimpin akar umbi ini hendaklah disambut dan jangan dibiarkan begitu saja. Berhentilah sekadar mengeluarkan kenyataan media, tetapi jasad berada di luar negara.

Sekarang juga bukan masanya lagi untuk merintih dan memperlihatkan dirinya seolah-olah tidak berdosa dan teraniaya. Merintih dengan menyebut dosa dan sebagainya hanyalah sesuai di masjid atau surau tempatnya.

Sekarang adalah masa untuk memilih sama ada meneruskan perjuangan atau jika sayang dengan peluh dan keringat, berehat saja di rumah bersama keluarga.


Ya, ketika ini ramai yang sudah mula bersuara nada keresahan dengan ke-playsafe-an Muhyiddin. 

BILA LAGI TAN SRI ?  Nak tunggu apa lagi ? 

Ramai yang ternanti2 rentak silat Muhyiddin selepas memecah kebuntuan di majlis Bicara Minda Johor Baru bulan lepas. Tapi Muhyiddin pilih untuk senyap balik...... Apalah .......

Ada yang kata Muhyiddin sengaja diam supaya tidak timbul alasan untuk beliau dipecat dari jawatan Timbalan Presiden Umno kerana itulah satu2nya pengaruh yang masih beliau ada.

Entahlah .....bagi saya, kalau dah terang2 Najib meminggirkan beliau dengan keputusan terbaru PAU ini didepan seluruh ahli2 Umno, Muhyiddin seharusnya menukar strategi dari berdiam diri kepada tampil bersuara. Maruah tu Tan Sri ! 

Menang atau kalah sudah bukan lagi perkiraannya. Kalau ditakdirkan tewas juga kepada Cash Is King, itu bukan bermakna perjuangan demi agama, bangsa dan negara itu tamat begitu saja. Malah kita akan lebih respek kepada Muhyiddin jika beliau tewas dalam perjuangan berbanding tewas dalam diam.

Sekarang ini bukan saja Umno yang perlu diselamatkan tapi RAKYAT MALAYSIA ! Dan rakyat perlukan seorang pemimpin untuk mengepalai gerakan.

PS - Apa dosa saya hingga dihalang rasmikan sayap Umno.... ? Nak menitik airmata baca ....

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2015 at 3:40 PM

WALAU APA PUN ,BAIK BURUK HANYA TAN SRI SAJA YG KITA HARAP NAK HARAP PEMIMPIN UMNO YGLAIN?? EMMM.... LEBIH 90% DAH JADI PENGKHIANAT DGN MENGUNCI MULUT.SEMUA DAH TERBUNTANG MACAM ULAR SAWA KEKENYANGAN.APA PUN KITA HARAP KAN TAN SRI AKAN MELAKUKAN SESUATU YANG DRASTIK.SELAMAT BERJUANG TAN SRI!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 4:01 PM

Mungkin beliau di ugut akan dipecat jika bertindak melebihi had...

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2015 at 4:13 PM

@abd halim Rushdiemasih ramai yang komen guna huruf BESAR. Peringatan sekali lagi, jangan guna HURUF BESAR, saya tidak luluskan

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2015 at 4:22 PM

TSMY.....kuasa nya telah di hakis , x guna lagi merintih. Kami sentiasa di belakang anda dan kami mahu seorang ketua untuk berjuang mengembalikan kecemerlangan negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 4:22 PM

mengenalpasti banyak musuh bila didepan senyum/sengeh sampai ketelinga bila dibelakang tahu-tahu sajalah. takpe tmy main ayat dulu ianya merupakan satu strategi juga.

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2015 at 4:25 PM

Walaupun TSMY dipecat dari MT UMNO selepas berjuang habis habisan demi maruah diri, UMNO dan masa depan rakyat serta negara, saya rasa itu lebih baik. Itu baru mempamirkan a true leader. Bukan leader yang khunsya. Bukannya malaikat maut nak ambil nyawa wahai TSMY. tunjukkan semangat JOHOR TSMY.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 4:55 PM

kalau muhidin tidak mahu mengambil obor, create saja ikon baru. saudara akramshah dan mukhriz x mahu cuba ke. org2 muda pn jgn la duk diam saja. masa utk revolusi dan tenaga pemuda la yg diharapkan. karang kj yg tangguk air keroh habis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 5:20 PM

Betul juga kenyataan Bro Din tu.. TSMY tdk sepatutnya berdiam diri krna secara x lngsg sebenarnya TSMY telah pun dicabar oleh keputusan MT dgn meminggirkan TSMY utk perasmian ucapan yg sering dirasmikan oleh Timb. Presiden.

Sya percaya ramai yg akn ikut jejak sekiranya TSMY bangkit menentang demi mnyelamatkan parti itu serta masa depan negara. Sebenarnya ramai yg berada atas pagar, hya menunggu masa utk beralih arah, samada kekal duduk membisu d bwh tapak kaki presiden atau bangkit bersama2 TSMY menentang korupsi, kemusnahan parti, bangsa & negara.

Jika Tun M yg usia sdh hampir seabad masih mampu & tdk putus asa berjuang utk Agama, Bangsa & Tanahair serta parti, mengapa tdk TSMY..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 5:32 PM

Apa Muhyidin x perasan ke ayat dosa dlm loghat umnu x main la apabila berada dlm suasana kemenangan. Ayat dosa atau apa salah sy hanya diiktiraf kegunaannya bila org tu dah x de kuasa, orang dah tewas, mintak kesian, x berupaya melawan, lembik, lemah dan mula buat muka mesjid. Baru kena buang kerja dah mula cakap irama ugama tunjuk sedih kena aniaya. Ini memang contoh klasik kebanyakan pemimpin umnu yg sudah tidak berada diatas. Sumer nya akan bertukar jadi mcm tok siak, lembut, rendah diri hilang aura. Itu belum lagi keluar masuk penjara, dah cair. Tak de kualiti pemimpin lansung, nampak hebat bila menang saje. Kualiti sebenar pemimpin ialah ketika berada dlm kesusahan dan kekalahan. Disitu lah letaknya kekuatan dan kesungguhan sesaorang pemimpin. Kalau kuat masa menang je, ramai boleh jd pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 6:09 PM

Apalagi... rapatkan saf...

Rohani A. Ghani

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 7:39 PM

Sekiranya zero action dari TSMY lebeh baik beliau lepaskan jawatan dan tinggalkan UMNO.Memandangkan sekarang ini beliau akan dijadikan" kera sumbang" dan sebagai orang yang duduk dalam ofis diberi meja dengan tak payah membuat kerja. Ingatlah sekira ada maruah lawan atau tinggalkan parti.

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2015 at 7:44 PM

Saya rasa TSMY tak perlu di tekan buat masa ini kerana saya percaya beliau sudah pasti mempunyai perancangan sendiri yang mungkin lebih hebat dari jangkaan kita......tunggu akan meledak tak lama lagi.......

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2015 at 8:43 PM

Muyeedin pun takde telur macam Penyagak Bugis tu jugak. Umno sekarang parti untuk orang-orang tua mulut celupar, bodoh, pencuri dan pondan. Ingat, GenX dan GenY lebih ramai sokong pembangkang. PRU2018 memang Umno akan mampus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 9:26 PM

Pada saya elok juga TSMY berhati hati dalam sebarang tindakan sebabnya penyokong ni pun tak boleh dipercayai jugak......yang jadi tukang sorak tu ramai tetapi kalau nak cari orang yang sanggup berkorban amat sukar. Tengok saja apa yang berlaku pada Tun,mula mula masa suruh Tun lawan dulu bukan main lagi ramai penyokong konon akan berdiri belakang Tun tetapi sekarang apa jadi??Tun kesaorangan.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 9:35 PM

Itulah yang di inginkan oleh zahid & teuku nan 'UMPAM' dengan sekatan2 dalam mesyuarat mt baru2 ni supaya tsmy bangkit menyerang maka mt mempunyai alasan paling ampuh untuk memecat tsmy sebagai ahli aka timbalan presiden umno.

Jika tsmy bukan lagi timbalan presiden umno apabila najib meletak jawatan atau berlaku pertandingan dalam pau akan datang tsmy automatis tidak layak bertanding, selamat lah zahid bolehlah najib meletak jawatan dengan bersyarat yang perlu di patuhi zahid.

Umpan ditabur untuk dimakan jika di makan meranalah badan.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 26, 2015 at 9:53 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Kepada saya janganlah disalahkan TSMY kerana berdiam diri dan dianggap pulak lambat bertindak.

TSMY orang baik dan tebal asas keagamaannya. Dia bukan macam Anwar Ibrahin. Dia sebenarnya tersepit antara bersikap baik dgn halangan kerana Najib dah mengepong ahli dan pemimpin Umno yg ada. Bila KB Umno telah terkepong oleh Najib, siapakah lagi yg boleh TSMY harapkan untuk menyokongnya?

Apakah kalian mahu TSMY buat macam Anwar ketika dipecat dahulu? Lihat saja apa yg terjadi pada Anwar akhirnya. Bila sebahagian besar yg menyokongnya diperingkat awal memencilkan diri sorang demi sorang kerana sebab-sebab tersendiri, akhirnya Anwar tak ke mana.

Lagipun TSMY tak ada banyak duit macam Anwar dulu. Sedangkan yg hendak dihadap ialah PM dan Presiden parti yg falsafah hidupnya 'cash is kong'. Kalian ingat senang nak lawan Najib kalau hanya dengan gigi dan lidah. Kalaian takkan tak faham sikap dan perjuangan orang Umno sekarang. Bukan macam dulu. Semuanya berprinsipkan 'apa aku dapat kalau sokong kamu?' Kalau Najib ada berbilion ringgit, TSMY ada berapa?

Cuba sebutkan apa yg TSMY patut buat?
Sedarkah kalian bahawa orang Umno telah 'dibelat' oleh Najib. Siapa lagi yg TSMY nak harapkan untuk berjuang bersamanya dlm Umno kalau semua ahli Umno dah dikunci rapat oleh Najib untuk tak mampu berbuat apa-apa.

Sedarkah kalian bahawa TSMY sebenarnya keseorangan. Sokongan dari ahli dan pemimpin Umno dari Johor pun tak sebanyak mana. Ramai KB Umno Johor telah tidak berbelah bagi menyokong Najib. Di Johor sendiri tak berapa kerat KB yg berani terang-terangan menyokong TSMY.
Abeh tu camno?
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 26, 2015 at 9:53 PM

Muhyiddin ? Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......
Sudah banyak kali dan sudah lama saya dan mungkin yang lain usulkan beliau ke hadapan!

Saya kasihan dengan Tun Dr Mahathir. Kenapa dibiarkan beliau keseorangan ? (Saya tujukan kepada pemimpin2 bukan rakyat biasa kerana yang pasti rakyat bersama Tun Dr Mahathir ! )

Saya harap semua Ketua Cawangan tunjukkan "cara sebenar" kepada pemimpin2 berjawatan tinggi dalam UMNO bagaimana untuk berjuang kerana agama, bangsa dan tanahair.

Berani kerana benar!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 10:04 PM

rasanya tsmy dah hilang semangat melawan demi umno. sekarang semuanya demi kekuatan dan kekukuhan umno. tak boleh lawan pemimpin, nanti umno lemah, ikut pemimpin baru umno kuat. jangan pertikai segala pemimpin buat nanti umno lemah. masa kuli lawan musa hitam, tak ada masalah, kui lawan tdm, musa lawan ghafar, tak ada masalah sampai pecah jadi team a dan team b. kemudian lawan pulak team anwar, lawan pulak anwar dan ghafar, no hal. pecat pulak anwar, masih lagi kuat. sekarang langsung tak boleh lawan. tu pasal tsmy ikut pakai kondom, playsafe. orang dah maki hamun pun tak apa, jiwa umno, jangan lawan pemimpin. dulu lawan tak apa, pasal pemimpin dulu kuat, sekarang tak boleh lawa, pemimpin sekarang lemah. jadi nak lawan kena senyap dan bersopan. bukan secara terbuka, nanti dikatakan akan menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. tsmy takut dan bimbang, akan disosmakan. atau kena akta hasutan yang baru. semua kena patuh kepada pemimpin, kalu lawan nanti kena pecat. jangan diulang 1mdb dan derma 2.6b. itu bermaksud cubaan menjatuhkan presiden umno yang dilantik secara demokrasi oleh ahli dan perlu dijaga oleh mkt dan kbu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 10:04 PM

TSMY kena buat pendirian yg tegas...!! Ramai masih menaruh harapan yg tinggi menggunung agar Tan Sri melakukan sesuatu tindakan yg berani kerana benar...!! Ds Najib dan konco-konco pi kasi gegar vaganza....!!! Sure dia orang kecut telor punya...Do or Die Tan Sri. Ini wake-up call. Masih belum terlambat lagi. Semoga Allah SWT merestui niat suci kita semua. Amal makruf Nahi mungkar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2015 at 10:10 PM

Inilah beza antara statesmen & politicians...
Tsmy x jauh beza pon dgn ahli umno pro diktator najib skrang..
Dua2 nya sgt perlu kpd jawatan utk berjuang...
Bukan berjang dulu lantas jawatan menyusul insyaAllah...
Tsmy masih syg sgt dgn berada dlm kuasa umno
Xde umno, xde perjuangan..habis mcm tu sj..
Sudah2la..sy da muak dgn tsmy..sm ade die seorg pengecut, x berani,atau mmg ade skandal lantas takut tembelang pecah tiada bezanya.
Apa yg die rugi sgt pon skrang? Dah kena pinggir dgn diktator najib pon.
Selamanya die hanya seorg timbalan sampai ms kena pecat.
Nmpk sgt umno mmg tiada wajah fresh kecuali kj tp itupon oportunis mcm lalang...
Pls..tsmy,pls resign & stay quiet...it doesnt make any different now

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 27, 2015 at 12:19 AM

@hasnul rahman

Tuan hasnul rahman,

Kali ini perjuangan menentang Raja Wang bukannya guna wang untuk dapat sokongan dalam perjuangan.

Ketua2 Cawangan lebih faham erti perjuangan sebenar kerana agama, bangsa dan tanahair daripada pemimpin2 berjawatan tinggi dalam UMNO. Ini termasuklah Muhyiddin yang masih belum mahu ke hadapan.

Kita hanya mahu seorang KETUA untuk meneruskan perjuangan tersebut. Bukan nak suruh Muhyiddin jadi Anwar.

Kes Anwar berbeza. Beliau telah disabit kesalahan JENAYAH liwat. Manakala perjuangan parti Anwar sekeluarga iaitu PKR ialah semata2 untuk membebaskan Anwar dan menjadikan beliau PM itu saja. Sebab itu mereka sanggup jadi pengkhianat kepada negara dengan bersekongkol dengan anak pengganas kiram.

Satu lagi, pada saya bukan saja mereka perlu diharamkan jejak kaki di Sabah tapi sepatutnya mereka dihalau terus dari negara ini. Bukankah Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 27, 2015 at 1:15 AM

TSMY...jgn takut mahupun gentar..jika depa berbangga dengan duit serta kuasa....tapi depa terlupa pada maha berkuasa dan maha pencipta...tiada ertinya tsmy berpegang pada slogan hanya kepada Allah kami berserah jika tsmy sendiri hanya memerhatikan dari jauh sahaja...

....................
Reply To This Comment ...................
November 27, 2015 at 1:22 AM

Mana2 komen bagai tu tampil untuk sama2 mansuhkan pemilihan biar ahli2 yang tentukan jawatan beri kebebasan berkempen tanpa menyentuh individu. Ada berani

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2015 at 2:41 AM

Kita ni nak suruh tsmy buat apa sebenarnya ye?apa yg dah dibuat tsmy spi kena pecat sampai dipinggirkan dlm umno?siapa dalam umno begitu lantang mempertahankan tsmy hingga sekarang ni?adakah ketua cawangan memberi nada sokongan pada tsmy semasa mengusul najip letak jawatan? Tak kedengaran rasanya...maka dia berjuang sendirian sama seperti tun m dan kita hanya pantas mengelarkan beliau "play safe".

Mana sokongan jitu ahli umno pada tsmy untuk beliau bertindak dengan lebih baik?
Ahli umno anda jawap lah sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2015 at 1:32 PM

Lambat lagi nak habis cite perang dalam Umno nie. Nak harap Tun Mahathir, dia cakap dia bahagian tolong2 kat sipi-sipi bolehlah. Tak larat dah, lagipun jiwa Umno dah rosak dengan Cash Is above Everything. KB Umno semua dah jadi bangkai bernyawa yang mentederah lendir buangan waghih Bugis. Ada baik kita minta bekas pemimpin besar Umno ni pakat2 hantar anak2 depa untuk ke depan. BAgi darah muda baru meluap-luap, kali ini kita buat rally sakan2. tak kira warna pun. Tun Mahathir, Sanusi, Tun Ling dll sila siapkan anak-anak anda untuk memimpin kami menentang kekufuran RAjah Bugis dan kuncu2nya.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 2:29 AM

Tun M xkeseorangan.

Kalau dah xada sgt, saya ada.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 2:33 AM

Kalau takut kalah jangan cerita soal nak berjuang


Kalau dibuang pun tsmy lebih mudah dan bebas utk berjuang drp skg jadi lembu ditambat ke tiang.

Post a Comment