........... Muhyiddin dan Shafie Ada Di Luarnegara ..... Jom MKT Buat Mesyuarat !!! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muhyiddin dan Shafie Ada Di Luarnegara ..... Jom MKT Buat Mesyuarat !!!

Friday, November 20, 201512comments

Menarik gossip terbaru mengenai usaha 'jalan belakang' kepimpinan Umno ini -

1 - Datuk Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerja UMNO, sedang dengan 'senyap-senyap' menjemput ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ke sebuah mesyuarat di Parlimen pada 24 November 2015, bermula jam 6 petang.


2 - Ada sumber mengatakan bahawa mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat MKT yang dibawa ke hadapan dari tarikh asal 27 November 2015 mengikut takwim MKT bagi tahun 2015. Malah, mesyuarat asalnya seperti biasa dijadualkan bermula jam 3 petang di PWTC pada tarikh tersebut.


3 - Malam tadi, TS Muhyiddin Yassin (TSMY) bertolak ke luar negara dan dijangka pulang hanya pada 25 November 2015! Pada masa yang sama, DS Shafie Apdal diberitakan masih di luar negara juga sambil mengerjakan umrah!

Andaian yang boleh dengan segera dibuat dari maklumat di atas adalah, sudah ada komplot untuk menyegerakan mesyuarat MKT di tempat luar dari pemantauan para penggerak UMNO yang mungkin bersimpati terhadap TSMY, maka... adakah ini usaha untuk memecat atau menggantung keahlian TSMY sementara beliau di luar negara dan tak dapat menyelamatkan nyawa politiknya di gelanggang saksama? Begitu 'mengancam'kah tindak-tanduk TSMY sebelum ini kepada UMNO yang beliau harus dipecat atau digantung secara 'pukul curi' ini?

Seterusnya ..... KLiK

Tindakan pengecut sebegitu oleh kepimpinan Umno kalau benar, tidak lagi menghairankan. Ikut kepala la .... kalau kepala jenis suka lari dari berdepan dengan masalah, yang lain pun akan ikut sama juga.

Semuanya sebab ...... Najib, 1MDB dan ......... Jho Low !

PS - Actually, bagus juga kalau benar. Biar jelas duduk perkara. Lagi pun pengganti Muhyiddin untuk beri ucapan perasmian cabang Umno dah ada pun !

Jho Low akan berucap kepada Pemuda ..... Arul Kanda akan bercakap pada Puteri. Suka nya........ 

Bila Umno sudah mendahulukan 1MDB, Najib ...... dan Jho Low, apa nak dihairankan lagi.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 20, 2015 at 1:27 PM

Arul dah ada pepet ke? nak jd ketua puteri pun blh la...hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2015 at 1:44 PM

Apa nak di hairan kan ,terguling nya TS Muhyiddin petanda UMNO semakin merapati liang lahad

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2015 at 2:09 PM

Politic is always dirty. If you don't play dirty, then you get dirty.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2015 at 3:49 PM

UMNO sedang bermain dengan persepsi. Konon UMNO kuat dan disokong ahli. Persepsi bahawa Najib tidak bersalah dan segala fakta yang menyokong salahlaku Najib dianggap fitnah. Maka sesiapa yang mengkritik dianggap pembangkang. Sedangkan saya yakin ramai diantara pengkritik termasuk mereka yang meminta Najib berundur adalah dari orang2 UMNO sendiri. Cai UMNO berterusan menganggap fitnah dan pembangkang takcdapat dipisahkan. Soalnya ada kah segala yang dicakap pembangkang dan dikritik ahli sendiri adalah fitnah; manakala segala yang diluahkan mereka adalah benar dan gurauan? Begitu juga dengan UMNO yang tak boleh dipisahkan dengan tipu, helah dan alasan.

....................
Reply To This Comment ...................
November 20, 2015 at 3:55 PM

Betul, Abg Din. Najib & 1MDB sudah jadi 'agenda' lebih besar kepada UMNO dari memelihara Bangsa, Agama dan Negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2015 at 4:33 PM

Saya kenal dato Ab Rauf ni,dan faham sngt perangai dia.Bkn dia sorg shj penggerak dlm Umno,ada 5 org lagi di belakang.Org2 mcm ni x tau nak mengembalikan maruah Umno pun.Mereka tau sapu dulu dan hampas2 baru bagi kat kroni.Gatal jgn cite lah.Makhluk mcm ni yg Umno simpan untk jahanamkan parti.Syg di tgh2 pembangkang jatuh Umno makin lemah dgn isu dan skandal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2015 at 4:37 PM

Muhyiddin + Shapei + Ku Li = Apa mereka boleh buat utk mengerakkan rakyat? Pengabungan mereka tak sampai 10% drp sokongan yg ada pada Tun M yg 90 tahun itu.

Jgn berharap & lupakan saja mereka itu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2015 at 4:48 PM

Memandangkan 1MDB ni lebih hebat lebih berkuasa lebih dari segala galanya boleh kata terbaik lah semua sudah berkiblatkan 1MDB, ada lebih baik mesyuarat MT bincang untuk tukar saja parti UMNO kepada parti 1MDB rasionalisasi terbaik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2015 at 5:25 PM

x penat ke bro din. saya dh decide nk vote pas. sudah jijik dgn umno

....................
Reply To This Comment ...................
November 20, 2015 at 6:42 PM

Salam

Undilah mana mana pun..ntah2 lagi teruk..haha demokrasi berparlimen otw end

Wayang kulit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2015 at 6:44 PM

Betul jugak ye... jangan ingat dan simpati pada m3reka ingat dan simpatilah pada penyangak, pengkhianat dan pemusnah kepada bangsa melayu dan umno yang sekarang sedang mengepalai jawatan2 penting dlm umno... hmmm sungguh memalukan!!!

....................
Reply To This Comment ...................
November 20, 2015 at 9:08 PM

Salam Jumaat brother Din...

Satu pihak sangat teruja agar 7 serangkai dihadap to lembaga disiplin then kemudian dipecat atas apa jua alasan or salah yang sahih. (Majlis Tertinggi & sebahagian ketua bahagian)

Satu pihak lagi umpama 'tunggu dan lihat' apa seterusnya & kemudian baru bertindak. (Akar Umbi).

Pihak satu lagi pula, memang nampak bersantai sahaja even tau mereka dalam perhatian, but tetap berkerja secara diam untuk terus menentang. (7 serangkai & bersama sokongan besar rakyat marhain).

Umpama Bursa KL dan Ringgit yang tak seragam pun.

Post a Comment