........... Mendemokrasikan Semula Umno ! - Perjuangan Seorang Totok Umno | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mendemokrasikan Semula Umno ! - Perjuangan Seorang Totok Umno

Saturday, November 28, 201510comments



Antara yang paling vokal di Majlis Gabungan Ketua Cawangan Malaysia di Kinrara semalam ( KLiK ) adalah saudara Mohd Said Midon, 64 yang juga merupakan Ketua Cawangan Kg Railway di Bahagian Puchong.

Mempunyai aura seorang pejuang tegar Umno akar umbi dan telah bersama Umno lebih 30 tahun. Mempunyai suara yang lantang, jelas sebiji2 dikeluarkan, saya dapatkan satu sesi khas bersama beliau untuk dapatkan komen secara ringkas dan padat mengenai apa yang beliau perjuangkan sekarang melalui GKCM.



KLiK untuk ke Youtube.

Secara mudahnya, Said Midon bersama rakan2 lain mahu menDEMOKRASIKAN SEMULA UMNO.


Hmmmm ..... Demokrasi dalam Umno ..... masih adakah lagi ? Yang kedengaran hanya suara Najib saja.

Perjuangan Bangsa Melayu dalam Umno ? Yang jelas hanya perjuangan mempertahankan individu bernama Najib saja ....... ( tak ketinggalan 1MDB dan Jho Low ! )

Makanya tidak hairanlah kenapa ramai pejuang2 totok Umno seperti saudara Said Midon di atas, sudah mula merasa gelisah dengan halatuju Umno di bawah Najib. 

Untuk tampil berani menyuarakan bantahan melawan kepimpinan Presiden bukanlah satu keputusan yang mudah dan diambil sembrono. Apatah lagi kemungkinan berdepan tindakan disiplin dari orang2 Najib .... beliau tidak menolak kemungkinan terpaksa digugurkan dari parti keramat yang telah menjadi wadah perjuangannya selama ini.

Tapi atas dasar sayang kepada Umno dan mahu menyelamatkan maruah Umno jugalah, maka saudara Said Midon nekad untuk bertindak !

Percayalah, saudara Said Midon tidak keseorangan dalam berpendirian sedemikian. Terbukti, ramai lagi Ketua2 Cawangan dan kepimpinan Umno Cawangan turut berkongsi keresahan yang sama. 

Gelombang sudah bermula ..... BERANI KERANA BENAR !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2015 at 2:23 PM

Bro Din,
Umno Johor patut lebih agresif, TSMY sila tunjukkan kewibawaan anda. Kami di akar umbi semakin panas. Ku Nan hanya berani pada yang lemah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2015 at 2:55 PM

Salam DT..

Bukan pejuang UMNO totok sahaja yg marah, rakyat marhaen yg bukan UMNO pun marah juga..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2015 at 3:53 PM

Umno Johor kebanyakan berkhiblat pada DSN drpd, TSMY.Boleh dikira dengan jari yang betul-betul support TSMY.Beliau lebeh baik lepaskan jawatan dalam umno dan berihat.Bagi canlah pada yang bertenaga.Hanya pandangan bagi menjernehkan keadaan,nak lebeh cantik DSN pun lepaskan jawatan bagi can yang baru.Kedua-duanya terlalu lama.Harap maaf!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2015 at 4:43 PM

Alahai Johor kubu kuat mungkin telah di beli. Atau TSMY cuma suam suam panas yang lain nya jadi sejuk.Maruah diri dan bangsa jadi taruhan.....Lihat Sharil habuan Rm1 juta masuk peduli aper dengan maruah! Kesian mak bapak dia....

p/s totok berarti tulen, tidak bercampur. Pilihan perkataan yang tepat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2015 at 5:56 PM

Kebayakan ahli bawahan suara mmg tak sampai ke atas... itulah hakikatnya. Tahniah cawangan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2015 at 7:47 PM

Pulangan paku buah keras kepada Najib-Bugis.....banyak sangat cakap dipilih secara demokratik! Nah...ahli pun cukup sangat paham pemilihan cara demokratik.

Penangan cawangan-cawangan yang akan membawa tenggelam konco-konco didalam kapal-bugis yang dah senget!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2015 at 8:03 PM

Zaman pm terdahulu ada tak ketua2 cawangan bangkit secara terbuka depan media minta pm letak jawatan? jawapan nya tak ada hanya zaman najib saja berlaku.

Ini jelas menunjukkan ahli akar umbi yang juga merupakan jentera utama kempen pilihanraya sudah tidak boleh menerima najib sebagai presiden umno juga pm dan untuk tidak menambah lagi kemaluan najib dan umno ada baik terimalah hakikat letak lah jawatan wahai najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2015 at 8:10 PM

go, go ,go saya ahli bahagian cheras. walau pun ketua bahagian play safe , kami will take the risk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2015 at 2:35 AM

Pemimpin cawangan dan ahli UMNO bukan berjuang kerana segelintir pemimpin yg dipecat atau kerana TP UMNO. Kita berjuang kerana matlamat kita jelas. Utk membetulkan UMNO drpd manusia yg lupa diri dlm UMNO setelah mereka dipilih oleh ahli, direstui oleh ahli.

Teruslah berjuang, perbetulkan yg salah dlm UMNO. Sejarah tak akan lupakan anda kerana usaha andalah melayu masih bermaruah dan tidak hilang kuasanya.

Wira

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2015 at 1:46 PM

Kerana DSN UMNO tak tenteram, resah dan gelisah. Pemerhati poltik pun gusar dengan DSN. Kalau PAU kali ini tidak menjanjikan perubahan dan menutup demokrasi, kemungkinan pecinta UMNO sendiri akan boikot PRU 14 nanti.

Post a Comment