........... Lepas Satu-satu, Kini Negarawan Ulung Kita Pula Disoal Polis - Semuanya Angkara 1MDB dan RM2.6 Bilion ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lepas Satu-satu, Kini Negarawan Ulung Kita Pula Disoal Polis - Semuanya Angkara 1MDB dan RM2.6 Bilion !

Friday, November 6, 201544comments

astroawani
Tu dia .... disebabkan isu 1MDB dan RM2.6 bilion, Negarawan Ulung kita turut disoalsiasat oleh pihak Polis sebentar tadi.

Walaupun kita belum diberitahu atas kes apa Tun disoal Polis tapi pastinya ada kaitan dengan kelantangan Tun dalam masa setahun ini. Dan punca Tun bising sebab apa ? Sebab 1MDB dan RM2.6 bilion.

Sebab apa Khairuddin dan Matthias di tahan ? Berpunca dari 1MDB juga .......

Sebab apa kucar kacir agensi2 penyiasat kerajaan akhir2 ini ? Sebab 1MDB dan RM2.6 bilion juga .....

Sebab apa nama negara dimalukan dan sering dikaitkan dengan tagline Skandal Kewangan sejak akhir2 ini ? Sebab 1MDB dan RM2.6 bilion ...

Sebab apa semakin ramai rakyat jadi meluat dengan perangai pemimpin2 kerajaan dan Umno ? Sebab 1MDB dan RM2.6 bilion .....

Ya, semuanya sebab 1MDB dan RM2.6 bilion !

Semuanya boleh dielakkan dari awal lagi ..... tapi bila Najib memilih jalan berdiam diri dan kalau jawab pun, jawapannya tidak tepat, maka semuanya jadi huru hara.

Setahun yang lalu (27/10/2014), semasa pertama kali Tun Mahathir menulis tentang 1MDB ( KLiK ), Tun ada beri peringatan -

18. Mungkin seluruh rencana dalam The Edge adalah fitnah untuk memburuk Kerajaan dan Perdana Menteri. Tetapi jika tidak ada audit oleh pihak bebas dan penjelasan yang munasabah, saya khuatir orang ramai akan percaya cerita dongeng The Edge.




Apakah pihak kerajaan mengambil serius nasihat dari Tun ketika itu dan mengambil langkah proaktif untuk beri penjelasan ? Sejak dari hari itu, isu 1MDB menjadi semakin panas dan menarik perhatian seluruh rakyat dan kini telah menjadi perhatian dunia ! 

Sebab Najib mengambil sikap berdiam diri ..... malahan kabinet pun kali pertama diberi taklimat oleh 1MDB adalah pada awal bulan Mac 2015, itu pun mungkin sebab 1MDB perlukan bantuan kewangan.

Kenapa mengelak dari berterus terang ?

Kononnya Najib mahu beri perjelasan tanpa sorok apapun, semua bebas mahu bertanya ketika majlis Nothing To Hide awal Jun lalu, tapi disebabkan kehadiran seorang tua berumur 90 tahun yang menunggu peluang untuk bertanya soalan, Najib tak jadi hadir.
( Kononnya dinasihatkan oleh Polis keadaan kecoh di lokasi majlis padahal semuanya tenang saja ...... )

Sekali lagi semasa Persidangan Antarabangsa Anti Rasuah IACC dimana kita sebagai tuan rumah, sekali lagi Najib mengelak dari menunjukkan muka dan beri ucaptama sebab isu 1MDB dan RM2.6 bilion menjadi topik hangat para perwakilan ...... 

Ketika ini pro Najib galak melabel Tony Phua sebagai pondan kerana mengelak dari berdebat dengan Arul ..... alasan Tony adalah supaya keahliannya dalam PAC tidak dilucutkan. Arul pula dilabel pondan oleh pembangkang kerana mengelak untuk meneruskan debat dengan pengganti Tony iaitu Rafizi ..... alasan Arul supaya status sebagai saksi PAC tidak terlucut.

Sekurang2nya kepondanan mereka berdua itu ada alasan ...  kepondanan Najib atas alasan apa ? 

Terbaru dilaporkan Najib akan tampil menjawab semua persoalan mengenai RM2.6 bilion pada hari terakhir sidang Parlimen iaitu pada 3 Disember ..... rakyat menanti tapi tidak menaruh sepenuh harapan yang SEMUA persoalan akan dijawab dengan tuntas.

Bagi saya, isu adalah isu PERIBADI yang melibat maruah serta integriti diri, tidak perlu set kan satu tarikh baru nak cerita ( selepas berbulan2 bertaichi ). Sepatutnya Najib tampil saja secara LIVE di TV malam ini juga dan bercakap di depan seluruh rakyat, dan jemput para pengkritik beliau untuk menanyakan soalan dan dijawab secara spontan.  

Tun yang berumur 90 tahun itu selama ini pun bercakap dan menjawab soalan rakyat dan wartawan secara spontan. Tun tidak gentar dan sentiasa konsisten dengan setiap jawapan yang diberi, sebab apa ? Sebab pendiriannya SAMA kepada siapapun, di majlis apapun dan masa bila pun.

Tidak perlu di set kan satu tarikh akan datang baru nak bercakap ....


SEMUAnya sebab 1MDB dan RM2.6 bilion !

Di sini suka saya rujuk apa yang Tan Sri Sanusi katakan ketika diinterview oleh TMI minggu lepas -

"Jika anda kata mereka yang bercakap tentang isu itu menyebabkan perpecahan, maka orang yang menyebabkan masalah itu timbul adalah lebih teruk berbanding yang bercakap tentangnya.

Bukan kami penyebab masalah, kami hanya bercakap tentangnya. Pasti bercakap tentang masalah itu lebih baik berbanding menjadi pencetus masalah".


Begitu juga kata Sanusi semasa saya interview beliau bulan April lalu - ( KLiK )

- Kalau pemikiran Tun Mahathir itu salah, alhamdulillah lah. Tapi bagaimana kalau pemikiran Tun Mahathir itu betul ? Kita menyesal nanti bila kita kalah. Waktu itu dah terlambat ....

Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.


Benar atau Salah ? Wallahualam ......  

Tapi sikap mendiamkan diri dan mengelak dari menjawab langsung tidak membantu keadaan.


  
Mkini - Tak perlu soal Mahathir lagi, kata peguam

Juga - Spin-kings Humiliating the greatest Malay statesman but scared to question Jho Low

PS - Bagaimana dengan repot Polis yang rakyat buat terhadap Najib bulan lepas ? ( KLiK )

Share this article :

+ comments + 44 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 6:17 PM

Last sekali tunjuk muka dia tu.... hilang selera makan ku hu hu hu!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 7:46 PM

Salam saudara DT,harapan saya agar TDM dikurniakan kesihatan yang baik bagi menempoh kezaliman yang akan dihadapinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 7:52 PM

ahjibgor nak jawab 3 disember. ada tahun tak? bukan apa bimbang juga buat letih tunggu tapi tahun akan datang. jawab berkaitan soalan 2.6 bintang2 atau hanya bercerita isu derma ajer dan penafian. tak ada sesi soal jawab. kira jawab walaupun tak ada soalan yang berkaitan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 8:09 PM

Aku sarankan pertama tamatkan perkhidmatan KPN dan gantikan dgn yg baru. Kedua tamatkan perkhidmatan AG dan gantikan dgn yg baru. Najib pula digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai. Tak payah dah nak kasi penerangan lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
KJ
November 6, 2015 at 8:16 PM

Ketahuilah, BN sudah kalah. Apapun keputusan mengenai 1MDB, derma, etc. semua tidak memberi erti lagi. Saya yakin, semua Menteri yang ada sekarang pon tahu dan akan menjangka DAP/PKR/dll akan menjadi kerajaan dalam kurang 3 tahun lagi. Disebabkan kenyataan ini, kita dapat melihat Menteri (BN) sudah "couldn't care less" dan membuat kenyataan kenyataan yang selekeh. Cuma saya masih mencari jawapan kepada apa Menteri menteri ini (Man Dahalan, Mat Maslan, TPM tu etc) akan buat sebelum PRU14 nanti? Harap kalau boleh pembaca memberi pendapat mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 8:16 PM

Tun M, tak jawab semua soalan, tau takut atau dah nyanyuk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 8:38 PM

Hoped it will be the beginning of the end for Najib once Tun M as an elder statesman with glorious service history is being treated as such.

The people will rally bigtime when the news come out to the mass....hence they were questioning Tun M in discreet!

May Allah expedite the fall of Najib and all his lackeys ASAP for the sake of the country, Amin!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 8:41 PM

Insyaallah, Allah swt Akan melindungi orang teraniaya Dan turunkan laknatNya pada orang2 yang khianat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 8:57 PM

Klu ISA msh kekal...dah lama org tua tu kena tahan tanpa soal siasat.Buat fitnah jer keje dia...tak padan dgn usia!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 9:03 PM

yg jawab 3 disember nanti pun agaknya PMO, bukannya najib sendiri. sepanjang parlimen ni najib nyorok belakang azalina bila ada mp tanya pasal 1mdb dgn 2.6b. alasan hak prerogatif. bila naikkan pangkat ahli pac dgn pindahkan pengawai sprm dulu pun hak dia kata hak prerogatif jugak. harap brader DT boleh terangkan apa kebendanya hak prerogatif PM tu.

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2015 at 9:27 PM

@Anonymoussaudara tahu ke apa yang pihak Polis tanya ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 9:28 PM

Sebabnya ialah najib hapuskan akta ISA. Masa tun dia akan gunakan ISA untuk hapuskan musuh. Sebab tu orang takut tun. Cadangkan kita kembalilan akta ISA.

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2015 at 9:29 PM

@AnonymousTang mana yang fitnah tu ? Tolong jangan sebar fitnah di sini ya

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2015 at 9:30 PM

@AnonymousHak seorang isteri yang wajib ditunaikan suami .... err... rasanya lah

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 6, 2015 at 9:49 PM

Penghinaan tahap tertinggi! (Humiliation of the highest order!)

Tak pernah dalam sejarah negara ini seorang bekas PM disoal-siasat oleh polis hanya kerana mengkritik pentadbiran negara dan bertanya mengenai kehilangan (penyelewengan?) wang negara.

Orang2 yang terlibat dengan skandal syarikat sarat hutang yang menyebabkan hutang negara bertambah tidak pula disoal-siasat. Tetapi orang2 yang bertanya mengenai skandal tersebut pula ditahan dan disoal-siasat.

Benar sekali, wang itu raja! (Cash is king!)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 9:56 PM

Siapakah yang dikenakan ISA oleh Tun kerana tidak setuju dengannya?
Sebagai rakyat biasa, saya sedar banyak yang dikenakan ISA dibawah operasi lalang, tetapi dengan rentetan peristiwa yang berlaku pada masa itu, saya setuju dengan tindakan tersebut bagi mengelak satu lagi rusuhan kaum dinegara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 10:09 PM

Semua orang yang tak de kena mengena dengan wang eng Dee b kena siasat, yang memang terlibat tak kena pulak. Semoga Allah swt turunkan laknat kepada mereka2 yang buat khianat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 10:09 PM

saya dah lama ikuti tulisan blogger seperti Din Turtle, A,Kadir Jasin,Jebat Must Die,Outsyedbox yang mengulas pasal isu IMDB ni. byk kritikan,komen,malah peringkat antarabangsa sudah pun komen beserta dengan buktinya sekali. tapi kenapa sampai ke hari ni IMDB diumpamakan satu entiti yang cukup ampuh,jitu malah lebih jitu dari segala yg jitu,sukar benar hendak menembusi entiti ni sehinggakan terpaksa memecat orang,menangkap orang,tak mustahil juga hingga ke peringkat membunuh. Astaghfirullah,apa yg terjadi dgn negara kita pada hari ni?

kepada blogger yg berterusan mengulas IMDB ni,jangan mengalah,jgn berputus asa,jgn tunduk mana -mana tekanan,Semoga Allah SWT terus melindungi anda,merahmati anda dan seluruh kaum keluarga dibawah rahmat dan perlindungan Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Semoga Allah beri petunjuk kpd mereka yg telah dibutakan hati mereka oleh wang ringgit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 10:33 PM

Tun M pun kena soal siasat sebab sentuh Tuhan 1mdb punyalah hebat Tuhan 1mdb ni tak boleh di usik lansung gila abis dah negara di perintah diktator al bugis hari ini tercatit dalam sejarah negara akan di sebut oleh anak cucu cicit esok2 betapa malunya aku berada dalam zaman pemerintahan gila ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 10:34 PM

kalau komen ada sebut perkataan 'fitnah' ni tak lain & tak bukan ialah Najib & sekutunya lah. Dulu sekutu Anwar rajin sebut perkataan 'fitnah'.

Setakat menjaja perkataan 'fitnah' dari timur ke barat ajelah yg pandai, perkara pokok & faktanya entah ke mana... faham sangat profil orang begini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 10:41 PM

Malu sungguh andainya ada pertalian keluarga dengan KBAB....
Ada prospek dibuku kehebatan beliau dalam ilmu moral, etika & kepolisan. Ini tak termasuk jeneral nya...tak tau lah lelaki ke perempuan yg jadi ketua sebenarnya....

Betul sungguh kata En Din tempoh hari ...demi 1MDB & Jho Low...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 10:48 PM

Tun M kena siasat bukan sebab teguran tapi sebab buat tuduhan. Negara ni ada undang undang & terpakai untuk semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2015 at 11:01 PM

bila kantoi jer tubik alasan pitnoh sikit2 pitnoh cari gok alasan bijok skit jgn gok wat malu ngat ada ramai org bace dlm ni

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2015 at 11:09 PM

Tak jawab isu 1mdb dan derma Rm2.6b tu nak kata apa plak.

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2015 at 11:14 PM

Hai SOSMA kan ada. Lagi dahsat ape. Datuk Kharudin minta agen luar siasat pun kena simpan. Gunalah utk tahsn Tun. Takut ckp takut.

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2015 at 11:15 PM

Orang Melayu yang masih tidak menerima 1MDB itu bermasalah akhlak adalah orang Melayu yang tidak ada akhlak. Iman mungkin jauh sekali...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 12:28 AM

Setuju sangat dgn hantu gigi jarang. Kerana berakhlak tinggi beberapa orang yg terlibat dgn 1mdb yg dikehendai oleh BNM dan SPRM tidak muncul2 tak tau ada di mana. Tapi ada pesan akan datang tidak lama lg.
Agaknya adakah itu jugak sebab PAC tidak perlu panggil j low. Tengok gambar j low bagaimana akhlaknya. Cuma orang melayu yg mempersoalkan 1mdb ini rendah sgt akhlaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 12:51 AM

Bodoh nya dia ni. Tak tau mengenai the right to remain silent.
Tu lah sebab nya. Hidup ni kena rajin membaca.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 12:58 AM

Betul tu. Klu tak silap op lalang habis semua kena, malay ultra, cina ultra. Demi keharmonian negara.
Tak ada penganiyaan.
Fact!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 1:21 AM

hahahaha...

amik kau anon.

good one Zul...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 1:27 AM

lucah betul la ngko anon.

sapa yg terhapus. Kit Siang sampai hari ni nasih Ahli Parlimen, Zaid Midi dah jadi TPM pun. Satu2nya orang yang pernah ditahan ISA yang dah terhapus ialah Kapal Sink....errr tu pun sebab xsiden.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 1:32 AM

...agak2 terpakai untuk Najib Razak tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 1:42 AM

Dgn ops lalang terbongkar hubungan kongsi gelap dgn subersif. Ada ladang2 ayam terutama di puchong menyalurkan dana kpd gerakan subersif. Tak da kena mengena dgn menentang dr m pun.

....................
Reply To This Comment ...................
November 7, 2015 at 2:13 AM

Ramainyalah pengomen yang cuba lari topik.... soal kepondanan takde siapa nak back up Najib ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 5:51 AM

He he..entah le depa ni..saya merasakan sesuatu yang besar akan berlaku..Kita akan memasuki fasa seterusnya..Ini kerana tiada nampak penyelesaiannya..tiada harapan..Moga Kita dilindungi Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 6:10 AM

Talqin untk Umno dan Bn.Bersedialah menjadi pembangkang yg baik.Sngor dan Penang nak dpt balik jgn mimpi lah.Apa blh sapu dia org sapu lah dulu.Melayu pecah no 2,negara pun no3,harta kasi kumpul dulu sblm rebah ke tanah.Islam ke,bahasa melayu ke, semua bye2.Yg Najib tau semua collect dulu cover lobang yg bocor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 9:39 AM

2.13 bro din bertanya..."soal kepondanan takde siapa nak back up Najib ke ?"

Apakah dan kenapa rakyat marhaen panggil najib pondan?

1.Soal dan skandal 1mdb tidak dijawab dengan baik.

2.gagal hadir forum n2h

3.gagal jawab persoalan tun

4.tangkap dan humbat yang menentangnya masuk penjara.

5.menyembunyikan orang2 suruhannya

6.tidak benarkan jho lo disoal

7.menggunakan kuasa yang ada mengugut rakyat dan pegawai kerajaan

8.menaikkan pelbagai cukai pastu buat publisiti "najib prihatin"

9.gagal menunaikan janji PRU13

dan paling top dari carta sepuluh terbaik....

10.mendengar arahan, patuh, tidak engkar dan bersembunyi disebalik rosmah mansur, pengampu dan pencacai2nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 9:43 AM

Mokcik pongg dok syg dohh umno/beeEngg klu gini caranya...Selama nie mokcik punyalah backup gomen blaa...blaa...Anok sdri pong mokcik sekolahkan ttg kebaikan parti kunun2nya....Roper2 nya mokcik tipah tertipuu laa dengg...Lerni mokcik malas base dohh cite politik retorik nie...nok mutohh ijauu dohh lerni....TV pongg dok tngok dohh....cuma skodeng sekali sekala blog awok nii dingg..

....................
Reply To This Comment ...................
November 7, 2015 at 1:17 PM

Tun disiasat sb membuat tuduhan...maka elok siasat pertuduhan dahulu..apakah ada kebenaran..jika palsu siasat dan tahan tun sb buat tuduhan palsu...ni ckp je tagan..yg satu negara tuduh itu ini..tk pun siasat..yg lapir suruh siasat kena sessh...malaysia tanah air ku

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 11:52 AM

Kau suruh lah Najib wujudkan ISA KHAS untuk tangkap Mahathir.Kita tengok nanti siapa yang kena.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 11:54 AM

ISA wujud sebelum Tun lagi.Kau bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 12:04 PM

Operasi Lalang adalah tindakan daripada PDRM,bukannya arahan Tun.KPN ketika itu Tun Hanif Omar bersama beberapa orang pegawai tertinggi keselamatan mengunjungi PM mendesak beliau turunkan tandatangan agar keselamatan negara terjamin dan kedaulatan undang-undang ditegakkan.Ahli UMNO turut ditahan dalam operasi itu.Tun adalah PM yang paling banyak membebaskan tahanan ISA semasa mula-mula menjawat jawatan itu.Orang melayu tidak suka kepada fakta.Bila berhujah bukan untuk mencari kebenaran,tetapi adalah berniat untuk menyakitkan hati.Berjaya menyakitkan hati orang adalah kemuncak kebijaksanaan yang palsu.Baca lah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 3:29 PM

He will only be talking about the RM2.6 billion 'donation' on the very last day of Parliament? Yeah, to make sure that he and his friends can escape barrage of questions from the Opposition (minus Pas' ustaz group MPs of course!). Smart? No, just another evidence of one and one's friends being cowards. The Malays and Malaysians as a whole are brought to endless shame with this kind of people around as their representatives in Parliament.

....................
Reply To This Comment ...................
November 8, 2015 at 6:02 PM

Org penuh ilmu mcm tu la.

Kalau Najib boleh buat diam bila ditanya , kenapa tidak Tun?

3 Disember nanti, yg pasti Najib akan jawab melalui kertas, mcm dia buat sebelum2 ni.

Jawapannya hanya akan mengulang semula penjelasan2 yg telah dikeluarkan oleh balaci2nya yg terdahulu.

Pendapat aku, selepas penjelasan, Najib mempunyai asas dan alasan kukuh utk mengambil tindakan undang2 kpd sesiapa saja yg bersuara ttg 1MDB dan 2.6b.

Post a Comment