........... Idea Idealistik Najib @ 1MDB Yang Menggadai Negara ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Idea Idealistik Najib @ 1MDB Yang Menggadai Negara !

Monday, November 30, 201521comments

Asalnya nak komen lagi mengenai isu penjualan Edra kepada negara China kerana debat masih berterusan bila 1MDB menjawab artikel Chedet, di mana 1MDB mempertahankan dakwaan Balik Modal hasil transaksi itu.

Tapi bila difikir balik, buang masa jer kalau diteruskan perbincangan samada transaksi itu untung atau rugi atau balik modal.  Yang pasti - 1MDB bermasalah sehingga terpaksa jual harta sebab nak bayar hutang.

Kerana idea Najib yang terlalu Idealistik itulah, maka negara kita HILANG penguasaan penuh ke atas salah satu aset strategik negara iaitu sumber penghasilan tenaga letrik.

Itu satu kerugian nyata yang tidak ada siapa boleh tolak.



Sebab apa berlakunya musibah itu ? Sebab Najib dengan 1MDBnya.

Ingat sebelum ini pihak 1MDB ada beri penjelasan tentang Pelan Bayar Hutangnya ( @ Pelan Rasionalisasi ) di mana antara aset2 negara milik 1MDB yang akan dijual adalah -

16-18 bil melalui Edra ( sudah dimiliki oleh negara lain ! )
10-12 bil melalui penjualan hakmilik 60% Bandar Malaysia
16 bil perjanjian tukaran aset dengan IPIC



Perhatikan kawasan Bandar Malaysia yang dulunya TUDM Sungei Besi ..... sekarang masih dimiliki SEPENUHnya oleh negara, tapi angkara 1MDB nak bayar hutang - 60% ekuiti akan dijual ! Adakah kepada entiti dalam negara atau kepada pihak asing ?

Sekiranya dijual kepada pihak asing, apakah pro Najib akan bersorak bangga juga ?



Apa pula aset yang akan ditukar menjadi hakmilik IPIC yang bernilai RM16 bil ?

Perhatikan penerangan Arul ini mengenai baki harta 1MDB selepas Pelan Bayar Hutangnya -

aset yang masih 1MDB miliki Baki 40% Bandar Malaysia ( bernilai RM4-5 bil ), baki tanah TRX yang bernilai RM5-6 bil, tanah di Ayer Itam ( RM1 bil ) dan tanah di Pulau Indah ( RM300 juta 

40% Bandar Malaysia itu SELEPAS dijual 60% ,
tanah di Ayer Itam dan di Pulau Indah takde siapa minat
Tanah TRX hanya berbaki RM5 bil ? ?

Apakah pertukaran aset dengan IPIC melibatkan tanah TRX ? Kenapa Arul tidak sebut dengan jelas aset yang mana satu bakal dijual kepada IPIC ? Apalagi aset 1MDB yang tidak disebut sebagai tukaran dengan IPIC selain tanah TRX ?

Kalau baki nilai TRX bakal jadi 5 bil, berapa nilai yang  dijual ? Kenapa tak disebut ? Baki 5 bil itu merupakan berapa peratus % dari pemilikan TRX ?


Nah, satu lagi mangsa gadaian milik negara angkara idea Idealistik Najib !

IPP dan Tanah Negara di jual, apakah hasil jualan akan dapat kepada kerajaan/rakyat ? Tidaaaaak ..... sebab hasil jualan itu SUDAH pun dinikmati oleh orang2 tertentu terlebih dahulu. Negara tidak dapat satu sen pun !

Belanja dulu, bayar kemudian.

Analoginya -

Umpama anak atau bini yang berbelanja boros sakan dengan kad kredit sehingga kemudahan kredit itu dihentikan oleh pihak bank sebab dah terlalu banyak. Kemudian bila pihak bank tuntut pembayaran, si ayah terpaksa jual harta benda nak bayar balik.

Apakah keluarga itu bakal mendapat duit hasil jualan harta benda keluarga itu ? Tidaaaaak ..... sebab hasil jualan itu SUDAH pun dibelanjakan terlebih dahulu. Ni sekarang bab nak bayar balik hutang.

Selepas habis dijual segala kereta, rumah dan apajuga harta yang ada untuk langsaikan hutang bank, apakah keluarga itu serta saudara maranya akan bertepuk sorak gembira dan bangga kerana si ayah berjaya melunaskan hutang kad kredit itu ?

RUGI TETAP RUGI !

Persoalannya - Siapa yang harus bertanggungjawab ? Kenapa tidak ada sesiapa pun dibelakang idea Idealistik 1MDB ini mahu dipertanggungjawabkan atas kerugian negara ini ?

Bukan saja tidak diheret ke muka pengadilan, malahan dipuji2 pula bangsat yang menjadi dalang penyebab aset negara terpaksa dijual !

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2015 at 2:31 PM

Bukankah China berfahaman komunisme...boleh pula negara najib jual pada china...kalau pembangkang buat mcm ni...gegak gempita negara ya...aku x sokong mana2...tapi fikirlah secara tuntas n relevansi....ok..bab d sini ttg jualan harta negara kpd negara asing...inilah liberalisasi ekonomi yg najib cadang...baik untuk kita smua...tarif elektrik mesti turun sbb china sayangkan rakyat...hidup najib...hidup china...hidup arul...hidup jho low....mampuih lah depa smua tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2015 at 2:42 PM

tepuk-tepuk, memang berjaya penuh bergaya 1mdb dalam penjualan aset, memang patut la blogger prepaid dan postpaid pakat dok defend 1mdb. pakat tepuk lagi lagi kerana kejayaan menjual hak milik negara kepada orang luar bukan malaysia. tepuk-tepuk. mungkin boleh diumumkan dalam pau yang terdekat ni. dulu semuanya 100% milik malaysia, kecuali bukan 100% milik bumiputra. sekarang memang handal, semuanya bukan milik kita lagi. tanpa 1mdb, maka kita akan gagal jual aset negara kepada orang luar. dengan adanya 1mdb, maka mudahla kita jual negara kepada orang luar. tepuk-tepuk. memang patut ahjibgor mendapat pujian dan sanjungan para menteri, mt, kbu serta blogger prepaid dan postpaid. tanpa ahjibgor sapa la mereka ini. sehingga doktor, akauntan pun tak mampu untuk berfikir mengatasi kehebatan pengurusan 1mdb dalam menjual aset kepada negara luar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2015 at 2:58 PM

Bro DT.. kalau mcm inilah gamatnya tak MUSTAHIL langsung akan berlaku anak2 cucu kita yg perempuan cari kerja jadi pembantu rumah dan yg lelaki jadi attendant pam minyak & pak guard dinegara luar.. itu pun kalau panxai cakap omputih.. kalau tidak ke Indon juga ler gamatnye..

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2015 at 4:08 PM

Sori bro Din... Rasa dah naik muak dah tgk gelagat puak2 Najib ni yg masih sokong 1mdb ni....terang2 ada penyelewengan dan salah guna kuasa serta rasuah.........Skrg nak sgt tgk Najib dijatuhkan dgn sehina-hinanya.......itu shj....

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2015 at 5:03 PM

Sebab tu sibangsat ini telah memilih dikalangan beberapa bangsat bangsat yg ada dan diletakan didalam kabinet. Mana mana yg tidak rela diri dan maruah mereka dibangsatkan maka mereka disingkirkan atau ditukar tempat bagi memastkan semua yg ada dalam kabinet hari ini semuanya bebangsat belaka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2015 at 5:05 PM

Lepas pru14,semua sampah2 ni kena humban msk sg buluh.mana blh lepas mcm tu saja.Igp tu kita dakwa jd talibarut najib,so gantung kepala kebawah 100 tahun..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2015 at 6:16 PM

Mungkin kita boleh pajak pulau layang2 kapada US navy untuk dijadikan pangkalan mereka,lumayan juga pendapatan nanti.Sewanya boleh tolak hutang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2015 at 7:03 PM

Bangkitlah orang melayu, sampai bila kita nak diperbodohkan oleh najib dan kuncu-kuncunya.

Memang betul kata Dr. M, umno dah jadi parti najib.. bangkit dan kembalikan maruah dan perjuangan orang melayu.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2015 at 7:13 PM

1mdb dan najib merupakan bala kepada negara, selepas semua ipp di jual dikatakan pelaburan fdi yang bagus untuk negara bila semua tanah terlepas pada pegangan asing hal yang sama juga akan dikatakan bagus untuk negara, najib benar2 telah membawa malapetaka kepada rakyat dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2015 at 7:59 PM

Bro DT,

Not quite diverting from topic on the contrary its relevent.

With all these bruhaha and silly decision making in charting Malaysia's future, lets just go back to 2009 upon the inception of TIA followed by its morphing into 1MDB. The country has actually went astern made worst with lost of assets, depleting wealth, slowed FDI, lost or capital flight going out of the country, lost opportunity of developing into high-technology manufacturing-cum-manufacturing country etc etc

You don't need to look far wider branches of industries, just look at what Tun M has lamented on the government holding back R & D funds that was due to Proton. Proton is quite a major local automotive producer that should be given all support in order for it to become greater but, no, only because Tun M is heading it and with Tun firing on all cylinders smoking Najib, simply showed Najib cannot differentiate between politics and businesses' engine of economy needs!

Malaysia's shipbuilding know-how is quite formidable but we don't see it doing greater good when it even struggled to design and manufacture different class of vessels in particular for their own navy and maritime agencies. (Note: Yes some are local design & built) But the contention here is its not expanding and took on a more challenging-bigger projects.

An example you can look at? In 2009 the Brits launch Astute-Class modern latest designed Nuclear-Powered attack submarines. (Wiki may say 2007 launch but delays at BAE production should be taken into account). If someone would say why compare against the Brits, then you look at certain facts. That Astute attack-subs....

from conception
to design
to production
to completion
to seaworthy qualifying and
finally launched took a long road of 14 YEARS!

So for such mega and high-value-technologically challenged project requires a long-hard-look into the mirror from a visionary with passion for bringing the country into greater heights.

Why all these arguments? Well, with what is happening in Malaysia, like I said at the beginning, the country is taken back a good 10 years and if you include Pak Lah's tenure as PM, then the setback was made even further! And, we're supposed to be heading into a developed high-income nation in less than 5 years when Proton still cannot play with the big boys like Petronas did? In fact, even Petronas could well be submerged if it does not take extra caution going about its business overseas without getting burnnnn! But, its OK because we could even be proud of Malaysian made VAPE? Really high-tech and trendy only to be predominantly used, controlled and monopolised by melayu?

During Tun M's tenure we saw the 'Look East Policy' which contributed in changes of attitude and Malaysia benefited from the technology transfer during the process of implementation. The same can be done only this time Malaysia aligned itself too much to the US when you can actually gain a lot more by befriending Russia which has technological supremacy just as good compared to the US especially in Aircraft and Submarines building. But Najib preferred to be seen as 'PRIVILLEGED' by being included with Obama's golf flight of 18 holes!

OK, this rambling got nothing to do with telling how it should be done except only to give a little jolt for all the right people with their heads and shoulders that are tasked to RUN & MANAGED the country! Sadly, most apparatus of the government is being deployed only to secure the absolute power of 1 man!

Strange it may seem but not even Obama as the most powerful president in the world cannot be meddling with its Justice Department, period!

From a Layman (Anak Melayu Di Luar Negara)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2015 at 9:07 PM

Bro Din,
Lambat sangat PRU14 ni. Apakata buat kempen "tangkap dan penjara 1MDB's culprit" sampai PRU14. Baru dramatik sikit.
Duit gomen pun dah banyak tiris dah. Sultan pun dah tak respek lagi UMNO's politician ni,itu sebab kes haram kan VAPE tu. UMNO is doom now, that is for sure. Persoalan nya , sama ada pembesar2 UMNO ni nak karam sekali ke tidak atau nak ikut sekali pulun sampai habis.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2015 at 10:15 PM

Bro, hari ni blog spin kings yg banyak explain pasal 1mdb dah di tutup. Tentu ada sebab tersendiri. Mungkin bro din boleh tengok apa masalah bimbang nanti blog bro pun kena tutup juga

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 12:09 AM

Dua je din aku nak cakap
!. Dulu aku bermati matian mempertahan kan UMNO dari tuduhan puak pembangkang terutama PAS yang menuduh UMNO menggadai Negara ..
Tapi sekarang lidah aku bukan sahaja kelu tetapi macam dah pendek hingga tak reti nak cakap apa... setakat hari ini ..UMNO..untuk lebih tepat lagi NAJIB ..sedang berjoli sakan menggadai Negara ...
2. Pertanyaan saudara " Siapa yang harus bertanggung jawab" ..jawapan aku mudah .."UMNO keseluruhannya " kecuali yang menetang Najib ...
3. Din ..aku mohon saudara tulis juga tentang Pulau Pisang di Johor .. sebelum habis satu persatu harta negara terjual ...

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2015 at 12:16 AM

Sultan tak respek Umno.

Tapi bila sultan nak guna kuasa pulihkah semua ini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 1:36 AM

"Nak buat macammana aku TERPAKSA sokong ketua aku pasai aku nak hidup...aku masih ada hutang kereta,hutang rumah,hutang ini,hutang itu...kalau aku tentang,aku kritik, nanti aku tak terpelanting dan tak dapat apa-apa projek lagi...hidup jadi susah"...aku sayang bangsa,agama dan negara aku..tapi aku terpaksa ketepikan pasai nak jaga perut aku dulu.Masa bila lagi aku nak kaut,sementara aku masih ada line dengan ketua aku"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 3:13 AM

Bro din, Is trx land the same one with menara that PNB going to build? The soon to be tallest building in malaysia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 9:51 AM

Bagi Najib, Idealistik adalah Idealicik!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2015 at 10:00 AM

Rezeki Allah tramat luas bro, lagi pun ni soal maruah ko, aku rsa ank2 pun x sanggup nk dduk kt rmh atau guna kreta hasil dr kje pgampu boss penjahat yg byr upah or bg projek kt ko.

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2015 at 12:28 PM

I dunno .... anyways it sounds too idealistic laa..

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2015 at 12:44 PM

Menara PNB akan di bangunkn di lahan Stadium Merdeka. Pada awal nya itu rancangan nya. Munkin di pindahkn ke TRX kut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2015 at 2:33 PM

Bro din...petrol naik ke...turun ke...mcm dah xda makna lg dah aku rasa....kenapa ya....perasaan kpd kerajaan la ni mcm kosong dan hampa...aku pendam shj kekecewaan ini....luahkan pun...najib n thegang x dengar pun....bulan ni turun...bulan depan dia naikkan blk...tol naik naik lagi...harga brgn runcit pun makin naik...dpt gaji kerja kilang ni pun bukannya bnyk...supervisor je pun...entahlah...tunggulah najib...tunggulah lg kat istana ko tu...jho low yam seng kow kow punya...gelak je tgk org melayu diperbodohkan...jho low...arul kanda...

Post a Comment