........... HOT ! Ketua2 Cawangan Umno Sepang Desak Najib Letak Jawatan ! ( Video ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT ! Ketua2 Cawangan Umno Sepang Desak Najib Letak Jawatan ! ( Video )

Wednesday, November 18, 201543comments


Malam tadi berlangsung satu majlis sidang media Undur Najib oleh beberapa Ketua Cawangan dari bahagian Sepang untuk melahirkan ketidakpuasan hati mereka kepada kepimpinan Najib selaku PM dan Presiden Umno seterusnya mendesak Najib supaya meletak jawatan seberapa segera demi memastikan kelangsungan Umno terjamin dan kehidupan rakyat terbela.

Ketua jurucakapnya saudara Rushdan Mohamed, Ketua Cawangan Rista Villa, Perdana Putra telah melahirkan kekecewaan beliau terhadap kepimpinan Najib sambil merujuk kepada isu2 GST, dan kegagalan menjelaskan isu 1MDB dan RM2.6 bilion. 

Rushdan juga melahirkan kebimbangan akar umbi yang sudah tidak yakin lagi dengan kepimpinan Najib yang menurutnya, Umno pasti akan kalah dalam PRU14 sekiranya Najib masih terus memimpin Umno.

Beliau turut meminta supaya Pemilihan diadakan pada PAU tahun depan kerana menurutnya itu juga merupakan tuntutan banyak cawangan2 Umno di seluruh negara.

Bila ditanya apakah beliau bersedia berdepan dengan tindakan dari kepimpinan Umno ekoran kenyataan meminta Najib meletak jawatan ini, Rushdan yang juga merupakan bekas pengarah war room Parlimen Sepang,  berkata beliau bersedia menerima apajua tindakan.

" Saya hanya melakukan apa yang termampu oleh saya. Saya tak nak disoal oleh anak dan cucu saya esok, apa yang anda lakukan untuk mempertahankan parti Umno ! "

Rushdan turut menyeru ahli2 Umno dan ketua2 cawangan Umno di seluruh negara supaya meletakkan kepentingan parti dan bangsa di depan mendahului kepentingan diri. Beliau meminta mereka supaya lebih berani untuk tampil berdiri teguh meminta Najib meletak jawatan dengan serta merta.

Mereka mewakili 20 cawangan Umno di bahagian Sepang antaranya - 

Ketua Cawangan Kampung Pulau Meranti 
Ketua Cawangan Rista Villa Perdana
Ketua Cawangan Dengkil Pekan
Ketua Cawangan Boundry Permai
Ketua Cawangan Kampung Semarang
Ketua Cawangan Kampung Sungai Pasau
Ketua Cawangan Pinggiran Cyber
Ketua Cawangan Saujana Prima
Ketua Cawangan Rosana Villa
Timbalan Ketua Cawangan Admiral
Ketua Pemuda Kampung Pulau Meranti
Ketua Pemuda Taman Desa Dengkil
Ketua Pemuda Taman Nilam
Ketua Pemuda Kampung Sungai Rasau
Setiausaha Admiral



KLiK untuk ke Youtube.

Share this article :

+ comments + 43 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2015 at 3:40 AM

Hebat Ketua cawangan den...

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2015 at 7:27 AM

terima kasih pada cawangan2 sepang...

pada cawangan2 ingat MASA SEMAKIN SUNTUK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 7:38 AM

Sdra Din,

How I wish not only ketua cawangan yang berani berkata benar but ketua bahagian.
Masaalahnya ketua bahagian inilah yang rata2nya telah menggadaikan maruah mereka dan rela dibangsatkan demi Cas Is King

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2015 at 8:23 AM

Saya tabik spring kepada ketua-ketua UMNO bahagian Sepang, kamu semua merupa kan "ANAK JANTAN" sejati. Kepada para ketua UMNO di bahagian lain di seluruh Negara turuti lah jejak langkah mereka, itu pun kalau kamu punyai maruah untuk memikir kan kelangsungan hidup generasi yang akan datang.

Dalam memikir kan hal ini, saya merasa musykil mengapa para "LEBAI" dalam PAS masih lagi "MERAYU" untuk bersama UMNO walau pun sudah di ketahui umum akan sifat kedurjanaan puak puak ini. Mungkin para "LEBAI MALANG" di dalam PAS menganggap perbuatan UMNO itu bukan satu dosa agak nya.

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2015 at 9:06 AM

Perkembangan ini sudah tentu memberi semangat baru kepada mereka yang sayangkan UMNO tapi tak suka pada Presiden Party itu. Tahniah Ketua Bahagian di Negeri Sembilan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 9:33 AM

1. adakan pemilihan termasuk presiden pada sesi akan datang.
2. untuk masa terdekat, analisis dapatan berapa banyak bahagian yang minta presiden letak jawatan pm dan berapa banyak bahagian yang minta pm kekalkan kuasa buat sementara.
3. jangan terlalu mempercayai hasutan dan fitnah daripada berbagai sumber yang tidak dapat mengemukakan bukti sahih kelemahan dan kesalahan pm, hanya semata2 soalan yang tidak berjawab. tun mahathir sendiri banyak tidak menjawab bila diambil kenyataan oleh polis.
4. selepas semua ikhtiar sudah dilakukan, berserah kepada Allah agar keamanan dan kesejahteraan kehidupan rakyat malaysia terus dipelihara Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 9:42 AM

Alhamdulillah syukur akhirnya penolakan ketua2 cawangan secara terbuka kepada najib ini bermakna jelas ada ramai lagi yang menolak najib secara diam tapi tidak bersedia tampil secara terbuka.

Tahniah ketua2 cawangan umno sepang anda semualah yang menghidupkan suara2 keramat umno yang hampir tenggelam, ini lah sikap keberanian yang perlu dicontohi oleh semua ketua2 bahagian & cawangan di seluruh negara, berkata benarlah jika benar2 sayangkan parti umno tak ada gunanya pertahankan najib seorang dengan pertaruhkan seluruh parti umno, jangan kerana najib umno terkubur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 9:44 AM

Hak..hak..hak.... Tengok nama kawasan dan taman dah tau... Jenis yg acaner..... Oklah kira memang hebat.... Ramailah gaks...so far 40/20,000 a.k.a 0.2%.... Lagi..lagi..lagi....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 10:19 AM

Anon 9.44,

Jgn sombong. Dengan izin Allah, hanya 0.2% sokong najib.......selebihnya TAK SOKONG......Allah maha mengetahui

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 10:41 AM

Susahlah jadi pemimpin UMNO ni Abg DT -

1. Kalau kita TAK bersuara penggundi kata kita sudah jadi baruah & dapat rasuah drp President.

2. Kalau kita BERSUARA penggundi kata sebab kita kecewa tak dapat habuan drp President.

3. Lepas bersuara kena tindakan disiplin pula.

Leceh betul..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 11:13 AM

Ketua ketua cawangan tetap sokong UMNO cuma tak suka Najib sahaja. Tetapi Ketua ketua bahagian masih terus sokong Najib.
Pedulikanlah.......

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2015 at 12:11 PM

rujuk para 3........
awak ni buta hati perut. Sekian banyak bukti dan tindak tanduk Najib, maseh tak reti!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 12:19 PM

Kenapalah bodohnya ketua2 cawangan ini hingga dijadikan kambing hitam!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 12:26 PM

Masih ada wakil yang membela rakyat tapi banyak wakil yang diatas menunjukkan kebodohan dengan membela Arul. Mereka ghairah bertepuk tangan untuk orang yang memperbodoh kan rakyat mereka dan mereka sangat seronok. Inikah pemimpin ? Mereka telah mematikan fungsi otak untuk memikir dan menampi sesuatu isu mencari kebenaran atau adakah mereka telah menjualkan maruah diri. Pelacur adalah lebih mulia dari mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2015 at 2:08 PM

Walaupun ini kerja sukarela tapi kesan ke atas generasi mmg besar.

Pedulikan dgn tohmahan dan hinaan.

Bukti2 kelangsungan hidup yg semakin perit akibat GST.

Bukti PM berkata2 sebagai munafik mmg banyak bersepah2 terakam dalam audio video.

Tak perlu puak pembangkang nak cucuk jarum fitnah pun, batang tubuh dan sikapnya mengendali isu2 semasa sangat dikesali.

Singkirkan Najib dan pengampu2 bodeknya sebelum ahli Umno dan penyokong BN sendiri melancarkan undi protes dlm PRU14 nanti.

PRU12 telah membuktikan, undi protes terhadap Pak Lah dan Sang Menantu telah menyebabkan 4 negeri tumbang ke tangan pbangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 2:09 PM

Kira bagus lah tu. Tapi aku rasa belum kena uji lagi.Tunggu selepas diuji baru kita tahu kedudukan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
November 18, 2015 at 2:55 PM

@Anonymous

Wahai anony November 18, 2015 at 12:19 PM,

Dijadikan kambing hitam oleh siapa ya saudara? Cuba beri nama2 yang jadikan ketua2 cawangan tersebut sebagai kambing hitam? Pada kebiasaannya, agak sukar utk ketua2 cawangan sesebuah daerah utk mencapai kata sepakat dlm sesuatu isu besar sbb masing2 ada kepentingan juga. Tp utk isu besar kali ini, mereka sepakat dan sekata utk membuat keputusan yg berisiko besar kerana mereka sedar sekiranya tidak melakukan apa2 sekarang ni, akan datang kelak parti UMNO boleh hilang kuasa dan mereka mahu melakukan sesuatu sebelum ia terlambat.

Sebagai anak jati Selangor, saya amat kesal dgn kepimpinan UMNO sekarang yg rata2nya seperti sudah mengaku kalah sebelum berjuang. Kepimpinan Pakatan Rakus negeri Selangor kini sedang dilanda masalah serta beberapa isu tetapi hanya beberapa pemimpin UMNO yg benar2 mengambil peluang utk membongkar dan mendesak kepimpinan kerajaan negeri, yang selebihnya hanya diam membatu seperti tidak tahu utk buat apa2. Sekiranya kepimpinan UMNO sekarang ni benar2 disokong padu oleh kalau tidak rakyat pun ahli2 parti sendiri, kenapa tidak berani tampil utk menjuarai isu2 dan kemelut kepimpinan Pakatan Rakus? Di sini dah boleh nampak bahawa kepimpinan UMNO juga sedang bermasalah dan nampak kepimpinan UMNO tidak lagi mementingkan rakyat tp hanya pentingkan agenda masing2. Untuk menyelesaikan masalah ni, pucuk pimpinan seharusnya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada kepimpinan baru utk memulihkan keadaan negara yg semakin hari semakin dipandang rendah oleh negara2 lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 4:03 PM

Jeneral pemakanan dedak sudah panas hantar anak buah masuk bagi komen yang buat pembaca gelak saja, jeneral patut hantar anak buah yang power sikit lah jgn hantar taraf balaci komen pun taraf tadika saja.

Mana pernah berlaku ketua2 cawangan buat pc terbuka kondem pm sebelum ni nak kata dedak tak cukup ker, yang sebenarnya taburan dedak bukan boleh beli semua ahli2 umno, ahli2 umno ni ramai lagi yang bermaruah dan berdedikasi ketua2 cawangan sepang ni sebilangan contoh terbaik.

Duit bukan segala2nya lah najib, tunggulah masa dan ketika yang akan menentukan nya Insyaalah.

Hidup Ketua2 Cawangan UMNO Sepang !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Sabon
November 18, 2015 at 5:03 PM

Walaupun baru 40/20000 cawangan yang bersuara, ini akan menggerakkan cawangan lain untuk turut mendesak najib (sebenarnya mendesak rosmah) turun dari tahta...

Apalah sangat jawatan atau habuan yang ketua cawangan dapat.

Tindakan disiplinpun cuma buang parti... tak ada parti pun apa nak kisah sangat... berlambak kat sini yang tak berparti... minda lagi bebas dan tenang...

....................
Reply To This Comment ...................
sajaja
November 18, 2015 at 5:54 PM

Ketua bahagian nak tunggu lagi ramai cawangan dia bersuara, baru dia berani tunjuk muka. Time tu baru dia akan duduk didepan desak najib turun.

Nampaknya ketua cawangan dah boleh keluar menunjukkan yang anda sebenarnya cerdik, celik, tahu dan berani menyatakan keluh kesah ahli akar umbi.

Ada berani ke Ku Nan nak pecat semua ketua cawangan tu, kalau dah 100 atau 200 ketua cawangan yang jadi pendesak. Berani ke dia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 6:32 PM

Zaman senang lenang enjoy duit hadiah bawa rombongan sampai Indon dah berlalu. Zaman sampaikan kain pelikat dan kain batik pun tak meriah macam dulu. Jamun makan-makan pun dah kurang.

Sudah tentulah salahkan Presiden. Jika Presiden tak betul bukan sahaja Presiden yang di guling. Seluruh anggota kabinet yang dilantik oleh Perdana Menteri melalui Presiden parti yang memerintah juga harus letak jawatan.

Nah! lantiklah ketua-ketua Cawangan yang bijak pandai jadi Perdana Menteri dan Menteri2 banyak kekosongan yang perlu diisi. Rakyat pun nak tengok setakat mana sokongan yang Ketua2 Cawangan ini perolehi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 6:55 PM

ketua bahagian dah terperangkap dengan cash is king. ditelan mati emak diluah mati bapak. bila tercekek mata terbeliak. makan sorang sorang bila sakit kembong perut baru minta ahli tolong urut..pi raaaahhh

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2015 at 10:30 PM

Berani kerana benar. Takut kerana salah.

Sekali kita pilih untuk menjadi pemimpin, kita bersumpah atas nama Allah dan Rasulullah utk sentiasa berlaku benar dalam memimpin arah kariah kita, selagi hayat dikandung badan. Walau tak pernah diluah mulut, selagi kita mengaku Islam, itulah jalan yg dituntut dan diwajibkan.

Patuh pada pemimpin yg adil adalah wajib, menentang pemimpin yg zalim juga adalah wajib. Tak mampu secara tenaga, wajib secara kata. Tak mampu secara kata, wajib secara hati. Mesti yakin mampu memimpin, baru pikul tanggungjawab kurniaan Tuhan. Kalau semua pun tak mampu, jangan jadi pemimpin lah.

Kuasa milik Allah. Harta milik Allah. Duit tak akan lebih besar dari Allah walaupun 'CASH IS KING'!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2015 at 11:05 PM

Org tak suka Najib...sume pasal Najib laki bini...bukan pasal UMNO...punya la benak punya otak pro Najib nie..lain kali makan la makanan halal...bukan dedak2 ayam yg ditabur drp sumber2 haram....dah mcm tipikal sebahagian YB2 melayu skrg nie nie bila dah masuk politik memanjang nak cari makan bukan nak membela atau mewakili rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Mamat umno
November 18, 2015 at 11:17 PM

Diharapkan ramai lagi anak jantan yang berani seperti mereka. Jgnlah diharapkan ketua bahagiàn... Sedia maalum, mereka semua ambil jalan selamat. Kalau ramai ahli yang bersuara, barulah timbul ketuà bahagiàn nak jadi hero. Jadi meluat lihat pemimpin UMNO seperti ini.
Perjuangan Dah tinggal nama sahaja. Yang ada cuma "nak cari makan".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 2:26 AM

Elok la tu suruh letak jwtn cpt,Dsn bkn nak jaga sgor pun.Dia hilang fokus psl masaalah 1mdb tu.Umno sgor pun dah berpecah dgn ada nya group2 yg berangan nak bodek Dsn.Silap2 Pru akan dtg Umno dgn Bn pun bungkus xde kerusi pun.Jgn harap la nak menang Sgor Najib oi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 3:47 AM

Bila aja suara desak presiden letak jawatan di tuduh nak guling presiden nak rampas kuasa nak jatuhkan kerajaan apa punya mentaliti pemakan dedak ni patutlah najib makin lama makin tak relevan kerana di kelilingi dengan orang yang mentaliti berfikir guna perut bukan guna akal.

Desakan minta najib letak jawatan ada sama ker dengan guling? rampas kuasa? akal mana? gantilah dengan orang yang lebih layak bukan tangkap muat atau nak kata dalam kepimpinan umno sekarang takda yang layak jadi presiden selain najib?, sekali lagi nak tanya 'akal letak kat mana?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 7:55 AM

Saya adalah penyokong tegar Perikatan/BN sejak layak jadi pengundi 48 tahun dahulu.

1. Sejujurnya, bukan sahaja najib yang WAJIB berundur, zahid selaku DPM juga. Prestasi kosong dan penipu tegar seperti najib. Zahid, dahlah tin kosong sejak kes lahad datu, syiah mat sabu, minta maaf dengan LKY dan TDM....berbohong pasal derma pak arab, susah nak cari jho low, nik faisal dan subuh dan juga 2 orang pelarian yang dicari BNM.

Memang WAJIB semua ketua cawangan dan bahagian bermuhasabah diri demi rakyat dan negara

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
November 19, 2015 at 8:08 AM




Alah setakat cawangan jee ,kena gertak dengan ketua bahgian mengeletar lutut .

Kalau setiap bahgian ada 60% yang menolak Najib mungkin baru ada umph !,kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 10:42 AM

Kalau tak dapat kumpul 20 cawangan untuk jadi pendesak, cari je 5 cawangan. Buat pengumuman.

Kalau dah setiap hari, 5, 10 atau 20 cawangan keluar video, pening lalat le puak najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 10:42 AM

Sabar...jangan puji dulu... Ketua2 cwgn bersuara kerana xmendapat cash yg secukupnya..tu strategi diorg minta lebih duit kopi dari najib..dh dapat nanti terus buat sedang media menyokong kepimpinan najib 100%....ingat Cash Is King

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 11:34 AM

Ya, dgn hanya setitk nila akan merosakan susu sebelanga, berbaloikah UMNO dikuburkan di sbbkan seekor kera matyeh ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 11:45 AM

Patutnya setiap calun Pilihan Raya berbangsa Melayu mesti mengangkat sumpah dimasjid kws ditandingi untuk berlaku adil dan memelihara hak rakyaat. Tak kira dr parti mana pun dia. Dan rakyaat ada hak utk menjatuhkan dia bila dia gagal menjaga hak rakyaat. Ingatlah parti hanyalah kenderaan untuk mencapai kuasa. Bukan semua rakyaat berparti dan sesungguhnya rakyaat yg tidak berparti lebih ramai dr ahli parti di Mesia ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 12:02 PM

Selama ini kita hanya mendengar cerita Dajjal menjadi tuhan. Sekarang depan mata Tuhan dah tunjukan. KB dan pemakan dedaklah yg memulakanya. Bagi mereka Tuhan rezeki mereka adalah Najib. Bungkuihlah UMNO....

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 19, 2015 at 12:45 PM

Tahniah! Berani kerana benar. Takut kerana "derma pak arab".

Apa pun jawatan anda walaupun Ketua Cawangan jika anda menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada anda sebaik mungkin dan mempunyai integriti yang tinggi, anda adalah pemimpin yang hebat!

Biarlah apa orang nak kata kononnya tindakan anda tidak memberi kesan kepada penerima derma pak arab. Apa yang penting anda telah menunaikan amanah.

Rezeki adalah dari Allah swt bukan daripada Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 1:03 PM

Najib undur ke x undur ke..Semua ketua bhgn syok sendiri.Satu apa pun x buat keje.Berpecah lagi adalah dan berpuak puak.Semua dah kena beli.So jgn harap la nak menang Umno atau Bn kat sgor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 1:33 PM

40/20000 caw. UMNO desak najib letak jawatan......kihkihkih...nak tergolak den....tak jadi kudis langsung.....Pakatah Hampeh nak buat undi tak percayo kek parlimen pun tak terkesan......adalah lebih baik 40 ketua cawangan tu yg lotak jawatan...kerana ekau semuo lah yg telah menjadi kudis dalam UMNO......UMNO still strong.....sebonar ehh...Pakatan Hampeh lah yg berpocah bolah........kihkihkih......tergolak hati den......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 2:23 PM

Hahhh... cawangan lain bila lagi nak desak najib...
bagi yang 'nak tergolak den' tu pucat sikit...
kejap cakap tak jadi kudis... kejap menjadi kudis, suruh letak jawatan...
maknanya dah ada kudis sikit la tu... harap kudis ni adalah kayap yang merebak ke keliling pinggang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 3:19 PM

Bagus ! kita puji keberanian mereka .Cuma nak tanya satu soalan .Ketua bahagian nya mana? menyorok ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 6:43 PM

Tiada kata2 yang dapat diucapkan selain dari Tahniah ! Syabas ! ketua2 cawangan bahagian sepang, jangan sekali kali berundur teruskan perjuangan kami akan bersama2 kalian demi kerana parti UMNO.

Khas buat pemakan dedak & yg sewaktu dgn nya :-

Pencapaian UMNO/BN dalam PRU
1995 - jumlah kerusi 192 - UMNO/BN = 162
1999 - jumlah kerusi 193 - UMNO/BN = 148
2004 - jumlah kerusi 219 - UMNO/BN = 198
2008 - jumlah kerusi 222 - UMNO/BN = 140
2013 - jumlah kerusi 222 - UMNO/BN = 133

Isu2 tahun pilihanraya
1995 - Mahathir - Tiada Isu
1999 - Mahathir - Isu Anwar & Soros
2004 - Pak Lah - Tiada Isu (Mr Clean)
2008 - Pak Lah - Isu Pak Lah Tidur & KJ
2013 - Najib - Isu Kapal Selam & Antatuya

2018? - Najib - Isu Rosmah, Sirul, Riza Aziz, GST, 1MDB, 2.6B,Task Force, Muhyiddin, Safie Afdal, TPPA blambak lambak lah kalau mau list semua banyak sangat yang memualkan rakyat.

So dengan gunung ganang isu mengelilingi najib pemakan2 dedak yakin UMNO/BN boleh menang PRU 2018? BN/UMNO still strong? otak letak kat lutut ker?

Demi UMNO/BN Najib wajib berundur !!!

....................
Reply To This Comment ...................
jawipekan
November 19, 2015 at 7:21 PM

At least hangpa ada teloq.Terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2015 at 9:55 PM

Apa banggang sgt ko ni ano..
Duit 2.6 sen tu bkan buktikah bodo bendol.ko nak bukti mcmana lg najib songlap duit. Terang2 chairman pac pun "Cari Makan"..dia sendiri yg ngaku mkn dedak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2015 at 2:06 PM

Kami sudah semak IP pemunya blog ini. Laporan polis telah dibuat untuk tangkapan.

Post a Comment