........... Gelombang Protes Ketua Cawangan DiDalangi dan DiBayar ? Ini Jawapan Mereka .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Gelombang Protes Ketua Cawangan DiDalangi dan DiBayar ? Ini Jawapan Mereka ....

Monday, November 23, 201521comments



Nampaknya orang Najib dah menggelabah ! Rentetan tindakan Ketua2 Cawangan Umno yang berani tampil menyuarakan pandangan akar umbi, kepimpinan Umno dah mula goyang. Hanya kerana Presiden terkenal dengan Cash Is King, jangan fikir semua ahli Umno lain pun ikut sama terpengaruh. Ni satu lagi -

Sinar
Dalang ? Asal ada yang kritik jer, dituduh ada dalang ? Apakah Ketua2 Cawangan dan ahli2 Umno semua tidak mampu berfikir sendiri mana yang baik dan mana yang buruk ? Apakah pada pandangan Teuku Adnan dan Zahid, kesemua mereka yang tampil bersuara menentang Najib itu telah di beli dan mereka pula begitu mudah dipengaruhi pendirian untuk menentang kepimpinan Najib ?

Sememangnya kepimpinan Umno Bodoh Sombong ! Perasan konon kesemua 3 juta ahli menyokong sepenuhnya Najib.

Melalui perbualan saya dengan beberapa wakil Ketua Cawangan terbabit sebelum ini, saya akui mereka memang TOTOK UMNO ! Mereka akan bermatian mempertahankan Umno. Masing2 punya pengalaman berjuang atas nama Umno dalam siri Pilihanraya sebelum ini. 

Tapi ini bukan soal Umno. Ini soal peribadi, soal kepimpinan Najib yang telah mengheret Umno ke dalam kemelut peribadinya. Atas dasar mempertahankan Umno lah, maka mereka tampil bersuara !

Semalam 7 lagi Ketua Cawangan dari bahagian Puchong bangkit menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Najib -

Sinar

Ketua Umno Cawangan Kg Railway, Mohd Said Amidon berkata, kalau beliau tidak berani undur, mereka (rakyat) akan undurkannya (Najib).

"Kami merasakan kepimpinan hari ini tidak membawa keuntungan kepada rakyat, malahan meyulitkan lagi keadaan.

"Oleh itu, kami mendesak Perdana Menteri supaya berundur dari jawatan sekarang dan memberikan peluang kepada pemimpin lain untuk menerajui negara dengan lebih baik," katanya, semalam.

Apakah itu satu pendirian terpencil ? Di beli ? Atau dipengaruhi dalang ? Untuk pengetahuan kepimpinan Umno, itu adalah pendirian majoriti rakyat Malaysia !

Jika Umno tidak mengambil sebarang tindakan, percayalah Umno akan tewas PRU14 dan bakal menjadi pembangkang buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhannya. Dan atas dasar mahu mengelakkan perkara itulah, maka kepimpinan peringkat cawangan bersuara.

Saya menghubungi salah seorang dari Ketua Cawangan dari Teluk Kemang untuk mendapatkan respon terhadap dakwaan Teuku Adnan dan Zahid di atas. Ini jawapan beliau -

Assalamualaikum, saya Mohamed Zin bin Mustapa, Ketua Cawangan Taman Dato Hj Abdul Samad Bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan dengan ini menyangkal dan menafikan sekeras2nya segala tuduhan yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan dan beberapa pemimpin parti yang menuduh kami didalangi oleh individu tertentu baik dari segi arahan buat perjumpaan mahupun dari segi sogokan wang untuk penganjuran sesuatu perjumpaan.

Setiap kali perjumpaan dan sidang media yang kami sertai, kami dengan jelas dan amat waras memberitahu pihak media bahawa kebangkitan kami ini adalah disebabkan oleh kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi dari dalaman diri kami yang tidak mahu melihat parti dilanda masalah disebabkan kepimpinan yang tidak bijak dan kami maklumkan bahawa kami tidak dibiayai dan tidak didalangi oleh mana2 individu lain.

Kebangkitan sebahagian Ketua2 Cawangan seluruh Malaysia ini adalah atas dasar kesedaran yang inginkan parti terus subur, diyakini dan mendapat sokongan padu baik dari pandangan ahli parti maupun rakyat Malaysia secara keseluruhannya. TerimaKasih.

Hmmm .... jelaskan ? Ni satu lagi ayat buat renungan, dari saudara Rashdan, Ketua Cawangan yang turut tampil sebelum ni -




Apakah kepimpinan Umno masih cuba menafikan Kebenaran dan tidak dapat menerima Kenyataan ?

PS - Khabarnya malam ni pun ada satu lagi protes dari cawangan2 di Johor Baru ! Kemudian hari Jumaat nanti, lebih ramai akan berkumpul untuk tujuan sama dalam satu majlis khas di Puchong ( KLiK )

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 2:11 PM

...bak kata Zahid Hamidi ada 21,000 cawangan UMNO. tak ada hal la.
kalau UMNO masih khayal dengan sindrom denial. ..selamat jalan la...
Teuku Adnan pulak asyik2 dalang...
minat betul dia dengan wayang kulit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 2:16 PM

Ahli MT yang kaki ampu bodek pun patut letak jawatan. Harapkan pangkat tapi tak buat apa-apa pun untuk rakyat dan parti. Tiada kredibiti lagi.. Dah semacam lembu dicucuk hidung.
UMNO jadi lemah kerana puak-puak ni... Penuh dengan skandal, penipuan dan menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan sendiri.
Mereka nak tunggu BN jadi pembangkang, baru nak sedar ke....


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 2:19 PM

Abang saya Tanya pada abang long, mana dapat duit banyak.....kata abang long....ade org kasi......tuk keluarga kita...... saya Tanya napa tak bgtau semua.....abang long marah

Saya pulak di tuduh cuba merosakkan nama baik keluarga.....ade ke patut????

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2015 at 2:24 PM

Bro...Jika Ketua Bahagian merasakan telor mereka itu sangat mahal kerana kurang digunakan...biarlah ianya busuk dalam seluar.

Bukan sahaja ketua ketua cawangan tetapi setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan ajk serta ahli umno juga sanggup berkumpul untuk menyatakan sokongan supaya najib berundur.

Elor bro maklumkan lokasi dan masa perhimpunan itu akan di adakan supaya ramai lagi dapat turut serta.

kami akan datang dengan tambang sendiri dan sedia dipecat !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 2:31 PM

Errrr....mesyuarat postpone lagi??? Oleh kerana gelombang yang kelihatan menghala ke pucuk pimpinan UMNO dan semakin deras dan agak cepat selepas ia nya begitu lembab sebelum ini.....maka mesyuarat dibatalkan......errr testing, testing...sound test!

Hendak nya terjadi lah tsunami ketua cawangan semoga terduduk sekali lagi buat sorang tuh yang tak masuk di ajar lagi bongkak apabila sudah dikencing sekali masih mahu kelihatan 'glamour' gitu....

Sekarang gi seru ketua cawangan yang lain pula supaya bangun dari mimpi-khayalan UMNO masih aras-tanda pejuangan melayu atau sebalik nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 2:41 PM

yang kena bayar, yang boleh dibeli, yang boleh dicucuk hidung, yang angguk2, yang tertunduk-tunduk, yang menjilat-jilat, yang tak mampu berfikir, yang otak udang banyaknya pemimpin atasan. dari kbu, ajk bu, mkt, dan bangsatan sahaja yang boleh dibeli. mereka ni sikit ajer, memang mampu dibeli sejak dahulu lagi. cawangan kasi nama lain, yang naik undi nama lain. itu perkara biasa dan memang boleh dibuktikan. kalu kata etua cawangan dibeli dan dibayar, nampaknya memang kbu tu dah kena beli atau sedang menjilat untuk mendapat habuan. tu pasal presiden nak jumpa kbu sahaja, 199 sahaja, tapi nak pi setiap bahagian jumpa ahli, mampus, mana cari cash is king.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 2:47 PM

HARAP2 PAU nanti Jibby di malukan oleh perwakilan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 2:55 PM

Cash is King, kalau tidak ramai ketua2 bahagian dan lain2 ikut protes...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 3:18 PM

Oleh kerana pihak berkuasa yang menyiasat ada yang lembab dalam menyiasat serta ada yang diberikan berbagai tekanan untuk menggagalkan siasatan, maka kita patut membuat aduan terhadap apa sahaja perkara yang bercanggah yang diucapkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya kepada Biro Pengaduan Awam.

Saya telah membuat aduan secara e-mel kepada Biro Pengaduan Awam dan SPRM serta Zahid Hamidi mengenai isu 1MDB, isu RM 2 juta dalam akaun Rosmah, dan isu mengenai isu RM 2.63 bilion dalam akaun peribadi Najib.

Saya telah menerima beberapa jawapan dari pihak Biro Pengaduan Awam, ada jawapan yang berhemah serta ada juga jawapan yang bodoh yang diberikan oleh pihak Biro Pengaduan Awam.

Sekiranya mereka tidak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap aduan-aduan yang mereka tidak berikan maklumbalas lagi serta jawapan bodoh yang diberikan itu, maka saya akan memanjangkan perkara ini kepada pengetahuan media mengenai jawapan yang mereka berikan itu serta saya akan salin ke blog-blog mengenai apa yang saya tanya dan apa yang mereka jawab.

Sekarang ni kita perlu mendesak secara aktif supaya pihak berkuasa tiada jalan lain selain dari mengheret Najib dan kuncu-kuncu ke muka pengadilan.

Jika kita terus mendesak dan mendesak melalui saluran aduan secara e-mel, surat, serta laporan polis serta mengadakan wacana-wacana dengan menjemput tokoh-tokoh seperti Tun Dr. Mahathir, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Ahmad Said dan lain-lainnya untuk menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku, malahan saya menyeru supaya cawangan-cawangan yang telah bangkit untuk selamatkan UMNO ini akan mengadakan wacana di kawasan masing-masing dengan menjemput tokoh-tokoh di atas serta para tokoh lain yang mahir mengenai isu perbankan, isu pengurusan kewangan kerajaan, serta isu mengenai jenayah.

Ini kerana sehingga kini terutamanya dalam isu RM 2.63 bilion itu, tiada jawapan yang dapat diberikan oleh Najib dan juak-juaknya terutama apabila mereka memberikan jawapan bahawa duit itu adalah derma untuk kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka mampu menjelaskan mengapakah wang berkenaan di masukkan ke akaun peribadi Najib dan dibelanjakan sesuka hati oleh Najib sedangkan jika wang itu derma untuk kerajaan, perlu diserahkan kepada akaun kerajaan dan perbelanjaan wang itu perlulah mengikut tatacara pengurusan kewangan kerajaan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia, Arahan Perbendaharaan, pekeliling-pekeliling perbendaharaan, dan surat-surat pekeliling perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

Kononnya derma untuk kerajaan, tapi pasal apa masuk akaun Najib dan tak diserahkan hatta satu sen pun itu kepada kerajaan dan adakah apa yang dibelanjakan oleh Najib menggunakan wang itu mendapat izin dari kerajaan terlebih dahulu, guna OSOL apa, guna Vot apa, orang pengurusan kewangan kerajaan tahulah pasal OSOL dan Vot ini. Ramai pegawai dan kakitangan kerajaan tidak mempercayai Najib disebabkan dia menipu mengenai isu wang RM 2.63 bilion yang dia katakan wang derma untuk kerajaan tetapi tidak diuruskan mengikut tatacara pengurusan kewangan kerajaan.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 3:36 PM

Ada 21k cawangan !!!, Jibby bole bagi rasuah ke??? hahaha..... geli hati baca www.financetwitter.com pasal besan Najib x bayar beg tu, kalu btul mcm sama je perangai si Maira ngan Rosmah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 3:51 PM

Dalam isu RM 2.63 bilion ini, Rahman Dahlan dan Tengku Adnan serta beberapa orang lagi kuncu-kuncu Najib menyatakan bahawa wang itu adalah wang derma untuk UMNO.

Kemudian Zahid Hamidi, Wan Adnan Wan Mamat KBU Kuantan, dan Aziz Kaprawi serta beberapa orang lagi kuncu Najib yang lain menyatakan wang itu adalah derma untuk kerajaan.

Umum mengetahui bahawa tak ada hatta satu sen pun wang itu diserahkan samada kepada akaun UMNO atau akaun kerajaan, jadi bagaimanakah mereka menyatakan bahawa wang itu adalah derma kepada UMNO dan kemudiannya jadi derma kepada kerajaan pula?

Malahan kalaulah dikatakan derma itu kepada UMNO, mengapakah dalam Penyata Kewangan UMNO Tahun 2013 tidak dicatatkan derma RM 2.63 bilion itu? Apakah Najib, Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung, Ahmad Husni sebagai Bendahari Agung mengemukakan maklumat palsu kepada Pendaftar Pertubuhan? Apakah Najib, Tengku Adnan dan Ahmad Husni mahu menipu Pendaftar Pertubuhan?

Jika wang itu dikatakan derma kepada kerajaan pula, mengapakah tidak dimasukkan ke dalam akaun kerajaan dan tidak melalui proses pengurusan wang awam sebagaimana yang saya terangkan sebelum ini?

Sekarang ini ada dua jawapan yang berbeza, persoalannya adalah siapakah yang menipu? Adakah Tengku Adnan, Rahman Dahlan dan beberapa orang kuncu Najib yang menyatakan wang itu derma untuk UMNO adalah penipu, atau Zahid, Wan Adnan Wan Mamat KBU Kuantan, serta Aziz Kaprawi yang menyatakan wang itu adalah derma untuk kerajaan sebagai penipu?

Dalam mesyuarat MKT UMNO perlu dibincangkan perkara ini kerana jawapan yang diberikan oleh mereka semua itu telah menjadi senjata makan tuan kepada Najib sendiri. Malahan UMNO dan kerajaan mendapat imej yang buruk dan dipandang sebagai penyamun oleh rakyat yang merupakan pengundi.

Kesan kepada UMNO adalah amat dahsyat disebabkan isu ini.

Oleh itu Ketua-Ketua Cawangan UMNO di seluruh negara yang masih setia dengan perjuangan parti perlu segera mengadakan rapat umum bagi mendesak Najib dan kuncu-kuncunya itu menjelaskan mana satu yang benar mengenai wang RM 2.63 bilion itu, derma untuk UMNO ke atau derma untuk kerajaan? Jika dua-duanya bukan, maka Najib dan kuncu-kuncunya itu telah fitnah UMNO dan UMNO patut ambil tindakan disiplin yang keras terhadap Najib dan kuncu-kuncunya itu kerana telah menjatuhkan maruah UMNO dengan fitnah yang sekeji itu.

Ketua-ketua cawanga semua perlu faham, bahawa jika Barisan Nasional kalah dalam PRU 14, maka kedudukan mereka akan terjejas, mereka akan kehilangan banyak jawatan, malahan dari segi ekonomi, mereka akan kehilang banyak peluang ekonomi.

Oleh itu, ketua-ketua cawangan yang nak membisukan diri membiarkan Najib bermaharajalela memperalatkan UMNO, mempergunakan kerajaan secara salah perlu fikir akan periuk nasi mereka juga, jangan sampai mereka sendiri yang merana akibat sokong membuta tuli tanpa berfikir.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 4:02 PM

Zahid ada PhD ke Doctor Phil...apa nak hidu...memang dah bagitau Najib mesti berenti & perlu dihukum.
Ku Nan....yg dalangnya kamu..
Bodoh!

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 23, 2015 at 4:20 PM

Assalammualaikum Bro Din!
TPM Zahid kata ada lebih 25,000 Ketua Cawangan UMNO di seluruh negara. Kalau setakat beberapa puluh, apa ada hal..... Dia memperlekeh dan memperlecehlkan apa yg dilakukan oleh KC Umno berkenaan. Nampaknya TPM Zahid mencabar kalian KC Umno yg ada telor. Dia juga kata ada dalang disebalik apa yg berlaku sekarang.

Semoga, kata-kata TPM Zahid itu akan membakar semangat juang KC Umno yg sedar dan faham dgn penyelewengan dan pembohongan PM Najib dlm isu 1MDB yg sangat semerbak bau busuknya ke seantero dunia itu.

Kepada pemimpin macm ni, mereka ingat semua orang sama macam mereka. Kalau nak buat kerja kena ada yg suruh atau kerana ada habuan.
Mereka tak FAHAM apa ertinya perjuangan bangsa Melayu melalui UMNO.
Mereka samakan macam diri mereka yg hidup atas 'ampusana, ampusini'.
Kalau ada habuan dan keuntungan peribadi, segalanya OK. Yg hitam boleh mereka kata hitam demi mengampu tuan yg 'beri tulang', walaupun jelas didepan mata umum ianya satu PENYELEWENGAN, SALAHGUNA KUASA, PEMBOHONGAN dan MEMBEBANKAN NEGARA juga RAKYAT.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 5:35 PM

Ya betul ada 23 ribu lebih cawangan umno di seluruh negara yang tampil hanya berapa kerat di ulang yang 'TAMPIL' bermakna yg secara terang terangan membuat pc manakala yang turut menyokong ketua2 cawangan tersebut tapi diam lagi ramai tunggu sedikit masa lagi mereka akan sama2 bangkit siap sedialah ketua2 bahagian jika cuba menafikan suara ketua2 cawangan ini.

Teuku adnan ingat ketua2 cawangan ini boleh dibeli seperti membeli sebahagian ketua2 bahagian, ketua2 cawangan & ajk2 cawangan lah yg turun bersemuka dgn akar umbi & juga pengundi secara face to face mereka lebih khatam akan denyut nadi rakyat tidak seperti ketua2 bahagian yg lebih banyak berurusan di peringkat kepimpinan atasan.

Kepada ketua2 cawangan yang tampil bertindak mendesak najib meletakkan jawatan di ucapkan setinggi tinggi TAHNIAH SYABAS & BRAVO !!!.

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2015 at 5:51 PM

Saya pun sokong dan akan turut sama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 7:03 PM

Umno lingkup dan musnah dek kerana Cash is the King.Semua main duit.Dah xde smgt kemelayuan dan keislaman yg untuh.Masing2 cuba mengumpul kekayaan dan kekuasaan.Tikam menikam dah jd darah daging dlm Umno.Mana hilang tatasusila dan kehormatan dlm Umno? Mcm ni nak menang di Sgor dan Penang? Hingga terpaksa mengemis pada Pas untk standbye berkongsi kuasa atas nama perpaduan? Umno2 tepuk dada tanya selera.

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2015 at 7:31 PM

Dah terlambat.
Kita tak perlu lagi tunggu PAU.

Tiada lagi peluang kedua utk Najib, Zahid, Ku Nan, Ahmad Maslan, Rahman Dahlan, Jamal, dan pengampu2 seangkatan cash is king.

Singkirkan mereka sekarang. Seluruh ketua cawangan diharap dapat bersatu harapan dan niat.

Kita tidak rela lagi Islam, Umno, org Melayu dipandang hina dan keji semata2 utk mempertahankan regim Najib yg memual dan memalukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 9:44 PM

sebenarnya ada beribu ketua cawangan dan ex-ketua cawangan yang mahukan najib berundur. namun begitu, bukan semua ketua cawangan punyai kemewahan melainkan ketua cawangan yang dipilih perwakilan menjadi ketua umno dan ajk bahagian yang jenis pemakan dedak.. oleh itu, sikap berdiam diri dan sibuk kerja cari makan lebih penting dari melayan karenah politik najib hari ini. kalau diberikan peluang memilih presiden..ada kemungkinan najib akan tewas sewaktu pencalonan lagi. tapi cash is king mampu merubah segalanya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 10:55 PM

Apa punya perdana menteri boleh dengan bangganya ucapkan "cash is king" ? Part ni teman dah nampak kecetekan fikiran terserlah ! Dan kita semua pun dah mula faham apa dia sebenarnya keajaiban kekuasan umno ni. Cash is king.
Geleng kepala. Geleng kepala.
Yang tukang ampu, tukang gosok, tukang jilat melonjak-lonjak gembira laungan president cash is king. Presiden dah bukak kilang dedak. Dan banyak (bukan ramai) penggemar dedak (ada campur ganja kot) jadi ketagihan dedak. Banyak makan dedak punya pasal, lama lama dedak pun dah tak cukup sebab pengamal makan dedak ni lama mula kelahi sesama sendiri walaupun masing masing dah memang kembong dedak. Sebab dedak percuma memang sedap, sifat haloba si pemakan dedak dah tak dapat lagi dibendung dan semakin jelas tabiat si pemakan dedak dah jadi pelahap dedak.
Bila supply dedak mula merosot, bos kilang dedak dah pening kepala. Bos kilang dedak kena buat kilang dedak tambahan untuk tampung permintaan pemakan dedak yang saja sudah jadi pelahap dedak malah keenakan dedak ini sudah tersebar ke seluruh pelusuk laman. Makan berduyun duyun lah pemakan dedak baru di rekrut. Bukan rekrut kosong aje ni. Rekrut bersyarat.
Bila kilang dedak yang baru dibina pun tak lagi boleh tampung demand for dedak, tokeh dedak kena mintak derma untuk terus supply dedak.

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2015 at 11:07 PM

Salam Bro,

Aku baru terima berita drpd sumber yg pergi jumpa Najib n the gang di Janda Baik.

Dia beri penjelasan kpd yg hadir, ttg 2.6b siap dgn gambar putera raja Arab.
Ahmad Maslan siap tangkap nangis sbb netizen libatkan aruah ayahnya dgn kerjaya politik.

Bila dikorek2 ceritanya sama mcm dlm blog2 jugak. Semua ni kononnya terbocor drpd satu kerani BNM yg ada gf/bf kat Singapore. Dia manipulate cerita katanya.

Semuanya ttg kemasukkan duit tersebut adalah dlm pengetahuan Zeti.

Menurut ceritanya, isu 2.6b ni rumit nak terangkan sebab ada sangkut paut dgn mantan2.

Konon2 cerita, mantan2 dulu Daim, Tun M, Sanusi dsb pun ada dapat derma mcm Najib kecuali Pak Lah, namanya tak disebut.

Najib kata sukar nak terangkan demi menjaga nama baik seseorang, tapi tak sebut siapa, cuma klunya negarawan dan ternama....mungkin jugak ayahandanya sendiri?

Aku tanya balik mcmana dgn soalan2 Tun M?

Terus dia berpusing2 cakap. Dia kata Najib tak sebut langsung ttg Tun M, tapi mengakui sukar nak cerita perkara sebenar.

Aku kata kalau Najib jujur nak buat penjelasan ,kenapa tak buat perjumpaan secara tertutup dgn Tun M, Sanusi, Ku Li dll supaya dapat terang sejelas2nya ttg 2.6b.

Sumber tu jawab berpusing2 jugak, katanya Najib nak jaga airmuka semua mantan2.

Aku sergah balik, aku kata airmuka Najib dan Tun M,Umno khususnya serta ramai lagi dah tercemar, dah busuk pada pandangan rakyat.

Aku tanya lagi ada sesiapa tanya pasal Obama yg rajin sgt balik kgnya di Malaysia dan TPPA....yiileek, tiada pertanyaan dan maklumat.

Kesimpulan yg aku dapat drpd sumber yg hadir dipertemuan tersebut,

Pada 3 Disember nanti, Najib akan main psiko muka comot utk tarik simpati rakyat, sebab sepanjang perjumpaan itu, katanya, muka Najib mmg mcm tu, situasi pun penuh sedih pilu. Yg wanita tersedu2 menangis kesal sgt sebab cuma dengar khabar2 angin selama ini.

Najib kata, biar apa rakyat kata, dia akan terima, sebab ada rahsia besar negara yg perlu dijaga.
Lagipun kata Najib, biar apapun penerangan, info tersebut akan dimanipulasi oleh pembangkang.

Bila aku tegaskan, sekarang bukan pembangkang yg nak penjelasan, tapi ahli Umno dan penyokong2 BN sendiri yg terkonteng2 dimalukan oleh Najib.

Aku kata yg mereka dengar bukan khabar angin tapi betul.
Najib sendiri berucap dlm program SPRM supaya berhati2 dgn derma/sumbangan politik.

Terus saja sumber aku tadi terdiam dan seakan tersedar drpd mimpi.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 1:23 AM

Pulak dah..drama yg menarik.the best actor wins

Post a Comment