........... Episod 'Saya Pun Nak Cari Makan' Pengerusi PAC ( Yang Menyiasat Kes 1MDB ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Episod 'Saya Pun Nak Cari Makan' Pengerusi PAC ( Yang Menyiasat Kes 1MDB )

Thursday, November 19, 201530comments


Ada 2-3 isu menarik semalam tapi yang ini paling menarik. Iaitu kenyataan ' Saya pun nak cari makan juga'  Pengerusi PAC yang baru dilantik, Datok Hasan Arifin.

Hasan ni bukan Pengerusi PIBG ok, tapi Pengerusi PAC yang menjadi perhatian ramai ekoran siasatan kes 1MDB yang mana hasil siasatan PAC bakal menjadi salah satu faktor yang bakal menentukan jatuh bangunnya PM Najib.

Kita tonton, dengar dan perhatikan tika mana Hasan mengucapkan ayat Cari Makan itu -





Ini laporan Mkini pada pukul  2:30 petang semalam -

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata, badan itu tidak perlu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi keterangan berhubung isu 1MDB.

"Tak perlu," kata Ahli Parlimen Rompin itu apabila ditanya media mengenai langkah selanjutnya yang diambil PAC menyiasat kes syarikat tajaan kerajaan itu.

Apabila diasak lebih lanjut, Hassan berkata: "Janganla, saya pun nak cari makan juga."

Kenyataan itu dibuat apabila beliau dimaklumkan Pengerusi PAC terdahulu Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui mungkin memanggil Najib membantu siasatan isu 1MDB jika dirasakan perlu.


Ini pula penjelasan Hasan oleh Mkini pada jam 4:48 pm semalam -

- “Ketika sidang media hampir tamat, saya menjemput petugas media untuk makan tengah hari dan selepas itu secara bergurau saya bercakap 'saya pun cari makan' bagi mewujudkan suasana lebih mesra dengan petugas media.

“Saya memaklumkan kepada petugas media bahawa percakapan saya itu mengenai 'saya pun cari makan' tidak harus dilaporkan disebabkan ia adalah sekadar gurauan kerana sebelum ini saya menyatakan buat masa ini tidak perlu untuk memanggil perdana menteri,” katanya.

- Dalam kenyataan hari ini, beliau menyifatkan mana-mana portal berita, termasuk Malaysiakini, yang menyiarkan kenyataan itu sebagai tidak beretika.


Sila klik semula video di atas dan hayati semula cara dan suasana semasa Hasan sebut ayat Cari Makan itu. Dan ini pula yang Mkini jam 11 pagi tadi -


"Selaku pengerusi PAC, saya dukacita kerana usaha mewujudkan suasana mesra di kalangan pengamal media tidak dihargai oleh segelintir petugas media.

"Walaupun gurauan semasa akhir sidang akhbar semalam ketika hendak keluar makan meminta supaya ia tidak ditulis tetapi masih ada segelintir di kalangan pengamal media masih melaporkannya di portal berita dan akhbar.

"Oleh itu, bermula dari Mesyuarat PAC pada 23 November, PAC tidak akan mengadakan sebarang sidang akhbar lagi," kata Hasan dalam satu kenyataan hari ini.


Kesan dari ayat Cari Makan itu -



Tidak akan ada lagi sebarang sidang akhbar melainkan secara kenyataan bertulis rasmi.

Alahai .... Hasan, Hasan ....

Anda nilaikan sendiri .....

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 3:15 PM

http://novandri.blogspot.my/2015/11/tidak-setuju-dengan-kenyataan-datuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/JcvMw+(Dr+MiM)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 3:21 PM

Kalau tau le perangai dia macam iblis begini.Patut orang Rompin benam kan dia awal awal masa PRK lalu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 3:38 PM

Terlajak perahu bolih diundur,ni dah terlajak ckp,ayat barulah ni CARI MAKAN MAKSUD NYA AJAK MAKAN,ada akai ker org pun.faham.MAKSUD hang tu,jgn nak salahkan media plak.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 4:01 PM

Rosak punahh..
Trust is to gain not to give..Ui hv no trust on u sir..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 4:17 PM

Eh.....eh adalah habuan sikit dari duit 'derma'tu ! In Sha Allah.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 4:40 PM

When you hava an appointee who is already "bangsated" and maruah sold....this is what you get. Garbage in garbage out.

I no longer believe PAC is required anymore.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 5:03 PM

HcM Hasan Cari Makan hahaha

Aduyai sungguh memalukan najib lantik hasan sebagai pengerusi cari makan senang akan ikut telunjuk dia, ada lebih baik bubar sajalah pac tu awal2 dah jadi bahan lawak buat malu saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 5:12 PM

kalau bergurau, bergurau la... apasal pulak sebab ko bergurau PAC tak nak buat sidang media pulak ?. tapi ayat nak cari makan tu mmg tak boleh belah sebab masa ni persepsi orang dekat najib mmg tahap cipan punya bengang.. bergurau tak kena tempat langsung.

ni sorang lagi ahmad maslan in the making. kah kah kah

alasan bila orang dah tak tau nak jawab.. blurrrrrr . sama macam pahlawan blurr.

bangang tetap bangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 5:27 PM

saya pun cari makan juga. semua orang cari makan. cuma pengerusi pac nak cari makan besar kot? ada banyak billion lagi tu. yang habis baru ratus juta. kalu dapat makan juta juta memang besar la cari makan tu. sprm pun dah soal pengarah src diam-diam. tak ada bunyi pun walaupun sebelum ni cari tak jumpa. nanti semua senyap sunyi sampai la pru 14.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2015 at 6:15 PM

Jangan takut dengan manusia, BUKAN MANUSIA YANG BAGI MAKAN

Ape pun kita cubalah bersangka baik dengan datuk nih

Sedey sedey

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 6:31 PM

pak din penyu, alahai bila rafizi kata bergurau, sume kata ok ma. bila ketua NOW johor
kata saya gurau je sume kata ok ma. bila nizar kata silap mintak maaf ok ma, bila orang pkr siapa dia orang panggil buntal kata silap, mintak maaf ok ma. bila orang umno kata gurau je aik jadi betul betul lak. dunia dunia pe nak jadi aku pun tak tau. begitulah bangang nye orang melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 7:11 PM

Dia bergurau xkena masa Dan tempat...

Org bangang je kata rasuah tu derma...adakah anda tergolong sekali dlm kumpulan itu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 7:44 PM

Sdra,

Kalau tak reti bahasa, tak payah sibuk nak komen. Joke or no joke....that stupid datuk IS CHAIRMAN OF PAC......so nak joke bodoh bukan platformnya. Anak saya lulus BM peringkat UPSR tau lawak datuk ini KEBODOHAN TAHAP GABAN.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 8:05 PM

What "trust" my fellow citizen? Najib and his crony company is nowadays PTE. LTD. .... so help us the downtrodden, oh Allah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 8:37 PM

Allah itu Maha Kuasa lagi Maha Penyayang, setiap hari kita berdoa agar kebenaran sentiasa hadir, maka hari ini telah berkata dan mengaku si badut dari Rompin yang dirinya sekadar badut yang mencari makan di dalam industry politik Tanah air. Tidak lebih tidak kurang sekadar jadi budak suruhan orang yang melantik beliau mula2 menjadi ahli parlimen dan kini pengerusi PAC. JIka benarlah PM Najib seorang manusia yang berada di pihak benar pasti dia lantik TS MY atau DS Shafiee Afdal untuk jadi pengerusi PAC, lagi pun mereka berdua ini kan punya banyak masa lapang setelah dipecat jawatan dalam cabinet kerajaan BN. Pasti dan mesti buat Najib bersama Zahid untuk melepaskan jawatan mereka, kerana mereka tidak punya harga diri dan kredibiliti sebagai pemimpin lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 8:40 PM

Sepatutnya DAtuk Hassan ini cakap, "saya perut sudah banyak lapar, mari kita pergi cari makan" kan mudah kalau tidak menipu. Malangnya nasi dah jadi bubur, percayalah lepas ini datuk ini makan buburlah jawabnya. Tunggu aje hukuman dari kerajaan kuku besi yang dikepalai oleh MP Pekan.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2015 at 9:07 PM

Klau ko melayu bermakna ko dh membangangkan tok nenek ko juga. Keturunan bangang gak. Ingatkan Najib lantik pengerusi yg bijak. Rupanya mcm ko juga. Bangang aku dh nampak the more you hide n lies...the more truth prevail. Lebih dengar lagu bangau oh bangau..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 9:16 PM

Kalau orang Rompin pun cari makan macam dia macam mana? Hassan ni sejak Jamaludin Jarjis memerintah Rompin dia dikira pemastautin tetap cold storage. Sejuk beku. Tetiba JJ meninggal dan Najib sanggat2 memerlukan org cari makan spt Hassan nie. Diberi kerusi MP Rompin dan sekaligus jadi pengerusi PAC. Memang cari makan pun seloroh atau tidak seloroh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 9:17 PM

Media tanya soalan apa..... soalan tu penting kpd intergriti PAC... makanya alasan gurauan dh jadi tak kena pada tempat.... kalau media tanya soalan "Dato... bila nk pencen?.... mcm tu bolehlah jawab sy pun cari makan..... tok aah la suruh sy pencen..... guane gamok Din....hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 9:41 PM

Bergurau kata pemakan dedak reporter tanya soal berkenaan isu kepentingan negara melibatkam najib razak & 1mdb.

Lainlah kalau reporter tanya soalan tentang personal dia dah kawen blum bini ada brapa orang atau cam wanita itu ari yg tanya arul kanda nak ajak minum boleh tak? arul jawab itu kena tanya isteri saya, sesuailah jawapan dengan soalan boleh lah nak bergurau.

Hasan cari makan dengan pemakan dedak serupa saja bila dah tak boleh nak lari dari dikesan membuat kesalahan mula reka cipta bergurau konon apa punya bengong, takpa spesis pemakan2 dedak boleh cuba lagi jawab jawab jangan tak jawab hahaha.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 9:50 PM

Hasan Arifin harus maklum lah bila buat press conference...
Skrg nak justify pulak konon nak mewujudkan suasana mesra....
Sorry la Hasan - muka pun ada tokoh 'makan suap'...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 10:14 PM

@Anonymous
salam 6:31 PM,
- datuk ni pengerusi PAC..satu committe yg penting dlm kerajaan & "sedang" (bila nak interbiuu si Arul dll..???) menyiasat 1MDB, yg ada kaitan dgn Pengerusi BODnya, yg bossnya Menteri Kewangan, yg bossnya PM.
- nak bergurau tak kena masa & tempat..
- sy suka ayat ni "ni sorang lagi ahmad maslan in the making" dr 5.12PM..hehe
- dan jgk renung & jwb sendiri soklan 7:11 PM...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 11:36 PM

Makin haru biru negara kita skrg nie..Yg diberi amanah pun tak boleh diharap.....Dulu boleh laa nak kelentong rakyat....but not anymore!!! Byk sumber utk dptkan info...timbang tara guna akal yg waras. Bukan info yg diputarbelitkan oleh golongan pak turut yg 'nak cari makan'....lawak mega betol laa undang2 kt negara kita skrg nie...tak reti dahh nak cakap apa...buat ngabihh air lioq aje....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2015 at 11:44 PM

apa pun keputusan dari PAC ni aku tak akan percaya. fakta kebenaran yg against najib, kita tolak ke tepi. sy pun baru setahun jagung jd MP, mau cari makan bro.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 20, 2015 at 8:13 AM

Assalammualaikum Bro Din!
Itulah pembantu-pembantu lantikan Najib dlm usahanya menyelamatkan diri dari isu/skandal 1MDB yg sangat busuk dan hanyir itu.

Kepada saya, segala yg terhambur dari mulut Hasan Arifin tu adalah ketentuan Allah subhanauwataala belaka. Terpancut keluar secara tak sengaja.
Malangnya, bila dah tersedar ianya boleh 'memakan diri', dia pun kata itu hanya 'gurauan'. Lebih malang lagi, bila ada media laporkan kata-katanya, dia pun marah. Salahkan media dan ugut bahawa PAC tak akan panggil media lagi untuk buat kenyataan. Segalanya akan dibuat secara bertulis sahaja.

Kesian! Sendiri yg buat salah dan silap, maka media pulak yg jadi sasaran, kena marah dan dikenakan tindakan.

Sebenarnya dia ikut cara bossnya bertindak. Memang macam tulah cara Najib mentadbir negara. Salah sendiri tak mahu diakui, tapi cari salah orang lain untuk alihkan isu. Kalau ada rakyat yg minta Najib disiasat, maka orang itulah yg akan disiasat Polis. Terbalikkk..!

InsyaAllah, akan ada banyak lagi gurauan macam ni akan terpancut keluar dari mulut balaci-balaci Najib dengan kehendak Allah. Bila terlalu banyak 'membohong' maka akan banyaklah kesilapan-kesilapan kenyataan yg menjelaskan pembohongan selama ini.

Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
November 20, 2015 at 9:04 AM

Ada masa dan tempatnya kita boleh berlawak dan bergurau. Beliau harus faham ramai yang diluar tu menunggu masa dan ketika menjatuhkan kita.

Ini harus menjadi pengajaran kepada pak menteri, pak menteri yang sering memberi kenyataan tanpa berfikir. Ada kala lebih baik tutup mulut dari bersuara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2015 at 11:58 AM

Aku rasa elok para menteri berhenti berfikir je terus.... gerenti senang Malaysia dapat pemimpin baru yang diharapkan lebih sempurna akal dan imannya. DAn para menteri pengampu yang wujud hari ini pula dihantar ke institusi penyelidikan mental untuk dikenal pasti tahap pencemaran toksik "cash is king". Penyumbang utama toksik ini yang dikenali sebagai pahlawan Bugis pula perlu diasingkan dari masyarakat agar penyebaran virus merbahaya ini dapat dikawal sepenuhnya.

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
November 20, 2015 at 12:10 PM

Nanti najib spin... "saya pun nak ambil rasuah juga" tapi bila dah tersedar, akan spin mcm2..." saya pun nak ambil derma jugaaa"

Kasihan allahyarhsn tun rszsk dsn tun rahah..dapat anak yang tidak amanah. Sdakah tun razak aman di dln kubur?

Fikir2 kan lahhhhh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2015 at 5:27 PM

Diaorang ingat diaorang boleh hid up senang Dan bahagia dengan cara khianat Dan menipu. Termasuklah yang bersekongkol dengan mereka. Bukan saje anak cucu orang lain yang Akan sumpah seranah mereka tetapi anak cucu mereka juga.

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2015 at 7:31 PM

Maaf,komen agak pedas.Hassan bergurau tak kena tempat.Segelintir menteri yang dilantik oleh (Y.A.B N) hanya pandai bercakap besar.Apakah ini contoh pemimpin yang baik untuk rakyat?#aku hanya mampu tersenyum sinis#

Post a Comment