........... Cabaran 1MDB - Tunjukkan Siapa Yang Pernah Memuji 1MDB ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Cabaran 1MDB - Tunjukkan Siapa Yang Pernah Memuji 1MDB ! ?

Saturday, November 7, 201537comments



Sebenarnya dah lama juga saya mencari kot2 adalah artikel yang memetik kata2 dari mana2 pakar ekonomi ke, dari banker ke , dari kewangan ke atau majalah2 bisnes ke .... yang MEMUJI cara bisness model 1MDB yang dikatakan oleh Najib sebagai terlalu Idealistik ..... ADA TAK ? Sebab saya tak pernah jumpa pun lagi.

Serius ni , saya nak baca dan nak tahu apa kelebihannya 1MDB yang begitu disanjung tinggi oleh pro Najib, termasuk kepimpinan Umno dan para Menteri. ADA TAK ?

Setakat Salleh Keruak atau Rahman Dahlan tu .... tak payah buat lawak lah. Husni sendiri tak pernah saya baca dia ada puji 1MDB, dia lebih kepada Plan Rasionalisasi Hutang jer.

Mungkin ada yang kata, kalau 1MDB itu teruk, kenapa banyak bon2 1MDB yang dibeli, sampai berbilion2 untuk dijadikan modal oleh 1MDB ? 

Well ...... rasanya selain dari bank2 yang kerajaan ada sedikit sebanyak pengaruh ( seperti Maybank, Bank Islam, CIMB dan RHB ) dan GLC serta lubuk2 duit yang kerajaan ada pengaruh, rasanya TIDAK ADA syarikat kewangan yang kerajaan tidak kawal, yang ada menyuntik dana ke dalam 1MDB.....     ADA TAK ?

Malah, Glodman Sachs yang begitu sinonim dengan 1MDB pun tak yakin dengan 1MDB ! Habis tu bon2 1MDB yang diuruskan oleh Goldman Sachs itu, apa citer ? 

Jangan lupa, WAJIB ADA PENJAMIN iaitu IPIC. Kalau 1MDB atas kredibilitinya sendiri, tak laku beb !

Syarikat2 lain biasa kita baca artikel2 pujian kan ...... tapi 1MDB ? Makanya saya tanya ni ..... eh, SAYA CABAR lah senang citer, ada tak mana2 pihak berkredibiliti yang ada memuji 1MDB ?

Kalau ada sila berikan linknya, akan saya artikelkan dengan rasa penuh kebanggaan dan patriotik.

Kalau takde, ini bermakna tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan 1MDB ini, kan ?  TAPI ....... kenapa kepimpinan Umno bersungguh2 mempertahankan 1MDB ? Hinggakan yang bertanya dan yang mengkritik 1MDB semua mahu dikenakan tindakan buang jawatan dan keahlian parti.... apa rasional mereka ?

Kenapa pemimpin2 kerajaan juga begitu bermatian mempertahankan 1MDB ? Hingga ada permit paper pun digantung malahan ada yang ditahan dalam penjara ...... titah Majlis Raja2 Melayu pun dibuat endah tak endah jer, so di mana DAULATnya 1MDB ni ?

Anda fikir sendirilah apa maksudnya ..........

Pro Najib tak perlu komen kalau nak cuba lari topik ya. Soalan artikel ini mudah saja, baca tajuknya. Anda sokong dan pertahankan 1MDB mesti ada alasan yang munasabah yang boleh menunjukkan betapa bagusnya 1MDB dari segi ekonomi ..... contohnya berdaya maju, menjana ribuan pekerjaan kepada rakyat ..... ADA TAK ?

Share this article :

+ comments + 37 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 7, 2015 at 2:31 AM

DT pernah tak Nazir Razak memuji 1mdb? Rasanya tak pernah kot walaupun adik sendiri seorg banker yg dihormati malahan adik sendiri pun tidak meluluskan pinjaman utk 1mdb dan jika kita bertanya gulongan professional dlm bidang ekonomi dan kewangan rata2 menyatakan bisnes 1mdb ini hanya akan bankrapkan kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 4:23 AM

Satu persoalan pokok adalah,

"Mengapakah orang melayu, beragama islam yang kononnya ramai berilmu dalam bidang agama (memanggil diri mereka mufti, ustaz, ustazah, penceramah bebas, pendakwah dan mereka2 sewaktu dengannya masih

1. Mempercayai dan tidak mempertikaikan
2. Membisu dan tidak menegur

berkenaan dengan kemelut PM viz 1MDB dan RM2.6bil?"

Mana majlis fatwa kebangsaan....mengapa tak ambil peduli?

Mana professor2 yang sangat gah dalam TV apabila berceloteh namun menikus dalam kes 1MDB?



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 5:31 AM

saudara Din,orang dah malas nak comment. malah meluat ada lagi dan bagi pemimpin umno yang begitu taksub dgn 1MDB, mereka menjaga kepentingan sendiri atau mereka terlalu bongok untuk berfikir, atau sudah di ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 6:42 AM

Ayoo! abang Din,lu tak tahukah ambil tanah dengan murah,kasi jual balik harga banyak tinggi.Inikan excelent punya bisnes ada betulkah.Apa mau susah TH,KWSP ada bukankah semua ini tabug duit?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 7:02 AM

Najib kata 1MDB strategic fund. Sebenarnya ia lebih sesuai dipanggil tragedy fund to the nation. Najib tak baca sejarah ke. Tengok Marcos, Shoharto, Shadam Husin, Muamar Ghadafi. Husni Mubarak. Mereka berkuasa lama dan hebat. Penuh licik dan menindas. Dikelilingi kaki bodek macam zahid. Rahman Dahlan . Salleh.keruak .Azalina affandi .KPN dll. Ada yang dibunuh. Dibuang jawatan. Diancam. Semua itu adalah kerja pemimpin yang saya sebutkan. Macamana cara mereka mati. Semuanya terseksa didunia lagi. Hina sehinanya. . Najib ingatlah. Mereka yang mengampu lah yang akan meninggalkan engkau terlebih dulu. Isreri tersayang engakaulah yang akan lari dan t8nggal dimahligai Hollywood dan New York. Yang akan menjengok engkau ialah ibu. Adik beradik dan bekas ister engkau. Taubatlah segera.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 7:22 AM

Why, because nobody really knew about the going-ons in 1mdb except for a select few. Even most of the ministers did not know about it until it was exposed in the open. After that, most of them tried to show that they were clever enough. These are the ministers who, I am sure, will find that they will be of their jobs as mps in the next election

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 9:18 AM

Nazir tahu lebih awal bahawa mastermind dlm 1mdb tu adalah Mak lampir dahagakan duit...beliau betul2 berdarahkan Tun razak....harap beliau tidak mengikut jejak langkah abang beliau supaya legasi Tun razak tidak setaraf selipar jepun!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 9:50 AM

Mereka sebok mencari duit berceramah kot sehinggajan tak ambil pusing pasal 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 10:03 AM

1MDB adalah $$$$$. Mereka yang menyokong sebenarnya faham 1MDB bernasaalah tapi masih mampu menghasilkan $$$$$. Yang menyokong perlukan $$$$$ dan inilah masanya dan mereka mesti lakukanya. Pendekata secara jujurnya semua orang perlukan duit dan dengan menyokong mereka akan mendapat banyak $$$$$ yang mereka tak pernah mimpikan. Saya penuh yakin tidak semua yang menyokong faham 1MDB dengan khusus. Tapi demi $$$$$ mereka terpaksa menyalak dan nenggigit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 11:19 AM

Najib dan kuncu2nya menyedari tinggal 3 tahun je kuasa mereka. Inilah masanya nak rembat harta negara secukup cukupnya sebagai bekal bersara nanti. Beban biar rakyat yg tanggung. Tengok Zahid pun nak bawak 1.5j bangla dlm 3 tahun. Kos bangla2 dtg atas biaya sendiri dgn gadai tanah rumah ayam itik lembu kerbau di kg halaman mereka. Dan kroni2 yg bawak dtg pun cekik komisyen dari bangla2 itu tanpa peduli pun kalau semua 1.5j bangla tu nanti sampai sini ada kerja atau tidak. Dah banyak berlaku majikan (kilang2) ambik pekerja asing ramai2 tapi ada masa produk keluaran mereka kurang dpt order. Kerja utk mereka dicatu, gaji kurang, overtime tak ada. Sudahnya..? Bangla2 yg dtg tu ada hutang nak dibayar di kg halaman mereka, kalau tak ada duit makan pun tak cukup apa mereka bakal buat agaknya..??? Kita rakyat ni yg akan menghadapi kerenah mereka. Macam2 masalah bakal timbul.. Siapa yg hadap nanti? Rakyat juga dan anggota pasukan keselamatan yg berpangkat rendah jadi mangsa..
Kalau lagi 3 tahun Najib bungkus, dah sediakah bakal pengganti menghadap segala macam beban hutang yg ditinggalkan? Sanggupkah hari2 pening kepala mencuci taik yg ditinggalkan? Wallahua'lam...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 11:20 AM

ehhh bro din, ramai yang puji bro. blog prepaid dan postpaid banyak puji. tapi artikel tu masuk tong sampah la . fakta ikut apa yg 1mdb beri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 12:02 PM

1mdb ni kan syarikat broker mana pernah pakar2 ekonomi memuji mana2 syarikat broker

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 7, 2015 at 12:04 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Kepada saya, sesiapa yg menyokong Najib dgn isu 1MDBnya itulah yg menyokong dan memuji kejayaan syarikat milik kerajaan Malaysia itu. Cuma mereka tak gheti nak tulis bagi menyokong syarikat itu. Yg mereka tahu cuma sokong Najib. Apa kata Najib semuanya betul, walaupun kemudiannya terbukti tipu dan bohong.

Justeru, Bro Din tak akan jumpa sesiapa pun yg puji kejayaan 1MDB - sama ada dalam bentuk tulisan mahupun komen dimedia sosial secara ilmiah.

Kenapa mereka yg sokong Najib dgn 1MDBnya tak pandai nak tulis sokong syarikat itu. Jawabnya kerana mereka sendiri tak tahu apa-apa mengenai operasi 1MDB. Sebelum isu 1MDB meletop, tak ada menteri kabinet yg tahu. Semuanya beroperasi dgn tunjuk ajar Jho Low dan mama...... Semuanya rahsia.

Rahsia punya rahsia, hinggakan penajawat jawatan penting dlm anak syarikat 1MDB pun lari secara rahsia. Samalah seperti pembunuh wanita Mongolia yg secara rahsia boleh lari ke luar negara tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Rahsia.... rahsia..... dan rahsia....
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 12:07 PM

Saya pro umno. Serius. Terutama tun m.
Skrang sy lihat byk sb knp umno perlu merasa kalah dlm pru..semua ini refleks kd semua kehidupan harian mcm sy.
Tgk mcm sykt besar servis provider mcm astro,unifi...mereka beri servis mcm shit...internet slow..cerita ulang2..malah sgt biadap dlm layan aduan pengguna mcm jawapan unifi yg viral baru2 ini..krn apa?
Krn mereka tau..kite tiada pilihan!
Ingat x sblm muncul digi,maxis celcom berleluasa..bila maxis muncul pakej prepaid masih mhl..sampaika ade digi,lepastu lain2...& skrang berlumba sediakan pakej terbaik utk rakyat.
Sama mcm umno..sudah 50thn pegang..sampai x malu lnggsung dgn rakyat..sbb apa?
Sb umno percaya rakyat tiada pilihan-at least baki 3 thn ni la sblm pru lg...
Sykt2 kroni,glc mcm di atas td x segan pon sb bekap by korup umno skrang...mana mereka peduli internet slow dll..
Sb itu sy rs perlu umno rs kalah sb:
1. Supaya mereka yg korup dihadapkn ke mahkamah
2. Supaya umno x berkuasa lagi..berkuasapon sm sj-korup,rakyat terhimpit tiada pilihan...sykt2 glc pon berani buli rakyat,Elektrik,air,tol,internet,asteruk dll
3. Spy rakyat ada pilihan lg next pru..
4. Siapapon yg menang lepas ini mesti wajib akan sediakan apa yg terbaik utk rakyat dahulu utk kekal berkuasa! Baru betol kuasa d tangan rakyat!
5. Spy parti2 politik x lg rs selesa sgt bkuasa buat suka hati..
Ini bkn sains roket. Paling xpon sains politik...makin lama berkuasa makin korup..
Bkn isu kaum melayu shj skrang..fikir secara kolektif. Kebaikan utk semua.
Hapuskan monopoli gula,kereta,elektrik dll...melayu juga kena kedepan tanpa tongkat tanpa umno! Get use to it.
Ade umno pon sama sj hak melayu terhakis sikit demi sikit..tanah pon habis dijual pd org.umno makin busuk dr dlm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 1:14 PM

Yang sembang kuat kehebatan 1mdb ni penyembah dewa bugis saja lebih parah lagi setelah balik dari kursus KERIS semua puji 1mdb tinggi melangit, padahal takda satu fakta berbentuk ekonomi yang boleh menyokong kedudukan 1mdb dalam pasaran modal jauh sekali nak dapat pujian dari pakar ekonomi.

1mdb lebih terkenal di seluruh dunia sebagai a debt laden company atau sebuah syarikat sarat hutang yakni syarikat yang hanya mengumpul dan menambah hutang sejak dari awal penubuhan nya lagi, tak usah lah menunggu pujian dari pakar2 ekonomi kerana itu tidak akan berlaku sama sekali sebaliknya berusahalah membasmi kemaluan yang dicipta 1mdb dari terus membawa kemaluan kepada negara.

....................
Reply To This Comment ...................
November 7, 2015 at 2:01 PM

Masing2 nak jaga jawatan dan kedudukan masing2. Tak mungkin Jakim, Mufti, dan Majlis Fatwa akan menegur. Takpa. Dengar cerita Ulamak Pas, khasnya Us Hadi sendiri, akan jadi Penasihat Kpd Kerajaan dan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
November 7, 2015 at 2:10 PM

Menteri2 itu akan bertanding di kawasan luar bandar, felda dan orang asli, di mana mereka tahu pasti akan menang. Itu pasal mereka tidak risau apa2 kena kutuk dalam internet. Selagi ada orang2 kampung dan felda selagi itulah Umno/Bn akan memerintah negara ini. Mereka buatlah saja apa yang mereka kehendakki. Kah kah kah...!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 3:37 PM

Sb itu org pas ramai yg tolak hj hadi. Salahsatu sebab terbitnya parti amanah, adalah kerana hj hadi kemaruk nk bekerjasama dgn umno. Sebenarnya umno tak busuk. Yg busuk adalah kerana najib dan kuncu hapraknya dlm umno. Bodohlah hadi kalau terus condong umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 4:12 PM

Tak tau la saya sapa2 rakan taulan saudara mara yg ada memuji 1MDB KECUALI kambing2 kat belakang rumah saya siang malam dok cerita betapa bagusnya 1MDB...ayam2 ternakan saya yg selalu saya bagi dedak pon sama...sampai ada yg sampai tercekik dedak...satu lagi kera2 kat hutan dekat umah tu...pantang saya kutuk 1MDB maka datang la gerombolan2 diorang menjerit2 buat bising kat atap rumah. Bila report kat Perhilitan brader2 yg bawak senapang kata tak boleh tembak sebab takde kes...atap ok lagi...kena tunggu roboh sampai ada yg cedera baru boleh tembak...tu pon kata dia kena tanya boss besar dulu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 5:45 PM

Saya tak ingat tapi ada orang kuat yang kata 1MDB adalah angsa yang bertelurkan emas!

....................
Reply To This Comment ...................
November 7, 2015 at 9:08 PM

1MDB = bencana ekonomi utk Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2015 at 9:59 PM

Hak melayu terhakis sikit demi sikit.
time pm yg mana satu ? Atau mmg dari pm dulu lagi mmg rakyat dah kena screwed?

....................
Reply To This Comment ...................
November 7, 2015 at 10:28 PM

I would love to hear Dato Akhiruddin (Rocky Bru) response to this challenge.

Brubaker

....................
Reply To This Comment ...................
November 7, 2015 at 11:45 PM

Kalau 1MDB kaput...masuk jail bro..laki bini!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 12:20 AM

1MDB = 1 Malaysia Debtladen Business.

Kita telah nampak bayangan kepincangan Syarikat 1MDB. Marilah kita ramai2 doakan semuga DS Najib Razak sedar atas kesilapan yang telah ia lakukan. Kita doakanlah dia supaya berundur secara terhormat demi nusa bangsa dan Islam.

Ya Allah kau berikalahah DS NAJIB taufik dan hidayahmu. Ami .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 12:36 AM

Sejak semalam lagi aku google cari artikel dalam dan luar negara betul lah bro din takda satu pun artikel @ laporan dari pakar ekonomi yang memberikan pujian pada 1mdb kalau luar negara seperti bussines magazine, financial times, wall street journal, the economic semua tulis akan kelemahan dan perkara2 pelik luarbiasa dalam urusniaga 1mdb, kesimpulan nya pandangan pakar2 ekonomi dalam dan luar negara tiada yang baik melainkan hal burok belaka tentang 1mdb.

Oleh itu adalah satu perkara yg sia sia bagi mereka yang berusaha mempertahankan 1mdb kerana tiada asas kukuh yang boleh menyokong 1mdb selain dari rekayasa semata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 8:47 AM

Ya tepat sekali anom 12:20
1MDB = 1 Malaysia DebtLaden Business
@ Perniagaan Sarat Hutang 1 Malaysia

Menyedihkan betul, kepada pemimpin2 UMNO di semua bahagian dan cawangan silalah buka mata hati kalian serta bertindaklah dengan jujur demi agama bangsa dan tanahair, janganlah dibiarkan kerosakan demi kerosakan dicipta oleh najib cukuplah dengan segala kerosakan ini tiada lagi pilihan yang ada bagi memperbaiki segala kerosakan ini selain dari mendesak agar najib meletakkan jawatan supaya pemulihan ekonomi negara dapat digerakkan semula memandangkan para pelabur luar dan dalam negara sudah hilang keyakinan tehadap urus tadbir najib, selagi najib terus mentadbir selagi tulah pelabur luar negara akan beralih ke rantau lain dan tanpa penglibatan pelaburan dari pelabur luar negara Malaysia akan menghadapi masalah ekonomi dalam bentuk jangka panjang itu yang sangat ditakuti.

Wahai pemimpin2 UMNO di bahagian dan cawangan kasihani dan sayangilah negara cukuplah dengan segala kemusnahan ini bertindaklah sekarang sebelum semuanya sudah terlambat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 12:06 PM

Soalan: Kenapa Pak Sheikh Halimunan Al Arabi beri derma RM2.6 billion kpd Najib?
Jawatan: (a) Untuk pastikan BN menang PRU 13
(b) Untuk menentang ISIS
(c) Penghargaan kerana Najib
pelihara pegangan Ahl Sunnah
wallahu Jamaah
(d) Kerana Malaysia negara moderate
(e) Untuk menghapuskan DAP
(f) Kerana Pak Sheikh luuuuv Najib.
Sila pilih jawapan yang betul.
Hadiah: RM 2.60


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 1:14 PM

Memang tiada komen positif 1MDB. Semuanya according to Najib.
Dgn izin, 'sekor' ni aje beridealistik. Yg lain pemain2 berupa tali barut yg berkepentingan.
Oleh itu, sememangnya pujian jika ada, akan terhad dlm konteks domestik sahaja & hanya dlm konteks yg ( dgn izin) bangsat & bangang!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 3:12 PM

Suatu yang baik tak payah dipuji, sejarah akan membuktikan.cuma masyarakat kabur dek bisikan-bisikan syaitan yang memang kerjanya menipu.

....................
Reply To This Comment ...................
November 8, 2015 at 6:12 PM

Bukan salah Umno.

Yg salah pemimpin atau individu yg curang ke atas kepercayaan rakyat.

Umno berdiri, hasil drpd titisan darah, keringat dan airmata para pejuang Melayu.

Melalui Umno, negara berjaya mendapat kemerdekaan.

Jangan cuba beretorik dgn mengatakan Umno perlu kalah kerana secara pasti ini adalah huraian pihak pembangkang yg mmg mahu Umno hancur.

Hina sangatkah menjadi ahli Umno?
Hina sangatkah menjadi Melayu?

Cuma persepsi yg mengatakan Melayu suka dan kena bertongkat.
Sejarah dah membuktikan org Melayu telah lama berdiri sendiri sebelum Umno ditubuhkan lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 9:48 PM

Dalam.konteks perniagaan dan tadbir urus kewangan sesuatu yang baik @ buroknya tidak perlu masa yang lama akan nampak dengan jelas di depan mata, seperi MLM @ skim cepat kaya tidak perlu menunggu akan sejarah kerana Allah memberikan manusia akal dan fikiran bagi mengenali serta menjauhi penipuan & kemungkaran, melainkan bagi mereka yang buta mata hatinya maka merekalah yang sebenarnya berada dalam kerugian kerana lebih mempercayai pada manusia tamak haloba bertopengkan syaitan dari menerima kebenaran yang hakiki jelas berada di depan mata.

Teruskan Din Turtle bongkarkan segala kebejatan dan kejahatan sesungguhnya tuan telah melakukan kerja2 dakwah tujuan memberikan kesedaran kepada ummah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 10:05 PM

masyarakat yang bangsat dan bangang sahaja kabur fikiran dihasut syaitan tetapi masyarakat yang mahu menggunakan akal fikiran nampak kebenaran yang jelas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 10:16 PM

Betul ar ? Sampai sekarang takda yg puji 1mdb ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 11:07 PM

Majority KB & KC dah tak hirau pun negara nak jadik apa..umno nak menjunam ke nak bungkus ke diaorang tak rasa apa pun...kalau sayang parti dah lama mereka bising protes kenapa 1mdb jadi beban umno sedangkan umno tak terlibat apa pun.asal peruntukan turun senyap aje lah...pentingkan diri adalah jalan terbaik buat masa ini. Selamatkan diri dgn menyokong yg atas tu..bukan susah pun sokong dan setuju aje.yg lain tolak tepi buat tak nampak.kalau umno kalah pru nnt salahkan melayu tak sokong tak undi umno.senang kan...mt senyap.. pemuda senyap semua sayap tak bebunyik..maka ahli nak buat apa... tapi kami yang non partisan sudah membuat pilihan biarpun pru 14 masih lama lagi.mampukah umno bn menang tanpa dokongan nonpartisan?mungkin PAS sedia membantu...mungkinkah?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 9, 2015 at 1:10 AM

1. Syarikat sarat hutang yang menyebabkan persepsi buruk pada negara yang mengganggu ekonomi negara ini tak penting bagi pemimpin2 rakyat yang hanya bertuhankan wang.

2. Apa yang lebih penting bagi mereka ialah sesiapa yang cuba "sentuh" perkara berkaitan syarikat hutang berbillion itu perlu ditahan dan disoal-siasat polis. Malah itu pun tidak cukup bagi mereka kerana perlu dijatuhkan sehina2nya maruah pengkritik syarikat hutang lebat ini dengan mengerah cytro mereka memburukkan si pengkritik.

3. Paling saya meluat dan benci sekali, mereka tidak ada rasa hormat langsung pada negarawan yang banyak berjasa pada negara ini. Penghinaan apa lagi sehingga semua jasa dan legasi beliau perlu dipadamkan hanya kerana beliau mengkritik syarikat banyak hutang ini ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 9, 2015 at 2:43 AM

Hehe. Terbaik bro. Satu contoh rumusan perumpamaan ringkas,padat, berunsur lucu namun tidak lari dari hakikat sebenar. Sindiran realiti bagi yang berpemikiran kritis dan kritikal

Post a Comment