........... Bila Salleh Keruak Menjawab Tun Mahathir Bagi Pihak Najib ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Salleh Keruak Menjawab Tun Mahathir Bagi Pihak Najib .....

Wednesday, November 11, 201526comments


Tadi saya komen kenyataan Tun Mahathir yang meminta kekayaan melampau Najib disiasat oleh pihak berkuasa ( @ Gaya hidup mewah sebagai bukti rasuah ) KLiK, terkini Salleh Keruak turut beri pandangan bernasnya sebagai mewakili kerajaan Najib -

"Jika ini cara sistem undang-undang baru itu dikuat-kuasakan, maka Mahathir sendiri tidak akan selamat berdasarkan gaya hidup mewah keluarganya sendiri yang terpaksa membuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan rasuah atau tidak akan dihumban ke penjara,"

 "Jika begitu cara sistem perundangan kita, maka tiada siapa akan selamat lagi.

"Anda boleh ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara hanya kerana ada yang mendakwa anda mengamalkan rasuah hanya berdasarkan kereta yang dimiliki atau rumah yang anda tinggal," - Mkini.

Dah agak pun ! Cara orang singkat berfikir, begitulah ..... sebab itu di artikel sebelum ini saya tulis -

Jadi rasanya perlu sedikit tambahan ayat supaya maksud Tun Mahathir di atas tidak dialihkan tumpuan iaitu -  Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah yang melangkaui pendapatan sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.

Satu lagi Tun juga berkata - Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, seseorang yang mengamalkan rasuah tidak akan mampu mengawal dirinya daripada membelanjakan wang itu.
Ini kerana katanya, "tidak seronok jika kumpulkan wang berkotak-kotak dan kemudiannya mati"

Biasanya begitulah .... orang yang susah payah simpan wang akan turut sama mempunyai sifat berjimat cermat dan berhati2 dalam perbelanjaan kerana mereka menghargai nilai wang simpanan itu. Berbanding dengan mereka yang mendapat wang secara mudah atau secara haram ( rasuah ), mereka ini selalunya boros. Mereka tidak dapat menghargai susah payahnya usaha mendapatkan wang itu sebagaimana orang lain. 

Biasa kan kita dengar ungkapan Duit Panas .... Duit panas cepatlah habis, orang kata.

Yang ramai bermewah2 yang dapat kita lihat itu kebanyakannya anak2 orang kaya. Mereka cuma tahu membelanjakan harta orang tua mereka saja. Tidak salah kalau bermewah kalau hasil dari usaha sendiri tapi cara mereka bermewah itu berbeza dengan cara orang yang mendapat hasil secara mudah.

Mengambilkira kenyataan2 sebelum ini, Persoalan UTAMA yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir adalah - Adakah Najib dan keluarganya hidup bermewah melangkaui pendapatan Najib

Cuba jawab yang itu saja. Lepas jawab soalan itu baru boleh tanya soalan2 lain yang berkait atau tidak berkait contohnya Mahathir pun kaya juga, anak2 Mahathir pun kaya juga  bla bla bla....

Itupun satu perbezaan utama antara pro Najib dengan pro Tun Mahathir. Pro Tun Mahathir tidak kisah kalau Tun disiasat harta kekayaannya asalkan kekayaan Najib turut sama di siasat. Tapi pro Najib tidak akan sebut samada mereka setuju kekayaan Najib disiasat sama, mereka hanya ungkit kekayaan keluarga Tun Mahathir.

So.... apakata kita semua sepakat, baik yang pro Tun, pro Najib dan juga yang ditengah2, kita semua tuntut pihak berkuasa siasat serentak kekayaan keluarga kedua2 Tun Mahathir dan Najib secara serentak ?

Bagi saya lebih patut didulukan pihak yang sedang berkuasa sebab orang yang dah pencen tidak ada lagi kuasa untuk songlap berbanding orang yang masih pegang kuasa ( kalau terbukti orang itu berrasuah ) Tapi kenyataan ini pun akan dipertikaikan, maka kita tuntut mereka berdua di siasat serentak.

Ada Berani ? 

                              *********************

Salleh Keruak juga ada berkata

"Oleh kerana Dr Mahathir mahu rakyat untuk menentukan masa depan sendiri, bagaimana jika mereka memutuskan masih mahu Najib sebagai perdana menteri?

"Bersediakah Mahathir untuk bersetuju? - Mkini.

Satu persoalan segera timbul - Masa bila yang rakyat diberi pilihan untuk memilih Perdana Menteri ?

Masa PRU, rakyat hanya pilih parti sebagai kerajaan bukannya siapa yang jadi PM. Atas parti pula yang akan pilih siapa nak jadi PM, biasanya si Presiden lah.

Selama ini yang mempunyai hak memilih siapa PM adalah parti Umno saja ( mengikut cara pemilihan mereka ), bukannya rakyat.

Jadi apakah Salleh Keruak mahu sarankan supaya pada masa PRU14 nanti, BN akan gunakan slogan PILIH NAJIB SEBAGAI PM, UNDI BN ! ?

Pendek kata - Jadikan faktor Najib jadi PM sebagai antara faktor utama pilihan rakyat dalam membuang undi.

Tak salah rasanya, sebab sekarang ni pun nampak sangat dah Najib ni macam one man show jer. Isu peribadi Najib dah jadi isu kerajaan. 

Kita nak tukar Najib dengan PM lain dikatakan kita nak jatuhkan kerajaan. Dengan katalain, Najib itu adalah kerajaan BN. 

Dengan cara kempen sebegitu, senang sikit pilihan buat kami yang tak suka kepada Najib sebagai PM. Janganla sebut bab parti Melayu, kerajaan Melayu atau menakutkan kami melalui ancaman Dap jika menang bla bla bla .... itu akan hanya buat orang macam kami ini serba salah. Jadikan Najib sebagai PM itu kempen BN PRU14.

Ya, jika BN terus juga menang atas faktor Najib, then fine, kita akan terima seadanya dan blog ini juga tidak akan kritik Najib lagi dah. 

Tapi ini tidak.... bila berkempen tak disebut Pilih BN bermakna pilih Najib. Bila menang jer, habis dicanangnya sebagai konon kemenangan itu sebagai bukti rakyat pilih Najib.

Di bawah Najib ni, macam dah tidak ada bezanya siapa yang perintah pun.... Umno ke Dap ke, sama saja. Tengoklah betapa bersungguhnya kerajaan Najib ni mahu serahkan apa yang kita pertahankan selama ini melalui TPPA ....

PS - Ni artikel dari blog Salleh Keruak 

KLiK


Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2015 at 9:16 PM

Wah...jelas lagi menjelaskan...hehe ...yg pakar spin 2 cmner..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 9:26 PM

Berapa percent rating yang diterima oleh najib mengikut survey mereka center?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 9:27 PM

Saleh keruak pun kena siasat sama adakah kehidupan perbelanjaan dia bersesuain dengan pendapatan dia, nak siasat Tun pun siasat lah tadak hal asal Najib pun di siasat sama yang si saleh keruak duk pusing ni apa ke benda jangan lah memperbodohkan diri malu lah sikit kat rakyat awak tu menteri

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 11, 2015 at 9:52 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Kita gelakkan dulu.... Kah... kahh... Kahhh.... Salleh... Sallehhhhhh....!
Nampak sangat Salleh ni bengap dan cakap ikut sedap mulut tanpa ilmu atau cukup pengetahuan.

Budak baru ambil SPM pun tahu dan faham bahawa PRU negara ini tidak bermaksud memilih PM, tetapi memilih parti yg menang majoriti untuk memerintah. Dan biasanya Presiden parti itulah yg jadi PM.

Yg memilih Najib sebagai Presiden UMNO ialah segelintir ahli UMNO jerrrr. Bukan semua ahli, satu per empat pun tidak sampai.

Sedarkah Salleh bahawa pemilihan kepimpinan UMNO kali ini telah ditangguhkan? Siapa yg tangguh? Kenapa? Apakah Najib takut dicabar? Kalau tak takut kenapa nak batalkan pemilihan?

Kalaulah diadakan pemilihan, tak mustahilkah akan ada Ketua Bahagian yg dibiayai Najib akan tonggeng gara-gara meletopnya isu 1MDB?

Apapun, jawapan atau komen Salleh itu membuktikan kebenaran dakwaan mum ubahawa dia dilantik jadi menteri kerana 'kebengapannya'. Bila bossnya dikecam dia pun melulu jawab tanpa cukup akal. Janji dia dah jalankan tugasnya membela boss beri dia 'tulang'.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 10:16 PM

Din..tepat n mantap..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 10:34 PM

Anwar dalam penjara tu pun perlu disiasat. Sudah lah Din, Tun M tiada bukti ko buat fitnah je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 11:15 PM

Salleh ni dipertanggungjawabkan oleh Najib untuk 'memperkecilkan' Tun M. Setelah tiba tiba keluar dari hutan mana dan dengan lantang bersuara mempertahankan Najib dia dapat jawatan Menteri 'terpijak'. Tapi semua kata-kata Si Salleh ni agak tidak berasas dan berbaur masam atau 'sour grape' kata orang putih. Tun M pun rasanya malas nak layan orang yang sama liga dengan Mat Maslan, Rahman Dahlan. Liga Maharaja Lawak UMNO yang diketuai oleh Zahid komedi. Tapi itu yang terbaik dimata Najib, apa boleh buat. Iyekan saja lah Jib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 11:17 PM

Salleh Keruak konon cuba menanya soalan pula......."Why Dr M not change the system when he was PM for 22 years" ??? perghhh...as rakyat I also wonder lah Mr Keruak why Dr M didn't change the system or in fact your statement herewith is perceived to suggest that your master Najib is raping the system & his minions Mr Keruak inclusive, of course!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 11:33 PM

Fitnah fitnah fitnah. Tu je Yg tau...
Sambutlah cabaran tun tu...Minta sprm bekerja pun dah jatuh fitnah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2015 at 11:44 PM

Alahai alih2 perkataan 'fitnah' lagi lagi fitnah bukan soh siasat pun boleh juga sebut fitnah oii kawan kalau nak bersihkan diri dari so called fitnah tu bagilah pihak berkuasa siasat ni duk swing saja pastu sebut fitnah tadak action samalah mengiyakan tuduhan tu pendek cerita betul lah najib songlap duit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2015 at 12:13 AM

Bro..pegi mohon jadi balaci big mom tukang angkut beg lepas shopping...dr ko mengomen kat sini tak bagi info apa pun.tgk dgn mata sendiri lah untung2 kena maki free masa ngangkut beg.hihihi tu pun kalau dapat lah...

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
November 12, 2015 at 12:18 AM

@Anonymous

Wahai anony November 11, 2015 at 10:34 PM,

Tiada bukti dengan tidak cukup bukti sama ke maksudnya? Kalo betul fitnah kenapa sampai sekarang tak saman Wall Street Journal dan Sarawak Report tu?
Jangan jadi bodoh sombong la saudara. RM2600,000,000 tu sikit je kan. Memang mane2 PM kat dunia ni akan dpt "jumlah kecil" macam tu kat dalam akaun peribadi dorang. Takde yang pelik dan meragukan pun kan?

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2015 at 12:27 AM

Kalau saranan Mahathir tu "kosong" dan tidak bernas serta tepat pada sasaran masakan salleh terkuak kuak menajawab...

Aduyai...Menteri macam ni pun masih ada di Malaysia.

Salleh perlu buat laporan polis berhubung kekayaan Mahathir...atau tuduh Mahathir rasuah...jangan lupa bagi nama penuh, nombor mykad dan alamat rumah untuk senang Mahathir nak saman..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2015 at 12:40 AM

Duit masuk juta2 dlm akaun kak ros pun fitnah ke? Dah terang2 lawyer dia sahkan tu..Apa pasal kes ni senyap ek?

Itu blm cakap pasal 2.6billion lg tu...

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2015 at 1:58 AM

Salam and good day to all

Berani kerana benar, memang tugas SPRM bila berkenaan rasuah, siasat saja semua, tidak perlu tunggu ada laporan dibuat, anything suspicious,just investigate it, like AMLA/CFT la...

Jika pemimpinnya betul, gentle lah sikit, tgk mcm Tun M, lagi sedekad je cecah seabad umurnya, masih lagi gentle( im not a fan of TDM, sorry:))

Nak jelaskan isu 2.6B pun azalina yang bagi date..apekebendenye niiiiiii...walhal duit tu credit ac DS Najib kut

TO DSNR, DONT HIDE BEHIND YOUR ACCOMPLICES(NEWLY APPOINTED CABINET)

TO DS ROSMAH, KINDLY ENCOURAGE YOUR BELOVED HUSBAND TO BE GENTLEMAN...SOMETIMES I SEE TOO MUCH FEMINISM IN HIM

TO DSNR ACCOMPLICES, YOU JUST DIG YOUR OWN GRAVE, TIME NEVER STOP TICKLING, ENJOY YOUR DAYS IN POWER

MALAYSIA BOLEH

WASALAM

....................
Reply To This Comment ...................
KJ
November 12, 2015 at 8:26 AM

Salleh Ketiak ni mungkin sudah di naikkan pangkat untuk ganti Mat Maslan sebagai national court jester. Salleh Ketiak the Maharaja Lawak. Memang tak kering gusi la aku dengar celoteh Menteri menteri kita ni ! Kejap...menteri ? Ini menteri yang cakap ? Macam ni boleh jadi Menteri ? Betul cakap Jibby, intelligence is not important as loyalty. Terbukti la sekarang dengan adegan seterusnya oleh Salleh Ketiak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2015 at 9:05 AM

Tun minta siasat harta kekayaan pun dah mengelupur macam ayam kena lenyek di tayar basikal menyalak gila sakan menteri terlebih bayar pertahankan najib siasat sajalah bukan apa pun nak takut apa kalau betul clean yang duk menyalak tu pehal

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2015 at 9:26 AM

Din,

Sistem berpelembagaan Malaysia dah pun dipersetuju mana2 parti yang mendapat undi majoriti Presiden partinyalah yg menjadi PM.

Jika berlaku perubahan kerajaan pada PRU14 dan Pakatan Harapan melantik Annuar jadi PM bolehkah rakyat tidak bersetuju oleh kerana perlakuan buruk peribadi PM tu.

Fikirlah sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2015 at 9:48 AM

Dari dulu lagi Said Keruak memang tak sebulu dengan Tun, mungkin semua pakat tanya dia kenapa ek....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2015 at 12:13 PM

hahaha banding dengan pr & anwar pulak semata nak menghalalkan cara, ini lah silibus yg di terapkan dalam kursus keris 2314 lontarkan soalan adakah pru14 kita mau dap memerintah adakah kita anwar anwar jadi pm?, oleh itu kita kena kekalkan najib sebagai pm.

Bodoh tak? bukan saja bodoh tu bangang namanya sebabnya kita tau umno tu kuat sejak merdeka hingga sekarang perentah tapi kali ni umno makin lemah sebabnya satu saja 'najib' kalau tak mau umno kalah pru14 kalau tak mau dap & anwar perintah desak lah najib letak jawatan bagi orang lain dalam umno ganti jadi presiden umno, umno makin parah duk serap masuk bagi jawatan pada makhluk pkr sedangkan pas buat pembersihan anwarinas tapi umno plak kutip tu yang mabuk semacam umno era najib ni.

Siasat lah kekakayan najib tu datang dari langit mana rakyat makin lama makin bosan dah ejensi2 kerajaan pun dah mula tunjuk penentangan pada kerajaan tak nampak kaa buta sebenarnya ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2015 at 12:40 PM

harap bro din dapat ulas sikit apa yang bang arul kanda cakap bab 1mdb pada 31/10 yang lepas sebelum penerangan sabtu depan. kita ni kurang arif bab ni, mengharapkan ulasan bernas daripada bro. nak lihat arul cakap pun sakit hati dah jadi bias pulak. so, penuh harapan agar bro dapat ulas apa yang arul cakap dalam blog jinggo. sekian terima kasih. bukan tak mahu fikir, tapi berat nak faham

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2015 at 1:11 PM

@zakir
tak pelik pun anon 10:34 PM, dah lah budusss, sombongsss plak tu..
yg dok ulang fitnah, fitnah, fitnah...jd cam nuorr plak dahh..
ni lah dianya mengong tak bertempat..

si saleh keruk ni pun satu, nak ngulas, ngomen tak guna otak..
asal dpt muja, muji boss, taik yg kluar dr mulut pun kira halal, wangi..
mana gatal boss, kat situlah dia ngeruk..

org bisnes, dah tentu ada untung rugi..
ada yg jd jutawan, billiyonawan, ada yg rugi jatuh bangkrap..
yg penting, bayor cukai, zakat dll..
boleh cek dgn LHDN, lapuran kewangan tahunan (Annual Report) syarikat, P&L syarikat, dll..
klau penjawat awam plak, dgn gaji sekian2 & perbelanjaan melampaui pendapatan, dah tentulah jd musykil...
apa bisnes sampingan dia, bisnes MLM ke, ada org derma juta2 biliyon2 ke..perlu lah siasat..lagipun dah ada akta dlm MACC perihal penjawat awam ni..

Lemah betullah dpt menteri lembab, setia-yg-membangankan-diri-sendiri ni..

....................
Reply To This Comment ...................
EsDe Taiping
November 12, 2015 at 4:45 PM

Tag pru14...UNDI BN = UNDI NAJIB JADI PM

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 12, 2015 at 5:36 PM

@Esa AdamSalam Sejahtera,
Jawabnya boleh.
Contoh lihat apa dah jadi dgn Wan Azizah bila dia menang PRK DUN Kajang yg diusulkan PR untuk jadi MB Selangor.
Bagaimanapun, Sultan Selangor ada kuasa penentu. Sultan tolak dan tertolaklah apa yg mereka usulkan.
Justru, kalau Nuor pun macam tu lerrr.....
Kalau dia dicadangkan parti pemenang PRU 14 nanti untuk jadi PM, Yang DiPertuan Agong ada kuasa membatal atau menolak untuk pilih orang lain.
Lagipun Nuor bukannya Presiden mana-mana parti politik di Malaysia ni. Dia cuma sekadar penasihat jerrrrr..... Macam melukut tepi gantang. Masuk tak menambah, keluar tak
mengurangkan.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2015 at 10:53 AM

Ahli UMNO buat lah apa yg patut. Ganti presiden dgn org lain... org itu lah yg akan jadi PM baru.

....................
Reply To This Comment ...................
tara ku ca ca
November 13, 2015 at 3:17 PM

Rakyat memutuskan masih mahu pahlawan bugis PB sbg PM?

X tahu saya asas dari mana dia guna utk buat kesimpulan itu. 47% undi PRU dulu? Itu pun utk BN, maka kurang lagilah utk UMNO Baru, apatah kurang lagi utk PB. Belum lagi kita cerita tentang kemelestan 47% itu skg: agaknya x sampai pun 30%. Nak kata ada 3 juta ahli? Kalo mereka mengundi pun itu utk Umno ler hai.

Hakikatnya si president lah jadi PM. Siapa angkat si Presden? 47% rakyat Msia? 3 juta ahli? Tak tak tak! Tapi KB-KB dan konco-konco mereka. Berapa org tu Tuan Syed Keruak? Mm....tak sampai 400 orang kalo x silap. Mak datuk, begitu senang sekali jadi PM....x sesusah spt Keruak bilang "rakyat masih mahu..."

Apatah lagi senang apabila ada dermaaan RM2 600 000 000, kan gitu Keruak? Hang ni dalam liga bodek 1M la; nama mu Keruak skg berada di anak tangga paling atas. Si Maslan tu pun dah jatuh macam Chelsea.

Ataupun hang ni masih jet lag sebab penerbangan dari Malaysia Timur kot?

Post a Comment