........... Arul - Kerajaan Hilang Aset dan Berbilion Ringgit Itu Tidak Rugi ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Arul - Kerajaan Hilang Aset dan Berbilion Ringgit Itu Tidak Rugi !

Monday, November 16, 201519comments


1MDB TIDAK RUGI selepas Pelan Rasionalisasi Hutang ! Tak rugi ? Biar betul beb ..... tapi itulah dakwaan Arul Kanda. Selepas jual aset bagai, 1MDB akan masih punya baki RM10-12 bilion, itu menunjukkan yang 1MDB tidak rugi ?

Adakah masih ada yang begitu senang ditipu dengan spin sedangkal itu ? Yalah kot... sebab kedengaran bunyi hadirin yang kebanyakannya terdiri dari orang Umno bertepuk tangan. Dan pro Najib pun ikut sama sebarkan.... maknanya mereka pun percaya jugalah. So .... terpaksalah kita layan juga bagi membetulkan spin Arul 1MDB.


Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB dikatakan akan membawa lebih 42 bilion di mana

-  16-18 bilion melalui Edra, 10-12 bilion melalui Bandar Malaysia  ( 60% ekuiti ) dan 16 bilion melalui IPIC ( pindahan deposit tunai dan Just Unit )  - Bukti Aset melebihi Hutang

- Pihak pembangkang suka bercerita semua aset akan dijual dan semua hutang akan dilangsaikan, jadi kerajaan akan rugi sebab ... dulunya tanah kepunyaan kita, tapi sekarang kita dah jual untuk bayar balik hutang. Itu tidak benar sama sekali !

Setelah dijual semua itu, Jumlah Aset yang masih kepunyaan 1MDB RM10-12 bilion yang terdiri dari -

- aset yang masih 1MDB miliki Baki 40% Bandar Malaysia ( bernilai RM4-5 bil ), baki tanah TRX yang bernilai RM5-6 bil, tanah di Ayer Itam ( RM1 bil ) dan tanah di Pulau Indah ( RM300 juta )




KLiK ke Youtube.


Apakah makna RUGI di sini ? Secara mudahnya, bila harta kita ( baik tunai atau aset lain ) makin kurang dari sebelumnya, maka itu namanya RUGI. Kalau aset bertambah dari sebelumnya, itu dinamakan UNTUNG.

Juga secara mudahnya, sebelum 1MDB wujud :

- Tanah TRX adalah milik kerajaan sepenuhnya dan selepas dijual akan hanya berbaki RM5-6 bilion.

( Kenapa Arul tidak sebut berapa peratus % kah tanah TRX akan dijual ? Arul hanya sebut selepas Plan Rasionalisasi Hutang, baki TRX milik 1MDB hanya RM5-6 bil.  Itu merupakan berapa % dari keseluruhan tanah TRX ? Arul hanya sebut secara spesifik Bandar Malaysia dan Edra, selebihnya adalah pindahan deposit dan Unit kepada IPIC. Arul tidak sebutpun TRX..Apakah tanah TRX terpaksa dijual kepada IPIC sebagai sebahagian dari pertukaran Aset - Tunai ?

Apalagi aset 1MDB yang ada untuk diserahkan kepada IPIC selain TRX, yang tidak disebut oleh Arul ? )

Katakanlah ( ini cuma contoh saja sebab Arul tidak sebut secara spesifik bab TRX ) 5-6 bil itu merupakan 30%  dari TRX, ini bermakna 70% atau lebih RM11 bil hasil jualan TRX sudah hangus !

Dari elok2 kerajaan ada 100% atau RM16 bil nilai tanah TRX, nanti akan cuma berbaki 30% atau RM5 bil saja ........ Apakah itu bukan satu kerugian ? ( Orang Umno pun tepuk tangan ..... )

- Begitu juga dengan Bandar Malaysia. Dari elok2 menjadi hakmilik penuh kerajaan yang bernilai RM15 bilion, nanti akan cuma berbaki RM4 bilion saja. Perbezaan RM11 bilion itu bakal lesap untuk bayar hutang ...... Tidakkah itu satu kerugian ?

- Bolehkah Edra dijual dengan harga RM16-18 bilion ? Kalau tidak, di situ sudah ada perbezaan bernilai berbilion juga sebab kos Edra adalah RM18 bilion. 

Bagaimana dengan kos kewangan atau bayaran faedah sebanyak RM5 bilion yang diumumkan oleh Arul sepanjang 5 tahun itu ? Bukankah itu satu kerugian ?

Serius beb, saya tak faham bagaimana Arul boleh kata yang 1MDB tidak rugi sama sekali. Saya juga tidak faham apa yang dibanggakan oleh ahli Umno akan kerugian berbilion2 itu sehingga mereka menepuk tangan memuji Arul ?

Oya, kalau benarlah tanah di Ayer Itam itu bernilai RM1 bil, kenapa tidak dijual yang itu terlebih dahulu ? Kenapa tanah Ayer Itam itu yang disimpan oleh 1MDB ?

Dan juga, apakah 1MDB akan bayar balik RM950 juta standby credit yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini ?

Pendek kata, 1MDB ini sudah GERENTI RUGI dalam tangan. Syarikat yang nak bangkrap saja yang akan jual harta benda untuk bayar hutang. 


Jangan lupa, Isu 1MDB bukan hanya mengenai Plan Rasionalisasi Hutang tapi juga mengenai CARA transaksi2 lama dilakukan. Seperti kata Najib sebelum ini, siapa saja yang bertanggung harus dikenakan tindakan tegas.

Setakat ini, yang dikenakan tindakan cuma mereka yang bukan dari 1MDB !

Betullah seperti nukilan JMD ( KLiK ), amat memualkan mendengar ayat2 beliau yang hanya layak untuk telinga orang bodoh saja. Kerana hanya orang bodoh saja yang akan mengiakan kata Arul jika kita kehilangan 60% harta kita dan berbilion2 ringgit, itu Tidak Rugi !

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 11:17 AM

Dalam dunia arul najib ni... aset turun dari rm52bil kepada rm12bil tu kira untung besar beb!!
Kah kah kah kah kah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 12:33 PM

aku pun malu nak nyatakan aku penyokong UMNO sbb nampak sgt orang2 UMNO yang dok dgr kencing Arul 1MDB tu da terlebey bodo... smp boley tepok2 tangan lg... mampus la Melayu cam ni... patutla tkder Melayu pun dalam kalangan penasihat Pemimpin Aula... tk abis2 la Melayu ditipu kalinga n cinabai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 12:46 PM

Sy percaya ramai lg percaya

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2015 at 12:59 PM

Clap clap clap org umno bodoh tepuk tangan...dlm hati arul kanda kata memang bodoh diaorg ni..aku kelentong pun diaorg percaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 1:16 PM

Most of the time, most of the people get what they deserve. And truly a good section of the people deserve 1MDB.

Perhaps a better question than the one on profit or loss incurred by the company is the following (and which should be raised with the concern parties all the time): just tell us, the people of Malaysia, one single benefit accruing from the setting up of the 1MDB.

If I am not mistaken from the very beginning the company's website talk about bringing the middle eastern investments to Malaysia. Hence, please enumerate them all.

But from what I can see from the very beginning billions of ringgit have instead gone to the Bedouins (and their colluding partners in crime)!

May Allah swt deal with the people concern in no time. May Allah swt make us who are at the receiving end of their treachery deserving of His blessings.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 2:22 PM

Siapa la org UMNO yg bertepuk tu, bodo sgt la tu....buat malu je, nampak sgt x berpelajaran, memang btul kata TDM...x faham ke makna rasionalisasi tu utk settle hutang...org nk tau mana p hutang tu?

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2015 at 2:26 PM

Salam din,

Mana ada rugi din, yg lebih tu semua masuk poket rakan2 subahat depa, depa peduli apa dgn rakyat, 1MDB = syarikat swasta nihh

Kesian, x smpi 5 tahun, company ni dh kena proceed dgn PELAN RASIONALISASI HUTANG, BERHAD PULAK TU,

Haaih, bijak betul sapa yang pioneerkan benda 1MDB nih..nampak sgt KEBENGKOKAN business modelnya yg dikatakan too idealistic nih

Sedey sedey

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2015 at 3:12 PM

Brader Din saya just nak beri sedikit pencerahan. Yang disebut 1MDB bayar lebih untuk IPP smpai 'dapat' Goodwill adalah untuk 3 IPP (2 IPP generasi pertama + 1 IPP generasi ketiga). Yang Arul cerita 1MDB masuk bid dalam rundingan semula PPA generasi pertama, yang dia kata tariff yang lebih rendah tu, hanya melibatkan 1 IPP sahaja iaitu Genting Sanyen. Itu pun bekalan tak lebih 10 tahun.

So nampak tak temberang dia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 3:19 PM

@Hussein Hakim
Salam Tuan DT & Hussein Hakim,
betul cakap tuan tu..
- dari dulu dok canang aset lebih pada hutang, ie, 52B > 42B

- TAPI, bila dah setel "pelan rasionalisasi" tu nanti, aset tinggal 12B (siap kabor dgn nada ego bangganya, diiringi clap clap clap lagi drp pasukan tukang sorak)..
- YANG PASTI, jumlah aset sebanyak 40B (52B-12B=40B) ilang gitu saje..???!!!
- bermakna aset tukar tangan, tapi kerajaan tak dapat apa2..!!!!
- yang ni diorang tak nampak ke, atau yang hadir semua tu dah diaatur..??
- cuba buat majlis soal jawab & penerangan dgn pengkritik2, takyah jemput ramai2 sangat, jemput yg kritikal je..kalau terlalu ramai, tak dpt nak kemukakan soalan2 & soalan2 lanjutan (soalan lanjutan ni biasanya terbit drp jawapan pihak Cik Wan tu sendiri)
- buat sehari suntuk, biar sampai abis modal nak nyoal..ade bran ke si Arul ni..hehehe
- kalau takut ajak sekali semua mangement & BOD Cik Wan

Wallahu'Alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 3:28 PM

Bukan semua orang UMNO bodoh...yang bodoh yang dah makan dedak...atau yang buta mata hati

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2015 at 3:33 PM

'You can fool a man at a time, but you can't fool all men all the time'. Anda boleh menipu seseorang pada satu masa, tapi anda tidak boleh menipu ramai (semua) orang pada setiap masa.

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2015 at 4:42 PM

Arul adalah badut terbaik pilihan najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 6:05 PM

mat maslan kata dah jalankan tugas, sharir kata, kenapa pembangkang tak datang nak tanya soklan. masalahnya kat orang ni, pengkritik tanya lain, lain pulak dijawabnya. sampai dana kat cayman pun dah kena putar. abis 1malaysia kena tipu dengan arul, sampai menteri kewangan menipu dalam parlimen, kemudian buat pembetulan, tipu juga lagi. menteri kewangan kedua pulak menipu dalam soal jawab dalam tv pasal arul tipu mereka dalam fakta yang diberi. kemudian para blogger prepaid dan postpaid pakat puji arul, junjung ahjibgor yang dok tipu sampai ke dalam parlimen. pembangkang pun bikin bodoh tak tanya pulak dalam parlimen. abis kita semua dibodohkan arul. yang untung prepaid dan postpaid serta penepuk tangan kerana dapat bayaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 6:20 PM

Kajaan bagi aku tanah balak 10 ribu ekar dgn bayaran murah tujuan supaya aku majukan tanah tu tanam kelapa sawit boleh supply kat negara so dlm jangka panjang kajaan untung aku pun untung rakyat gembira.

Masalahnya aku tadak pengalaman dalam pertanian maka aku jual tanah tu dengan balak2 sekali untuk bayar hutang2 aku, bijak tak aku meniaga?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 6:53 PM

DT,

sebenarnya dua-dua pihak adalah betul: 1. ya! tidak rugi dan 2. ya! rugi. ini kerana tidak ada black dan white dalam gelanggang politik. makanya jalam ke depan ialah mengeBAN mana-mana kerejakun daripada terlibat dalam aktiviti keparat (baca: koporat).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2015 at 11:06 PM

Tak payah road show pasal 1mdb, jawap aje kat pac and present to parlimen......... Yg isu nya mana duit to pegi bukan nak settle hutang. Itu kerja arul . Mana duit pegi arul has no clue ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2015 at 7:20 AM

1mdb mmg la untung bro. modal sejuta, pas tolak utang semua bleh ada lagi 12 billion. yg rugi rakyat malaysia sbb tanah mahal kat kl abis kna jual.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2015 at 5:04 PM

Motif penubuhan 1mdb pun sudah tidak relevan jika untuk sumber tenaga kita sudah ada petronas & tnb, untuk hartanah & pelaburan kita sudah ada khazanah nasional, untuk pertanian kita sudah ada lth mkd pnb semua tu sudah berpengalaman penuh dalam sektor2 terlibat, jadi apa tujuan dan keperluan menubuhkan syarikat di bawah kementerian kewangan, sejak bila pula kerajaan sudah mula menukar polisi dengan menubuhkan syarikat 1mdb untuk meniaga dengan rakyat?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 17, 2015 at 7:39 PM

@AnonymousAssalammualaikum kawan!
Maknanya 1MDB ditubuh untuk tujuan lain. Bukan untuk berniaga sangat. Perniagaan atau apa yg dibeli oleh 1MDB itu pun sekadar 'wayang' jer.

Matlamat sebenarnya ialah untuk kumpul duit bagi tujuan membeli penyokong dan pengaruh.
Yg lebih utama ialah untuk membeli KUASA.

Akhirnya, hutang betimbun tak terbayar, perniagaan entah ke mana, harta negara jadi mangsa. Bagaikan seorang anak yg menghabiskan harta pusaka peninggalan datuk dan ayahnya demi 'cash us king'.

Post a Comment