........... Arul - Dana Cayman Belum Tebus Sepenuhnya la .... Pulak Dah ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Arul - Dana Cayman Belum Tebus Sepenuhnya la .... Pulak Dah ! ? ?

Saturday, November 14, 201511comments


Ni satu lagi goreng dari Arul, kali ini mengenai Dana Cayman yang sebelum ini dah jadi aset kemudian jadi Unit .... rupa2nya MASIH BELUM DITEBUS SEPENUHNYA ! ???

..... Arul Kanda Kandasamy mengesahkan sejumlah RM4 bilion (AS$940 juta) dalam bentuk unit amanah yang dilaburkan dalam Brazen Sky Limited yang didaftarkan di Pulau Cayman masih belum ditebus.

Beliau berkata, pihaknya akan menebus unit tersebut dan dipindahkan ke International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi membayar hutang yang ditanggung 1MDB. - TMI.

Huh ? Mana satu daa ? Dah tebus ke belum ? Macamana benda semudah nak sahkan DAH TEBUS atau BELUM TEBUS pun boleh tersilap dan kesilapan itu pula terbiar berbulan2 lamanya ? Kemudian penerangan demi penerangan diberikan yang semuanya berubah2 fakta ...... APA CITER NI 1MDB  ? ?

Pendek kata, apa yang Najib kata dalam jawapan bertulisnya di Parlimen bulan Mac lalu adalah 100% PALSU !



Nilainya SALAH - Bukan USD1.103 bil tapi USD940 juta

Bentuknya SALAH - Bukan tunai tapi Unit

Lokasi SALAH - Bukan di Singapura tapi di Cayman

Fakta SALAH - Dikatakan sudah ditebus tapi rupanya BELUM tebus lagi

KESEMUA yang disebut oleh Najib itu adalah SALAH !

Alasan peraturan Bank Negara yang menyusahkan itu .....well, yang ini hanya Najib saja yang tahu dari mana datangnya. Maksud saya, kalau bendanya tak ada pun, bagaimana alasan itu boleh ada pulak ? Kecuali alasan itu sengaja direka !

Don't tell me PM kita mereka-reka jawapan Parlimen pula....

                               *****************

Bulan lepas semasa menjawab isu pendedahan minit mesyuarat ahli lembaga pengarah 1MDB, Arul dilaporkan berkata -

“What was unfortunately not made clear, was that the redemptions happened partly in cash and partly through the sale of fund units, with cash payment being deferred,” he said. - Thestar 10/10.


Cash deferred ni bermaksud -  Jual dulu, duit dapat kemudian ( tunai tertunda ) Bermakna, hak sudah dipindah milik cuma bayarannya settle kemudian.

Whatever lah .... agak teknikal kalau dipanjangkan. Apa yang penting adalah - APA CITER SEBENAR NI 1MDB  ? ? ?


Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 4:30 PM

Ni klu tny lps sebulan lagi.. jawapan mesti lain.. ni baru sorg bg jwpn.. belum balaci2 lagi. Cuba tny najib, sama ke tak jwpnnya

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2015 at 5:10 PM

Biasalah Bro DT. Orang yang menipu ni tak ingat apa yg dia cakap. Orang yg ditipu takkan lupa apa yg si penipu ni cakap sampai bila2. 10 kali tanya benda yg sama 10 jawapan yg berbeza kerna Tuhan menganugerahkan sifat pelupa untuk puak2 penipu ni.. Benarlah kata Tuhan tu bila tiba kebenaran maka lenyaplah kebatilan. Salute you Bro

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 5:15 PM

Pelaburan apa yang dibuat oleh 1MDB melalui Brazen Sky tu? Jualan kangkung ke? Jual belacan ke?

Langsung tak pernah dijelaskan oleh 1MDB mengenai perkara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 6:03 PM

dalam penerangan tu, yang dengar tepuk tangan tak bila ceo arul jawab macam tu? semua yang jadi persoalan terjawab dan memuaskan hati para pengkritik tak? rasanya tak mungkin. soalan berkaitan beli ipp lama dengan harga mahal, jawab lain. mana mungkin isu 1mdb akan mati. rasanya itu semua nak kasi nampak macam semuanya ok aje.

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2015 at 7:28 PM

Hadapkan si najib tu ke select committee.. memalukan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 7:39 PM

Syabas arul kanda sendiri sudah terbelit dari cash kepada unit kepada belum tebus, apa macam najib berbelang belang lah muka kali ni hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 14, 2015 at 8:11 PM

Assalammualaikum Bro Din!
Kepada saya ini satu lagi bukti bahawa apa yg disuarakan Tun M mengenai penyelewengan dlm syarikat negara - 1MDB, memang berasas. Persoalan yg Tun M timbulkan tetap konsisten sementara pihak yg dipertikaikan - PM Najib, melalui Tukang Belanya semakin bercelaru. Penjelasan yg diberikan salaing bercanggah atara satu sama lain. Dulu kata lain, sekarang lain pulak. Esok tak tahulah apa pulak songeh yg mereka terpaksa jelaskan sebagai usaha membela boss nombor wahid.

Justeru, dakwaan Tun M bahawa PM Najib 'curi duit' dan derma Tok Arab bernilai USD700m itu sebenarnya adalah sebahagian duit 1MDB, semakin berasas dan diyakini kebenarannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2015 at 8:45 PM

Tukang tepuk tangan pun dibeli....hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2015 at 6:58 AM

Tangkap je la si Najib....dah banyak kali menipu ni. Satu pembohongan besar.....PDRM tak sedar ke dah nampak sangat unsur2 penipuan. Pelik arrr PDRM berdiam diri aja. Mmg lahanat betul laaa..

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2015 at 12:43 PM

Ha2..rakyat dan org Umno di perbodohkan dgn isu 1mdb.Amat memalukan Dsn gagal menyelesaikan nya.Lebih buruk lagi dgn tiba2 memaksa rakyat menerima Tppa.Ingat Cia dan Yahudi berjaya menyusup masuk secara halus untk menjahanamkan negara kita ini.Syg2 kerana tamak kuasa dan harta telah mengheret rakyat yg x berdosa menanggung beban tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2015 at 6:31 PM

Kalau aku kat situ,aku nak tanya kepada mereka bila nak ambil duit tabung khariat kematian di setiap kampung di seluruh malaysia??

Post a Comment