........... Apa Pulak Yang CheDet Sebut Pasal Penjualan Edra Ni ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apa Pulak Yang CheDet Sebut Pasal Penjualan Edra Ni ?

Sunday, November 29, 20159comments




Dah baca artikel terbaru chedet mengenai penjualan aset strategik negara kita oleh 1MDB kepada CGN dari negara China ? Rasanya artikel Tun kali ini tidak berapa mencetuskan impak, bukan kerana isunya remeh tapi mungkin kerana ramai yang tak berapa nak faham bila masuk bab akaun  .... termasuk juga saya.

Jadi saya pun bertanyalah kepada mereka yang arif ..... dan izinkan saya kongsi setakat mana yang saya fahamkan mengenai isu penjualan Edra ini ( tidak terhad kepada artikel Chedet )

Pihak pro Najib bersorak memuji kebijaksanaan Arul kononnya hasil penjualan Edra memberi pulangan yang tinggi dan hasilnya - Balik Modal. Kononnya 1MDb tak rugi pun..

( kita lupakan sekejap aksi mereka ala Pak Kaduk yang bersorak tanpa menyedari hak strategik negara terjual kepada negara luar. Dan kita juga lupakan sebentar alasan mereka dulu kononnya 1MDB berjasa kepada bangsa Melayu kerana membeli semula IPP dari kaum cina tapi kini 1MDB jual pula kepada BAPA SEGALA CINA ! )

Benarkah 1MDB tidak rugi ?

Dulu 1MDB beli dengan harga RM12 bil, sekarang jual dengan harga RM9.83 bil ..... bukankah kat situ dah rugi lebih RM2 bil ?

RM2 bil itu dikatakan sebagai susutnilai, maka harganya dah berkurangan selepas 2-3 tahun. OK lah .....

Bagaimana dengan hutang RM6 bil yang ditanggung Edra ? Yang itu pun dikatakan akan diambilalih oleh CGN. Berapa nilainya ? Tak kisahlah .... janji settle hutang RM6 bil itu.

CGN Group will pay, in cash, an equity value of RM9.83 billion and will assume all the relevant gross debt and cash of the Edra Operating Companies, based on a valuation date as at 31 March 2015. The transaction is expected to be completed in February 2016. - 1MDB

.
Pelik sekali urusniaga jual beli Edra ni .... standard 1MDB la tu - setiap penjelasan tak pernah yang mudah faham !  takperlah, kita layan jer. Mungkin alasannya kerana akaun yang diaudit oleh Deloitte belum siap, jadi apa saja angka hutang yang bakal disahkan oleh penilai, itulah yang akan diambilalih oleh CGN.

Tapi ada disebut juga perkataan CASH. Berapa pula wang tunai dalam akaun Edra pada 31 Mac 2015 yang turut diambil oleh CGN ? RM20 ? RM50 ? Menarik juga nak tahu .... Rasanya jumlah tunai yang dimiliki oleh Edra secara kasarnya boleh didedahkan oleh Arul. Jumlah itu boleh kita tolak dari nilai RM9.83 bil sebab ia umpama Rebat kepada CGN !

Dah mula nak blur ? OKlah, kita anggap saja harga jualan RM9.83 bil + hutang dan Tunai itu hampir sama dengan nilai yang disebut oleh Arul bulan Jun lalu iaitu RM18 bil.

Tapi bagaimana dengan kesan tukaran wang asing ?

4. It should be noted that at the time 1MDB purchased the power plants, the Ringgit was at 3.2 per US Dollar. It is now at 4.2 Ringgit per US Dollar. In US dollar terms the 9.83 billion Ringgit paid by the Chinese Company is worth much less than the 9.83 billion Ringgit paid by 1MDB.  


Maksudnya, hutang yang 1MDB buat semasa beli IPP dulu adalah dalam USD ( USD3.5 bil melalui Goldman Sachs ) tapi waktu itu kadaran tukaran wang kita adalah 3.2 pada setiap USD1. Sekarang dah jadi 4.2 Maknanya, hutang beli IPP bukan lagi RM12 bil ( + RM6 bil ) tapi dah bertambah sebanyak RM3.5 bil menjadi RM15.5 ( +RM6 bil )

Hutang kepada Goldman Sachs tetap USD3.5 bil tapi kalau dulu 1MDB kena bayar RM11.2 bil untuk selesaikan hutang USD3.5 bil itu, kini 1MDB kena bayar RM14.7 bil untuk selesaikan hutang USD3.5 bil yang sama.

Pendek kata - 1MDB telah rugi RM3.5 bil kesan kejatuhan nilai Ringgit.

Samada ia bersifat teknikal atau tidak, ia tetap penambahan hutang yang perlu dibayar. Hutang teknikal tak boleh dibayar dengan wang tunai teknikal, ia tetap kena guna wang tunai biasa. Yang terkesan tetap juga rakyat.

Ada yang kata, itu tidak dapat dielakkan. Well .... yang gatal pi beli IPP dulu secara hutang kemudian terpaksa jual sebab tak mampu nak bayar hutang, kenapa ? RUGI TETAP RUGI walau apapun alasannya.

                                         ***************************

Bagi saya Point no 7 Tun yang paling menarik kerana ia menimbulkan pertanyaan/isu yang baru -

7. Then there are other questions which needs clarification. e.g will Petronas be selling gas to the power plants? If so at what price.

Takkanlah Tun Mahathir secara tiba2 boleh bertanya soalan yang tidak ada seorang pun yang timbulkan sebelum ini - berapakah harga gas yang Petronas akan jual kepada IPP yang kini menjadi milik CGN ? Biasanya kalau Tun tanya sesuatu itu, pasti ADA SESUATU !

Apakah ada perjanjian lain dengan CGN di sebalik urusniaga itu ? Pro Najib kata harga CGN itu lebih mahal sebanyak RM2 bil berbanding tawaran oleh TNB ( saya sikit pun tak percaya ! ), jadi apakah ada sebarang perjanjian lain yang dibuat bagi menampung lebihan RM2 bil itu ? 


Dengan katalain, kalau tidak disebabkan perjanjian sampingan itu, tidak mungkin CGN akan beli dengan harga RM9.83 + hutang dan tunai. 

Yang ini Arul kena jawab ! Tun Mahathir cuma bertanya, bukan menuduh.  Kalau tidak ada, OKlah.  Tapi jika ada perjanjian sampingan lain di mana Petronas terpaksa jual gas dengan harga diskaun ( lebih murah dari biasa ) kepada CGN, ini bermakna rakyat telah ditipu.

                                           ***************************

Pro Najib juga mendakwa bila CGN beli Edra, ia adalah satu bentuk FDI atau pelaburan asing yang masuk. Hahahahaha ...... ini kes ahlong sudah ketuk pintu minta hutang dan 1MDB terpaksa jual aset sebab terdesak nak bayar hutang la !

Bagi CGN memanglah ia satu bentuk pelaburan tapi bagi rakyat Malaysia yang tidak merasai satu sen pun hasil jualan itu, ia sesuatu yang memalukan. Contohnya kalau perniagaan kita terpaksa dilelong untuk bayar hutang, apakah itu kita anggap sebagai satu pelaburan masuk ? 

Apa manafaatnya penjualan Edra itu kepada rakyat Malaysia untuk dianggap sebagai satu pelaburan masuk kalau duit pelaburan itu hangus buat bayar hutang ?

Akhir sekali Tun bertanya, sejauh manakah kawalan kerajaan ke atas aset strategik negara yang kini menjadi milik negara luar itu ? CGN pasti mahukan keuntungan hasil pembelian IPP itu, maknanya sebarang kadar harga letrik yang bakal ditetapkan oleh kerajaan samada naik atau turun dari kadar sekarang, harus tetap memberi keuntungan kepada CGN. Jika tidak, kerajaan terpaksa keluarkan subsidi ....... semuanya gara2 1MDB !

( Oya, pembelian IPP oleh 1MDB juga melibatkan hutang dalam negara seperti hutang dengan Ananda .... hmmmmm .... )


1MDB Exits Power Business

1. It is reported that 1MDB would reduce between RM16 bil to RM18 bil of its debts after selling “Edra”.

2. I am trying to work out how the savings are achieved.

3. 1MDB bought the power plants together with debts of RM6 bil for RM 18 billion Ringgit. CGN pays RM 9.83 billion for 100% of the energy assets. 

4. It should be noted that at the time 1MDB purchased the power plants, the Ringgit was at 3.2 per US Dollar. It is now at 4.2 Ringgit per US Dollar. In US dollar terms the 9.83 billion Ringgit paid by the Chinese Company is worth much less than the 9.83 billion Ringgit paid by 1MDB.

5. If the money borrowed by 1MDB is in Ringgit the loss would be minimal. But if 1MDB had borrowed in USD, it stands to lose 1 Ringgit for every dollar borrowed. In other word what 1MDB gets from the sale would not be able to pay fully the debts in USD raised by 1MDB.

6. CGN is reported to have bought 100% of the energy assets of 1MDB. Does the debt of the power plants totalling 6 billion Ringgit which 1MDB had assumed also regarded as the assets which have been sold to CGN. 

7. Then there are other questions which needs clarification. e.g will Petronas be selling gas to the power plants? If so at what price.

8. Having sold Edra for RM9.83 billion, how does this reduce 1MDB debts by RM16-RM18 billion. Again considering the depreciation of the Ringgit, how will the debts in USD be reduced?

9. Is the purchase of the power plants by foreign buyers a form of foreign direct investments? The money brought in would go out to pay foreign debts. And the amount going out would be far more than the inflow. Does not sound like FDI to me.

10. Will the Government allow the full repatriation of the profits of these plants in Malaysia. It should be noted that China has a rule in which repatriation is to be in the form of export of Chinese products and not cash.

11. How much control will the Government have over a foreign-owned utility? Price fixing which may cause a loss to the company may result in subsidy by the Government.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Malindo
November 29, 2015 at 10:01 AM

Salam Saudara Din.kalau saya pembeli Edra saya MAHU semua AUDIT report up to date acknowledge by the stake holders and other related parties.Barangkali Deloitte dah selesai laporan.Kalau belum ada account dan audit report orang bodoh saja nak beli company,lebih lebih lagi mana mana syarikat dari China,mereka paling teliti.Tanyalah orang2 yg pernah berurusan dengan syarikat2 dari cina.Jadi kalah jual murah syarikat dari China sukalah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2015 at 10:29 AM

Assalamualaikum che di...dn pengomen2 semua
slmt pg n slm sejahtera
1mdb nie... mcm kisah ketua kg yg che din cite dlu....@ sma mcm org nk setle hutang along.... jual keta bt setle hutang...sudah nyer jln kaki...dlu pinjam along utk joli katak.... 1mdb lgsg tiada manfaat pd rakyat jelata kecuali pd rosmah...tue jerr

....................
Reply To This Comment ...................
November 29, 2015 at 10:36 AM

Nampaknya, Kena Buat sekali lagi Program "Nothing to Hide" utk penjualan Edra ni pulak, dan mcm biasa Jemput Najib dan Tun Mahathir.. hehehe

Rakyat duk nampak kalu dh duk main jual-jual-jual ... apa saja yg berkaitan dgn benda2 strategik utk negara ni.. dh lebih kurang mcm Pengkhianatan Terhadap Negara"

Dan mereka yg sokong semuanya terlepas kpd negara2 asing, semuanya adalah "Pengkhianat Negara"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2015 at 11:37 AM

jawapan daripada penyokong ahjibgor, tdm dah nyanyuk, tak pandai dalam ekonomi baru, perniagaan bentuk baru, fdi cara terkini. jualan edra kepada syarikat china adalah fdi. petronas tak jual ikut harga pasaran mesia. banyak cakap ikut sedap mulut tanpa fakta. yang pasti berfakta mereka dibayar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2015 at 11:45 AM

Betul yang membawa negara ke kancah tahap bodoh ini adalah penghianat juga penyokong2 dan blogger2 pak kaduk ini. Semestinya ada list yang panjang menyenaraikan mereka2 agar bila dapat bangkit mereka akan dikenali dan tidak membuat kemunsnahan kepada negara sekali lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2015 at 12:38 PM

Ini adalah salah satu cara urusniaga yang paling menguntungkan company Najib&Pro Sdn Bhd, mereka pasti cukup bangga dengan kejayaan urusniaga penjualan IPP kepada CGN dan hasil yang diperolehi dari urusniaga tersebut yang dianggap cukup berhasil dan berjaya

....................
Reply To This Comment ...................
November 29, 2015 at 3:02 PM

Aysik kena tipu saja lah Rakyat Malaysia untuk menyelamatkan 1MDB dan Najib. Kita gelar Najib sebagai 'Bapak Pelingkup Negara' saja lah.

....................
Reply To This Comment ...................
November 29, 2015 at 4:28 PM

Siapa yg bodoh dan siapa yg khianat?

Adakah yg bertanya soalan itu bodoh?

Adakah yg menanggung beban hutang ini yg bodoh?

Adakah yg mengaku tersilap urus syarikat ini yg bodoh atau khianat?

Adakah dlm berjuta2 syarikat kat dunia ni, cuma Najib n the gang saja yg pandai urus syarikat?

Senarai paling atas,siapa yg bodoh dan khinat, jika dibuat bancian, aku amat yakin orgnya ialah Najib dan para penjilatnya.

Tak susah pun nak banci, masuk saja FB Najib, tengok berbakul2 sumpah seranah, ludah dan kahak yg disembur direct kpd tuan punya FB.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2015 at 3:05 AM

.."mereka dibayar".

Soalnya, at what price?

Kihkihkih.. harga dedak je la tu..

Post a Comment