........... 1MDB -Melibatkan Wang Rakyat Pandai Tapi Bertemu Rakyat Tak Berani ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB -Melibatkan Wang Rakyat Pandai Tapi Bertemu Rakyat Tak Berani !

Tuesday, November 3, 201511comments




Dengar cerita melalui watsapp, debat Arul-Tony dalam isu 1MDB dibatalkan ...... betul ke ? Yang saya tahu perbincangan banyak berkisar status Tony dalam PAC sampai Speaker pun ancam nak letak jawatan dan Menteri Komunikasi pula kata siaran langsung RTM hanya akan dibuat jika Tony keluar dari PAC.

Hmmmm .... nampak bersungguh benar mereka nak Tony itu keluar dari PAC, kan ?

Tak perlu gaduh2 dan tak perlu sesiapa pun letak jawatan bagai ..... jalan terbaik adalah dengan mengadakan Sesi Soal Jawab antara 1MDB dengan wakil2 dari rakyat terutamanya media dan para pengkritik.

Arul pun dah bersedia untuk bercakap ..... kan ?

Jika Arul ikhlas dan 1MDB juga ikhlas mahu jelaskan perkara kepada rakyat, Sesi Soal Jawab itu adalah alternatif yang jauh lebih baik dari berdebat.

Semua orang nak tahu cerita sebenar 1MDB. Banyak persoalan yang tidak dijawab sepenuhnya lagi walaupun Arul kata dah jawab berpuluh kali. Jadi apakata buat sesi Soal Jawab ini dan selesaikan semuanya.

ADA BERANI ?

Melainkan 1MDB ada banyak perkara yang nak disorokkan dari rakyat .......

Sekarang sudah terbukti nyata bahawa 1MDB itu telah gagal, rugi dan terpaksa diselamatkan melalui Pelan Rasionalisasi Hutang.

Antara kesan langsung dari Pelan Tukar Aset 1MDB dengan IPIC adalah penglibatan kerajaan secara langsung dalam memastikan IPIC mendapat aset sebagaimana dalam perjanjian. Ini bermakna, satu lagi GERENTI kewangan dari kerajaan gara2 1MDB ! 

Ingat balik apa yang tertulis dalam rekod London Stock Exchange mengenai perjanjian 1MDB/Kerajaan-IPIC : ( KLiK )

On 28 May 2015, International Petroleum Investment Company (IPIC), Aabar Investments PJS (Aabar), Minister of Finance, Inc., Malaysia (MOF) and 1Malaysia Development Berhad (1MDB) entered into a binding term sheet.........

...... 1MDB and MOF have agreed to perform the obligations contemplated in the binding term sheet and to indemnify IPIC and Aabar for any non-performance, and vice versa.
.

Perjanjian itu bukan saja dengan 1MDB tetapi juga dengan Kementerian Kewangan.

Pendek kata - Kerajaan ( atau rakyat ) telah dilibatkan sama dalam proses menyelamatkan 1MDB dari kemelut hutang !

Kenapa masih nak berahsia lagi dengan rakyat ? Melibatkan komitmen rakyat pandai ..... tapi nak bertemu dengan rakyat  takut tak berani.

Kalau Arul sudah bersedia untuk berdebat, tidak ada alasan lagi untuk Arul menolak bertemu rakyat dalam sesi Soal Jawab ...... MELAINKAN perkara debat itu cuma lakonan semata2.

Bawa sekali Najib dalam sesi pertemuan itu  ...... kalau Najib berani lah. Jangan lupa CEO2 lama 1MDB serta ahli lembaga pengarah termasuk yang dah resign tu. Kita tak nak nanti diberi alasan konon waktu itu Arul belum bersama 1MDB maka beliau tidak boleh jawab tentang isu2 lama 1MDB.

Kita siap bagi soalan2 lebih awal supaya persiapan rapi dapat dibuat untuk penjelasan yang tuntas.

Amacam, BERANI ?

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 1:17 AM

Aku ni orang kampung je tapi nak tanya sikitlah.
... Kalau ada company biasa cakap pada Bank Negara bahawa mereka nak bawa masuk cash pulang dari kepulauan mana tapi yang mereka bawa hanya dodgy "units" itu jadi kesalahan tak? Kalau kesalahan mengapa ada one law for company biasa dan another law untuk mereka yqang duduk "Mount Olympus"?
Kalau dah beli tanah yang ada problem harga mahal tetapi beli prime KL land (hak rakyat) harga murah untuk timnbus balik hutang berganda ni bukan kesalahan besar ke??
Tambah itu pulak beli IPP dengan hutangnya sekali walhal company yang diterajui orang siuman tak buat begitu bebe.
Ni negara dah jadi bahan maharaja lawak di mata dunia. Lebih teruk lagi dah salah dari undang-undang Allah SWT.
Dan kita tahu sesiapa yang bersubahat dalam kemungkaran apa akibatnya.
Selamatkan negara kita yang tercinta! Jangan "debat" jangan tunggu lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 6:59 AM

Baik juga kalau debat ini diteruskan,maka banyak lagi bau bangkai dari nanah-nanah yang akan terburai hasil kehaloban pemimpim UMNO. Siapakah yang menjadi pedebat itu?.Harap menteri-menteri Melayu utama dari UMNO gunalah akal sikit jangan guna nafsu untuk berkata-kata.Dok londeh seluar nanti kemaluan tak dapat disorok lagi.Panggil yang merika cipta kemelut ini bagi menerangkan perjalananya,bukan kaum lain untuk membuat penerangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 7:22 AM

ada juga pro pendekar yang buat kenyataan. debat secara terbuka tak akan selesaikan apa apa.. saya setuju. sebab buat PAC pon sampai skang pun tak selesai..

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
November 4, 2015 at 9:11 AM

Bro din, saya lebih suka kalau dibuat sesi soal jawab macam dlm citer The Godfather 2 tu. Dlm citer tu, ada scene anggota2 senate siasat aktiviti keluarga mafia Vito Corleone.

https://www.youtube.com/watch?v=zJljQi_tFsU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 11:53 AM

Wht i can c is, trying verry hard to remove tony from pac. Mintak2 tony dont fall into trick. His pac position is more important.pleaseee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 12:00 PM

Gimik tahap dewa. agaknye govt ingat rakyat Malaysia ni xreti nk pikir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 12:09 PM

Setuju dengan Speaker. Apa guna ada siasatan PAC kalau duk sibuk nak berdebat. Buat saja siasatan PAC secara terbuka, tayangkan secara langsung melalui RTM (ataupun buka channel baru macam C-Span kat US). Boleh semua orang tonton dan nilai samada jawapan munasabah dan samada yang bertanya tu tanya soalan yang mencari jawapan atau cuma tanya soalan yang membodohkan lagi rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 12:39 PM

menteri kabinet najib sama la mcm najib....
tak ada integriti

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 1:36 PM

speaker sudah bagitau jika ada debat pac sudah tak boleh panggil lagi arul untuk di soalsiasat samalah jika buat sessi soal jawab dengan arul pac sudah tak boleh panggil lagi arul ni betul undang2 tahap rimba so mana2 org yg akan dipanggil pac pada masa akan datang silalah buat sessi debat @ soal jawab tu cara bagi melepaskan diri dari siasatan pac.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 4, 2015 at 2:48 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Entri ini mempersoalkan mengenai keberanian Najib berdepan dgn rakyat dlm isu 1MDB yg tersangat banyak tak betulnya. CEO 1MDB dan anak syarikatnya dah lama lari. Si Arul dilantik sebagai pengganti untuk JUAL harta yg ada bagi selesaikan masalah hutang yg bertimbun dan bertapuk. Anak beranak... mak beranak......!

Justeru, kalau Arul dibanggakan sebagai orang yg boleh selesaikan persoalan yg timbul dlm 1MDB, maka ianya amat meleset sekali. Tak akan ada jalan penamatnya. Projek tak akan mampu dilaksana kerana 'duit tak ada'. Yg ada cuma harta yg nilainya tinggi kerana dibeli dgn harga rendah. Bro Din pun boleh jadi CEO kalau sekadar nak urus jual harta.

Kalau PAC pun tak mampu selesaikan dgn telus, begitu juga dgn Audit Negara, apakah Arul yg baru setahun jagomg dlm 1MDB boleh? Ini semua adalah wayang untuk menagih masa. Melambat-lambatkan siasatan....
Sampai bila? Hanya Allah swt sahaja yang tahu.....
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 3:55 PM

Semua dungu..
Pua pun dungu
Pandikar pun dungu
Keruak dungu
Kita semua didungukan
Berapa lama nak siasat

Post a Comment