........... 1MDB Jual Edra Ke China - Contoh Klasik Kisah Pak Kaduk Moden ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Jual Edra Ke China - Contoh Klasik Kisah Pak Kaduk Moden !

Wednesday, November 25, 201524comments


Kita semua ingat cerita rakyat mengenai Pak Kaduk bersorak riang meraikan kemenangan ayam sabungnya tanpa menyedari ayam sabung yang muncul juara bukan lagi menjadi miliknya kerana sudah ditukarkan sebelum perlawanan sabung ayam bermula. Lebih memalukan kerana pakaiannya yang diperbuat dari kertas habis carik dek kegembiraannya melompat2 meraikan kemenangannya itu.

Nah, itulah yang sedang berlaku di depan mata kita sekarang seperti mana kes 1MDB yang terpaksa menjual Edra kepada syarikat dari negara China semata2 hendak membayar hutang !

Apa yang pro Najib @ pro 1MDB bersorak bangga sangat dengan pengadaian harta milik rakyat negara ini kepada negara asing ?

Yang dilaung2kan adalah betapa transaksi itu berjaya mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM18 bilion ( kita anggaplah nilai hutang Edra yang syarikat China itu tanggung sebagai sebahagian harga belian adalah RM8 bilion. Jadi bayar tunai hampir RM10 bil + hutang RM8 bilion )

Tapi langsung tidak disebut bahawa transaksi yang sama juga telah mengurangkan aset 1MDB dari RM52 bil kepada RM34 bil !

Apa hasil yang dapat dinikmati oleh rakyat hasil transaksi kebanggaan pro Najib itu ?

Edra ? ............ Hilang  sepertimana Pak Kaduk kehilangan ayam jaguhnya kerana telah ditukarkan

Wang Hasil Jualan ? ..... Habis buat bayar hutang sepertimana Pak Kaduk yang juga tidak dapat merasa walau satu sen pun dari hadiah kerana sebenarnya ayam sabungnya kalah


APA YANG RAKYAT DAPAT ? ? ?

Pro Najib yang bersorak itu tidak ubah seperti Pak Kaduk yang menjerit2 kesukaan sehingga tidak sedar pakaian kertasnya carik.

Apakah mereka akan belajar dari episod ini ? TIDAK ! Sepertimana Pak Kaduk yang sering mengulangi aksi2 bodohnya sehingga menjadi legend, begitu jugalah pro Najib yang akan terus bersorak keriangan setiap kali 1MDB menjual harta negara kepada pihak luar tanpa merasai satu sen pun hasil jualannya kerana hutang keliling pinggang !

Bayangkan - Jika 1MDB tidak pernah ditubuhkan maka kesan yang mungkin rakyat rasai adalah:

a) apabila tamat tempoh konsensi, IPP tersebut boleh dibeli oleh TNB pada harga yang jauh lebih rendah

b) syarikat Malaysia tidak perlu berhutang sebanyak RM18 billion untuk membelinya

c) syarikat milik Malaysia tidak perlu jatuh ke tangan pihak asing dengan lesen konsensi diperbaharui dengan begitu lama sekali

d) para menteri dan pengampu tegar tidak kedengaran begitu bodoh setiap kali bercakap untuk mempertahankan 1MDB

e) industri penjanaan kuasa eletrik tidak perlu diliberalisasi untuk tujuan menyelamatkan 1MDB - JebatMustDie.

Masih nak bersorak keriangan dengan penuh kebanggaan ?

PS - Terimakasih kepada pengomen Pak Kaduk melalui komen diartikel sebelum ini yang mencetuskan ide untuk artikel ini.

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 12:57 AM

Tak tahu nak komen apa. Kecawa masssih ada yg sokong

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 1:03 AM

tak tau la nak ketawa ke nak menangis.. kalau yang harta tu pak kaduk punya ok lah boleh tumpang ketawa juga .. masalahnya harta pak kaduk tu bukan hak mutlak dia punya pun.

ada keluar tv3 tadi siap bangga (tapi orang tengok macam bangang) lagi kononya pelabur asing percaya dengan ekonomi Malaysia. aset 1mdb bernilai tinggi. Entahlah nak tipu. sapa agaknya. gali lobang tutop lobang.. mmg bernilai, untung je tak de.. kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 1:21 AM

Malaysia mempunyai Pm,menteri kwgn dan urus tadbir koporat yg terbaik di dunia.1mdb adalah satu sykt korporat yg paling glamor dan yg paling mengungtungkan negara.Rakyat malaysia adalah rakyat yg paling malang di dunia kerana senang di perbodohkan.Apapun Malaysia boleh!!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 1:33 AM

yg dibimbangkan kalau ada syarat2 lain dlm perjanjian jual beli tu. sama ada atas kertas atau tak. kenapa syarikat china tu nak sgt beli ipp dgn harga yg lagi tinggi dari pasaran pastu kena tanggung hutang pulak. tak kan diorg nak tiru cara pelaburan 1mdb yg kononnya strategik tu. jgn nanti rakyat yg tanggung kesan syarat2 tu.

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2015 at 2:03 AM

Well said and well done din

What else can we do other than donating a proper shirt to pak kaduk and his accomplices

Poor malaysian..hundred years of disgrace history in the making

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 2:29 AM

Bro,
Terpaksalah kita ketawa dalam deraian airmata yang perdana menteri yg kita angkat utk menjunjung amanah mentadbir negara telah gagal. Malang juga utk anak cucu kita kerana perdana menteri pak kaduk kita telah koyak rabak seluar bajunya hingga tersembul kerandut telornya dan beruncang2 wang negara terpaksa dibazir buat membayar ganti rugi kebodohannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 5:10 AM

tak mustahil suatu hari nanti rakyat malaysia pun kena jual..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 5:43 AM

Hmmmm, ala hai, pak kadok, kononnya 1IDm pandai berniaga, rugi ada untung pun tak ada!, korek lubang bayar hutang, harta tergadai, apa punya berniaga najib ooi...Arul gelak ketawa, cara kerjaan berniaga, dalam selimut katanya apa aku peduli, tiap2 bulan ada gaji, yang lain nya aku berlakon sajalah, aku tak rugi apa2....

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2015 at 7:36 AM

Org politik punya pusing ramai yg terttonggeng,,,
Entahlah. Nasib baik ramai rakyat kita kurang kemahiran dn lemah serta takut pada org politik,,,,

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2015 at 7:49 AM

China ada plan strategik, bukan takat beli utk buat tenaga ttp utk ttp dasar luar negara jugak.

Tambah2 lagi dgn TPPA yg bakal mndatang, China perlu wujud bbrapa lokasi strategik utk pengkalan hadapan ekonomi.

Aku yakin, syarikat dari Qatar yg bersaing dulu pun mesti ada kepentingan US/Europe ddlmnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
November 25, 2015 at 8:12 AM

As salam Sdr Din.
Kisah ini boleh ditafsirkan dengan mudah melalui pepatah Melayu yg berbunyi:
"Menang sorak, Kampung tergadai"
Kalau diamati betul-betul, boleh kita saksikan kebenaran pepatah diatas. Pro Najib/1MDB bersorak riang kononnya hutang 1MDB telah dapat dikurangkan tetapi hakikatnya, sebahagian besar asset negara terjual akibat nafsu serakah mereka yg tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri.
Dalam konteks EDRA ini, ianya bukan lagi tergadai (sesuatu yg digadai boleh ditebus semula) ianya dijual terus. Dipindah hak milik. Di tukar nama. Tidak mungkin boleh kita dapat kembali melainkan ada pihak-pihak yg mampu untuk beli semula dari China.

Jadi kepada Pro Najib bawak-bawak la berenti sejenak dan renungkan sampai bila anda nak Najib teruskan menjual asset-asset negara?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 25, 2015 at 8:31 AM

Assalammualaikum Bro Din!
Memang benar kini PM Najib dan para penyokongnya dah jadi Pak Kadok. Terlompat terjerit melaungkan kemenangan, sedangkan mereka lupa Edra milik 1MDB telah tergadai kerana nak langsaikan sebahagian hutang.

Ingat! SEBAHAGIAN hutang saja. bakinya masih banyak.....
Jelas, wang hasil jualan Edra itu masih tidak mampu langsaikan semua hutang yg sangat besar itu.

Sama-samalah rakyat negara ini tunggukan lepas Edra, apa pulak yg akan dijual kpd syarikat asing atas alasan 'pelabur asing yakin dgn ekonomi Malaysia yg dipimpin oleh Najib Razak'.
Pelabur asing sudah tentu sangat berminat melabur (membeli aset) milik negara yg ada kerana waktu ini nilai ringgit kita sangat rendah. Bayangkan kalau nilai harta yg ada kini bernilai RM300 juta, sedangkan pada pelabur Singapura tak sampai pun seratus juta duit mereka.
Memang ramailah yg berminat.
Maka juallah apa yg ada ketika minat pelabur asing masih tinggi.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 8:47 AM

para penyokong ahjibgor kata penjualan 1mdb baik untuk negara kerana orang asing akan lebih yakin akan malaysia. selama ni tak yakin ker? penjualan edra mampu buat orang asing lebih melihat malaysia. selama ini tak nampak ke? mata wang akan lebih kukuh. mata wang jatuh sebab apa? tak ada kait pun dengan edra, yang pasti milik malaysia dah jadi milik asing sebab ketokohan dan sokongan kepada ahjibgor. apa kaitan ahjibgor dengan 1mdb yang jual edra. ahjibgor jadi menteri kewangan, yang juga merangkap pengerusi 1mdb. bukan macam pengerusi lembaga pengarah kat glc yang lain, tapi mempunyai kuasa penuh. jangan spin, jangan pusing cerita, perkara sebenarnya 1mdb dah jual ipp milik negara kepada orang asing. mereka beli mahal jual murah. kalu kata selama ini 1mdb nak jaga kepentingan rakyat agar takrif letrik jadi murah, memang bodohhhhhhh sangat la blogger yang tulis dan bela ahjibgor tu. sekarang dah 100% jadi milik asing. mampu ker kita nak kawal orang punya? kalu 1mdb tak wujud dan tak buat hutang ipp tu masih lagi milik negara dan pada tahun 2016 dah jadi milik tnb dengan harga yang jauh lebih murah. so, memang betul la ahjibgor tu blur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 8:53 AM

Pak Kadok tak rugi apa2. Pak Kadok dapat 2.6BintangBintang dalam bank. Yang rugi rakyat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 9:09 AM

1mdb akan tetap menjana keuntungan sekalipun setelah semua aset2 dijual, tapi kerajaan dan rakyat tetap RUGI....

RUGI....atas kewujudan 1mdb.
RUGI....bilamana aset dan tanah kerajaan dijual murah kpd 1mdb.
RUGI....dari sokongan politik.
RUGI....kerana kehilangan pemimpin yg ikhlas berjuang.
RUGI....kerana pemimpin2 yg kekal hanyalah pemakan dedak.

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2015 at 10:11 AM

china da beli n pegang aset... now spratly , msia akan buat bodoh n x berani kecoh dgn china... ini cara komunis... wahai mlayu... bila la korang nk blajar dunia n english.. asyik vape n merokok dan merempit...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 11:58 AM

@Anonymous

1MDB beli IPP pada mulanya 12B, masuk hutang yg kat IPP ada 6B, semua sekali 18B. TNB bid 8B je, tak lebih tak kurang. Itulah harga pasaran yg sebenarnya. Tapi disebabkan nilai ringgit jatuh, sykt China dgn Qatar boleh outbid harga yg TNB bagi tu. Bila sampai dateline, harga paling tinggi ditawar tu lah menang. Unfortunately, harga paling tinggi 9.83B. Jadi, nak taknak, 1MDB terpaksa jual pd the highest bidder, kalau tidak Malaysia akan dihentam kaw2 punya. 1MDB at a lost sebenarnya, so sad. Duit dpt sikit, hutang beli IPP tu pun ada balance lagi nak bayar. Lepas ni tak tahulah 1MDB nak jual apa lagi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 11:58 AM

Ini ada lah outcome from BLUE OCEAN strategi yang di bayar berbilion kepada con-sultant yang Ah Jib Gor bangga sebelum ini. PM yang mentali incompetent,beli barang yang murah dengan harga mahal sambil berhutang kemudian jual dengan harga murah kepada kuasa asing and tell us this is a good deal!!!

Tunggu hari aje for him to sell our crown jewel company PNB so he can use the CASH so buy more votes to stay in power longer!!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 12:40 PM

Tun Dr. Mahathir bawa Ghutri masuk. Najib bawa edra keluar. Eloklah tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 1:18 PM

Jgn dilupa yg dibeli itu menggunakan duit pinjaman, duit pinjaman ni ada interest... Berapa anggaran interest yg dibayar dr mula pinjaman utk membeli ipp2 ini sehingga sekarang? Adakah dengan menjual ipp2 ini interest2 tersebut tidak perlu dibayar lagi? Mungkin kita boleh detailkan urusan2 tersebut dan buat satu posting berkenaan edra saja.. Banyak yg akan terungkai

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2015 at 6:00 PM

Salam bro din, agaknya apakah perasaan pakcik yg pakai baju biru tu sekarang. Dulu dia cakap baguihla 1mdb beli ipp. sebab ipp semua dah jadik milik org melayu.

https://www.youtube.com/watch?v=dMVecJoa2fI

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2015 at 9:30 PM

Oleh kerana edra dah jadi milik china, tak ada kemungkinan ke pada masa hadapan china akan memberi tekanan pada kita dlm bentuk apa sekalipun demi melindungi kepentingan syarikat milik mereka? Bila sampai masa tu nanti siapa pulak nak tanggung dan selesaikan..?? kalau lah dah sampai tahap tu nanti, bahagian mana yang dikatakan sebagai langkah yg sangat bijak dengan penjualan ini..??!?? eemmmm.....

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 26, 2015 at 9:09 PM

Tuan Din,

Tak tahulah saya sama ada nak rasa bangga atau malu sebab kisah saya bukannya dijadikan teladan tetapi dijadikan "inspirasi" oleh geng2 terima derma pak arab.

Walau apa pun "alasan" yang diberi untuk penjualan tersebut, kita cuma boleh tengok dan kata "apa yang sudah terlepas ke tangan asing agak mustahil untuk dikembalikan semula".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2016 at 12:36 AM

Menjual aset negara yg paling penting kepada kuasa asing, kuasa veto dan kuasa komunis adalah tindakan kerajaan Najib yg paling BODOH dalam sejatah. Kalau Tun Razak boleh hidup balik walau sehari mesti dia maki anak dia yang bodoh ni. Bayangkanlah...kuasa letrik jadi milik negara asing, dia boleh naikkan bil letrik sesuka hati, dia boleh potong letrik negara sesuka hati dia. Bergelaplah satu Malaysia kerana bil api mahal sangat!!! Bil letrik mahal dan kena potong adalah satu tindakan kerajaan Israel kpd rakyat palestin sbg satu bentukk penindasan. Jadi kita jatuh ke tangan Komunis semula!! Siapala penasihat najib ni juga...bodoh sungguhlah!!!!

Post a Comment