........... 108 Ketua2 Cawangan Johor Pula Protes Malam Ini ! TERBAIK !! ( video ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

108 Ketua2 Cawangan Johor Pula Protes Malam Ini ! TERBAIK !! ( video )

Monday, November 23, 201539comments

Dibawah adalah video sidang media majlis Solidariti Ketua2 dan Ketua2 Pemuda Cawangan dari 108 cawangan dari 7 bahagian Umno di Negeri Johor yang berlangsung malam tadi di Johor Baru.


Tuan2 dan Puan2 sekelian,

Menyedari bahawa Umno berada  di dalam situasi yang amat rumit, kami ketua2 cawangan Umno dari 6 bahagian di negeri Johor telah mengambil langkah2  bagi mencegah parti politik keramat ini menjadi bahan sejarah yang tidak mempunyai sebarang erti.

Begitu banyak sekali jasa yang telah ditaburkan oleh Umno kepada negara dan bangsa. Kami tidak rela melihat ianya menjadi mangsa keadaan pihak tertentu yang akhirnya menjadi momokan sepanjang zaman,

Bersuaranya kami bukanlah mencari publisiti murahan atau meletakkan parti tercinta ini dalam situasi yang merumitkan. Bersuaranya kami adalah ekoran cetusan rasa ikhlas dan tanggungjawab yang tinggi. Kami tidak mempunyai niat buruk. Kami juga tidak dibayar dengan wang oleh mana2 individu. 

Wang ringgit tidak penting buat kami. Apa yang lebih penting dan bermakna adalah nasib dan masadepan anak cucu kita. Kami tidak rela Presiden atau orang2 Presiden memperjudikan masa depan anak cucu kami.

Bangsa Malaysia mengharapkan pembelaan dan kami tidak rela melihat rayuan mereka diabaikan begitu saja. Ahli2 parti mengharapkan keberanian dari kami untuk bersuara. Kami dengan ini menyahut seruan dari mereka.

Perjumpaan kami pada hari ini tidak didalangi oleh sesiapa. Malahan kami tidak berjuang untuk sesiapa kecuali untuk generasi masa depan dan agama.

Sehubungan dengan perjumpaan kami pada malam ini telah membuat ketetapan seperti berikut -

1- Presiden Umno perlu meletak jawatan kerana telah banyak kerosakan yang dilakukannya.

2- Jangan merosakkan lagi parti dengan mengambil langkah dengan menggantung keahlian mana2 pemimpin kerana mengkritik Presiden dalam pengurusan parti.

3- Pemilihan parti perlu dijalankan dan jangan ditangguhkan.

 Sekian.



KLiK untuk ke Youtube

                     *************************

Wakil jurucakap adalah saudara Zainudin dari Bahagian Kulai.

Disebut 6 bahagian terlibat tapi setelah disemak semula, sebenarnya yang hadir adalah wakil2 dari 108 cawangan dari 7 bahagian Umno di Johor.

Bahagian2 itu adalah -

Tebrau
Pagoh
Kluang
Gelang Patah
Labis
Pasir Gudang
Kulai 

TAHNIAH !! di atas keberanian saudara2 sekelian. 

Share this article :

+ comments + 39 comments

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 23, 2015 at 11:22 PM

Tahniah! Tingkatkan gerakan (momentum) dalam mendesak Najib supaya berundur.

Kegilaan AhJibGor menjual harta, kedaulatan dan maruah negara pada orang asing sejak akhir2 ini memang menyesakkan nafas rakyat.

Jika tunggu pilihanraya berapa banyak lagi kerosakan yang bakal dilakukan dan perlu ditanggung oleh anak cucu kita kelak ?

Bukan sahaja bumiputera terkesan dengan tindakan ahjibgor tetapi semua bangsa di Malaysia akan terkesan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 11:23 PM

There is lights at the end of the tunnel after all...let it shine brighter, please! Syabas!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 11:26 PM

Habislah tu dah..... Takder lagi. 108 cawangan..... Yg lain mana?...... Yg lain mata dan hati sentiasa terbuka dan melihat kebenaran..... Sebab kalau betullah semua cawangan Johor tak terima Najib...seharusnya hari ni bukan 108 yang bersuara. Cawangan2 negeri sembilan... Ada lagi? Selangor...mana lagi?..... Pusing satu Malaysia pun tak mungkin cecah 2000 cawangan..... Setakat ni maru 1%...seluruh Malaysia..... Jadi mimpilah dikau dalam kasmaran.

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2015 at 11:51 PM

Yg masih mimpi tu hang. Depa dah tersedar sebab tu depa bangkit.. "2.6 B adalah derma"- auta mcm tu pun hang masih boleh percaya. Aku ni sebenaq nya membazirkan waktu aku sendiri, me-reply comment dari orang yang langsung tak ada common sense mcm hang. Tapi takpalah.. janji aku tegur apa yg patut.

....................
Reply To This Comment ...................
Mamat umno
November 23, 2015 at 11:55 PM

Rakyat mahu melihat ramai lagi ahli umno yang bangun menentang kepimpinan yang telah banyak merosakkan parti dan negara. Ianya bukan kerana mempertahan TSMY atau sesiapa tetapi mempertahankan maruah UMNO.
Jikalau dibiarkan... Hancur parti, berkecai harapan, punah negara..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2015 at 11:55 PM

@Anonymous
langkah baru bermula, riak gelombang sudah beralun... tunggu tsunami melambung sampah perosak bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2015 at 12:11 AM

Sebenarnya najib dan kuncu2 nya telah menghidu pu14 ini bn akan kalah dan umno terkubur.Mereka dah bersedia akan tinggal dunia politik dan 'retire' dengan mewah.Oleh itu selagi dapat mengekalkan najib sebagai PM mereka akan cuba meraih/mencuri seberapa banyak wang rakyat.Bagipihak najib dan rosmah habuan mereka dah beres.

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2015 at 12:27 AM

Yeeeessss

Teruskan perjuangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 12:42 AM

Di sini, di negeri ini lahir nya UMNO. Di sini juga lahir nya rasa tanggung jawab yang mendalam demi agama, bangsa dan tanahair.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 1:11 AM

kalau saudara nak jilat jilatlah ..kami memang tak ada selera langsung ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 1:16 AM

Anon 11:26....., sekurang-kurangnya dah ada permulaan. Walaupun pada mulanya nampak sedikit, insya'Allah saya yakin gelombang tsunami ni akan membesar. Perlu diingat penentangan seperti ini tidak pernah melanda Tun M dan juga Pak Lah sebelum ini.Ingatlah kata-kata bijak pandai Lao Tze 'bahawa perjalanan yang seribu batu itu bermula dari satu langkah'.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 1:35 AM

Alhamdulillah, moga lg ramai yg bangun. Risau btl byk harta negara kena jual semata2 nnak tutup lubang interest pinjaman

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 2:37 AM

Kan dah kata pemakan dedak cuba memujuk diri mula lah duk kondem hanya 1% cawangan dari keseluruhan cawangan di malaysia, kepada pemakan dedak sudah di bagitau gelombang dari cawangan2 baru saja bermula mana2 gelombang semua bermula dari kecil dan akhirnya menjadi lebih besar dan sebelum dari itu pemakan dedak sepatutnya lebih dulu tanya diri sendiri ada tak kebangkitan cawangan2 pernah berlaku di era pak lah menjadi pm sehingga mengakibatkan undi protes terhadap umno?

Baiklah aku tolong jawabkan zaman pak lah yang dikritik sebagai lemah tidak ada satu cawangan pun yang tampil buat sidang media mendesak pak lah letak jawatan namun pak lah sedar diri dan meletak jawatan dengan rela hati kerana pak lah sedar adanya desakan dari akar umbi secara diam, tapi zaman najib ini jelas depan mata desakan dibuat secara terang terangan dengan sidang media untuk tatapan umum golongan pendesak secara diam belum diambil kira lagi, bagaimana pemakan dedak boleh nyenyak tidor tak?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 3:18 AM

Ada plak yg ngaku Tun pun pernah kena gelombang itu... kena mau ingat yerrrrr... yg menentukan siapa jadi presiden umno is ketua bahagian..... hampir separuh bahagian dulu menentang Tun.... steady jer org tua tua tu sampai dia berenti sendiri.... kalau takat 108 cawangan Johor plus sepang.. teluk kemang dan beberapa cawangan lain tu tak payah sombong lah ok..... NI DAH BULAN NOVEMBER.... AKU REPEAT NOVEMBER...... bukan ker bulan OGOS hari tu bergegegar katanya 100 CAWANGAN JOHOR AKAN BUBAR... AKAN BUBAR jika TSMY dipecat.... HARI NI TAK DENGAR PUN LAGI..... korang rasa macamana? Tak retorik ker agak2nya...... sudahler... tak sampai 2000 pun nanti.... ni semua ketua cawangan yg dah nak tamat tempoh.... tak berkhidmat pun.... tak der jasa... macam tak kenal.

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2015 at 7:03 AM

@Anonymouspeeeeeergh ......... kuat pertahankan ahjibgor !! Kenapa, menggelabah ni ? Mcm org Jasa jer saudara ni hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 8:03 AM

Teruskan perjuangan terhadap mereka2 yang korup Dan khianat dalam umno. Mereka ingat mereka di atas dah terlalu besar Dan berkuasa sangat serta mengecil-gecil suara di peringkat cawangan Dan ahli biasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 8:30 AM

@dinturtle
org JASA mana ada jasa pd negara pun..
kerjanya menjilat..slurppp sluurrpp..hehe
layar dah berkembang, teruskan berlayar sehingga ke destinasi..
jgn mcm org tu kembangkan layar, tp sauh dilabuhkan..
asyik berpusing2, sbb tu dok menyepin memanjang..dok gitu 11:26 PM & 3:18 AM..??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 9:04 AM

Mula-mula 11, kemudian, 22, lepas tu 34, seterusnya dah jadi 108 pula, lepas ni entah berapa lagi gamaknya, apa yang pasti jumlanya akan terus meningkat dan terus meningkat terutama selepas kenyataan dari Aziz Kaprawi Timbalan Menteri Pengangkutan bahawa kononnya ada desakan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dikenakan tindakan sedangkan hakikatknya majoriti ahli UMNO mahu Najib dan kuncu-kuncu dipecat dari parti atau paling kurang Najib dan kuncu-kuncu meletak jawatan dan menerima pengadilan di mahkamah.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 9:11 AM

masih x cukup effect. dr johor no suprise. saya harap makin byk cawangan dr seluruh negeri turut serta. biar gain momentum.

kalau x akan mati nnt senyap begitu sahaja.

bagaimanapn syabas kerana berani bersuara.

ramai yg dh mula nk vote pas. tp just mungkin. tindakan2 cawangan ini boleh mengembalikan keyakinan.

yang penting perlu gain momentum. biar semakin ramai dan semakin lantang. sudah pasti akan ada yg cuba mencantas. jadi awas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 9:28 AM

Edra pun dah dijual oleh 1MDB kepada pihak asing, 100% ekuiti dijual kepada pihak asing iaitu China General Nuclear Power Corporation (CGN), sekarang ni semua stesen janakuasa milik 1MDB telah dikuasai oleh CGN yang mana CGN ini sahamnya dikuasai oleh Kerajaan China.

Tengoklah apa dah jadi dengan stesen-stesen janakuasa berkenaan, tak pasal-pasal stesen-stesen janakuasa berkenaan yang sebelum ini dikuasai oleh syarikat milik tempatan kini dah dikuasai oleh pihak asing pula.

Semoga Najib dan kuncu-kuncu serta pengikut membuta tuli bersorak riang dan tepuk tangan dengan penuh keseronokan melihat satu persatu harta negara ini jatuh ke tangan pihak asing, sekarang ini stesen janakuasa, lepas ni sebahagian besar tanah di Bandar Malaysia pula, dipercayai 70% tanah di Bandar Malaysia (Kem Sungai Besi) yang berkeluasan hampir 500 ekar itu adakan dikuasai oleh syarikat asing yang berpengkalan di Dubai, Amiriah Arab Bersatu.

Jika dahulu di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad kita boleh berbangga dengan kejayaan Malaysia melalui Permodalan Nasional Berhad yang berjaya mengambil alih syarikat perladangan milik British iaitu Guthrie yang menguasai puluhan ribu hektar tanah perladangan di negara ini pada dekad 1980an. Kejayaan manis ini menggempar sektor korporat di seluruh dunia, satu dunia kagum dengan kejayaan negara kecil Malaysia menguasai syarikat konglomerat perladangan milik British, malahan kerajaan British terkesima, terkedu, dan ternganga meleleh air liur akibat terperanjat dengan kejayaan Malaysia itu.

Itu adalah di zaman Ayahanda Tun Dr. Mahathir.

Tetapi sekarang ni pihak asing pula yang berjaya menguasai aset-aset milik Malaysia iaitu stesen janakuasa elektrik yang merupakan aset yang bernilai tinggi dari segi kewangan dan dari segi keselamatan negara. Macam mana aset yang begitu stategik bagi Malaysia dari segi keselamatan dan ekonomi seperti stesen janakuasa elektrik boleh dibiarkan jatuh ke tangan pihak asing? Perkara ini sangat membimbangkan kerana yang menguasai aset itu sekarang bukan calang-calang pihak, syarikat milik kerajaan negara China.

Begitu juga dahulu kita dapat ambil alih tanah-tanah yang dikuasai oleh British melalui Guthrie, selepas kejayaan Malaysia menguasai Guthrie, maka tanah-tanah yang berpuluh ribu hektar luasnya itu telah berjaya diambil semula oleh Malaysia, tetapi sekarang ini 70% dari keluasan Bandar Malaysia yang berkeluasan hampir 500 ekar di kawasan pembangunan strategik di Kuala Lumpur juga akan jatuh kepada pihak asing.

Inilah bezanya antara zaman Tun Dr. Mahathir jadi PM dengan zaman Najib jadi PM di zaman Tun Dr. Mahathir, Malaysia menguasai syarikat asing, tetapi di zaman Najib ini pula, syarikat asing menguasai aset penting dan strategik negara pula.

Lepas ni kedaulatan negara pula nak dilelong melalui TPPA.

Penentangan berterusan terhadap kelemahan dan sikap hipokrit serta tamak dan tidak berhemah Najib ini perlu dipergiatkan, ini bukan soal isu peribadi, tetapi soal kepentingan dan kedaulatan negara ini. Sampai bila kita nak biarkan Najib terus bermaharajalela dengan kuncu-kuncunya menjahanamkan negara ini, kerana mereka syok mendapat pelahap itu dan ini, tetapi negara dan rakyat pula yang menanggung akibat yang sangat dahsyat. Oleh itu gerakan menyelamatkan negara ini dari terus dijahanamkan oleh petualang negara seperti Najib dan kuncu-kuncunya ini perlu dipergiatkan.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 9:29 AM

Ya syabas... teruskan perjuangan menipiskan muka presiden yg amat tebal tu... mudah2an dia nanti dikembalikan rasa malu... tanpa mlu, manusia akan hilang maruah!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 9:40 AM

ketua2 caw ni takat nak riuh satu malaya boleh lah. mana ada standard mcm ketua bhg. takat mesy cawangan setahun sekali tiba2 nak suruh pm letak jawatan. sedar lah diri sikit. cuba banding diri sendiri dgn ketua bhg. jauh beza. ketua bhg ada stail. ada standard mcm pm. ko org standard kampung mcm ayam itik riuh se kampung

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 9:45 AM

Pemakan dedak dah ngelabah kepanasan cuba samakan dengan zaman tun mahathir ada gelombang katanya.

Nampaknya pemakan dedak buta sejarah zaman tun mahathir tak ada ketua2 cawangan tampil secara terbuka mendesak najib letak jawatan dan zaman tun mahathir umno/bn menang setiap kali pru dengan majoriti 2/3 kerusi parlimen, zaman najib hanya menang slogan I Love PM dan umno/bn gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen dalam pru 13 itu adalah fakta sejarah yang tak boleh ditipu wahai pemakan dedak.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 24, 2015 at 9:58 AM

Assalammualaikum Bro Din!
Memang patut pun ahli Umno semakin mendesak Najib untuk letak jawatan. Nak harapkan KB masing-masing ramai yg dah terjual, maka ahli sendirilah yg terpaksa bertindak.

Lagipun semakin hari semakin terserlah salahguna kuasa yg dilakukan PM Najib.

Apa tidaknya, mesyaurat MT dicepatkan tiga hari kerana mengambil kesempatan ketika TSMY dan Shafiee Apdal berada diluar negara atas urusan peribadi. Najib dan 'Pengawasnya' mahu mesyuarat diadakan ketika dua tokoh itu mereka pastikan tak akan hadir.

Siapa mereka mahu tipu dgn alasan bangang konon atas permintaan ahli MT? Mereka sangka ahli Umno bodoh? Sebenarnya merekalah yg bodoh kerana sangat terdesak dgn pelbagai masalah ciptaan sendiri kerana degil dan tamakkan kuasa serta ringgit.

Ketika isu 1MDB gagal dijawab oleh Najib walaupun banyak pihak mempertikaikan kewibawaan syarikat kerajaan itu yg dibebani hutang, tetiba hari ini tersiar berita bahawa Edra - anak syarikat 1MDB, dah dijual 100% kepada syarikat negara China. Kongkalikong Najib dgn 1MDBnya boleh dibaca ahli Umno dgn mudah lagi terang nyata.

Justeru, tersangatlah munasabah ahli Umno seluruh negara kini menyatakan DESAKAN beramai-ramai supaya PM Najib undur diri.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 10:08 AM

e-mel saya kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Audit serta Kementerian Kewangan bertanyakan mengenai isu penualan Edra Energy Global:

bu Bakar
10:05 AM (0 minutes ago)

to raihan, jbaudit, pro
Adalah dimaklumkan bahawa tersebar di media sosial bahawa pihak 1MDB telah mencapai kata sepakat dengan China General Nuclear Power Group (CGN) iaitu sebuah syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negara China untuk urusan jual beli Edra Energy Global melibatkan kepentingan 100% ekuiti dalam Edra Energy Global itu.

Sila lihat di sini: http://www.malaysianewsonline.com/2015/11/joint-media-statement-by-1mdb-cgn-group.html

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan perlu menjelaskan mengapakah pihak kerajaan sanggup melepaskan aset yang begitu strategik kepada keselamatan dan ekonomi negara kepada entiti asing?

Ini melibatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan keselamatan negara, malahan syarikat asing yang menguasai semua stesen janakuasa elektrik yang sebelum ini dimiliki oleh 1MDB melalui Edra itu adalah bukan calang-calang syarikat, dimiliki oleh Kerajaan China, sebuah kerajaan asing yang kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan.

Malahan berdasarkan laporan, harga jualan ekuiti berkenaan adalah RM 9.83 bilion dan melibatkan segala hutang yang ditanggung oleh Edra berdasarkan nilai pada 31 Mac 2015. Perlu dijelaskan apakah berbaloi pihak kerajaan melepaskan stesen janakuasa itu kepada pihak asing dengan harga sedemikian rupa sedangkan kerajaan melalui 1MDB membeli aset itu pada harga RM 12 bilion dan ditambah dengan hutang warisan sebanyak RM 6 bilion menjadikan kos belian oleh pihak kerajaan melalui 1MDB adalah RM 18 bilion.

Meskipun begitu, dari segi kos jual dan beli itu adalah perkara kedua, isu utama adalah isu penguasaan terhadap kepentingan strategik negara seperti stesen janakuasa itu. Walau apa pun, semua persoalan ini hendaklah dijawab oleh pihak yang berwajib.

Oleh kerana perkara ini melibatkan kepentingan negara melibatkan keselamatan, ekonomi, serta kedaulatan negara, maka pihak kerajaan terutama 1MDB serta Kementerian Kewangan yang merupakan pemilik 1MDB yang memiliki Edra itu perlu memberikan penjelasan yang wajar justifikasi mereka melepaskan aset strategik negara kepada entiti asing.

Sekian, terima kasih.


Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
rakyat dilembukan
November 24, 2015 at 10:34 AM

Berderau darah saya bila tengok dlm tv tigasuku eset janakuasa telah dijual pada cina. Mampus! Dahlah dlm negara ni cina bersepah sana sini..perangai takyah citerlah..ni eset negara plak dijual pada bangsa mangkok hayun tu. Memang ce**ka lah najib. Benda camtu pun takleh fikir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 10:57 AM

Tuan din...anuar 3.18 takut hilang syer 2.6....itu Yg menggelabah tu....tak keralah bulan berapa.... Perjuangan tiada titik nortah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 11:03 AM

Jangan perkecilkan peranan ketua cawangan... Memang ketua bahagian ada stail n standard mcm pm...penipuan... Penakut n pembodek Itulah stail nya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 1:22 PM

http://graphics.wsj.com/1mdb-decoded/
kesimpulan yg sempoi...

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 24, 2015 at 1:23 PM

@AnonymousAssalammualaikum Bro!
Janganlah jadi jumud kerana taksub menyokong Najib. Nak sokong-sokong lerr, tapi janganlah menampakkan anda kurang arif mengenai struktur Umno. Nampak sangat tuan main sokong tanpa kenal bagaimana Umno itu berfungsi sebagai sebuah parti politik keramat orang Melayu.

Kekuatan Umno adalah terletak pada ahli yg seramai tiga juta orang. Dan keahlian Umno didaftarkan di cawangan-cawangan, bukannya di bahagian atau ibu pejabat. Ibu Pejabat, Perhubungan Negeri dan Bahagian Umno hanya wujud kerana adanya cawangan-cawangan. Tak ada ahli tak ada cawangan atau tak ada cawangan tak adalah ahli.

Maka adalah sangat wajar ahli menyuarakan suaranya sendiri kerana melalui saluran Bahagian telah tertutup sebagaimana tertutupnya kuasa menyiasat Najib oleh pihak berkuasa sekarang.

Oleh itu dah tiba masanya, kalian ahli Umno membuat gesaan untuk PM Najib letak jawatan sebagaimana yg telah dilakukan setakat ini di Johor, Selangor dan Ng. Sembilan.

Kalau tidak ramai atau tidak banyak cawangan-cawangan Umno yg berbuat demikian, maka akan benarlah dakwaan macai Najib bahawa apa yg berlaku itu adalah kerana 'ada yg sponsor'.

Maka untuk hilangkan dakwaan bahawa segalanya kerana 'ada yg sponsor', hendaklah lebih ramai lagi yg buat kenyataan sama, supaya dakwaan 'ada yg sponsor' itu mustahil dilakukan kerana terlalu ramai atau banmyak.
Wallahhua'lam/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 6:29 PM

Dulu kita yg ambil alih sykt British di Tanah Melayu. Skrg ni kita kehilangan sykt kerajaan kpd org luar....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 6:37 PM

Walaupun konon nya secubit saja cawangan yg bersuara tetapi mereka2 ini lah pejuang sebenar dlm UMNO. Yg lain lembu dicucuk hidung.... jadi kesimpulan nya kalau sedikit saja yg bertindak, amat wajar kita memilih parti lain selain UMNO untuk menjaga kepentingan kita dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2015 at 7:44 PM

Malam ni kalau ada sesipa yang kena pecat dari umno waima ketua cawangan pun aku haramkan anak cucu aku menyokong dan mengundi umno. Mulai malam ini.

....................
Reply To This Comment ...................
eri
November 24, 2015 at 7:47 PM

Kalau 1% leh wat relax ka??paham tak muhyidin cakap aritu 2%/3% berlaku vote swing umno/bn selamat jalan......tau vote swing tu apa????

....................
Reply To This Comment ...................
shukordesa
November 25, 2015 at 1:06 PM

Jgn pandang sebelah mata...yg dok di mkt dari presiden kpd juruodit mkt....kuasa cawangan adalah kuasa asas...mangkpk hayon yg dok di kerusi presiden sampailah ke mkt serta jija ada..juruodit....hangpa dok di situ kerana ada ketua bhgn dan perwakilan mengundi hangpa...hangpa ni mai dari mana kalu bln dari cawangan...ketua bhgn jd ketua bhgn sb ahli cawangan undi mereka...jgn anggap hangoa ni di undi oleh toknenek dan makbapak hangpa yg undi...dah dok di atas...sebelah matapun tk mandang org cawangan..ok...nnt pru sapa yg kerje...ajk bhgn ketua bhgn...p la mabuk...depa ni dok tadah duit bila pru...yg dok siang mln bekerja ialah cawangan...jgn pendang ringan suara akar umbi...depa boikot pru...meleleh taik hangpa kot juboq.....sombong dan bodoh betullah presiden dan ahli mkt dan ketua bhgn..kalu depa di tk berubah..pakat semua ketua cawangan tutup bilik gerakan masa pru...nk tgk meroyan tak kt bhgn...

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2015 at 9:15 AM

@dinturtle

Din,

Apa yg Anon 3.18 cakap tu betul. kalau setakat 100,200 atu 300 cawangan tu hanya 1 % aja dari 22000 cawangan. Suara yg puluh ribu tu adalah majoriti senyap. Kau tau yg aku ni bukan Jasa punya orang. Penderian aku tetap. Janganlah pecah belahkan orang Melayu. Kamu dah tengok apa yg Cina dah buat kat Melayu di Penang. Berhentilah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2015 at 12:22 AM

Betul tu. Berhentilah.....najib.

....................
Reply To This Comment ...................
December 13, 2015 at 3:25 AM

Jangan kata zaman tun m, zaman tun lah pun xada.

Dedak kunyah tak habis dah telan mulalah tersedak dan tercekik. Tu yang merapu2 cakapnya tu.

....................
Reply To This Comment ...................
December 13, 2015 at 3:36 AM

Kahkahkah..

Esa ni dah banyak bebenor melantak dedak gamaknye.

Ayat kau ni ayat standard geng pemakan dedak. Level2 mat maslan jugak kau ni sebenarnya (mat maslan bila dengar muhydin cakap esok umno boleh lingkup masa pilihanraya, mat maslan jawab ala esok belum pilihanraya lagi).

Bila dah jadi 1% 》kau cakap 'ala baru 1%

Bila dah jadi 10% nanti 》 mesti kau akan cakap 'ala baru 10%'

Sedangkan zaman PM sebelum2 ni jangan 1%, tapi 0.001% cawangan pun xada yg buat mcm skg ni.

Ke kau dah goyang - takut xdapat dedak lagi lepas PRU nanti?

Post a Comment