........... 10 Soalan Buat Arul Berdebat - Arul Tak Akan Jawab Punya lah .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

10 Soalan Buat Arul Berdebat - Arul Tak Akan Jawab Punya lah ....

Tuesday, November 3, 201516comments


PANAS rupanya isu debat 1MDB antara Tony-Arul. Saya malas nak layan isu ni sebab dah boleh agak akan banyak cikadak timbul sebelum boleh ada kata sepakat untuk majlis debat itu di adakan. 

Layan jerlah semua sideshow ini.... tengok semalam, apa kata si Said Keruak - Debat tidak boleh ada penonton dan tidak ada soal jawab ! Hahahahahaha .... Melawakkan ..


Hari ini speaker Pandikar pula ugut nak letak jawatan jika debat diteruskan ( Mkini ) kalau Tony tak letak jawatan PAC. Pembangkang pula kata nak ganti dengan orang lain bla bla bla ..... Lepas ni siapa pulak nak enter frame buat lawak juga ?

Bagi saya, kalau jadi debat ..... baguslah sebab akan ada info baru melainkan Arul cuma nak sebut bab Pelan Rasional Hutang jer. Debat tak menyelesaikan masalah 1MDB melainkan ia berupa majlis soal jawab di mana ada perbincangan dua hala antara 1MDB dengan pengkritik.

Kita bukan nak mempolitikkan isu 1MDB, kita cuma nak tahu Kebenaran mengenai 1MDB.

Kalau tak jadi debat pun, tak rugi apapun .... semuanya bergantung kepada keikhlasan Arul samada beliau benar2 mahu menjelaskan isu 1MDB atau sekadar perang ego antara beliau dengan Tony. Jika Arul ikhlas, beliau pasti setuju dengan sesi soal jawab. 

Apapun, paling menarik adalah senarai 10 soalan yang Tony minta Arul sediakan sebagai bahan debatnya. Banyak lagi persoalan mengenai 1MDB yang boleh dikemukakan namun jika Arul dapat beri penjelasan kepada 10 soalan ini, sekurang2nya ada juga manafaatnya kita layan debat ini.

Saya jangka Arul tidak akan jawab. Dari awal lagi saya jangka Arul tidak akan jawap isu2 lama sebab semua itu tidak ada kaitan dengan dirinya. Kenapa Arul mahu bertanggungjawab menjawab bagi pihak orang lain ? Isu2 lama kena panggil orang2 lama yang buat keputusan dan ini termasuk Najib.

Dari astro awani - Berikut adalah ‘10 soalan’ yang dicadangkan Pua:
 

1. Mengapakah Bank Negara menarik balik kelulusan untuk 1MDB untuk memindahkan lebih daripada US$ 1.8 bilion di luar negara? Adakah kerana kebanyakan dana telah dipindahkan ke akaun yang tidak berkaitan dengan projek usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Limited seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat Lembaga yang dibocorkan yang telah diakui Arul? Berapa banyak yang telah dipindahkan ke akaun yang tidak berkaitan ini? Adakah akaun yang tidak berkaitan ini dimiliki oleh Good Star Limited dan yang memiliki atau mengawal Good Star Limited?


  2. Adakah benar bahawa 1MDB telah melabur US$1 bilion yang pertama untuk memperoleh 40% daripada 1MDB-Petrosaudi manakala PetroSaudi hanya perlu melabur haknya kepada rizab minyak tertentu di Laut Caspian dan di Argentina bagi pegangan 60%? Di samping itu, adakah hak untuk minyak Laut Kaspia ditamatkan oleh PetroSaudi dalam tempoh 2 bulan selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama itu, yang bermakna bahawa PetroSaudi memperoleh 60% kepentingan mereka tanpa apa-apa pelaburan penting?

3. Adakah benar bahawa 1MDB telah tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi, tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengarah seperti yang dinyatakan dalam minit Lembaga yang sama?

4. Penyata 1MDB Kewangan bertarikh 31 Mac 2013 dan 2014 menyatakan bahawa AS $ 1.4 bilion telah diadakan sebagai deposit oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebagai syarat untuk IPIC menjamin terbitan bon 1MDB bernilai US$3.5 bilion. Walau bagaimanapun, IPIC Penyata Kewangan bertarikh Disember 2013 dan 2014 yang diaudit oleh Ernst & Young tidak mendedahkan apa-apa syarat itu bagi menyediakan jaminan. Imbang tara IPIC juga tidak mencerminkan apa-apa deposit dikembalikan seperti yang diterima atau dipegang. Mengapa 1MDB tidak meminta IPIC menjelaskan di mana wang itu disalurkan?

5. Adakah 1MDB membayar US$993 juta daripada jumlah US$1.22 bilion yang ditebus daripada dana pelaburan Kepulauan Cayman dan US$975 juta lagi yang dipinjam dari konsortium yang diterajui Deutsche Bank mengetuai  untuk menamatkan pilihan 1MDB diberikan kepada Aabar Investments sebagai sebahagian daripada syarat lain dengan IPIC untuk menjamin pemberian bon US$3.5 bilion oleh 1MDB? Apa sebenarnya yang jumlah wang yang dibayar dan kena dibayar kepada Aabar atau IPIC? Kenapa IPIC nyatakan dalam penyata kewangan Disember 2014 bahawa 1MDB masih berhutang IPIC sebanyak US$ 481 juta untuk penamatan tersebut?

Di samping itu, jika US$993 juta daripada jumlah US$1.22 bilion yang ditebus dari Kepulauan Cayman tidak dibayar kepada Aabar atau IPIC, ke mana wang itu pergi?



  6. Telah didedahkan dalam penyata kewangan 1MDB, jawapan Parlimen dan siaran media bahawa 1MDB Global Investment Limited meminjam US$3 bilion pada bulan Mac 2013 bagi tujuan melabur dalam satu usaha sama 50:50 dengan Aabar Investments Limited di mana usaha sama itu akan melabur dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX). Persoalannya, mengapa lebih daripada US$1.5 bilion daripada pinjaman itu telah digunakan untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam akaun Mac 2014 yang telah diaudit, terutama sejak usaha sama itu masih belum diaktifkan setakat ini?

7. Arul Kanda sebelum ini telah memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan pengarah-pengarah 1MDB, menurut minit mesyuarat yang bocor itu, bahawa baki pelaburan Kepulauan Cayman berjumlah US$1.108 bilion telah ditebus sepenuhnya dan telah diadakan secara tunai di BSI Bank Singapura. Walau bagaimanapun, Presiden 1MDB sejak dari itu mengakui bahawa jumlah yang ditebus bukanlah bentuk tunai tetapi 'unit dana' bernilai US$ 940 juta. Mengapa 'unit dana' ini yang telah ditebus daripada dana Pulau Cayman masih dalam bentuk 'unit dana' dan tidak secara tunai atau, aset mentah seperti hartanah dan saham? Jika ia berada dalam bentuk 'unit dana', bukankah bermakna bahawa dana Caymans itu sebenarnya tidak pernah ditebus?



8. Arul Kanda mengumumkan bahawa hutang pertukaran aset dengan IPIC, di mana IPIC memperoleh RM16 bilion hutang 1MDB sebagai pertukaran bagi aset 1MDB. IPIC telah pun mendapat lebih US$1 bilion dalam perjanjian itu. Di mana 1MDB akan menghasilkan aset bernilai RM16 bilion ini untuk menyalurkan kepada IPIC pada 30 Jun 2016?

Kementerian Kewangan (MOF) juga membuat pembayaran ganti rugi kepada IPIC bagi perjanjian hutang pertukaran aset. Adakah ini bermakna jika 1MDB tidak mengemukakan aset bernilai RM16 bilion pada 30 Jun 2016, Kementerian Kewangan perlu membayar pampasan IPIC sewajarnya?

9. Arul sebelum ini telah mengisytiharkan bahawa pelupusan anak syarikatnya, Edra Energy akan membolehkan ia untuk mengurangkan antara RM16 hingga RM18 bilion hutang 1MDB. Walau bagaimanapun, jumlah hutang yang berkaitan kepada jumlah cabang tenaga 1MDB kepada kira-kira RM36 bilion, yang terdiri daripada US$3.5 bilion bon, RM5.7 bilion pinjaman langsung dan lebih RM8 bilion pinjaman yang diwarisi. Oleh itu pengurangan sehingga RM18 bilion hutang tertunggak melalui pelupusan Edra Energy masih akan meninggalkan 1MDB dengan hutang lebih RM18 bilion hutang tertunggak yang berkaitan dengan pemerolehan tenaga. Oleh itu bagaimana penjualan Edra akan menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB kerana tidak akan ada aset yang tinggal untuk membayar baki hutang RM18 bilion ?

10. Adakah Kerajaan Persekutuan ada mengeluarkan 'surat sokongan' pada Mei 2015 kepada Bank EXIM untuk meminjam AS$ 150 juta (RM600 juta) di mana dana yang telah digunakan oleh 1MDB membayar untuk pengambilan tanah daripada Tadmax Resources Bhd untuk kira-kira RM300 juta? Jika ya, apakah baki daripada hasil pinjaman yang digunakan?


PS - Sejak Arul terima cabaran debat Tony itu, nampaknya ramai di pihak kerajaan pula yang tak senang duduk. Kenapa ek ?

Sebab itu berulangkali saya sarankan, jika benar 1MDB dan kerajaan ikhlas mahu supaya rakyat faham tentang isu 1MDB, buatlah satu majlis soal jawab antara 1MDB dengan pengkritik. Seperti 10 soalan di atas, kita bagi lebih awal soalan2 yang perlu 1MDB jelaskan, kemudian selepas penerangan, pasti akan ada lagi soalan balas. Soal dan jawab ..... itu yang sebaiknya.

No politik, No ego ... only the Real Story.  

Bagus 10 soalan di atas, sekurang2nya kita tahu lebih awal ke manakah Arul mahu bawa rakyat dalam debat nya nanti....

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 4:33 PM

Hahaha drama terbaik.i hv no confidence this debate will go on.byk bunyik No need debate just ans the question above. For me quest 1 and 5 jawab klu ada bran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 4:43 PM

hahaha..
debat apa bagi soalan pakai posmen..
Tanya depan2 la. Pakai tulis orang payah faham. nanti disalah artikan..
Hahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 4:54 PM

Kalau macam ni tak payah hantar Tony pua, hantar saudara Din jer debat dgn Arul.. Kompem tercekik si Arul

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 5:13 PM

Bukan soal debat atau siapa yang berdebat, yang penting adalah segala persoalan mengenai 1mdb dijawab dengan memuaskan.

Juga bukan nak tengok siapa pandai berdebat atau siapa yang tergagap, kita cuma nak info

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2015 at 5:22 PM

Din..

Saya setuju, bukan nak tau debat ni sapa menang sapa kalah,

Memang rakyat keseluruhannya, raja-raja khususnya nak tau sangat pasal 1MDB ni, terlalu banyak persoalan dan pendedahan tapi terlalu sikit penjelasan yang munasabah.

Akhirnya, debat ni dapat merungkai persoalan bukan mewujudkan persoalan.

Kalah menang tak penting. Kene ada semangat ni baru betul.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
November 3, 2015 at 5:24 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Kini sebahagian besar rakyat negara ini - tak kira yg berkelulusan tinggi atau rendah, semuanya dah jadi biul. Tak tahu diri kerana dikuasai dgn emosi. Tak kiralah emosi mempertahankan Najib atau sebaliknya.

Sekarang heboh pulak pasal debat antara Arul-Tony. Isunya 1MDB. Tapi Menteri Salleh Said Keruak kata tak boleh tanya soalan. Debat jadah apa kalau dah tak boleh tanya?

Debat adalah debat. Dan yg paling penting dlm debat ialah apa tajuk yg mahu didebatkan. Juga dlm debat ada pencadang dan pembangkang. Masing-masing pendebat mengemukakan hujah berdasarkan di mana dia berpihak.

Konon heboh pasal debat tapi apa yg nak didebatkan tak pulak dihebohkan. Yg jelas puak penyokong Najib dah mula merasakan debat itu jika diteruskan akan membawa keburukan kpd Najib dgn 1MDBnya. Lebih banyak keburukan akan terdedah atau yg sedia ada semakin terserlah dari segi 'pembohongan' dan 'penipuan' pihak tertentu yg ada kaitan dgn urusan 1MDB.

Apa logiknya Arul nak berdebat mewakili 1MDB sedangkan dia adalah CEO yg menyambung tugas CEO dulu yg dah letak jawatan. 1MDB bermula enam tahun lalu, sedangkan Arul belum pun setahun mengetuai operasi 1MDB. Apakah bila ditimbulkan asal usul atau sejarah penubuhan 1MDB, mampu dijelaskan oleh Arul?

Nampak gayanya, debat yg diharapkan para penyokong Najib mempu membersihkan apa yg diisukan, tak akan terjadi. Samalah macam cerita Najib nak saman WSJ. Tunggu hari Selasa......
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 6:29 PM

debat 1mdb nampak gayanya memang tak jadi la. dah tak ada penonton dan soal jawab. habis tu tony dan arul jer kat dalam studio tu. cakap ikut suka hati mereka dan tak ada sapa pun tahu. kemudian speaker nak letak jawatan. confirm tak jadi. so sapa yang hilang telur, tony, arul atau ahjibgor. penjilat ahjibgor juga yang sedap dapat postpaid dan prepaid.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 6:37 PM

Debat ni semua nak kalih isu saja nak menglamerkan & mempopularkan arul kanda sampaikan speaker dewan pun campur tangan sama dah bodoh bertingket tingket dah tak yah layan lah iklan debat ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 7:25 PM

gua rasa ini semua taktik konon 1MDB bersih tak takut utk berdebat terbuka malah Arul tak letak syarat...speaker parlimen sudah sound,kalau macam tu tak perlu Tony Phua..orang lain pun boleh..asal Arul Kanda boleh jawap dgn jelas...gua rasa last2 tak jadi..mula2 tunjuk berani...kalau debat diteruskan gua letak jawatan...kah..kah..kah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 9:10 PM

elokla diteruskan debat.. ada peluang untuk speaker kayu tu blah... macam budak-budak main ugut-ugut.. Mini Parlimen yang Jamali Sadat jadi speaker dulu pun tak lawak macam ni!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 10:56 PM

penting sangat ke speaker sorg nih? letak jawatan pun apa org kisah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 8:20 AM

saya sebenarnya x percayakan pua. kredibiliti dia mcm mana? semua org boleh dibeli dgn wang. kan cash is king ?

lagipn tony pua dr dap kenapa perlu lucutkan kain pm melalui 1mbd? derang hanya perlu main wayang sikit2 je dan tunggu PRU bila BN kalah nnt. confem kalah bro. di bwh najib lagi senang pembangkang menang. jadi apa perlu malukan usaha turunkan pm sekarang?

bagi saya pelik perangai dap tentang 1mbd. kalau saya dap saya cuma perlu tunggu pru. kalau najib ditukar kan ke susah nk menang nnt ?

kalau pn betul ini serangan biasa dap pada kerajaan, scenario yg saya mahu kedepankan adalah mcm mana kalau tony pua mendpt sogokan dr pm? akhirnya semua soalan dr tony hanya akan mambantu 1mbd (maksudnya soalan yg mmg 1mbd dpt jwb). pendek kata saya x percaya cina dap.

lagipn kenapa hanya tony ? xkan dia saja yg mahukan penjelasan? outsyed the box byk ckp pn boleh turun sekali, biar settle semua soalan panas tertunggak yg 1mbd perlu jwb. pihak jebatmustdie pn kene turun. tun m lagi la kene turun.

debat x selesaikan apa2 pn. tp sebenarnya sekarang ni semua pn tau betapa rottennya 1mbd. semua dh meluat semua dh marah. cuma pihak kerajaan buat muka xtau malu masih mahukan najib menjadi pm. x mungkin mereka akan dpt jwb soalan2 panas yg kita semua tanya nnt. focusnya cuma kalau boleh kita mahu pecahkan tembelang mereka.

sebenarnya dh pecah dh pn. dan mereka menjwb dgn tidak menjwb. pusing kt bende lain... adakah tony akan biarkan perkara sama berlaku?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 9:20 AM

semua sudah di rancang dari awal lagi tu sebab si arul tunjuk berani cabar ajak debat sebab sudah set jika cabaran arul tidak disambut akan nampak arul & 1mdb bersih & jika disambut akan dihalang oleh speaker dengan alasan tahap mega sampai ugut mahu letak jawatan habis ayam dalam reban ikut berguling gelak hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 9:34 AM

Saya sokong debat isu ini tapi saya tak sokong Tony pua sebagai pendebatnya kerana dia adalah agen kristian evangelis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 12:26 PM

Aku lg percayakan tony dlm hal ini. suka atau tidak,Tony lg lama mempersoalkan hal 1mdb sebelum panas. aku ada tanya soalan sama klu biarkan je najib bkn lg sng ke nk mng pru.politician akn pikir mng pru, yg syangkan negara xkan diamkan diri. Sedikit sbyk effect diri sndiri jgk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 9:15 PM

Memang drama lawak bodoh si Tony Pua. Sebagai ahli PAC bukankah Arul boleh dipanggil dan disoal di hadapan anggota PAC? Ahli politik longkang macam Tony Pua ni pun nak jadi kecoh.

Post a Comment