........... Watsapp Warriors ..... Keluarlah Dari Zon Selamat Anda ! Nak Tebus Maruah Apanya Kalau Kita Terus Takut ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Watsapp Warriors ..... Keluarlah Dari Zon Selamat Anda ! Nak Tebus Maruah Apanya Kalau Kita Terus Takut ?

Thursday, October 8, 201533comments



Kenapa media perdana dan para bloggers Umno hari ini tidak ada yang siarkan kenyataan dari Majlis Raja2 Melayu berkaitan isu 1MDB ?

Apakah kenyataan dari Raja2 Melayu itu tidak penting untuk disebarkan kepada rakyat ?

Apa yang ditakutkan oleh Najib dan askar2nya dengan titah istana supaya siasatan terhadap 1MDB disegerakan secara telus itu ?

Apakah Najib dan askar2nya takut rakyat akan menerima titah Raja2 Melayu itu sebagai memihak kepada perjuangan Tun Mahathir selama ini yang tidak jemu2 mempersoalkan isu 1MDB ?

Pendek kata - apakah Najib dan askar2nya takut rakyat akan menafsir titah Raja2 Melayu itu sebagai anti Najib dan anti kerajaan ?

Well .... itulah cara orang Najib sebelum ini iaitu, sesiapa saja yang tidak mahu menerima bulat2 penjelasan Najib dan 1MDB akan dianggap sebagai menentang kerajaan pimpinan Najib.

Nah, sekarang Raja2 Melayu turut sama mempersoalkan penjelasan dari Najib dan 1MDB ..... apakah Raja2 Melayu juga akan dianggap sebagai menentang kerajaan Najib ?

Bila menuntut siasatan 1MDB disegerakan secara telus, itu bermakna pihak istana juga tidak dapat menerima penjelasan longgar yang selama ini disogokkan oleh kerajaan kepada rakyat !

Dan ini TERMASUK alasan TUNGGU AUDIT! yang sudah lapuk dan rayuan tempoh 6 bulan dari Najib untuk selesaikan hutang 1MDB dan juga tempoh 6 bulan dari 1MDB untuk hantar penyata kewangan 2015 yang sudah tertunggak 6 bulan.

Pendek kata juga - Rakyat perlu diberi penjelasan SEGERA ! 

Malangnya ..... berita itu dinafikan penyebarannya secara meluas oleh media dibawah kawalan Najib.

                               **********************

Sehari dua ini semakin rancak warga watsapp menghentam Najib ekoran isu TPPA dan titah Majlis Raja2 itu. Tapi setakat itu sajalah ....... setakat dalam watsapp. 

Rakyat Malaysia termasuk orang2 Melayu sebenarnya TAKUT untuk bersuara. Tak perlu nafikan .... saya sendiri juga takut untuk bersuara lebih. TAKUT suara kita akan dilihat secara individu dan seterusnya dikenakan apajua tindakan oleh pihak berkuasa.

Makanya rakyat Malaysia rasa lebih selesa dan selamat untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka dalam zon selamat. Dalam zon yang mereka yakin tidak akan didengari oleh orang luar apalagi pihak berkuasa.

Lahirlah PEJUANG2 WATSAPP yang gagah berani ...... tapi setakat dunia watsapp sajalah. 

Begitu juga bila bertemu sesama rakan .... topik utama rakyat masakini adalah mengkritik Najib. Di mana2 saja .... tapi setakat zon selamat sesama yang dikenali.

Untuk tampil keluar dari zon selamat ....... hmmmm .... yang itu biar orang lain yang buat. Kita akan support dari belakang. Kita akan sebarkan dalam watsapp grup kita. TERUSKAN PERJUANGAN ! TERBAIIIIIIIK .......

Itulah yang sering diulang sebut sejak akhir2 ini oleh Tun Mahathir. Tun menyeru supaya rakyat tampil bersuara di luar zon selamat mereka, supaya kerajaan dengar suara ketidakpuasan hati rakyat ini. Supaya pemimpin2 kerajaan terutamanya Najib tidak lagi perasan konon rakyat menyokong mereka.

Cuba dengar kembali luahan Tun sewaktu Majlis Hitea di Ampang baru2 ni -



KLiK untuk ke Youtube.

Ramai yang ketawa bila Tun mengajuk cara penyokong2 membisik ke telinga beliau yang mereka bersama Tun, yang Tun tidak keseorangan ...... tapi sedarkah kita yang kita hanya mentertawakan diri kita sendiri ?

Tun menyindir kita ! Tun mengajuk cara kita ! Dan kita ketawa ......

Sebenarnya dalam apajua perjuangan, kita perlu menerima risiko. Kalau kita tidak berani mencuba, kita tidak akan dapat apa2. Dan kita jangan takut sangatlah .... Takut berpada2 lah.

Kalau kita sampai begitu takut, macamana nak tebus maruah kita ? 

Kalau kita tak lawan perasaan takut .... saya ingat .. tidak ada perjuangan lah.

Apa makna perjuangan kalau kita takut ?


Luahan sama turut disuarakan Tun di Tawau dua hari lepas .... dan saya percaya Tun akan terus meluahkan kekecewaannya itu dalam siri2 pertemuan dengan rakyat seterusnya .....

Hakikatnya kita kena terima - Kita ini PENAKUT .

Dari kenyataan Muhyiddin ( KLiK ) hari ini -

Memandangkan DYMM Raja-Raja telahpun bertitah menggesa kerajaan menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit, maka pada hemat saya adalah amat wajar bagi warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya menyiasat setiap dakwaan terhadap 1MDB secara telus, adil dan berkecuali. Mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya.


Muhyiddin juga minta rakyat bersuara diluar zon selamat, di luar dunia watsapp  ...... apakah akan disahut ?

Kita memekak dalam dunia sosial, dan kita mengharapkan perubahan berlaku hasil pekikan kita itu ..... bolehkah berlaku perubahan itu kalau pekikan itu sekadar bergema dalam lingkungan zon selamat kita ?

                             *********************

Ramai juga yang membicarakan isu bekas presiden MCA Tun Ling Liong Sik yang dipuji kerana berani berdepan dengan saman dari Najib.

Dari Mkini -

"Saya kata kepada perdana menteri, jika kamu memilih untuk saman saya, saya akan pertahan diri saya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya terima cabaran kamu.

"Saya ingin menyaksikan perdana menteri berada di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan lakukan jika beliau berkata reputasinya tercabar.

"Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf,"  


TAHNIAH kepada Ling Liong Sik ! Rakyat menyokong anda.

Tapi waktu sama suka saya ingatkan anda kepada ucapan Tan Sri Sanusi minggu lepas (KLiK) -

Kita tidak mahu parti lain  menebus maruah ini. Kita mahu yang menebuskan maruah ini ialah Umno sendiri !


Paling tidak pun, biarlah orang Melayu sendiri yang tebus maruah ini ! Tapi nak buat macamana, orang Melayu sudah ketandusan pejuang  ..... Yang bertaraf pemimpin pun dah jadi Watsapp Warrior saja ......

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 2:26 AM

Cayalah ...Raja2 dah bersuara,tan sri Zeti pun dah kasi ingat,dato Bahar sb pun dah pecah lobang,x mau jgk dgr ckp!! Dia jgk yg betul.Mana punya Bugis la ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 3:53 AM

Kepada barisan kepimpinan umno termasuk ketua2 bahagian yang menjadi pak angguk kepada najib tunggulah pru14 nanti kamu akan dimalukan oleh penggundi diatas sikap bodoh kamu menyokong najib bersedialah untuk rebah, kami sebagai penggundi tidak akan rugi apa2 tapi kamu para pemimpin2 umno sudah pastinya dalam kerugian.

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2015 at 4:48 AM

Bro, bisikan kepada Muhyiddin bahawa beliau perlu tampil mengetuai rakyat untuk membuat laporan polis yang lengkap, kita ikuti kemudian dengan format yang sama.

Strategi mesti ada agenda tersusun,.plan your work, work your plan. Mana dia kelab che det? Minta bantuan perkasa? Ngo ngo yang sokong suara rakyat, umi hafilda? Buat rombongan ke balai polis...report bukan setakat IMDB sahaja tetapi meliputi kegagalan tindakan dari agensi dan badan yg terlibat, pdrm? Sprm? Bank negara? Pac?

Memorandum demi demorandum perlu dihantar kepada setiap sultan dan gabenor?

Siapa yg patut lead? Bukan din turtle, bukan mahathir...yg paling tepat ialah muhyiddin dan shafie apdal sendiri...mereka lebih tahu,.lebih berkepentingan dan mereka yg di amanahkan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 7:07 AM

@kluangman

kekadang saya rasa keliru. jika lapuran polis dibuat keatas polis atas kegagalan tindakan, siapa yang akan siasat. dah tentu polis juga akan siasat tapi boleh kah umum akan percaya dengan hasil siasatan mereka itu.

Muhyidin dan Shafie Afdal saya rasa tidak relevan kalau mereka mengetuai sebab kepada mereka yang kita sandarkan untuk menerajui negara kiranya Najib tersungkur. bagaimana pulak kalau kedua dua mereka itu dipecat keahlian mereka melalui tindakan disiplin?

saya bersetuju jika pehak NGO yang melakukanya. PERKASA terutamanya yang sepatutnya lakukan terlebih dahulu jika PERKASA masih kekal memjadi "checkmate" kepada UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 7:28 AM

Saudara DT, tak salah late news semalam majlis raja-raja akan melantik angota bagi menjalankan penyesiatan.Harapan semoga ini satu cara yang sangat baik(berkecuali).Bagi yang mencari makan kaki jilat ini mesti untuk menunjukan benang basah itu sebenarnya tegak,kita tak boleh nak nafikan.Bagi mereka orang lain suka buat fitnah itu saja.

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2015 at 8:34 AM

IGP should now feel relieved and can perform his job freely. Raja dah bg titah, apa tunggu lagi....siasat Najib dan kuncu2 dia....panggil Najib dan Rosmah untuk soal siasat.....nasihat Najib utk pergi bercuti hingga tamat siasatan....klu degil gak, guna SOSMA sbb cubaan sabotaj siasatan DiRaja. Hmmm....klu x brani jugak, buang jer lah perkataan 'DiRaja Malaysia' kan ujung nama Polis tu...!! Pulangkan smula panji2 DiRaja, ur Department not deserve to have one....!! Tukaq nama jadi Polis BeRaja Najib....!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 8:41 AM

Perjuangan .... ya setiap perjuangan mestilah mempunyai kumpulan dan ketuanya. Mana boleh kita berjuang secara berseorangan kerana berseorangan tiada kekuatannya. Sedangkan dipihak lain dia tidak mempertahankan dirinya secara bersendirian. Ia dikelilingi dengan orang-orang yang sanggup mempertahankannya sehingga mati. Kenapa tidak ada satu pasukan untuk perjuangan ini? Sedangkan Raja-Raja pun ada majlis mereka sendiri. Baginda-baginda mengeluarkan kenyataan melalui majlis mereka sendiri. Anggaplah ini sebagai satu perjuangan. Seperti perjuangan untuk menuntut kemerdekaan!

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2015 at 9:22 AM

I wish to “Memohon limpah Perkenan” and make some proposals.

Proposals:

1. “Menjunjung duli” I hope the Rulers will get involved by way of appointing one of the Rulers to preside the investigation process through a special body. This body is higher than a Royal Commission of Inquiry (RCI);

2. This body, let us call it Royal Inquiry (RI), will report to the Conference of Rulers through special sittings;

3. The RI is to be headed by someone senior in the ruling party. Since he has been asking questions and looking for answers, I would humbly propose Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd Yassin to lead.

4. The three investigating bodies (MACC, police and BNM) to come together under the RI and to produce a holistic and comprehensive report;

5. To include the past external auditors of 1MDB and the Attorney-General (AG) into the RI;

6. Since there will be conflict of interest, it is advisable for people involved to go on leave;

7. Have a deadline — Investigations started sometime in March/April 2015 and as we are aware BNM and MACC have given their findings to the AG. It is long overdue and the AG has to decide and report to the RI on the next course of action.

As stated in the Ruler’s statement, if this issue is allowed to drag on, it could jeopardise the country’s economy and the livelihood of the people.

“Justice delayed is justice denied.”

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 9:34 AM

Yup,setuju dengan kluang bahawa mahyudin Dan shafie wajib mengetuai rakyat melawan habis2san kerajaan firaun najib....malulah orang umur 90 tahun kesana sini menerangkan kejahatan najib....jika mahyudin Dan shafie masih berdiam diri benarlah sabda nabi penyakit cintakan dunia menyelubungi mereka....Raja- Raja dah bertitah peluang keemasan bagi mereka berdua counter attack golongan munafiq sebelum Malaysia menjadi debu akibat bala Allah swt...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 9:39 AM

salam tuan,

setuju dengan kluang man. kebangkitan mesti dari ketua yang hebat. tun m masih hebat tapi sudah hampir ke penghujung. calon yang sesuai masa ini adalah ts muhyiddin. berilah sokongan kepada beliau untuk berjuang

....................
Reply To This Comment ...................
Mat Duit
October 8, 2015 at 9:57 AM

NGO melayu semuannya dah ...... mana boleh lawan tauke .. yeop.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 9:58 AM

Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Shafie Afdal tak perlu melakukan serangan terang2an secara terbuka cukup sekadar dibelakang tabir, serangan secara terbuka akan membolehkan mereka berdua dikenakan tindakan dipecat dari UMNO dan itulah motif paluan gendang dari penyokong2 najib/zahid tujuan mengapi2kan tsmy & safie afdal supaya bersuara lebih lantang supaya mereka dapat dihadapkan kebadan disiplin UMNO.

Apabila mereka berdua dipecat peluang zahid hamidi menjadi lebih cerah untuk menggantikan najib sebagai Presiden UMNO dan juga sebagai PM tentu sekali penganti pro najib ini akan melindungi segala kepentingan malah menutup salah laku pentadbiran najib dalam kata lain tidak ada gunanya jika peralihan kuasa sebegitu berlaku 2 x 5 saja namun itulah percaturan yang di inginkan oleh pro najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 8, 2015 at 10:18 AM

Cara dan tindakan yang macam mana saudara Din nak para penentang Najib lakukan?

Buat report polis? Yang dah sedia ada pon polis buat bo-layan.

Report pada SPRM? Aku secara peribadi memang tak ada sebarang dokumen sebagai bukti menunjukkan Najib rasuah. SPRM nak layan ke kalau aku pergi buat report kat pejabatnya tanpa sebarang bahan bukti?

Gunakan UMNO? Mesyuarat cawangan dan bahagian dah selesai dah. Masa mesyuarat cawangan, isu paling hangat adalah tentang makanan yang disediakan. Kalau sedap, sapu licin. Tak sedap, merungut.
Masa mesyuarat bahagian, bincang isu duit tambang (perwakilan cawangan). Banyak atau sikit dapat. Untuk AJK pula, siapa dapat projek free.

Keluar dari UMNO sebagai tanda protes? Aku dah buat. Anda pula bagaimana? Masih sanggup jadi unit bilangan yang dibanggakan Najib sebagai penyokong nya ke? Kerugian apa yang bakal berlaku kalau anda keluar UMNO? Kalau anda AJK bahagian atau ketua cawangan DAN mata pencarian anda meyara keluarga adalah melalui projek free, memang ada alasan kenapa tak keluar UMNO. Tapi bagi ahli-ahli biasa UMNO, nak tunggu apa?

Mungkin saudara Din ada cara yang lebih berkesan. Cara yang aku tak tercapai pemikirannya.

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2015 at 10:42 AM

Org Melayu takut bersuara ?. Ini di sebabkan majoriti ( tidak kurang dr 80% ) org Melayu bekerja dgn Kerajaan atau Bdn Ksnun Kerajaan. Mereka lebih pentingkn jawatan dan periok nasi nya. Kalau berani sangat bersuara nanti kena buang kerja atau tak naek pangkat atau di transfer ke hulu negara.

Sisa nya menjalankn usaha sendiri dan berharap mendpt jerja atau kontrak dr Kerajaan. Kalau byk bersuara nanti di blacklist atau di senarai hitamkn. Parah lg kalau LHDN mula bertanya2 tentang pendapatan nya. Ada pula yg lesen atau permit nya di tarek balek.

Kesimpulan nya Malay are losers. Hanya segelintir saja yg boleh hidup sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Malindo
October 8, 2015 at 11:45 AM

Daniel Nor:Yup setuju.kami kami yang berhati melayu sejati,melayu yg tak minat buat projek atau minta projek dari pemimpin parti yg berkuasa,kami kami melayu yang buat business dgn 'Private Initiative'kami sendiri dan berdikari,kami melayu yg sayangkan bangsa dan tanah air dan kami melayu2 yg tinggal di luar negara melihat dari jauh perkembangan tanah air dengan teliti.Kami melayu2 yg bersedia kembali ke tanah air jika perlu.Salam hormat.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 8, 2015 at 1:32 PM

Saya setuju dengan kluangman & Anonymous October 8, 2015 at 9:34 AM,

1) Tan Sri Muhyiddin sepatutnya ke hadapan. Beliau perlu dibantu oleh Datuk Seri Mohd Shafie. Insha Allah yang lain akan menurut secara automatik.

2) Kenapa Muhyiddin & Shafie perlu takut dipecat ? Dengan begitu banyak sokongan ahli-ahli UMNO yang senyap kerana tiada "ketua" yang hendak memimpin mereka, saya percaya jika mereka ini dipecat maka akan ada satu "gelombang" dalam UMNO yang akan menjatuhkan Najib dengan secara aib. Mahukah Najib pecat mereka untuk dapat aib ?

3) Saya tak faham sampai bila mereka yang kita harap ini perlu "berbisik" dalam menyatakan sokongan supaya Najib berundur ? Bagaimana dengan nasib negara ini jika kita perlu tunggu sehingga pilihanraya akan datang ? Dalam masa 2 tahun banyak kemusnahan akan berlaku jika Najib masih berkuasa.

4) Saya percaya setiap dari kita sudah melakukan yang termampu dan sedang menunggu tindakan dari pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya Muhyiddin.

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2015 at 4:14 PM

Bro kits kena serious dan focus. Usul yang baik Dan take perlu dibahas. Teruskan semoga usaha diberkati Allah....Amin

....................
Reply To This Comment ...................
Zolkaple
October 8, 2015 at 5:01 PM

TERBARU : Peguam Datuk Seri Khairuddin, Matthias Chang di tahan dibawah SOSMA pukul 3ptg. tadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 6:09 PM

Malam ini malam jumaat.
Mari kita ramai2 penuhkan masjid baca yassin ramai2 mohon taufik dan hidayah Nya dan mohon petunjuk Nya dlm kes syarikat sarat hutang 1mdb dan derma 2.63 billion yg masuk dlm akaun peribadi najib.
Sesunggohnya senjata orang mukmin itu adalah doa.
Mudah2an. Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 8:00 PM

"Fifa: Sepp Blatter, Michel Platini & Jerome Valcke suspended" - BBC

Tapi kat Malaysia ni lain pula. Macam mana nak dapat siasatan yang telus kalau orang yang disabitkan terus berkuasa. Bagi lah dia rehat 90 hari macam yang FIFA buat, sementara siasatan sedang dilakukan. Dulu masa kertas soalan UPSR bocor pun pegawai atasan digantung tugas. Tapi kes yang bilion2 ringgit ni tak kan nak dibiar macam tu je?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 8:31 PM

THEY HAVE SPOKEN!

Depa dah jawab daah.....

Rupanya bila Zeti ckp dalam laporan siasatan BNM yg diserahkan kepada AG, Bnm syorkan beberapa tindakan penguatkuasaan diambil ke atas 1mdb, syor Zeti tu dianggap hampeh...

Rupanya AG dapati "tak ada" apa-apa yg salah.

Aduhai..... apa lagi harapan rakyat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 10:07 PM

Ag botol kicap...kpn botol cuka...satu masin satu masam...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2015 at 12:53 AM

Pasal takut nie...mmg btol la sume org2 anti Najib mmg penakut...termasuk la saya sbb terlalu byk akan terkorban...anak bini...kerja...kalau pon selesai masalah Najib nie dgn beramai2 masuk jel tapi apa akan jadi selama di jel tu kalau anak bini bergantung hidup dgn gaji kita..? Terus-terang la kalau saya bujang lagi dah lama saya buat report polis dan habis2 lawan Najib sampai kena jel pon takpa. Tapi apakan daya...perjuangan nie tak serupa mcm mengangkat senjata melawan komunis atau mana2 musuh yg mengancam nyawa...mau tak mau kena la bergadai nyawa jugak. Yg saya nampak kita boleh beramai2 menekan YB2 di kawasan masing2 dgn berceramah dlm setiap cawangan UMNO sehingga Ketua2 Bahagian masing2 tertekan dan dipulaukan dalam apa2 majlis. Pakat ramai2 dan bagi kata dua mau undi atau tidak masa PRU nanti. Tapi sayang mcm kita sendiri lihat tak banyak mana cawangan yg berani buat gara2 $$$ dan kedudukan yg tak seberapa. Mcm di kawasan saya, ketua cawangan dah pon kena pulau sebab tak berani menyatakan pendirian dia dlm isu Najib. Maklum laa....$$$$ byk masuk. Skrg dok terperok kat umah sebab malu dgn jiran2 tetangga bila memanjang kena perli kat surau dan kat mana2 majlis. Utk YB2 lak...dtg je mana2 majlis jgn la layan mcm org kg saya buat dulu...pegi mampos la title "Yang Berhormat" tu sbb byk kali aniaya org kg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2015 at 9:14 AM

betapa kotor & jijiknya najib serta askar2nya..nak menghalalkan cara, sebahagian drp kita masih lagi buta & pekak..akal yg ada dah tak boleh berfikir dgn waras..benar kata Tun M duit & kuasa telah membutakan hati,mata & akal mereka. dimana mereka2 yg lain veteran2 umno? bisu atau buat2 pekak,,kesian Tun,,dgn usia yg sebegitu & kudrat yg tak seberapa bertungkus lumus...yg lain terus membisu..aku rasa tersangat malu dan kadang2 timbul rasa sangat benci & naik meluat pada mereka2 ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2015 at 12:30 PM

Nak kluo dr zon selamat mcm mana.... Majlis Raja-Raja yang tegur kerajaan pun kena tegur balik dgn TPM..... tengok kenyataan TPM tu.... kan nampak sgt mcm tak peduli pun dengan Majlis Raja-Raja..... siap sound balik.... abis macam mana....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2015 at 12:34 PM

Sebenarnya kita sebagai rakyat ni... tak ada pun zon selamat pun.... ibaratnya ayam-ayam yang sedang tunggu tuan dia sembelih aje..... nak terbang harap kepak je ada tapi tak larat nak bawa badan.... nak taji... taji pun tumpul... apa lagi paruh.... Raja-Raja yang sememangnya dalam zon selamat pun kena tegur balik bila menegur...

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2015 at 2:12 PM

@Anonymouskita belum buat lagi dah mengalah...... keyword disini adalah beramai2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2015 at 5:14 PM

Presiden FIFA pun kena gantung kerja.
Mana besar presiden FIFA atau PM Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2015 at 6:50 PM

Kena ada pemimpin yg keluar utk tegakkan kebenaran. Tun M dah uzur utk buat. Ketua2 Bhgn UMNO yg jd perisai najib yg disalut dgn wang ringgit dan projek.

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2015 at 9:16 PM

Datuk Khairuddin dan Peguamnya pun tidak boleh buat apa apa. Saya nii ikan bilis jee lagiii takut.
Kita doakan orang seperti Tun Mahathir lebih ramai lagi keluar menyatakan sokongan kpd Tun dan berjuang sama dgn Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 9:41 PM

Abg Din.. Memang najib & the 1mdb gang kantoi menipu tapi kami rakyat marhaen ni tak berapa paham 1 mdb masalahnya start dari mana? Dan macamana sampai teruk ke tahap sekarang. Kalau Ada penerangan yg mudah boleh kami2 ni paham dan kami akan bukukan is supaya boleh buat rujukan kpd org2 seperti kami di kampung2.. Bilamana kami dah paham sepaham2 nya sama macamana Abg Din, Tun M dan pejuang2 isu ini, maka kami yakin tiada lagi takut dan was2 nak bertindak mengikut saluran yg betul.. Mohon pencerahan kepada kami ni semua. Terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2015 at 9:58 PM

@AnonymousinsyaAllah, ada masa nanti saya akan ulang isu2 1MDB dalam bahasa mudah faham. Terimkasih !

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 1:52 AM

For IGP case, I think it's the other way around. There's no way he is relieved with our king's order. Makin kecut telor dia ada la.

Hello.. there's no way IGP transparent la in this saga.. kalau tak macamana hamid bador buta2 kena tukar kalau tak dapat consent/cleaeance drp dia?

It's true. Kalau titah raja pun xnak patuh dah, padam je nama di raja malaysia tu. Guna sahaja nama polis mat najip.

Post a Comment