........... Wahid - Isu 1MDB Akan Selesai Hujung Tahun . SELESAI ? ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Wahid - Isu 1MDB Akan Selesai Hujung Tahun . SELESAI ? ? ?

Thursday, October 15, 201551comments

TMI

Datuk Seri Wahid kata isu 1MDB akan selesai hujung tahun, lagi 2 bulan., sesuai dengan janji Najib yang minta tempoh 6 bulan.

Caranya adalah seperti yang disebut dalam Pelan Rasionalisasi atau Pelan Jual Aset di mana harta benda 1MDB akan dijual untuk bayar hutang keliling pinggang. Tapi bukan untuk selesaikan kesemua hutang yang ada, sekadara kurangkan RM16 bil jer.

Ia berkait rapat dengan perjanjian dengan IPIC yang kerajaan masih mahu rahsiakan detailnya. Apakah hutang RM16 bil itu terhapus atau hutang itu ditukar dalam bentuk lain ? Pelan Penjenamaan Hutang 1MDB ?

Agak mengelirukan ayat Wahid di atas...... Isu 1MDB Selesai ..... ?

1MDB mungkin boleh bernafas sedikit lega bila hutang dah kurang sikit tapi masalah 1MDB masih belum selesai. Rakyat memang mahu lihat 1MDB ini kembali di landasan yang betul, kalau boleh diselamatkan. Tutup 1MDB pun rakyat tak kisah, yang penting 1MDB ini tidak menyusahkan rakyat baik secara langsung atau tidak langsung.

Tapi ISU 1MDB bukan hanya tentang menyelamatkan syarikat itu dari beban hutang. ISU 1MDB adalah juga mengenai penjelasan tentang apa yang sudah berlaku dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang.

Rakyat mahu tahu di mana silapnya 1MDB ini sehingga begitu teruk keadaannya sekarang. Rakyat mahu tahu ke mana perginya setiap sen yang 1MDB pinjam itu. Rakyat mahu tahu apakah berlaku pecah amanah, apakah ada sesiapa yang songlap duit, apakah benar segala dakwaan yang banyak berlegar ketika ini.

Rakyat mahu tahu SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB dan orang itu DIHUKUM.

Sebab FAKTANYA - 1MDB telah merugikan rakyat dan negara. 

Tanah tergadai, wang rakyat hangus, maruah negara tercemar ..... itu siapa yang harus bertanggungjawab ?

SRC pula bagaimana ? Bukankah SRC juga sebahagian dari angkara 1MDB ? Siapa nak jawab pinjaman RM4 bil dari KWAP itu ?

Yang pasti, 1MDB akan tercatat dalam sejarah hitam negara ....

Share this article :

+ comments + 51 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 2:50 PM

Tak akan selesai selagi ada puak yg pernah mewah mendapat kembali 'hak' mrk yg telah diambil oleh 1mdb.
Tak akan selesai selagi pm atau bakal pm adalah boneka mrk....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 2:58 PM

Yang aku rasa 1mdb akan selesai sekiranya semua benda yang melibatkan pembayaran Wang ringgit oleh rakyat dinaikkan 100%,semua aset negara dijual dan perjanjian TPPA ditandatangani oleh najib!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Razlan
October 15, 2015 at 3:06 PM

Dia ni betul-betul Wahid Satay la. Tu la, dulu elok duduk sedap sedap kat corporate, ni kena janji manis jadi ketua EPU. National service konon. National Service (PLKN) sekarang pon dah takde sebab takde duit. Mungkin Wahid Satay yang nasihat Jibby untuk hentikan national service tu, sebab duit dah kureng.

Balik kepada topik asal. Ramai yang kenal Wahid Satay ni masa dia korporat dulu. Cara dia ni mirip pada Deris Jala; takde duit? No problem. Kita jual asset. Dapat duit, sorak beriya-iya, kampung tergadai itu pandai-pandai lah successor nanti betulkan.

Dalam dua bulan lagi nak "selesai" ? Maknanya, banyak lah asset negara kena jual "cheap sale" nak dapatkan duit untuk tampal akaun 1MDB tu.

Boleh tak kalau kita hentikan sahaja Tok Lawak Tok Lawak (omputeh kata "clowns") daripada mengepalai agensi-agensi kerajaan yang penting, macam EPU ni?

But in all fairness, they have been doing quite a good job. These clowns succeeded in making Malaysia into a laughing stock.

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2015 at 3:09 PM

@Anonymouskenapa ek, sejak berdinner ngan najib baru ni, tetiba banyak pula komen2 pro najib masuk tapi sayang, banyak yang tidak beradab.

Jadi maksud saudara, 1mdb tu ok lah ? Jual tanah aset bagai sebab nak bayar hutang itu tanda kejayaanlah ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2015 at 3:20 PM

Betul tu agaknya dia ni xtkot negara hncr kot

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 3:23 PM

-luv tun m.

- jika janji kepada rakyat pun dilupakan serta diabaikan, inikan pula janji-janji 1mdb .
tunjuklah dokumen-dokumen penting agar perpepsi rakyat dapat dikurangkan . ini tidak, nafi itu, nafi ini selepas terbongkar salahkan orang itu, orang ini padahal munafik salah sendiri tetapi orang lain dikaitkan dan menipu diri sendiri .

- padah, apabila ambil nasihat warga asing . kenapa?, rakyat sendiri tidak layakkah?.
mana tahu, penasihat itu sendiri secara diam ranapkan negara seperti dasar-dasar yang boleh membuat huru-hara pada negara .

-berbalik semula isu 1mdb, jual itu jual ini gadai sana gadai sini semata-mata mahu bayar hutang, ooopps ... bunganya sahaja .
syarikat sarat hutang yang benar-benar memakan diri kerana apabila rakyat soal tidak dijawab secara telus . najib jangan tanyalah, orang-orang ia yang tolong jawab. bagaimana rakyat secara majoriti mahu percaya, sudah tentu timbulnya spekulasi dan perpepsi pada najib dan dasar-dasarnya juga .

- perwaja, APPs dan beberapa lagi pada zaman tun yang rugi, kenapa setiap kali pilihan raya dapat 2/3 ?, kerana tun m turun padang jumpa wartawan, rakyat untuk perjelaskan sendiri apa yang berlaku sehingga rakyat sendiri berpuas hati kecuali rakyat yang menyokong teguh pembangkang atas dasar pemalas hendak berusaha sendiri dan tahu semuanya mahu percuma, kerja hendak ringan dan gaji mshu tinggi .

- oleh itu, tidak mustahil tun m dapat jadi perdana menteri selama 22 tahun. kerana dasarnya menguntungkan seluruh rakyat serta subsidi harian tanpa tekan sedikit pun rakyat walau pada ketika itu perwaja steel , APPs, dan beberapa lagi dilanda masalah .

- najib sudahlah tekan rakyat dengan adanya GST, subsidi minyak dihapuskan, subsidi barang harian dilucutkan, 1mdb menjadi bahan ketawa seluruh dunia, paling ketara menerima 2.6 bilion dari seorang penderma. dari bagi najib baik bagi pemimpin palestin untuk pelbagai bekalan rakyatnya . nampak sangat suka najib makan rasuah dari seseorang yang mahukan sesuatu darinya .

- apa-apa pun semoga TTPA dihalang di negara kita yang berdaulat ini dan semoga juga 1mdb terbongkar rahsia atas kerakusannya dibumi berdaulat ini .

p/s " raja-raja sudah bersuara, rakyat sudah menjerit, NGO sudah menengking dan dunia memandang negara kita sebegitu hina .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 3:33 PM

Cara DS Wahid jawab ni, seolah-olah tidak ada sesiapa pun yang harus/akan dipersalahkan atas cara 1mdb diuruskan sehingga menanggung hutang yang begitu banyak. Seolah-olah cara 1mdb (sebuah syarikat perniagaan) diurus tadbir ialah satu perkara biasa sedangkan orang-orang dalam dunia bisnes di seluruh dunia terpukau dan geleng kepala dgn urus niaga 1mdb yang penuh dengan perkara-perkara luar biasa.

Saya tahu, bagi pendokong Najib, cara 1mdb berniaga tidak ada salahnya.
Malah, mungkin bagi mereka, menanggung rugi dlm berniaga adalah perkara biasa.
Bagi mereka, selagi Najib beri mereka BR1M, mereka tak kisah jika tanah di TRX dimiliki oleh bangsa asing atau harta negara terlelong dan dibeli oleh pihak-pihak yang mahu menjajah Malaysia melalui kawalan ekonomi.

Saya takkan terkejut jika, worst comes to worst, Najib and the gang akan lakukan apa yg telah berlaku 2 hari lepas di sebuah negara kecil di lautan pasifik:

Vanuatu's Acting President Pardons Self, 13 Other MPs Convicted Of Bribery

http://www.bernama.com/bernama/v8/wn/newsworld.php?id=1178788

hahahahaaaa...... kan senang tuh.... Maafkan diri sendiri, cakap yg dah menyesal dan berjanji akan baiki segala kelemahan...

Huiiih.....gerenti pendokong beliau akan puji melambung-lambung....

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2015 at 3:54 PM

Kesian, kesian, Wahid dah dijadikan seperti badot kat TV pd malam itu untuk menjawab masalah-masalah yang telah berlaku ke atas 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 4:05 PM

siapa bertanggungjawab? kalaupun x mengaku ada ketirisan... tapi kecuaian amatlah besar. Pakar mana yg running sykt ni??? berapa ramai pakar yg ada??? kecuaian yang x boleh diterima langsung. perkara ni amat mendukacitakan.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 15, 2015 at 4:13 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Kepada saya masalah 1MDB bukannya setakat kurangkan hutang. Yg penting ialah menyelesaikan jalan cerita 1MDB yg sekian lama tersembunyi tapi akhirnya terbarai angkara WSJ dan SR.

Cerita ringkasnya ialah 1MDB ditubuh untuk membolehkan ianya pinjam duit dari seantero dunia. Yg jamin pinjaman itu ialah Kerajaan Malaysia.
Setelah dapat pinjam duit berbilion USD, maka berbelanjalah 1MDB secara ala kadar - beli syarikat IPP yg tak berapa menguntungkan. Hanya gah pada nama jer. Janji ada dibelanjakan sebahagian duit pinjam tu. Wayang jer...

Rupa-rupanya dalam diam-diam duit pinjaman 1MDB itu bersimpang siur disalurkan ke 'poket' orang tertentu melalui transaksi profesional atau syarikat pada nama. Syarikat mee segera.

Bila dah terbarai kisah 'kongkalikong'nya, maka mengelabahlah pemimpin nombor satu negara hingga TPM pun kena pecat dan ramai lagi yg dipecat atau dipindahkan jabatan atau dinaikkan pangkat bagi maksud menutup pekung yg sangat busuk itu. Dahsyatnya lagi ialah siapa yg buat aduan akan kena dakwa mensaboyaj negara dan ekonomi.

SRC yg jadi alat melanun duit 1mdb diserahkan kepada kerajaan dan dua orang kuatnya cabut lari ke luar negara. Sampai hujung tahun tak akan dapat disoal soasat. Matlamatnya nak tutup siasatan. Tak boleh nak siasat kerana yg buat salah dah cabut lari ke luar negara. Senang ler sangat nak tutup cerita kan!...kannn? Macam cerita katun.

Rakyat sangat sensitif dgn cerita pesalah 'cabut lari' ke luar negara tapi tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa sebagaimana kes 'pembunuh Altantuya'. Kradebeliti pihak berkuasa dlm urusan pesalah lari ke luar negara ni dicebek rakyat. Satu tipu helah....

Pendek kata ada banyak cerita yg kait berkait dgn isu 1MDB ni. Kalau boleh selesai dlm masa dua bulan dan rakyat boleh terima seratus peratus, kira 'power' sangat ler bomoh yg menyelamatkan mereka yg terlibat dari didakwa.
'Pencuri duit rakyat selamat. Rakyat yg mengadu mengenai kecurian itu kena hukum mensabotaj ekonomi'......
Dua bulan lagi segalanya akan selesai.
Horeyyyyyyyyyyyyy!
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 4:18 PM

Kita sudah biasa dengan tindak balas pihak PM yang seorang pencuri(Dr M yg kata),oleh macai macai nya. Timbul nya Wahid ada lah sebagai 'response' press conference Dr M baru baru ini. Sessi Wahid adalah utk bagi 'ammo'utk macai macai bawahannya 'fakta2' utk melawan tuduh2an Dr M,itu aje.

Apa pun kita tak dapat nafi kan tindakan Dr M adalah berjiwa seorang statesman yang masih berfikiran '├žontemporary '! Semasa dia mengguna ISA dulu majority rakyat SOKONG dia. Kini dia menentang Ah Jib Gor dan SOSMA ini adalah sentiment yang dikehendaki majority rakyat sekarang dan tindakan dia sekali di sokong oleh rakyat.

Kita harap nanti sejarah kita dapat melabel kan Ah Jib Gor sebagai the most dishonest and stupidest Perdana Menteri Malaysia ever had!!!!

Satu lagi cadang yang bernas saya nak cadangkan kepada UMNO ialah untuk menukar cogankata nya kepada 'JILAT sampai KILAT' !!


alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 4:18 PM

Selesai tu makna selesai hutang ker.... sy harap duit yg hilang diganti... atau dikembalikan. Knp org yg ambil kesempatan boleh lepas dan kaya raya... request kerajaan rampas balik harta duit kita dari penyamun... juga tanah2 negata tidak tergadai atau di jual lelong.... pls la

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2015 at 4:54 PM

Din,

Kenapa ramai yang kata 1MDB jual hartanah bersamaan dengan jual negara. Aku tak setuju dengan pandangan sempit begini. Jual tanah pada pelabur luar pada harga pasaran akan menguntungkan kerajaan kerana 1MDB tu milik 100% Khazanah. Mereka beli tanah perlu dibangunkan. Takkan dibiarkan kosong. Untuk membangunkan tanah tu sekurang-kurangnya pelabur membawa masuk modal lagi 60-70 peratus lagi. Bukankah ini membawa lebih banyak modal ke dalam negara. Setelah dibangunkan kerajaan boleh dapat hasil lagi dari cukai2 seperti duti stem, assessment setiap tahun dan cukai properti gain tax. Aku harap biarlah 1MDB dapat membangunkan Bandar Malaysia dan TRX dengan tidak diganggu. Kalau setakat 50-60 ekar tu taklah sampai Malaysia ni tergadai. 10,000 ekar tanah yang dijual kepada pelabur Singapore di Kelantan tak pulak ada yang bising negara Malaysia tergadai kepada orang luar.

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2015 at 5:23 PM

@Esa Adamumpama anak sulung jual tanah pusaka, hasil jualan dikongsi sesama adik beradik.... ok lah tu. Tapi kalau kesemua hasil jualan digunakan buat bayar ahlong, ok ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 15, 2015 at 5:49 PM

Bukan kerja Ahmad Husni ke jawab pasal 1MDB? Semenjak kebelakangan ni, senyap je dia. Najib dah bagi gag-order ke pada dia? Tak kan senasib dengan Ahmad Maslan. Jangan sampai keluarkan resepi nasi goreng sudah le.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 6:02 PM

Memang pun aka selesai sebab rakyat akan tolong melangsaikan hutang 1mdb dengan GST dan tol. Kan Wahid dah kata, kerajaan terpaksa membayar beratus juta kepada syarikat tol. Jumlah ini akan digunakan untuk menyelamat buntut Najib bila rakyat tol yang harga melambung...wahid si mangkuk yang suruh orang guna jalanraya yang takda tol kalau tak nak bayar. Inilah kata-kata orang kaya yang tak faham kesusahan rakyat akibat perbuatan pegawai kerajaan yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Mampis BN, Mampos Umno. Sampai bila -bilapun kita sebagai rakyat mesti ingat bagaimana kita dikhianati orang yang digaji oleh rakyat tetapi menganggap kita semua berotak udang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 6:02 PM

bagus la kalu selesai. tapi selesai yang mana satu ni? kes maklumat dipalsukan sehingga RM1.83b lesap tak dapat kesan, kes wang lebih rm950juta standby yang dah selesai semua wang, wang ipic yang dikatakan tak masuk akaun, duit billion billion yang lesap pi mana tak tahu option apa yang ditebus dan banyak la lagi, selesai ker lagi 2 bulan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 6:04 PM

Razlan, cheap sale? Sejak bila asset kerajaan kalu dijual pada GLC murah? Kalu energy assets Wan Emdibi dijual pada TNB ko agak berapa kali ganda dari fair value yg TNB kena bayar? Kalu TH kena pau kaw kaw tak kan nak biarkan TNB terlepas. Itu tak adil namanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 6:51 PM

@Esa Adam
Salam DT & Esa Adam,

1. WanEmDiBee bawah Khazanah ---> 100%
2. Cik Wan beli tanah kerajaan harag murah ---> kerajaan untung sikit (katalah jumlah A)
3. Cik Wan berhutang, pastu jual tanah untuk bayar hutang (katakanlah jumlah B) ---> utang setel, di sini Khazanah tak dpt apa2..
4. Kerajaan hanya dapat jumlah A...tapi sepatutunya Khazanah dapat jumlah B
5. Dan Jumlah B adalah lebih kurang 40-50 kali ganda Jumlah A ----> Kerajaan rugi
6. Kenapa Cik Wan tak develop je duit yg Cik Wan pinjam biliyon2 tu ---> pelik kan?
Wallahu'alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 7:41 PM

kiranya 1MDB ni perniagaannya mirip macam broker pokok ketapang ye encik Esa....

....................
Reply To This Comment ...................
Razlan
October 15, 2015 at 7:52 PM

"cheap sale" is a figure of speech. Kalau tak faham, eloklah kau syorkan kat boss kau supaya hantar cybertrooper pro-Jibby ke kelas bahasa Inggeris. Atau korang lebih kenali sebagai kelas "speaking the England".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 9:31 PM

Jika semua aset milik 1MDB dijual dan hasil dari jualan ini digunakan untuk melupuskan semua hutang Syarikat tersebut,Kerajaan masih akan mendapat kerugian lebih dari 20billion kerana tanah TRX dan tanah TUDM yang berharga lebih dari 20billion telah dianugerahkan kepada 1MDB dengan harga 600million sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 15, 2015 at 10:19 PM

Jual semua gadai apa yang ada. Lepas tu naikkan cukai. Selesai.

Negara kita sudah jadi macam lembu kena tarik hidung dengan US paksa kita berniaga ikut cara mereka. Kalau kita berani, ikut suka kitalah dengan siapa kita hendak berniaga.

Saya terfikir, negara ini sudah tidak ada PM kah ? Senyap sunyi saja apabila masalah melanda...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 11:17 PM

@mustapa m saidsaudara Mustapa, ada juga joke orang putih yang berbunyi berkini "How do you know Najib's ministers are LYING ? When they lips are moving!!!!

Dah jadi budaya pembesar2 Ah Jib Gor membohong kepada kita untuk 'protector'boss mereka !!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 11:52 PM

Yahooo...pru 14 Umno jd pembangkang..Najib n Umno akan jd sejarah ulong.Pm pertama masuk jel .kalau x lari mcm Takshin lah..he2..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 12:05 AM

En Din

TNB will be force to buy 1MDB energy asset. PM Najib and his bunch of thieves has appointed BOA Merill Lynch to be the advisor for that deal. Also mean dearer electricity bill after that. Just wondering if they will make another cut of deal on the side. Government only interested in milking the rakyat dry and lazy to implement good policies to grow our country. Easier to rob and lie than to work hard and give sacrifices.

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 12:33 AM

Ahaiii
Sokong.
Betul la tu, 2 bulan je lagi.
Lepas tu Najib dah masuk jel.
Selesai masalah.

Sabo ye la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 12:47 AM

@Esa Adam

1mdb milik khazanah ... yeke ? boleh bagi sumber yang mengatakan 1mdb adalah milik khazanah ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 1:38 AM

Salam brother Din & rakan-rakan...

Saya setuju dengan pandangan brother Din dalam isu 'selesai' ini. Pandangan saya masih sama iaitu :-

1) Rakyat 'cukup-cukup makan' ini jika melanggar lampu isyarat merah akan disaman. Jika saman tidak dijelaskan then waran tangkap akan dikeluarkan. Pintu rumah akan diketuk...

2) So, perkara yang sama kami tuntut dilakukan dalam isu 'Cik Wan' ini. Mustahil ada & nyata telah berlaku 'hanky-panky' then tak ada sesiapa pulak yang didapati bersalah...

Tentang pandangan tua Esa Adam bahawa pembangunan memang perlukan modal dari pelabur luar. Ada betulnya pandangan beliau ini but untuk jangka pendek sahaja as itu ini untuk rakyat & kerajaan. Tetapi untuk jangka panjang, harta tersebut tetap milik orang asing.

Apa penting & perlu sangat Bandar Malaysia & TRX dibangunkan secara tergesa-gesa dengan modal satu ringgit Malaysia...? Rasanya lebih terarah untuk later tunjuk pada dunia bahawa lihat la legasi hasil dari Najib. Tapak bekas penjara Pudu terbiar lama, baru-baru ini baru mula didirikan pagar. Kawasan Stadium Merdeka & Stadium Negara masih sama sahaja. Pak lah umum untuk bina legasinya disitu as bangunan setinggi 104 tingkat. Muhyiddin dah lancarkan plan pembangunan Kg. Baru bernilai 40 billion untuk jangkamasa 20 tahun. Ini belum belum terusik apa pun even projek ini later akan tukarkan suasana Melayu kita kepada pemilik harta tersebut.

Pertanyaan saya pada tuan Esa Adam. Adakah tuan tahu Mid Valley & The Garden now ini asalnya tempat apa?

Adakah tuan tahu KL Sentral ini asalnya tempat apa?

Adakah tuan tahu Bangsar park ini yang 45 tahun dulu hanya ladang getah?

Adakah tuan tahu Bangsar South ini asalnya tempat apa & bagaimana sesuatu tempat yang agak jauh sempadan Bangsar yang dilintangi Jalan Pantai Bharu, Sungai Pantai & Federal Highway ini asalnya Kg. Kerinchi then boleh bertukar menjadi Bangsar South & KL Gateway...?

Adakah tuan tahu bekas tapak kilang Lever Brother in Jalan Bangsar ini? Kilang sudah lama berpindah ke luar negara. Tanah itu milik KTM-Kerajaan. Now dah mula dalam pembinaan kondo juga. Kenapa tanah kerajaan yang seluas ini yang dekat dengan kemudahan bus & lrt tidak dibangunkan rumah rakyat? Kenapa rakyat 'cukup makan' ini disumbat-sumbat to ppr Pantai Dalam or Bukit Jalil yang terpencil & padat...?

Maaf brother Din cos saya lari tajuk sikit.

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 1:41 AM

Haha... Betul sangat pertanyaan tuan. Yea ke wan emm d bee ni milik Khazanah Nasional? Jika yea then buktikan. Setahu saya, ianya milik 'Cik Wan'...

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 4:21 AM

1MDB milik siapa ? Bukan milik Khazanah . 1MDB adalah milik Kementerian Kewangan di bawah kelolaan Menteri Kewangan iaitu Najib Razak !

Jikalau saya tidak silap ; pendapatan 1MDB di jana dari asset asset tenaga dia yang di letakkan di bawah Edra Global Sdn Bhd .

Jikalau saya tidak silap ; Edra Global Sdn Bhd. lah yang akan di "lelong" pada anggaran RM 16 billion . Jadi apa akan jadi kepada 1MDB setelah ketiadaan asset ini ?? Dimana 1MDB memperolihi hasil utk membayar " interest " hutang selebihnya ??
Selepas di kurangkan sebanyak RM16 billion , berapa lagi hutang 1MDB yang tinggal ? Selama ini hanya RM 42 billion saja yang di gembar gemburkan ..... itu cerita lebih setahun dulu !
Katakan lah hutang masih RM42 billion . Selepas di tolak RM 16 billion ,masih berbaki RM26 billion . Dengan jumlah sedemikian , " interest " masih beratus juta setiap bulan ! Di mana 1MDB perolih duit untuk melunaskan nya ?

Perlu di ingat , 1MDB adalah milik MOF dan hutang hutang di jamin olih kerajaan !! Apa lagi lah yang akan di kenakan cukai ??? Sekarang ni terberak pun kena GST !! kalau tak percaya pereksa bil Indah Water .....

Kahhhhh!!!!!!!!Kahhhhhhhh!!!!Kahhhhh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 7:29 AM

Jika ada salahguna kuasa... cukup2 lah bermaharajalela... menteri2...pengarah2...CEO2.. GLC2....pegawai2 kerajaan.... sekiranya anda bersubahat membantu tutup lubang... membantu menganiaya rakyat... membantu mencuri.... nantikan balasan kpd diri anda... balasan perit kpd anak2 dan cucu2 anda kerana anda semua mungkir amanah.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 8:07 AM

Macam Thailand buat pada harta Thaksin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 8:21 AM

En Esa, pelabur asing yg beli tanah berekar-ekar di ktan dan johor adalah pure investors. Mereka beli dr kerajaan.

1mdb ialah syarikat yg sedang desperate utk bayar hutang kerana bunga yg semakin berganda dan tekanan dr pemiutang.

En Esa cubalah bayangkan keadaan orang yg terdesak krn hutang keliling pinggang. Bukankah mereka selalunya akan jual kpd sesiapa sahaja yang sanggup beli walaupun kepada Along sekalipun.
Inilah yg kita bimbang sbb Along antarabangsa ni bukan setakat jual 'dadah dan maksiat', mereka menjajah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 8:23 AM

persepsi rakyat..

kerana hutang 1mdibi yang menggunung itulah menyebabkan GST dilaksanakan..

percayalah...majoriti rakyat tidak akan lupa tindak tanduk mereka2 itu..

tunggu PRU seterusnya. sekian

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 9:48 AM

@dinturtle

Din,

Modal awal (in cash) tak berapa banyak yg diberi. Jadi 1MDB kena berhutang untuk membangunkan hartanah tu. Bukan boleh dgn air liur aja. Aku meletakkan diri aku sebagai developer bukan sebagai pembodek 1MDB. Begitu juga untuk membeli IPP, 1MDB terpaksa berhutang untuk mengambil alih power generating plant yang selama ini menjadi duri dalam daging. Peluang untuk miliknegarakan penjana letrik ni akan terlepas lagi kerana 1MDB terpaksa menjual semula kerana tekanan2. Kalau dpt kat TNB tak apala tapi kalau terlepas ke pelabur asing macam mana. Nak lepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 9:56 AM

@Anonymous

Anon 6.51

Khazanah ialah pemegang kantung negara bukan satu syarikat developer. Jadi sudah betullah khazanah menubuhkan satu syarikat bagi membangun tanah trx dan sungai besi. Khazanah tak ada kakitangan yg lengkap sepert SP Setia atau Sime Properties. Tak perlu Khazanah membuat kerja2 tu dan mungkin juga perlembagaan negara tak membenarkannya. Waema Khazanah atau 1MDB ia tetap milik kerajaan 100%. Kalau 1MDB buat untung ianya tetap pergi ke Khazanah.

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 10:03 AM

@Anonymous

Anon 6.02

Macam mana pulak duit tol boleh guna utk langsai hutang 1MDB. Pergilah tanya Azmin. Kerajaan Selangor ada share dalam Kesas dan Sprint. Sivarasa pun jadi salah seorang pengarahnya. Boleh kah keuntungan syarikat Lintrak tu diguna pakai buat langsai hutang 1mdb. Kalau benar kerajaan nak guna duit tol baik naikkan tol PLUS kerana PLUS sekarang milik Khazanah. Tol PLUS tak dinaikkan pun. Cuba guna otak yg ada tu. Jangan ikut sedap mulut aja.

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 10:06 AM

@Anonymous

Anon 9.31

Tolong fahamkan sikit rm20 bilion tu ialah GDV (Gross Development Value). Nilai selepas dibangunkan. Nak bangunkan pakai air liur ke.

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 10:12 AM

@Anonymous


Anon 12.05

I would rather pay my elec bill to TNB than to ungrateful YTL Power and Genting Power. They become rich but still ungrateful to the country. If I pay my bill to TNB at least i know my money will go to pay the salary of my Muslim brothers working in TNB.

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 10:42 AM

@abdul majid

Tuan Abdul Majid,

Sebagai menjawab beberapa perkara yg dituju kepada saya.

1. saya pernah tinggal di Bangsar Baru beberapa tahun pada 1971 dan melalui segala perubahan pembangunan Kuala lumpur dari tahun 1970 singgalah sekarang. Bangsar ulu tak da siapa yg mahu beli rumah di situ kerana masaalah banjir. Tapi kini pemilik harta sudah jadi jutawan.

2. KL Sentral dulu KTM Yard sudah jadi Transport hub yg maju. Ini bukan legasi Najib tapi PM2 yang terdahulu begitu juga dengan mid-valley.

3. Yang saya kesalkan ialah kehilangan kampong2 Melayu seperti Kg Abdullah Hukum dan Kampung Kerinchi. Ini saya salahkan semua PM2 baik dahulu mahu pun sekarang.

4. Projek di Stadium Negara biarlah PNB yang menentukan dan saya percaya sahabat saya Tan Sri Hamad Kama Piah tahu apa yang beliau buat untuk pelabur bumiputra. Ianya berjalan lancar. Dan PNB melihat projek ini sebagai projek jangka panjang pemilikan hartanah bumiputra ditengah-tengah bandaraya.

5. Soal Kampung Baru pula ialah masaalah pemilikan tanah yg terlalu ramai dan semuanya tidak satu kepala. Ini akan berterusan dan kerajaan tak boleh dipersalahkan melainkn kanun tanah digubal semula.

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 10:57 AM

sesiapa pun di pihak kerajaan akan bercerita mengikut skrip yang telah dibuat & dipersetujui oleh PM. biar pun hakikatnya 1MDB itu mungkin 'fail & flop', tapi mesti digambarkan agar ianya tidak memburukkan kerajaan. DS Najib mungkin ber'niat' baik sewaktu menubuhkan 1MDB semata2 untuk membantu negara.. tapi dengan asas & pengetahuan yang tak kuat, beliau telah tersilap percaturan.. ditambah pula bekerjasama dengan oarang2 yang salah.. hasrat murni telah bertukar kepada masalah yang berguni2.. tapi apa pun, rakyat diberitahu bahawa 1MDB memang sedang bermasalah & PM berjanji untuk menyelesaikan secepat mungkin.. walaupun begitu, yang salah tetap salah & sesiapa yang membuat kesalahan perlu dihukum supaya menjadi pengajaran pada yang lain.. wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 12:36 PM

Kalau gerai jual sate yang hutang rm 1000 boleh ler selesai dalam tempoh 6 bulan ... ni syarikat ciput tapi hutang bilion2 ... hartanah banyak dok ada ... jual ler mana yang ada ... tapi tidak mungkin akan selesai dalam masa 6 bulan ... 6 tahun lagi pun belum tentu selesai ...

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 2:31 PM

@Anonymous

Anon 8.21,

Dengan beberapa kaki persegi tanah di trx dan Sungai Besi boleh ke org luar menjajah Malaysia.

Yang terang2 sekarang kita telah dijajah kominis di Pulau Pinang.

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 3:33 PM

@PakKaduk

Pak Kaduk,

Ini tentu pasal TPPA. TPPA ialah multilateral agreement bukan dengan USA aja. Kalau Brunei, Vietnam, Japan dan Mexico sanggup kenapa pula kita mesti takut. Kalau kita sentiasa takut dengan orang sampai bila pun kita tak boleh maju. Industri kita tak kurangnya kompetitive. Tengok industri sarong tangan getah, Amerika pengimpot utamanya. Kita takut beras Amerika tapi rakyat kita memang tak suka dengan beras Amerika. Gandum ada tak da nya TPPA kita masih perlu impot dari Amerika. Kereta pula Amerika tak akan mampu bersaing dengan kereta buatan Jepun. Tapi banyak barangan kita yang boleh masuk dengan mudah ke Amerika seperti minyak sawit dan komponen electronik. Ketakutan kita sebenarnya tak bertempat dan kurang pengetahuan soal perdagangan antara bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 4:57 PM

Ya esa adam, pandangan kami sempit iaitu NAJIB TIDAK BERMORAL & 1MDB adalah PENIPUAN yg jelas!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 5:18 PM

@Esa Adam
Salam DT & Esa Adam..
1. Betul tuan apa yg cakap Khazanah tu sebagai penaung, funder, advisor, dll
di bawah khazanah ada byk GLC2..
2. Saya ambil apa yg tuan katakan Cik Wan di bawah Khazanah (October 15, 2015 at 4:54 PM) bulat2..soalannya betul ke bawah Khazanah? Bukan MOF ke?
3. Takpe kita berhujah pasal apa yg tuan katakan sajalah ya?
4. Faham tak hujah saya tu (October 15, 2015 at 6:51 PM) kalau dah beli tanah murah & berhutang berbiliyon2, kenapa tak Cik Wan (bukan Khazanah ya?) develop je tanah tu & jual/ lease, operate & maintain.. Kan untung tu, sapa untung? Kerajaan lah untung..DSN pun dapat nama baik..kan?
5. Tapi kalau beli murah, jual mahal..Kerajaan dapat untung yang Harga murah tu je lah, ie, harga A (Saya guna Khazanah sebab ikut komen tuan, jadi senang tuan faham)
6. Kenapa Kerajaan akhirnya tak dapat untung sebanyak Harga B yg 40-50 kali ganda Harga A?
6. Emmm..Saya ada sebut yang Khazanah buat development? Tak kottt.. :)
Wallahu'alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 9:59 PM

@Esa Adam

skang ada penjajahan jenis baru .. pejajahan ekonomi. ya betul .. tak perlu jajah pakai peluru, kereta kebal semua..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 16, 2015 at 10:54 PM

@Esa Adam

Tuan Esa Adam,

Perenggan pertama tu adalah mengenai syarikat sarat hutang kesayangan Najib yang menyusahkan rakyat.

Perenggan kedua memang mengenai TPPA. Kalau setakat sarung tangan getah tu....Seeloknya Tuan dengar sendiri daripada seorang yang sangat berpengalaman dalam berurusan dengan Amerika seorang yang berwawasan yang boleh gambarkan apa yang akan berlaku 20-40 tahun akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=Zg7VUpVSeRs

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 7:43 AM

Tak ada cheap sale...berganda2 adalah. Dan berganda2 dalam lipatan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2015 at 10:46 AM

"jual dan gadai semua - baru dapat untung"....

Ini semacam tagline dari idris jala saja

Post a Comment