........... Umno - Demi Najib (RM2.6 Bil), 1MDB dan Jho Low ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Umno - Demi Najib (RM2.6 Bil), 1MDB dan Jho Low ! ?

Friday, October 30, 201514comments




Apakah Umno masih merupakan wadah perjuangan orang Melayu demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanahair ? 

I don't know lah ...... kalau mengikut perkembangan semasa, ramai yang akan setuju jika Umno sekarang ini dilihat lebih kepada memperjuangkan survival Najib, Jho Low dan 1MDB !

Mungkin dikalangan ahli Umno, mereka akan berbelah bahagi pandangan. Ramai yang masih yakin dengan perjuangan asal Umno tapi kita tidak dapat menolak terdapat ramai juga yang setuju dengan halatuju baru parti keramat itu.

Tapi kalau ditanya orang Melayu bukan Umno ...... rata2 mereka sudah memandang sinis akan perjuangan Alif Ba Ta Umno. Kini Umno hanya sibuk mempertahankan isu2 peribadi Najib yang terpalit dengan masalah 1MDB dan RM2.6 bilion...... dan secara tak langsung turut mempertahankan arkitek utama 1MDB iaitu Jho Low.

Nak katakan mereka itu faham tentang isu2 itu pun tak boleh juga sebab hampir semua pun blur juga kalau ditanya lebih2. Makanya dalam mempertahankan Najib, mereka akan guna cara ALIH ISU.

Mulanya mereka akan ungkit isu2 lama yang sebelum ini sering dimainkan pembangkang dan mereka yang pertahankan, tapi dalam mempertahankan Najib, mereka pula mengambilalih tempat pembangkang dengan memainkan semula isu2 itu ditambah lagi dengan isu2 baru yang pembangkang pun tak tahu banyak info. Samada sedar atau tidak, mereka menyediakan peluru kepada pembangkang yang mana akan dikeluarkan kembali oleh pembangkang ketika PRU14 nanti.

Ini kerana isu2 yang digunakan buat menyerang para pengkritik Najib, 1MDB dan Jho Low adalah rata2 isu berkaitan urustadbir kerajaan BN bukannya isu2 peribadi pengkritik tadi. Dengan katalain, mereka ini sedang membuka pekung mereka sendiri kepada pembangkang.

Kerana apa ? Demi mempertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low !,

Mungkin mereka kata para pengkritik itu yang memulakan semuanya .....  maka kita tanya balik - Mulakan apa ?

Tuuuuu .... korang duk kritik Najib, kritik 1MDB, kritik Jho Low. Takkan nak biarkan jer...
Laaaa..... kita BERTANYA tentang 1MDB, bila tak dijawab penuh maka kita kritiklah. Najib ..... sebab dia merupakan orang yang buat keputusan dalam 1MDB dan dicampur pula dengan isu duit bilion2 yang masuk akaunnya, Jho Low ..... sebab dia perancang utama 1MDB. Tidak ada satu kaitan pun dengan Umno !

Najib tu presiden Umno, kalau ko kritik Najib makna ko kritik Umno
Pulak .... 

Selagi Najib itu Presiden Umno, seluruh tubuh badan Najib adalah Umno !
Peeeeergh .... Maknanya Najib itu Umno dan Umno itu Najib ?

Yalah... selagi Najib itu Presiden Umno
Kalau Najib bukan lagi Presiden Umno ?

Well ....err .... time tu kita dengar cakap Presiden Umno yang baru pula.
Ooooooo......... Kalau Presiden Baru Umno suruh bantai Najib, korang pun akan bantai lah ?

Demi Umno, YA !
OK. Jadi hujah2 yang menyokong Najib ketika ini, apa citer ?

Kita pusing balik la ... susah apa.
Maknanya korang akan tetap berkhidmat dengan Umno di bawah Presiden Baru, bukannya ikut sama turun dengan Najib ?

Cari makan bosss.......


Persoalan yang sering menjadi tandatanya orang Melayu adalah - Apakah perjuangan ahli Umno ketika ini yang begitu ghairah mempertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low ini sebenarnya demi Kebenaran ?


Bagaimana mungkin demi Kebenaran jika apa itu Kebenaran disebalik isu 1MDB dan RM2.6 bilion itu sendiri mereka tidak tahu ? 

Itulah yang membezakan 'Kita' dengan 'Mereka'. Kita mencari Kebenaran makanya kita bertanya. Selagi jawapan itu tidak lengkap kita akan terus bertanya. Mereka pula tidak peduli akan Kebenaran disebalik segala isu. Apa yang penting adalah mempertahankan status quo. 

Kita ambil contoh kritikan Tun Mahathir ..... pada awalnya Tun hanya bertanya tentang 1MDB. Selepas beberapa kali bertanya, tidak juga dijawab dengan memuaskan ( ini termasuk bertanya secara peribadi kepada Najib, Lembaga Pengarah dan CEO 1MDB ). Semakin lama semakin banyak masalah mengenai urustadbir 1MDB yang diketahui dan ini mendorong Tun mengambil keputusan menarik balik sokongan kepada Najib dan menuntut Najib meletakkan jawatan. 

Keadaan semakin mendesak dengan bocornya cerita kemasukan bilion2 ke dalam akaun peribadi Najib yang didiamkannya.

Masalahnya apa ? Najib, 1MDB dan Jho Low ...... Tidak ada kaitan pun dengan Umno !

Tak percaya ? Kita perhatikan satu lagi contoh SAMA yang paling baru dan yang SEDANG BERLAKU ( unfolding in front our eyes ) ketika ini iaitu kes Muhyiddin.

Sepanjang masa sebagai orang nombor dua kepada Najib, pernah tak kita dengar Muhyiddin membantah sebarang keputusan dan dasar yang dilaksanakan oleh Najib ? Saya sendiri beberapa kali geram juga dengan Muhyiddin ni, takkan ikuuuuuut jer apa kata Najib ?

Apa yang berlaku dibelakang tabir, wallahualam tapi apa yang dipertontonkan, Muhyiddin adalah Timbalan kepada Najib yang setia.

Tapi apa yang merubah segalanya sehingga Muhyiddin dipecat ? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana isu Najib (RM2.6 bilion), 1MDB dan Jho Low. 

Apakah Muhyiddin ada melakukan sebarang kesalahan kepada Umno ? Apakah Muhyiddin ada langgar sebarang sumpah taat setia kepada agama, bangsa dan tanahair ? Muhyiddin hanya kritik Najib (RM2.6 bilion), 1MDB dan Jho Low.


Tak percaya, anda boleh tonton kembali ucapan Muhyiddin semasa di Bicara Minda Berani Kerana Benar di Johor Baru minggu lepas - KLiK. Serius, jika ada masa dengar kembali sepanjang ucapan Muhyiddin itu dan beritahu tang mana yang Muhyiddin ada menyerang Najib atau Umno.

Tapi kenapa susulan dari majlis itu, teruk Muhyiddin diserang oleh kepimpinan Umno ? Terbaru heboh dikatakan ketua2 bahagian Umno berkomplot mahu jawatan Timbalan Presiden Umno yang disandang Muhyiddin dilucutkan. - KLiK.

Itu belum dikira lagi individu2 lain yang turut menjadi sasaran yang sama. Kerana apa ? Kerana Najib (RM2.6 bilion), 1MDB dan Jho Low.

Makanya, salahkah jika ramai orang Melayu sekarang berpandangan perjuangan Umno kini hanyalah kerana Najib (RM2.6 bilion), 1MDB dan Jho Low ?


Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 4:16 PM

Kita tunggu pru 14 , masa tu umno jadi pembankang , boleh buat pembersihan secara besar-besaran , sumbat semua yg korup dalam penjara , rampas semua harta, lepas itu ujudkan sistem kerajaan yg susah nak salah guna kuasa. Sekarang ni yg masuk umno semua sebab nak kaya cepat , bukan nya nak berjuang untuk melayu dan negara , semua duk kejar projek

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 4:38 PM

Dengar cerita jho low panggil rosmah mama betul ke??ada sesiapa yang boleh mengesahkan???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 4:54 PM

Bro Din,
Jangan pening2, kita pakat cari epal sekotak, pisang montel tiga empat kotak dan bawak la kat masjid sambil kita gi sholat jumaat nanti. Usia kerusi empok dia dah amat hujung dah ni.. sumber mana..? Alaa... Orang nak mati pun Allah turunkan tanda. Inikan pulak setakat usia jawatan je pun..

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2015 at 6:14 PM

Bro umno Sekarang sama dgn ahli pkr dulu sokong anwar...je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 6:44 PM

Kat TV Hijrah itu hari ustaz beritahu yang memasukkan kita ke syorga bukan kerana amal kita tapi atas rahmat Allah swt.
Ustaz lain pula beritahu amalan kita hanya diterima atas dasar keikhlasan kita beribadat pada Allah swt. Bukan ada sebab yang lain.
Ugama kita ngajar untuk berlaku ikhlas dalam setiap pekerjaan kita baik hubungan dengan tuhan atau sesama manusia.
Menjadi pemimpin satu tugas yg sangat sukar. Keikhlasan adalah sangat penting. Begitu juga dengan penyokongnya. Sokongan hendaklah ikhlas dan bukan ada tujuan lain.
Keikhlasan dah lama hilang dari UMNO. Semangat berjuang untuk parti demi bangsa, agama dan negara dah lama berkubor. Jadi apalah yang boleh diharap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 7:26 PM

umno .. stand for UNITED MALAYSIAN for NAJIB'S ORGANISATION ...

Najib menerima derma 2.5 bilion pun tidak mengapa ... asalkan semasa pru mereka dapat dedak, iaitu beras sekampit, susu setin, gula sekampit, kopi dan teh sepaket ... derma dari UMNO ... pasti mereka akan undi UMNO.

walaupun khazanah rakyat hanyut dan musnah dek rasionalisasi hutang 1MDB ... mereka tidak peduli ... asalkan mereka dapat dedak diberi jenama BRIM ... undi mereka tidak akan beralih ... tetap kepada UMNO.

mereka akan tersedar apabila kerajaan akan rasionalisasi semua subsidi yang diberikan kepada rakyat ... dan GST dinaikkan .. tetapi mereka tetap terikat dengan mentera BRIM ...
untuk itu setiap PRU mereka akan undi UMNO ...

itulah keyakinan mereka sekarang ...

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 30, 2015 at 7:42 PM

@bobbyDAssalammualaikum wmt,
Betul sangat Bro!
Memang orang UMNO kini macam penyokong Anwar dulu-dulu. Alasannya sama, sebabnya pun sama.

Semuanya kerana 'poket'. Ada 'uloq' atau ada 'masyukkkkkk'. Bila Nuor dah tak lalu lagi nak bagi habuan, maka tinggallah sekor dua yg dapat agak banyak dulu dan dapat jawatan dlm kerajaan mereka.
Tak jauh beza..... Sama saja.....

Dulu kutuk mereka yg taksub pada Nuor. Kini mereka sendiri jadi macam tu.....Taksub dgn Najib.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 8:31 PM

Ikhlas samalah ngan fitnah sudah menjadi murah dan selalu disalahgunakan. Teringat aku ngan 1 kes dimahkamah antara pembaca berita wanita RTM yg sudah bersuami dgn pasangan lelaki islam juga sudah beristeri. Lelaki ku kata dia ikhlas mengadakan hubungan seks dgn wanita tu. Relaks je dia kata. Maksiat pun kena ikhlas, itu lah jadinya apabila terlalu banyak guna ayat ikhlas. Sebenarnya, tahap keducian ikhlas adalah apabila perkataan ikhlas tidak disebut. Apabila disebut saja ikhlas, turun lah darjat keikhlasan tu. Kalau ikhlas, jangan sebut, buat saje.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 9:20 PM

Sudah2 la pasal muhyiddin...
Xde ketokohan langsung nk jd pm
Masa kena pecat tpm,masa tu sy ingat lg suasana sgt gempar,terkejut,panas,org berkongsi wassap gmbr hari terakhir muhyiddin...
Masa tu la...
Muhyiddin lembab...x mahu main sentimen kemaharahan melayu johor, penyokongnya,umno yg baik,yg anti najib,yg atas pagar,yg memerhati dll
Sekarang dah sejok. Simpan peti ais. Ruang & peluang masa itu jelah.
Lagi baik duduk umh tgu pru...umno skrang dilihat sm sj...
Jgn sampai 1 hari rakyat marah sampaikan sesiapa yg pkai bj umno,kete sticker umno terima padah nya bila kemarahan memuncak...
Ingat swasta nk sokong umno skrang selepas bajet 2016?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 9:33 PM

Ya betul bro din dalam umno sudah terbagi 2 diantara mereka yg pertahankan dasar asal perjuangan umno tanpa harapkan apa2 imbuhan & bayaran dengan mereka yg menganut agama wan emdibi yg di longgok dengan imbuhan & bayaran tujuan untuk mempertahankan dewa besar wan emdibi.

Umum mengetahui bayaran & imbuhan bukan nilai sebuah perjuangan dalam perjuangan duit bukan boleh membeli segalanya.

Dan yang pasti Pru14 kita bakal dapat saksikan mereka yg mendominasi perjuangan dasar asal umno bakal sekali lagi membuat undi protes kerana mereka percaya pemimpin datang & pergi tidak ada pemimpin yg akan kekal selamanya walau pun ianya dewa besar wan emdibi sekalipun akan tetap terima natijahnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 10:25 PM

Mungkin di PRU akan datang kita patut undi PAS ke , PKR ke , DAP ke , PAN ke atau apa 2 kerana mereka LEBIH ikhlas untuk rakyat. Atau mungkin kita patut undi calon bebas macam makcik yg naik basikal tu, dia LEBIH ikhlas dan boleh bawa pembaharuan melalui peruntukan baru di parlimen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 11:51 PM

Teringat saya kepada saat Datuk Hassan Ali kena pecat dari PAS, semuanya kerana dia cakap dalam PAS ada duri dalam daging, Ada Anwarinas. Tapi pemimpin atasan PAS (yg masa tu masih khusyuk bermadu dgn PKR) tak suka dengar dan tak percaya. Bila Datuk Zulkifli Nordin juga dedahkan perkara yg sama, teruk dia kena kutuk oleh pengikut setia PAS.

Tapi tahun ni....akhirnya kebenaran terserlah jua.

Tapi PAS nampaknya tetap tak belajar dari kesilapan. Sekarang sebab dah berbaik dgn UMNO, soal salah urus tadbir 1mdb langsung PAS tak minat nak turut menyoal mintak kebenaran.

Adusss.... betul laa macam En Din cakaplah...orang politik ni memang lagu tu ya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2015 at 12:14 AM

Depa yang mati matian pertahankan najib sanggup buat apa saja depa sanggup maki hamun caci hina, fitnah nista sudah menjadi makanan ruji bagi depa semua yg tak sehaluan dengan najib dianggap musoh utama, bagi depa najib adalah segala galanya semuanya halal walaupun haram pada hukum Allah, halal bagi najib halal lah bagi depa, kuasa duit sudah menjadi kitab pegangan depa.

Depa menyerang mengutuk jabatan polis siasatan bukit aman sprm & bank negara kerana keterangan dari pihak jabatan tsb bertentangan dgn najib & wan emdibi tidak kah itu bodoh berganda namanya perbuatan merosakkan imej jabatan2 tsb dgn memperlekehkan jabatan sama lah memberi peluru kepada pembangkang menghentam kerajaan.

Jabatan seperti pdrm sprm & bnm sudah berada di bawah 6 PM dan akan tetap kekal menjadi jabatan kerajaan tak boleh diganti tapi seorang PM pada bila2 masa saja boleh tercabut jawatan dan boleh diganti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2015 at 12:58 AM

Kalau penyembah najib sanggup buat apa saja bagi menghalalkan perbuatan najib jangan pula ingat pengundi & rakyat tidak boleh jatuhkan najib malah dengan umno bn sekali rakyat pengundi yg akan tentukan kedudukan nya soalnya sudah bersediakah najib, penyembahnya & umno bn menerima keputusan rakyat?

Post a Comment