........... Tunjukkan Senarai Nama Usul Tidak Percaya - Syarat Keanakan Dari Speaker ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tunjukkan Senarai Nama Usul Tidak Percaya - Syarat Keanakan Dari Speaker !

Wednesday, October 21, 201521comments

Sinar

Huh ? Kena serah senarai nama MP yang sokong Usul Tidak Percaya kepada PM terlebih dahulu sebelum Speaker Dewan mahu pertimbangkan samada nak diluluskan atau tidak ?

"Kalau mereka (pembangkang) ada 100 nama, pihak kerajaan tinggal berapa?


"Itu kena lihat. Gantang sukatan tidak lebih tidak kurang," katanya di lobi parlimen, har ini. Pandikar berkata, berdasarkan Peraturan 15 Mesyuarat, setiap usul yang dibawa selain kerajaan tidak semestinya dapat dibahaskan.



"Dalam Peruntukan 15 mengatakan secara jelas urusan kerajaan perlu didahulukan," katanya.
Menurutnya, undi tidak percaya tidak semestinya dibawa ke dewan senat utuk diundi.


"Pelbagai cara boleh dibuat untuk melakukan undi tidak percaya," katanya.
  Pandikar berkata, undi tidak percaya pernah dilakukan oleh Adun Sabah terhadap Ketua Menterinya ketika itu, Tan Sri Joseph Pairin Ketingan.


"Adun Sabah telah menandatangani senarai nama untuk tidak bersama Pairin.
  Apabila Pairin melihat senarai itu melebihi sokongan terhadapnya, beliau membawa senarai itu kepada Tuan Yang Terutama untuk membubarkan dewan," katanya.


Macam2 helah nak gagalkan usaha menjatuhkan Najib ! Ni syarat nak lihat senarai nama terlebih dahulu ni, bila pula baru Pandikar Amin terfikir ? Lepas berbincang ngan Najib ?

Perkara ini pastinya tidak ada dalam peraturan dewan sebab sebelum ini Pandikar Amin sendiri berkata yang Usul Tidak Percaya ini tidak ada dalam Peruntukan, tidak ada dalam peraturan mesyuarat. 

Tapi ia dibenarkan oleh Perlembagaan !

Mungkin sebab tertekan dengan hujah Tun Mahathir sebelum ini, maka terpaksalah Speaker akur untuk terima usul itu kalau tidak akan didakwa sebagai membelakangi Perlembagaan. ( KLiK )

Plan A adalah dengan meletakkan Usul itu dibelakang .... nombor 25 dari jumlah 28 soalan. Tapi just in case, manalah tahu Bajet diluluskan dengan cepat dan masa panjang lagi .... maka keluar pula Plan B - kemukakan senarai terlebih dahulu !

Semua orang tahu rata2 MP Barisan penakut. Mereka mana berani nak umumkan yang mereka tidak lagi menyokong Najib secara terbuka. Kalau undi secara angkat tangan pun belum tentu mereka berani. Apatah lagi mengumumkan lebih awal nama mereka sebagai tidak menyokong Najib !

Bila hari usul itu akan di bawa ( kalau diluluskan pun ) pun kita tak tahu. Jadi ada banyak hari antara nama2 itu diketahui Najib dengan hari Usul itu dibawa.

Macam2 boleh jadi dalam waktu itu bagi menggagalkan Usul itu.

Contoh Pairin itu tidak sama. Pairin tidak punya masalah untuk berundur. Najib punya BANYAK masalah untuk berundur.

Nampak gayanya Usul Tidak Percaya itu akan gagal dek permainan kebudak2an Speaker. Ya, memang macam budak kecil sebab nampak jelas helahnya.

Takut apanya kalau Najib yakin masih mendapat sokongan penuh MP Barisan ? Sepatutnya Usul itu sudah dibawa untuk undian pada hari pertama Dewan Bersidang lagi.

Baru rakyat respek Najib. Berani dan yakin ala Pahlawan Bugis. Kasi settle benda ini, tunjukkan kekuatan yang ada dan padamkan apajua persepsi negatif seawal mungkin supaya dikembalikan CONTROL ke atas kerajaan dan parlimen.

Tapi nampaknya Najib memang goyang ......

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 9:02 PM

memang la kena ada helah bro. nak kemuka usul undi tidak percaya juga kena ada helah. politik ni penuh tipu helah, apa nak heran. aku sebenarnya heran jika ko rasa heran dengan helah tuan speaker....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 9:12 PM

Macamana lah sengal ni boleh jadi spekar?? haw2 btol spekar ni. Ada saja usul nak gagalkan undi tak percaya. Dah la Task Force 1MDB telah dibubarkan...jahanam macam ni Malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 9:43 PM

Pairin x tunjuk pun kat speaker dun sabah. Dia tunjuk kat TYT. Apsal speaker parlimen belagak sangat? Baru dapat tandas dah sombong x ingat sumpah pegang jawatan ke?

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2015 at 9:44 PM

Mana demokrasi berparlimen? Mana lagi saluran untuk suara rakyat? Semua semakin kearah pemerintahàn diktator. Semua berdolak dalih sambil tersenyum pa hamjadah. Cerita banyak pun tak guna dah sekarang. Kalau macam ni punya kebal, PRU pun belum tentu tumbang lah. Kalau macam ni punya khianat, repot polis pun tak guna, padan dengan surat laporan buang tong sampah ja. Kalau betoi dibuang, depan mata sekalipun, kita boleh buat apa? Repot lagi kepada penguasa tentang repot yang tak dilayan oleh penguasa yang sama? Lagi merapu.. Institusi itu sendiri dah runtuh, dah hilang jatidiri, dipalit arang oleh ketuanya sendiri. Mana Agong? Istana tak ada internet ka? Tuan Bendahara, Temenggong semua langsung tak terdengaq cerita ka? Jangan tengok t.v saja, semua dah dipukau. Nak tunggu jadi macamana lagi pada rakyat-rakyat tuanku ni baru nak bangkit? Nak tunggu apa? Tunggu jadi Zimbabwe? Atau nak biaq pi ja sampai habih giliran malas nak pening kepala. Bagilah kuasa veto satu kali. Daulat kan balik kuasa raja.

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2015 at 9:47 PM

Kalau PM Najib & Co yakin semua wakil BN menyokongnya, arahkanlah Speaker percepatkan bahasan Usul Tak Percaya itu. Bukan ke baik untuk PM Najib sendiri?

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2015 at 9:48 PM

Si Pendekakal Amin ini pikir dia Guru Besar ke ? He is making the MPs and Parliament look stupid to the world.

Tak malu ke Najib ? WTF.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 9:50 PM

Speaker malaysia ni no kelas la..lalang bro..nmpk je garang tp hampeh..dah kena hulur kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 12:03 AM

Kalau pon ada lebih 130 nama menyokong usul tersebut, adakah bermakna Najib perlu meletak jawatan PM? Adakah usul tersebut tidak perlu dibahaskan dan diterima kesemua 130 MP tersebut? Adakah jika penama tersebut termasuk MP dari Pekan, maka speaker blh menolaknya secara atas alasan tidak logik?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 12:10 AM

Dihari pengundian untuk kelulusan bajet mp bn yang tak sokong najib tak perlu hadir biar jumlah undi mp pembangkang mengatasi undi mp bn cara tu sudah boleh ketepikan najib mengikut konvensyen parlimen, jangan lupa sejarah pembentangan bajet bagi 2011 jumlah undi bn 64 manakala jumlah undi pr 63 bajet lulus dgn kemenangan undi tipis dan orang yang menjadi penyelamat ketika itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yasin yang bergegas datang lewat malam, jangan lupa sejarah tak pernah menipu.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2015 at 12:28 AM

Kepada zee dari eziaccount, sila emel saya jika mahu promote bisness. Saya kena pastikan genuine sebelum promote ya

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2015 at 12:29 AM

@dinturtledinturtle@hotmail.com

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2015 at 1:49 AM

Nak promote business better buat di mudah.com ke, alibaba.com ke, majalah.com ke..

Sini org diskusi hal jenayah (isu wan emdibi bukan politik ye)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 5:43 AM

Semua dapat habuan..
money is king....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 6:39 AM

Takziah kepada rakyat sabah kerana mempunyai ahli umno "sebijak" pandikar, salleh, ronald and rahman.....hidup perompak dan lanun. Lupa saya anifah aman juga inspite of spoken queen's english....hihihi

Tahniah pada sarawak kerana sampai bila tak akan membenarkan umno masuk dsn hancurkan negeri ini. Sarawak leaders.....you are all "tak smart" macam pemimpin sabah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 7:56 AM

Pendekar sama pendekar mesti satu kapal..

bila ketua pedekar kata labuh sauh pastu jalan.. macai macai pendekar pon ikut la sama walaupun pendekar -pendekar tau kalau sauh dah labuh macam mana nak jalan.. kah kah kah.

tapi pasal nak jaga hati, bodek, dan termakan budi dan nak mengecek harta karun ketua pendekar, maka sebangang mana pun keputusan serta arahan ketua pendekar maka jangan persoal follow je walaupun nampak bapak bangang (bapak juga yang kena :)).

ada juga pendekar dalam kapal yang cuba nak tengur, mungkin sinis tegur, geleng kepala beri isyarat tak boleh ada juga yang hanya mampu mengumpat sesama sendiri, yelah, takut juga kena sepak ke laut sekali dengan timbalan pendekar sebelum ni. harta tak dapat pangkat pun tak dapat.

Bangan bangang.. bangan tetap bangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 9:12 AM

Nak bawa usul pun dah bagi syarat tu belum lagi di bahas dan di undi keatas usul, kebodohan melampau parlimen kayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 9:19 AM

Main lah isu teknikal dgn menggunakan kedudukan! Najib tak bermoral keluar statement nak ambil tindakan tegas kpd pesalah 1MDB..... bijak sungguh org Malaysia! 'PENJENAYAH BERJANJI UTK MENGHAPUSKAN JENAYAH';....I love PM!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 11:21 AM

Pelik juga, pembangkang kalau berani dan betul hantarlah senarai nama mp yg tak sokong najib beserta tandatangan, buat salinan kpd semua mp, masukan dlm paper, habis cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 1:26 PM

Salam abang Din.
Saya berasa amat pelik apabila Speaker mahukan jumlah penyokong atau penentang terlebih dahulu sebelum ianya dibahaskan. Seharusnya bentangkan dulu sesuatu usul, dahaskan dari kedua-dua belah pehak, kemudian baru ahli-ahli yang berhormat membuat keputusan. Mungkin setelah mendengar hujah-hujah semasa perbahasan tersebut, terdapat ahli-ahli YB yang sebelum ini bersetuju akan bertukar pendirian atau sebaliknya. Ini tidak, sebelum dibahaskan sudah minta keputusan, kan pelik namanya tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 1:57 PM

Ya memang pelik sejak bila undang2 pelik ni di buat? Sampai nak kena buat list nama sebelum buat pengundian cakap lah najib sudah kecut kan senang, abis cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 2:31 PM

Kenapa usul undi gantung LKS boleh plak buat sebelum dihantar senarai org undi dan sblm 14 hari bekerja? Kenapa yg ni boleh dibuat kenapa usul undi tak sokong pm xleh buat?

Post a Comment