........... Tun Mahathir Dah Give-Up ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Dah Give-Up ?

Friday, October 23, 201533comments

Tun Mahathir dah give-up dalam usahanya mahu menjatuhkan PM Najib ? Nampak gayanya, itulah persepsinya bila kita baca luahan Tun yang dipetik oleh Reuters semalam. (KLiK)

"All of them are scared and they look after their own safety. They're not looking after the party, the nation. It's about themselves," 

"The way he's going he might go full term. The way UMNO has accepted him because they find he's comfortable to be with, I think he can go full term."
  
Terjemahan dari Mkini (KLiK) -

"Semua mereka takut dan jaga kepentingan sendiri. Mereka tidak jaga parti, negara. Semuanya mengenai diri mereka sendiri,"

"Cara bergerak menunjukkan dia (Najib) mahu menghabis penggal penuhnya. Cara ahli Umno menerimanya kerana mereka mendapati selesa untuk bersamanya, saya fikir dia boleh menghabiskan penggal penuh.".

 


Tun juga tak yakin pembangkang mampu mendapatkan sokongan yang cukup dari MP BN untuk menjayakan Undi Tak Percaya mahupun untuk menolak Usul Bajet dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini.

Tun dakwa, ahli2 Parlimen BN takut akan tindakbalas Najib jika mereka memihak kepada pembangkang sementara yang lain pula berasa 'selesa' dengan keadaan sekarang.

"The fact is that, the opposition is not able to gather enough people to support that. So the government with more support in parliament will push it (the budget) through."

He said UMNO lawmakers were scared of Najib taking action against them, while some others were just "comfortable".


Tun tetap yakin Muhyiddin mampu mengambilalih tempat Najib dengan syarat beliau mahu mendengar nasihat yang betul dari mereka yang berpengalaman.


Mahathir said he believes Muhyiddin could lead the country, if Najib were to go.

"The former deputy PM would still be able to lead the country, provided that he listens to good advice...people with experience," he said. 

Mengenai siasatan Polis ke atas dirinya, Tun berkata, beliau hanya risaukan akan salahguna sistem keadilan dan undang2 kerana menganggap apa yang beliau lakukan selama ini tidak salah dari segi undang2.

Mahathir said he was concerned following reports that police were investigating him for allegedly making defamatory comments during a rally to protest against Najib. 

"I fear, not because of anything, but because of manipulation of justice, manipulation of the law. Otherwise according to the law I have done nothing wrong.".

So .... apa pandangan anda ? Benarkah Tun dah give-up ?

Bagi saya, Tun hanya menyatakan hakikat yang berlaku sebagaimana beliau melihatnya.

Dari satu segi pula, kenyataan Tun juga boleh dianggap sebagai satu cabaran kepada ahli2 Parlimen BN kerana kenyataan itu keluar before the fact, atau sebelum ianya berlaku. Buktikan kata2 Tun itu salah.


Kerana itulah pandangan rakyat terhadap wakil2 rakyat mereka di Parlimen jika Najib terus kekal berkuasa, dan jika Najib masih lagi memimpin BN pada PRU14, well ..... bersedialah untuk menerima hukuman dari rakyat. Jangan lupa hasil kajian dari Merdeka Center baru ni .... kerajaan Najib hanya mendapat 23% saja sokongan rakyat ! (KLiK)



Ia lebih berupa gesaan kepada ahli2 Parlimen BN supaya jangan takut atau tunduk kepada Najib. Bertindaklah demi Kebenaran.

Anda adalah WAKIL kepada rakyat, bukan Wakil Najib.

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 3:15 PM

Saya terlalu kesihan kepada Tun,saya secara ikhlas ingin menyeru pada Tun supaya cukuplah setakat itu perjuangan dia,biarlah orang lain pula jika ada yang celik untuk menyambungnya......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 3:26 PM

Tuan DT

Saya fikir Tun Dr M bukan insan yang cepat putus asa. Beliau hanya menyatakan keadaan yang benar.

Hanya UMNO boleh menjatuhkan Najib. Jika ahli UMNO lebih nilaikan kuasa dan harta maka Najib akan terus menjadi PM yang AKAN merosakkan negara.

Ahli UMNO yang sokong Najib akan tanggung dosa subahat.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 23, 2015 at 3:55 PM

Assalammualaikum wmt,
'Apa yg berlaku di negara ini sekarang membuktikan betapa hebatnya hikmat 'Nasi K..gk.ng'.
Tak tahulah berapa ramai yg dah terkena.....
Demikian pendapat seorang sahabat ketika menyembangkan masalah negara kini.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2015 at 3:58 PM

Salam Jumaat brother Din & rakan-rakan...

Pertama sekali, saya lebih cenderung pada pembentangan bajet 2016. Rasanya in Malaysia je kot kita macam kalut je sebelum & semasa pembentangan bajet ini. Sedangkan ianya perkara biasa dimana-mana negara pun.

Kedua, mungkin ramai berharap 'sesuatu' akan berlaku pada penghujung pembentangan bajet petang ini. Adakah ianya akan berlaku?

Ketiga, kegusaran Tun memang berasas & memang menghampiri telahan tepat. BN memang macam terperangkap tanpa disangka cos awalnya tak tau punca dana 2013. Bila tau punca dana itu kini then suka or not maka BN terpaksa la "yes boss". Sanggupkah mereka-mereka ini meletakkan diri & parti mereka dalam masalah besar if menentang boss mereka?

Namanya 'wakil rakyat' ini brother Din... Dahulu kala yea laa. Kini 'wakil parti' adalah keutamaan. Kata je suara rakyat suara keramat but suara wakil rakyat layu je bila berdepan dengan boss mereka..

Hukum alam brother Din. Saya peduli apa pada rakyat yang pilih saya mewakili mereka. Sure saya lebih pentingkan diri sendiri dahulu. Ya.yea la, banglo baru je beli, keta mewah baru juga, bini baru lagi. So, siapa nak tanggung semua ini jika saya menentang boss semata-mata nak berkhidmat untuk rakyat. Ini la senario dunia ketiga...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 4:19 PM

jIKA ditakdirkan masih ada Pilihanraya, kami ahli2 Umno tidak akan keluar mengundi. Biarlah takdir dan waktu menentukan nasib Negara bertuah ini. Semua ini salah pemegang kuasa cawangan, bahagian, parlimen Umno yang langsung tidak bertindak menegakkan keadilan dan mencari kebenaran..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 5:07 PM

DT,
Apasal Tun pun nampak macam takut nak buat police. Tun start la, tengok yg lain ada teliq dak. Tun kena tunjuk dulu yg dia ada teloq. Cakap saja, sapa pun boleh. Dok suruh orang, sapa pun boleh. . . .
If you are serious, tunjuk lah serious tu skit. DT , OSTB and other "serious" bloggers, please show your balls too. . .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 5:59 PM

betul Din .. tak nampak apa apa jalan lagi selain pilihan raya. PILIHAN SUKAR PRU DEPAN. saya mungkin tak mengundi selagi najib ada..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 6:33 PM

-luv tun m.

Semoga tabah tun. tuhan sentiasa bersama dengan orang yang benar dan ikhlas serta memegang erat tauhid .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 6:37 PM

tun tidak perlu takut akan sistem keadilan ketika ini, melainkan tun merasa kini adalah masanya balasan hukum karma ketika beliau menjadi pm dulu. adakah tun betul2 jujur dalam melaksanakan keadilan ketika menjadi pm atau......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 6:57 PM

Tun ''give-up no nope he won't
Tun ''mcm'' bawa kereta setelah lama pandu laju ''in between'' kena Go slow

Tun keep it op - not give up -
Tun Nabi pun org LUDAH DAN CACI -kerana berSABDA yg benar -ini pun perjuangan bagi mereka yg tahu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 7:45 PM

"Kacang lupakan kulit" mungkin tak boleh pakai lagi dikurun ke21 ini."Money is king" ini yang dipakai di masa ini.Bersabarlah TDM , mungkin ujian terakhir buat TDM.Saya percaya TDM pun banyak mencari apakah rahsia/cerita yang terkandong dalam tafsiran Al-quaran yang beliau telah baca,mungkin itulah pengubat hati Tun.Tak akan anak akan mengikut langkah bapak?.Bersabarlah!....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 7:46 PM

Sebagai rakyaat marhein jngn lah kita terlalu berdukacita. Ingatlah hidup ni umpama roda. Hari ini mungkin kita dibawah tapi akan sampai masa kita pula yg diatas nanti. Bersabarlah dan ingatlah bahawa sabar itu sebahagian dr iman.
Jika benar semua pemimpin UMNO tidak mahukan perubahan maka pilihan yg rakyaat ada hanyalah menenggelamkan keseluruhan kapal UMNO itu sendiri di PRU 14 akan datang. Ianya umpama kisah Nabi Noh yg telah diceritakan dlm Al Quran.
Sudah sampai masanya kita rakyaat marhein memilih kenderaan lain yg lebih baru dan lebih baik dr UMNO.
UMNO umpama kenderaan yg telah tua yg umurnya telah melebihi jangka hayatnya (lebih 50 tahun) dan tentu banyak rosaknya.
Oleh itu marilah kita rakyaat marhein sama sama menukarnya di PRU akan datang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 7:49 PM

Saudara DT,
1. Saya jarang bagi komen dengan artikel saudara,..tetapi tidak pernah miss membuka blog saudara kerana artikel yang menarik serta hujah saudara dengan fakta.

2. Saya juga mengikuti perkembangan politik terkini serta masalah negara sekarang yang agak tenat...tetapi kita kena sedar yang kita berada diMalaysia yang dikuasai oleh bangsa Melayu.

3. Orang Melayu budaya dia tinggi..org muda tidak boleh melawan org tua, anak murid tidak boleh melawan guru..sikap ini menyebabkan kita menjadi takut untuk mengatakan kebenaran. Tambahan pulak banyak alim ulamak yang membuat berbagai-bagai fatwa yang tidak boleh disoal..kerana ulamak pewaris nabi.

4. Pendek kata Din, kata-kata Tun adalah benar belaka, orang diatas semua dah selesa dan tidak mahu ada masalah.

5.Walaubagaimana tahniah kepada orang2 seperti saudara yang berani menegakkan kebenaran..walaupun belum tentu berhasil dengan segala usaha dan penat lelah saudara tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 8:36 PM

Sapa2 yg wakil mereka mengundi utk Najib di Parlimen maka tugas kita utk menjatuhkan MP2 tersebut demi masa depan generasi kita. Rugi yg skrg nie kita terpaksa la tanggung dulu sebab dah salah pilih wakil....agaknya UMNO pon terpaksa dikorbankan dulu agar dapat flush kan kotoran2 dalam parti keramat nie...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 9:21 PM

Sdr,
Dahulu kita bangga menjadi ahli umno, tapi sekarang nak sebut pun malu.. Kita sayangkan parti seperti juga Tun dan seperti pemimpin umno yg dah bersara. Kita dapat lihat umno dan bn pastinya tersungkur dalam pilihanraya akan datang. Masa itu nasi dah jadi bubur... Umno akan berkubur..Inilah yang pembangkang mahu. Mereka bukan nak sangat jatuhkan pm tapi mereka nak ke Putrajaya. Dan semua tahu mereka akan dapat apa yang mereka idamkan. Mereka hanya perlu bersabar.. Sekarang ini pun mereka tak rugi apa2. Yang menderita rakyat. Pembangkang ibarat menangguk di air yg keruh.. hanya salahkan bn dan umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 9:28 PM

Bro Din,

Saya punyai perspektif berbeza. Tun tak akan give-up. Sebenarnya beliau dah dinasihatkan supaya cool dulu. Kita kena ingat, selain manusia macam kita, bumi Malaysia ni dihuni oleh pelbagai lagi makhluk yang zahir dan tak zahir. Yang tak zahirnya ada macam-macam termasuklah para jin Islam dan juga Rijalul-ghaib.

Pendek cerita, para Rijalul-ghaib ni dengan kasyaf kurniaan Allah, mereka juga berdoa akan kesejahteraan negara kita dan bila tercurangnya amanah oleh pucuk kepimpinan negara, mereka juga berdoa agar kesengsaraan ini berakhir. Dan option yang ada untuk berakhirnya kesengsaraan ini - dikembalikan kepada ketentuan Allah. Kita fahamlah apa kesudahannya.. Dikhabarkan kita bersiap-siagalah dgn situasi ada mata tengok, ada telinga dengar dan ada tenaga, kita doalah yg terbaik selepas tu.. Tun pun mengambil jalan ini sekarang. Wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 9:46 PM

Ikut hati mmg mcm tu. Tp kalau kerusi parlimen memihak parti Harapan dgn mastermind DAP maka menangislah seluruh UMNO totok lps kalah PRU14 nanti. Percayalah tiada satu pun rakyat yg ditemui suka akan cara pemerintahan najib yg asyik sebut billion bila nak sebut khairat tergagap-gagap

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2015 at 9:59 PM

lu tanya olang..lu sula mikin ka..?!
Manggang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 10:39 PM

Tun, what else is new? You reap what you sow? I can still remember Muhammad Taib then MB of Selangor saying " terpulanglah kepada budi bicara PM " when the issue at hand was purely a state matter. Now, terpulanglah pada budibicara najib, arms folded.

....................
Reply To This Comment ...................
Razlan
October 24, 2015 at 1:30 AM

It is crystal clear. Najib is going down and taking everybody with him. Dalam masa kurang 3 tahun lagi, BN akan menjadi parti pembangkang. Pembangkang sekarang ini "putting on their best behavior" sementara menunggu kedatangan 2018. Amat sedih, sebab 2020 yang kita tunggu untuk menjadi negara maju, terus menjadi negara yang disegani, tidak akan berlaku. Kita pula yang menjadi segan. Masa depan Malaysia makin muram. Semua angkara, well, semua orang tahu angkara siapa.

Mengapa Malaysia tidak akan maju pada 2020? Sebab Pakatan yang akan mengetuai kerajaan. Pakatan ini langsung tidak ada "economic sense", seperti yang telah mereka buktikan selama ini. Sebagai contoh, mereka akan menghapuskan tol di semua lebuhraya. In other words, nationalise the highway system. Kemudian mereka akan sedar bahawa penyelenggaraan tidak boleh dijalankan oleh kerajaan sebab kos terlalu tinggi dan tiada pengalaman. Maka, sedikit demi sedikit, penyelenggaraan akan dikurangkan dan lebuhraya akan menjadi tempat yang amat bahaya disebabkan kurangnya penyelenggaraan.

Prasarana (infrastructure) baru tidak akan dirancang, sebab Pakatan berpendapat bahawa prasarana baru hanya membazir duit dan mengayakan kroni. Jadi, janganlah mengharap lapangan terbang, stesen keretapi, LRT akan dinaik taraf semasa Pakatan berkuasa.

Apa jadi pada Menteri menteri dalam BN sekarang? Now its all about "masyuuk". Mereka tahu BN akan menjadi sejarah kurang 3 tahun dari sekarang. Mereka tahu mereka akan kehilangan pendapatan dan juga semua "fringe benefit" yang mereka terima sekarang. Jadi, sementara boleh, buatlah apa yang patut. Tengoklah nanti bila PRU14 datang, berapa kerat aje menteri sekarang yang akan bertanding. Yang mana menang sipi-sipi masa PRU13 dahulu, akan tidak bertanding dan berhijrah ke England. Rumah dah beli awal-awal dah...sediakan payung sebelum hujan.

Ini adalah sedikit daripada apa yang saya dapat perhatikan. Please prove me wrong, and for the sake of the country, I hope I am wrong.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2015 at 1:35 AM

Aku sokong.

Dan kepada yg berapi2 kat dlm blog ini yg ahli Umno jalankan tanggungjawab anda.

Yg belum ahli, masuk ahli, gasak dari dalam, bukan berkeliaran diblog2 atau fb2 semata2.

Bercakap di luar, suara kita akan tenggelam dan dianggap sumbang.

Jadi lepaskan semua yg terbuku di hati secara terus dan telus.

Pendapat aku dari mula kemelut ini lagi, Najib boleh disingkirkan dgn kuasa ahli2 Umno di cawangan2.

Cawangan2 yg membentuk Umno Bahagian, kemudin baru pergi kpd Umno negeri dan seterusnya pusat.

Anda ahli Umno, bila mesyuarat Agong cawangan, tolong nyatakan pendirian dan buat usul.

Cawangan buat ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan Najib dan seterusnya minta dia letak jawatan.

Kalau ditolak, mohon bubarkan saja cawangan tersebut.

Kalau banyak cawangan2 yg sepakat begini seluruh negara, sudah pasti, ketua2 bahagian dan wakil2 rakyat yg makan dedak akan gelabah puyuh.

Kuasa ada di cawangan jadi jalankan tugas anda walaupun ada risiko dipecat.

Kita berjuang utk generasi akn datang, bukan lagi utk kita.

Singkirkan semua kemunafikan dan kebatilan ini secara realiti bukan bergasing di gelanggang maya ini saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2015 at 5:09 AM

Give up pasal dah tak de modal. Tak de bukti. Sekadar tuduh main cakap-cakap kat media. Macai semua terpedaya. Ingatkan ada bukti kukuh. Last-last kena charge sebab main tuduh tak de bukti. Kalau betul ada isi, dah lama muntah keluar. Tong kosong aje yang lebih.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 24, 2015 at 5:26 AM

@adzzam adzzamAssalammualaikum wmt,
Bro! Cakap memang senang, tapi nak buat payah. Nak gugat dari dalam macam mana kalau nak jadi ahli UMNO pun tak diterima oleh Ketua Cawangan yg ada?

Kalau dah masuk perangkap UMNO sekarang, tak akan mampu nak melawan punya kerana kita yg nampak menentang pucuk pimpinanan akan disingkir.

Takkan Bro tak faham apa sebab TSMY dan Syafiee Apdal digugur dari kabinet? Bukankah kerana tegur Najib sikit jer.

Saya setuju dgn pendapat bahawa UMNO pada PRU akan datang akan kalah dan hilang kuasa. Negeri Perak dan Negeri Sembilan akan jadi tambahan negeri yg dikuasai pembangkang. Melaka pun tak mustahil.

Ketika itu Melayu akan tersedar dari lena. Dan InsyaAllah akan ada 'tokoh baru' yg ketuai UMNO dgn ikhlas sebagaimana UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dulu. Bukan ada sekarang. Hampeeeeeehhhhhhhhhhhhhh!
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2015 at 9:47 AM

Cakap memang senang.....UMNO akan bungkus pada GE 14...betul ke?
Tak payah lah nak jadi tukang tilik atau menduakan kuasa ALLAH,tiada siapa yanhg bolih menentukannya melainkan DIA .
Atas asas apa yang sangat confiden UMNO akan kalah.
UMNO pun tak rugi kalau segelintir saperti di atas tak mengundi tetapi nyata ianya mempamirkan kebodohan mereka kerana menidakkan hak sendiri
Buka mata sikit di atas kecelaruan pihak Oppo sekarang.....hanya tahu membangkang sambil mempamirkan sikap arogan DAP,Parti tanpa taring PKR ,Parti golongan orang frust...PAN...dan PAS.Hendak membuat undi tak percaya dalam Parlimen pun haywire.
Buat Budget Alternatif konon tapi ambil yang lama hanya cover aja tukar,.masukkan lak subjek yang ditentang macam nak rak GST
Mengenai TDM,saya merasa kesian,Tun dipergunakan olih pihakx yang berkepentingan terutama di dalam perniagaan dan kita tidak bolih nafikan ada juga pihak yang ingin menajatuhkan kredibiliti beliau.Jika kita lihat banyak distorted fakta telah diberi kepada beliau terutama dalam kes 1 MDB.Kes Khairuddin sepatutnya beliau dinasihatkan supaya teliti dulu kertas pertuduhan.Sapertimana beliau mempertengahkan kes Alantunya dimana pengkritik Tun mengibaratkan Tun bermentaliti macam Mr Bean Malaysia[teka sendiri].
Kita khuatir satu hari nanti Tun akan menjadi macam Almarhum Tunku Abd Rahman ,jatuh dalam katagori To be seen and not to be Heard.
Salam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2015 at 10:36 AM

-luv tun m.

kalau kenal tun, pasti tahu yang tun seorang yang sinis. kalau tiada bukti buat apa tun berani kata terang-terang tentang najib?

....................
Reply To This Comment ...................
Zarin
October 24, 2015 at 12:24 PM

Alahai cybertrooper weekend warrior ni. Kalau nak ampu tu pon, educated la sikit. Setakat satu perenggan tu nak dapat bayaran berapa sangat.

Bukti ? Minit mesyuarat 1MDB tu bukan bukti ? Atau para cybertrooper ni diberi arahan supaya mengatakan ia hanya dokumen palsu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2015 at 1:47 PM

Mengapa d biarkan Dap limkomunis tu memerintah jka tau mereka mmg sah teruk. Ada yg rasa mereka lagi super bagus dari BN. Cakap BM pon tunggang langgang. Pkr n pas hishhh parti2 ini mmg suka jadi
lembu d cucuk hidong oleh komunis.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2015 at 5:05 PM

Alhamdulillah

Allah makbulkan permintaan aku.

13 cawangan Umno di N9 dah nyatakan pendirian.

Harap ada lagi yg menyusul.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2015 at 7:11 PM

Lu lg takda modal nak ckp..dlm mulut penuh tong kosong. Lu tala baca ka..itu dokumen sulah manyak klua..lu masih mimpi sama macam banyak makan dedak sama lu punya umi..rosmah.
Apa punye olang..itu bukti klua, lu punye piem sula kasi kow tow sama lu punya pdrm(polis raja d msia) . Lu masih buta hati..aiya! Mikin malu aja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2015 at 8:32 PM

'Sesebuah negara akan musnah jikalau pemimpinnya tidak jujur & amanah' YAB Tun Hussein Onn (buku teks sejarah tingkatan 2, dewan bahasa & pustaka 2007). Anon 5.09, kamu Najib tak bermoral ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2015 at 8:36 PM

Fakta tidak distorted, maklumat Najib et al adalah penipuan. Kami jelas dgn perkara ini.
Najib akan & telah jatuh dalam kategori 'tidak bermoral'...ini pasti!

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2015 at 11:06 PM

Salam Hasnul Rahman.

Mmg perit kalau nak jadi org perjuangan.

Tapi bagi aku, nawaitu aku bukan pangkat atau kesenangan.
Aku berjuang utk anak cucu dan generasi akan datang.

Aku percaya, ada berpuluh lagi cawangan UMNO yg terdekat, yg bro boleh joint.

Aku dah biasa 'mandi' dlm mesyuarat2 agong.
'Terjun' dari jawatan, tu biasa bro.
Ini kerja sukarela, jangan ambil hati sangat.

Tapi bukan bermakna kita buang prinsip.
Aku pernah buat repot politik wang ke atas somebody .
Walaupun tak jalan kerana sebab2 teknikal, si somebody sampai sekarang tak berani jejak tempat aku dan beberapa tempat lain

Life goes on.Tak apa, aku tak kesah.
Yg penting, mesej dah sampai.
Usaha kuat lagi, mungkin si gajah boleh tumbang !!!!.

Kadang2 kita lihat perkara tu impossible, tapi kita tak try.

Cuba, try, test.
Jangan malu, takut, resah dsb, seperti aku kata awal tadi, ini kerja sukarela tapi serius!!!!

Aku yakin, ramai nanti yg menggelabah puyuh, menggelupur, goyang.

Mereka tendang, singkir, adakah kita kecewa.
Jika kecewa bermakna kita berkiblatkan habuan.

Jadi mengapa kita berpencak di sini sahaja sedangkan yg realitinya ada di luar sana kita tidak gagahi ?

Ingat bro, hanya Allah, hanya Allah tempat pergantungan.

....................
Reply To This Comment ...................
Malindo
October 25, 2015 at 8:54 AM

Salam Pak Din.Saya berada dlm satu pertemuan tak lama dulu(dibilik penginapan Tun) di luar negara yg mana Tun M hadir dan beberapa tokoh yg disegani dinegara tersebut hadir(tidak sampai 10 org kami disitu)Saya lihat Tun M tidaklah bercerita byk hal Malaysia,hanya Tun M beritahu beliau mahu lihat Malaysia makmur dan pemimpin yg tidak amanah undur atau buktikan tidak bersalah,selebihnya Tun hanya berkisah tentang pendidikan global dan buku buku ilmiah Dan yg mengunjungi beliau adalah keluarga yg memerintah sebuah negara.Tun tidak menabur fitnah dan hadir sama juga pihak kedutaan Malaysia yg menjalankan tugas protokol,tahukah anda hampir semua attache hadir sambut Tun di airport utk sambut negarawan.hal lain saya dan teman2 yg tinggal dinegara tersebut tak mahu comments.

Post a Comment