........... TS Sanusi - Bagaimana Kalau China Derma Bilion2 Kepada Akaun Peribadi Pemimpin Cina Menentang Kita ? Video HiTea Bersama Tun Mahathir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TS Sanusi - Bagaimana Kalau China Derma Bilion2 Kepada Akaun Peribadi Pemimpin Cina Menentang Kita ? Video HiTea Bersama Tun Mahathir

Saturday, October 3, 201511comments


Tadi berlangsung dengan jayanya Majlis HiTea Bersama Tun Mahathir yang membawa tajuk Mengembalikan Maruah Bangsa Melayu.

Di bawah terlebih dahulu saya siarkan ucapan Tan Sri Sanusi Junid di majlis tadi.Ucapan Tun Mahathir serta sesi soal jawab bakal menyusul...



KLiK untuk ke Youtube.

Min ke 3:00 - Jelas, lebih banyak wang dalam poltik daripada dalam perniagaan. Berertilah, hanya orang politik saja yang mampu menafikan kebenaran hadis Nabi yang bermaksud 9/10 pintu rezeki itu ialah dari perniagaan.

Ada di kalangan kita yang percaya 9/10 rezeki itu, pintunya dari politik.

Oleh itu rata2 kita lihat, bangsa kita ini sudah menjadi hamba kepada wang. Boleh diperkotak-katikkan, boleh diatur untuk berdemonstrasi dan segalanya semata2 kerana wang.

Selagi itu tidak dapat kita betulkan, selagi kecintaan kepada agama, bangsa dan negara tidak dapat dikembalikan, selama itu bangsa ini akan menjadi bangsa BANGSAT yang akan kalah di dalam Pilihanraya yang akan datang.


10:40 -  Jika ada orang yang buat laporan mengenai apa2 penyelewengan, maka yang buat laporan itu yang diselidik. Bukan membetulkan penyelewengan atau menyelidik yang menyeleweng atau yang dilaporkan untuk diselidik.


12:00 - Apa nak kita kata jika pihak China yang begitu kaya membuat keputusan untuk menderma kepada parti Cina, untuk dimasukkan derma kepada akaun peribadi pemimpin parti Cina, untuk menentang kita dalam pilihanraya yang akan datang ? Sedangkan yang mengajar kita terima derma ini adalah kita !


Kalau orang sanggup derma 2.6 bilion kepada kita, apakah China tidak sanggup derma 4-5 bilion, 10 bilion sekalipun, kepada parti yang menentang kita. Oleh itu kita jangan mengajar orang untuk membunuh diri sendiri.

16:20 - Kita tidak mahu parti lain  menebus maruah ini. Kita mahu yang menebuskan maruah ini ialah Umno sendiri ! Untuk itulah Tun Mahathir hadir dimajlis ini untuk kita semua.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2015 at 9:13 PM

Yang menjadi masalahnya RM2.6 Billion tak dapat di buktikan sehingga sekarang bahawa ianya adalah duit derma, maka tak boleh salahkan rakyat yang mengandaikan bahawa RM2.6 Billion tersebut adalah duit 1mdb yang di bawa berpusing jauh ke teluk arab dan akhirnya landing di akaun peribadi najib.

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2015 at 11:32 PM

Tu lah nama nya melayu kalah dari segala peperangan semua nya kerana uang dari Zaman Melaka dah terbukti kesah Jebat dah Tuah Aamiinnn semoga bangsa Melayu Malaysia semua sedar akibatnya kalau pemerentahaan dah bertukar tangan Ke Alam Pemerentshaan Cina baru nak menyesal dah terlambat kotttttt

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2015 at 12:59 AM

Aku yakin 2.6b tu mmg duit 1MDB.

Cuma seorang yg mengaku terima RM 1 juta.
Tak ada seorang pun wakil2 rakyat, menteri, ketua2 bahagian, pengerusi2 NGO yg ikhlas mengaku terima sumbangan atau berani tunjuk penyata kewangan pertubuhan tahun 2013 sebagai bukti
dah terima sumbangan drpd Najib.

Kemana duit2 tu?

Polis, SPRM, ROS tolong buat kerja dgn nawaitu yg betul.

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2015 at 2:31 AM

Betul tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 7:14 AM

sapa kata najib meyorok kan najib nak saman wsj hari selasa ni tapi tahun 2020 hahahahahah

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2015 at 8:35 AM

mereka sudah hidup ultra super kelas pertama di m'sia, skg mereka mahu kuasa pemerintahan pula. kalau melayu sama melayu tuduh menuduh dan emosi maka
perpecahan akan lebih teruk lagi, kita ada proses pemilihan secra demokrasi iaitu kalau tak mahu pemimpin tu bila sampai mesyuarat agung umno kita tukar sahaja, tak payah kita riuh sekampong sehingga org luar pagar pun campur tangan untuk pecahkan kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 8:58 AM

Polis sprm bank negara & ag nak buat kerja dengan betul macamna kalau dah switch on/off duk di tangan pm, salah langkah sikit aja akan di cop sebagai pengkhianat negara so apa pilihan yang mereka ada

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 11:09 AM

Klu x de sumbngn, mcmna parti blh brfungsi, bkn prti ada pndptn, suma prti politik trima smbngan samada drpd luar atau dlm, cuma pmbngkng ni bij/menpu, mrk x msuk dlm akaun pribadi, dsn ni jujur dia msukan dlm akauan pribadi, tu je bezanya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 5:23 PM

Tu bukan jujur namanya, itu lah yg kita panggil BODOH. Atau buat-buat bodoh. Bodoh kena kat dia la org utara cakap. Itu masalahnya bila pilih pemimpin yg belajar tak habis ni.

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2015 at 7:41 PM

Ya setuju sgt2...

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2015 at 2:41 AM

Buat mat non 1109,

Duit parti masuk akaun parti la. Apa kejadahnya masuk akaun sendiri?

Mat najip tu penjawat awam. Sejak bila malaysia membenarkan penjawat awam terima duit sebanyak tu?

Jujur kau cakap? Dah bertahun2 duit tu masuk tembolok dia sampai paper luar kantoikan baru nak tersengeh2 ngaku tu kau kata jujur?

Kau ni kalau tak tau law jangan main bantai je meroyan kat sini. Pergi jauh2. Buat semak je.

Post a Comment