........... TS Muhyiddin - Apakah 1MDB Terlalu Kebal ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TS Muhyiddin - Apakah 1MDB Terlalu Kebal ?

Wednesday, October 14, 201517comments




Saya telah membaca beberapa kenyataan yang dibuat oleh segelintir pihak yang mendakwa bahawa saya telah membantah SOSMA dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 12 Oktober 2015 dan ini kononnya adalah bercanggah dengan pendirian saya menyokong SOSMA semasa di dalam kabinet dan ketika Rang Undang-Undang SOSMA dibentangkan di Parlimen.

Pendirian saya tidak pernah berubah. Saya menyokong SOSMA untuk menangani kesalahan-kesalahan keselamatan yang menggugat keamanan dan ketenteraman awam. Yang saya tidak bersetuju ialah penyalahgunaan SOSMA yang bercanggah dengan tujuan asal akta ini digubal sepertimana yang berlaku dalam kes penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang. 

Tindakan mereka membuat laporan mengenai dakwaan salah laku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan luar negara tidaklah boleh dikatakan sebagai satu tindakan sabotaj di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan keselamatan yang membolehkan penggunaan SOSMA. Bukankah mereka sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin? 

Pendirian saya ini adalah selari dengan jaminan kerajaan ketika Akta ini digubal bahawa ianya tidak akan disalah gunakan untuk tujan-tujuan lain, terutamanya yang bermotifkan politik termasuk mendiamkan pengkritik dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan. Jaminan ini adalah selaras dengan langkah transformasi politik yang diambil oleh kerajaan. 

Adakah 1MDB terlalu kebal sehinggakan pihak yang mengkritik dan membuat laporan terhadapnya didakwa di mahkamah? 

Seorang yang berfikiran waras pastinya akan bertanya siapakah yang sebenarnya mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara? Orang yang membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan salah laku 1MDB atau orang yang mengakibatkan berbillion ringgit wang rakyat dalam 1MDB lesap? 

Apakah pemimpin UMNO harus berdiam diri dalam hal ini dan bersekongkol dengan para petualang?

Janganlah dibiarkan jiwa perjuangan yang mengalir dalam darah setiap pejuang UMNO dibeli dengan harga yang murah. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pejuang UMNO untuk bangkit menentang penyelewengan dan perompakan harta negara oleh pihak-pihak tertentu. Barulah UMNO akan disegani dan dihormati oleh rakyat seluruhnya dan diberkati perjuangannya oleh Allah s.w.t.

YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin ( FB )

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2015 at 1:10 AM

Dengan kuasa (dan kegilaan) mat najip sekarang, tak dapat nak dibayangkan betapa dan bagaimana najip akan tersungkur dalam keaiban yang amat sangat bak ramalan seorang ulama.

Tapi Allah s.w.t. dah menyatakan bahawa "Kun fayakun" maka jika Allah menetapkannya begitu maka jadilah begitu.

Ingatlah mat najip dan kuncu2mu bahawa Allah s.w.t. dan para malaikat tidak boleh dibeli dengan duitmu.. satu hari kelak rumah sempit 6x3x7 kaki itulah tempatmu mana mau lari lagi masa itu.. belum tentu usiamu sepanjang tun m memandangkan keningmu pun sudah memutih sedarlah betapa usiamu semakin menginjak ke penghujung..

Wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 1:29 AM

Setuju dgn tsmy bagaimana boleh dikatakan khairuddin & mathias melakukan kesalahan jenayah apabila mereka membuat laporan polis berkaitan sebuah syarikat didalam dan luar negara dan negara2 terbabit merupakan negara yang di perakui serta di iktiraf pemerintahah kerajaan nya oleh dunia termasuk malaysia sendiri, mereka bukan membuat laporan ke mana2 negara komunis bagaimana boleh dikatakan membuat laporan kepada pihak berkuasa luar negara adalah satu kesalahan jenayah di bawah akta kanun keseksaan, dibawah para berapakah dalam aspek perundangan ada dinyatakan perbuatan tersebut satu kesalahan, AG boleh menolak permohonan semakan BNM yang konon nya tiada asas untuk pendakwaan tapi bagaimana AG boleh beranggapan mendakwa khairuddin dan mathias ini berasas, kegilaan apakah ini.

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2015 at 4:25 AM

Saya sokong Tsmy,kerana pemimpin yg tamak Umno rosak.Hulor je semua Mt dan menteri tutup lobang.Lawan dan tegur je kena buang.Kami ahli pun bkn bodoh la!!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 7:00 AM

Apa pun yang disampaikan mereka akan menolak dan memutar belitkan tegerun itu bagi menegakan benang yang basah,bagitulah tugas mereka apabila telah diberi upah .Jangan bimbang kemusnahan sedang menunggu UMNO diambang pintu akibat perbuatan segelintir ahlinya sendiri,betulah apa yang dikatakan oleh Ahmad Maslan.Berdirilah ahli-ahli UMNO untuk merobah jalan dari menuju kehancuran dan kembalikan ianya dijalan yang dihormati dan bermaruah.Bacalah balik buku "25 tahun usia UMNO " karangan DSI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 7:28 AM

Assmkm Saudara DT,

Tan Sri Mahyuddin Berkata,

"Janganlah dibiarkan jiwa perjuangan yang mengalir dalam darah setiap pejuang UMNO dibeli dengan harga yang murah.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pejuang UMNO untuk bangkit menentang penyelewengan dan perompakan harta negara oleh pihak-pihak tertentu.

Barulah UMNO akan disegani dan dihormati oleh rakyat seluruhnya dan diberkati perjuangannya oleh Allah s.w.t."

Maaf cakap ...perjuangan ramai yang digelar ketua dan pemimpin di dalam semua cabang UMNO sekarang lebik pentingkan ..... perjuangan yang mengalir WANG ke dalam setiap akaun bank setiap ketua UMNO, .........dan boleh dibeli dengan harga yang murah sahaja.

Orang ramai tak nampak langsong bagaimana, apatah lagi bila ... UMNO akan menyelesaikan masalah 1MDB, PEMANDU, Talent Corporation, dan lain-lain lagi projek rekaan Najib dan Kabinetnya.

Yang orang ramai nampak, dan menderita sebabnya ialah toll naik, barang makanan naik, petrol dan disel naik. Kos persekolahan anak2 di luar negara -- jangan sebutlah

Yang orang ramai nampak lihat adalah RULE-BY-LAW menggantikan rule of law yang menjadi amalan kita semenjak 1957

Yang ramai nampak jelas adalah .... masa untuk menyelesaikan masalah Rakyat .. berjalan terlalu perlahan ... entah bila akan tiba?

APA LAGI YANG UMNO MAU

APA LAGI YANG UMNO TUNGGU

Rakyat amat keliru dan terkedu ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 7:53 AM

Wassalam. Dulu eden banyak kali baco "dio tu katak lompet sano sini" tapi nah siapo yang jadi katak? Beberapo bulan lalu oran yang kalah dalam Pas lompet jo. Ni oran Umno pulo. Apo nak buek jawatan tak de hanyo namo jo tak ado umm. cari lah tompek lain. Esok Najib maafkan masuk balek. Macam Semagat 46 lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 8:25 AM

laporan untuk siasat salah laku... nak jatuhkan kerajaan apa bendanya??? apakah kerajaan buat salah??? mana letaknya logik aka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 8:46 AM

kalau orang dah buat tuduhan tu kena lah counter back semula dengan hujah yang consistant beserta bukti yang sahih. bukannya main TANGKAP je. nampak seperti pihak tertuduh ketiadaan HUJAH dan seperti orang yang dalam keadaan GERAM yang rahsianya dikorek2. kerajaan perlu ingat... orang boleh menilai. undang2 sekarang hanyalah ciptaan manusia yang boleh dipinda-pinda. Tapi nilai KEMANUSIAAN dan MORAL itulah dipegang selama-lamanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 11:02 AM

Salam saudara Tajul. Indah sungguh bahasa tuan dan amat bersopan santun. Macam doa satu puak suatu ketika dulu, KO, KO , KO. Wasalam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 11:04 AM

Nasib baik boleh di bela di mahkamah. Kalau ISA dulu, maaf je lah....keras dia orang kat dalam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 11:05 AM

Saya rasa yang terbukti kebal adalah TSMY dan Tun M

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 15, 2015 at 11:56 AM

Assalammualaikum wmt,
1MDB hanyalah sebuah syarikat milik kerajaan.
Tapi syarikat itu telah bertukar jadi kerajaan - maha berkuasa.
Pemimpin syarikat lebih berkuasa drpd Pegawai Tinggi kerajaan, waima menteri sekalipun.
Itulah yg sedang berlaku di negara bertuah ini.
Kenapa dan kerana siapa?
Budak-budak tadika pun tahu......
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 12:34 PM

Bila Tan Sri Zeti dan Bank Negara nak jawab ni?.....tak kan nak dok diam macam tu.....rakyat dok tunggu ni !!!.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 2:13 PM

-luv tun m .

- itu pun setelah kantoi apa yang dikatakan dengan sosma tidak sepadan dengan yang ditekankan . hamba tidak nampak kairuddin bawa senjata, kecuali dokumen-dokumen itu yang dimaksudkan senjata agaknya oleh orang-orang najib .

- sinis .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 2:48 PM

-luv tun m .

-tsmy semakin kehadapan untuk membela apa yang ia tahu sepanjang di dalam pentadbiran najib. tsmy juga pasti mahu tahu apa sebenarnya 1mdb ini sehingga pada suatu masa itu di parlimen, najib kelihatan kekok dan agak mengelirukan dewan sehingga 1mdb dileretkan hingga rm2.6bilion secara mengejut ada di dalam akaun najib .
hamba pasti, dari situ tsmy sudah berfikir ada yang tidak kena dengan najib .

- walaupun tsmy agak kurang sedikit pemberani dan tegasnya seperti tun m, tsmy masih ada akal untuk berfikir wajar atau tidak wajar apa yang najib lakukan serta dasar-dasarnya yang merugikan rakyat .

- dasar tun m, secara majoriti rakyat berasa kemakmuran dan pembangunan . oleh itu tidak mustahil walau ada beberapa projek mega tun m seperti perwaja, APPs dan beberapa lagi ditanggung kerugian, namun setiap kali pilihan raya pentadbiran tun m sentiasa mendapat 2/3 . rahsianya, setiap kali ada apa-apa isu sepanjang pentadbiran tun m pasti tun m akan menjawab sendiri semua soalan wartawan dan turun padang jelaskan apa yang menjadi isu . rahsianya lagi, ada beberapa projek negara yang rugi tetapi ada lebih banyak projek tun m yang berjaya dan menjadi mercu ekonomi negara seperti jambatan pulau pinang, highway utara-selatan, jalan raya, tempat-tempat pelancongan disetiap negeri, formula 1, petronas, kereta nasional, putrajaya, rangkaian internet, cyberjaya, KLCC, perumahan rakyat kos rendah diseluruh negara, elektrik, empangan air diseluruh negeri dan sambungkan lagi............

- berbalik pada tsmy, jangan terlalu takut pada benda yang dirasakan salah di dalam pentadbiran najib. tsmy harus tegas dan berani seperti tun m dalam memperbetulkan apa yang dirasa itu salah di dalam pentadbiran .

-tsmy, selamat maju jaya .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 9:16 PM

Umno dah smpai ke penghujung jln..lingkup dek kerana ego,tamak haloba dan membelakangkan bangsa sendiri.Takpa lah Umno nak rasa jd pembangkang..biarkan aje lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 9:05 AM

Memang kebal kerana seluruh rakyat teguh di belakang kedua2 pejuang bangsa ini

Post a Comment