........... Syed Saifuddin - Ikan Mula Busuk Di Kepala .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Syed Saifuddin - Ikan Mula Busuk Di Kepala ....

Thursday, October 1, 201512comments


Hari Sabtu ini jam 3 petang bertempat di De Palma Hotel akan diadakan satu pertemuan antara rakyat dengan Tun Mahathir anjuran Umno cawangan Taman Cempaka , Bahagian Pandan. 

Mkini ada menemuramah wakil penganjur, Syed Saifuddin bagi mendapatkan penjelasan beliau kenapa majlis itu diadakan -


- Program bukan bermatlamat memburukkan negara atau sebarang niat jahat baik kepada parti maupun negara

- perlu diperbetulkan keadaan di peringkat dalaman Umno 

- ramai orang tidak faham akan ungkapan - IKAN MULA BUSUK DARIPADA KEPALA, BUKAN DARIPADA EKOR

- satu perjuangan berat yang memerlukan hati yang cekal

- betulkan Umno supaya dapat diterima semula oleh masyarakat





"Tiada lagi cawangan ketika dalam keadaan krisis masalah politik, kepimpinan dan sebagainya yang betul-betul berani ke depan. Saya ambil inisiatif ini dengan menjadi cawangan pertama untuk adakan program seperti ini dan beri peluang kepada tokoh negarawan seperti Tun (Mahathir) untuk beri penjelasan kepada rakyat. Beliau adalah ikon kepada Umno.

"Suka atau tidak, populariti Tun masih lagi hebat di kalangan anak muda dan pemimpin akar umbi," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Program ini akan bermula jam 3 petang. Kapasiti dewan boleh muat sehingga 600 orang. Sekarang dah lebih 400 orang beli tiket, cuma tinggal seratus lebih tiket sahaja. Kalau ada yang mahu, kena cepat. Kalau dah maksimum, kita tak terima dah.

- Saya tak ada sebab (nak takut). Adakah saya lakukan kesalahan terhadap Umno atau masalah disiplin? Saya tak langgar peraturan, tak langgar perlembagaan. Saya bukan jemput pembangkang.

- "Kita dah dengar penjelasan daripada perdana menteri, dah dengar daripada menteri kabinet dan Umno di peringkat atasan. Jadi kita bagi ahli kita yang tinggal di Ampang dan Pandan untuk hadir bertemu beliau dan dengar penjelasan dan berdialog dengan beliau.

"Bukan dengan apa yang dia cakap itu kita seratus peratus terima, tetapi kita buat penilaian dengan apa dia cakap dan dengan apa kepimpinan Umno cakap. Sebagai rakyat dan ahli kita buat penilaian dan dapatkan jawapan yang efektif dan berkesan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno," katanya.


Ini pula statement yang dikirim beliau sendiri kepada saya melalui Watsapp -

Jangan biarkan Tun Mahathir keseorangan dalam perjuangan Fisabilillah beliau menegakkan Kebenaran. Tun sepatutnya diberi sokongan padu dan bertali arus oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengenal sempadan agama, bangsa dan budaya.

                                            ************************************

Seterusnya pada 5 hb Oktober, Tun Mahathir akan berkunjung ke Tawau Sabah untuk program Bicara Negarawan Edisi Sabah pula.


Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 1:36 PM

Sekarang ni harapan hanya diperingkat cawangan dan akar umbi untuk bangkit setelah majoriti besar ketua bahagian bersikap pengkhianat kepada ahli umno dan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 2:09 PM

Sebenarnya ramai yg keliru....tapi tiada pulak keberanian. Umno ni bukan rosak sehari dua ni....dah lama dah. Bila berlaku penolakkan dari generasi baru ni...barulah mengelabah. Cuba perhatikan komen2 dari pemimpin umno...mcm ku nan,salleh dan ramai lagilah. TAK BIJAK LANGSUNG. Tak mengambarkan kelayakan utk duduk sebagai vip. Kenapa tu? Malah ramai pembaca dlm blog ni lebih bernas dan bijak dlm berhujah. Jadi salah siapa?
Cuba kaji idea dan hujah2 Tun......sinis tapi membawa mcm2 maksud. Tegas bertempat. Mindanya jelas terbuka luas. Sesiapa yg dapat berbual secara personal dgn beliau tahulah mcm mana.....ni yg ramai tak paham.

SEKADAR KONGSI CERITA......Tun mmg ada kelebihan!

Apa pun tahniah buat saudara syed saifudin.....anda memulakan langkah yg cukup bijak walaupun agak lewat....memandangkan isu najib ni dah merosakkan moral negara yg kita banggakan selama ini. Najib adalah liabiliti terbesar negara. Percayalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 2:28 PM

assalamuakum che din slmt ptg...ikan bkn busuk...diharap dpt upload vid terbaru tun nt...dan mnta soalan2 bernas seta bukti info terbaru yg mmbolehkn najib n rosmah chek mate... thnx alot che din hnya Allah yg boleh mmbalas jasa mu...

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 2:29 PM

Bila yang SETIA dan TAK BIJAK disokong inilah jadinya.. Presiden UMNO sendiri tidak mahu ahli yang bijak tapi yang SETIA..jadilah Pak Angguk...Kalau bantah..digelar pengkhianat dan nak menjatuhkan NEGARA.. Agak2 dengan 3 Juta Ahli UMNO .. mereka boleh menang PRU 14 Tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 3:11 PM

Persoalan yang utama adalah Skandal 1MDB dan Wang "Derma dan/atau Rasuah".

1. Anggaran saya sekitar 85% ahli akar umbi umno yang langsung tak tahu persoalan di atas dan implikasinya ke atas bangsa melayu, islam dan negara.

2. 75% dari lebihan 15% di atas hanya tahu tapi gagal mema3hami masaalah yang besar dalam skandal dan kes tersebut di atas.

3. 25% dari lebihan di atas terdiri daripada ahli MTU dan KBU dan sidekicks terdekat yang betul2 tahu namun mata dibuta, telinga dipekak dan mulut ditutup dengan "rewards daripada najib".....

4. Memandangkan tiada jawapan pada persoalan2 pokok mengenai skandal 1MDB dan RM2.6 bil baik dari pemimpin terus kepada akar umbi, it is good to have TDM to tell them expicitly without fear or favour.

5. Ikan busuk mula dari kepala. Eloklah dialog dengan TDM ini mula dari ekor dan terus naik menuju ke kepala. Insyallah, along the way some "minor operations done to weed out cancerous cells" to prevent the whole fish from being totally edible".

I pray that more divisions and or branches are brave enough to ome forward to organise such dialogues with TDM.....look guys Allah akan membantu jika anda berani bertindak membantu kamu sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 3:24 PM

AnonymousOctober 1, 2015 at 1:36 Pm

Saya yakin jika tumpuan serta sokongan dari akar umbi diberikan, insya Allah tujuan murni akan tercapai. Pokok yang sebesar mana pun perlukan akar umbi yang kuat untuknya berdiri tegak dan tegoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 3:29 PM

Abdul Jalaini Abdul JalilOctober 1, 2015 at 2:29 PM

Dengan adanya program sebegini tidaklah boleh najib laungkan dengan bangganya dia mendapat sokongan dari 3juta ahli UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 3:30 PM

Si Adnan tu .... aku tak recognize Ku dia. Harap Putrajaya kubu kuat je. Orang kerajaan dah mula menyampah dengan mamat ni. Tak ada benda baru ... perangai macam guru besar bengong zaman dulu. Bodek Najib untuk kuasa.

Malu lah UMNO, orang macam ni banyak kuasa. Macam tak ada orang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 4:38 PM

Tun M maseh ahli UMNO. Kenapa pulak Tauchu Nan marah pada Ketua Cawangan yg menjemput Tun ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 4:39 PM

Pagi tadi dalam Selamat Pagi Malaysia di TV1, terkejut terpinga-pinga saya bila seorang ahli ekonomi terkenal cakap dengan penuh semangat, "Najib Razak tak pandai!.... kumpulan dia tak pandai!... Communication failed! Kenapa tak nak cakap benar!?..."

Berulang-kali dia sebut. Tajuk perbincangan ialah ttg Bajet Defisit yg bakal berlaku lagi. Marah betul dia. Katanya "Malaysia bukan commodity-based country! Kenapa Zeti dan Idris Jala tak sebut pasal ni. Zeti dan Idris dan sabotaj ekonomi Negara!"

Saya rasa, dia maksudkan kalau 1mdb tu takde problem, kenapa Najib (and his team) tak cakap terus-terang kepada rakyat (sekadar beating about the bush).. tu yang timbul persepsi negative di kalangan foreign investors.

Pengacara SPM Ismal Adnan dan Mary terpaku dan cuba bawa perbincangan ke arah tajuk iaitu pasal bajet Defisit tapi professional cina tu terus jgak cakap "Najib tak pandai!"

hahahaaa.... aduss.... ni lah kalau jemput orang yg dah tua, mereka really don't mince their words coz they have lived long enough to not have anything to fear..

First time seseorang cakap di TV dalam rancangan LIVE, PM Malaysia "tak pandai" = "bodoh"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 8:00 PM

Nmpak gaya Allah dh mula terbitkan kifarah pd najib..apakah ada "tetamu Allah" telah berdoa didepan Kaabah baru2 ini??
Alhamdulillah..dan terima kasih pd tetamu Allah berkenaan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2015 at 11:12 AM

Kami tunggu Tun d tawau..siap ambik cuti daaahhh!!!

Post a Comment