........... SRC Bersuara - WOW !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SRC Bersuara - WOW !!

Thursday, October 22, 201512comments



Mengejutkan ! Itulah reaksi saya bila baca kenyataan dari SRC lewat semalam yang mempertahankan Najib dari sebarang salahlaku membabitkan dana SRC.

Dalam kenyataan di sini hari ini, syarikat itu berkata berdasarkan siasatan dalaman, dipercayai dakwaan itu berdasarkan dokumen yang telah dipalsukan dalam cubaan untuk sengaja mengelirukan orang ramai.

"Hakikatnya, semua RM4 bilion yang dipinjam daripada KWAP diambil kira di dalam kunci kira-kiranya, selaras dengan amalan piawaian perakaunan dan tadbir urus.

"Tiada satu sen pun daripadanya telah disalah guna seperti didakwa oleh mereka yang mempunyai niat jahat,"-
Bernama.


Rupa2nya SRC masih aktif !

YES !!  Maknanya selepas ini bolehlah SRC tampil lagi dengan penjelasan yang lebih menyeluruh tentang segala persoalan yang ditujukan kepada mereka ekoran pendedahan WSJ tentang penyaluran dana dari akaun SRC ke dalam akaun Najib.



Banyak pihak yang mempunyai teori bahawa keseluruhan dana yang masuk ke akaun Najib adalah berpunca dari akaun SRC. Pihak terbabit yang dituduh pula langsung tidak membantu kerana mereka lebih suka diam membisu dan ini termasuk Najib dan SRC sendiri.

Padahal, jika benar mereka tidak bersalah, dari awal lagi mereka boleh saja tampil beri penjelasan dan menjawab apajua pertuduhan yang dilemparkan. Pertuduhan2 bukannya bersifat retoriks tapi dalam bentuk angka dollar and cents, dan melibatkan akaun yang mana bukti sememangnya tersedia .... hanya saja mereka yang tidak mahu menunjukkannya, itu pun jika bukti2 itu wujud.

"Selepas bertahun-tahun, pendapatan yang diraih dianggarkan RM500 juta tidak termasuk item bukan tunai lain, menyediakan pendapatan yang kukuh untuk syarikat gunakan bagi tujuan itu, katanya.

Selepas bertahun-tahun ..... ? Tu lah, ingatkan selepas1MDB serahkan SRC kepada Kementerian Kewangan pada awal 2012, SRC dah tak aktif. Rupanya amat aktif dan banyak buat untung !

Tapi sebelum apa2, SRC mungkin boleh menjawab persoalan utama yang bermain difikiran seluruh rakyat Malaysia - Mamat 3 ekor ni mana pergi ?


Kenapa dua orang kuat SRC yang amat dikehendaki dalam membantu siasatan kes Derma Najib itu boleh menghilangkan diri dan menjadi buruan pihak berkuasa ? 

Apakah SRC mahu mengatakan yang peLARIan Pengarah dan CEOnya dari disoalsiasat, lari ke luar negara tidak ada kaitan dengan kes derma itu ?

Adakah dakwaan itu berdasarkan dokumen yang telah dipalsukan dalam cubaan untuk sengaja mengelirukan orang ramai.

Kedua, "Hakikatnya, semua RM4 bilion yang dipinjam daripada KWAP diambil kira di dalam kunci kira-kiranya, selaras dengan amalan piawaian perakaunan dan tadbir urus. -

Akaun tahun berapa tu ? Selama ini kita diberitahu akaun terakhir SRC adalah pada 2012. Rupa2nya SRC sudahpun siapkan akaun2 terkini ! Mohon dikongsikan bersama rakyat ya, mungkin penyata akaun terkini itu dapat menyakinkan kita bahawa segala dakwaan terhadap SRC adalah  berdasarkan dokumen yang telah dipalsukan dalam cubaan untuk sengaja mengelirukan orang ramai.

Setakat menafikan secara umum begitu tanpa sebarang bukti menyokong .... rasanya agak payah untuk menyakinkan pengkritik. Mengikut dakwaan WSJ, transaksi RM42 juta dari SRC berlaku pada Disember 2014, baru hujung tahun lepas je, sementara transaksi yang besar USD681 juta berlaku pada Mac 2013.

Sekiranya SRC dapat tunjukkan Penyata Akaun terkininya yang telah diaudit dimana jelas ditunjukkan semua dana SRC diurus dengan telus, saya yakin segala dakwaan dapat ditepis dengan mudah sekali !

Tak perlu nak buang masa keluar kenyataan bagai setiap kali berlaku pertuduhan sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pemilik SRC iaitu 1MDB.

Lebih Terbaik, jika SRC dapat mengadakan pertemuan terbuka dengan para pengkritik agar setiap persoalan dan tuduhan dapat dijawab secara direct dan ditunjukkan bukti. 

( Saranan sama yang sering saya berikan kepada 1MDB juga, iaitu berdepan dengan pengkritik ) 

PS - Oya, yang bersuara keluarkan kenyataan SRC di atas siapa ya ? Adakah CEOnya yang dalam peLARIan ?

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 9:43 AM

SRC ni milik sape ya..? CEO dgn ED dia ke yg keluarkan statement tu..? Kalau bukan mamat2 ni, statement tu hanya tahap junk @ sampah saja sebb dibuat tanpa tanda tangan CEO (without authorization) dan masa mana pulak buat BoD mtgnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 10:19 AM

Din. Najib ada dua tiga bulan untuk bersihkan akaun buat financial engineering. By the time, penyiasat kita yang tak cekap - SPRM masuk, dah nampak kesan apa dah ... sisa sikit sikit tu Apandi tolong tutup, polis tolong tutup....... Bangsat betul Najib ni. Mencuri di siang hari. Peduli apa UMNO ranap. Pemimpin pemimpin umno dapat sejuta dua dah seronok dah. Orang lain berbillion billion. Tutup ajelah umno ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 12:06 PM

bro din perlu realistik dalam hal ni. yang cakap bagi pihak src tu sapa. mamat yang jadi boss dalam src tak ada, so sapa yang luluskan kenyataan tersebut. mungkinkah menteri kewangan yang keluarkan? kita dok sebut pm, yang jaga kewangan, menteri kewangan. src bawah menteri kewangan. tadbir dan urus dengan baik. cukup la dengan air liur ajer. tak perlu bukti kerana ahli umno tahu saya baik, kata menteri kewangan.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 22, 2015 at 1:23 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Tandatanya penting dgn kenyataan ini ialah siapa yg buat kenyataan tu?
Tak ada disebutkan siapa atau pun jawatan tertentu dlm SRC.

Kepada saya, ini membuktikan bahawa memang wujud satu kumpulan tentu yg monitor isu 1MDB ini. Dan merekalah yg mengeluarkan kenyataan bagi pihak orang atau jawatan tertentu.

PM Najib sudah tentu dilarang drpd membuat kenyataan. Itu sebab Najib selama ni dok diam tak berdetik. Tak berani bersuara selagi tidak diarahkan oleh 'Yang Maha Berkuasa' di negara ini.
Siapa?
Kalian carilah sendiri......
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 1:42 PM

Nik Faisal tu macam sweet je rupanya. Takkanlah orang sweet ini jahat:-)

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2015 at 1:49 PM

Org2 yg dikehendaki oleh SPRM itu tidak lari ke mana. Agaknya, mereka sedang mengikuti kursus kewangan, khasnya bagaimana nak memanipulasi Penyata Kewangan Tahunan syarikat. Bijak, bijak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 1:50 PM

mana ada orang mengaku dia jeboonnnnn...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 2:26 PM

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin sedang membuat perancangan untuk ditemu ramah oleh SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan," kata Najib Razak seperti yang dipetik oleh Malaysiakini.

Lucukan DT.

Siasatan SPRM terhadap SRC ialah perkara yang `sudah pun berlaku'. Mudah sebenarnya, hanya ambil fail dan jawab soalan SPRM. Lebih mudah daripada jawab UPSR kerana tak boleh ambil buku untuk tengok jawapan.

Jadi apa kejadahnya yang dimaksudkan dengan `sedang membuat perancangan untuk ditemu ramah...' tu. Susah sangatkah soalan SPRM sampaikan kita terpaksa `hilang' berbulan2 lamanya dan sekarang masih diperingkat `perancangan untuk ditemu ramah'.

Luculah SRC ini. Dah lah kenyataan mereka dibuat secara halimunan. The Invisible SRC, filem kedua terhebat selepas The Wolf of Wall Street.

Lagi satu, Najib ni garang je masa mula tapi lemau lepas tu. Ingat lagi kes nak saman WSJ. Mula2 garang, lepas tu lemau...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 5:13 PM

Jawapan nya senang aje, Ayam Terlepas Tangan kena Tahi.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2015 at 6:05 PM

senang.. ayat dia macam ayat derma. Derma yang masuk akaun saya bukan untuk kepentingan diri sendiri. Duit SRC tidak disalah guna. interpretation tidak disalah guna tu ikut kepala sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 12:26 AM

wow...SRC sudah berani bersuara mcm abam arul kandar....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2015 at 12:26 AM

Bila saya dengar kenyataan SRC ni dibaca oleh pemberita di TV, saya rasa macam tak percaya je wartawan penyiaran kita @ stesen TV aliran perdana kat Malaysia ni begitu rapuh etika profesionalisme nya. Macamana lah mereka boleh siarkan satu press statement yang tidak ada nama orang/pihak yang mewakili syarikat tu.

Kalau 1mdb punya press statement, selalunya si Arul lah tuan yang keluarkan kenyataannya. Tapi tetiba keluar statement dari syarikat yang public sangka dorman selama ni.

Saya masih ingat terbaca seorang blogger tulis yang tiada sebarang activity dilaporkan di website SRC international sejak 3 tahun ni. Rupa-rupanya dah berjaya raih pendapatan RM500 juta? Banyak tuh..!

SRC International ni syarikat Sdn Bhd ke or syarikat Bhd ? Senyap-senyap je buat bisnes hinggakan CEO dan MD lari pun syarikat masih boleh berjalan ya? Siapa pemangku CEO kalau camtu?

Hebat....!!!
Only in Malaysia....by Malaysians..!

Post a Comment