........... SPRM Warning SRC - Jangan Memandai2 Buat Andaian ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SPRM Warning SRC - Jangan Memandai2 Buat Andaian !

Thursday, October 22, 201519comments

Di bawah adalah kenyataan resmi SPRM yang ditujukan khas kepada SRC -.

SPRM Nafi Kenyataan SRC International


MERUJUK kepada laporan media bahawa “In the interests of full disclosure, we ask the good office of the Attorney General to conduct a full investigation into these claims and the alleged charge sheet published by Sarawak Report and fund flows diagram published by MalaysiaKini. We ask that the parties responsible for these fabrications be identified, given that their authenticity was denied by the Malaysian Anti-Corruption Commission on 3 August 2015", yang memetik SRC International Sdn Bhd semalam, 21 Oktober 2015, SPRM menafikan perkara yang disebutkan oleh SRC International dalam kenyataan media pihaknya.
 
Perkara di atas adalah tidak benar kerana dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, SPRM tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan isu draf kertas pertuduhan dan ‘fund flows diagram' seperti yang disebutkan oleh SRC International. 
 
SPRM mahu mengingatkan SRC International atau mana-mana pihak jangan sama sekali mengaitkan nama SPRM dalam kenyataan media mereka kerana tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai.
 
SPRM ingin memaklumkan sekali lagi bahawa kes SRC International masih lagi berjalan.
 
SPRM meminta kerjasama SRC International dalam membantu SPRM melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan. Sekiranya Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin, yang diperlukan oleh SPRM untuk menyempurnakan siasatan, masih lagi berkhidmat sebagai Pengarah SRC International, adalah wajar bagi SRC International mengarahkan kedua-dua mereka tampil hadir di SPRM untuk memberi keterangan.
 
 
DATO' AZAM BAKI
PENGARAH SIASATAN
 
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA


.


Rasanya tak perlu nak tambah apa2 ..... rujuk artikel sebelum ini - KLiK.

Oya, kena puji SPRM kena begitu pantas sekali memberi reaksi bagi mengelak sebarang persepsi negatif . TAHNIAH !

                                    ***************
Jawapan Najib mengenai kedudukan kedua pengarah SRC juga menarik untuk diulas.

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin sedang membuat perancangan untuk ditemu ramah oleh SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,"


Najib berkata demikian ketika menjawap soalan bertulis Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang meminta penjelasan sama ada pelantikan kedua-dua pegawai kanan SRC itu akan ditamatkan kerana mereka enggan bekerjasama dengan SPRM.

"Justeru itu, persoalan mengenai kedudukan mereka sebagai ahli lembaga pengarah SRC adalah tidak timbul sama sekali," katanya. - Mkini.


Kenapa Najib pula yang jawab ? Kenapa tidak Menteri Dalam Negeri atau Menteri Kewangan ?

Bunyi macam Najib backing kedua mamat tu ...... kenapa Najib kata tidak timbul persoalan mengenai kedudukan mereka sebagai ahli lembaga pengarah SRC ?

Yang mereka lari selama 2 bulan tu .... apa cerita ? Begitu cepat pula Najib mahu mempertahankan kedua mamat itu, sepertinya Najib tahu kenapa mereka lari ! Dan tidak salah kalau mereka itu lari dari siasatan selama 2 bulan !

Mengikut perenggan akhir kenyataan SPRM di atas, SPRM sendiri nampaknya tidak tahu apa2 mengenai perkembangan terkini mamat dua orang itu ( Sekiranya Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin, yang diperlukan oleh SPRM untuk menyempurnakan siasatan, masih lagi berkhidmat sebagai Pengarah SRC International .... ), kenapa pihak SRC tidak beritahu apa2 kepada SPRM mengenai niat mereka berdua yang sedang membuat perancangan untuk ditemuramah oleh SPRM dalam masa terdekat ?

Perlu diingat, soalan dari Teo itu adalah soalan bertulis, ini bermakna ia sudah diserahkan lebih awal lagi sementara kenyataan SPRM di atas baru tengahari tadi dikeluarkan !




Selama dua bulan mereka LARI, tidak pula mereka terfikir nak buat perancangan yang sama, ek ?

Pelikla , apasaja yang berkaitan dengan 1MDB dan Derma Najib, semuanya berbelit2. Tidak ada jawapan yang direct. Banyak sangat pusing2 ..... kenapa ek ?

Ini pula beberapa poster menarik yang saya ambil dari laman SPRM -




Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 6:04 PM

assalamualaikum che din...selamat ptg...terbaek artikal ptg nie...nk dgr komen dari pejuWang2 dan pemakan dedak najib... huhuhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 6:47 PM

Bro. . . Nama najib tak comercial. Ah jib gor. Ini nama anak watan yg di beri oleh keturunan anak watan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2015 at 6:56 PM

Pemakan dedak Najib sekarang tersedak terus terkedu disebabkan terlalu terkejut dgn tindakan yang amat responsif oleh SPRM. Maka, Najib telah diarahkan oleh Rosmah untuk mengadakan mesyuarat tergempar dengan penasihat-penasihat, tok dalang bagai semua bagi mengkaji strategi susulan sebagai tindakbalas segera kepada Dato Azam Baki serta pegawai-pegawai SPRM yang tampak gagal memberi kerjasama. Kita nantikan episod seterusnya......

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 22, 2015 at 7:06 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din! Dlm kenyataan SPRM itu ada disebutkan:
"SPRM mahu mengingatkan SRC International atau mana-mana pihak jangan sama sekali mengaitkan nama SPRM dalam kenyataan media mereka kerana tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai."

Saya tertarik dgn ayat "atau mana-mana pihak jangan sama sekali ......."
Kepada saya, memang jelas bahawa ADA PIHAK LAIN yg membuat kenyataan itu. Bukannya SRC Internasional sendiri. Mungkin anak buah Orang Yang Maha Berkuasa di negara ini selain DS Najib sendiri.

Begitu juga dgn kes 'dua ekor' orang kanan SRC yg menyorok tu. Selama ni SPRM tak dapat cari kerana mereka dah lari ke luar negara macam salah seorang pembunuh Altantuya yg sedang bersenang lenang di Australia. Tapi PM Najib boleh kata dia tahu mereka sedang merancang untuk ditemu ramah oleh SPRM.

Maknanya, PM Najib tahu ler dimana mereka 'disorok', cuma SPRM saja yg tak mampu cari. Ada yg kata mereka berdua bersembunyi di Indonesia. Dan apa yg dinayatakan PM Najib itu mungkin setelah dia dan orang kanannya ke Jakarta baru-baru ini.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 7:08 PM

Apo maksud eh "SEDANG MEMBUAT PERANCANGAN" untuk ditemuramah ni ?
Dio cakap Melayu ko cakap "bahaso lanun"
Bunyi eh macam main tutup ibu jo.

Cakap betul betul la..mano poei eh duo saksi yang boleh bagi jawapan yang kito sumo nak dongar. Kono sorok dek jin ko ? Zaman sekarang ni mano boleh tak dapek kosan mano diam eh duo orang ni..ado caro eh nak carik dan ado orang tau mano dio orang nih. Percayo lah...toksah akal akal kan rakyat la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 7:11 PM

kita tengok sama ada kedua-dua mamat yg menyorok tu akan timbul atau tidak...memang aneh tapi benar....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 7:14 PM

100k.. je .. najib ni kalau disabit kesalahan celah gigi la bayar. kah kah kah.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2015 at 7:57 PM

Itu 2 orang belum keluar dari persembunyian mereka sebab skrip jawapan belum siap daaa.. lagipun bukan skrip je nak kena hafal.. lakonan mesti mau mantap.. sia-sia bayar mahal kalau senang-senang dikantoikan woooo...

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2015 at 8:17 PM

Anon 7.14pm.....Mgkin 100k Najib mampu bayar tapi dia dlm lipatan sejarah ....takkan dihormati mcm PM yg lain....Malu beb...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 8:50 PM

@FZL Resources

Ya .. mmg x ada orang hormat dah skang. tapi kalau hanya sabit untuk yang atas sekali mmg celah gigi je la bayarnya. :)

tapi kalau kena semua mau papa kedana.. kah kah kah

sekali ngan kak mah sekali gulong tikar.
kah kah kah

rasanya tu pun tak cukup lagi. sebab dia orang yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat untuk jaga amanah.

MEMALUKAN..

patut hukuman kena lebih agar jadi pengajaran dekat penggantinya nanti.

tapi malangnya .. ini semua kalau yang agak mustahil nak berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 10:00 PM

1.src sekarang milik mof
2.dimanakah ibu pejabat src?
3.Jika didalam malaysia, 2 org pengarah tu x pernah masuk office ke selama 2 bln?
4.Sbgi syarikat milik mof, itu bermakna segalanya mengenai src rakyat mesti tahu.
5.Dua bulan gaji dan elaun masihkah src yg bayar aka mof walaupun dgn jelas telah ponteng kerja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 11:56 PM

Bro..depa mting nak tukarkan dato azam tu pi jpm kot..Ksn tgh peni ng tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 2:45 AM

Harap jgn tukar jawapan sudah.

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2015 at 3:48 AM

1) Website SRC pun statusnya "under construction", syarikat ni hidup lagi ke?

2) Wujud ke pejabat SRC ni? Ataupun semua director SRC ni actually SOHO je (opis kat umah masing2)

3) Tukang jawab SRC tu silap2 cai mat najip jugak daa..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 23, 2015 at 6:47 AM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Keputusan untuk menukar ke JPM atau apa-apa pun, semuanya bergantung kpd 'SANG MAHA BERKUASA'.
Dia sedang telek dlm air jampi apa yg diarahkan oleh Tokmohnya.
KSN atau siapa pun hanya ikut keputusan dia jer. Kalau tak ikut, terbarai ler periok nasi.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 11:10 AM

Sprm warning src....najib warning sprm!!!!!ha Cuba pakai ilmu hisab siapa lagi besar!!!???....pengarah filem Tamil pun x terdaya nak adaptasi cerita 1mdb ni....hanya din je mampu...

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2015 at 12:06 PM

Jangan dok sedap hati sangat kawan2 diaorang ni suka main wayang last2 sekali kita yang kecewa dek karenah mereka........tengok jelah apa terjadi kepada BNM yang sahingga kini senyap begitu saja......macam ada keris tapi keris kontot.........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2015 at 12:40 AM

Bila Najib yang bagitau bahawa 2 orang tu sedang "buat perancangan utk jumpa sprm", ni yg buat saya rasa nak muntah setiap kali Najib cakap "we will leave no stone unturned.... jika ada yang bersalah kita akan bawa ke muka pengadilan... saya janji kita akan siasat... bla...bla...bla..."

Eeeiii....geli gleeman dah dengar ayat-ayat tuh.

Dia tahu dan ada akses kepada maklumat ttg di mana mereka bersembunyi tapi kenapa tak nak tolong sprm yg dok cari 2 mamat tu sejak beberapa bulan nih?

Si Farid TV3 penasihat media PM tu sangka rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke? Adoiii.... tolonglah Farid ooi... ajarlah Najib elok-elok sikit...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2015 at 3:37 AM

Negara islam.wasatyah.satu regim yang betul betul pandai dan terencana nak samun dan bagi bengkrap negara.hutang luar negara 768 bilion tak pernah dipikir macam mana nak bayar duit yang ada dikebas secara terencana dan systemmatic..1mdb SRC.dari kes lembu hingga pentabiran paling bawah bersama sama disamun.Rasionsliasi alias jual aset negara buat bayar hutang company yang sengaja dibuat bengkrap.Regim ini lebih kejam dari sadam husen.rakyat dibuat miskin dan ditabur gula gula mgan brim.media dicekal.atm.polis dipasung.majlis raja melayu bak lembu ompong tak da gigi.janji negara msju 2020.kaum intelelektual dari kampus.pakar ekinomi.politik semua tak da telok.semua hanya mikir perut sendiri...tengok lah reformasi 96 jakarta.

Post a Comment