........... SPRM - Siasatan SRC Selesai Hujung Tahun. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SPRM - Siasatan SRC Selesai Hujung Tahun.

Friday, October 16, 201511comments


Termiss la pulak berita di atas yang disiar dua hari lepas. Penting tuh ! SPRM kata siasatan ke atas SRC akan selesai akhir tahun.

SRC ditubuhkan tahun 2011 dan pinjam duit KWAP sebanyak RM4 bil tahun yang sama. Pada Februari 2012, SRC dipindahmilik kepada MOF ( Kementerian Kewangan ).

Sejak itu (2012), SRC tidak lagi keluarkan penyata kewangan.

Kita pasti masih ingat gambarajah di bawah tentang jejak wang yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib -




Ada saya tulis mengenai satu Teori Kebetulan SRC sebelum ini ( KLiK ) yang mengaitkan kemungkinan dana USD681 juta itu dengan SRC.

Bagaimana pula dengan deposit RM42 juta sepertimana dakwaan SWJ di atas ? Dari SRC melalui Gandingan Mentari melalui Ihsan Perdana baru masuk akaun Najib ?

Peliknya, kedua2 transaksi ( USD681 juta dan RM42 juta ) itu berlaku dalam tahun 2013 dan 2014, iaitu selepas diambilalih oleh MOF !

Apakah SRC aktif selepas diambilalih MOF ? 

Dua bulan lepas Zahid ada beri alasan bagi mempertahankan derma Najib itu ( KLiK )
 
- "(Wang) AS$100 juta pertama diberi atas nama Najib, manakala pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat kerana pihak penderma tidak mahu melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib,"


Adakah Zahid merujuk kepada 3 pindahan melalui 3 syarikat di atas bila menyebut pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat ... ?

Jika betul, bermakna pasti ada satu deposit ke dalam akaun SRC dari Pak Arab bagi menunjukkan yang dana itu BUKAN duit SRC .... kan ? Bagi menunjukkan yang SRC hanyalah medium bagi tujuan pindahan semata2 ?

Adalah satu kesalahan jika wang dari syarikat milik kerajaan masuk ke dalam akaun penjawat awam tanpa sebab. Bermakna, adalah satu kesalahan duit SRC dimasukkan ke dalam akaun Najib tanpa sebab yang munasabah.

Seperti pernah saya katakan, apa saja yang berkaitan 1MDB, pasti ada benda yang pelik dan meragukan.

Antaranya, kenapa SRC tidak keluarkan penyata akaunnya sejak 3 tahun lalu ? Dan kenapa Pengarah Urusan SRC Nik Faisal Ariff dan pengarah SRC Suboh Mohd Yassin melarikan diri ? 

( Nama Nik Faisal juga timbul dalam kes 1MDB-Petrosaudi ! )

Makanya kita nantikan hasil siasatan SPRM ke atas SRC dengan penuh debar.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 4:13 PM

Salam brader din....sudah terang lg bersuluh...dsn amat perlukan duit utk berbelanja....smua urusan tipu masuk duit ini mastermindnya adalah jho low...mudahnya melayu ditipu...ehhh...sama je smua bangsa...bila xsa amanah...hancur negara...kpd smua pengomen...amacam..bila mau start report polis....

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 4:32 PM

Kalau hujung tahun ini kucing akan tumbuh tanduk kau masih percaya ke..

Aku percaya hanya kalau Najib yang cakap. Sebab integritinya 100%..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 5:04 PM

mudah untuk difahami permasalahannya tapi pelik kenapa peguam negara kata x nampak salahnya :-)

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 5:25 PM

@AnonymousPeguam Negara hanya komen berkaitan isu BNM @ 1MDB yakni berkenaan borang pengisytiharaan bawa keluar dana.

Tapi sesetengah pihak mengambil kenyataan itu sebagai merangkumi keseluruhan kes 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2015 at 6:30 PM

Dear My Brother Din,

Please do not hold your breath. These people could have completed their investigations already if that is what they want to do. A few more months to see the outcome? And what outcome?

We probably have better chance with investigations done overseas. And can you imagine the shame these local bodies would experience once they conclude that there is no case to take action on whereas the overseas entities say the opposite?

In the final analysis even if the overseas institutions behave like the local ones (recall Scorpene's French investigations going nowhere?), we have Allah swt who shall make sure that justice shall take place sooner or later.

We just need to be deserving of His assistance. Wassalam.

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 7:25 PM

Kuching da lama tumbuh tanduk..tu la, tok ikut perkembangan. Lebih 10 thn dulu ada cerita dn foto kuching tumbuh tanduk(tok plak trpikir nak simpan..namun umur tok pjg.
Sapa2 yg bersumpah berjanji ngan " tunggu KUCHING bertandung", mmg mreka patut tunaikan..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2015 at 9:27 PM

Apapun, pada pendapat saya, sampai masanya nanti AG kita yang baru akan umumkan bahawa 1MDB dan SRC tidak melakukan apa2 kesalahan undang2. BNM yang akan disalahkan kerana gagal mengawal pengaliran wang negara ke luar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2015 at 7:06 AM

Anjing perang mesti menjaga tuan dia,siapa saja baginya adalah musuh.Jadi berhati-hati apabila anda memasuki kawasan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 17, 2015 at 7:46 AM

Assalammualaikum wmt,
Maknanya hujung tahun ini SPRM akan serahkan hasil siasatannya kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Maka sudah pasti keputusan Peguam Negara nanti sama seperti apa yg beliau lakukan dgn laporan siasatan BNM.
"SRC tidak ada melakukan kesalahan".
Tutup buku.

Itulah yg meyakinkan menteri yg kata isu 1MDB akan selesai hujung tahun ini.
Mudah kerana segalanya akan dibersihkan oleh Peguam Negara yg baru.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Razlan
October 17, 2015 at 9:24 PM

Maaf, tapi saya sudah sampai tahap tidak percaya pada kata-kata MACC ni. Kenyataan demi kenyataan pada media, tapi akhirnya senyap. Senyap, macam Jho Low senyap, macam Suboh senyap, macam Shahrol senyap.Yang bising hanyalah cybertrooper Jiby. Alahai MACC, cukup lah tu. Sambunglah pekerjaan korang yang cekap menangkap penjawat awam pangkat rendah buat rasuah kecil-kecilan.

Maafnya MACC, you have proven yourselves...to be incapable.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2015 at 12:29 AM

Saya sependapat dengan saudara hasnul rahman.

Tak kiralah apa siasatan daripada mana2 agensi kerajaan, hatta oleh budak2 KBAB sekalipun, semuanya akan sampai ke meja si apandi. Silap2 tak sampai ke meja dah terus masuk ke mesin shredder. Dengan muka toye je apandi akan kata "tak ada kes".

Ni la akibatnya bila peguam negara boleh jadi ketua hakim negara pulak.

Ingatlah apandi, kau meng'ganti' tempat orang yang 'dituduh' sakit - jangan nanti Allah pulak yg tukarkan kau sebab kau pulak yang betul2 'sakit'.

Post a Comment