........... Shafie Apdal - Dalang 1MDB Harus DiHukum ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Shafie Apdal - Dalang 1MDB Harus DiHukum !

Sunday, October 11, 201522comments



KENYATAAN OLEH YB DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL
NAIB PRESIDEN UMNO


Saya bersetuju dengan kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengenai 1MDB. Semasa berada di dalam kabinet (sebelum rombakan), kami telah diberi taklimat mengenai struktur modal awal syarikat 1MDB yang disuntik oleh Kementerian Kewangan selaku pemegang saham, kedudukan aset serta hutang syarikat.

2. Bagaimanapun, kebimbangan rakyat yang lebih serius mengenai butir-butir pengambilalihan tanah di Pulau Pinang dan juga di Pelabuhan Klang, yang dipersoalkan nilainya serta status kebolehgunaannya, isu status dana berbilion ringgit SRC International, yang dahulunya anak syarikat 1MDB, yang dipinjamkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan pemindahan berbilion ringgit ke dalam akaun pihak ketiga masih tidak dijawab sehingga hari ini dan perlu diberi perhatian utama.

3. Saya menjunjung tinggi titah oleh Majlis Raja-Raja untuk siasatan ke atas 1MDB dipercepatkan dengan telus dan jujur dengan harapan keyakinan rakyat dapat dikembalikan. Saya juga menyokong pendirian Bank Negara Malaysia supaya kes pemindahan wang 1MDB ke luar negara disemak semula dan syor BNM diberi pertimbangan secara bebas oleh Jabatan Peguam Negara.

4. 1MDB sering menyatakan bahawa aset-aset yang dimiliki syarikat itu melebihi hutang, dan ini bukanlah satu kebimbangan. Kenyataan seperti ini merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia kerana hutang-hutang berkenaan telah terkumpul kerana jaminan kerajaan dan kedudukan 1MDB selaku anak syarikat milik penuh kerajaan. Kegagalan 1MDB untuk membayar hutang berkenaan akan memaksa kerajaan untuk 'step in' dan menanggung hutang ini.

5. Walaupun rasionalisasi hutang 1MDB sedang berjalan, ia tidak harus menidakkan hakikat bahawa aktiviti perniagaan 1MDB telah gagal sehingga memaksa ia menjual aset kerajaan yang diperolehi dengan harga murah dan berlakunya pemindahan dana berbilion ringgit yang masih belum dijelaskan hingga hari ini. Ketiadaan ketelusan dan tadbir urus inilah yang menyebabkan berlakunya krisis keyakinan rakyat terhadap parti dan kerajaan pada masa kini. Mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan dan memohon maaf kepada rakyat.

Dari FB Shafie Apdal .

Nampak gayanya esok lusa giliran Shafie Apdal pula akan diserang oleh pro Najib. Siapa saja yang kritik 1MDB akan diserang kembali oleh askar2 Najib. Kenapa ek ?

Muhyiddin dan Zeti dah kena .... Majlis Raja2 pun tak terlepas. So bersiap sedia jer lah Datuk Shafie....

Ada 2 point saya ulas dari kenyataan Shafie di atas. Pertama, ayat favoret 1MDB dan Najib bahawa aset 1MDB melebihi hutang, jadi tak perlu risau, yang disifatkan oleh Shafie sebagai menghina kebijaksanaan rakyat.

Hutang berbillion2 hingga bunga (kos kewangan) mencecah RM2.4 bilion setahun ! Itu angka tahun lepas. 

Bodoh2 jer bayar bunga sebanyak itu .... untuk apa ? Kalau nampak projek yang menguntungkan rakyat hasil dari pinjaman besar itu dan bunga sebanyak itu, takperlah juga. Tapi apa hasilnya dari hutang sebesar gunung itu ?

Berapa ramai rakyat yang jadi pekerja 1MDB ? 10 ribu ? 20 ribu ? hahahaha ..... tak sampai 40 orang jer beb ! ( info merupakan derma dari orang yang tidak mahu dikenali )

Kalau 1MDB boleh bayar balik bunga dan pokok pinjaman itu hasil dari urusniaganya, takperlah juga. Tidaklah menyusahkan rakyat. 

Masalahnya, 1MDB TIDAK MAMPU bayar balik bunga pun ! Tertunggak beberapa kali dalam kes pinjaman beli IPP dan terpaksa merayu IPIC selamatkan maruah negara dalam kes pinjaman Deustch Bank .... Apa ni ??


Kerajaan juga terpaksa serahkan duit rakyat hampir RM1 billion kepada 1MDB dibawah nama Standby Credit sebab 1MDB takde duit ! Bila 1MDB nak bayar balik duit itu ? Masih Standby lagi ke ?

Gila ah .... macamanalah rakyat tidak bimbang.

Keduanya mengenai Pelan Rasionalisasi atau dalam bahasa rakyat - Pelan Jual Harta Nak Bayar Hutang. Apa yang selalu dibanggakan dengan Pelan itu ?

Pelan itu sendiri adalah BUKTI 1MDB sudah gagal ! 

Najib dan 1MDB kini merasa bangga dan mahu rakyat turut berkongsi kebanggaan yang sama kerana jika Pelan itu berjalan lancar, jumlah hutang 1MDB akan dapat dikurangkan dengan banyak. Jadi rakyat diminta bangga sama ?

Lainlah kalau 1MDB itu berjaya dengan projek2 mega setaraf dengan hutang bertimbun yang dibuatnya, projek2 baru yang kita boleh nampak dengan mata kita sendiri .... itu baru kita boleh bangga. 1MDB berjaya ! TAHNIAH!

Tapi taraf 1MDB dah jatuh ke tahap yang memalukan di mana kebanggaan yang ingin dicapai adalah - Mahu lepas dari hutang bertimbun melalui penjualan aset ! ?

1MDB tidak pernah untung dari operasi perniagaan sejak dari awal ditubuhkan sehingga kini. Itu adalah FAKTA.

Tidak ada sebab untuk rakyat berasa bangga dengan 1MDB.

Dikutuk, dimaki askar2 Najib akan Tun Mahathir kerana mengkritik 1MDB dan Najib .... diungkit segala tohmahan konon Tun dulu pun songlap duit ... tapi yang PASTI, rakyat nampak dengan mata sendiri hasilnya ! 

RM42 bilion .... apa yang kita boleh lihat dengan mata ? Cuba tunjukkan....
 

IPP yang dikaitkan dengan 1MDB pun bukannya IPP yang baru tapi sibuk dengan IPP yang dibina zaman Tun. Lainlah kalau 1MDB bina IPP baru .... 

Kerugian  yang dicatat dalam penyata akaun 1MDB sebelum ini akan berlipat ganda besarnya jika tidak kerana penilaian semula harga tanah yang dijual oleh kerajaan secara murah giler.

Tanah yang dibeli dengan harga 1 juta ( contoh ) kemudian dinilai semula mengikut harga pasaran jadi 20 juta, dan perbezaan 19 juta itu ditafsirkan sebagai untung dalam akaun syarikat. Itu pun akaun 1MDB masih mencatatkan kerugian !

Jadi di mana untungnya 1MDB ini ?

Dimana kebanggaan rakyat hendak disandarkan ?

Habis tanah milik orang Melayu dijual kepada bangsa asing sebab nak bayar hutang 1MDB. Apakah harus dibiarkan begitu saja ?


Ketiadaan ketelusan dan tadbir urus inilah yang menyebabkan berlakunya krisis keyakinan rakyat terhadap parti dan kerajaan pada masa kini. Mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan dan memohon maaf kepada rakyat.

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 11:52 PM

The 1MDB were supposed to issue a new set of financial statements for the year 2014 last March. It got postponement from CCM for six months and recently it got another six months postponement to March next year. As a result, it has avoided the need to disclose the total amount of its debts which is most probably approaching RM 60 billion due to the fact that much of the debts is in US dollars and the conversion to declining ringgit would of course make the RM40 billion plus that they have trumpeted for some time now to all and sundry to be a false figure! (Hence, the IPIC taking over RM16 billion of 1MDB debts would not make the 1MDB's debt situation much better.) Having the two postponements would also mean that 1MDB and its associates continue to have the chance to tell everyone that the company's assets are more than the debts. Disgusting - and unbelievable for it assumes that most people are lembu. And believe it or not come March next year we shall be told that the contents of the financial statements issued would be inconsequential since the 1MDB will cease operations right after. This is part of their EXIT strategy. From the very beginning, if truth be told, 1MDB is intended to be the VEHICLE for some to make as much money as soon as possible and at the expense of the rakyat. This conclusion can be detected from each and every single business transaction that it went into. If they were to be allowed to get away from this evil deed of theirs only Allah swt knows the extent of their destruction and cruelty that they shall beget to us Malaysians in the coming days. Surely we do not deserve to have this happening to us? And, one more thing, do we want to carry the sin of doing nothing vis a vis 1MDB when we leave this world behind?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 12:10 AM

Haah...! Dah jelas tertera! Kenyataan dari bekas menteri cabinet lagi bahawa 1mdb MEMANG TELAH PINJAM DUIT DARI KWAP.

Saya tulis dalam huruf besar supaya pendokong PM nampak jelas. Bukan apa, saya ada terbaca komen daripada seorang pendokong PM yang menulis 1mdb tidak pernah pinjam wang pencen rakyat.....bahawa itu satu fitnah.... adoiii....

PM ni dah kena sokong oleh orang-orang yang akan membuatnya rebah nih... sebab pendokong dia jenis yang malas membaca dan malas berfikir...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 12:48 AM

hakikatnyaaa serang ngan segala fakta n bukti pun....najib x kan jatuh....
sbb kita serang pakai pistol air...najib pakai bazuka....nak lawan fakta mcmn....
fakta plak boleh di subjektifkan...sebab tu ada yg x setuju n ada yg setuju...

rumusannyaaa...kene cari penyerang yg ada bom atom.....rasenya raja2 la kot yg ada bom atom....
kalo kita lihat buat masa skrg ni..raja2 baru pakai sniper je....xjd kesan mana pd najib.....

di harap di penhujung filem ni...raja2 mengunakan bom atom untuk myerang najib......
kalo x....tk tau laaaa hero ke penjahat yg menang nnt...........huhuhuhuh......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 1:14 AM

Salam DT,
Saya amik point no 2 En Din..
01. Beli tanah kerajaan dengan duit utang..
02. Pastu Upkan harga, reevaluate semula, tak sampi 5 tahun, harga puluhan kali ganda
03. Pastu jual semula tanah tu untuk bayar utang plus interest..dan, interest tu bukannya sikit..!
04. Kiranya tanah tu berpindah tangan tanpa apa2 keuntungan besar kepada kerajaan
05. Mungkin untung sikit sebab kerajaan jual tanah tu kat WanEmDiBee dgn harga terrrrsangat . murah..
06. Bermaknanya, WanEmDiBee ni macam ejen jual beli hartanah je lah kan?
07. Yang untung besarnya adalah Goldman Sach & broker2 Pak Unta, dah pastinya siJLow & rakan2, bermodalkan air lior, buat call san sini, buat paperwork sikit, buat powerpoint presentation, pastu untung biliyon2...hmm
08. Soalannya, adakah itu niat siWanEmDiBee ni? buat untung atas angin? Kenapa tak develop je tanah yang dibeli murah tu dgn duit berbiliyon2 yang dipinjam?
09. Sama jugak dgn kes IPP...
10. Pasal IPP ni, "inherited debt" (ID) masih kabur & tiada penjelasan langsung...
11. Kalau siWan ni cakap untung operasinya, kenapa perlu bayar upfront ID ni? guna jelah duit untung tu untuk bayar ID sepertimana bekas pengendali IPP lakukan sebelum ini...
12. Sesiapa yang tahu, sila jelaskan..soalan2 simple & direct, jawapan2 sepatutnya simple & direct jugak kan?
PS:
- ketawa bila baca penjelasan CEO siWan ni mengulas SR (CEO buat statement tanpa buat homework...CEO tuuu..)
- kalau takde Titah Majlis Raja2, dah beku kot isu siWan ni...menanti tindakan seterusnya komponen2 "task force"...jeng jeng jeng..
Wallahu'alam

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2015 at 2:09 AM

Din
Aku ni memang bangang. Kalau setakat baca tajuk je aku paham tetapi bila baca isinya aku pening kepala. Mungkin kau boleh buat satu post terangkan sikit benda yang ada kat link di bawah ini:

Arul Spins A Changing Story As We Publish More Documents He Can’t Deny!

....................
Reply To This Comment ...................
1MDB tidak viable
October 12, 2015 at 2:38 AM

Yang paling penting titah Raja Raja Melayu adalah:-

"Tindakan tegas ke atas pihak yang terlibat"

Pelan rasionalisasi tidak lain tidak bukan adalah pelan cari duit untuk bayar RM42 billion yang telah diedarkan kepada Goldman Sachs, Aabar, Ananda Krishnan, Genting, Jimah dll...seperti dalam pengakuan 1MDB.

Setelah memberi RM42 bilion TUNAI kepada golongan tersenarai, maka gang penyamun 1MDB akan menjual tanah2 melayu kepada Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera dan lain lain lagi pastinya. Duit Tabung Haji duit siapa kalau bukan duit orang Melayu? Kalau tidak mana nak ganti RM42 bilion yang dipinjam?

Jadi tindakan tegas keatas mereka yang merancang pemberian TUNAI 42 billion! mesti diambil. Makna caj mereka lah. Bukan NFA.

Jalan yang terbaik untuk kita rakyat malaysia adalah untuk 1MDb meminta perlindungan dibawah undang undang kebankrapan seperti yang disarankan oleh setengah blogger.

1MDB bukan a viable business. Assetnya tidak mengeluarkan tunai yang mencukupi untuk membayar bunga pun. Sepatutnya UMNO buat Sukuk pinjaman islam tapi ini tidak dilakukan. Kenapa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 6:48 AM

Hello Incik Din!,apa mau susah sekalang binatang pun sudah tau bayar itu cukai(GST),dulu TDM binatang belum sekolah lagi tetapi bukan olang saja sekolah itu binatanh pun sekolah.Mana ada susah GST masuk banyak ma!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 8:09 AM

Sdra Bingai@Bangang dan Sdra Din,

Saya dah baca "Arul Spins A Changing Story As We Publish More Documents He Can’t Deny!". Sungguh terang dan jelas bahawa sememangnya PENIPUAN BERLAKU

Orang berpelajaran ini ada beberapa kategori;

1. Ada ilmu pengetahuan dan menggunakanya untuk tujuan yang betul dan diredhai Allah.....contoh Zeti.

Ingatlah kadang2 penipuan dan atau kepalsuan itu muncul pada satu masa yang adakalanya cepat dan adakalanya lambat. BNM tak patut disalahkan meluluskan 3 permohonan untuk pelaburan seberang laut...kerana penipuan dan kepalsuan ini hanya terdedah kemudian.

2. Ada ilmu pengetahuan tapi ada kesempatan digunakan untuk menipu. Contoh Najib....kuasa ada dan bertindak menyalahguna kuasa.

3. Ada ilmu pengetahuan tapi rela dilembukan demi wang dan pangkat. Sebaik contoh adalah zahid, apandi, rahman dahlan, shahrir, salleh keruak, ahmad maslan, tajudin, ismail sabri, parasit ali tinju dsn jamal dan banyak lagi termasuk lembaga pengarah 1MDB, PDRM, MACC dan AGO.

4. Berlimu pengetahuan dan berani berkata benar seperti tdm, tdmy, dssa, otsb, zam, akj, apanama, sdra din sendiri, jmd, putera merdeka, celah gelegar termasuk blogger2 lain dan RAKYAT BIASA.

Based on my understanding of SR latest update ad per above link, beyond readonable sememangnya najib and the gang are thieves.

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2015 at 8:32 AM

Maaf Pak Din mencelah kenyataan ni "bangga dan mahu rakyat turut berkongsi kebanggaan yang sama kerana jika Pelan itu berjalan lancar, jumlah hutang 1MDB akan dapat dikurangkan dengan banyak" Hutang dapat dikurangkan dengan banyak, tapi dalam masa yang sama Asset2 yang ada kering kontang tak de apa-apa lagi!!!!!! bijak2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 8:38 AM

Sorry off topic jap Din..

Semalam Presiden BN masih lagi nak mempertahankan sekolah vernakular dalam perhimpunan MCA. Tu ajer aku nak kasitau. TQ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 8:50 AM

Finally.. Shafie Apdal yang sebut dengan terang pasal 1MDB so called "asset" melebihi liability. 1MDB business model ni memang nampak sah money laundering kind of business. Billions dollar company yg legitimate selalunya ada beribu-ribu pekerja. Ini 1MDB employ less than 100? Hutang keliling pinggang. Duit dah habis, satu apa projek mega pun tak nampak. Bayar interest pun tak mampu. Akhirnya "asset" tergadai. Negara dan rakyat rugi besar. Yang kaya raya siapa ek?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 10:27 AM

Pak Din,
Pads hematku, orang Melayu agak ramai yang celik dan bijak - terpelajar. Hanyasanya tidak ada yang sehebat bermain politik busuk berbanding dengan Sri Jemuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 11:17 AM

ramai dah bosan cerita yang tak habis ni. memang patut pun majlis raja2 bersuara. semakin banyak benda yang tak betul dikesan dan cubaan alih tiang gol. tu pun dialihkan kepada pengkritik. memang itu la cara pm kita, diam dan biarkan segala isu berlalu pergi dan melayu mudah lupa. yang tak boleh diam orang keliling pasal nak tonjolkan diri berdiri teguh dibelakang. kes 1mdb ni memang salah pengkritik la. yang pi salahkan pm apasal. yang dok buat semua benda ni dan dalam pengetahuan ialah menteri kewangan. menteri kewangan yang buat keputusan dalam hal 1mdb ni. dia yang buat laporan kepada pm. ni kita semua pakat dok serang pm. patutnya serang la menteri kewangan. walaupun orang yang sama, jawatan yang buat tak serupa. kalu serang menteri kewangan, orang yang dok defend pm, tak boleh la nak beria pertahankan boss. sebab yang kena serang menteri kewangan. sekarang ni mereka dok defend boss pasal boss mereka pm tak masuk mesyuarat 1mdb, tapi yang masuk tu menteri kewangan. fahaman bodoh penyokong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 11:53 AM

Bukan harus...WAJIB dihukum!

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 12, 2015 at 12:34 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din! Saya yakin DS Shafiee akan dilanyak oleh 'penyokong suruhan' DS Najib sebagaimana Tun M dll..... Tak mustahil akan dipecat dari UMNO pun.

Kenapa dan mengapa, rasanya elok kita rujuk kisah Nabi Musa dgn Raja Namrud dan para menterinya.
Sebagaimana kita semua tahu melalui al-Quran, Raja Namrud dan para Menterinya telah kalah berdebat dgn Nabi Musa yg meminta mereka bertanyakan kpd Tuhan mereka (Patung Berhala Besar yg ditangannya ada kapak), siapakah yg menghancurkan tuhan-tuhan (patung berhala) yg lainnya dlm biara berkenaan.

Namrud dan Menterinya terkedu. Mereka tak terjawab kerana mereka tahu bahawa patung berhala itu tak mempu berkata-kata, malah tak mampu untuk berbuat apapun.

Kerana kalah dan terkedu dgn hujah Nabi Musa, Namrud dan para Menterinya 'main kasar'. Mereka memutuskan supaya Nabi Musa dibakar dalam api yg sangat besar selama 40 hari............

Maknanya, kerana kalah berhujah, maka tindakan yg ada ialah 'main kasar' dgn apa saja peluang yg ada. Dlm keadaan sekarang, kekuatan yg ada ialah SOSMA. Maka jadilah Undang-undang itu sebagai alat menentang pengkritik yg tak mampu dikalahkan hujahnya.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 12:48 PM

Masya Allah bro !
Tq tuan punya pandangan.
Betul !

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2015 at 1:20 PM

bang rasanya kisah Ibrahim ni..Musa perang dengan firaun..

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2015 at 1:30 PM

Maaf....itu kisah Nabi Ibrahim. Tapi isi & pengajarannya adalah baik & benar.

Salam Perjuangan.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 12, 2015 at 3:56 PM

Assalammualaikum wmt,
Terima kasih mok dan Othman Ahmad kerana membetulkan kesilapan fakta komen saya.
Memang betul yg saya maksudkan ialah kisah Nabi Ibrahim dgn Raja Namrud, bukannya Nabi Musa. Ya, Nabi Musa berdepan dgn Firaun.

Bagaimanapun kedua-dua kisah Nabi Allah itu berdepan dgn tindakbalas pemerintah yg zalim dan kejam. Kalau dlm bahasa sekarang, 'pemerintahan diktator'.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 9:41 PM

wassalam. Eden dah agak dah. Bilo lagi duit Tabung Haji nak di ambilp pulo? Nampak gayo nyo dio akan teliti lah mano ado insitiusi kewangan orang Melayu mako disitu lah dio akan pandang. Sobab nyo orang Melayu ni nampak lobih kurang jo.Atau duit daro GLC yang lain bagaimano? Terhakis lah kewangan simpanan orang Melayu di hakis olih "the clueless" PM and his cronies.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 2:40 AM

Alhamdulillah tuan berani mengaku silap dan membetulkan kembali fakta.

Nak harap mat najip buat macamtu? Kerat 10 badan dia pun belum tentu dia nak mengaku

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 9:51 AM

Makin huru hara negara ini. adakah krn negara ini diperintah hasil dr idea nasihat wanita pendek yg bernafsu besar ?

Post a Comment