........... RM2.6 Bilion - Apakah Najib Seorang Yang AMANAH ? - Persoalan2 Baru Yang Wajar DiTanya Rakyat... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM2.6 Bilion - Apakah Najib Seorang Yang AMANAH ? - Persoalan2 Baru Yang Wajar DiTanya Rakyat...

Thursday, October 29, 201545comments




Isu Derma RM2.6 bil sudah selesaikah ? Apakah semua persoalan tentang duit itu sudah ditanya dan kini segalanya hanya menanti jawapan Najib kepada soalan2 itu ? Nampaknya seperti itu lah .... tapi sebenarnya kita baru saja menyentuh persoalan -  Apakah duit itu dianggap sebagai derma seperti alasan dangkal yang diberikan oleh Najib ?

Setakat ini itulah perdebatannya. 

Untuk artikel ini saya tidak akan panjangkan persoalan yang sama bagi mengelakkan pro Najib terus memperbodohkan diri mereka di mata rakyat. Kita TERIMA sajalah dakwaan sedangkal itu dalam konteks Agree To Disagree

OKlah, katakanlah duit itu memang Derma. Dan katakanlah tujuan Najib merahsiakan tentang kewujudan Derma sebanyak RM2.6 bilion yang merupakan satu rekod dunia dalam sejarah peradaban manusia itu, adalah untuk merahsiakan identiti sipenderma. 

( Jangan ceritalah kalau Najib mati tiba2, apa akan jadi pada derma itu kalau tidak ada sesiapa pun tahu. Mungkin Najib dah siap tulis satu Wasiat Rahsia yang hanya boleh dibaca selepas beliau mati ... di mana dalam itu tertulis kisah Derma itu... so kita bersangka baik jerlah )

Sekarang satu dunia sudah tahu mengenai derma itu. Tidak perlu nak disorokkan lagi walaupun nama sipenderma masih boleh dirahsiakan. 

Persoalan BARU yang ingin saya timbulkan di sini -

1 - Apakah masih perlu dirahsiakan cara mana Derma itu dibelanjakan ?

Sebelum ini semuanya dirahsiakan kerana takut diketahui orang akan Derma tersebut. Bila Derma itu sudah diketahui orang, maka dengan sendirinya sudah tidak perlu lagi Derma itu dirahsiakan.... kan ? Kerana sekarang isu yang timbul adalah mengenai Integriti atau Amanah siPenerima derma.

Sebagai orang yang diamanahkan untuk mengagihkan sejumlah wang yang BESAR, Najib seharusnya merekodkan setiap apa yang dibelanjakan dari Derma itu. Kepada SIAPA diberikan, Untuk TUJUAN apa diberikan dan berapa AMAUN yang diberikan.

Ini bagi memastikan derma itu digunakan sebagaimana tujuan murni sipenderma. Najib kan orang yang AMANAH, sebab itu Najib dipilih sebagai penerima Derma. Orang yang AMANAH akan tulis rekod.

Sementelah tidak lagi perlu dirahsiakan tentang kewujudan Derma itu, dengan sendirinya Rekod Perbelanjaan itu juga tidak perlu lagi dirahsiakan. Melainkan ada juga syarat dari sipenderma supaya bukan saja identitinya dirahsiakan, tapi cara mana derma itu dibelanjakan juga mesti dirahsiakan ! ( Itu dah kira melampau la tuh ,,,,, agak2lah kalau nak sebut syarat sebegitu pun ... kan )

Sebagai seorang Perdana Menteri sebuah negara Islam yang dihormati dunia, harus bagi Najib menunjukkan kepada umum rekod perbelanjaan Derma itu. Tindakan itu tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada sesiapapun malahan ia bakal mendapat pujian melambung dari masyarakat dunia. Nama siPenderma masih boleh terus dirahsiakan sampai kiamat.

2 - Kenapa tidak dimasukkan BAKI Derma yang masih belum dibelanjakan itu ke dalam akaun Umno ?

Dulu mungkin menjadi satu keperluan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib kerana tidak mahu sesiapa pun tahu tentang Derma itu.  Shhhhhh ..... orang lain tak boleh tahu. Ini Rahsia ! Nanti kalau masuk akaun Umno, habislah rahsia pecah. Nanti orang bertanya pula siapa yang bagi. Shhhhh ...

Sekarang selepas satu dunia dah tahu tentang Derma itu, apakah masih perlu diasingkan baki duit Derma itu ? Melainkan sipenderma juga ada kenakan syarat duit itu MESTI dimasukkan kedalam akaun peribadi Najib SAHAJA.  Tak boleh dipindah ke mana2 akaun pun kecuali untuk dibelanjakan. ( peeeeergh .... kalau diberikan alasan sebegitu, mau berhenti sekejap pusingan bumi barang 2-3 saat sebab satu dunia tengah gelak guling2 )

Tidak ada sebarang alasan yang boleh diberikan untuk tidak pindahkan baki derma itu ke dalam akaun pihak yang diniatkan tujuan derma itu diberikan. Contohnya, kalau derma itu diniatkan kepada parti Umno, maka pindahkanlah baki yang ada ke dalam parti Umno. Tidak perlu lagi dah disimpan ke dalam akaun peribadi Najib..... atau mana2 akaun selain akaun Umno.

3 - Kenapa tidak diserahkan tanggungjawab pengagihan derma itu kepada Umno ?

Yalah, kalau duit itu diniatkan kepada parti Umno, sekarang bila rahsia sudah pecah, seharusnya sudah tidak ada masalah lagi untuk diserahkan amanah memegang dan mengagihkan baki derma yang masih ada kepada parti Umno. 

Umno boleh lah tubuhkan satu jawatankuasa khas bagi tujuan ini. Ini lebih berkesan dan efektif berbanding jika Najib sorang saja yang buat keputusan. Dahlah Najib sibuk dengan kerja2 sebagai PM, ditambah lagi dengan kerja2 Menteri Kewangan, belum campur lagi kesibukan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, apatahlagi sebagai Presiden Umno .... bagaimana pula masa dirumah melayan isteri tersayang ..... sibuk giler tuh !

Jika derma itu diniatkan kepada umat Islam secara umum di Malaysia, maka bolehlah ditubuhkan satu jawatankuasa khas yang terdiri dari mereka yang ahli dalam Islam. 

Melainkan ada syarat yang belum didedahkan bahawa hanya Najib saja yang boleh agihkan Derma itu ....  

Nah, apakah persoalan2 di atas merepek ? Tidak kan ..... teramatlah logik dan benar, kan ? Saya percaya sepenuh hati sekiranya perkara2 di atas dilakukan oleh Najib, nama dan MARUAH Najib yang tercemar dek isu Derma ini akan dapat dipulihkan.

Apakah ahli Umno tidak mahu parti dipimpin oleh orang yang AMANAH dan BERMARUAH ?

Apakah Najib sendiri tidak mahu pertahankan MARUAHnya ?

Apakah Umno tidak mahu menang PRU14 ?

PS - Sebenarnya apa yang disebut di atas adalah lebihkurang maksudnya disebalik saman Anina Saadudin ke atas Najib dan Rauf. Iaitu persoalan mengenai Cara Perbelanjaan dan BAKI derma itu. Saya percaya jika Najib itu ikhlas dan seorang yang AMANAH, beliau akan buat benda2 yang disebut itu dan dengan sendirinya Anina akan tarik balik tindakan samannya.  Itu baru namanya diselesaikan cara baik. 

MELAINKAN ada benda yang nak disorokkan oleh Najib ......

Share this article :

+ comments + 45 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2015 at 4:05 PM

Memang Dato Najib seorang pemimpin yg amanah, no doubt about it....begitu juga dikalangan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 4:25 PM

Din,aku spm pun gagal cuma nak Tanya yang mana satu betul samada derma,Wang membiayai melawan I.s atau sumbangan kepada umno...??harap din jawab...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 4:27 PM

Persoalannya siapakah sebenarnya yang sabotage ekonomi?

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2015 at 4:39 PM

Tak silap saya dalam lapuran Malaysiakini duit 2.6B itu adalah berdasarkan duit USD 700juta yang diterima oleh Najib. Selepas akaun ditutup sejumlah USD 669juta telah dipulangkan. Kira-kira USD 31juta telah dibelanjakan.
1) Duit tersebut dah takada pada Najib
2) Perbelanjaan USD 31juta jika dihebahkan boleh menjadikan negara ini huru-hara. Jadi fikir-fikirlah sebelum mengeluarkan sebarang pendapat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 4:54 PM

Geli hati betul lah.
Macam nak termuntah pun ada

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 29, 2015 at 4:54 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Kemana duit derma itu dibelanjakan adalah jadi masalah kpd Najib dan para penyokongnya untuk didedahkan. Sebahagian dari duit itu dah diageh-agehkan kpd Pak Menteri dan Ketua Bahagian UMNO, sebagaimana yg tidak dinafikan oleh Ketua UMNO Bhgn. Johor Baharu - Shahril Samad. Mungkin bloger tertentu juga ada dapat lelehannya.

Justeru, kalau Najib dedahkan atau senaraikan nama-nama mereka yg terima duit itu, maka teramat malulah mereka dgn orang bawahan masing-masing. Bila ada yg malu atau terkantoi diperingkat bawahan, tak mustahil ada yg akan dedahkan pulak apa sebenarnya yg berlaku dan ketidakadilan dari segi pembahagiannya juga akan tersembul.

Sekarang ini masing-masing tak tahu siapa dapat berapa. Dah tentu ada yg lebih dan ada yg kurang berdasarkan 'kasih sayang' PM Najib kpd mereka.

Tak mustahil ada Ketua Bahagian setaraf Shahril yg dapat kurang ataupun tak dapat langsung. Bergantung siapa yg pandai 'geletek' PMNajib ler.....atau siapa yg sanggup jadi pembela Najib diperingkat Bahagian UMNO dan Perhubungan Negeri.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2015 at 4:58 PM

@AnonymousDua-dua pun boleh bergantung pada pendengar. Mula2 try IS, agak2 muka pendengar macam tak percaya jer, tukarlah kepada Umno pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 5:00 PM

Cerita kat kambing boleh la....2.6b itu derma!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 5:02 PM

Menurut KPI Shahril Samad tentang derma .... Wang Derma yang diterima Presiden jangan dipersoal ..begitu juga ..wang derma yang Shahril Samad dan lain lain ketua bahagian terima dari presiden pun jangan tanya .. itu derma , itu hak mereka .. kau ahli cawangan apa tau ... Patutlah Ketua Ketua bahagian bermati matian pertahankan jawatan , dan kalau boleh jadikan jawatan tu turun temurun ..rupa rupanya boleh dapat derma yang tak boleh dipersoal... sudahlah din ..letih cakap dengan puak puak ni ..PRU nanti aku satu keluarga nak dermakan undi aku pada Barack Obama je ...

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2015 at 5:04 PM

@Mohd Rosli ShahinSiapa yang kata telah dipulangkan ? Najib ?

Kenapa negara nak huruhara pula kalau didedahkan ? Jika benar diagihkan kepada yang memerlukan mengikut amanat sipenderma, saya percaya orang Melayu Islam akan puji !

Yang menerima dari Najib pula pasti sudah ada pelan macamaana hendak dibelanjakan mengikut amanat sipenderma, kalau tidak, mana mungkin Najib beri .... betul tak ?

Kita bercakap tentang AMANAH di sini. Ya, mungkin huruhara jika TIDAK AMANAH. Makanya harus ditendang keluar mereka yang TIDAK AMANAH itu !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 6:25 PM

Din,
Cuba tya geng bankers nko yg bijak pandai pasal rm2.6B tu dgn AMLA. Ramai penyokong tegar najib tak faham berapa seriousnya kesalahan langgar akta AMLA ni. Lebih lebih lagi fund tu dari oversea.Persetankan isu utk dana politik. Kalau boleh detailkan sikit coz dia yg incharge finance ministry tapi dia yg langgar undang undang.

Zack
Air putih kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 6:46 PM

saya jawab bagi pihak ahjibgor la. kalu nak harap kat penyokong, nanti jauh pulak jawapan dengan soalan. kita tanya derma 2.6b, mereka jawab tdm pun ada kroni. macam mana belanja duit tu, nanti jawapan mereka tdm buat fitnah. kenapa tak masuk akaun umno, merka jawab cubaan menjejaskan integriti presiden umno ahjibgor. kira jawapan ni ikut fakta yang diperolehi berdasarkan laporan media dan pemimpin umno. sumber utama. sapa penderma? jawapannya cukupla tpm dah berjumpa dan dah lihat cek tersebut. kalu tpm dah jumpa, kira macam semua ahli umno dah kenal la. nanti kita minta diberi nama kat mana-mana ruang dalam bangunan umno dengan nama penderma siap gambar. tapi orang luar umno kena sabar la. tunggu sampai semua dah lupa isu derma tu. kenapa tak masuk akaun umno? dalam keseluruhan ahli umno seramai 3 juta, tolak tdm, sanusi, tsmy, shafei, ku li dan beberapa kerat ahli umno lagi termasuk 13 ketua cawangan, tak amanah belaka. semua kaki kebas belaka. oleh itu lebih selamat kalu berada dalam akaun presiden umno ahjibgor. hanya presiden sahaja didapati begitu amanah kerana semua ahli umno (tolak beberapa kerat) memang tak bersih, jujur dan amanah. lihat ajer bukti, sharir dapat duit 1 juta, diam ajer. mat 3.84 dapat 2 juta sampai hari ni tak bunyi. puteri dapat 50k diam. itu data tak ada yang bantah dan nafi. tapi presiden umno ahjibgor kata, duit tu dia tak guna untuk peribadi. lihat betapa amanahnya presiden, 2.6b dalam akaun tak usik pun untuk guna peribadi, tapi kasi kat ahli umno. kalu kita masuk akaun duit tu, dah ada sebutir rumah kat us, uk, rusia dan sebagainya. amanah bangat tu.cara belanja tak dapat nak cerita, resit tak ada pasal tak ada audit. tu kira fakta la. harap penyokong ahjibgor dapat la kiranya jawab ikut soalan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2015 at 6:49 PM

Bro.

Tolong terangkan 2 perkara.

1.....669juta telah dipulangkan....31 juta telah dibelanjakan. Bila ?

2. ...jika dihebahkan boleh menjadikan negara ini huru hara. Kenapa?

2.1 adakah wang tersebut diguna secara salah?

2.2. adakah bro bersetuju, Najib menyembunyikan sesuatu?

2.3. adakah bro bersetuju, Najib kena memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas isu ini?

2.4 adakah bro bersetuju, Najib menggunakan duit tersebut tanpa pengetahuan sesiapa?

2.5 adakah bro bersetuju, Umno dan kemudian kerajaan telah diheret oleh Najib utk tujuan melepaskan tengkuknya?

Ini sebahagian pertanyaan yg ditanya di mana2 blog, dlm FB, kedai2 kopi dsb.

Minta pencerahan sikit bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 7:20 PM

@Mohd Rosli Shahin

Kalau dihebahkan boleh jadikan negara huru hara maknanya ada benda tak betullah.... tak gitu? Benda yang betul kalau dihebahkan akan jadikan negara aman makmur... tak gitu??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 7:22 PM

@Mohd Rosli Shahin

Kenapa orang yang nak tanya je kena pikir? Kenapa pulak yang sepatutnya menjawab tak payah pikir?? Tak ke pelik tu.... Kena sama-sama pikir laaa... baru betul...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 7:24 PM

@hasnul rahman

Ramai dah tau kononnya sekelumit duit derma tu ditabur pada orang tertentu... Orang2 tertentu tersebut dah pun mengaku... cuma pemberi derma belum betul2 mengaku.... baru cakap sipi-sipi je....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 7:26 PM

@Anonymous

Kambing pun tak nak dengar kawan.... kalau cerita kat orang mati maunya terbangun balik kawan tu gelak guling2 sebelum mati semula... hehehehe... jangan mare aaaa....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 7:44 PM

Shahril dah bayar cukai satu meliyon tu ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 8:06 PM

Maafkan dia ...rosli tu tak faham apa2 pasal isu ni...bnyak sngat dok refer tv3 suku

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 8:11 PM

Huru-hara akan berlaku apabila terdedahnya siapa yang dapat berapa banyak, siapa yang dapat sedikit dan siapa yang tinggi dapat apa2.

Mana2 ketua bahagian yang dapat banyak .... tentu seronok.
Mana2 ketua bahagian yang dapat sedikit ... tentu kecewa.
Mana2 ketua bahagian yang tidak dapat langsung ... tentu marah.

Orang yang marah dan kecewa inilah yang akan menentang presiden UMNO. Jadi untuk elakkan tentangan itu yang boleh menimbulkan huru-hara negara ... maka ianya perlulah dirahsiakan.

Er ... Menteri Permata Negara .... dapat berapa gamaknya wang derma itu .. sekadar bertanya ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 8:18 PM

kalau betul la derma tu untuk kebaikan umno, dgn keadaan sekarang umno pecah belah (tun m lawan najib, tsmy nak kena pecat, saman anina dll). logiknya org yg derma tu akan tampil utk terangkan pasal derma tu. sebab kalau tak derma yg dia bg tu bawa lagi banyak keburukan dari kebaikan kat umno.
sama juga kalau derma tu utk rakyat msia sbb derma tu la ada demo bersih, perkauman, tppa terang2 kutuk najib, ringgit jatuh dll.
isu derma ni dah bawa byk keburukan dari kebaikan utk umno dan msia tapi org yg derma masih tak tampil utk terangkan keadaan sebenar. jd utk apa sebenarnye derma tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 8:35 PM

Oh ya, tentang si Penderma yg TPM Zahid jumpa itu, Putera Majed bin Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, inilah rupanya dermawan itu -

http://www.dailymail.co.uk/news/article-3281354/I-prince-want-Saudi-royal-Prince-Majed-bin-Abdullah-bin-Abdulaziz-Al-Saud-accused-cocaine-fueled-rage-threatened-kill-Los-Angeles-mansion-staff-watched-pleasured-male-aide.html#ixzz3pAEaJMMr

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 8:47 PM

Saya rasa yang AMANAH ialah group Mat Sabu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 9:03 PM

Bro Din.......teringat ungkapan "you can fool SOME of the people SOME of the time but not ALL the people ALL the time". Saya khuatir nanti isu IMDB dan Derma akan hilang terus .......dan ungkapan "you can fool ALL the people ALL the time" menjadi kenyataan di Malaysia. Memang kita menuju ke arah kehancuran bila ianya jadi kenyataan. Apa pendapat bro?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 9:27 PM

Pak Din sya ada masalah tak besar. Isteri sya bekerja dgn gomen. Yg buat sya gelisah isteri sya selalu melaporkan agak ramai rakan sekerja tidak sabar menunggu PR14 akan datang. Persoalannya kenapa tak sabar....menurut firasat saya biarpun gaji kakitgn gomen naik tapi ada yg tak kena dgn pemimpin atasan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 9:41 PM

Amanah??? Ku nan den nak tanyo ni..Amanah ko engkau..Umno tu amanah ko? Cina dok hulur kat atas tu amanah ko..??Dlm prinsip Umno ado amanah ko? Kalah di Penang dan Sgor tu sobab pemimpin Umno Amanah? Umno2... Udah2 la tu...

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2015 at 9:48 PM

Aduii... najib ni mmg mnjadi lawaknya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 10:28 PM

Siapa yg kantoikan najib pasal derma ne.billion pulak tu.aku ingat pihak bank yg bocorkan.Yelaa banyak beb.Klau kat korea ex- pm 2 tahun masuk tirai besi..

....................
Reply To This Comment ...................
Rakyat
October 29, 2015 at 10:57 PM

Nak bagi tahu... duit RM2.6 bilion (bukan nilai sebenar.. ia lebih besar dari itu) itu bukannya duit derma kpd pilihanraya atau derma pada umno atau derma tok nek dia... org umno bila dapat tahu No.1 ada duit... semua hantar proposal projek. Itu cuma alasan nak larikan diri. Keluarga raja arab tu bayar zakat company dia... nak bagi derma pada org2 miskin... anak2 yatim... sekolah2 tahfiz. Tapi kan dia jadi "ngo penyayang" (bini pun sebok jugak)... maka dana ini masuk tabung itulah sepatutnya. Tapi dia suruh lalu dulu ac dia di Spore. Diam2 buat duit laki bini kat dapor rumah.. tapi Bekas No.1 nampak dia main sorok2 bedua... dia pun kasi letup itu dapor... terkejut sakan laki bini tu... lepas tu marah2. Skg tak nak tegur dah... juga tak nak ditegur.. Faham tak ni ??? Jadi bagaimana hukumnya kalau org makan harta anak2 yatim... fakir miskin... org yg duduk fisabililah belajar tahfiz... Ini bakal kena rebus dalam api nerakalah jawabnya.

Wallahhu a’lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 12:02 AM

Bro Din,

Ni bab amanah juga. Jujur dalam memberikan fakta. Dalam bajet, hutang negara dah RM627 beliyun dan hutang dijamin gomen pulak RM 175 beliyun dengan total digenapkan jadi RM 800 beliyun untuk mudah dikira. Katalah bayaran balik pokok dengan semua pinjaman bertempoh bayaran-balik 30 tahun adalah RM 26-27 beliyun (ambillah RM 25 beliyun). Bunga pulak dengan kira mudah kadar tahunan 5.0% akan jadi RM 40 beliyun (kadar 5.0% ni dirujuk kadar kasar untung KWSP untuk pencarum sekarang sebab KWSP adalah peberi pinjam utama). Jadi, jumlah bayaran tahunan untuk pokok + bunga adalah RM 65 beliyun.

Jadi macamana si Jibby tu boleh peruntukkan khidmat bayaran hutang tak sampai pun separuh (kurang RM 30 beliyun) jumlah tu..? Macam bayar bunga saja.. Sampai cucu cicit kita lah nampaknya tanggung hutang negara... Ni yang dikatakan negara kaya tapi rakyat muflis..

Najib oh Najib... Geliga betul la otak ko..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 12:28 AM

Amanah camna peringkat awal pun dah fail duit masuk akaun peribadi pada mac 2013 bgtau pada mt pasal duit tu pada 2015 itupun slepas didedah media luar.

Kalau amanah kenapa tak istihar duit derma peribadi tu pada Lembaga Hasil Dalam Negeri, kalau mau rakyat patuh pada undang2 pemimpin kenalah tunjuk contoh yang baik ini pemimpin sendiri langgar undang2 amanah tang mana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 1:25 AM

@Rakyat

Tak tahu... hehehe... perkataan derma ni sebenornya cuma ranting tak berdaun yg diguna buat tutup bahagian kemaluan je. Nak tutup bahagian tu kena la yang ada daun... klu ranting kering nampaklah juga senyum simpulnya....

Penderma sebenarnya ialah rakyat Malaysia. Datang dari syarikat yang asalnya ditubuh di Terengganu tu haa... Kemudian di naik tarafkan milik kementerian kewangan Malaysia.... Pusing la cerita ikut mana pun... kembalinya ke situ juga... ya, syarikat mana lagi... yang tu la... hehehe.

Dan jalan ceritanya seperti semua sedia maklum.
Yaaa.... itulah yang sebenarnya. Dan alangkah hebatnya syarikat ini hinggakan ramai menteri dibayar gaji dan elaun bukan untuk memikirkan kesejahteraan rakyat dan negara.... tetapi untuk kesejahteraan syarikat ini...

Oppss... bukan menteri aje... terbaru mp pun dipilih... tengoklah nanti bagaimana prestasi beliau... sama ada lebih baik atau setaraf dengan bekas hakim yang dilantik bagi mengganti baru-baru ini.... hehehe... Tapi bab cover mencover syarikat anak emas negara ini tentulah prestasi mereka cukup cemerlang.... cemerlang dengan temberang... hehehe.

Psstt... Pak Din, suka hati Pak Din la nak lepas ke tidak carutan ni... hehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 2:00 AM

Saya rase psl isu 2.6b ni ahjib konfiden blh menang semua negeri dlm Pru 14 kot..Umno jd semakin kuat.Dan nama ahjib dan Umno akan popular di seantero dunia..Obama pun respek bro..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 4:17 AM

@Anonymous

Yelah... Obama pun respek... respek ada makna tu... kalau batu dah kena jerut semua kat genggaman buleh terlepas bro.... sakit wooo... mana tahan.... hehehe

Pasal PRU 14 tu mmg la dia yakin... kalau tak dia tak buat perangai... biarkan si luncai terjun dengan labu2nya... dia boleh bergelak gumbira sakan sehingga sampai waktunya...

Yang menangis sudah pasti rakyat jelata yang tak reti nak menjilat....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 4:28 AM

Yeke dah pulangkan? Awat tak bgtau pun? Ke sy dh terlps pandang? Katak bwh tempurung ke aku? Bro din mtk jelaskan pls..
Klu bgtau jd huru hara? Pulak dah. Pm ada terlibat dgn geng mafia ke? Knp huru hara?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 7:28 AM

Jika ditanya orang politik semua akan berkata orang politik tidak amanah kecuali Mat Sabun dan rerakannya sahaja sebaba mereka adalah orang Amanah

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 30, 2015 at 7:55 AM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Bro! Tumpang tanya sikit!
1. Siapa MENTERI PERMATA NEGARA TU?
2. Kalau Timbalan Menteri macam Mat Maslan pun boleh dapat 2juta, berapa pulak untuk para Menteri Penuh?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 9:57 AM

Seluruh dunia gelak kat kita bila najib kata 2.6 biliyon tu derma, abis dengan ayam itik pun ikut gelak, kalau nak kencing pun agak2 lah najib oii cari lah alasan yg logik sikit, alien mana nak kasik derma sampai 2.6 biliyon ni, alasan camni nak crete amanah mangkuk apa lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2015 at 10:27 AM

Din
Biar aku tolong jawab. Jawab nye semua tak betul. Semua untuk sendiri. Sebab, kalau tak dibongkar dek blog luar, takda sape pun tahu kewujudan duit tu, melainkan najib dan keluarga saja. Jadi, tak payah pakai otak, pakai lutut pikir pun boleh dapat jawapannye. Soalan 6ang patut dipikir ialah: kenapa masih kebal?

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2015 at 10:36 AM

Habih kalau ada yg tak betoi nak biaq macam tu ja?? Pasai apa pulak mendedahkan kemungkaran boleh buat negara huru hara?? Jadi benda tak betoi jangan dibongkar takut huru hara?? Macam tu?? Hang cedok kitab mana ni?? Dengaq blog itu salah sebab fitnah, tapi dengaq tv3 baguih sebab kerajaan punya- tahap logikal penjilat najib. Tahniah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 10:56 AM

Kementerian Permata Negara mendapat peruntukan tambahan tahun ni ... sedangkan kementerian lain menerima potongan perbelanjaan ...
Klu kepada menteri permata negara ... asalnya usahawan pertanian dalam tanaman rock melon ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 4:13 PM

Boleh derna sikit tak, 300 ingit dah cukup, minyak keta dah abis Jib wehhhh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 5:32 PM

Sebenarnya bukan Malaysiakini yang laporkan tentang 2.6B tapi Serawak Report.
21/03/2013 TANORE FINANCE CORP melalui Falcon Private Bank (Singapore) memasukan duit sebanyak USD 619,999,998.00 kedalam akaun Najib.
25/03/2013 sebanyak USD 60,999,978.00 lagi dimasukan oleh bank yang sama.
Pada 30/08/2013 akaun Najib ditutup dan wang sebanyak USD 650,000,000.00 dipulangkan pada TANORE FINANCE CORP.
Jadi USD 30,999,976.00 telah dibelanjakan oleh Najib.
Khabarnya perbelanjaan termasuk 'membayar' Adun yang berpaling tadah.

Entahlah.....!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2015 at 7:00 PM

Seluruh keluarga aku yg selama ni pangkah bn akan pangkah semua parti yg bertanding.

Senang....sbb 2.6B masuk poket najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2015 at 5:58 PM

kena ada dalam akaun Najib sebab orang yang boleh menjaga amanah derma tersebut hanyalah Rosmah.. larik!

Post a Comment