........... Ooooooh, Patutlah BNM Arahkan USD1.83 Bil itu DiBawa Pulang ! Kencing Rupanya .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ooooooh, Patutlah BNM Arahkan USD1.83 Bil itu DiBawa Pulang ! Kencing Rupanya ....

Tuesday, October 13, 201533comments

Buat pertamakalinya 1MDB bertindak membuat laporan Polis terhadap maklumat2 yang disebarkan oleh media terutamanya oleh Sarawak Report dan WSJ ! Seperti yang selalu kita laungkan - Berani Kerana Benar!, tindakan 1MDB ini harus kita berikan pujian. ( KLiK )

Tapi kepada pro Najib, sebelum anda bersorak mengilai meraikan kemenangan ini, pastikan terlebih dulu repot itu dibuat atas dasar apa ?

1MDB buat repot ada pihak yang membocorkan dan menjual maklumat BENAR mengenai syarikat itu ! Ini merujuk kepada penyebaran terbaru Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah baru2 ini oleh SR. 

Selama ini kita dengar kononnya maklumat2 yang disebar oleh SR, TheEdge dan WSJ adalah maklumat yang sudah dipalsukan. Sebab itu lesen TheEdge digantung ( sudah bebas menanti rayuan kerajaan ) dan laman SR disekat. Tapi itu atas tindakan kerajaan sendiri TANPA sebarang repot Polis dari 1MDB.

Rakyat Malaysia menanti bukti yang menunjukkan maklumat2 yang tersebar selama ini adalah palsu malangnya tindakan terbaru 1MDB ini hanya menguatkan persepsi rakyat bahawa apa yang disebarkan selama ini adalah BENAR !

Diharap selepas ini 1MDB akan tampil membuat laporan Polis akan penyebaran maklumat syarikat yang telah dipalsukan pula sepertimana yang sering didakwa oleh pro Najib. 

Begitu juga dengan Najib ..... bila nak saman WSJ dalam isu deposit billion2 dalam akaun peribadi ?

Apa yang rakyat nampak, BELUM ADA sebarang tindakan pun dari Najib maupun 1MDB yang benar2 mampu mencerminkan mereka di aniaya dek fitnah ! Buktikan kenyataan ini salah.

                                  ******************

Saya ada menerima satu artikel yang didakwa dari Sarawak Report ( tapi saya tidak boleh pastikan apakah benar ia dari SR sebab saya tidak boleh akses laman SR ). Di situ ada dilampirkan beberapa bukti menarik mengenai isu terbaru antara Bank Negara Malaysia dengan 1MDB yang kes itu ditolak mentah2 oleh Peguam Negara. (KLiK)

Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (kira-kira RM7.5 bilion pada kadar pertukaran semasa).

Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia juga mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) kepada 1MDB untuk menghantar balik sejumlah AS$1.83 bilion ke Malaysia dan mengemukakan satu pelan baginya untuk tujuan ini

Jika 3 transaksi berjumlah USD1.83 bil, itu merujuk kepada Projek Usahasama 1MDB-Petrosaudi ( ada ditulis pada bulan Jun lalu - KLiK )

Ada 3 kali 1MDB membuat pembayaran dalam usahasama itu iaitu sebanyak USD1 bil + 500juta + 330 juta = USD1.83 bil

Mengikut kenyataan BNM, kelulusan untuk bawa keluar dana itu ditarik balik ( revoked ) atau dibatalkan setelah didapati maklumat yang diberi sewaktu diluluskan itu adalah salah atau palsu ! 

Seterusnya BNM telah mengarahkan keseluruhan dana itu dibawa pulang ke tanahair.

Jom kita cek apakah maklumat palsu yang diberikan oleh 1MDB ketika memohon kelulusan  untuk bawa keluar dana itu 6 tahun lalu -




1 - Disebut tujuan pelaburan itu berdasarkan perkongsian dimana 1MDB bawa masuk USD1 bil dan Petrosaudi bawa masuk USD1.5 bil. Ternyata 1MDB kena kencing ( samada secara rela dikencing atau ikut sama kencing kita tidak tahu ) kerana Petrosaudi hanya membawa masuk aset yang tidak ada nilai langsung. Apa yang ada pada usahasama itu hanyalah sumbangan 1MDB iaitu USD1 bil.

2 - Keseluruhan dana usahasama USD2.5 bil ( 1bil milik 1MDB dan 1.5 bil yang dikencing oleh Petrosaudi ) akan disimpan dalam satu akaun sementara menunggu pelaburan dalam projek2 yang dikenalpasti   ....... hahahahaha , dua hari lepas sain kontrek ( sain belum kering lagi! ), USD700 juta dari sumbangan 1MDB itu sudah dibawa keluar, dibayar mengikut arahan Petrosaudi kepada syarikat Goodstar. ( yang didakwa oleh SR sebagai milik Jho Low )

3 - Permohonan untuk bawa keluar dana itu juga kononnya bagi membiayai pelaburan di dalam sektor tenaga, pertanian, hartanah dan pelancongan di Malaysia dan luar negeri. Baik punya kencing !

Itu dana yang pertama dibawa keluar iaitu USD 1 billion. 

Di bawah adalah salinan ringkasan siasatan BNM mengenai dua lagi transaksi iaitu USD500 juta dan USD330 juta -



Alasan yang diberikan oleh 1MDB untuk USD500 juta itu dibawa keluar adalah untuk pelaburan di Perancis ! ? ?



Bagi dana USD330 juta pula, 1MDB beri alasan untuk pelaburan terus dengan rakan strategik ke dalam Malaysia ! ? ? Kencing lagi ......

Ternyata kedua2 transaksi di atas adalah untuk beri tambahan pinjaman kepada Petrosaudi !

Usahasama asal 1MDB-Petrosaudi dibatalkan selepas beberapa bulan tapi 1MDB bukannya tuntut wang pelaburannya kembali. Dana USD1 bil itu ditukarkan jadi pinjaman pula. Pinjaman kepada Petrosaudi itu kemudiannya ditambah sebanyak dua kali, iaitu USD500 juta dan USD330 juta.

Nah, ternyata alasan2 yang dikemukakan oleh 1MDB kepada Bank Negara Malaysia sewaktu  membawa keluar ketiga2 ketul duit  dari tanahair itu adalah PALSU !

Makanya pihak BNM telah mengarahkan keseluruhan dana USD1.83 bil itu dibawa pulang semula ke tanahair. Itu adalah salah satu cara BNM mengawal aliran keluar wang negara antara lain bagi mengelak sistem kewangan negara di SABOTAJ oleh anasir2 jahat.

Bukannya BNM nak ambil duit itu, cuma nak duit itu dikembalikan ke dalam negara. Ia tetap milik 1MDB atau kerajaan atau rakyat. Tidak salah kan ?

Yang bagi alasan PALSU semasa nak bawa keluar duit itu kenapa ? Takut tidak diluluskan ? Kalau niat baik demi negara, tidak ada sebab BNM mahu larang ..... kan ?

SIAPA yang arah supaya 1MDB bohong kepada BNM ? 

                                    ****************** 

Oya, ini satu lagi salinan bukti yang turut sama disiarkan oleh artikel yang kononnya dari SR itu -

Aisehman ..... nama JHO LOW la ! Di lantik sebagai Penasihat TIA sebelum nama ditukar menjadi 1MDB.  Apakah Jho Low masih menjadi Penasihat selepas TIA jadi 1MDB ? Entah lah.....

Yang pasti, 1MDB pernah jadi penjamin kepada Jho Low dalam satu kes pembelian sebuah hotel di London pada tahun 2011 sepertimana disebut dalam penghakiman sebuah mahkamah London - KLiK

Apakah Jho Low tidak ada kaitan langsung dengan 1MDB sepertimana didakwa oleh Najib sebelum ini ?


Kenapa banyak sangat perkara pelik berkaitan dengan 1MDB ni ? Kenapa payah sangat nak berterus terang ?

Sebab itulah saya sarankan 1MDB adakan satu pertemuan soal jawab dengan para pengkritik termasuk Tun Mahathir supaya segala persoalan dapat dijawab secara terus dan telus. 

Ini tidak ..... setiap kali keluar dakwaan baru, 1MDB pun akan keluar jawapan bertulis yang belum tentu menjawab sepenuhnya persoalan. Kan lebih senang bertemu je ....

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 9:10 AM

Setelah melihat bukti2 yang berdokumen dan tindakan yang diambil oleh BNM, it is proven beyond reasonable doubts that the misdeeds in 1MDB fiasco was PREMEDITATED!!!!!!!

The authority is najib who worked in cahoot with jho low. The rest of those involved have been their accesories.

Kalau ada macai najib kata ini semua fitnah.........pergi masuk darjah 1 dan belajar sampai universiti...tak nak tak per ....hiduplah kamu dalan kebangsatan dan maruah yang telah digadaikan

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2015 at 9:21 AM

aisemen..tak lama lagi kena kencing masam manis plak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 9:47 AM

Terlalu banyak yang pelik tentang 1mdb kerana terlalu banyak menipu rakyat, najib ingat dia cerdik dan rakyat bodoh sebenarnya yang menipu tu bodoh kerana kerja menipu tak pernah selamat hanya lambat dengan cepat saja, skang semua terbukak pendedahan tentang penipuan najib dan 1mdb bukan berkurangan tapi makin bertambah dari semasa kesemasa, kalau najib awal2 lagi sedia turun takdalah jejaskan orang lain tapi skang umno bn pun turut terjejas malah nama tun razak turut tercemar,.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 9:55 AM

Salam Tn DT,

"Begitu juga dengan Najib ..... bila nak saman WSJ dalam isu deposit billion2 dalam akaun peribadi ?"
- Alaaa tunggu lah hari Selasa..
- Selasa bila, yang mana?
- Just Selasa... :P

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 9:58 AM

Salam Tn DT,
Unlocking SR for Dummies...hehe
http://cilisos.my/how-to-unblock-sarawak-report-in-5-minutes/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 10:05 AM

patutlah kejadian ragut dan pecah rumah makin bertambah rupanya dia org ikut perangai penyamun2 besar. laknatullah betul penyamun2 besar ni. amanah tidak dipelihara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 10:23 AM

Kasi tangkap kerana mencuri. Kasi hukum potong tangan!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 10:27 AM

Syabas DT,berjuang dgn kebenaran tanpa peruntukan.Yg lain2 dok korner sana sini dan ungkit mcm2 lagi.Sebab nak tutup lubang bocor 1mdb.Tp bila nak serang dan tangkis pembangkang semua mcm pondan tua..Syg Umno rosak kerana pemimpin2 yg tamak dan pentingkan diri sendiri.Apapun kami ahli Umno bkn nya bodoh lagi.Setakat Mt blh la di beli.Tp maruah bangsa dan negara jgn dijual beli.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2015 at 10:38 AM

Anon 9:10 am....

I am in total in agreement with your good self. Punk & Skunk like anom Kejora Liberal alias Nek Tempoyak I'm pretty sure will be dumbfounded with brother Din's elaboration.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 10:42 AM

Bro,

Itu semua fitnah. Semua tuduhan pelesu. Xdak yg betul. Superimposed. (baca dengan maksud berlawanan)





....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 10:45 AM

hari ni adalah hari selasa, apakah Najib akan saman WSJ pada hari ini? jeng jeng jeng.....

Bila nakhoda mengarahkan layar dikembangkan, lepas tu arahkan pula sauh di labuhkan, kemudian macai pemakan dedak diarahkan untuk melayarkan kapal, bila si dungu menjadi ketua kepada kumpulan si bodoh, beginilah jadinya.

Sedarlah semua.

Salam perjuanan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 10:48 AM

Mungkin lepas ni akan dijumpai pula orang yang diburu oleh SPRM ditemui mati akibat dos dadah berlebih pula, sebelum ni disimen dalam tong dram dan buang ke dalam paya, bila dah terdesak, apa sahaja sanggup dibuat walaupun terpaksa mengorbankan macai yang menjadi kuli sebelum ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 11:08 AM

sebenarnya pencacai tau... logik akal x boleh menipu. tp apa boleh buat... mungkin ada sebab2 tertentu. tinggalkan sahaja pencacai. teruskan membongkar sehingga jumpa kebenaran yg secara TOTAL x boleh DISANGKAL lagi.... bukan atas dasar benci najib... tp untuk kepentingan orang umum.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 11:18 AM

Anonymous dio tak de t.l.r nak saman orang putig. Kalo Tun LL Sik bolih lah, tapi TDM macam mano? Ini ko palawan bugis? Haprak punyo orang lah. To see is believing ,therefore this guy is like tong kosong that makes a lot of noise.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2015 at 12:01 PM

Fully agreed with you

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2015 at 12:06 PM

Masihkah nak tuduh Pembangkang menyebarkan fitnah dan rekaan terhadap 1MDB? Tak sudah2 nak mengabui dan membohongi rakyat, terutama rakyat di luar bandar dan di felda2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 12:24 PM

Sdra Din,

Just now terbaca latest SR article macamana patrick mahoney dapat commission dari tarek obaid yang dpt duit dari jho low's USD700 mil company goodstar.....please put in yr blog. Write in BM lebih mudah macai najib baca sebab mereka tak lulus BI peringkat UPSR

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2015 at 12:47 PM

Orang bugis nee licik lah. 3 juta ahli umno sudah dibohongi oleh Najib dan macai nya. UMNO masih tdo. Dunia dah nak kiamat lah bro. Humban Najib dlm Penjara. Bagi dia mkn nasi sama garam sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2015 at 12:56 PM

Seekor ayam melintas di depan Ali & Abu. Kemudian Abu bertanya kepada Ali "Ali, itu ayam ke?" sambil menunjuk ke arah ayam tersebut. Ali menjawab "Ohh itu bukan kambing.. saya pasti itu bukan kambing.. sebab kambing berkaki empat & mempunyai janggut"..

adakah Ali menjawab pertanyaan Abu? ya, dia menjawab..dengan panjang lebar.. tapi adakah itu jawapan yang dimahukan oleh Abu?

tuan-tuan fikirlah sendiri ya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 12:57 PM

Najib adalah hero rakyat?? Ingin jadi Bugishood?? Duit boleh beli segala galanya?? Ingat Dsn..,sampai bila blh lari dan korner sana sini.Nasihat saya ahli Umno pada Dato Zahid,jd lah seorg yg bermaruah yg ada pada semangat jawa anda,jgn dok jd yes man dan yes sir,benda x betul pun di kata betul.Syg kami amat menhormati anda,tp bukan dgn presiden dan konco2 nya.Kesian la kat Umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 2:55 PM

Najib gulung dengan zahid dgn saleh keruak dengan ketua bahagian pro najib gulung sekali tu yang mati matian pertahankan penipuan najib sampai ada yang sanggup bersumpah menipu rakyat semata nak pertahankan dewa penipu ni, mereka tak takut laknat Allah Nauzubillah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 3:16 PM

Saya setuju ! Wahai Najib.... bila lagi nak saman WSJ, SARAWAK REPORTS, AL JAZEERA dan LING LIONG SIK? Janganlah malukan kami ahli-ahli akar umbi.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 6:30 PM

Mungkin akan berulang lagi kisah karun dengan harta-hartanya diMalaysia ni.Lepas ini mari ramai-ramai kita cari harta bertimbun-timbun yang hilang itu.Dimana mereka tanam dan digua mana disembunyikan?.Sekarang yang menentang akan di-.......?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 7:56 PM

1MDB PetroSaudi is a clear cut case..totally agreed with you..one day the culprits will be brought to justice and finally punished.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2015 at 8:22 PM

Tuan Din
Tolong ulas kenyataan AG, sekarang nii BNM pula tak buat kerja dgn betul.
Betul ke....

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2015 at 8:29 PM

@Mohd Nor ShariffSaya dah baca komen AG.( mcm AG ni pekerja 1MDB pulak bunyinya ) Boleh dijawab tapi lebih baik kita tunggu jawapan dari Zeti@BNM. saya rasa zeti akan jawab segera

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2015 at 10:11 PM

Laporan polis 1MDB menyatakan dokumen yang dibocorkan adalah dokumen siasatan BNM. Adakah ini bermakna selepas ini beberapa pegawai BNM akan ditahan termasuk Zeti atau Zeti ditamatkan perkhidmatan berikutan pendedahan Zeti baru2 ini. Setakat ini, tidak ada sesiapa yang mendedahkan tentang 1MDB boleh dilepaskan begitu saja oleh Penyangak Malaysia(PM).

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2015 at 11:36 PM

Err... tak de ikhtiar nak siasat wife dia pulak ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 11:50 PM

Ari ni KBAB kata Task Force tak pernah dibubarkan. Pdrm hanya tunggu hasil siasatan Audit Negara. Dan Audit Negara pula kata keputusan hasil siasatan ke atas 1mdb akan keluar dalam masa 3 bulan lagi.

Namun saya musykil ttg 2 perkara:
1) Dulu Tan Sri Ambrin (Ketua Audit Negara) cakap Jabatan Audit Negara tak dapat lengkapkan siasatan sbb 1mdb TIDAK SERAH penyata akaun. Sekarang dah serah ke? Sedangkan Deloiite pun tak boleh nak siapkan audit akaun 1mdb, so penyata akaun dah siap ke atau sedang disiapkan (i.e sedang di masam maniskan sesedap rasa) ?

2) Zeti kata dia tidak tahu siapa yg sedang menyiasat apa. Maknanya BNM sudah tidak terlibat dalam Task Force.

Datuk Seri Zakaria (dalam ucapan sebelum pencen) kata tolong hidupkan kembali Task Force, dah banyak bulan tidak bermesyuarat.

So.... anggota Task Force sekarang cuma tinggal KBAB dgn AG aje lah ya? Hmm... sesuai sangat lah tuu..... boleh berbincang sambil main bowling atau golf ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 12:00 AM

Kata Jebat Must Die ttg 1mdb yg buat laporan polis atas pendedahan SR:
".....And just like their irrational business model, they are now acting in a manner defying logic – make a police report when somebody had exposed their law breaking activities."

Hahahaa..... lepas nih kalau ada perompak yang perbuatan mereka telah dirakam oleh cctv tuan rumah dan si tuan rumah buat police report mengenainya, boleh lah si perompak juga buat police report ttg perbuatan tuan rumah yg telah mendedahkan perbuatan mereka memecah masuk rumah tersebut, ye tak?

Sesungguhnya di akhir zaman nih, dunia memang dah terbalik....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 8:08 AM

Betul tu. Saya tak dapat nak cerahkan pandangan saya bila dengar berita tv. Saya ni dengar baca semua. Selalunya selepas ada aja berita tv saya akan baca berita internet. Berita tv selalu buat saya kerut dahi tak puas hati rasa tak kena cuma saya ni mudah lupa banyak hal sendiri nak fikir. Saya setuju pendapat tuan. Memang betul info ni. Hanya KBAB dan AG shj yg istihar Task Force tak pernah bubar. Mereka berdua suka guna ayat umum dan pendek yang tak menjawab yg sebenar yang benar ya Task Force tak pernah bubar TETAPI Fakta yg sebenar cuba dikaburi mereka pada kami rakyat yang baik lapang dada kerja susah ini ialah "Task Force tak pernah bubar cuma tak dapat nak teruskan ke peringkat seterusnya sebab tengah tunggu dokumen yang diminta dari 1MDB atau tengah nak dapatkan siasatan temubual dengan saksi yang saksinya tak datang dan didapati bukan berada di Malaysia. Yang saya faham sekarang ini ialah sekarang ni nampak tengah usaha dolak dalik. Pada masa yg sama pengumuman naik harga itu ini. Jadinya tak salah jika saya dapat satu kefahaman yang 1mdb ni tengah nak siapkan penyata akaun mereka dengan wang yang akan dimasukkn dlm penyata akaun mereka mengurangkan segala imbangan menggunakan duit GST yg terkumpul,duit tol,duit cukai lain dan duit kutipan saman dr kerajaanyg kerajaan kenakan pd kita rakyat ni dari semua aspek dari makan minum tempat tinggal pakaian pakai dengan berjalan atas jalan di mana mana di Malaysia yg semuanya duit duit duit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 8:33 AM

Entah kenapa terdetik terfikir bila mana si A dedahkan dan majukan ke peringkat pengadilan, si B yg dituduh naik berang tak puas hati mcm mana leh terbocor info dokumen yg boleh buktikn keburukan dia buat. Si B pn geram buat laporan polis yg si A ni salah tata tertib yg telah dedahkan info sulit mengikut akad janji rahsia si A dan sI B sebg pengguna perkhidmatan si A. Sejak itu apa jua pendedahan info rahsia diklasifikasikan pelanggaran protokol rahsia pengguna walaupun pengguna telah salah guna perkhidmatan si A. Jadinya di sini nmpk gaya usaha 1MDB cover up byk ikut rentak Rosmah yg menyaman BNM yg telah terjadi terbocor info sulit akaun peribadi dia yg berjuta juta duit masuk. Penyangak selalu putar belit nak lepaskan diri. Jadinya pihak keadilan undang-undang negara berdasarkan fakta shj dpt tangkap penyangak putar belit penjahat. Senario mudah si A berprinsip jaga rahsia smua. Si B ambil kesemptan akta kerahsiaan ni utk penuhi nafsu dia. Si B tak faham yg rahsia tak libat org lain antara urusan si B sendiri shj tak pe. Tpi jika ada unsur duit org lain duit kerajaan link ke akaun si B itu salah. Org spt si B byk bersepah keliling kita. Bersabar dan kuatkan perjuangan BNM!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 7:55 PM

Hahaha.... dunia sama... orang yg berbelit2 mcm ular....

Post a Comment