........... Muhyiddin - Penyebab Masalah 1MDB Harus diSINGKIRkan ! Ganti Dengan Yang Baru ..... Normal lah Itu. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muhyiddin - Penyebab Masalah 1MDB Harus diSINGKIRkan ! Ganti Dengan Yang Baru ..... Normal lah Itu.

Wednesday, October 21, 20159comments

... (jika saya lihat) sebuah syarikat yang saya serahkan kepada sesiapa untuk uruskan, telah pun berlaku pecah amanah, salah laku dan sebagainya .. Apa tindakan yang saya harus buat ?





Klik untuk ke Youtube

SAYA AKAN SINGKIR MEREKA !

Saya akan ubah mereka dan gantikan dengan Board yang baru. That is NORMAL.

.... orang2 sebeginilah yang bertanggungjawab ..termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah, ahli lembaga Pengarah, CEO ... mereka telah buat blunder yang menyebabkan kita menanggung beban.. jika pada waktu itu 42 bilion, sekarang dengan Ringgit jatuh dan US dolar naik, mungkin sudah mencecah lebih 50 bilion agaknya. 

Maka saya tak fikir kita harus berdiam diri. Kerana ini bukan isu syarikat... ini isu negara. Pasal setiap tanggungan yang dibeban pada syarikat ini, makna rakyat yang menanggungnya. 


Bunyi gempak kan ? Tapi seperti kata Muhyiddin juga, perkara itu adalah NORMAL. Biasa. Memang SOPnya begitu di mana2 pun.

Tapi kenapa bila Muhyiddin cakap begitu, kita boleh terasa macam gempak ?

Sebab barisan kepimpinan yang ada sekarang ini hampir semuanya PENAKUT ! Tindakan BIASA yang sepatutnya dilakukan dalam menangani kes2 seperti 1MDB sudah menjadi satu perkara yang LUARBIASA. 

Punyalah kronik keadaan sekarang sehinggakan satu perkara normal sudah dianggap sebagai satu perkara Gempak !

Sebab apa ? Sebab 1MDB melibatkan Najib.

Jadi .... Najib sebagai salah sorang penyebab blunder ( kesilapan besar ) dan kalau mengikut SOP BIASA, sepatutnya Najib meletak jawatan sehingga siasatan selesai.

Itu kalau Najib seorang Gentleman ......  

Itu kalau Najib benar2 tidak ada apa yang mahu disorokkan  ....... 


Semua orang termasuk Najib sendiri sudah mengaku bahawa 1MDB bermasalah sehingga terpaksa diselamatkan. Soal nak lelong harta buat bayar hutang, itu soal ke depan. Kita berbicara tentang apa yang sudah berlaku di belakang.

Jika mereka yang beri masalah kepada 1MDB masih lagi aktif dalam merencana masadepan 1MDB, apa gerenti yang 1MDB tidak akan terus dilanda masalah lagi ? Tukar jerlah mereka yang ada dalam 1MDB dan ganti dengan orang baru. APA MASALAHNYA ?


Rakyat dah beri peluang kepada Najib sebelum ini. Ok, kita TUNGGU AUDIT. Malangnya dalam kita TUNGGU AUDIT, puak2 Najib sendiri melanggar arahan itu dan sering mengeluarkan kenyataan bahawa 1MDB bersih ! ? Kenapa mereka sendiri tidak mahu TUNGGU AUDIT ?

Bila audit dah jalan baaaaaaek punya dan Peguam Negara pun dah nak bertindak, alih2 Najib pula masuk campur. Apapun alasan yang diberikan, rakyat melihat tindak tanduk Najib sebagai menganggu siasatan.

Terkini, Najib minta siasatan diteruskan ( disambung semula ? ) dan media jangan ganggu. ( KLiK )

Hahahahahaha ...... media setakat membahaskan saja. Tak boleh kacau pun pihak yang menyiasat. Tapi Najib siap buang , tukar para penyiasat ! Kemudian kacau status quo keahlian PAC hingga menyebabkan siasatan terhenti pada ketika siasatan pada tahap kritikal.

Rakyat payah dah nak percaya cakap Najib. Apakata Najib LETAK JAWATAN dulu buat sementara sehingga siasatan selesai seperti mana BIASA dilakukan dalam mana2 siasatan seperti ini, mungkin baru rakyat boleh percaya balik.

Tengok kepada komen2 Ketua PAC yang baru pun ..... rasa tak berapa menyakinkan. Konon siasatan PAC terhenti cuma persepsi saja ..... Piiiraaaaah ... persepsi apakejadahnya.

Kepada Ketua PAC yang baru - Jangan berpolitik. Buat saja kerja. Najib mungkin percaya kepada anda, tapi rakyat masih skeptikal. Ramai yang melihat Ketua PAC yang baru ini lebih sebagai proksi kepada Najib. 

Itulah baru dikatakan PERSEPSI.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2015 at 2:19 PM

Salam brother Din & rakan-rakan...

Persepsi tetap berterusan kekal sebagai persepsi. Betul juga pendapat brother Din & yang lain. If nak tukar persepsi kepada fakta-keyakinan then kenapa tak lantik Muhyiddin or Shafie or lagi terbaik lantik Tengku Razaleigh je jadi pengerusi PAC...?

Pakar penganalsis Bursa mengatakan bahawa pembetulan telah berlaku till index Bursa berada tahap 1,700 mata now. Ada betulnya pendapat mereka cos mereka digelar 'pakar' but ianya sekadar 'atas kertas' sahaja berdasarkan angka-angka or 'fair value'.

Tetapi pada pendapat kami yang sedikit terbabit & sudah lama melepak kat Bursa, jelas yang pembetulan index itu diarahkan agar pelabur glc or fund glc memasuki pasaran. Satu lagi fakta nyata yang menyokong pendapat kami adalah tentang tidak seimbang peningkatan index Bursa dengan nilai Ringgit.

Angin sudah bertiup kencang yang TNB akan ambilalih semua IPP milik 1MDB. Kami tergelak dengar berita ini. Untuk lengkapkan Jimah sahaja then TNB terpaksa terbitkan Bon 10 billion. Untuk ambilalih all IPP then TNB terpaksa 'PINJAM-BON' lagi 12 billion.

Emmm, selesai hutang apanya brother Din... Selesai hutang 1MDB then TNB lak berhutang. Saya lebih cenderung pada pilihan agar segala urusan 1MDB digantung then biar kerajaan tanggung & lunaskan all hutang itu. Siasat sampai lubang cacing siapa pengkhianat negara till terhasilnya masalah ini, dakwa mereka semua macam kata Muhyiddin...

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2015 at 2:44 PM

Ya, persepsi baru bagi proksi yh baru juga.

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2015 at 2:56 PM

Jika sekumpulan manusia boleh dan rela membohong diri, buat bodoh, sokong pencuri, puji perbuatan keji...kumpulan manusia itu sudah gila! Pemimpin UMNO sudah gila!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 3:16 PM

Saya juga TAK FAHAM apa maksud Datuk Hassan Arifin bila dia cakap siasatan 1mdb oleh PAC akan dijalankan WITHOUT FEAR OR FAVOUR (translate sikit: tanpa berat sebelah / tanpa takut dan gentar / tanpa tunduk kepada kehendak sesiapa...bla..bla..bla..)

Lips service kut ni?
I mean..... he was hand picked by The Boss to replace The Boss' ex-blue eyes boy.... so camana nak elak persepsi klu dia juga yang chosen to fill the hot seat in PAC, kan?

Aiyoo....!!! seramai-ramai MPs kat dalam UMNo tuh.... why him? Is it because anak ketiga dia ialah executive auditor kat Deloiite?

Takpe lah.... kita husnuzon dulu. Who knows ....mungkin dia juga lebih takut kepada Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2015 at 4:52 PM

Lantik kejap lepas tu amik jadi menteri kabinet...tunggu lagi beberapa bulan...lepas tu lantik lagi....bla..bla..bla...dan bla......

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2015 at 5:59 PM

..tak payah le pecaya pada cakap deme-deme tu.. fundamental le.. correction le.. awak rasa boleh profit, pejam mata.. beli !
siapa yang beli fgv masa peak itu hari ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 6:38 PM

Najib buatlah apa pun rakyat nilai semuanya dah busuk sebusuk busuknya tak ada lagi lain lain jalan melainkan yang satu 'BERHENTI' tu aja cakap banyak pun tak guna

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 7:12 PM

En Din, harap encik dapat ulas yg kat bawah ni. Dah lama saya tunggu keluar berita pasal tanah yg tak dapat dijual semula tu tapi senyap aje sampai sekarang.

Ni komen dari seorang pembaca blog Spin Kings:-
.....................

Datuk Aziz Kelab Putra ignored the advice of the Tabung Haji Risk Assessment Committee, and signed documents to buy TRX land at a very inflated price. The Tabung Haji Risk Assessment Committee cautioned AGAINST the purchase.

Datuk Aziz and Pm panik, which is why they promised to sell the TRX plot. Five months later, they have broken their promise and the land is unsold. Kenapa belum jual tanah tu lagi? You think people are dumb?

The Bugis conman always thinks the Malays are stupid, mudah lupa and satisfied with feeble explanations.

But the Malays are not stupid.

You think the TH / TRX issue is forgotten?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 8:43 PM

muhyiddin kena sebut 'wajib', bukan 'harus'. bukankah 'harus' itu membawa makna lebih kurang 'buat boleh tak buatpun boleh'....

Post a Comment