........... Muhyiddin - Kabinet Tidak Tahu Langsung Dan Tidak Terlibat Sepanjang 1MDB Beroperasi | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muhyiddin - Kabinet Tidak Tahu Langsung Dan Tidak Terlibat Sepanjang 1MDB Beroperasi

Wednesday, October 28, 201524comments



Semasa majlis Bicara Minda bersama Muhyiddin di Johor Baru, beliau ada menyebut tentang sesi taklimat yang diberikan oleh Arul 1MDB bersama Deloitte kepada kabinet. 

Muhyiddin mendakwa taklimat yang diberikan oleh Arul itu terlalu ringkas, mudah, tidak dibantu dengan sebarang bukti ( facts and figures etc ) dan sebenarnya tidak membantu kabinet dalam memahami/menjawab masalah 1MDB.

Saya ada baca artikel dari pro Najib yang mendakwa cerita Muhyiddin itu sendiri adalah satu bentuk pengakuan bahawa kabinet sedar dan tahu mengenai 1MDB.

Pandai mereka spin !

Tapi mereka tidak nyatakan ..... semenjak TIA ditubuhkan kemudian menjadi 1MDB tahun 2009 sehinggalah pada awal Mac 2015 ( ketika taklimat di atas ), langsung tidak ada sebarang taklimat dari 1MDB kepada kabinet. 

Sesi yang disebut oleh Muhyiddin itulah KALI PERTAMA kabinet dilibatkan dalam isu 1MDB. Sebelum itu semua jemaah menteri termasuk Muhyiddin tidak tahu apa-apa atau BLUR tentang 1MDB.

Kabinet langsung tidak dimaklumkan apatah lagi diminta pandangan dalam apapun keputusan yang melibatkan komitmen kerajaan walaupun nilainya berbilion2 RM !

Kabinet hanya dilibatkan setelah 1MDB berdepan dengan masalah kewangan, bilamana tidak ada bank lagi yang mahu percaya kepada 1MDB dan bila 1MDB mahu pakai duit kerajaan.

Ini disahkan oleh Muhyiddin ketika saya sendiri bertanya beliau akan perkara ini. ( Malangnya saya tidak berkesempatan merakam perbualan itu )

Ini mengesahkan bahawa 1MDB bukan saja off-Bajet tapi juga off-Kabinet ..... semuanya atas kepala .... errr... beberapa orang saja yang berkuasa, dalam memperjudikan nasib rakyat. ( contohnya PM, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan CEOnya ... situ dah 4 orang ! )

Makanya jangan libatkan kabinet atau kerajaan dalam isu 1MDB. Ia adalah isu peribadi dan isu syarikat bukannya isu kerajaan. Biar mereka yang terlibat saja yang jawab.

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 8:30 PM

1 MDB ni sebenarnya lebih auta dari fakta. Semua sessi penerangan adalah auta kerana duit dah masuk longkang. Kaki karpu pulak ramai. Sampai ada yang terima derma dari pak arab mana ntah berjumlah 700 Million USD. Ketua kerajaan pun auta ke rakyat permasalahan 1MDB ni supaya rakyat makan dek auta laki bini. Tapi Tun M telah menerangkan fakta dan rakyat sedang perhatikan penyamun2 ni semua. Ini semua akan di terjemahkan nanti pada PRU yg ke 14 nnt. Apa yang kita buat utk tahu fakta kebenaran semua gagal. Takpe tunggu lah PRU 14 nnt,fakta sebenar semua orang akan tahu nnt.

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2015 at 8:32 PM

umno sekarang dah macam mafia.....najib jadi godfather, the untouchable......
siapa yang persoalkan najib akan diselesaikan satu persatu........mmmmm.......
......don aljibby.....pak din...ko kena hati2 juga dengan hitman mafia ni, si zahid sama nazri tu......natural born bully...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 9:07 PM

@Anonymous
Saya setuju pendapat saudara, Allah panjangkan umur Tun M untuk bongkar fitnah 1MDB ni. Kita mesti terus sokong Tun M

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 9:13 PM

sememangnya menghairankan apabila masaalah 1MDB dah menjadi masaalah kerajaan. seingat saya dulu semasa Datuk Khairuddin buat laporan polis beliau buat laporan keatas syarikat 1MDB dan kenapa pulak pada masa itu UMNO yang bangkit mempertahankanya sehinggakan Datuk Khairuddin ditekan dan diasak sehinggakan seolah2 beliau adalah musuh negara? logik akal menerima 1MDB adalah syarikat dan individu yang bertanggungjawab adalah najib sendiri. kenapa tidak diasingkan 1MDB/MOF/UMNO/PM/najib atau kalau pun semuanya orang yang satu, kenapa tidak orang yang satu itu bertanggungjawab dan menjawab?
bila dah ramai yang menjawab maka macam macam cerita dan alasan yang kita dengar dan tidak sependapat. mereka mereka yang menjawab pun tidak tau mana yang hujung dan mana yang pangkal, ikut penafsiran dan naluri masing2. yang sepatutnya menjawab mendiamkan diri. makin ramailah pula yang keluar dari mana entah mempertahankanya. masing2 rela menjadi banteng mempertahankan najib. untuk apa? tak habis dengan itu, sesiapa yang menyoal dan mengkritik 1MDB ditakutkan dengan tindakan undang. ada ketua bahagian yang sanggup menjadi benteng mempertahankan najib seandainya dia ditembak. apa dah jadi dengan UMNO ni? sepatutnya mereka mempertahankan maruah parti yang dah teruk tercemar bukanya najib yang nyata menjadi masaalah negara.

....................
Reply To This Comment ...................
rakyat dilembukan
October 28, 2015 at 9:19 PM

Kalau zahid jawa tu jd pm, saya yakin malaysia lg jahanam dr era najib bibir manis pro cina ni.
malaysia mungkin akan jd malasial, malaindon, malasyiria, malafrican atau mungkin juga malabubur.
blom apa2 zahid dh tunjuk lagak sbenar dia. Menipu tampak lbh hebat dr najib, samseng lbh hebat dr rosmah singa.
awaslah. Org kg tak tersedar lg smua ni..jgn nanti pru14, org kampung yg senang2 pangkah tag team najib zahid lepas dpt duit dan beras skampit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 10:16 PM

Apa pun komen tuan , harap jangan hina orang kampung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 10:52 PM

Syarikat broker 1mdb punya skandal bukan stakat di malaysia tapi heboh ke seluruh dunia cuba pro najib rajinkan diri google & baca sama berita luar negara '1mdb Den Laden' atau 1mdb Sarat Hutang' terang2 disebut syarikat sarat hutang tadak rasa malu kaa kita kalau kata tak paham inglis takan bahasa melayu pun tak paham jugak, sampai bila mau mohong rakyat aku & kawan2 anti & benci najib bukan kita benci umno oleh kerana najib heret umno dan oleh kerana setengah pemimpin2 umno duk pertahankan najib membuta tuli membuatkan aku & kawan2 pun dah mula menyampah dengan umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 11:00 PM

Ops sorry typo tuan din '1mdb Debt Laden' yg sebetulnya.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 28, 2015 at 11:12 PM

Saya rasa 7 orang termasuk Muhyiddin yang dalam perhatian UMNO yang akan dipecat tak perlu khuatir kehilangan apa2 pun kerana anda telah melakukan apa yang sepatutnya anda lakukan demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Sebenarnya Muhyiddin cuba untuk menyelamatkan jawatan semua anggota kabinet yang tidak tahu langsung pasal 1MDB dengan berulang kali memberitahu bahawa hanya PM dan "rakan-rakannya" mengetahui mengenai 1MDB. Tapi malangnya kebanyakan anggota kabinet menjadi terlalu bodoh kerana takut kehilangan jawatan mereka terus menyokong PM dan 1MDBnya. Sedangkan mereka ini semua bakal kehilangan jawatan mereka tak lama lagi jika rakyat yang membuat keputusan.

Parti UMNO sudah berkubur sekarang tinggal Parti Najib sahaja. Tunggu apa lagi ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 12:23 AM

Masing2 dlm UMNO dapat upah, so sanggup la tanggung biawak hidup walau pun tahu biawak satu ni laa akan mengjahanamkan negara. Dukung biawak pun dukung la asal dapat fulus. Yer tak?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 29, 2015 at 5:44 AM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Kisah 1MDB adalah kisah duit. Kisah bagaimana 'cash is king'. Kisah bagaimana manusia tamakkan duit sanggup menjual maruah diri, agama, bangsa dan negara.

Jangan hairan kenapa perkara ini boleh berlaku. Kalau dah pemimpin nombor satu mereka berjuang demi duit, mana mungkin anak buah dan para panglimanya juga tidak berkiblatkan duit dlm segala urusan? Apabila duit telah meliputi perjuangan hidup, maka kerana duit mereka akan sanggup lakukan apa saja demi duit.

Yg jadi bisu, bengong, bongok dan macam-macam lagi sifat mazmumah ialah kerana mereka telah terikat dgn duit. Songokkan Najib menggunakan duit sangat berkesan. Dgn duit jelas yg terang-terang buat salah pun disokong, dijulang dan dipertahankan drpd dijatuhkan sebagai pemimpin. Sebab, kalau PM Najib dah tak berkuasa lagi maka 'sungai duit' yg mengalir ke kantong mereka yg telah terikat dgn duit akan kering.

Duit... duit... duit..dimana kau duit....
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 5:55 AM

If you go by Najib's reply regarding 1MDB ie. IPIC,

Its like running a business without order when each and every company can simply cooked its book to say ANY entity owe them money. So ERNST & YOUNG is really a backwater audit firm ehh?

Or is he, Najib trying to pre-empt 1MDB 2015 FY Audit can put any Bogus company owing money to 1MDB??? Thus reducing or even eliminating its DEBT?

And this coming from

FINANCE MINISTER
PRIME MINISTER
CHAIRMAN BOA 1MDB

WTF???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 7:06 AM

Cantik betul lirik lagu "GALI LUBANG TUTUP LUBANG" tersangatlah sinonim dengan 1MDB.

Najib dan pasokannya sedang diperhatikan olih juri terdiri dari pengundi2 rakyat Malaysia.

Talian hayat mereka diharapkan yang sedang nyawa2 ikan akan terhenti di PRU14 nanti,

Najib hendak meniru gaya pemerintahan Singapura, Tetapi jurus silat politik dan ekonominya sumbang.

Sama2lah kita lihat pahlawan Bugis ini BOO GEES.

Masa akan menghakimi. Kezaliman pasti hancur.

YA ALLAH SELAMATKANLAH MALAYSIA. AMIN

....................
Reply To This Comment ...................
Mat Duit
October 29, 2015 at 7:22 AM

Bukan masuk longkang la masuk saku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 8:03 AM

Salam bro,

I had a dinner with sarawakian lecturers from unimas and uitm sarawak last nite in kuching. As usual, central to our discussion was 1MDB and its catastrophic impact on the political scene.

1. why najib fronting and fighting commanders have been sabahans?

SACRIFICIAL LAMB

2. why najib's factions appeared to be panic and started to consider to suspend or boot out magnificent 7?

EARTH IS MOVING, GROUND IS SHAKING,

3. rumours of "uprising" detrimental to umno and or umno bn lead coalition

MAHATHIR SAID TO HAVE BACKING OF ARMY AND POLICE, UMNO GRASSROOT

4. possible scenarios

MARTIAL LAW

UMNO MAY COME BACK ALBEIT STRUGGLING WITH NEW LEADERSHIP

OPPOSITION LED WOULD WIN IN OPEN ELECTION

I wish not to comment much but let the show begins

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 10:17 AM

@Anonymous bukan hina. tp hakikatnya mmg kebanyakan org kg mcm tu. dapat beras sekampit, kain batik je trus pangkah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 10:20 AM

kalau dah dapat 1 juta dua juta tu...confirm pakat angguk je la.

kalah PRU nanti pun ada apa hal...dah jadi jutawan pun...

hidup mewah...pastu bawa masuk kubur...hidup mewah atau tidak kat sana nanti? wallahua'lam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 10:24 AM

Ya Allah. Berikan kesihatan yang baik kpd Tun M. Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 10:32 AM

Brader, aku pun org kampung, tapi hakikatnya ramai org kampung yg masih blur dgn isu semasa. Segelintir je yg celik IT. Isu org kg cukup mudah, jalan elok, rumah boleh duduk, dapat duit saku mcm brim, apa yg depa boleh fhm tentang hutang 1mdb danhutang negara? Dapat subsidi baja, racun, dah cukup baik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 11:38 AM

ORANG KAMPUNG yang masih blur tu pengundi saluran 1 dan 2 je.. yang orang kampung saluran 3-5 macam aku ni tak blur pun..

lagipun..orang kampung saluran 3-5 macam aku ni selalu cerita dengan orang kampung saluran 1 & 2 pasal kos hidup naik. depa pun tahu harga ikan dah naik..harga cili pun dah naik..harga kicap, telur, gula dll pun dah naik..

apabila anak2 yang kerja kat bandar mengeluh pasal kos hidup naik mendadak esp lepas GST...depa pun tahu jugak..

....................
Reply To This Comment ...................
rakyat dilembukan
October 29, 2015 at 12:44 PM

Jgn cpt sentap..bila sebut org kg je terus cpt cpt sentap. Sy pun org kg pendalaman la jugak skrg ni. Apa yg sy ckp tu berdasarkan apa yg sy pandang. Bukan nk hina pun. Org kg ni rata-rata mcm yg tuan 1032 sbut tu. Dpt brim dpt baja dpt beras dh hilang segala rasa kepayahan sblum ni yg rancak disembang bahas kedai kopi. Masa pru mrekalah pengundi bn. So kalau dh bg undi pd bn, apa untungnya kita sembang lebat pd kebejatan yg najib dan zahid buat skarang??? Baek kita puja sj sb pemimpin spt ini tetap ada undinya. Org bandar terbuka imformasi seluas luasnya depan mata. Baik zahir maupun batin. Dh tentu sah sah undi nanti tetap berkira taknak bg pd bn. Sedara anon jgn ingat sy cuba hina org kg. Bkn smua org kg boleh cpai imformasi yg tepat dgn keadaan semasa. Nun jauh di kuala tahan terdapat ribuan org asal yg tak punya imfrastruktur lengkap. Imformasi hnya sebahgian sj itupun kalau ada anak2 balik bwk suratkhabar. Nk harapkan pemimpin yg pernah mereka undi untuk jenguk mereka? Haram takde. So tuan anon, bukan org kg felda dan pinggir daerah yg sy maksudkan. Mereka di pendalaman ini juga mengundi bro...bkn sikit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 12:59 PM

Then bila mengundi, mereka takde pilihan lain jugak kan?? Akan undi bn jugak kan??.. dah tu yg bising nk tukar najib ni agak2 berjaya tak di pru14?? Itu yg nak dipastikan. Kalau tak bleh turunkan najib, baek kita bersama cari alternatif lain. Sb pd pemahaman sy, pru 14 pun najib sukar dijatuhkan. Saya tak mahu kita jd menang sorak, kg tergadai. Riuh sembang psl najib buat itu ini tp pahlawan bugis tu tetap ditahta. Tun m dh mula nk diam, muhyidin play safe tak leh harap, undi tak percaya parliment tak gerak, sultan2 dh kenyang..tak payah nk tgok jeritan rakyat. Jd sy tak nampak apa lg cara nk paksa si jibby ru turun. Tolong share dgn sy. Itu maksud sy..almaklumlah sy ni rakyat kg tak skolah tinggi tp nk jugak jawap kalau ada kwn sekampung tnya.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2015 at 1:15 PM

@Anonymoususaha masih terus berjalan .... jangan patah semangat.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2015 at 5:29 PM

Yg terdedah pada info semasa hanya org bandar..terutama di Selangor..so jgn harap la BN nak amik balik Selangor...
p/s bukan ke Jibby yg jadi penyelaras BN Selangor masa PRU13 hari tu?

Post a Comment