........... Muhyiddin - 1MDB dan RM3 bilion dan Pinjaman dari Ananda | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muhyiddin - 1MDB dan RM3 bilion dan Pinjaman dari Ananda

Sunday, October 25, 201537comments


Gempak juga ucapan Berani Kerana Benar Muhyiddin semalam. Terimakasih kita ucapkan kepada SINAR kerana berani memberi pentas kepada Muhyiddin untuk tampil buat pertamakalinya menyatakan pendiriannya dalam kemelut Najib@1MDB dan sedikit tentang Derma. 

Saya percaya banyak lagi yang boleh diluahkan oleh beliau .... kita tunggu jerlah. Seperti yang Muhyiddin sebut beberapa kali semalam, kita cuma mahukan penjelasan. Mahu Kebenaran. Sebagai rakyat kita berhak tahu. Dan seperti kata Najib juga, yang bersalah harus dikenakan tindakan yang tegas.

Apa yang saya ingat dari ucapan Muhyiddin semalam adalah pendedahan mengenai pertemuan pihak 1MDB dan Deloitte bersama kabinet. Ingat balik pada awal bulan Mac lalu, selepas taklimat itu, kabinet telah mengeluarkan satu kenyataan yang membersihkan 1MDB diikuti dengan arahan Najib supaya Ketua Audit Negara meneliti akaun 1MDB.

Rupa2nya Arul datang berlenggang jer untuk beri taklimat kepada kabinet, tanpa sebarang nota atau bukti sokongan bagi menjelaskan tentang 1MDB ! Menurut Muhyiddin, Arul cuma berdiri dirostrum, bercakap 15 minit kemudian giliran Deloitte pula bercakap mengenai akaun yang mereka audit untuk tahun 2013 dan 2014. 

Habis taklimat, kabinet terus keluarkan ayat 1MDB Bersih -


Senangnya .......

Satu lagi mengenai permohonan 1MDB untuk dapatkan dana RM3 bilion dari kerajaan. Saya ada sebut mengenai perkara ini pada 27 Februari lalu - KLiK. Antara lain saya petik kenyataan dari Nur Jazlan -

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar dan kerajaan perlu telus dalam hal 1MDB
.... isu-isu utama, termasuklah sumber dana RM2 bilion yang digunakan untuk membayar balik pinjaman dan juga suntikan dana baru RM3 bilion seperti dilaporkan.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata PAC juga ingin siasatan pada perjanjian 1MDB dengan syarikat PetroSaudi dan wang yang disimpan di Cayman Islands.


Jadi betullah dakwaan RM3 bilion itu..... mujur juga kabinet hanya meluluskan RM950 juta yang dinamakan sebagai Standby Credit .... kalau tidak lesap lagi lebih 2 bilion wang rakyat !
 


Patutlah Muhyiddin keluarkan satu kenyataan dua hari selepas itu yang antara lain menyatakan beliau tidak mahu dana kerajaan ( wang rakyat ) digunakan bagi menyelamatkan 1MDB. Protes la tuh ...

Dalam mencari berita lama mengenai RM2 bilion dari Ananda seperti yang disebut oleh Muhyiddin itu, saya jumpa artikel lama bertarikh Mac 26 lalu ( KLiK ) di mana Menteri Kewangan2 Ahmad Husni ada menjawab di Parlimen bahawadana RM2 bil itu BUKAN dari Ananda tapi Ananda ( Tanjong ) yang tolong carikan orang yang sanggup pinjamkan duit itu.


Dan terma pinjaman ( buat bayar pinjaman lain ) itu -  to be paid [to 1MDB] in five months, [and for 1MDB] to pay interest in 6 months, the principal in 15 months ....

Kalau 6 bulan, maknanya dah hampir tarikh nak bayar balik interest/bunga tu ..... Berapa interest yang 1MDB kena bayar untuk pinjaman itu ... dengan katalain, besar mana pula tambahan lubang yang telah di gali itu ? Apakah akan digali lubang yang lebih besar lagi untuk kambus lubang yang ada ?

Dan siapa pula pemberi pinjam wang itu kalau bukan Ananda ?

Itu jawapan kerajaan di Parlimen ! Siapa yang benar ..... Muhyiddin kata Ananda yang bagi pinjam, Husni pula kata bukan Ananda. Arul juga dilaporkan berkata bukan dari Ananda.

Malah menurut TMI bertarikh 23 Februari, Arul kata, 

Fakta mengenai (melangsaikan) pinjaman akan didedahkan dalam forum/masa yang sesuai iaitu akaun kami yang seterusnya.

Itu 8 bulan lalu ...

Alahai ... semua sebab 1MDB.

PS - Muhyiddin juga ada sebut sepintas lalu mengenai SRC. Harap beliau dapat huraikan dengan lebih lanjut lagi. Nak harap mereka yang berkenaan sendiri jelaskan, memang tak boleh diharap dah. 

Share this article :

+ comments + 37 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 12:58 PM

Wassalam. Sinar eden syor kan buet lah roadshow dongan TSM sebagai jemputan utk bori rakyat the inside of this 1MDB fiasco.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 25, 2015 at 1:26 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Sama-samalah kita harapkan TSMY akan jelaskan satu demi satu 'kesongsangan' dan 'urusan pelik' yg dilakukan Pengurusan 1MDB sejak ianya ditubuhkan hinggalah ke tarikh TSMY dikeluarkan dari kabinet PMNajib. Dan kita tahu TSMY bukannya PEMBOHONG.

Dan sama-sama juga kita semua berdoa kpd Allah swt supaya memberikan kekuatan dan seterusnya melindungi TSMY drpd gangguan Syaitan yg bertuhankan Iblis laknatullah. Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
rakyat dilembukan
October 25, 2015 at 1:35 PM

Buget 2016.
Jibby dh nyanyok. Perasan perbendaharaan dia bnyak duit. Umum naek gaji, naek brim, semua nmpak ekonomi berkembang.
tahun dpn..sah sah harga barang naik, saman sana sni pantang terleka, petrol diesel tak payah nk sembang! Mesti kena. Hutang 1mdb dah berbunga busuk mintak dibaja semula. Mampus!
Apa pejuang2 anti najib plan nak buat? Takkan kita tahap sembang je. Buatlah sesuatu yg berkesan. Tnya muhyiddin buat ngabih boreh jo.
Aku slalu tertanya2, knapa mereka spt mat said, ku li dn yg sewaktu dgnnya nmpk mcm tak sebaris dgn tun m. Sorang bcakp di hulu sorang lg dihilir sorang lg dikutub slatan. Klau camtu mna nk dpt paluan tepat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 2:09 PM

Adakah apa muhidin cakap tu semua betui? Kena siasat juga jangan trus percaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 2:35 PM

Syabas Muhyiddin!

Kita mahukan melayu yang berani kerana benar. Bukan diam menikus bila ditanya.
Harap-harap orang melayu dan umno khasnya akan buka mata hati mereka..
kebenaran semakin hampir... Allah bersama orang-orang yang benar!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 3:38 PM

Kita juga nak tahu lebih kurang 150 ketua bahagian yg menerima sumbangan Dari Najib, beranikah mereka bersumpah tidak menerima sumbangan dari Najib? Begitu juga dgn Ketua Wanita?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 25, 2015 at 4:06 PM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Apabila TSMY berani cakap secara terbuka dikhalayak umum, saya rasa dia berkata benar.

Yang tak benar dan buat salah ialah yg tak berani cakap apa-apa bila dituduh. Yg dia tahu cuma suruh orang lain (balaci) cakap bagi pihak dia. Inilah pemimpin bacul namanya. Kalau dlm rumah tangga sendiri pun tak boleh jadi pemimpin keluarga, macam mana nak pimpin negara? Pemimpin sejati tak takut bini. Pemimpin yg hebat tidak akan disiku oleh isterinya didepan ribuan kamera.

Kalau PM Najib benar, kenapa dia tak buat majlis macam yg dilakukan Sinar untuk TSMY?

Pernahkah rakyat Malaysia dengar Najib cakap sebagaimana TSMY tu menjelaskan duduk perkara sebenar mengenai isu 1MDB?

Yg rakyat dengar ialah tuduhan fitnah dan tak benar oleh orang lain - orang suruhan. Najib sendiri membisu dan asyik sembunyikan diri dari wartawan.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 4:24 PM

Saya rasa sungguk pelik dengan pro Najib ni satu pun pengakuan TSMY tidak pernah mereka percayai.Walau pun segala pengakuan yang dibuat berserta dengan fakta yang jelas dan nyata

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 5:21 PM

@Anonymous

Kalau apa yang Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Timbalan Presiden UMNO katakan itu salah, maka Najib samanlah.

Mungkin hari rabu pula kot Najib akan saman, sebab nak saman WSJ pada hari Selasa sudah berbelas Selasa tapi masih tak saman lagi, apa cerita?

Macai pemakan dedak belaan Najib sudah tak mampu nak mengkelentong rakyat, mereka hanya merapu tak tentu hala untuk alihkan isu sahajalah.

Sedarlah semua.

Salam perjuanga A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2015 at 5:37 PM

Biasa la Tuan, dia org nii sayang sangat dekat Najib. Menjadi contoh orang yg sangat baik d luaran tapi jahatnya tersembunyi jauh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 6:07 PM

Takabbur Ah Jib Gor ini kalau pindah balik ke zaman dulu dia mampu menjatuhkan kesultanan Melaka pun!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 6:09 PM

Saudara, adakah awak pasti pada tarikh kelahiranmu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 6:18 PM

Nak pelik apa.
Remember "Cash Is King"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 6:56 PM

Najib kan PM yg cemerlang menyaman org selain Anwar Ibrahim. Tentu TSMY sedia utk di saman.... PDRM & AG bersedia 'berkhidmat'!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 7:01 PM

Asal tak berkenan dgn najib je, individu tu mesti diangkat dan diberi tahniah. Habis rekod temberangnya masa jd partner najib dulu dilupakan. Ingat apa janji tpm @ menteri pendidikan kpd guru2 masa hari guru 2014? Sorang guru sebijik netbook. Mana? Ada berapa ratus ribu guru yg kena temberang? Giinilah pak muyidin, anda tanya najib, guru pulak tanya anda... Jawablah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 7:19 PM

Pemakan dedak yang ditabur oleh Najib semakin lalok kerana terlebih makan dedak. Itu mereka penuh dengan sel-sel yang gagal berhubung hinggakan tidak mahu melihat kepada kebenaran sebaliknya sentiasa menegakkkan benang basah. JIka Najib pemimpin bersih lagi suci, kita pun tak payah susahsusah menanti jawapan berterus terang beliau tentang isu derma peribadi dan juga 1MDB. Jangan dilupa pencacai beliau yang nama Ahmad Maslan pernah mengatakan tidak akan ada PM yang sebebal Najib yang telah memasukkan wang derma 2.6 Billion ke dalam akaun sendiri. Dengan izin Allah kita telah dikhabarkan oleh SPRM yang benar akaun Najib ada kemasukan wang
2.6 Billion. Dengan muka tak malu, masing-masing tidak pernah nak menyentuh apa yang telah diperkatakan melain terus menyalahkan pihak pejuang kebenaran seperti TDM and the Gang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 7:23 PM


Alahai 7.01.

Kalau dia berjanji nak bagi netbook kepada guru tapi
Menteri Kewangan tak luluskan, boleh ke?

Daripada bagi kepada guru-guru yang majoritinya menyokong pembangkang, lebih baik Menteri Kewangan bagi kepada 1MDB, ada jugak masyuuk.

.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 7:30 PM

Kalau dizaman kesultanan Melayu Melaka saya rasa kepala Najib dah bercerai dengan badan sebagai hukuman Raja yang paling tuntas.

Najib hanya berani sebelum PRU ke 14. Lepas PRU14 GERENTI KECUT MENIKUS LARI MACAM ANJING CAWAT EKOR.

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2015 at 7:40 PM

Anon2.09 pm
Betulkah kamu anak bapak kamu ? Elok siasat dulu ya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 8:12 PM

Kita juga nak tahu lebih kurang 150 ketua bahagian yg menerima sumbangan Dari Najib, beranikah mereka bersumpah tidak menerima sumbangan dari Najib? Begitu juga dgn Ketua Wanita?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 25, 2015 at 8:28 PM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Betul tu!
TSMY tanya Najib pasal 1MDB.
Tuan suruh guru tanya TSMY pasal pendidikan?
Mana sama. Jauh lari dari topik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 9:11 PM

Anon 7.01.......betul lah macam kata saudara masa jadi Menteri Pelajaran TSMY banyak juga buat kesilapan tetapi sekurang kurangnya beliau cuba sedaya upaya untuk mencuba dan membaik pulih ,sama ada beliau berjaya ke tidak tu soal lain.Tetapi terlalu jauh bezanya kalau saudara nak bandingkan dengan apa yang Najib buat sekarang ini......kerana ini melibatkan maruah Negara.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 9:36 PM

@hasnul rahmankalu tak silap, netbook dah dapat. tapi bukan untuk semua guru. dapat pinjam melalui pkg. bukan dapat terus. gaji pun dah banyak, sebagai guru mana mungkin ambil bahagian orang jika guru mampu. orang janji, kita terima. orang mungkir, guru perlu terima kerana guru umpama ibu bapa. tapi netbook tak serupa dengan 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 10:01 PM

awan-kawan, saya rasa sampai masa kita buat surat untuk semua duli yang maha mulia sultan-sultan 9 negeri dan ke YDP Agong. Surat permohonan terbuka... Supaya baginda-baginda semua campur tangan... Mintak baginda- baginda sultan tubuhkan satu badan siasatan dimana baginda sultan sebagai pemerhati. Kalau ikot fikiran rasional saya, dah xde jalan lain. Hanya ym ydp agong dan baginda- baginda sultan sahaja yang mampu atasi masalah ni... Najib dan zahid hamidi mesti disekat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2015 at 11:52 PM

anom 7:01 ingatkan citer muhyiddin kebas duit netbook ker haper rupanya citer pasai guru tak dapat netbook, kalau guru tak dapat netbook kajaan tak rugi & duit rakyat tak ilang ini cerita pasai harta negara duit rakyat jadi taruhan, aduyai anom 7:01 haru betoi lah hang

....................
Reply To This Comment ...................
October 26, 2015 at 1:02 AM

Tak pasal2 .... KALAU diorg jual negara kt US, Zionist... mampos kita semua..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 1:14 AM

Cerita IMDB ni umpama seseorang yang buat pinjaman dgn along. Mula2 pinjam duit dgn Along (1), tp takde duit nak bayar. Terpaksa pinjam dengan Along (2) utk bayar hutang pertama. Minjam pula dgn Along (3) utk bayar hutang ke-2. Kemudian pinjam lagi dgn Along (4) utk bayar hutang ke-3 dan seterusnya. Bila dah takde yg nak bagi pinjam terpaksa gadai tanah, akhir sekali rakyat gak yang kena tanggung sbb kerajaan yg jd penjamin. Paling tak boleh bla bila Ah Jib Gor kata IMDB ni takde kaitan dgn rakyat. Memang lembam betul PM yg sorang ni. Tgk muka dia pun dah mcm pesakit sindrome down je.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
October 26, 2015 at 8:04 AM

Salam Anon 1:14am
Izinkan saya tokok tambah sikit:

Mula2 pinjam duit dgn Along (1) RM1000, tp takde duit nak bayar. Terpaksa pinjam dengan Along (2) RM2000 utk bayar hutang pertama Campur interest. Minjam pula dgn Along (3) RM3000 utk bayar hutang ke-2 berserta interest. Kemudian pinjam lagi dgn Along (4) RM4000 utk bayar hutang ke-3 dan seterusnya. Bila dah takde yg nak bagi pinjam terpaksa gadai tanah, akhir sekali rakyat gak yang kena tanggung sbb kerajaan yg jd penjamin. 

Hutang semakin meningkat... Pendapatan tetap tiada. Aset yang kononnya melebihi liabiliti juga akhirnya tidak akan mampu untuk menampung jumlah hutang dan interest yang makin lama makin meningkat.

Wallahualam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 9:19 AM

" mujur juga kabinet HANYA meluluskan RM950 juta...... " DT, satu kesilapan besar org umnu ialah memberi laluan kepada kesalahan yg lebih kecil nilai monetary nya apabila dibuat perbandingan kpd kesalahan yg jauh lebih tinggi nilainya. Sebab itu seorang menteri mudah saja memberi alasan " alah ramai lg menteri yg terlibat dgn jumlah yg jauh lebih besar dari saya " dan pegawai kerajaan pula memberi alasan " mujur saya ambek puluh ribu saja, menteri balun juta2 " . Alasan mujur dengan selesa menghalalkan kesalahan yg dibuat dan " mujur " ini mengalir hingga ke hairaki yg paling bawah. Sepatutnya tidak ada mujur apabila berdepan dgn kesalahan kerana ia akan membiak menjadi alasan yg tegar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 9:59 AM

Aku tak kesah pasal 1MDB ke SRC ke...pedulik haper aku....

DENGAN SYARAT...

Ko tak menyusahkan rakyat, ko tak membebankan rakyat.....

TAPI...

Hakikatnya, rakyat terbeban dengan GST, BR1M yang diberi pon tak mampu nak menampung kos sara hidup, kenaikan rega petrol, kenaikan tol dan segala bebanan yang terpaksa dipikul oleh rakyat. Ko kaco poket rakyat, sehingga bocor poket ko kerjakan. Memang amat menyusahkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 12:10 PM

komen tentang kes bestari net aku tu gerenti kau tak siarkan sebab kau blogger upahan yang di bayar oleh puak mahathir! berhentilah makan duit haram hasil sebarkan buruk orang!mahathir nak masuk neraka biarlah dia sorang aje jangan kau pun ikut sama!

....................
Reply To This Comment ...................
October 26, 2015 at 12:48 PM

@Anonymousya, banyak lagi komen2 lari tajuk yang saya padamkan. Kita bercakap ttg 1mdb dan derma,bukan hal lain. Ikut cakap rahman dahlan - tumpukan pada mesej yg disampaikan bukan kepada pembawa mesej:)

Bloger upahan ? Jangan samakan orang lain dengan diri anda !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 1:56 PM

dedak 12:10 dah tebako sampai kuar bab masuk neraka, tajuk artikel kat atas pasal wan emdibi & 3 billion tapi dia nak citer pasal bestari nak swing tajuk semata nak serang peribadi, patutlah isu wan emdibi gagal di jawab mengikut persoalan sebab asyik nak swing aje, kalau takda jawapan ada baik diam kalau swing lagilah orang marah kerana perbuatan tu hanya menambahkan rosakkan keadaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 2:26 PM

Najib ckp percaya?
Percaya bila dia ckp wsj menipu ttg 2.6b?
Percaya bila semua ttg derma 2.6b mahathir punya fitnah?
Percaya najib akan saman wsj pd hari selasa?
Dan bila kantoi ttg kebenaran 2.6b ,masih percaya bila najib ckp derma utk UMNO?
Masih percaya bila juak2 nya ckp ini sbb umno juangkan islam sebenar dan menentang IS?
Percaya lagi bila juak2nya ckp derma ini perbadi utk najib sebenarnya dan najib beri pada umno?
Masih percaya pada najib tapi bila org lain beri kenyataan bercanggah dgn najib disuruh siasat dulu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 2:51 PM

Just nk tanya yg dana 2.6b najib ke ckp derma pak arab or? Maaf klu lari topic. Keep d good work tan sri berani kerana benar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 6:43 PM

Waa..lu lbh brkuasa dr Tuhan boleh ttukan sapa yg akan masuk neraka nanti. Manyak Musat punye kuasa..
Wooiii najib..cpt...ada sedare ko da gerenti ko masuk syurga..kaki mkn dedak rupanya.

....................
Reply To This Comment ...................
October 26, 2015 at 11:49 PM

Saya masih tertunggu tunggu bila lagi Najib nak mulakan tindakan saman terhadap Ling Liong Sik ?? Tempoh dua minggu sudah berlalu .!!!

Ling Liong Sik sudah bilang " see you in court ...!!!"

Post a Comment